BIDANG FEKAH BUKU TEKS
MUKA
SURAT
122-126
SOLAT KETIKA SAKIT
MAKSUD SOLAT
KETIKA SAKIT
Solat yang
dilaksanakan oleh
pesakit yang tidak
dapat
menyempurnakan
sebahagian rukun
solat dengan
sempurna.
Dilaksanakan
mengikut
kemampuan
DALIL HADIS
SOLAT SAMBIL DUDUK
Keadaan duduk adalah seperti
Duduk antara 2 Duduk di atas kerusi Duduk bersila atau
sujud (IFTIRASYI) atau ditepi katil cara-cara lain
mengikut
kemampuan
Duduk dengan kaki berlunjur ke arah kiblat
VIDEO SOLAT KETIKA SAKIT
Mulakan solat dalam keadaan berdiri jika tidak TATACARA SOLAT
mampu, pesakit boleh mula duduk mengikut SECARA DUDUK
kemampuan
Takbiratul ihram, bacaan al fatihah, iktidal, duduk
di antara dua sujud dan tasyhud dilaksanakan
dalam keadaan tegak
RUKUK dilaksanakan dengan menundukkan
badan sehingga kedudukan dahi setentang
dengan tempat sujud, jika tidak mampu,
sekurang-kurangnya melepasi paras lutut, jika
tidak mampu juga buatlah sekadar mampu.
SUJUD dilaksanakan seperti biasa jika tidak
mampu, sekurang-kurangnya tundukkan badan
lebih rendah berbanding rukuk. Jika tidak
mampu, tundukkan sekadarnya.
TASYHUD AKHIR sunat duduk secara tawarruk
(seperti biasa) jika tidak mampu, duduklah
mengikut kemampuan.
SOLAT BARING
MENGIRING
- mengiring di atas rusuk kanan
- muka dan dada mengadap kiblat
- Rukuk dan sujud dilakukan dengan
cara menunjukkan isyarat kepala.
Tundukkan kepala semasa rukuk,
sementara sujud dilakukan dengan
menundukkan kepala lebih rendah
daripada ketika rukuk.
- Jika tidak mampu, bolehlah
menggunakan isyarat kelopak mata
bagi rukuk, manakala sujud dengan
isyarat menutup mata.
Jika tidak mampu solat dalam hati.
VIDEO SOLAT SAKIT BERBARING
SOLAT SECARA MENELENTANG
1. Pesakit menelentang , kepala
diangkat sedikit agar mukanya dapat
menghadap kiblat.
2. Solat dilakukan dengan isyarat
kepala
➢ rukuk dilakukan dengan
menundukkan sedikit kepala
➢ Sujud dilakukan dengan
menundukkan kepala melebihi kadar
rukuk
3. Jika tidak tidak mampu, gunakan
isyarat mata
➢ Rukuk dilakukan dengan menutup
separuh kelopak mata
➢ Sujud dilakukan dengan
memejamkan seluruh kelopak mata
4. Jika tidak mampu, lakukan solat
dalam hati.
BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH
Solat itu tiang agama, barangsiapa yang
mendirikan solat ia telah menegakkan
agamanya, barangsiapa yang meninggalkan
solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
UMAT ISLAM WAJIB BERSOLAT SAMADA KETIKA
SIHAT ATAU SAKIT.
SOLAT KETIKA SAKIT ITU ADALAH SOLAT TERBAIK
DI DALAM HIDUP KITA. SEKIRANYA KITA MATI DI
DALAM KEADAAN SOLAT MAKA ITULAH
PENGAKHIRAN YANG TERBAIK, NAMUN JIKA
KITA MATI DI DALAM KEADAAN TIDAK
BERSOLAT ITU ADALAH PENGAKHIRAN YANG
BURUK PADA KITA
aktiviti
Sebagai seorang murid, apakah tindakan yang dapat anda
lakukan apabila berhadapan dengan situasi berikut:
Rakan bermain-main ketika solat
Anda patah tangan
Anda lumpuh seluruh badan
SEKIAN…