The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farah, 2020-06-29 22:57:26

PELAJARAN 26 (4)-ALI BIN ABU TALIB

PELAJARAN 26 (4)-ALI BIN ABU TALIB

BIDANG SIRAH MUKA
SURAT 155

SAIDINA ALI BIN
ABU TALIB

OBJEKTIF PELAJARAN

BIODATA SAIDINA LATIHAN
SAIDINA ALI BIN
ALI BIN ABU TALIB IKTIBAR
ABU TALIB DARI
SUMBAN
SIFAT GAN TOKOH
PERIBADI SAIDINA
SAIDINA SAIDINA ALI BIN
ALI BIN ALI BIN ABU TALIB
ABUTALIB ABU TALIB

BIODATA SAIDINA ALI BIN TALIB

NAMA Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf
TEMPAT LAHIR Mekah Al-Mukarramah
TAHUN LAHIR 599 Masihi
KETURUNAN Bani Hasyim, Quraisy
NAMA IBU Fatimah binti As’ad
GELARAN Abu Turab (Bapa Si Tanah)
LATAR BELAKANG Sewaktu kecil beliau diambil sebagai anak angkat oleh Nabi Muhammad SAW
Berkahwin dengan Fatimah Az-Zahra’, puteri Rasulullah SAW
JAWATAN Khalifah ke-4 daripada Khulafa’ Ar-Rasyidin
TAHUN MENJADI
KHALIFAH Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
TEMPOH
PEMERINTAHAN 4 tahun
TARIKH WAFAT
SEBAB KEWAFATAN 17 Ramadan tahun 40 Hijrah
Ditikam oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah

KELUARGA RASULULLAH SAW

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW.
➢ Adalah Sepupu (anak kepada Abu Talib Bin Abdul Mutalib, bapa

saudara Nabi yang menjaga baginda sejak kecil)
➢ Merupakan menantu Rasulullah SAW kerana berkahwin dengan

Fatimah Azzahra puteri Rasulullah SAW.
➢ Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah SAW dan dididik baginda.
➢ Banyak mewarisi sifat keperibadian dan akhlak Rasulullah
➢ Sangat mencintai dan sanggup berkorban untuk Rasulullah (tukar

tempat tidur dengan Rasulullah ketika peristiwa Hijrah)

KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM

•Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
•Kanak-kanak pertama memeluk Islam
•Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’

bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya
kerana beliau tidak pernah menyembah berhala
•Tidqk pernah dikotori keburukan jahiliah
•Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
•Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga

SIFAT PERIBADI SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

Sangat Kuat Panglima Gagah
pintar dan daya perang perkara
mahir dalam ingatan yang
pelbagai berani Pandai
Pandai menulis berpidato
bidang dan membaca SIFAT
PERIBADI Handal
sehingga bermain
dilantik pedang,
menjadi penulis memanah dan
wahyu menunggang

kuda

PEMUDA YANG BERANI

Ketokohan Saidina Ali sebagai
pendekar terunggul di dunia terbukti
dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan
Islam terpukul hebat, beliaulah yang

paling gigih mempertahankan
Rasulullah SAW hingga terdengar suara
malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang

selain Zulfaqar dan tiada pahlawan
selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi
mana-mana pesilat walaupun sehebat
Dato’ Laksamana Hang Tuah yang
mendapat pengiktirafan daripada

malaikat Jibril.



SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG
•Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan
dalam

pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab
dan kehakiman
•Sehingga digelar ‘gedung ilmu’

Bukti kegagahan dan kependekaran Saidina Ali
terlalu banyak untuk diriwayatkan. Di antaranya
ialah beliau berjaya merempuh dan memecahkan
pintu kubu Yahudi Bani Khaibar seorang diri
sedangkan terdapat dua puluh orang musuh yang
menahannya dari dalam. Lebih dahsyat lagi,
sebelah pintu yang sebegitu besar dan berat itu
dibuatnya perisai tangan.

Sewaktu pembukaan Kota Mekah, terdapat
sebuah berhala yang besar di atas Ka’abah. Saidina
Ali berjaya menolaknya jatuh sedangkan sepuluh
orang pejuang yang berpadu tenaga gagal
berbuat demikian sebelum itu.

Dalam satu peperangan lain, sebuah mata
air tertindih dengan batu yang sangat berat. Tiada
siap pun yang dapat mengalihkannya kecuali
Saidina Ali.

PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF
•Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.
•Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang
kreatif serta tabah.
•Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
•Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-
syurtah’
•Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan
perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah
sebelumnya.

SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI
ZAMAN PEMERINTAHAN
•Berpunca daripada perancangan jahat kaum
munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’
•Mereka berusaha menggagalkan setiap
perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali
•Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali
mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina
Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada
malamnya kaum munafikin membuat perancangan
jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua
belah pihak

SUMBANGAN SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

• Berusaha KETENTERAAN • Meneruskan
mengekalkan kutipan Jizyah
kstabilan dan • Membina
keharmonian markaz tentera EKONOMI
negara di Farsi dan di
sempadan Syria
SOSIAL

PENGORBANAN DAN JASA
SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

•Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.
•Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).
•Mengembangkan ilmu Islam.
•Pensihat dalam bidang kehakiman kepada

ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin.
•Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-
hara
•Menjadi hakim di Yaman.
•Penulis wahyu.
•Berusaha menyatupadukan umat Islam yang
sedang berpecah.

IKTIBAR / PENGAJARAN

 Kita hendaklah …………………….. agar ……..
 Kita sebagai umat Islam seharusnya ………………

supaya …………………….
 Kita seharusnya ……………………….. bagi

……………………….

IKTIBAR / PENGAJARAN

 Kita hendaklah mencintai Allah dan Rasul
melebihi diri sendiri agar hidup di bawah
keredhaan Allah sentiasa.

 Kita sebagai umat Islam seharusnya berani
menegakkan kebenaran di mana sahaja kita
berada supaya syiar Islam dapat ditegakkan.

 Kita seharusnya bersungguh-sungguh menuntut
ilmu termasuk ilmu fardhu kifayah bagi
membangunkan diri dan masyarakat.


Click to View FlipBook Version