TAJUK : ULASAN FILEM ADIWIRAKU
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. IZZAT(F1150)
2. HAFIZUDDIN(F1032)
3. ADZMI(F1101)
4. HAMIZ(F1016)
5. SAIFUL(F1004)
Kali terakhir saya tonton filem penuh jiwa dan ada
kelainan seperti ini ialah filem OLA BOLA dan
PEKAK. Imbas kembali, filem Ola Bola adalah
filem adaptasi dari kisah benar tentang dunia bola
sepak. Sama jugak macam Adiwiraku, filem ini
juga dipetik dari sebuah kisah benar. Cuma yang
lebih uniknya, hampir semua watak sebenar
dilakonkan semua oleh individu itu sendiri. Ya,
tentunya mereka tiada pengalaman berlakon
langsung, tapi cerita yang berteraskan kisah benar
lah biasanya kisah yang terbaik untuk kita tonton
dan pelajari sesuatu.
Adiwiraku mengisahkan pengorbanan dan
perjuangan seorang guru Bahasa Inggeris
bernama Cheryl Ann Fernando yang dilakonkan
semula oleh Sangeeta Krishnasamy yang telah
dihantar untuk bertugas di sekolah luar bandar,
SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Dari
hari pertama Cikgu Cheryl Ann Fernando
bertugas, dia dah kena hadap macam-macam
perangai anak muridnya. Bayangkan ada yang
suka memberontak , pemarah sampai tahap baling
kerusi keluar kelas, pendiam memendam
perasaan, kaki buli, ponteng sekolah dan macam-
macam lagi. Tapi sebab semangat yang kuat dan
percaya dia mampu mengubah mereka, Cikgu
Cheryl tetap tabah. SMK Pinang Tunggal
menunjukkan realiti sebenar kisah sekolah luar
bandar yang mempunyai masalah pembelajaran
dan pertuturan Bahasa Inggeris yang sangat
lemah, dan masalah disiplin di kalangan mereka,
masalah keluarga dan lain-lain. Dan filem ni
berjaya membuka mata pihak yang masih belum
sedar masalah macam ni masih wujud di luar
sana.
Filem yang ini merupakan arahan Eric Ong. Filem
ini dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier
Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin
Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi
dan ramai lagi. Menurut Eric Ong, pengarah
kepada filem Adiwiraku ini, filem ini menitik
beratkan nilai dalam mempercayai diri anda
sendiri dan tidak mengharap bantuan daripada
insan lain untuk menjadi hero anda. Sebaliknya
usaha itu perlu mula dari diri anda sendiri dan
berhenti merungut. Cikgu Cheryl dan dibantu oleh
Cikgu Constant (dilakonkan oleh Xavier Wong),
sentiasa mengambil langkah untuk memikat hati
pelajar-pelajar mereka untuk terus minat belajar,
waima dengan rasuah mereka dengan keropok
ringan, air kotak atau aiskrim sekalipun
sehinggalah melatih mereka untuk menyertai
Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah.
Sebenarnya, pada tahun 2015 kisah Cikgu Cheryl
yang berjaya membantu SMK Pinang Tunggal
meraih tempat ke lima dalam Pertandingan Choral
Speaking telah viral di sosial media dan memberi
idea kepada Eric Ong dari SOL Pictures untuk
memfilemkan kisah mereka. 35 pelajar telah dilatih
selama enam bulan untuk berusaha meningkakan
Bahasa Inggeris dan menambah keyakinan
berhadapan depan khalayak ramai untuk
menyertai pertandingan yang belum tentu mereka
menang pun. Dan bila diumumkan menang tempat
kelima dalam pertandingan tu, dan satu-satunya
sekolah luar bandar yang mampu mengalahkan
sekolah elit yang lain, itu dah seperti pencapaian
paling besar untuk sekolah mereka dan seluruh
penduduk kampung.
Setiap karakter pelajar dilakonkan sendiri oleh
pelajar-pelajar Cikgu Cheryl sendiri melainkan
watak Iqbal, Alia dan Kemboja yang dilakonkan
semula watak mereka. Bayangkan tanpa apa apa
pengalaman berlakon, dan tiada kelas latihan
lakonan pun, mereka berjaya shooting filem ni
hanya selama 13 hari je ketika cuti sekolah bulan
Mac? Dan mereka berjaya menjiwai watak tu
terutamanya Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin,
Balqis Sani yang saya kagum lihat ekspresi muka
mereka, dan gaya lakonan. Dengan lawak jenaka
selamba dan bersahaja diselang seli loghat Utara,
pun mampu buat kami ketawa sakan dalam
pawagam. Lakonan berdasarkan pengalaman
sebenar, memang masuk jiwa!
‘We didn’t go through acting training. We went for
an audition, and a week after that we started
filming. Yes, there was a script written for us, but
most of us played our own roles and this is based
on a true story, so we just had to re-enact what
happened before. The best part was when we
finished a scene in just one or two takes. The
worst part was when we needed to do numerous
takes for just one scene. But we take that as
experience, so it didn’t feel that bad.” – Irdina
Tasnim, student at SMK Pinang Tunggal
(sumber: Cilisos)
Kisah Alia dan ibunya yang sakit mental, kisah
Kemboja yang terpaksa ponteng sekolah demi
menyara keluarga, kisah Kemboja bahagi kan
sekeping biskut kering kepada 4 bahagian untuk
diberikan kepada ayahnya yang sakit , kisah
pelajar yang membantu ibu bapa berniaga pasar
malam setiap hari selepas pulang dari sekolah,
kisah Iqbal yang belajar bersungguh-sungguh
demi mengumpul sticker prestasi kerana nak
dapatkan bag sekolah baru untuk kakaknya, kisah
Iqbal meninggal dunia pada malam raya, dan
macam-macam lagi.
Nampak kesungguhan mereka untuk berubah,
yang degil jadi lembut hati, usaha Cikgu Cheryl
dan Cikgu Constant yang tidak pernah putus asa
membantu mereka, mendidik mereka, ketika di
sekolah sehinggalah tamat waktu persekolahan.
Mainan emosi dari awal cerita hingga habis.
Susah untuk kita lihat filem-filem tempatan yang
tanpa menggunakan pelakon terkenal, tapi
berkualiti seperti ini. Sebuah filem yang mampu
memberi inspirasi kepada semua orang.
Beliau yang juga guru muzik sempat berkongsi
rasa dan pengalaman waktu berlakon filem ni.
Katanya, dia terima tawaran ni pun sebab dia
sendiri tahu rasa seorang guru atau pendidik tu
macam mana.
Secara keseluruhan, naskah Eric Ong ni adalah
sebuah naskah terbaik dan tidak mengecewakan
dan mampu memberi impak kepada para
penonton. Ini lah filem yang wajib ditonton oleh
semua orang dan tiada publisiti besar-besaran
untuk filem ini sehinggakan takde orang sedar pun
tentang kewujudan filem ni. Tontonlah filem
Adiwiraku ni sebelum terlambat kerana ianya
mungkin tidak akan bertahan lama di pawagam
sana. Sebuah penceritaan realiti hidup yang
digarap sebaiknya. Realiti hidup yang tidak semua
orang pernah lalui. Saya bagi 10/10 markah untuk
filem penuh jiwa dan inspirasi ini.