The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

مجليس ڤربندرن كڠار

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rassperlis, 2023-12-26 20:34:49

BUKU BULETIN MPK PERLIS

مجليس ڤربندرن كڠار

B U LM ڤربندرن كڠار P مجليس KANGAR E TIN M A J L I S P E R B A N D A R A N K A N G A R JANUARI - JUN 2023 MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN AHLI MAJLIS Majlis Penyerahan Bantuan Bencana ANUGERAH SPECIAL RECOGNITION PRESIDENT AWARD KATEGORI COMMUNITY BASED PLANNING AWARD BULETIN MPKANGAR EDISI 1 KE ARAH PERLIS NEGERI BERDAYA MAJU DAN SEJAHTERA Hari Keluarga MPK Program Assessment 24 Centre 20 10


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 I S I K A N D U N G A N Dari Meja Tuan Yang Dipertua Berita Utama MPKangar Program MPKangar Bersama Rakyat/Komuniti Program MPKangar Bersama Jabatan/Agensi Perlis Kunjungan / Lawatan MPKangar Ke Jabatan/Agensi Program Pemantapan MPKangar Program MPKangar Bersama Kakitangan Program MPkangar Bagi Sambutan Aidilfitri & Bulan Ramadhan Operasi Penguatkuasaan & Kerja-Kerja Penyelenggaraan Infografik MPKangar PENAUNG Tuan Norazlan Bin Yahaya Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar PENASIHAT Tuan Raziff Bin Yaacob Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar KETUA PENYUNTING / PENYELARAS Puan Rosmariani Binti Ab Rashid Pengarah Jabatan Korporat & Sumber Manusia PENOLONG PENYUNTING / PENYELARAS Encik Ridzuan Bin Rosli Penolong Pegawai Tadbir SIDANG PENGARANG Puan Amira Binti Jamaludin Pegawai Tadbir Encik Azlisyam Affendi Bin Ahmad Penolong Pegawai Tadbir Encik Ridzuan Bin Rosli Penolong Pegawai Tadbir Puan Azyyati Binti Abdul wahab Pembantu Tadbir JURUFOTO Encik Mohd Fazli Bin Ramli Pembantu Tadbir Encik Suhaizie Bin Salim Pembantu Awam PEREKA GRAFIK Encik Mohd Fazli Bin Ramli Pembantu Tadbir S I D A N G R E D A K S I DITERBITKAN OLEH: Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar Perlis, 192, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Tel: 04-9762188 Faks: 04-9766052 Website: mpkangar.gov.my Emel: www.mpkangar.gov.my Facebook: Majlis Perbandaran Kangar Instagram: Majlis Perbandaran Kangar HAK CIPTA TERPELIHARA: Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian daripada bahan cetakan ini atau memindahkannya ke dalam sebarang bentuk melalui sebarang cara, sama ada secara elektronik atau mekanik, termasuk fotokopi, rakaman atau sebarang bentuk penyimpanan maklumat dan sistem menyalin, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 1 3 - 10 11 - 14 15 16 - 19 20 - 23 24 -29 30 - 35 36 - 38 39 - 41


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 1 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya jua Buletin MPKangar Edisi 1 Jan-Jun 2023 telah diterbitkan dengan jayanya. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Sidang Redaksi yang cemerlang, dalam usaha merealisasikan buletin ini sebagai rujukan pencapaian serta rakaman bagi pelbagai aktiviti dan pengoperasian perkhidmatan MPKangar agar dapat menjadi wadah bacaan kepada pembaca khususnya masyarakat Negeri Perlis. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada seluruh kakitangan MPKangar, yang sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada organisasi dengan aspirasi kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh Majlis. NORAZLAN BIN YAHAYA, S.S.P, P.M.P, A.M.P Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar Perlis DARI MEJA TUAN YANG DIPERTUA ِبْســــــــــــــــــِم ِهللا الَّرْحَمِن الَّرِحْيِم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; Ingin sekali saya ungkapkan beberapa kejayaan yang wajar dibanggakan oleh warga Majlis Perbandaran Kangar. Antaranya, Majlis telah berjaya mencapai 5 Bintang di dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022 seperti yang disasarkan, pencapaian Indeks Kemampanan Bandar melalui Program MURNInets 2.0 bagi tahun 2022 dengan memperoleh status Mampan, serta Majlis juga telah menerima Anugerah President’s Award daripada Malaysia Institute Of Planners sempena MIPPEA (MIP Planning Excellence Awards) 2022. Tahniah diucapkan! Masa telah berlalu begitu pantas secara sedar mahupun tidak sedar kita telah pun melewati pertengahan tahun 2023. Dalam tempoh tersebut, pelbagai program dan aktiviti yang Majlis lakukan dan tempohi telah lancar dilaksanakan. Akhir kata, sebagai sebuah PBT tunggal di dalam Negeri Perlis, saya amat berharap agar warga kerja Majlis Perbandaran Kangar terus menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti, bermutu tinggi dan terbaik kepada stakeholders dan masyarakat selaras dengan visi ‘Ke Arah Perlis Negeri Berdaya Maju Dan Sejahtera”.


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 02


MAJLIS PENGHARGAAN 2 FEBRUARI 2023 - Majlis telah diadakan di Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar pada jam 3.00 petang dengan disaksikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, Exco Kerajaan Tempatan, Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Raziff Bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar serta Puan Zahirah Binti Azman, Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kangar. Seramai 23 orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengakuan penerimaan jawatan masing-masing semasa majlis ini, manakala seorang lagi Ahli Majlis akan membuat pengakuan penerimaan jawatan pada tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian. YAB Menteri Besar dan YB Exco Kerajaan Tempatan juga telah mengadakan lawatan ke semua jabatan / unit di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar dan beramah mesra dengan semua pegawai serta kakitangan setelah majlis selesai. BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 03 BERITA UTAMA MPKANGAR K E P A D A A H L I M A J L I S 10 FEBRUARI 2023 - Majlis Penghargaan kepada 21 orang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Januari 2023 telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar. Sijil penghargaan dan cenderahati kenang-kenangan kepada semua Ahli Majlis yang tamat perkhidmatan telah disampaikan oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar. Hadir bersama di majlis ini ialah Tuan Raziff Bin Yaakob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar. JAWATAN AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS BAGI PENGGAL TAHUN 2023/2024 MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 04 BERITA UTAMA MPKANGAR AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS SESI 2023 - 2024 Tahniah


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 05 BERITA UTAMA MPKANGAR AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS SESI 2023 - 2024 Tahniah


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 06 BERITA UTAMA MPKANGAR AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS SESI 2023 - 2024 Tahniah


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 07 BERITA UTAMA MPKANGAR AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS SESI 2023 - 2024 Tahniah


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 08 17 JANUARI 2023 - TAHNIAH MPKangar, MAIPs dan JPKK Kampung Seberang Ramai di atas penganugerahan Special Recognition President Award Kategori Community Based Planning Award untuk Kampung Warna-Warni Projek Diraja Program Transformasi Kampung Nelayan Seberang Ramai Kuala Perlis iaitu sebuah projek transformasi cetusan idea DYTM Raja Muda Perlis. Majlis anugerah berprestij ini telah disempurnakan oleh Raja Dihilir Perak, DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar A'fifullah Shah. Hadir bersama untuk menerima anugerah ini ialah Tuan Haji Mohd Nazim, CEO MAIPs, Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, diiringi oleh Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar, TPr Norul Najwa Bt Ali. Turut hadir bersama juga dalam menerima pengiktirafan ini ialah Ahli Majlis bagi kawasan Kuala Perlis dan Pengerusi JPKK Kampung Tengah Seberang Ramai. ANUGERAH SPECIAL RECOGNITION PRESIDENT AWARD KATEGORI COMMUNITY BASED PLANNING AWARD BERITA UTAMA MPKANGAR


BERITA UTAMA MPKANGAR BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 09 12 MAC 2023 – Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs) menganjurkan Pertandingan Boling Amal yang dirasmikan oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Program amal ini adalah bagi menampung dana kebajikan anak-anak yatim. Majlis Perbandaran Kangar turut menyertai pertandingan ini dengan diwakili oleh 3 orang peserta dan seorang pengurus pasukan iaitu Encik Zuraidi bin Kassim (Pengarah Jabatan Kejuruteraan), Encik Mohd Izul Fikri bin Adumi (Pegawai Perancang Bandar Dan Desa) dan Encik Mohd Fazli bin Ramli (Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia) serta TPr Norul Najwa Bt. Ali (Pengarah Jabatan Perancangan Dan Pembangunan Bandar) selaku Pengurus Pasukan. P E R T A N D I N G A N B O L I N G A M A L BERSAMA DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA PERLIS


BERITA UTAMA MPKANGAR BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 10 MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN BENCANA KERAJAAN NEGERI PERLIS 18 APRIL 2023 - Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Perlis kepada para peniaga yang terjejas akibat bencana ribut yang melanda Kangar pada 29 Mac 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar. Seramai 34 orang peniaga telah menerima bantuan sagu hati daripada Kerajaan Negeri. Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Abdul Hadi Bin Ismail yang mewakili YAB Menteri Besar Perlis dan disaksikan oleh YB Tuan Muhammad Azmir Bin Azizan, AMMK Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, AMMK Perumahan & Kerajaan Tempatan, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya. Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Kangar dan Pengarahpengarah jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kangar.


PROJEK RINTIS PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR NEGERI PERLIS (FASA 1) Kampung-kampung yang terlibat dalam Fasa 1 ini adalah: i. Kampung Behor Gandil, Kangar, ii. Kampung Gial, Mata Ayer, iii. Kampung Pida 3 Baru, Tambun Tulang, iv. Kampung Sungai Padang, Sanglang, v. Kampung Chelong, Chuping, vi. Kampung Jejawi Sematang, Jejawi; dan vii. Kampung Batu Hampar, Beseri. Penyerahan tong sampah 120L kepada penduduk kampung yang menyertai Projek Rintis Kutipan Sisa Pepejal di Kawasan Luar Bandar Negeri Perlis melibatkan keseluruhan 15 buah kampung di yang dibahagikan kepada 2 fasa. Bagi Fasa 1 yang bermula pada 7 Mac 2023 telah selesai dilaksanakan pada 14 Mac 2023. Projek rintis ini disertai Pejabat SUK Perlis daripada Bahagian Pentadbiran Daerah dan Bahagian Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran Kangar Perlis, SWCorp Perlis dan Environment Idaman Sdn Bhd. Jenis kutipan sisa pepejal yang akan dilaksanakan adalah kutipan dari rumah ke rumah mengikut kaedah 2+1 iaitu kutipan sisa domestik 2 kali yang dimasukkan dalam tong sampah dan kutipan sisa kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun 1 kali yang perlu diletakkan dalam beg plastik di tepi tong sampah. Sekitar Majlis Penyerahan Tong Sampah pada 8 Mac 2023, bertempat di Kampung Gial, Mata Ayer, diserahkan oleh pihak E-Idaman Sekitar Majlis Penyerahan Tong Sampah pada 7 Mac 2023, bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Behor Gandil, Kangar. Sekitar Majlis Penyerahan Tong Sampah pada 10 Mac 2023, bertempat di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis selaku ADUN Sanglang, Perlis PROGRAM MAJLIS BERSAMA RAKYAT / KOMUNITI BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 11


PROGRAM MAJLIS BERSAMA RAKYAT / KOMUNITI BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 12 PROGRAM GOTONGROYONG MEGA DAN 29 JANUARI 2023 - Penyertaan Kakitangan Majlis Perbandaran Kangar untuk Program Gotong Royong Mega DUN Kuala Perlis bertempat di Persisiran Pantai Pulau Ketam. Program ini dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad. P E M B E R S I H A N PANTAI KUALA PERLIS


PROGRAM MAJLIS BERSAMA RAKYAT / KOMUNITI BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 13 PROGRAM GOTONG-ROYONG MUHIBBAH 8 FEBRUARI 2023 - Program ini dihadiri oleh 20 orang kakitangan MPKangar yang diketuai oleh Pejabat Cawangan Kuala Perlis, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Jabatan Landskap serta Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia. Turut hadir ADUN Kawasan Kuala Perlis, YB Bakar Bin Hamzah, Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Ahli Majlis kawasan Kuala Perlis, Encik Shukor Bin Shariff wakil daripada E-Idaman dan Ketua Jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kangar yang terlibat. LAMAN BRASMANA KUALA PERLIS


PROGRAM MAJLIS BERSAMA RAKYAT / KOMUNITI BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 14 PROGRAM GOTONG-ROYONG DI PERSISIRAN PANTAI KUALA SUNGAI BARU 18 FEBRUARI 2023 - Program GotongRoyong anjuran ADUN Simpang Empat dengan kerjasama MPKangar, Bahagian Kerajaan Tempatan, Bahagian Pentadbiran Daerah, Jabatan Pengairan Dan Saliran, SWCorp, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, dan NGO-NGO serta Jabatan-jabatan Kerajaan lain yang turut serta di persisiran Pantai Kuala Sungai Baru bersempena hari Isra' Mi'raj. Turut hadir En. Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian Bahagian Kerajaan Tempatan, Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Kangar iaitu En. Marzuki Bin Ahmad dan En. Nuryuzaizy Bin Mansor.


MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 15 BULETIN MPKANGAR EDISI 1 PROGRAM MAJLIS BERSAMA JABATAN / AGENSI NEGERI PERLIS KECERIAAN DAN REKA BENTUK BILLBOARD/ BANNER/ BUNTING 15 MEI 2023 – Tuan YDP turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis ke Lawatan Tinjauan Pencahayaan, Keceriaan Dan Reka Bentuk Billboard/ Banner/ Bunting Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis. Lawatan tinjauan ini diselaraskan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Integriti, Pejabat SUK Perlis yang bertujuan untuk melihat persediaan pencahayaan, persediaan pintu-pintu gerbang dan perkaraperkara yang perlu diambil tindakan penambahbaikan bagi menjayakan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis. SESI LIBAT URUS (ENGAGEMENT) 28 FEBRUARI 2023 - Sesi libat urus (Engagement) telah diadakan di antara Bahagian Pentadbiran Daerah SUK, Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, Majlis Perbandaran Kangar, SWCorp dan Environment Idaman bersama- sama dengan Ahli Majlis, wakil Pusat Khidmat dan wakil JKKK kampung yang berkenaan bagi Projek Rintis Pengurusan Sampah Luar Bandar Negeri Perlis Fasa 1. Projek Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri Perlis bagi kawasan luar bandar ke arah Perlis Bersih dan membudayakan amalan kitar semula. LAWATAN TINJAUAN PENCAHAYAAN,


6 JANUARI 2023 - Majlis Perbandaran Kangar telah menerima kunjungan daripada YB Tuan Izizam Bin Ibrahim (AMMK Kemudahan & Prasarana Awam, Pengangkutan, Hubungan & Kerjasama Sempadan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu & Aduan Awam) pada petang ini. Kunjungan tersebut merupakan kunjungan pertama YB Tuan Izizam bin Ibrahim yang baru dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama adalah Yang Dipertua Tuan Norazlan Bin Yahaya dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob. BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 16 KUNJUNGAN / LAWATAN MPKANGAR KE JABATAN / AGENSI KUNJUNGAN DARIPADA LAWATAN 6 JANUARI 2023 - Lawatan YB, Tuan Wan Zikri Afthar Bin Ishak ke Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi membincangkan permasalahan penduduk Dun Tambun Tulang disambut oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob. KUNJUNGAN AHLI PARLIMEN PADANG BESAR 11 MEI 2023 - Pihak Majlis amat berbesar hati menerima Kunjungan daripada Ahli Parlimen Padang Besar, YB Tuan Rushdan Bin Rusmi ke Pejabat MPKangar Cawangan Padang Besar. YB Tuan Rushdan Bin Rusmi telah meluangkan masa beramah mesra dan mendekati kakitangan serta turut sama-sama berbincang mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan melibatkan urus tadbir Majlis Perbandaran Kangar Perlis di dalam memastikan permasalahan rakyat terutamanya di Parlimen Padang Besar dapat ditangani dengan lebih berkesan. Turut hadir Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob, Pengarah Jabatan Undang-undang Dan Penguatkuasaan, Puan Zahirah Binti Azman, Pengarah Kejuruteraan, Encik Zuraidi Bin Kassim dan Pengarah Jabatan Kesihatan, Persekitaran & Pelesenan, Puan Siti Nor Aziah Binti Azizan. YB TUAN IZIZAM BIN IBRAHIM YB WAN ZIKRI AFTHAR ADUN TAMBUN TULANG


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 17 KUNJUNGAN / LAWATAN MPKANGAR KE JABATAN / AGENSI LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU (MDHT) KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 24 FEBRUARI 2023 - Majlis Perbandaran Kangar telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) pada 24 Februari 2023. Objektif lawatan adalah untuk bertukartukar pandangan berkenaan penubuhan Koperasi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan melihat projek-projek pelancongan yang telah dilaksanakan di sekitar Negeri Perlis seperti di View Point Wang Kelian, Kawasan Eko Pelancongan Gua Kelam, Gua Cenderawasih, Kampung Warna Warni serta lawatan sekitar Kangar Street Art. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, Encik Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha MDHT dan KetuaKetua Jabatan MDHT. LAWATAN KERJA KAKITANGAN JABATAN KESIHATAN DAN PELESENAN, MAJLIS PERBANDARAN PENGERANG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 1 MAC 2023 - Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan pengurusan haiwan terbiar dan melawat Bustana Kucing serta melawat Kampung Warna Warni di Kuala Perlis. Lawatan ini diketuai oleh Puan Norzahratul Binti Nordin (Pengarah Jabatan Kesihatan dan Pelesenan) bersama 7 orang pegawai daripada Jabatan Kesihatan Awam & Perlesenan, Majlis Perbandaran Pengerang. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, wakil Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan serta wakil Jabatan Korporat dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.


KUNJUNGAN / LAWATAN MPKANGAR KE JABATAN / AGENSI LAWATAN KERJA JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN KE MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN, TERENGGANU BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 18 6 MAC 2023 - Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus yang lebih cemerlang di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Kangar dan juga merupakan instrumen penetapan hala tuju serta pelan tindakan lanjut dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bagi menyokong pengoperasian dan pentadbiran di MPKangar. Pengurusan rekod yang cekap juga menjadi antara agenda utama yang dibincangkan bersama Majlis Perbandaran Kemaman selain perkongsian pengurusan aset alih, pengurusan kenderaan dan pengurusan sewaan fasiliti. Sesi perbincangan dua hala ini berjaya mendapat sambutan dan menarik perhatian kedua-dua belah pihak dalam usaha meningkatkan tadbir urus di organisasi masing-masing. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAKITANGAN JABATAN PEMBANGUNAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU 15 MAC 2023 - Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan aset tumbuhan dan pengurusan stor landskap. Lawatan ini diketuai oleh Puan Farah Diana Binti Bahuri, Penolong Arkitek Landskap bersama 4 orang pegawai daripada Jabatan Pembangunan Landskap, Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, wakil Jabatan Landskap serta wakil Jabatan Korporat dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 19 KUNJUNGAN / LAWATAN MPKANGAR KE JABATAN / AGENSI LAWATAN KERJA JABATAN KEJURUTERAAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS) KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 11 MEI 2023 - Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan taklimat berkenaan pencahayaan dan keceriaan serta sesi perkongsian maklumat mengenai pencahayaan di MPKangar yang telah dibuat pemasangan oleh Unit Elektrik Jabatan Kejuruteraan. Lawatan ini diketuai oleh Encik Md Nayan Bin Bahari, Pengarah Jabatan Kejuruteraan bersama 12 orang pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Alor Setar. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Ketua Unit Elektrik serta Pengarah Jabatan Korporat dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar.


10 JANUARI 2023 - Ikrar Integriti telah dijalankan secara serentak oleh seluruh warga Majlis Perbandaran Kangar termasuk di Pejabatpejabat Cawangan. Tuan Yang Dipertua mengetuai bacaan Ikrar Integriti yang merupakan perjanjian dan komitmen seluruh warga kerja MPKangar. Ikrar integriti merupakan program yang dilaksanakan secara berkala khusus bagi menyemai budaya kerja berintegriti dan menolak sebarang bentuk amalan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, seterusnya mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti, adil dan telus kepada masyarakat. BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 20 PROGRAM PEMANTAPAN MPKANGAR PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) 15 MAC 2023 - Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia, MPKangar telah melaksanakan Program Assessment Centre (PAC) kepada calon yang dinilai berdasarkan Ujian Kecergasan dan Ujian Kemahiran bagi pengambilan jawatan Pembantu Awam Gred H11 bertaraf tetap. Fasilitator adalah terdiri daripada Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Regulatori Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Puan Bazilah Binti Jalil untuk menilai dan mencungkil bakat calon di dalam bidang pertukangan, landskap, hiasan dan penyelenggaraan mesin beroda dengan menggunakan peralatan yang disediakan. Calon telah diberikan soalan wajib asas hiasan dan soalan pilihan yang ditentukan oleh calon sendiri untuk menyelesaikan tugasan yang dibekalkan oleh fasilitator yang dilantik. IKRAR INTEGRITI


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 21 PROGRAM PEMANTAPAN MPKANGAR ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) Bengkel Pengukuhan Inspektorat Dalaman ABMS MPKangar telah diadakan pada 12 hingga 13 Januari 2023 di Bilik Gunasama Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai serta Juruaudit Dalaman Majlis yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam skop pengauditan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) yang dilaksanakan di peringkat Majlis sebagai usaha pembaharuan persijilan semasa yang diperolehi sejak tahun 2019. Ceramah bengkel tersebut disampaikan oleh Puan Fatimah Binti Hj. Mohamed Ali Piah, Pengarah JPJ Perlis merangkap Pegawai Certified Integrity Officer Programme (CEiO) yang ditauliahkan daripada Malaysia Anti Corruption Academy (MACA). BENGKEL PENGUKUHAN INSPEKTORAT DALAMAN


4 APRIL 2023 - Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan pemimpin yang kompeten, berkaliber dan mempunyai hala tuju yang jelas selari dengan visi dan misi Majlis. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Naharudeen bin Othman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Seramai dihadiri oleh 75 orang kakitangan Majlis yang terdiri daripada Pengarah Jabatan dan pegawai kanan Majlis menyertai kursus ini. Turut hadir bersama Tuan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Perlis. BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 22 PROGRAM PEMANTAPAN MPKANGAR KURSUS LEADERSHIP TALK : PUSAT JUALAN POKOK BUNGA 21 MAC 2023 - YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan hadir bagi merasmikan Majlis Soft Launching Pusat Jualan Pokok Bunga, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis diiringi oleh Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar. Majlis ini diadakan bagi menghebahkan pembukaan Pusat Jualan Pokok Bunga di Unit Seni Taman Sungai Batu Pahat kepada orang awam yang mula beroperasi pada hari ini. Pusat Jualan Pokok Bunga ini akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Terdapat 48 spesis tanaman hiasan yang disemai dan diselenggara oleh kakitangan Unit Seni Taman untuk dijual kepada orang awam. Selain daripada penjualan pokok hiasan, tapak semaian ini juga menawarkan medium tanaman dan juga baja yang sesuai digunakan untuk tanaman hiasan. H O W T O B E A C O M P E T E N T L E A D E R MAJLIS SOFT LAUNCHING


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 23 PROGRAM PEMANTAPAN MPKANGAR M P K G O C A S H L E S S 18 APRIL 2023 - Majlis soft launching inisiatif MPK Go Cashless telah diadakan di Kaunter Jabatan Perbendaharaan dengan gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya dengan disaksikan oleh Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kangar, Setiausaha Majlis, Encik Raziff bin Yaacob, dan Pegawai-pegawai Kanan Majlis. Majlis turut dihadiri oleh wakil daripada Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat serta wakil-wakil media. Pelaksanaan inisiatif digital MPK Go Cashless oleh Majlis Perbandaran Kangar sebenarnya telah bermula sejak Julai 2021. MPKangar tidak lagi mencetak dan mengepos bil cukai taksiran kepada pembayar-pembayar cukai sebaliknya menggalakkan para pembayar cukai untuk membuat semakan. Pembayaran adalah melalui portal digitalMPKANGAR dengan melayari https://digitalpbt.mpkangar.gov.my di samping menggalakkan kaedah pembayaran tanpa tunai di kaunter-kaunter Majlis. MAJLIS SOFT LAUNCHING


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 24 PROGRAM MPKANGAR BERSAMA KAKITANGAN HARI KELUARGA MPK 2023 7 JANUARI 2023 - Hari Keluarga MPK 2023 adalah program anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan (Komuniti) Majlis Perbandaran Kangar yang telah diadakan di Taman Awam Sungai Batu Pahat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senam robik serta sukaneka kepada anak-anak dan kakitangan Majlis Perbandaran Kangar. Program dan aktiviti dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada kakitangan Majlis yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua, Tuan Norazlan bin Yahaya dan Setiausaha Majlis, Encik Raziff Bin Yaakob serta Ahli-ahli Majlis yang sudi meluangkan masa hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Hari Keluarga MPK mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan kakitangan Majlis dan perlu menjadi aktiviti tahunan untuk mengeratkan ukhwah serta silaturrahim kepada setiap kakitangan Majlis


K U R S U S H R D S E SI 1 BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 25 PROGRAM MPKANGAR BERSAMA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR SESI 1 DAN SESI 2 Kursus Pengukuhan Pasukan Majlis Perbandaran Kangar Sesi 1 dan Sesi 2 dengan kerjasama Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak. Bagi Sesi 1, kursus selama 3 hari 2 malam ini yang bermula pada 1 Februari 2023 hingga 3 Februari 2023 dihadiri oleh seramai 60 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis. Manakala, bagi Sesi 2, yang bermula pada 8 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023 dihadiri oleh seramai 59 orang kakitangan Majlis daripada pelbagai Jabatan/Unit yang terdiri dalam kalangan lantikan baru dan juga lama. Objektif utama kursus adalah bagi membudayakan serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan Majlis yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan. Majlis mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus yang telah menamatkan kursus dengan jayanya dan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN) kerana sudi bekerjasama dengan Majlis bagi kursus yang telah berlangsung selama 3 hari ini K U R S U S H R D S E SI 2 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN (HRD)


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 26 PROGRAM MPKANGAR BERSAMA KAKITANGAN KURSUS ANGGOTA MAJLIS (AHLI MAJLIS) MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Anggota Majlis (Ahli Majlis) MPKangar kepada 24 orang Ahli Majlis lantikan baru bagi penggal tahun 2023/2024. Kursus ini diadakan pada 15 hingga 17 Februari 2023 bertempat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah. Tujuan kursus ini diadakan ialah bagi menambahkan pengetahuan Ahli Majlis berkaitan MPKangar termasuklah meningkatkan integriti dan nilai murni yang baik supaya selaras dengan nilai sesebuah organisasi dan memberikan pemahaman yang lebih komprehensif kepada peserta kursus tentang pentingnya integriti dalam perkhidmatan awam. Selain daripada itu, kursus ini juga bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada Ahli Majlis berkaitan pentadbiran di PBT yang boleh membantu mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pembuat dasar di peringkat Majlis. Majlis penutup kursus ini dirasmikan oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar. Turut hadir bersama-sama di majlis penutup kursus ini ialah Encik Mohammad Khatib Bin Amran, Ketua Penolong Pengarah, I-KPKT.


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 27 PROGRAM MPKANGAR BERSAMA KAKITANGAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2022 27 FEBRUARI 2023 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada 19 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kangar di atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan salah satu bentuk penghargaan yang diberikan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kepada pegawai/kakitangan yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dan memenuhi kriteria sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 dan Ceraian UP.5.1.1.


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2022 BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 28 PROGRAM MPKANGAR BERSAMA KAKITANGAN


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2022 BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 29 PROGRAM MPKANGAR BERSAMA KAKITANGAN


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 30 PROGRAM MPKANGAR BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI & BULAN RAMADHAN SAMBUTAN MAJLIS AIDILFITRI MPKANGAR 19 MEI 2023 - Majlis Aidilfitri dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MPKangar yang melibatkan semua kakitangan Majlis. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Majlis MPKangar serta Pengarah-pengarah Jabatan / Agensi Negeri Perlis yang sudi hadir dan beramah-mesra dengan semua warga kerja MPKangar. Antara juadah hari raya yang disediakan seperti ketupat, rendang, sate, gulai kambing, laksa, apam lenggang dan lain-lain lagi. Majlis ini juga turut menyediakan cabutan bertuah dan pertandingan antara jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kangar. Antaranya seperti berikut: KATEGORI PERTANDINGAN YANG DIPERTANDINGKAN BAGI MAJLIS AIDILFITRI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR : i. Hiasan Gerai Menarik Dan Ceria, ii. Video Ucapan Raya Kreatif Antara Jabatan MPK 2023, iii. Busana Hari Raya Segak Bergaya (Lelaki dan Perempuan); dan iv. Cabutan Hadiah Istimewa Raya.


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 31 PROGRAM MPKANGAR BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI & BULAN RAMADHAN MAJLIS AIDILFITRI YAB MENTERI BESAR PERLIS DAN KERAJAAN NEGERI PERLIS 2023 29 APRIL 2023 – MPKangar telah menyertai Majlis Aidilfitri YAB Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis yang telah diadakan di Dewan 2020 dengan membuka khemah bagi menyediakan menu kambing golek. Menu kambing golek MPKangar mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjung-pengunjung yang hadir SLOT PERLIS FM BERSAMA TUAN YDP 13 APRIL 2023 - Slot Khidmat Nasihat Musim Perayaan (live) di PerlisFM telah dijayakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar Tuan Norazlan Bin Yahaya. BAZAR RAMADHAN 2023 24 MAC 2023 - Program ini telah berlangsung di Persiaran Wawasan Kangar sempena "Walkabout Bazar Ramadhan". Program ini diadakan secara serentak dengan Majlis Perasmian Bazar Ramadhan Rahmah (BRR) Negeri Perlis yang disertai oleh YB Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Fakhrul Anwar Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Yahaya dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Raziff Yaacob. Objektif utama program 'walkabout' ini diadakan adalah bagi mendekati para peniaga untuk mempromosikan kempen pembudayaan amalan kebersihan di kalangan penjaja makanan. Di dalam program ini pihak Majlis turut menyumbangkan plastik sampah kepada para peniaga. PROGRAM 'WALKABOUT'


Ramadan Di Penghujung, Suatu Muhasabah Diri BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 32 PROGRAM MPKANGAR BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI & BULAN RAMADHAN C E R A M A H A G A M A S E M P E N A B U L A N R A M A D H A N Sepanjang bulan Ramadhan berlangsung Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia bersama Kelab Sukan dan Kebajikan telah menganjurkan 4 Siri ceramah agama dengan menjemput penceramahpenceramah yang terdiri daripada Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis serta Pegawai-pegawai Hal Ehwal Agama Islam seperti berikut: 26 Mac 2023 31 Mac 2023 6 April 2023 14 April 2023 Ustaz Nasrul Bin Che Ali Pusat Islam Dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis Ustaz Mohamad Najdi Bin Mohd Noor Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Al-Fadhil Ustaz Mohd Sharil Bin Mohd Shukri Jabatan Mufti Negeri Perlis Ramadan Bekerja Untuk Ke Syurga Ramadan Pemangkin Ukhuwah Islamiyah Ramadan Sempena Hari Nuzul Al-Quran TARIKH PENCERAMAH / JABATAN TAJUK CERAMAH


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 33 PROGRAM MPKANGAR BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI & BULAN RAMADHAN BAZAR RAMADAN PERSIARAN WAWASAN 16 APRIL 2023 – YAB Menteri Besar serta Tuan Yang Dipertua bersama-sama melakukan tinjauan selepas Tapak Bazar Ramadhan Persiaran Wawasan dilanda ribut serta hujan lebat yang telah mengakibatkan gerai-gerai peniaga mengalami kerosakan. Turut serta turun padang adalah Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kangar, Encik Mohd Azizi Sham bin Samsudin ke lokasi bencana. Pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan serta Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan bertugas untuk membantu dan mengenal pasti peniagapeniaga yang terlibat dalam insiden ini K E P A D A A N A K Y A T I M 14 APRIL 2023 - Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar telah meluangkan masa untuk menziarahi anak-anak yatim (kakitangan MPKangar) yang telah kehilangan ayah atau ibu semasa berkhidmat dengan MPKangar. Program berbentuk kebajikan ini merupakan aktiviti tahunan MPKangar bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim dengan menyerahkan bantuan sumbangan hari raya berbentuk wang tunai kepada setiap anak-anak yatim dan barang keperluan untuk persediaan sambutan hari raya. LAWATAN TAPAK BENCANA RIBUT DI TAPAK ZIARAH RAMADAN DAN SUMBANGAN


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 34 PROGRAM MPKANGAR BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI & BULAN RAMADHAN PROGRAM SANTUNI ANAK-ANAK YATIM TERATAK RAHMAT 17 APRIL 2023 - Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar telah meluangkan masa untuk menyerahkan sumbangan MPKangar berupa duit raya kepada anak-anak yatim dan sumbangan wang tunai kepada pihak Teratak Rahmat yang diwakili oleh Puan Nurulhuda Idris. Selain itu, Tuan Yang Dipertua juga mewakili kakitangan MPKangar menyerahkan sumbangan wang tunai hasil kutipan daripada kakitangan MPKangar kepada pihak Teratak Rahmat. Teratak Rahmat adalah sebuah rumah kebajikan yang menjaga dan menempatkan seramai 45 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim, anak yang terbiar serta anak-anak daripada keluarga yang mempunyai masalah. Program kebajikan ini merupakan aktiviti tahunan dan sebahagian usaha MPKangar bagi menyantuni sekaligus memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim ini dalam menyambut Syawal nanti. MAJLIS MENYANTUNI PEKERJA SEKTOR 3D (DIRTY, DIFFICULT & DANGEROUS) SEMPENA BULAN RAMADAN 18 APRIL 2023 - Majlis ini merupakan program kerjasama strategik di antara Majlis Perbandaran Kangar dengan Yayasan Amal ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah). Pihak Yayasan Amal ASAS telah bermurah hati untuk memberikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 87 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Kangar, para pekerja perkhidmatan kontrak pembersihan Majlis, pengendali-pengendali tandas awam Majlis dan pengawal syarikat keselamatan yang dilantik oleh Majlis. Objektif utama sumbangan adalah kepada pekerja-pekerja yang terlibat dengan tugasan berunsurkan 3D (Dirty, Difficult & Dangerous). Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya, dan wakil Yayasan Amal ASAS, Encik Shadin Bin Taib dan Encik Mohd Noor Bin Md Hashim.


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 35 PROGRAM MPKANGAR BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI & BULAN RAMADHAN MAJLIS BERBUKA PUASA 17 APRIL 2023 - Sebuah majlis berbuka puasa bagi menghargai kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang terlibat dalam menjayakan Pesta Angin Timur Perlis 2023 telah diadakan di Kompleks Makanan Laut (Komalaut), Kuala Perlis. Seramai 38 orang petugas daripada pelbagai jabatan dalaman MPKangar telah diraikan dalam majlis ini dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya, dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob, serta Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia, Puan Rosmariani Binti Ab. Rashid. Pihak Majlis mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan Pesta Angin Timur Perlis 2023.


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 36 CEBISAN RAKAMAN OPERASI PENGUATKUASAAN 18 JANUARI 2023 – RPA BUNGA KENANGA Operasi Bersepadu Kacau Ganggu Jentera dan Peralatan Kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan perumahan dan kawasan persekitaran oleh Majlis Perbandaran Kangar dan SWCORP Cawangan Perlis. 16 -19 JANUARI 2023 – BANDAR KANGAR Operasi Pembudayaan Kebersihan oleh Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan. 19 JANUARI 2023 – PADANG BESAR Operasi laluan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Cawangan Padang Besar. J A N U A RI F E B R U A RI 16 FEBRUARI 2023 - KUALA PERLIS Operasi Bersepadu Ganyang AEDES bersama rakan agensi penguatkuasa. O P E R A S I P E N G U A T K U A S A A N


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 37 A P RIL Operasi Bersih Menjelang Hari Raya Aidilfitri Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan serta dengan kerjasama pihak SWCorp 14 APRIL 2023 – KANGAR ` M A C Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Peraturan Bagi Sisa ICI (Industrial, Komersil dan Institusi) Majlis Perbandaran Kangar Pejabat Cawangan Padang Besar dan SWCORP. 7 MAC 2023 – PADANG BESAR 7 MAC 2023 – ARAU Operasi Pindah Halangan / Sita kereta surung terbiar telah dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Cawangan Arau bersama-sama anggota penguatkuasa dari Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar 17 MAC 2023 - JEJAWI Operasi Penguatkuasaan Cukai Taksiran (Serahan Waran) oleh Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Kangar MALAM 29 – 30 MAC 2023 - KANGAR Operasi Permbersihan Pasca Ribut oleh pasukan TASK FORCE Bencana Alam Majlis Perbandaran Kangar O P E R A SI P E N G U A T K U A S A A N CEBISAN RAKAMAN OPERASI PENGUATKUASAAN


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 38 CEBISAN RAKAMAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN M A C 6 MAC 2023 - KANGAR K E R J A- K E R J A P E N Y E L E N G G A R A A N F E B R U A RI Kerja-kerja penyelenggaraan pokok oleh Unit Penebangan Pokok Jabatan Landskap dan Seni Taman 8 FEBRUARI 2023 - TAMAN GUAR HALBAN 9 FEBRUARI 2023 - TAMAN BESERI JAYA 10 FEBRUARI 2023 - TAMAN HAZ MELATI Kerja-kerja penyelenggaraan jalan oleh Unit Tukang Jabatan Kejuruteraan 14 FEBRUARI 2023 - TAMAN SERI WANG Kerja-kerja penyelenggaraan pokok oleh Unit Penebangan Pokok Jabatan Landskap dan Seni Taman Kerja-kerja penyelenggaraan pokok oleh Unit Penebangan Pokok Jabatan Landskap dan Seni Taman Kerja-kerja pembaikan penutup longkang konkrit oleh Unit Tukang, Jabatan Kejuruteraan


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 39 INFOGRAFIK MPKANGAR


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 40 INFOGRAFIK MPKANGAR


BULETIN MPKANGAR EDISI 1 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR | 41 INFOGRAFIK MPKANGAR


KE ARAH PERLIS NEGERI BERDAYA MAJU DAN SEJAHTERA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR


Click to View FlipBook Version