The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

sumbang mahram_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fayzatol, 2023-05-24 23:46:57

Sumbang mahram

sumbang mahram_compressed

SUMBANG MAHRAM "BERFIKIR SEBELUM BERKATA, BERUNDING SEBELUM BUAT"


MPU23142 PENDIDIKAN MORAL Penulis: Valentina George Alvina Kue Kok Na Beatrix Chendo Mau Janniefer Jackson Penasihat: Puan Fayzatol Jamiyaah Binti Abdull Rahim


Prakata .................................................................... 1 Objektif .................................................................... 2 Definisi Sumbang mahram ...................................... 3-4 Faktor-faktor Sumbang mahram ............................. 5-9 Kesan-kesan Sumbang mahram terhadap mangsa dan keluarga ......................................................... 10-12 Cara Mengatasi Sumbang mahram ...................... 13-17 Contoh isu Sumbang mahram yang berlaku di Malaysia ...............................................................................18-19 Kesimpulan ............................................................ 20 Rujukan .................................................................22 Isi Kandungan:


PRAKATA Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah membantu dan memberi kerjasama yang sangat baik untuk kami menyiapkan projek E-Folio MPU23142 bagi subjek Pendidikan Moral. Terlebih dahulu,kami ingin mengucap syukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana telah memberi kekuatan dan kesabaran bagi kami untuk menyiapkan projek ini pada masa yang telah ditetapkan. E-Folio ini merupakan pengenalan kepada isu-isu moral yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini.Salah satunya adalah sumbang mahram. Dalam menyiapkan projek E-Book ini,pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah E-Book yang amat terbaik dari segi isi penyampaian. Selain itu, tujuan E-Folio ini dihasilkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada umum tentang tajuk utama yang kumpulan kami hasilkan, iaitu “Sumbang Mahram”. EFolio ini menekankan aspek-aspek dari segi pengenalan kepada sumbang mahram dan difikirkan sesuai untuk dibincang dan dibahaskan dalam kumpulan ataupun di dalam kelas. Akhir kata,diharapkan E-Folio yang mengandungi gabungan elemen infografik serta bahasa yang ringkas dan padat ini dapat menarik minat masyarakat umum untuk memahami tajuk ini dengan lebih mendalam.Semoga pembaca beroleh manfaat dan iktibar melalui penyampaian maklumat yang kami sampaikan melalui E-Folio ini disamping mewujudkan masyarakat yang bebas daripada sumbang mahram serta menjauhi segala kegiatan yang berunsurkan gejala sosial.


Menerangkan maksud sumbang mahram dengan jelas. Menghuraikan faktor-faktor menyebabkan sumbang mahram. Menilai kesan sumbang mahram terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Menjana idea cara untuk menangani sumbang mahram. Menyenaraikan contoh isu yang berlaku di Malaysia. Objektif :


PENGENALAN Isu-isu gejala sosial yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini menunjukkan kemerosotan moral dan betapa teruknya nilai akhlak pemuda pemudi masyarakat kita di Malaysia pada era yang serba moden ini. Setiap hari pasti ada sahaja berita-berita berkenaan masalah sosial yang terpampang di kaca televisyen, dada-dada akhbar, rangkaian internet dan sebagainya. Isu gejala sosial di negara kita semakin hangat diperkatakan apabila ia melibatkan golongan anak-anak muda khususnya remaja kita yang semakin hari semakin berani untuk bertindak liar dan di luar batasan normal serta agresif. Hal ini semakin membimbangkan kerana ia melibatkan golongan remaja di bawah umur iaitu mereka yang masih berada di bangku sekolah. Bukan itu sahaja kita turut digemparkan dengan bermacam-macam gejala sosial yang dilakukan oleh mereka, antaranya ialah kes ragut, penagihan dadah, pengambilan pil-pil khayal, rogol, pembuangan bayi, rempit, gengsterism dan sebagainya.Kini,sumbang mahram juga merupakan salah satu kes sosial yang kerap berlaku ketika ini.


Sumbang mahram dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam. Sebagaimana yang kita sedia maklum,hubungan jenis ini berlaku antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara mahupun datuk. Namun begitu tanpa kita sedari, sumbang mahram ini telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual dan ia juga turut memberi kesan buruk terhadap kesihatan diri.Hal ini demikian dikatakan kerana ia berpotensi untuk menghasilkan keturunan yang biologinya lemh, baik dari segi fizikal mahupun mental atau bahkan membawa maut.


FAKTOR SUMBANG MAHRAM


Kejadian-kejadian seumpama ini akan meransang individu terbabit dan sebagai jalan mudah mereka akan memaksa mangsa yang terdekat untuk memuaskan nafsu yang sedang bergelora. LEMAH IMAN Kebanyakan pelaku sumbang mahram melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras Akibat iman yang lemah, manusia tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan dan juga kebenaran dan kebatilan.


BATAS PERGAULAN Batas pergaulan antara kaum lelaki dan kaum perempuan sesama keluarga juga perlu ditekankan.Hal ini terjadi kerana sesetengah keluarga moden pada hari ini menggangap ciuman dan pelukan adalah sesuatu perkara yang biasa. Namun, jika tidak ada batasan yang berlandaskan keagamaan maka akan mudahlah kejadian sumbang mahram berlaku. Selain itu, pakaian yang mengghairahkan ataupun pakaian yang menjolok mata ketika berada diluar ataupun didalam rumah boleh menarik pandangan kaum lelaki untuk mengamati pemakai yang memakai pakaian yang mengancam tersebut. Jelas tidak ada yang mampu untuk mengendalikan dirinya ketika melihat pandangan seperti itu.


Keruntuhan institusi perkahwinan juga tergolong dalam faktor kepada sumbang mahram.Tamsilnya,penceraian mendorong kepada berlakunya kes inses ini sekaligus hilangnya ketua keluarga untuk memantau pergaulan anak-anak dirumah. Dengan peningkatan kadar penceraian antara pasangan suami isteri, lmaka lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami sumbang mahram KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA


PERASAAN INGIN TAHU DAN INGIN MENCUBA Lambakkan bahan-bahan pornografi juga mempengaruhi pemikiran dan psikologi seseorang individu yang mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Hal ini demikian dikatakan kerana kemudahan internet dan teknologi maklumat juga memudahkan seseorang individu untuk melayari laman web pornografi yang bergenre inses. Bahan lucah yang diperoleh akan dijadikan sumber malah mereka akan mencuba untuk mempraktikkan apa yang telah mereka lihat ke dalam dunia realiti mereka.


KESAN SUMBANG MAHRAM


Mangsa sentiasa berasa takut dan tidak yakin akan keselamatan diri dan mengasingkan diri apabila berada dekat dengan ahli keluarga Mangsa akan mudah terjerumus dengan masalah sosial seperti pergaulan bebas atau menjadi bohsia Mangsa berasa rendah diri dan merasa terhina oleh masyarakat sekeliling. Mangsa akan berfikir bahawa diri mereka sangat jijik dan menganggap bahawa diri mereka sudah tidak mempunyai maruah Mangsa akan mengalami kemurungan atau masalah psikologi yang teruk dalam diri dari segi tingkah laku dan perwatakan mangsa seperti perubahan emosi Hilang kepercayaan terhadap ahli keluarga terutama pelakunya. Mereka akan sentiasa berjaga-jaga apabila meluangkan masa bersama keluarga MANGSA


KELUARGA Masyarakat akan memandang serong sekaligus keluarga menerima cemuhan dan tohmahan daripada orang luar Nama baik keluarga tercemar akibat daripada perbuatan tersebut Timbulnya kepincangan didalam rumahtangga seperti hubungan menjadi retak yang boleh menimbulkan masalah rumahtangga di antara suami isteri


CARA MENGATASI ISU SUMBANG MAHRAM


TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MENGUKUHKAN INSTITUSI KELUARGA Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dalam mengelakkan kes sumbang mahram terjadi. antaranya ialah kerap melakukan aktiviti riadah dan meluangkan masa untuk bersama dengan anak-anak dan mengawasi segala tindak-tanduk mereka. MENITIK BERATKAN AJARAN AGAMA Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dalam mendidik anak-anak, sejak kecil, mengenai ajaran agama dan harus menekankan kepentingan prinsip-prinsip keagamaan dalam kehidupan. MENDIDIK ANAK-ANAK TENTANG HUBUNGAN SEKS Ibu bapa sewajibnya mendidik anakanak tentang seks dan risiko-risiko membuat seks tanpa perlindungan apabila anak-anak telah mencapai akil baligh. MENJAUHKAN MANGSA DARIPADA PEMANGSA Ibu bapa sewajibnya memisahkan dan menjauhkan anak-anak yang merupakan mangsa kes sumbang mahram dan melaporkan pemangsa kepada pihak polis dengan segeranya.


TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH Para guru seharusnya menentukan kedudukan berdasarkan jantina pelajar dan keselesaan pelajar. Sekiranya terdapat seseorang pelajar menyatakan bahawa dirinya tidak selesa duduk bersebelahan seseorang , guru tersebut sewajibnya bertindak segera dan memindahkan pelajar tersebut. MENENTUKAN KEDUDUKAN PELAJAR BERLAINAN JANTINA MEMBERIKAN PENDIDIKAN SEKS YANG LENGKAP Selain daripada ibu bapa, guru mempunyai peranan yang besar dalam mendedahkan para pelajar terhadap pendidikan seks. Hal ini demikian kerana kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa belajar di sekolah daripada bermain di rumah hatta lebih mudah percaya kata-kata guru kelas mereka. Tambahan pula, seorang guru lebih berpengetahuan tinggi dalam topik pendidikan seks yang lengkap. MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA PELAJAR Seseorang guru haruslah membantu pelajar yang merupakan mangsa sumbang mahram dan segera melaporkan kepada pihak atasan serta pihak berkuasa.


APAKAH YANG HARUS SAYA LAKUKAN SEKIRANYA SAYA MERUPAKAN MANGSA SUMBANG MAHRAM?


Mangsa perlu dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Disarankan mangsa segera membuat laporan apabila melihat tanda-tanda yang musykil daripada mana-mana ahli keluarga. Tidak kira sekiranya telah dicabul atau belum, mangsa harus bertindak secara segera. MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA MENDAPATKAN TERAPI Kesihatan mental mangsa terjejas dengan teruk. Oleh itu, mangsa haruslah berjumpa dengan doktor pakar terapi untuk membantu diri mangsa maju di dalam kehidupan dan melupakan kejadian yang amat traumatik itu. Sekiranya tidak, mangsa berkemungkinan tinggi akan mendapat kemurungan lalu mencederakan diri sendiri. Sekiranya terdapat sesiapa yang boleh dipercayai dengan nyawa tersendiri, mangsa boleh meluahkan kepada orang tersebut bukan untuk mendapatkan nasihat, namun meringankan beban di hati dan mengosongkan pemikiran. MENDAPATKAN SOKONGAN


Contoh Isu yang pernah berlaku di Malaysia Keratan akhbar ini memaparkan tentang seorang gadis yang menjadi hamba seks abang kandungnya sejak 3 tahun yang lalu. Menurut gadis tersebut, dia sering dirogol oleh abangnya ketika tiada orang di rumah dan terpaksa melayan nafsu seks abangnya bagi mengelak daripada dicederakan. Sumber: HarianMetro, 19 Jun 2010 Sumber: bharian.com, 29 Mei 2019 Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Seksyen atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram, bersetubuh dengan anaknya yang berusia 10 tahun selama tiga hari berturut-turut, tiga tahun lalu.


Keratan akhbar ini memaparkan tentang ahli keluarga yang paling banyak terlibat dalam kes sumbang mahram, iaitu, bapa kandung, bapa tiri, bapa saudara dan abang kandung. Berdasarkan jumlah yang direkodkan sejak tahun 2019 hingga Februari 2021, sebanyak 169 kes dilaporkan melibatkan bapa kandung sebagai pelaku. Menurutnya, jumlah itu diikuti oleh bapa tiri dengan 155 kes, bapa saudara (100 kes) dan abang kandung (55 kes). Sumbang mahram melibatkan pelaku dalam kalangan ahli keluarga terdekat kerana disebabkan suspek ada ‘kuasa’ dalam keluarga. Sumber: Sinar Harian Sumber: m-updates.com, 26 September 2019 Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mati dibunuh selepas dirogol dua abang angkatnya yang masih remaja, malah lebih menjijikkan apabila suspek turut mengadakan seks sumbang mahram bersama ibu kandung mereka di sebelah mayatnya.


Kesimpulan Gejala sumbang mahram ini bukanlah suatu perkara yang dianggap biasa dalam masyarakat kita, tambahan pula majoriti masyarakat kita yang mempunyai pegangan ajaran agama yang mana sudah jelas bahawa gejala sumbang mahram ini adalah salah di sisi agama. Oleh yang demikian, semua pihak harus berganding bahu untuk tampil dan bekerjasama memberi sepenuh komitmen untuk membendung dan seterusnya membanteras gejala sumbang mahram.


Rujukan Dr. Hargeet Kaur Bansant Singh, 27 April 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia: Sumbang Mahram. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: http://www.myhealth.gov.my/sumbang-mahram/ Ustaz Abd Aziz bin Harjin, tarikh tidak diketahui, Faktor Sumbang Mahram dan Mengatasinya.Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: http://harjinbismillah.blogspot.com/2010/09/faktor-sumbang-mahram-dan-mengatasinya.html?m=1 Nrsyifaq, 9 November 2017, Punca Berlakunya Sumbang Mahram Dan Langkah Untuk Mengatasinya.Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL:https://nursyifaq11.wordpress.com/2017/11/09/punca-berlakunya-sumbang-mahramdan-langkah-untuk-mengatasinya/ Kamarul Azmi Jasmi, Azhar Muhammad, Mohd Ismail Mustari Karjo, Md Saleh, Siti Fauziyani Md Saleh, Januari 2004, Jenayah Sumbang Mahram: Perkembangan dan Faktor-faktor Penyebarannya. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: SuamiSihat, tarikh tidak diketahui, Sumbang Mahram - Mengapa Ada Segelintir Yang Bernafsu Songsang Sebegini. Dilayari pada 13 Mei 2023 di Tiada Nama Pengarang, tarikh tidak diketahui, Kesan-kesan Sumbang Mahram. Dilayari pada13 Mei 2023 di URL: https://www.coursehero.com/file/26243809/Kesan Universiti Teknologi MARA, 2022, Kesan Sumbang Mahram. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/prinsip Definisi Sumbang mahram Faktor/Punca Sumbang mahram https://www.researchgate.net/publication/293097649_Jenayah_Sumbang_Mahram_ Perkembangan_dan_Faktor-faktor_Penyebarannya URL: https://suamisihat.com.my/isu-semasa/sumbang-mahram/ Kesan Sumbang Mahram -kesan-sumbang-mahram-slidepptx/ -asas-islam/kesan-sumbang-mahram-pdf/42519339


Rujukan Tiada Nama Pengarang, 16 November 2009, Kesan Negatif Sumbang Mahram. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: https://albakriah.wordpress.com/2009/11/16/kesan-negatif-sumbang NuffNang, 11 Oktober 2012, Nota Pelajar PISMP: Langkah-langkah Untuk Mengatasi Sumbang Mahram.Dilayaripada13Mei2023diURL: http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/ Abd Hadi Che Awang, 11 Februari 2021, Astro Awani: Tukang kayu dipenjara 15 tahun, 5 sebatan rogol anak kandung 13 tahun. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tukang-kayu-dipenjara-15-tahun-5- sebatan-rogol-anak-kandung-13-tahun-282495 Nur Fazlizai Ali, 17 Ogos 2020, Astro Awani: Bapa rogol anak hadapi UPSR dipenjara 32 tahun, 20 sebatan. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: https://www.astroawani.com/berita- malaysia/bapa-rogol-anak-hadapi- upsrdipenjara-32-tahun-20-sebatan-255594 Sinar Harian, 24 Februari 2019, Astro Awani: Gadis lebam diperkosa ayah, abang dan adik lebih 120 kali. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: https://www.astroawani.com/beritadunia/gadis-lembam-diperkosa-ayah-abang-dan-adik-lebih-120-kali-199461 Afiezy Azaman, 30 Julai 2019, Astro Awani: Gadis menderita tujuh tahun jadi hamba seks - mahram/ Langkah Mengatasi Sumbang Mahram langkah-langkah-untuk-mengatasi-sumbang.html?m=1 Contoh isu-isu gejala sosial di Malaysia bapa kandung. Dilayari pada 13 Mei 2023 di URL: https://www.astroawani.com/ berita- malaysia/gadis-menderita-tujuh-tahun-jadi-hamba-seks-bapa-kandung-213752


Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu-isu gejala sosial yang sering berlaku dalam kalangan golongan muda pada masa kini. Melalui E-Book ini, pembaca dapat menerokai isuisu gejala sosial iaitu sumbang mahram. Bukan itu sahaja, E-book ini juga membincangkan faktor-faktor serta kesan sampingan yang buruk terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes sumbang mahram. SINOPSIS


Click to View FlipBook Version