SIRI BACAAN NILAM BIL 4
SK FELDA REDONG
https://iqnilam.moe.gov.my
(Koleksi Cerita Kanak-Kanak)
Tajuk Buku : Putera Katak
Penerbit : Kualiti Books Sdn Bhd
Pengarang : Nur azlin Japar
Bil Muka Surat : 15
Tahun Terbitan : 2008
#PerpustakaanSKFR
#youtube:redchampchannel
#perpustakaannegaramalaysia
#1minggu1bukuonline
RUMUSAN
Cerita ini mengisahkan tentang seorang Puteri yang sangat disenangi di istana. Dia mempunyai sebiji
bola emas. Suatu hari bola emas itu terjatuh ke dalam kolam, tetapi tiada siapa yang berani
mengambil. Dia duduk di tepi kolam sambal menangis. Tiba-tiba seekor katak muncul. Katak itu
sanggup mengambil bola tersebut dengan syarat Puteri perlu membawanya duduk bersama-sama di
istana. Puteri bersetuju dan katak mengambil bola emas tersebut. Pada mulanya Puteri seperti
mengingkari janjinya, tetapi apabila Raja tahu, dia meminta supaya anaknya Si Puteri menunaikan
janjinya. Suatu malam Puteri bermimpi bertemu seorang Putera yang sangat kacak. Apabila terjaga
Puteri bertanya pada sang Katak lalu ia menceritakan bahawa dirinya adalah Putera Raja yang telah
disumpah oleh ahli sihir yang jahat. Untuk menghilangkan sumpahan , Puteri perlu mencium sang
katak tersebut. Apabila sumpahan berakhir maka Puteri pun berkahwin dengan Putera raja yang
kacak itu.
JANGAN LUPA ISI IQ NILAM
MENGGUNAKAN
ID DELIMA
MASING-MASING