HAL EHWAL PELAJAR
FAKULTI PENGURUSAN
DAN PERNIAGAAN
UiTM PUNCAK ALAM
SELANGOR
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
SIDANG REDAKSI UCAPAN ALU-ALUAN
PENAUNG: Assalamualaikum Warahmatullahi
Prof. Dr. Noryati Ahmad Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
PENASIHAT:
Syed Ashrene Syed Omar
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas
KETUA EDITOR: diucapkan kepada Unit Hal Ehwal Pelajar
Muhammad Abd Hadi Abd Rahman (HEP) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
(FPP) yang berjaya menerbitkan e-Buletin
PEMBANTU EDITOR: HEP bagi penggal pertama tahun 2022.
Nurul Ainun Ahmad Atory Diharap dengan adanya e-Buletin HEP ini
dapatlah membantu unit-unit lain didalam
EDITOR: Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dalam
Hasbi Megat Zafirus mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti
pelajar yang direncanakan oleh Unit HEP
PEREKA GRAFIK: dalam mencapai Petunjuk Prestasi (KPI)
Hasbi Megat Zafirus Fakulti.
PENULIS: Saya juga ingin mengambil kesempatan ini
Hasbi Megat Zafirus untuk mengucapkan ribuan terima kasih
Mohd Azila Mohamed Isa kepada warga Fakulti terutamanya
Mohd Azam Baharudin Penasihat Kelab/Persatuan dan semua
pelajar FPP kerana dapat menggembleng
SEKALUNG PENGHARGAAN: tenaga bagi menjayakan perancangan dan
Unit ICAN FPP, program yang direncanakan dalam
Unit Keusahawanan FPP, memastikan FPP khususnya dan UiTM
MPP, SMF FPP, amnya untuk kekal relevan dan berdaya
Persatuan dan Kelab FPP saing, seterusnya menjadi sebuah universiti
yang terkemuka di peringkat global.
Akhir kalam, saya mendoakan
kesejahteraan dan selamat maju jaya buat
seluruh warga FP, teruskan berusaha dalam
mencapai kegemilangan dan selamat maju
jaya.
Sekian, terima kasih
Prof Dr Noryati Ahmad
Dekan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP)
ISI KANDUNGAN
1.0 KESUKARELAWAN & KOMUNITI
2.0 KEPIMPINAN
3.0 KERJAYA
4.0 PENGANTARABANGSAAN
5.0 PERTANDINGAN & SUKAN
6.0 INOVASI
7.0 KEJAYAAN PELAJAR
1.0 KESUKARELAWAN &
KOMUNITI
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
Program Rewang Bubur Lambuk
Perdana 2022
Program Rewang Bubur Lambuk Perdana peringkat UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam telah
diadakan pada 26 April 2022 yang bertempat di Parkir FSK 1,5, UiTM cawangan Selangor di kampus
Puncak Alam. Program ini merupakan anjuran Unit ICAN, HEP, Pentadbiran Pengurusan dan
Perniagaan dengan kerjasama MyFundAction. Program ini telah dilakukan secara beramai-ramai dan
setiap kakitangan bergilir-gilir mengisi slot yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran
program tersebut. Sehubungan dengan itu, program seperti ini telah mengembalikan suasana seperti
dahulu kala sebelum era pandemik di mana dapat bekerjasama untuk membuat bubur lambuk.
program ini secara tidak langsung mampu mengeratkan ikatan silaturahim antara pensyarah,
kakitangan, MyFundAction dan juga pelajar universiti. Akhir sekali, Program ini telah dipantau oleh
chef dari Fakulti Perhotelan bagi memastikan ramuan dan bubur tersebut mengikut resepi yang telah
ditetapkan.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM 04FBM_UiTM
Bantuan Elaun Makanan Bagi Pelajar FPP
Tidak Pulang Ke Kampung Halaman 2022
Pada tanggal 28 April 2022, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah
melancarkan bantuan untuk pelajar. Bantuan ini adalah elaun makanan
bagi pelajar Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang tidak pulang ke
kampung halaman pada hari raya Aidilfitri. Bantuan berupa wang tunai
telah diberikan kepada pelajar bagi membantu serba sedikit
perbelanjaan makan mereka ketika berada di kampus. Bantuan ini
diadakan di pejabat Hal Ehwal Pelajar yang melibatkan Puan Nurul Ainun
dan Tuan Syed Ashrene ketika sesi pemberian wang berlangsung.
Majlis Resepsi Aidilfitri Bahagian
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Pada 11 Mei 2022 Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Fakulti
Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) telah menganjurkan suatu jamuan bagi menyambut bulan
perayaan. Oleh itu, program Majlis Resepsi Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal
Pelajar (HEP) Fakulti Pengurusan Perniagaan telah diadakan dan
bertempat di pejabat bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi fakulti
Pengurusan Perniagaan. Majlis ini bermula sekitar 2:15 petang pada hari
Rabu. Objektif bagi program ini adalah untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara HEP, MPP, SMF Fakulti Pengurusan Perniagaan,
menghayati bulan syawal, dan mengukuhkan perpaduan antara satu
sama lain. Pelbagai juadah yang telah disajikan dengan menggunakan
perkhidmatan katering.
Ramadhan Bersama OPEMS dan Rumah
Anak Yatim Asnaf Baitun Nurrawdhah
Program ini telah diakan pada 22 hingga 28 April 2022 dan bertempat
di Rumah Anak Yatim Asnaf Baitun Nurrawdhah. Progam ini adalah
anjuran Persatuan pengurusan Operasi (OPEMS) yang bertemakan
kemasyarakatan. Sumbangan telah dikutip untuk diberikan kepada
anak yatim tersebut. Sumbangan yang terkumpul telah diberi oleh
Fizal Saimon yang merupakan Ketua Program. Selain itu cenderahati
turut diberikan kepada anak-anak yatim oleh persatuan OPEMS. Di
samping itu Dr, Ariff Azly Muhamed juga telah memberikan ucapan
alu-aluan bagi melancarkan program ini. Program ini dilihat berjaya
memberikan impak hasil daripada maklum balas positif dan
diharapkan program kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada
masa akan datang.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM 05FBM_UiTM
Charity Ride Bersama
Rumah Anak yatim
Program ini telah diadakan pada tanggal 19 April 2022
yang bertempat di Rumah Anak Yatim Baitul Firdaus,
Rumah Anak Yatim Nur Iman, Maahad Tahfizul Quran
Alemties. Program ini merupakan anjuran The
Entrepreneurship Society yang berkolaborasi bersama
Muqmeen Group. Tujuan program ini adalah untuk
memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim,
menambahkan kemahiran untuk interaksi dengan
masyarakat luar dan juga beramah mesra bersama
rumah anak yatim. Anggaran belanjawan bagi program
ini merupakan RM600 namun belanjawan sebenar
hanyalah berjumlah RM450. Program ini secara
keseluruhan telah berjalan dengan lancar dan mendapat
maklum balas yang baik daripada pihak yang terlibat
bersama program ini.
Blessings Of Ramadhan
Pada tarikh 17 April 2022 persatuan International
Business Society (IBEAST) telah menganjurkan program
kebajikan iaitu Blessings of Ramadhan di asrama Damai
Rumah Anak-Anak Yatim Kuang. Tujuan utama program
ini adalah untuk memberikan sumbangan dari segi
tenaga kerja bagi meringankan beban mereka bagi anak-
anak yatim Kuang. Selain itu, program ini juga bertujuan
bagi menyeru para pelajar supaya sentiasa bersedia
turun padang dalam melakukan kerja-kerja kebajikan
dan kesukarelawan pada bila-bila masa apabila
diperlukan sekaligus dapat beramal di bulan yang mulia
ini. Sejumlah 40 orang yang terlibat dalam program
kebajikan ini dan setiap dari mereka telah diberikan
tugas-tugas untuk membimbing anak-anak yatim
tersebut. Diharapkan dengan wujud program seperti ini
dapat memberi kesedaran terhadap pelajar tentang
menghargai kehadiran kedua ibu-bapa mereka dan juga
untuk membantu kerja-kerja kebajikan di masa hadapan.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM 06FBM_UiTM
2.0 KEPIMPINAN
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
Pemantapan Destini Siswa (PDS)
Mac - Ogos 2022
Program Pemantapan Destini Siswa (PDS) pada kalini telah berlangsung
pada 3 April 2022 iaitu pada hari Ahad. Program adalah khusus untuk
pelajar baharu yang baru sahaja memasuki UiTM Puncak Alam. Selain itu,
program ini dapat memberi pencerahan dan pendedahan kepada pelajar
baharu tentang segala aspek berkaitan Fakulti Pengurusan dan
Perniagaan ini, justeru itu, program telah memberi penekanan lima
aspek penting iaitu Ilmu, Displin, Amanah, Rajin dan Tanggungjawab
(iDART) oleh Prof. Madya Dr. Zuraeda Ibrahim. Perjalanan Program ini
melibatkan Ucapan dari Dekan (FPP) Prof, Dr. Noryati Ahmad dan
taklimat daripada Timbalan Dekan (HEP) iaitu Tuan Syed Ashrene Syed
Omar.
Kursus Pengurusan Organisasi
(KPO) 2022
Kursus Pengurusan Organisasi yang juga dikenali sebagai KPO pada kali
ini telah diadakan pada 2 April 2022 iaitu hari Sabtu. Kursus ini
bertempat secara langsung di Streamyard dan Facebook. selain itu,
kursus ini merupakan anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti FPP dengan
kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar FPP. Tujuan kursus ini diadakan
adalah untuk untuk membantu pemimpin pelajar supaya bersikap
terbuka dalam menyuarakan pendapat dan lebih berkeyakinan dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Oleh itu, Kursus ini juga dapat
menjadi medium kepada ahli kelab dan persatuan untuk menjalinkan
hubungan baik bersama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan SMF.
Kemudian, Kursus ini dilihat mampu membantu dalam mentadbir urus
persatuan dengan lebih sistematik dan teratur lebih lebih lagi dalam
mempelajari cara membuat kerta kerja dan mengendalikan program.
Club and Association Ranking System (CARS)
Program yang dinamakan Club and Association Ranking System (Cars)
telah diadakan pada 31 Mac 2022. Masa untuk Program ini adalah 8.30
malam sehingga 9.10 malam dan bertempat di Streamyard dan Facebook
Live. Di samping itu, program merupakan anjuran Sekretariat Mahasiswa
Fakulti (SMF) dengan kerjsama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan. Tujuan utama program ini ialah demi
memastikan kesemua kelab/persatuan dalaman FPP dapat memenuhi
KPI yang telah HEP tetapkan. Program ini turut memberikan jumlah mata
yang terkumpul bagi setiap program dijalankan mengikut rubrik
ditetapkan untuk dijadikan sumber rujukan. Lantaran itu, dengan adanya
sistem seperti ini kesemua kelab dan persatuan dalaman FPP mampu
menjadi lebih kompetitif untuk membuat program yang dapat
memberikan impak yang besar serta manfaat untuk seluruh warga UiTM.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM 08FBM_UiTM
HASTA LA
VISTA 2022
Program yang bernama Hasta La Vista telah dijalankan oleh pelajar
semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengurusan
Sumber Manusia. Selain itu, program ini terdiri daripada 3 slot iaitu
pembukaan, latihan dalam kumpulan dan penutup. Tarikh program ini
adalah 15 Januari 2022 pada masa 9 pagi hingga 1 tengahari. Maksud
nama dari program ini iadalah "semoga kita bertemu kembali" dengan
objektif untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam diri setiap pelajar.
Tambahan pula program ini membolehkan pelajar untuk berkongsi
pengetahuan sepanjang mereka menjalani latihan industri. Di samping
itu ketika program ini berlangsung pelajar dibahagikan kepada 3 modul
iaitu, "Leap into The Future", "Mock Interview", dan "Documentation of
Learning".
Hasta La Vista Sesi 2022 (Slot 1)
Program Hasta La Vista bagi slot 2 telah diadakan pada 12 Februari
2022. Untuk slot yang kedua ini merupakan sesi latihan dalam
kumpulan (LDK). Program ini bermula pada 9 pagi hingga 1 tengahari
dan saluran program ini menggunakan Microsoft Team. Sebanyak 22
panels diperlukan untuk menjadi panel bagi sesi "Mock Interview". Di
samping itu, semasa aktiviti kumpulan para pelajar dapat merasai
keadaan sebenar apabila menghadiri temuduga ketika bekerja nanti.
Oleh itu, dengan adanya program seperti ini dapat menajamkan
kemahiran pelajar dari segi komunikasi dan kerja berpasukan. Pelajar
juga dapat meningkatkan keyakinan diri ketika menghadiri temuduga
di alam pekerjaan kelak.
Hasta La Vista Sesi 2022 (Slot 2)
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM 09FBM_UiTM
PERSIMA FPP: Persidangan Mahasiswa
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan 2022
Dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,
program ini berjaya dianjurkan oleh Sekeretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Program ini telah
diadakan 25 Mei 2022 dari 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang. Program ini berupa perhimpunan
pengurusan tertinggi kempimpinan mahasiswa untuk membincangkan hal-hal berbangkit
oleh pelajar. Melalui program ini ini secara tidak langsung memberikan ruang dan peluang
kepada ahli kelab dan persatuan dalaman FPP untuk bersuara berkenaan hal-hal yang
berlaku dalam kampus atau di peringkat fakulti. Akhir sekali, program ini telah memberikan
impak yang positif kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 10
3.0 KERJAYA
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
Ceramah Kerjaya
(Finishing School) 2022
Program Ceramah Kerjaya (Finishing School) dari Falkulti Pengurusan
dan Perniagaan telah diadakan pada 16 April 2022 iaitu pada hari Sabtu.
Program ini bertempat di dua platform iaitu Streamyard dan Facebook
Live FBM_Official. Di samping itu, program ini adalah anjuran Sekretariat
Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan kerjasama Majlis
Perwakilan Pelajar. Intipati program ini adalah satu modul yang khusus
untuk pelajar semester 5 yang akan menempuh alam pekerjaan kelak.
Program ini juga dibahagikan daripada 2 sesi iaitu Ceramah Kerjaya dan
Ceramah Pembangunan Kerjaya. Seterusnya, kepentingan Program ini
demi untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi aspek
akademik dan juga kemahiran individu ketika ke alam pekerjaan.
Ceramah Modul Pembangunan Kerjaya
(Finishing School) 2022
Program Ceramah Modul Pembangunan Kerjaya (Finishing School) ini
bertarikh pada 14 Mei 2022 pada hari Sabtu. Berlainan daripada program
sebelum ini, program ini dilakukan secara atas talian menggunakan
platform WEBEX. Para Pelajar diberikan kumpulan untuk melakukan
tugasan di dalam workbook. Tugasan tersebut merangkumi (cover letter,
resume, video resume & thank you note) . Ceramah ini juga terdiri
daripada 3 slot iaitu Shout Your Talent, LinkedIn dan Ace Your Interview
bagi memahirkan diri sebelum ke alam pekerjaan. Antara yang terlibat
dalam ceramah ini adalah Encik Muhammad Asyraaf Ataullah bin Nik
Adli, Encik Mohd Syazwan dan Cik Thaarani Jnanasundram serta Encik
Aidil Faizi bin Alias.
Career Talk : The Potential of Linkedin
Program Career Talk: The Pontential of Linkedin adalah program anjuran
The Association of Finance (TAF). Selain itu, program ini bertarikh 27 Mei
dan menggunaka platform Webinar. Selaras dengan nama program ini,
tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
serta kepentingan Linkedin. Lantaran itu, penceramah jemputan
merupakan seseorang yang berpengetahuan luas dalam media sosial
tersebut iaitu, Puan Nur Farisya Abdul Shukor, Ketua Komunikasi dan
Pemasaran JomSettle. Seramai 100 orang pelajar mahasiswa Ijazah
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan). Oleh itu, program
seperti ini secara tidak langsung mampu melahirkan mahasiswa yang
berkualiti bukan sahaja dari segi prestasi akademik malah disandarkan
juga pada tahap kemahiran individu apabila akan memasuki alam
pekerjaan kelak.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 12
Majlis Anugerah Dekan 2022
Majlis Anugerah Dekan yang telah diadakan merupakan salah satu
inisiatif pihak penganjur untuk meraikan pencapaian dan prestasi baik
yang telah ditunjukkan oleh para pelajar yang berjaya memperoleh
Anugerah Dekan (Dean List) pada peperiksaan akhir sesi Oktober 2021 –
Februari 2022 yang lalu. Malah, para pelajar yang menerima anugerah
ini sudah pasti akan berbesar hati atas penganugerahan yang diberikan
sekaligus membanggakan kedua ibu bapa mereka. Program ini dapat
meraikan pencapaian dan usaha pelajar dalam mendapatkan keputusan
yang cemerlang melalui penayangan nama-nama pelajar yang menerima
anugerah.
Program Industry Talk "MAE-DE IT EASIER"
With Maybank
Program ini telah diadakan pada tanggal 30 Mac 2022 yang bertempat di
di kediaman masing-masing. Program ini merupakan anjuran Islamic
Banking Association (ISBA) dan juga Maybank. Tujuan program ini adalah
untuk memperkenalkan produk digital terkini keluaran Maybank untuk
dimanfaatkan pelajar untuk kegunaan masa hadapan. Tetamu Jemputan
untuk program ini ialah Encik Mohd Syafiq bin Mohd Khairuddin. Selain
itu, program ini berdurasi selama 1 jam, 8.30 malam sehingga 9.30
malam. Program ini menggunakan platform Zoom Meeting untuk
berinteraksi dengan mahasiwa UiTM. Antara objektif yang boleh
didapati dalam program ini ialah, memberi pendedahan tentang produk
digital terbaru Maybank, membuka minda pelajar dalam industri
perbankan dan melahirkan pelajar berkebolehan dalam arus kemodenan.
Majlis Penutupan
iTrade Mock Trading
Program iTRADE Mock Trading ini telah dianjurkan oleh The Association
of Finance (TAF). Program ini bertarikh 11 Mei 2022 pada hari Rabu dan
bertempat di DK 200 aras 2, PFI. Program ini telah ditaja oleh CGS-CIMB
menggunakan platform simulasi perdagangan. Objektif program ini
adalah meningkatkan kefahaman terhadap perdagangan saham,
meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran berterusan dan
menguruskan maklumat. Program ini disertai oleh Dekan Prof. Dr
Noryati Ahmad sebagai penaung projek tersebut. Tuntasnya, program ini
dapat mendedahkan tentang ilmu asas dagangan dan pelaburan di dalam
pasaran saham dan juga meningkatkan kualiti graduan UiTM yang mahir
dalam bidang ini.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 13
4.0 PENGANTARABANGSAAN
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
LAZADA4YOUTH: Digital
Entrepreneurship Seminars
Program ini dikenali sebagai MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU) LAZ4YOUTH DAN CERAMAH
DIGITAL ENTREPRENUERSHIP. Program ini diadakan pada tanggal 11 April 2022 dan bertempat di
DK500 UiTM Puncak Alam. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menyambut baik kolaborasi
pihak pengajian tinggi universiti dan syarikat e-dagang yang termasyur. Objektif program ini dilihat
mampu memberikan pendedahan kepada pelajar bagaimana e-dagang ini berfungsi dari segi
pengoperasian serta pemasaran dan banyak lagi. Oleh itu, program ini mendapat lebih manfaat yang
berpanjangan melalui tandatangan MoU ini. Secara kesuluruhan program ini merupakan salah satu
program yang besar dan penting berjaya dianjurkan pada semester ini setelah sekian lama tidak
mempunyai program seperti ini akibat pandemik yang melanda di negara Malaysia sebelum ini.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 15
Student Mobility Program: Outbound
Program ini telah diadakan pada 18 Jun 2022. Program ini merupakan anjuran T.A.F yang
berkolarborasi dengan Universitas Airlangga Indonesia. Program ini melibatkan mahasiswa
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang berteraskan jurusan kewangan (BA242). Di
samping itu, program ini memberi peluang untuk pertukaran informasi dari dua universiti ini
tentang ilmu berkaitan kewangan dan isu kewangan semasa dunia. Tambahan pula, program
ini adalah satu kolaborasi antara dua universiti, mampu membawa para peserta dan ahli
jawatankuasa untuk mengenali dunia luar dan cara mencapai analisis kewangan di tahap
berkualiti. Penceramah jemputan untuk program ini adalah Dr. Norliza Che Yahya untuk
berkongsi ilmu beliau terhadap situasi inflasi di Malaysia, Indonesia serta negara lain.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 16
5.0 PERTANDINGAN &
SUKAN
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
Kejohanan Piala Dekan (KPD)
2022
Kejohanan Piala Dekan yang telah diadakan pada 16
sehingga 20 Mei 2022. Kejohanan ini telah
berplatformkan secara fizikal dan di dalam talian.
Program ini merupakan aktiviti tradisi pada setiap
semester yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan (MASUFA). Acara-acara
yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini
adalah PUBG, COD, MLBB dan CS:GO. KPD ini telah
dijuarai secara kesuluruhan oleh( OPEMS), tempat
kedua jatuh kepada (D'ENTS) dan tempat ketiga
jatuh kepada (TAF). Impak dari program ini telah
meningkatkan persaingan yang sihat antara para
peserta ketika bertanding dan juga dapat
menghilangkan serba sedikit tekanan yang dihadapi
ketika belajar di Universiti. Majlis penutupan
program ini telah diucapkan oleh Prof Dr. Hjh Noryati
iaitu Dekan UiTM Cawangan Selangor.
Talent Show 5.0
(Magical Raya)
Program Talent Show 5.0 yang bertarikh 25 April
hingga 14 Mei 2022 telah dianjurkan oleh Risk
and Insurance Society (RAIS). Program ini
bertemakan Magical Raya dan menggunakan
platform Instagram dan Telegram untuk peserta
bertanding. Program ini bertujuan demi
mencungkil bakat terpendam di dalam pelajar
UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam. Terdapat
pelbagai nilai murni yang didapati program ini
iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Pemenang tempat pertama bagi pertandingan ini
telah dimenangi oleh Wirda Nurfarisha dan
diikuti oleh Amirul Haiqal serta Shahrul Iman.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 18
6.0 INOVASI
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
International Sustainability Invention,
Innovation and Design Showcase 2022
Program ini bertarikh pada 31 Januari sehingga 22 Mac 2022 dengan menggunakan platform
online kerana melibatkan pihak luar. Program ini juga merupakan anjuran Fakulti Pengurusan
dan Perniagaan UiTM cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Fakulti
Perniagaan, Universitas Multimedia Nusantara.
Program ini telah direka khas demi memberi
pendedahan dan peluang serta memantapkan
dari segi menggunakan aplikasi ciptaan dalam
persekitaran yang mampan. Selain itu, terdapat
pameran yang akan dijalankan dengan tema
"Laluan Kelestarian Inovasi" telah menghasilkan
input yang positif untuk program ini. Oleh itu,
Program ini telah diberi nama "International
Sustainability Invention, Innovation and Design
Showcase (ISIIDS 2022). Program ini memberikan
impak yang cukup besar kerana berjaya
mencapai peringkat antarabangsa. Program ini
telah mensasarkan penyelidik dari institusi
pengajian tinggi dan industri serta pihak yang
berkaitan. Lantaran itu, program ini melibatkan
pelbagai jenis aktiviti iaitu pertandingan inovasi
dan reka cipta. Kemudian, program ini telah
disertai oleh 6 kumpulan iaitu kumpulan PICK-IT,
DELTA TRAP, EzPOWER, VR4U, BRIGHT FUTURE
dan EasyGO RECYCLING. Kesemua pelajar yang
mewakili Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Selangor, Kampus Puncak Alam telah
memenangi pingat gangsa dan perak.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 20
International Youth Innovation Ideation
and Design Competition (iY-IIDC2022)
Program ini bertarikh pada 4 Januari 2022 dan juga 15 Januari 2022. Program ini turut
menggunakan medium atas talian iaitu CISCO WEBEX dimana semua yang terlibat tidak perlu
bersemuka. Program ini merupakan anjuran kursus ASM657. Lantaran itu, program ini berupa
pertandingan dengan hasrat untuk keperluan pembelajaran dan persediaan pelajar sebelum
melangkah ke alam pekerjaan. Konsep utama dalam program ini adalah berkaitan kemanusiaan,
alam sekitar, ekonomi hijau, globalisasi dan penjagaan kesihatan awam. Peserta bagi program
ini melibatkan pelajar-pelajar semester 4 BA232 di 4 kampus cawangan dan diselia oleh
beberapa pensyarah yang berminat untuk memberikan pandangan projek pelajar.
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 21
7.0 KEJAYAAN PELAJAR
e-Buletin HEP
Januari - Jun 2022
e-Buletin Hal Ehwal Pelajar https://fbm.uitm.edu.my FBM_Official FBM_UiTM FBM_UiTM 23