The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahsyazwani15, 2022-04-21 07:21:59

111

1114

MANIFESTASI AKAL BUDI

DALAM GURINDAM

GURINDAM

Gurindam sebagai suatu bentuk puisi Melayu

tradisional seperti "Gurindam Dua Belas"

yang dikarang pada tahun 1846 yang

diperkenalkan oleh Raja Ali Haji.

BENTUK

Bentuk gurindam adalah terikat iaitu terdiri

daripada dua baris serangkap mengandungi

tiga hingga enam patah perkataan dengan

skima rima akhir , 'a', 'a'. Seuntai gurindam

memerlukan beberapa rangkap untuk

melengkapkan keseluruhan idea. Isinya

mengandungi nasihat, pengajaran,

kebenaran dan pernyataan perasaan cinta.

GURINDAM DUA BELAS

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Alah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

ERTI

Akal budi pada fasal satu ini pengarang

menjelaskan kepada pembaca bahawa

apabila hidup tidak mengenal agama

yakni Tuhan, maka hidupnya sia-sia

tanpa ada tujuan.
Selain itu, apabila mengenal Allah SWT,

seseorang itu perlu melaksanakan

perintah Allah SWT dan menjauhi

larangan-Nya kerana Allah Swt

menciptakan dunia sebagai tempat

mengumpul pahala supaya datang ke

syurga-Nya.
Dalam kehidupan di dunia kita mesti tahu

hakikat diri kita sebagai hamba.
Hakikat kita yang serba kekurangan ini

memerlukan Allah yang Maha Berkuasa.
Kita perlu mengenal duni yang bersifat

fana agar kita tidak mudah terpengaruh

dengan godaan di dunia.

FALSAFAH

Perbincangan akal budi masyarakat Melayu

juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan

pemikiran dalam puisi tersebut. Karya

sastera yang dihasilkan yang membicarakan

sesuatu subjek, biasanya akan

membicarakan sesuatu itu secara artstik dan

estetik, maka di situ tersimpannya mutiara

falsafahnya.


Click to View FlipBook Version