The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fayzatol, 2022-09-01 23:18:32

GEJALA SOSIAL REMAJA

EBOOK PENDIDIKAN MORAL

SIRI POLITEKNIK

GEJALA SOSIAL
REMAJA

"Cegah Sebelum Parah"

FAYZATOL JAMIYAAH BINTI ABDULL RAHIM
FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI AWG MOHAMMAT

SIRI POLITEKNIK

GEJALA SOSIAL
REMAJA

"Cegah Sebelum Parah"

FAYZATOL JAMIYAAH BINTI ABDULL RAHIM
FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR

DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI AWG MOHAMMAT

Penulis
Fayzatol Jamiyaah binti Abdull Rahim
Farah Hanan binti Abu Bakar
Dayangku Farah Azeila binti Awg Mohammat

Editor
Fayzatol Jamiyaah binti Abdull Rahim

Konsep dan Susun Atur
Farah Hanan binti Abu Bakar
Dayangku Farah Azeila binti Awg Mohammat

Terbitan Edisi 2022
e ISBN

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan
cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Politeknik Mukah, KM 7.5 Jalan Oya, 96400
Mukah, Sarawak terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh :
Politeknik Mukah,
KM 7.5 Jalan Oya,
96400 Mukah,
Sarawak.
Tel : 084-874001
Fax : 084-874005
Emel : [email protected]
Laman Web : http://www.pmu.edu.my

Prakata

Segala puji-pujian bagi Tuhan pencipta semesta alam serta penciptaan
manusia yang cukup sempurna dari segi akal dan pancaindera supaya dapat
menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Alhamdulilah, kami telah
selesai menyempurnakan penulisan e-Book bagi 'Gejala Sosial Remaja' di mana
tajuk ini dipilih berdasarkan topik 5 yang dipelajari daripada silibus MPU23142
Pendidikan Moral dengan jayanya sebagai satu rujukan utama pensyarah dan
pelajar bertepatan dengan silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan


Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi.
e-Book ini disediakan sebagai satu inisiatif membantu pensyarah dan
pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
dan interaktif bersesuaian dengan fenomena pendidikan norma baharu hari
ini. Nota dan bahan disediakan bersesuaian dengan contoh-contoh yang
releven mengikut isu semasa untuk memahami isu yang dibincangkan.
Manakala, aktiviti pengukuhan yang disertakan adalah untuk menguji
kefahaman dan menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran khususnya
secara dalam talian. Diharapkan segala proses pengajaran dan pembelajaran
dapat memberikan satu impak yang besar kepada kecemerlangan pelajar
dalam kursus MPU23142 Pendidikan Moral khususnya dan kesempurnaan
akhlak amnya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Politeknik Mukah Sarawak
kerana telah memberi ruang dan peluang untuk menghasilkan buku digital ini
sebagai rujukan kepada pensyarah dan pelajar.

Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim
Farah Hanan Abu Bakar
Dayangku Farah Azeila Awg Mohammat

KANDUNGAN 1
4
Prakata 4
7
1 JENAYAH PENDERAAN KANAK-KANAK 12
1.0 Pengenalan 12
1.1 Faktor Penderaan Kanak-Kanak
1.2 Implikasi Penderaan Kanak-Kanak 13
1.3 Inisiatif Menangani Jenayah Penderaan Kanak-Kanak 14
Kesimpulan 16
Latihan Pengukuhan 17
18
2 GEJALA PONTENG SEKOLAH 18
1.0 Pengenalan
1.1 Faktor Gejala Ponteng Sekolah 20
1.2 Implikasi Gejala Ponteng Sekolah 21
1.3 Inisiatif Menangani Gejala Ponteng Sekolah 25
Kesimpulan 27
Latihan Pengukuhan 28
28
3 GEJALA SEKS BEBAS
1.0 Pengenalan
1.1 Faktor Gejala Seks Bebas
1.2 Implikasi Gejala Seks Bebas
1.3 Inisiatif Menangani Gejala Seks Bebas
Kesimpulan
Latihan Pengukuhan
Rujukan
Jawapan

1

JENAYAH
PENDERAAN
KANAK-KANAK

Penderaan kanak-kanak didefinisikan sebagai satu pencabulan atau
pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk
berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping
menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka menurut
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara. Di Malaysia pada hari ini,
berita demi berita tentang kes penderaan terhadap kanak-kanak oleh
ibu bapa sendiri saban hari dilaporkan. Ibu bapa seharusnya
bertanggungjawab melindungi kanak-kanak serta memastikan
mereka dalam keadaan selamat tidak kira daripada ancaman buruk
dunia luar apatah lagi kesejahteraan di dalam rumah.

1

JENIS PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan Fizikal Penderaan Emosi

Penderaan fizikal merupakan satu fenomena Penderaan emosi adalah trauma psikologi
sosial yang dapat ditakrifkan sebagai
keganasan secara fizikal yang berlaku apabila yang menyerang pemikiran dan lapisan
kanak-kanak dicederakan oleh ibu, bapa atau
penjaga secara sengaja atau berniat. Contoh- perlindungan supaya minda terganggu untuk
contoh penderaan fizikal seperti menendang,
menumbuk, mencekik dan memukul. jangka masa pendek atau panjang mengikut
Seterusnya, menyiram menggunakan air panas
juga dikira sebagai penderaan fizikal. tahap keadaan trauma yang berlaku. Ia
Sementara itu, kecederaan yang selalu
dikaitkan dengan penderaan fizikal adalah mungkin kegagalan memenuhi keperluan
lebam, calar, kecederaan otak, pendarahan,
patah tulang dan beberapa kes yang boleh kanak-kanak untuk berkasih sayang,
melibatkan kematian.
perhatian dan rangsangan walaupun

penjagaan fizikal yang baik boleh

disediakan atau mungkin penderaan lisan,

penolakan dan ugutan berterusan untuk

membahayakan kanak-kanak. Ia mungkin

juga merujuk kepada tingkah laku negatif

ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak

di bawah jagaan mereka. 2

Penderaan Seksual

Penderaan seksual adalah penglibatan kanak-
kanak dalam aktiviti seksual yang tidak
difahami sepenuhnya apa yang sedang
dilakukan. Contoh penderaan seksual
termasuk perbuatan seks dengan kanak-kanak,
rogol, mendedahkan alat kelamin, pelacuran
kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.
Tindakan lain seperti memegang, mencium,
menggosok bahagian peribadi kanak-kanak
dan tingkah laku seksual yang tidak normal
juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Penderaan Pengabaian

Pengabaian kanak-kanak adalah apabila ibubapa atau penjaga tidak memberikan
penjagaan, pengawasan, kasih sayang dan sokongan yang diperlukan untuk kesihatan,
keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Pengabaian kanak-kanak termasuk:

Pengabaian fizikal dan pengawasan yang tidak mencukupi
Pengabaian emosi
Pengabaian perubatan
Pengabaian pendidikan

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Kanak-Kanak 2001 adalah undang-
undang utama yang mengawal kes penderaan kanak-kanak. Manakala, undang-
undang lain yang menangani kes penderaan kanak-kanak adalah Kanun Keseksaan
dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

3

FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK

Masalah Kewangan Pertengkaran

Tekanan masalah ekonomi atau beban Ini bermaksud bahawa, ibu bapa yang
kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga menghadapi tekanan sama ada di tempat
sebagai salah satu faktor berlakunya kerja, pertengkaran suami isteri, dan
penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa sebagainya akan menyebabkan anak
yang menjadi kurang waras kerana tekanan mereka menjadi mangsa melepaskan
tersebut. Mereka sering melepaskan geram. Apabila seseorang itu tertekan
tekanan dengan menyakiti atau memukul terhadap situasi atau masalah yang
anak-anak. Aspek ekonomi memang dihadapi, maka otak mereka tidak akan
penting untuk mewujudkan keluarga yang dapat berfungsi dengan baik, maka dengan
sempurna. Kasih sayang yang utuh dan itulah segala tindakan yang dilakukan
prihatin menggunung sekalipun tidak akan adalah berunsur memberontak.
berkekalan tanpa wang. Seseorang ketua
keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. 4
Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja
terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,
tetapi untuk masa depan yang masih
panjang.

Kurang Didikan Agama Pengagihan Dadah dan Arak

Terdapat segelintir individu luar selain ibu Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga
bapa yang mendera kanak-kanak tidak menjadi faktor utama terjadinya kes
mempunyai didikan agama. Individu yang penderaan kanak-kanak. Ketagihan ini
tidak mempunyai pegangan agama yang kuat menyebabkan mereka hilang pertimbangan
ini, mereka seperti tidak ada haluan hidup. dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang
Tindakan devian yang dilakukan terhadap sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang
kanak-kanak ini dianggap seperti tidak diketahui, kesan dadah atau arak
mempunyai pembalasan yang akan di perolehi. menyebabkan si penagih akan lupa diri dan
Jika seseorang itu mempunyai didikan agama, khayal. Oleh itu, mereka lupa akan
mereka pasti akan memikirkan bahawa tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,
kelakuan atau tindakan mendera kanak-kanak malah menyeksa anak-anak yang tidak
ini adalah satu kesalahan besar di dalam agama berdosa.
mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang
umatnya berlaku kejam dan tidak adil terhadap Kurang Kasih Sayang
umat yang lain.
Banyak juga berlaku penderaan kanak-kanak
adalah akibat daripada kurangnya perhatian
ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ada ibu
bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan
baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin dan
perlu mengetahui bahawa kanak-kanak
akalnya belum berkembang. Jika kanak-kanak
yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak
kisah dengan siapa mereka bersama.

5

KESAN PENDERAAN
KANAK-KANAK

Emosi Tidak Stabil

Penderaan emosi boleh menyebabkan emosi
kanak-kanak menjadi tidak stabil. Kanak-
kanak yang mempunyai emosi yang tidak
stabil akan lebih mudah mengalami perubahan
emosi yang mendadak.

Kecacatan Fizikal

Penderaan daripada ibu bapa boleh
menyebabkan keadaan fizikal kanak-kanak
menjadi cacat. Ini boleh menyebabkan
mereka dibuli oleh kanak-kanak lain serta
mengurangkan kebolehan mereka untuk
melakukan apa sahaja aktiviti.

Hilang Keyakinan Diri

Disebabkan penderaan daripada ibu bapa
mereka, ramai kanak-kanak akan hilang
keyakinan dengan diri mereka masing-
masing. Disebabkan ini mereka tidak akan
mencuba melakukan perkara baru kerana
tidak mempunyai keyakinan diri.

Mudah Terjebak Dengan

Pergaulan Bebas Trauma

Penderaan juga boleh menyebabkan Kanak-kanak yang menerima penderaan 6
seseorang untuk mudah terjebak dengan juga akan trauma dengan perkara tersebut
pergaulan bebas dan melakukan aktiviti- dan ini menyebabkan mereka kurang
aktiviti yang tidak berfaedah. Mereka juga bergaul dengan kawan-kawan yang lain dan
akan lebih mudah untuk dipengaruhi oleh boleh menyekat aktiviti sosial mereka.
orang lain. sekaligus ianya boleh menyebabkan
pemikiran kurang berkembang kerana tiada

INISIATIF MENANGANI JENAYAH
PENDERAAN KANAK-KANAK

Mementingkan Ilmu Keibubapaan Peranan Pihak Sekolah

Suami isteri haruslah mengambil kursus Guru-guru di sekolah harus sentiasa memberi
pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama perhatian kepada murid apabila mendapati
setelah mereka berkahwin. Mereka harus sedar perubahan yang besar berlaku kepada
tanggungjawab untuk membentuk sebuah seseorang murid. Guru perlu memberi kasih
keluarga yang bahagia sebagai seorang ibu sayang kepada murid supaya mereka dapat
bapa. Mereka akan didedahkan cara menjaga meluahkan perasaan dan masalah mereka jika
anak mereka dan melayan pasangan mereka penderaan berlaku. Pihak sekolah pula boleh
dengan baik melalui aktiviti tersebut. Ibu bapa merujuk kes kepada pihak polis sekiranya
juga mestilah mempunyai kesedaran yang
tinggi untuk menjadi teladan yang baik kepada mendapati kes penderaan berlaku kepada
anak mereka. Apabila menghadapi tekanan, seorang murid. Pihak sekolah juga perlu
mereka harus menghadiri sesi bimbingan dan merancang aktivti di bawah guru kaunseling
kaunseling supaya tidak melepaskan tekanan agar murid yang terlibat ada ruang untuk
mereka kepada pasangan dan anak-anak. menyatakan masalah yang dihadapinya jika
boleh menjejaskan prestasi pelajaran murid
tersebut.

7

Peranan Masyarakat Didikan Agama Secukupnya

Peranan masyarakat dalam mengatasi masalah Selain itu, didikan agama juga haruslah
penderaan kanak-kanak juga penting. Masyarakat dititikberatkan pada zaman yang serba canggih
haruslah mempunyai semangat kejiranan yang ini. Pasangan yang akan berkahwin diwajibkan
tinggi. Kita perlu membuang sikap yang menyertai kursus-kursus persediaan untuk
mementingkan diri sendiri. Jika mendapati ada berumah tangga. Dalam hubungan ini para ibu
kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di bapa pasangan itu perlu memainkan peranan
sekeliling, kita hendaklah mengambil tindakan yang penting. Pasangan yang muda ini harus
segera dan bukan memikirkan perkara ini boleh sedar bahawa agama melarang keras ibu bapa
diabaikan. Masyarakat juga harus peka dengan menganiayai anak-anak. Perbuatan yang
keadaan sekeliling dan segera melaporkan kepada terkutuk ini akan mendapat balasan di akhirat
polis apabila mengesan kes penderaan kanak- kelak. Pasangan ibu bapa perlu menanamkan
kanak berlaku. Selain daripada itu, masyarakat nilai-nilai agama di dalam jiwa anak-anak
juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan mereka. Jika pasangan suami isteri ini beriman
melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. dan bertakwa kepada Allah, nescaya gejala ini
Sekurang-kuranya ia boleh mengurangkan kes- tidak akan timbul. Pasangan yang hendak
kes jenayah berlaku di kalangan massyarakat berkahwin perlu tahu tuntutan-tuntutan agama
setempat. dan menjadi pasangan yang soleh.

Penguatkuasaan Undang-Undang

Pihak kerajaan haruslah menguatkuasa undang-
undang supaya dapat membendung kes penderaan
kanak-kanak. Orang yang bersalah harus
dijatuhkan hukuman yang berat dan setimpal
dengan jenayah yang dilakukan untuk
mengingatkan masyarakat tentang akibat
seseorang melakukan jenayah ini. Dengan adanya
penguatkuasa undang-undang ini dapat mengadili
hukuman yang setimpal terhadap si pelaku. Oleh
yang demikian, ini dapat mengurangkan kes
penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak
pada masa kini.

8

ADUAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK

1.Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040.
2.Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang

berhampiran dengan tempat tinggal pelapor.
3.Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok Polis

yang berhampiran.
4.Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/

Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan
berlakunya penganiayaan.
5.Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.

9

10

11

KESIMPULAN

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu kelakuan yang tidak
berperikemanusiaan dan kejam. Kanak-kanak adalah aset penting negara pada
masa yang akan datang. Mendera aset penting negara bermakna memusnahkan
negara kita dan diri sendiri. Semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah,
masyarakat, dan kerajaan haruslah menjalankan tanggungjawab dan berusaha
untuk mengurangkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di malaysia.

LATIHAN PENGUKUHAN

Scan QR Code dan jawab semua berikut.

Link Quizizz : shorturl.at/eyGI4

12

2

GEJALA
PONTENG SEKOLAH

Masalah ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan
melanggar peraturan sekolah. Seseorang murid dianggap ponteng
sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan
pada hari persekolahan. Ponteng juga merujuk kepada murid yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah
satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam sehari.
Neelam, 2013 menyatakan kualiti peperiksaan, kegagalan, dan
keciciran dalam pelajaran merupakan punca utama kepada
ketidakmenjadian generasi sekarang kerana masalah ponteng
membawa impak yang negatif terhadap pembangunan dan kemajuan
negara pada masa akan datang.

Hargai masa remaja anda

13

FAKTOR GEJALA PONTENG SEKOLAH

Kurang Minat Pengaruh Rakan Sebaya

Di antara perkara yang menjadi faktor pelajar Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan
sering ponteng sekolah adalah kerana kurang peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar
atau tidak berminat terhadap pengajaran dan lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada
pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin rakan sebaya untuk ponteng sekolah akan
berpunca daripada isi kandungan sukatan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak
pelajaran yang banyak memberikan tumpuan berfikir secara rasional. Mereka akan menurut
kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka
menghafal seperti mata pelajaran sejarah, tanpa berfikir panjang. Hal ini menjadi semakin
matematik, sains, geografi dan sebagainya. serius ekoran daripada tempoh masa bersama
dengan rakan lebih lama berbanding di rumah
Mencari Keseronokan bersama keluarga. Ini menyebabkan mereka
lebih terikut-ikut dengan rakan sebaya
Pelajar yang ponteng sekolah berkemungkinan berbanding keluarga. Hal ini mendorong atau
adalah kerana mereka lebih mementingkan mempengaruhi pelajar untuk melakukan perkara-
keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas perkara yang baik atau sebaliknya bergantung
kerana terdapat di kalangan pelajar yang kepada jenis rakan yang dipilihnya.
ponteng dengan tujuan untuk melepak atau
berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat- 14
pusat membeli-belah, pusat permainan video,
dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat
juga pelajar yang ponteng akan pergi menonton
wayang atau berkelah bersama dengan rakan-
rakan untuk mencari keseronokan. Bagi
mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang
membosankan kerana tidak ada unsur-unsur
hiburan.

Kurang Pemantauan Ibu Bapa

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk memantau perilaku anak-anak supaya tidak terlibat
dengan gejala ponteng. Oleh kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya
atau ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa maka anak-anak lebih
terdorong untuk melakukan perkara tersebut berbanding duduk di rumah bersama keluarga. Dengan
membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah
malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat
menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Oleh yang demikian, anak tersebut akan cuba
menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka.

Peraturan Sekolah Yang Ketat

Adanya peraturan sekolah yang ketat juga di antara faktor yang boleh menyebabkan pelajar ponteng. Para
pelajar akan ponteng sekolah apabila takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya mereka tidak
menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru, mereka akan memilih untuk ponteng sekolah
supaya mereka tidak dapat didenda oleh guru. Selain daripada itu, pelajar yang datang lewat juga akan
mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan tersebut. Kumpulan pelajar
ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan
hukuman terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Tekanan Ekonomi

Taraf ekonomi keluarga pelajar yang rendah juga menyebabkan mereka malu untuk pergi ke

sekolah. Mereka sering ponteng sekolah bagi mengelakkan dipersenda oleh rakan-rakan. Apabila

ponteng sekolah, mereka mula melakukan sesuatu yang negatif bagi memenuhi masa lapang

mereka. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang rendah, maka ibu bapa sibuk untuk mencukupkan

perbelanjaan harian dan menyebabkan tanggungjawab anak terabai. Selain itu, terdapat juga pelajar

yang ponteng kerana terpaksa bekerja secara sambilan dan oleh kerana terlalu keletihan mereka

tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam. 15

KESAN GEJALA PONTENG SEKOLAH

Pembaziran Masa dan Tenaga Masa Depan Tidak Terjamin

Pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar
sekolah akan membazirkan masa dan tenaga tersebut akan ditertawakan oleh rakan-rakan
sahaja. Mereka akan mengalami kerugian dan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan
ketinggalan mata pelajaran yang di ajar oleh pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak
guru di dalam kelas. berbanding pelajar yang lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan
hadir ke sekolah. Jika mereka dapat negara akan kekurangan bakal peneraju yang
menggunakan masa mereka dengan baik iaitu berwawasan. Sia-sialah peluang yang diberikan
tidak ponteng sekolah dan mementingkan untuk menimba ilmu dan ianya akan merugikan
pelajarannya, mereka akan berjaya dalam diri sendiri kerana agak sukar peluang
pelajaran dan sekaligus boleh membanggakan pekerjaan di luar sana untuk mereka kerana
ibu bapa dan kejayaannya dapat memberi masa depan yang tidak terjamin.
kehidupan yang lebih baik dan selesa kepada
generasi seterusnya. Dipandang Serong Oleh Masyarakat

Ibu Bapa Berasa Kecewa Masyarakat akan memandang rendah ataupun
hina kepada pelajar yang ponteng dan ini secara
Isu ponteng sekolah sudah lama bersarang dan tidak langsung mereka akan menjatuhkan
ketika ini masih lagi berlaku. Apa yang maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila
memeranjatkan bagi ibu bapa adalah ketika seseorang ternampak sekumpulan pelajar sedang
perjumpaan antara guru dan ibu bapa, didapati lepak semasa masa sekolah, satu-satunya
anak mereka tidak hadir ke sekolah walhal pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah
bapanya hari-hari menghantar anak ke sekolah mereka adalah “sampah” masyarakat kerana
kerana mereka telah ponteng sekolah tanpa mereka tidak dapat memberi perkhidmatan
pengetahuan ibu bapa. Ibu bapa sangat kecewa kepada masyarakat pada masa depan.
dengan tindakan yang telah diambil oleh anak- Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa
anak dan mereka akan rugi kerana ketinggalan mereka kerana mereka tidak dapat mendidik
dalam pelajaran. anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai penjaga.
Peratus Kehadiran Terjejas

Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun risiko yang
perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah lebih ditekankan kepada
peratus kedatangan pelajar. Lazimnya para pelajar yang kerap ponteng sekolah dengan sendirinya
turut menjejaskan rekod kehadiran fail peribadi pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus
kehadiran pelajar terbabit tidak mencapai syarat wajib kehadiran harian ke sekolah sebanyak 85%.
Justeru, sekiranya tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti
peperiksaan akhir tahun turut terjejas.

16

Peraturan Sekolah Diperketatkan INISIATIF MENANGANI
GEJALA PONTENG
Inisiatif utama yang boleh dilaksanakan adalah SEKOLAH
menetapkan undang-undang yang lebih berkesan
di sekolah. Pihak sekolah perlu mengetatkan Peranan Ibu Bapa
peraturan seperti memberikan khidmat
kaunseling, menghantar pelajar ke program Ibu bapa memainkan peranan yang besar
sukarelawan dan melaporkan kepada polis jika dalam mendidik dan memberi perhatian
kesalahan pelajar melebihi had ditetapkan terhadap anak-anak. Ini kerana adab dan
sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab
digalakkan untuk menganjurkan aktiviti atau ibu bapa dalam membentuknya menjadi
program berbentuk motivasi dan kesedaran seorang individu yang berfikiran waras dan
pelajar tentang seronoknya persekolahan penuh sopan dan santun. Gejala ponteng dalam
berbanding membuang masa ponteng dan lepak kalangan pelajar mungkin berlaku kerana
di tempat-tempat awam. kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa
yang sibuk bekerja atau menghadapi krisis
Peranan Masyarakat dalam rumahtangga

Sebagai anggota masyarakat, kita hendaklah Peranan Media Massa
bersikap prihatin dengan menegur dan bertanya
kepada pelajar jika kita terserempak dengan Media massa elektronik seperti televisyen boleh
mereka di luar sekolah pada waktu persekolahan memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan
berlangsung. Masyarakat juga berperanan untuk pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran
membendung gejala ini dengan menegur kepada mereka. Tahap keberkesanan media
perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau massa dalam memberikan informasi kepada
membuat aduan kepada pihak berkuasa. malah masyarakat mampu menjadi sandaran kepada
boleh meminta bantuan pihak polis untuk pembentukan masyarakat yang lebih baik.
mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat Media massa haruslah memainkan peranan
lepak pelajar yang ponteng. untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat dengan
penerapan nilai-nilai moral supaya dapat
Peranan Pihak Kerajaan member pengajaran kepada semua pihak

Pihak kerajaan perlu sentiasa memantau tempat 17
berkumpul gejala ponteng ini supaya kes ini
dapat dibendung. Selain itu, pihak kerajaan
perlu memperbanyakkan penganjuran aktiviti-
aktivti yang berfaedah untuk penyertaan anak-
anak muda dan sekaligus dapat merapatkan
hubungan kemasyarakatan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar mampu diatasi dengan
pelbagai cara yang telah dihuraikan. Sesungguhnya pendidikan merupakan kemahiran asas
yang perlu dimiliki dan ditambah baik oleh setiap individu kerana pendidikan boleh
diibaratkan sebagai penyelesaian kepada segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
Jikalau pelajar sudah tidak mempunyai motivasi untuk mendapatkan pendidikan di sekolah
sehingga memonteng kelas, apalah nasib mereka apabila menjadi dewasa nanti. Justeru, setiap
pihak hendaklah berganding bahu melaksanakan langkah-langkah yang telah diutarakan demi
generasi masa hadapan yang lebih baik. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih. Semoga anak-anak muda ini dipersiapkan untuk menghadapi masa depan yang
tidak menentu dengan penuh ilmu yang bermanfaat di dada.

© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/ponteng-sekolah/

LATIHAN PENGUKUHAN

Scan QR Code dan jawab semua berikut.

Link Wordwall : shorturl.at/agovV
Tonton video di bawah dan berikan 4 langkah bagi menangani gelaja ponteng sekolah.

Link YouTube: Sumber Youtube : Uploaded by MotivED, Oct 26, 2020

18

19

3

GEJALA
SEKS BEBAS

Gejala seks bebas sering kali dikaitkan dalam
kalangan remaja yang merupakan perbuatan
melakukan hubungan seks tanpa ikatan
perkahwinan yang sah. Hubungan seks bebas boleh
ditakrifkan sebagai hubungan seks dengan rakan-
rakan biasa atau 'casual friends' tanpa memerlukan
perasaan cinta yang mendalam.

Hargai masa remaja anda

20

FAKTOR MEMPENGARUHI GEJALA
SEKS BEBAS

Peranan Ibu Bapa

Kurang Prihatin Terhadap Masalah Anak Kurang Didikan Agama Kelonggaran nilai
Interaksi sosial antara ibu bapa dan anak-anak agama dalam kehidupan menjadi asas kepada
pada masa kini semakin kurang diamalkan dalam masalah sosial yang berlaku pada masa kini.
kehidupan keluarga. Perlunya ruang dan masa Menurut Zulkiffly (2006), yang menyatakan
oleh ibu bapa untuk anak-anak khususnya dalam wujudnya masyarakat hari ini yang kurang
kalangan remaja untuk membincangkan masalah kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada
yang dihadapi oleh anak-anak. Kasih sayang dan dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.
keprihatinan ibu bapa sangat penting khususnya Oleh itu, remaja yang mempunyai pemahaman
anak-anak dalam kalangan remaja bagi yang rendah terhadap nilai agama lebih mudah
membentu emosi yang sihat. Monte mayor dan terjerumus dengan salah laku seks.
Hanson (1985) yang menyatakan punca konflik
antara remaja dengan ibu bapa adalah berkaitan Pemantauan Ibu Bapa Kegagalan ibu bapa
isu interpersonal. Kekurangan dan gangguan memantau aktiviti harian anak-anak menjadikan
interaksi yang berkesan menyebabkan jiwa mereka merasa bebas untuk mencuba melakukan
remaja memberontak dan boleh mendorong sebarang tingkah laku. Pentingnya peranan ibu
mereka bertingkahlaku yang negatif. bapa dalam memantau aktiviti dan mengenali
rakan anak-anak di dalam dan luar rumah bagi
mengurangkan tingkah laku negatif dalam
kalangan remaja. Warr (1993) juga berpendapat
berpendapat kekerapan ibu bapa meluangkan
masa bersama anak-anak berlaku pengurangan

21penglibatan remaja dengan tingkah laku devian.

Pengaruh Rakan Sebaya Kepuasan Bersama Rakan Remaja akan berasa
seronok dan puas jika mereka berkelakuan tidak
Perasaan Kurang Malu Apabila Bersama sopan bersama rakan-rakan mereka. Selain itu,
Rakan Hal ini melalui pergaulan bebas antara kepuasan yang mereka perolehi bersama rakan-
lelaki dan perempuan. Golongan remaja masa rakan adalah sesuatu yang menggembirakan
kini tidak segan silu berdua-duaan dan bermesra mereka kerana mereka mudah menerima tingkah
rakan yang berlainan jantina di khalayak ramai. laku rakan-rakan mereka. Apa-apa sahaja yang
Penyelidik berpendapat, pada usia remaja, naluri memberikan keseronokan kepada mereka akan
ingin berpasangan adalah tinggi dan remaja akan dilakukan kerana terikut-ikut sikap kawan atau
mudah jatuh cinta. Ini dibuktikan apabila pilihan sendiri. Menurut Fatimah (2006) yang
Fatimah (2006) menyatakan perasaan ingin menjelaskan, sifat semulajadi remaja yang
berpasangan semakin meluap-luap ketika berada dahagakan keseronokan. Ini menunjukkan sebab
di alam remaja. Jika perasaan ini tidak dikawal, utama remaja terlibat gejala seks bebas adalah
ia akan membawa kepada masalah sosial seperti untuk mencari keseronokan.
melakukan seks bebas.

Mudah Menerima Ajakan Rakan Rakan-rakan
remaja sering mengajak remaja melakukan
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Remaja mudah
menerima ajakan dari rakan-rakan kerana mereka
percaya apa yang dilakukan oleh rakan mereka
adalah betul dan boleh mendatangkan
keseronokan. Apabila remaja sukar untuk
menolak ajakan rakan sebaya maka tingkah laku
seksual akan menjadi sebati dalam diri mereka.

22

Pengaruh Media Massa

Kemudahan Akses Internet teknologi Rancangan Televisyen Yang Tidak Sesuai
merupakan salah satu faktor yang sangat kuat Kepada Golongan Remaja Rancangan-rancangan
mendorong remaja ke arah salah laku seks. yang memaparkan unsur ganas dan tidak bermoral
Penggunaan telefon pintar atau telefon bimbit (lucah) sehingga menyebabkan jiwa mereka
yang dilengkapi dengan kemudahan akses menjadi keras dan kasar yang akhirnya
internet remaja boleh mengakses apa jua menyebabkan berlakunya masalah ketika
maklumat termasuklah bahan lucah. Bahan yang berinteraksi dalam kehidupan kerana mereka
diperolehi ini sangat mudah dikongsikan dengan tidak dapat membezakan antara dunia realiti
perisisan sistem “Bluetooth” yang sedia ada dengan dunia fantasi (Nahar, et al., 2017). Tidak
dalam sistem telefon pintar masa kini. Bahan menghairankan apabila ramai remaja pada masa
lucah yang mudah diakses dengan menggunakan kini yang terjebak dengan ketagihan pornografi.
internet ini memberi kesan langsung kepada Hal ini, kerana teknologi yang ada memudahkan
remaja terlibat dengan salah laku seks. mereka untuk berkongsi dan menyimpan video,
Keterujaan melihat bahan lucah yang sangat gambar dan tulisan berbentuk pornografi tanpa
mudah di akses memberi dorongan yang kuat dikesan oleh sesiapa terutamanya ibu bapa
kepada peniruan tingkah laku dan (Norramazonizni & Haninah, 2016).
menjerumuskan remaja melakukan sesuatu di
luar batasan

Mempromosikan Produk Jualan Terdapat segelintir masyarakat yang menggunakan teknologi dengan

merakam kelakuan mereka berpakaian seksi bagi mempromosikan sesuatu produk yang dijual ataupun

bagi mendapatkan lebih ramai pengikut di media sosial (Kosmo, 2014). Jelaslah, penggunaan teknologi

yang tidak terkawal mampu memberi kesan negatif terhadap kehidupan generasi muda kini apabila

mereka mudah terjebak dengan ketagihan pornografi. 23

Pil Khayal Aktiviti Lumba Haram

Menghilangkan Tekanan Pengambilan pil Taruhan Kepada Aktiviti Perlumbaan Penglibatan
khayal dalam kalangan remaja bertujuan remaja perempuan terhadap aktiviti lumba haram
menghilangkan tekanan. Pil khayal diambil semakin meningkat. Kebanyakkan gadis yang menyertai
kumpulan perlumbaan haram rela menjadi bahan taruhan
oleh golongan remaja untuk dan hidangan kepada para pelumba bagi melayani nafsu
menghilangkan tekanan masalah yang golongan remaja lelaki tersebut. Faktor ini telah
dihadapi (Norramazonizni & Hanina, 2016). mengundang seks bebas secara berleluasa sehingga
Fenomena ini berlaku apabila remaja menyebabkan berlakunya kes kehamilan luar nikah.
banyak menghabiskan masa di luar rumah
bersama rakan-rakan yang turut mempunyai
latar belakang keluarga bermasalah sehingga
terdorong melakukan tindakan-tindakan yang
tidak terkawal sehingga terjebak dengan
beberapa aktiviti berisiko seperti
pengambilan pil khayal. Secara tidak
langsung, pengambilan pil tersebut telah
mempengaruhi golongan remaja untuk
melakukan hubungan seks bebas sesama
mereka.

24

IMPLIKASI SEKS BEBAS

Ketagihan Seks Kehamilan Luar Nikah

Kekerapan Melakukan Hubungan Seks Menurut Pembuangan Bayi Semakin Meningkat Seks
kajian Subhi et al. (2012), kebanyakan remaja terlarang merupakan penyebab utama kepada
khususnya remaja perempuan pada mulanya kehamilan anak luar nikah yang tidak diinginkan
mereka melakukan seks atas dasar cinta dan oleh remaja yang terlibat. Anak tersebut pula
sayang kepada pasangan mereka. Setelah terjebak menjadi beban kepada remaja yang hamil bukan
dengan aktiviti ini mereka bukan lagi melakukan sahaja ketika mengandungkan anak luar nikah
seks ini kerana dasar tersebut, tetapi lebih kepada tersebut bahkan setelah kelahiran anak tersebut.
masalah ketagihan melakukannya. Remaja yang Malah ada dikalangan remaja yang sanggup
terlibat ini dengan aktiviti ini sehingga sanggup melakukan pembuangan bayi apabila pasangan
bertukar-tukar pasangan bagi memenuhi tidak bertanggungjawab terhadap bayi tersebut.
ketagihan seks yang dialami mereka dan
melakukannya seperti pasangan yang sudah Mengundang Kepada Penyakit HIV Salah satu
berkahwin dari segi kekerapan melakukannya.
daripada bahaya seks terlarang adalah kerana

penularan penyakit berbahaya melalui kegiatan

seks terlarang dan rambang (Mansor, 2012).

Remaja yang mengambil dadah secara suntikan

dengan berkongsi jarum antara penyebab utama

jangkitan HIV. Golongan ini pula merupakan

penyumbang utama penyakit AIDS yang

disebarkan melalui seks terlarang (Anuar, 2014).

penagih dadah dan seks terlarang merupakan

kitaran yang memudahkan seseorang dijangkiti

dengan penyakit AIDS ini. 25

Keluarga Menanggung Malu Pembelajaran Terganggu

Nama Baik Keluarga Tercemar Pandangan Prestasi Akademik Menurun Prestasi akademik
negatif daripada masyarakat sejagat seorang remaja merosot serta terjejas sehingga
menyebabkan kebanyakan daripada remaja yang menimbulkan perasaan tidak seronok apabila
hamil luar nikah dipinggirkan oleh ahli keluarga berada di sekolah untuk belajar. Akibat daripada
mereka (Salina & Farah, 2020). Keluarga perlu melakukan gejala sosial seperti ini seseorang
menanggung perasaan malu apabila berhadapan remaja itu berasa malu untuk hadir ke kelas atau
dengan saudara-mara dan jiran tetangga melanjutkan pengajian apabila mula terlibat
sekiranya ada di antara ahli keluarga mereka dengan gejala seks bebas sehingga menyebabkan
terlibat dengan perlakuan sebegini (Salina & kehamilan luar nikah. Selain itu, ada yang
Farah, 2020). Selain itu, ahli keluarga juga akan terpaksa berhenti belajar dan hilang tempat
berhadapan dengan dilema sama ada ingin berlindung kerana malu berhadapan dengan guru
memberikan bayi yang bakal/telah dilahirkan dan rakan-rakan.
kepada keluarga angkat, menggugurkan bayi,
atau menjaga bayi tersebut sehingga meningkat
dewasa.

26

INITIATIF MENANGANI SEKS BEBAS

Peranan Ibu Bapa Peranan Rakan Sebaya

Didikan Ibu Bapa Terhadap Anak Ibu bapa Rakan Yang Boleh Membawa Ke Arah
haruslah mengambil berat tentang pergaulan Kebaikan Pemilihan rakan sebaya yang boleh
anak-anak mereka dan rakan-rakan anak harus membimbing seseorang individu ke arah yang
dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu lebih baik melalui kaedah memberi nasihat dan
mengawasi perilaku anak-anak dan sentiasa kata-kata semangat. Selain itu, sentiasa
mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja memanfaatkan masa bersama dengan aktiviti
mereka. Selain itu, didikan agama juga amat yang berfaedah dan elakkan daripada terlibat
penting terhadap anak-anak supaya mereka dengan aktiviti yang boleh memudaratkan diri
sentiasa ingat perkara-perkara yang dilarang dan sendiri.
dituntut dalam agama.
Media Massa
Pihak Sekolah
Penggunaan Alat Teknologi Untuk Perkara
Mengadakan Program Sosial Merancang
langkah pencegahan dengan bekerjasama Berfaedah Remaja perlu bijak dalam
dengan masyarakat atau agensi luar dalam
membendung masalah ini. Program-program menggunakan alat media massa terutamanya
sosial dalam memenuhi ruang masa pelajar agar
diisi dengan perkara yang berfaedah seperti bagi mengetahui isu-isu semasa atau
khidmat masyarakat, kem jati diri, kem
kepimpinan, aktiviti sukan, kembara dan penggunaan untuk tujuan pendidikan dan lain-
sebagainya mampu mengelak pelajar terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat. lain. Elakkan daripada melayari laman sesawang

atau menonton filem lucah dan aksi-aksi yang

tidak sesuai menjadi tontonan umum. Selain itu,

mengehadkan masa penggunaan media massa

dengan melakukan aktiviti bersama keluarga

agar hubungan silaturrahim dapat dieratkan

dalam institusi kekeluargaan. 27

Kerajaan

Pihak Berkuasa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Peranan pihak berkuasa dalam
membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama
golongan remaja. Selain itu, mengenakan hukuman yang setimpal kepada golongan yang
melakukan perkara jenayah seperti pembuangan bayi, kes rogol, pengedaran dadah dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, mengadakan program berunsurkan pendidikan seks juga amat penting
ditekankan kepada masyarakat sebagai pengetahuan kepada mereka berkenaan gejala seks bebas
ini.

KESIMPULAN

Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan golongan belia yang berakhlak baik ini
perlu ditangani dengan bijak dan semua pihak mestilah memainkan peranan masing-masing.
Tindakan-tindakan wajar yang dilaksanakan hendaklah mematuhi undang-undang yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, pentingnya pendidikan di rumah dan penglibatan ibu bapa
yang membantu dalam usaha untuk membentuk akhlak anak-anak terutamanya di kalangan
remaja supaya dapat mengelakkan daripada terlibat dengan gejala pergaulan bebas yang pasti
mengundangkan banyak implikasi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, golongan belia yang ingin
maju dan berjaya perlu bijak dalam menghadapi cabaran-cabaran yang boleh mempengaruhi
akhlak mereka.

LATIHAN PENGUKUHAN

Latihan ini mempunyai 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
BAHAGIAN A: Scan QR Code dan jawab semua berikut.

Link Quizizz : shorturl.at/amFJT

BAHAGIAN B: Jawab semua berikut.

1.Berikan empat contoh aktiviti yang mengundang kepada gejala seks bebas.

2. Nyatakan dua punca golongan remaja terpengaruh dengan gejala seks bebas.

3. Jelaskan tiga kesan terhadap individu yang terjebak dengan gejala seks bebas.

4. Jelaskan lima penyelesaian kepada masalah seks bebas dalam kalangan remaja.

5. Berikan 3 contoh badan kerajaan atau bukan kerajaan yang ada menyediakan perkhidmatan

kepada golongan wanita yang terlibat dengan seks bebas. 28

29

RUJUKAN

Absha Atiah Abu Bakar dan Mohd. Isa Hamzah (2019). Faktor Keterlibatan Remaja dengan
Masalah Sosial. Jurnal Hadhari 11 (1), 1 – 17.

Amirul Ashraaf Norman & Nooraini Othman (2020). Ketagihan Pornografi Dalam Kalangan
Remaja: Faktor dan Implikasi Terhadap Sahsiah Diri Remaja, Kuala Lumpur: Universiti
Teknologi Malaysia.

Mariam Abd. Majid, Nurul Zafirah Azman & Nurul Izzah Mohd Yani (2019). Faktor
Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual: Kajian Terhadap Remaja Hamil Luar Nikah
di Pusat Pemulihan Akhlak Negeri Selangor, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor.
Mohamad Faizal Mohammad, Mohd Zaki Ishak (2014). Gejala Hubungan Seks Dalam
Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Ms. Neelam Chawla Gosain (2013). A Study of the factors leading to truancy among
adolescent students in district Faridabad.IOSR Journal of Research & Method in Education
(IOSR-JRME), 13-19.
Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhammad, & Mohd Sani Ismail. (2019). Pengurusan
masalah disiplin pelajar: Isu dan cabarannya di Malaysia. International Social Science and
Humanities Journal, 2(2), 43-47.

Norsaleha Mohd Salleh, Noor Hafizah Mohd Haridi,Zetty Nurzuliana Rashed et al (2019).
Faktor Penderaan kanak-kanak di Malaysia: Satu Analisis. E-prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

Kamarul Azmi Jasmi (2017). Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan
Penyelesaiannya, Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Reffina Siong & N.K. Tharshini (2020). Isu Kehamilan Luar Nikah dalam Kalangan Remaja
di Malaysia: Satu Tinjauan Sorotan Literatur, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.

Syazwana Aziz, Salina Nen, Suzana Mohd Hoesni & Jamiah Manap (2019). Tingkah Laku
Devian Dalam Kalangan Remaja di Semenanjung Malaysia Berdasarkan Faktor
Pemantauan Ibu Bapa, Komunikasi Ibu Bapa dan Religiositi, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka,
Melaka: Universiti Teknologi Mara.

https://www.sinarharian.com.my/article/134424/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Kes-dera-
kanak-kanak-Kena-ada-sikap-peduli

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/783567/1076-kes-penderaan-kanak-kanak-
dilaporkan-hingga-september-metrotv

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2073621

SIRI POLITEKNIK

GEJALA SOSIAL REMAJA

"Cegah Sebelum Parah"

E-Book Gejala Sosial Remaja disediakan berdasarkan sukatan kursus MPU23142
Pendidikan Moral. E-Book ini wajar dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para
pelajar politeknik di seluruh Malaysia dan institusi pendidikan lain yang mengambil
kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. E-Book ini bertujuan untuk membantu
para pelajar mengetahui isu-isu semasa yang sering kali terjadi kepada golongan remaja
terutamanya. E-Book ini terdiri daripada tiga bab iaitu Jenayah Penderaan Kanak-
Kanak, Gejala Ponteng Sekolah dan Gejala Seks Bebas .

Ciri-Ciri Utama Buku:
Ditulis berdasarkan salah satu bab daripada silibus bagi kursus MPU23142 Pendidikan Moral iaitu
Cabaran Nilai Moral Masa Kini.
Teks yang jelas dan mudah difahami serta dilengkapi gambar yang berkaitan.
Latihan pengukuhan disediakan untuk setiap bab.

Fayzatol Jamiyaah Abdull Rahim merupakan pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah,
Sarawak.
Farah Hanan Abu Bakar merupakan pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah, Sarawak.
Dayangku Farah Azeila Awg Mohammat merupakan pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik
Mukah, Sarawak.

POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
https://www.pmu.edu.my


Click to View FlipBook Version