TEMPAT DEWAN AL-FALAH DAN PADANG, SMK MACHANG BUBUK ANJURAN PPKI SMK MACHANG BUBUK & PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PRAI TENGAH TARIKH MASA 25 JULAI 2023 SELASA 08.00 PAGI – 1.00 PETANG KERJASAMA ANTARA: JABATAN BELIA & SUKAN NEGERI PULAU PINANG dan PERSATUAN SUKAN & REKREASI ORANG KURANG UPAYA NEGERI PULAU PINANG (PESRON) Bengkel Pengenalan dan Pendedahan kepada Kemahiran Olahraga Pendidikan Khas ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) serta jurulatih olahraga Pendidikan Khas Pulau Pinang tentang teknik bagi meningkatkan prestasi dan stamina atlet dalam acara balapan serta padang. Bengkel ini juga turut mendedahkan kepada murid dan khususnya kepada jurulatih tentang aspek teknikal dan peraturan bagi sesuatu acara yang dipertandingkan. Ini membolehkan jurulatih merancang strategi yang lebih berkesan dan bagi mengelakkan sebarang ketidakakuran kepada atlet-atlet di bawah kendalian mereka. 1
Memberi pendedahan kepada atlet-atlet MBPK khususnya kepada jurulatih tentang teknik latihan yang berkesan serta memahami aspek-aspek teknikal dalam sesuatu acara yang dipertandingkan sama ada acara padang mahu pun acara balapan. 2 3 1. Mempelajari kaedah latihan yang betul dan berkesan. 2. Mempelajari cara meningkatkan stamina atlet. 3. Memperbaiki teknik dalam sesuatu acara dengan betul dan tepat. 4. Memahami aspek teknikal dengan lebih tepat bagi sesuatu acara. 5. Mengetahui undang-undang bagi setiap acara. 6. Mengelakkan ketidakakuran ketika dalam pertandingan.
✓ 12 orang atlet MBPK bermasalah pembelajaran dan 6 orang jurulatih bagi setiap daerah di dalam Pulau Pinang. ✓ 5 orang atlet MBPK bermasalah pendengaran dan 2 orang jurulatih. ✓ 5 orang atlet MBPK bermasalah pembelajaran dan 2 orang jurulatih dari SMK Machang Bubuk. ✓ Jumlah keseluruhan peserta: 4 Seberang Perai Tengah 25 orang Seberang Perai Utara 18 orang Seberang Perai Selatan 18 orang Timur Laut 23 orang Barat Daya 6 orang 5 MASA AKTIVITI 0730 pagi Pendaftaran 0800 pagi Peraturan dalam kejohanan 0840 pagi Aktiviti regangan dan pemanasan badan 0900 pagi Latihan asas • Dynamic Warming Up • Drilling • Cooling down 0945 pagi Teknik latihan berkesan • Larian • Lontar peluru • Lempar cakera 1045 pagi Rehat 1115 pagi Teknik latihan berkesan • Lompat jauh • Rejam lembing 1215 tengahari Rehat. Persediaan acara penutup 1230 tengahari Acara penutup dan penyampaian sijil 1300 petang Bersurai
7 Pengerusi : Tn Hj Anuar bin Rahim (Pengetua) Naib Pengerusi I : En. Mohd Fazdly bin Mukhtar (Penolong Kanan Pendidikan Khas) Naib Pengerusi II : En. Za`abar bin Mohd Said (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi III : En. Abd Rani bin Saari (Penolong Kanan Hem) Naib Pengerusi IV : En. Mohd Asmadi bin Ismail (Penolong Kanan Kokurikulum) Setiausaha : En. Muhammad Safwan bin Alias Jurulatih Jemputan : En. Mohd Farhan bin Mohd Aizudin En. Ong Boon Kok En. Mohd Firdaus bin Mazlan Pendaftaran : SMK Tun Hussein Onn Makanan : Nor Farhah binti Ismail Persediaan Tempat dan Peralatan : Cik Nurul Hasmida binti Mat Hassan En. Asrin bin Alias Siaraya : Pn. Hidayati binti Abdul Hamid Juruacara : SKPK Alma Jurufoto : Pn. Hasimaton Asmah binti Derani Surat Jemputan & Sijil : PPD Seberang Prai Tengah Buku Program : SMK Taman Sejahtera Dokumentasi : SK Sungai Rambai 6 Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif program serta memberi impak yang positif demi kecemerlangan sukan olahraga Pendidikan Khas Pulau Pinang. 7 SEKALUNG PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah, Jabatan Belia&Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Sukan&Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Pulau Pinang (PESRON), PPKI SMK Machang Bubuk