The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salomaismail73, 2019-01-20 22:24:54

minit mesyaurat

minit.pdf-converted

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN MURID 2019 KALI PERTAMA

TARIKH : 14 JANUARI 2019
MASA : 1.50 PETANG
TEMPAT : BILIK SIDANG BESTARI SKPK

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI ( ENCIK AHMAD BIN HASSAN – GPK HEM )

1.1 : Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahlli jawatankuasa bantuan
yang hadir pada mesyuarat jawatankuasa bantuan murid kali pertama.

1.2 : Beliau berharap mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar .
1.3 : Tujuan mesyuarat kali ini ialah untuk membincangkan mengenai kelulusan ahli

jawatankuasa bantuan murid bagi tahun 2019.
1.4 : Beliau menerangkan bahawa pada tahun 2019 menggunakan borang yang

baru diedarkan oleh JPN iaitu borang PB-1 dan PB -2. PB -1 ialah borang
permohonan bantuan persekolahan manakala borang PB-2 ialah borang
pengesahan pendapatan sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mempunyai slip
gaji.

AGENDA 2 : SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 2019

2.1 : GPK HEM menerangkan mengenai syarat kelayakan bagi bantuan murid untuk
tahun 2019. Syarat – syarat kelayakan adalah seperti berikut:

BIL JENIS BANTUAN PENDAPATAN PERKAPITA

ISI RUMAH

1 Rancangan makanan Tambahan ( RMT) Rm 580 Rm 140
Rm 230
2 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin Rm 930 -

3 Bantuan Awal Persekolahan Rm 3000

2.3 : Berdasarkan kepada syarat – syarat tersebut ,GPK HEM memohon supaya

guru kelas dan guru bantuan membuat pemilihan supaya tidak ada murid yang
tercicir daripada mendapat bantuan.

AGENDA 3 : PEMILIHAN MURID YANG MENDAPAT BANTUAN 2019

3.1 : Setelah membuat pemilihan bersama dengan YDP PIBG iaitu Encik Musa bin
Mad Isa , ahli jawatan kuasa bantuan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju
sebulat suara untuk memilih murid – murid berikut .

3.2 : Disenaraikan jumlah murid yang mendapat kelulusan bantuan mengikut kelas.

BIL TAHUN RMT KWAPM BAP
1 1 KANCIL 6 10 20
2 2 KELISA 7 16 22
3 3 KEMBARA 8 21 25
4 4 WAJA 14 17 23
5 5 PUTRA 4 10 22
6 6 PERDANA 1 15 29

JUMLAH MURID 34 89 141

3.3 : GPK HEM meminta guru kelas menyenaraikan nama pelajar tersebut untuk
disimpan di dalam fail.

AGENDA 4 : HAL – HAL LAIN

4.1 : GPK HEM berharap agar guru kelas dapat menyiapkan senarai nama secepat
mungkin.

4.2 : Puan Meriani mencadangkan supaya bantuan awal persekolahan (BAP)
diagihkan pada hari Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada bulan
Februari.

4.3 : GPK HEM akan cuba bertanya kepada Puan Hasmawati JPN mengenai
cadangan ini.

4.4 : Puan Norazita memaklumkan mengenai permasalahan seorang murid tahun 2
yang tidak layak mendapat RMT dan datuknya merayu supaya diberi RMT. Ini
disebabkan oleh masalah keluarga yang berpisah dan murid tersebut di bawah
jagaan datuknya.

4.5 : Masalah ini dibincangkan dan ahli jawatan kuasa bantuan menolak kerana
beberapa sebab. Antaranya ialah datuknya mempunyai pendapatan tetap dan
tidak melayakkannya untuk mendapat bantuan.

4.6 : Puan Meriani menyatakan dua murid tahun 6 yang disangkakan anak yatim
bukan merupakan anak yatim .

AGENDA 5 : UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 : GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada jawatan kuasa bantuan murid
kerana telah berjaya mencapai kata sepakat dalam mesyuarat pada hari ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG kerana sudi meluangkan
masa bersama-sama dalam mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,
…………………………….
………………………….

(SALOMA BINTI ISMAIL)
Setiausaha HEM ,
SK PADANG KERIA.


Click to View FlipBook Version