The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farah, 2022-03-27 23:35:30

Surat Buka Sekolah 2022.docx

Surat Buka Sekolah 2022.docx

SEKOLAH SUKAN BUKIT
JALIL

BUKIT JALIL SPORTS SCHOOL
(SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN)

Ruj. Kami : SSBJ.700-3/2/2(45)

Tarikh : Mac 2022

Kepada :
Ibu bapa/ Penjaga Atlet SSBJ

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

MAKLUMAT SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022

Adalah saya dengan hormatnya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita saya mewakili Warga SSBJ dengan rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada tuan/ puan kerana sentiasa prihatin kepada matlamat dan hala
tuju SSBJ sejak dari awal penubuhannya. Sesungguhnya, kejayaan SSBJ adalah berkat
perjuangan, pengorbanan dan komitmen tertinggi tuan/ puan yang tidak mengenal erti jemu
dan penat lelah demi menabur bakti kepada anak-anak kebanggaan negara, sekolah dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perjuangan kita masih belum selesai dan kita harus
meneruskan perjuangan dalam memartabatkan sukan di pentas dunia.

3. Buat makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, agenda perjuangan Sekolah
Sukan Bukit Jalil dalam memartabatkan sukan, akademik dan sahsiah akan diteruskan bagi
tahun 2022. Oleh itu, surat ini dihantar bagi membantu anak- anak di bawah tuan/ puan
dalam membuat persediaan untuk meneruskan sesi persekolahan 2022 dan memahami
beberapa perubahan yang akan dilaksanakan di sekolah. Maklumat seperti butiran berikut:

3.1 Senarai Semak Pelajar Asrama 2022. Rujuk Lampiran A

3.2 Pendaftaran Pelajar dan Taklimat kepada Ibu bapa.

3.2.1 Pelajar diminta melaporkan diri ke sekolah pada ketentuan berikut:

Tarikh : 3 Mac 2022 (Ahad)
Masa : Tingkatan 1 dan Prauniversiti :11.00 pagi – 12.30 tghri
: Tingkatan 3 dan Tingkatan 5: 12.31 tghri- 2.00 petang
Tempat : Tingkatan 2 dan Tingkatan 4: 2.01 petang – 4.00 petang
: Dewan Olimpik

3.2.2 Tiada sebarang taklimat/ dialog bersama ibu bapa pelajar diadakan
pada hari tersebut.

3.3 Program e-Disiplin (SSDM)
Pelaksanaan Program e-Disiplin yang dilaksanakan bertujuan untuk mendidik dan
melahirkan generasi pelajar yang mempunyai sahsiah tinggi dan mewujudkan suasana
persekitaran sekolah yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Keseragaman Pakaian Seragam Pelajar SSBJ
Pihak sekolah mewajibkan semua pelajarnya mempunyai pakaian rasmi uniform
sekolah setiap hari bagi tahun 2022. Pakaian tersebut adalah seperti

3.4.1 Baju sekolah berwarna “beige” untuk semua pelajar (Lelaki dan
3.4.2 Perempuan). (Boleh dibeli di koperasi sekolah).
3.4.3 Tudung bagi pelajar perempuan Islam berwarna “beige” kosong (tanpa
corak/ sulam).
3.4.4 Baju Melayu berwarna putih dan songkok hitam serta bersamping khas
3.4.5 sekolah untuk semua pelajar lelaki beragama Islam (Tingkatan 1 hingga
3.4.6 Prauniversiti. (Semua aktiviti surau, sembahyang Jumaat & Majlis Rasmi
lain).
Seluar berwarna hitam (Lelaki) dan blouse/ kain/ skirt berwarna Biru Gelap
(Perempuan).
Kasut berwarna hitam untuk semua pelajar.
T-Shirt/ singlet berwarna putih (tidak bercorak)

3.5 Kedai Koperasi
Disertakan senarai kelengkapan sekolah melalui Kedai Koperasi. Rujuk Lampiran C

3.6 Bayaran Sekolah
Bayaran Persekolahan dan PIBG 2022. Rujuk Lampiran D

3.7 Skim Pinjaman Buku Teks
Pelajar warganegara Malaysia akan menerima pinjaman Buku Teks. Buku akan
diedarkan oleh Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks pada 3 Mac 2022 (Ahad).

3.8 Rambut Pelajar
Keputusan mesyuarat PIBG telah mencadangan semua pelajar lelaki memotong
rambut dengan pendek dan kemas sehingga tamat sesi persekolahan. Bagi murid
perempuan yang tidak bertudung pula hendaklah mengikat rambut mereka dengan
kemas. Hal ini sesuai dengan sahsiah atlet negara yang mempamerkan jati diri dan
disiplin pelajar yang mempunyai ketrampilan dan keperibadian yang mapan.

3.9 Sistem Pemantauan Keselamatan
Pemasangan peralatan yang boleh merekodkan pergerakan pelajar keluar masuk
latihan, kehadiran ke kelas, memantau pergerakan atlet murid di asrama dan
mengesan pergerakan orang luar. Sistem ini juga dapat diberi penambahbaikan
bersama sistem ”Close Circuit TV” (CCTV) yang dapat membantu memantau
pergerakan pelajar dan maklumat lain dibeberapa tempat strategik di sekolah. Oleh
itu, semua pelajar dikehendaki memakai ID Card ketika keluar dari kawasan sekolah.

3.10 Pengurusan Asrama/ Sekolah

a. Balik Bermalam dan ‘Outing”
Pelajar hanya dibenarkan balik bermalam dan keluar ´outing’ mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan mereka
terjamin. Sekiranya murid lewat balik ke asrama seperti yang ditetapkan, ibu bapa
perlu memaklumkan kepada PK HEM/ warden dengan segera.

Namun, penularan wabak Covid-19 di negara kita turut membataskan pergerakan
pelajar untuk keluar “outing”. Pelajar tidak dibenarkan keluar “outing” dan balik
bermalam sehingga mendapat makluman dan kebenaran daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia.

b. Program Kerohanian (Pelajar Islam)
Semua pelajar Islam diwajibkan hadir setiap program di surau pada hari Khamis
malam Jumaat dan hari Ahad malam Isnin. Pelajar Islam juga diwajibkan ke
masjid untuk sembahyang Jumaat dengan pakaian baju Melayu seragam (Putih)
dan bersongkok serta lengkap bersamping khas sekolah.

c. Program Moral (Pelajar Bukan Islam)
Semua pelajar bukan Islam diwajibkan hadir program moral pada setiap hari
khamis malam.

d. Telefon Bimbit Tanpa Kamera
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 berkaitan Penguatkuasaan Larangan
Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid Sekolah. SPI tersebut jelas
menunjukkan bahawa pihak KPM amat serius dalam menangani isu telefon bimbit
di sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.2/2018 berkaitan dengan Garis Panduan
Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia dan juga yang terkini surat siaran yang bertarikh 10 Mac
2022 berkaitan Pematuhan Penegasan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bil.2 Tahun 2008: Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid
Membawa Peranti Peribadi ke Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia juga
menegaskan bahawa pihak KPM amat serius dalam menangani isu peranti yang di
bawa oleh murid ke sekolah.
Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit berkamera, pihak sekolah boleh
merampas telefon tersebut dan hanya ibu bapa perlu berjumpa dengan pihak
sekolah untuk menuntut telefon tersebut pada akhir tahun. Rujuk Lampiran E

e. Biasiswa Sukan Dan Biasiswa Kecil Persekutuan
Pelajar yang telah mewakili negeri dalam kejohanan MSSM akan diberi Borang BS
untuk diisi. Manakala, bagi ibu bapa yang berpendapatan keluarga kurang
daripada RM 1,000.00 boleh mengisi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). Pelajar
hanya boleh memegang satu biasiswa dalam tempoh persekolahan. Pelajar yang
menerima elaun dari Persatuan Sukan atau Majlis Sukan Negara tidak layak
memohon.

f. Program Motivasi dan Peningkatan Akademik
Semua pelajar diwajibkan menghadiri program motivasi (kepimpinan, jati diri,
modal insan) setiap tahun yang dianjurkan oleh sekolah. Program peningkatan
akademik juga diadakan untuk pelajar PT3 dan SPM. Makluman program akan
disampaikan melalui pelajar.

g. Program Kesihatan
Pelajar yang sakit boleh mendapatkan rawatan di klinik sekolah yang dibuka pada
setiap hari dan sebelah malam pihak warden akan menghantar pelajar yang sakit
ke klinik swasta atau hospital. Pelajar yang cedera (Sports Injury) akan dirujuk ke
Klinik Fisio sekolah atau Institut Sukan Negara Malaysia. Pelajar yang sakit wajib
berada di Sick Bay kecuali yang mendapat kebenaran daripada PK HEM.

h. Dewan Makan SSBJ
Makanan/minuman disediakan sebanyak 6 kali sehari. Pelajar boleh memilih
menu ASEAN atau INTERNATIONAL. Makanan vegetarian disediakan atas
permintaan.

i. Larangan membawa kenderaan memasuki kawasan sekolah
Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak mereka dengan kenderaan memasuki
kawasan sekolah. Hal ini bertujuan untuk menjamin keselamatan dan juga bagi
mewajibkan atlet pelajar menandatangani buku keluar masuk sekolah. (Buku
‘Outing’)

j. Larangan memasuki asrama sekolah
Ibu bapa yang ingin berjumpa, menghantar makanan/ pakaian/ peralatan diminta
berurusan di pondok pengawal. Atlet pelajar dibenarkan berjumpa dengan ibu
bapa selepas mendapat kebenaran daripada guru/ waden bertugas. Ibu bapa
boleh berjumpa anak di tempat yang telah disediakan.(Pondok) Pihak sekolah
mengalu-alukan kehadiran ibu bapa untuk berjumpa dengan anak mereka.
Syabas dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.

k. Maklumat Waden : En. Suffian bin Sulaiman
PK HEM : En. Samsyul Hisyam bin Abd. Manap
Ketua Warden : En. Ahmad Faiz bin Mohammad Noor
Warden (Lelaki) : En. Zulkefli bin Shamsuddin
: En. Muhd Ajmal Aiman bin Mat Hasan
: En. Hafizuddin bin Ismon

Warden (Perempuan) : Pn. Siti Nor Farhana binti Mustafa
: Pn. Nor Syahida bt Mahadi

3.11 Latihan dan Pertandingan (tertakluk kepada pengumuman terkini dari KPM)
Pelajar diwajibkan hadir sesi latihan dan pertandingan seperti yang dirancangkan oleh
jurulatih. Hal ini juga tertakluk kepada kebenaran KPM untuk menjalani dan mengikuti
pertandingan dalam tempoh endemik ini. Pelajar juga akan dinilai prestasi oleh

jurulatih setiap 3 bulan, direkodkan dalam buku log pelajar dan dimaklumkan kepada
ibu bapa melalui surat. Pelajar diwajibkan memakai baju latihan pada setiap masa.

a. Kawasan Latihan (Venue).
Kebanyakan sukan di kawasan sekolah, Majlis Sukan Negara dan Kompleks Sukan
Bukit Jalil. Hoki di Stadium Hoki, KPM di Lembah Pantai, Memanah di MSN
Keramat dan Badminton di Seri Kembangan/ Bukit Kiara.

b. Latihan semasa Cuti Persekolahan
Latihan ini bergantung kepada program tahunan setiap sukan dan pertandingan
yang disertai. Latihan sukan di bawah program MSN atau Persatuan Sukan
Kebangsaan kebiasaan sepanjang tahun dan kemungkinan berlatih di luar negara.

c. Kebenaran Keluar Negara untuk Latihan dan Pertandingan
Semua ibu bapa yang mana atlet pelajar mereka akan keluar negara mesti
mendapatkan surat daripada MSN atau Persatuan Sukan Kebangsaan terlebih
dahulu sebelum meninggalkan sekolah. Surat Kebenaran Ibu Bapa diwajibkan.

d. Program di luar sekolah
Pelajar diingatkan agar mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada
Pengetua SSBJ sebelum keluar kawasan sekolah menyertai program latihan/
pertandingan di peringkat kelab, negeri atau Persatuan Sukan Kebangsaan.

3.12 Kelas Persediaan Akademik (Malam)
Kelas persediaan akademik juga akan diadakan pada sebelah malam mulai jam 8.30
malam – 9.30 malam pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Kehadiran ke kelas ini
adalah diwajibkan demi memperkasa pencapaian akademik SSBJ.

3.13 Keputusan Peperiksaan Sekolah
Ibu bapa/ penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan Akhir Tahun pelajar
secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

3.14 Program Kokurikulum
Unit Kokurikulum telah mengaturkan sesi perjumpaan Kelab dan Sukan serta
Persatuan setiap hari Rabu.

4. Sokongan padu YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan akan sentiasa membakar
semangat dan menjadi sumber inspirasi kepada WARGA DAN ATLET PELAJAR SSBJ untuk
terus berjuang memartabatkan sukan, akademik dan sahsiah seiring dengan matlamatnya
“SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA” demi bangsa dan negara tercinta.

Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(HUSZAIDI BIN HUSSIN)
Pengetua,
Sekolah Sukan Bukit Jalil,
Kuala Lumpur.

s.k.
i. YBhg. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian,

Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. YBhg. Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK PELAJAR ASRAMA 2022

(Pelajar diminta memastikan semua keperluan berikut dipenuhi sebelum melapor diri ke
sekolah pada 3 April 2022)

1. PENAMPILAN DIRI SUDAH BELUM
a. RAMBUT

• Pelajar lelaki kemas dan pendek

b. PAKAIAN

PELAJAR LELAKI

• Baju Melayu Putih & Samping
(Pelajar Islam wajib- Tingkatan 1- Prauniversiti)

• Songkok Hitam
(Pelajar Islam wajib)

• Seluar Sekolah Hitam
(kain slack bukan jeans)

• Kasut Hitam
PELAJAR PEREMPUAN
• Kain Berwarna Biru Gelap (KBSM)
• Tudung Putih/ “Beige”

(tanpa corak/ sulam)
• Kasut Hitam
2. KELENGKAPAN PERIBADI

• Pakaian Sukan/ Tuala/ Selipar/ Beg dll

3. KOPERASI

• Maklumkan melalui surat - Lampiran C

4. PEMBAYARAN YURAN

• Maklumkan melalui surat - Lampiran D

5. TELEFON

• Telefon bimbit tanpa kamera. Borang Pendaftaran
Telefon Bimbit Tanpa Kamera seperti Lampiran E.

LAMPIRAN B

SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-Disiplin)
PERANAN MURID BERDASARKAN SISTEM PEMARKAHAN

DAN TINDAKAN SEKOLAH

TAMBAHAN JUMLAH TINDAKAN TINDAKAN
MARKAH MARKAH SEKOLAH MURID

3 - 19 Memberi amaran lisan • Menerima amaran lisan
kepada murid

20 20 - 30 Amaran Pertama (Bertulis) • Menerima amaran
Menghalang daripada • Menjalani sesi kaunseling
menyertai pertandingan • Disekat daripada

menyertai pertandingan

10 31 – 40 AmaranKedua (Bertulis) • Menerima amaran
Menghalang daripada • Menjalani sesi kaunseling
menyertai latihan dan • Disekat daripada
pertandingan
menyertai pertandingan
dan latihan

41 – 59 Pemantauan dan • Menjalani sesi kaunseling
Bimbingan kepada murid berterusan

30 60 – 70 Hukuman (Gantung • Menjalani sesi kaunseling
Sekolah) khas selepas menjalani
Menghalang daripada hukuman
menyertai latihan dan
pertandingan • Membuat akujanji

71 - 79 Amaran Akhir • Menjalani sesi kaunseling
Bimbingan Intensif
• Muhasabah diri
20 80 - 99 AMARAN AKHIR • Menjalani sesi kaunseling

20 100 dan Hukuman Intervensi
Ke atas (Buang Sekolah)
• Buat rayuan dalam masa
30 hari

AMARAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

SURAT BILANGAN HARI BILANGAN HARI
TIDAK HADIR BERTURUT- TIDAK HADIR TIDAK
BERTURUT-TURUT
TURUT

Amaran Pada hari ketiga Pada hari ke-10
Pertama

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari selepas Amaran
Pertama Pertama

Amaran 7 hari selepas Amaran 20 hari selepas Amaran
Terakhir Kedua Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran 20 hari selepas Amaran
Terakhir Terakhir

Jumlah Hari 31 hari berturut- turut 60 hari bukan berturut- turut
Tidak Hadir

LAMPIRAN C

SENARAI KEPERLUAN MURID KBSM
(SESI AKADEMIK 2022)

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

NAMA MURID :

TINGKATAN :
SUKAN :

A KEPERLUAN AKADEMIK (UNTUK SEMUA MURID)
SHEAURNGIAT
BIL JENIS BARANG Kuantiti RM Catatan Catatan

1 Buku Garis Satu Rampaian GAPEN 1.20 7 8.40
2 5.40
2 Buku Penulisan SSBJ 80 m/s 2.70 1 2.70
1 3.00
3 Buku Nota Sains SSBJ 80 m/s 2.70 3 8.70
1 3.00
4 Kertas kajang SSBJ (test pad ) 50 m/s 3.00 1 3.00
1 3.00
5 Fail Modul SSBJ 2.90 2 1.60
1 5.00
6 Buku NILAM 3.00
RM 43.80
7 Kertas Graf 3.00

8 Kertas kajang SSBJ (berpetak) 50m/s 3.00

9 Buku Matematik 0.80

10 Buku Pergerakan Pelajar SSBJ (outing) 5.00

JUMLAH A

B KEPERLUAN DIRI (MENGIKUT KEPERLUAN) HARGA Kuantiti RM Saiz Catatan
BIL JENIS BARANG SEUNIT 1 12.00
1 3.00
1 SSBJ ID Card 12.00 1 30.00
2 Buku Peraturan 3.00 1 32.00
3 Cadar SSBJ 30.00 2 54.00
4 T-shirt 'Outing' SSBJ 32.00 1 42.00
5 T-shirt Latihan Sukan SSBJ 27.00 1 6.00
6 Kalkulator Saintifik (mengikut keperluan) 42.00
7 Yuran Keahlian & Saham Koperasi (Murid Baharu 6.00 1 10.00
2 76.00
Sahaja) 10.00 1 10.00
8 Tali Leher SSBJ 38.00 1 20.00
9 Baju Kemeja (Lencana + Tanda Nama) 10.00
10 Tali Pinggang SSBJ 20.00
11 Samping Sekolah 38.00
12 Baju Kurung (Lencana + Tanda Nama) 15.00
13 Tudung SSBJ (Lencana)

KEPERLUAN UNTUK MURID BAHARU JUMLAH (B) JUMLAH (A+B)
Keperluan Diri (B)
JUMLAH RM 295.00 RM 338.80

Catatan : JUMLAH BAYARAN
RM
1. Kuantiti yang dinyatakan adalah kuantiti minimum yang dicadangkan T/Tangan
oleh pihak sekolah. Penerima
2. Murid boleh memilih untuk membeli lebih kuantiti baju uniform
sekolah. Nama

3. Murid perempuan yang membeli baju kemeja diwajibkan membeli tali Tarikh
leher. No. Resit
4. Pelajar baharu sahaja diwajibkan untuk membayar Yuran dan Saham
Koperasi SSBJ.
5. Sila semak semua barangan yang telah dibeli.
6. Sila simpan resit yang diterima sebagai bukti pembayaran.

LAMPIRAN D

BAYARAN BAGI TAHUN 2022
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL,

KUALA LUMPUR
(Rujukan Mesyuarat Agung PIBG pada 26 Mac 2017)

A. YURAN ASRAMA: (Surat Rujukan Bahagian Kewangan tarikh 11 November 2009,
KP(BKEW/BT)1800/D Jld.3 (36)

1. Yuran Makan Asrama RM1.00 sehari x 250 hari RM 250.00
(pendapatan RM 4,999 sebulan dan ke bawah) RM 750.00
atau

2. Yuran Makan Asrama RM3.00 sehari x 250 hari
(pendapatan RM 5,000 sebulan dan ke atas)

B. SUWA RM 20.00
1. Majalah Sekolah
RM 60.00
C. LAIN-LAIN : (AKAUN PIBG) RM 90.00
RM 53.00
1. Yuran PIBG RM233.00
2. Dobi Asrama
3. Insuran Tambahan (Kecederaan) + SST

Jumlah

Disahkan oleh :

(HUSZAIDI BIN HUSSIN)
Pengetua,
Sekolah Sukan Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

LAMPIRAN E

BORANG PENGAKUAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT
ARAHAN: Sila isi SEMUA maklumat dengan menggunakan HURUF BESAR.

MAKLUMAT PELAJAR
Nama Pelajar
Tarikh Lahir
Tingkatan
Sukan

Maklumat Tambahan
1. Penggunaan telefon bimbit adalah DILARANG sama sekali
2. Pihak sekolah berhak merampas telefon anak tuan/ puan sekiranya
membawa telefon bimbit ke sekolah dan akan diserahkan semula
pada hujung sesi persekolahan tahun semasa

Tanda tangan pelajar

…………………........................
()
• Borang ini boleh diisi semasa hari pendaftara dengan menggunakan kaedah imbasan QR CODE

LAMPIRAN F


Click to View FlipBook Version