PROGRAM 3R DAN 3K PERINGKAT SK TANGOK TAHUN 2023 PENDAHULUAN: Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) merupakan salah satu elemen utama bagi sesebuah sekolah. Program 3K ini perlu dilaksanakan untuk melahirkan modal insan yang berkepribadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan serta mewujudkan suasana sekolah yang selamat, bersih, ceria dan kondusif untuk pembelajaran Program 3R di bawah anjuran Kelab Pencinta Alam dan Program 3K Unit HEM dengan tema from trash to treasure mendidik dan membentuk kemenjadian murid dalam menghargai keindahan alam sekitar dan menjadi murid yang lebih berdisiplin, bijak dan kreatif dalam tindakan
OBJEKTIF AKTIVITI a. Mengurangkan pembuangan bahan kitar semula seperti botol minuman plastik dan Meningkatkan budaya 3R iaitu reduce, reuse, dan recycle. b. Menerangkan konsep 3R di kalangan murid, keluarga dan masyarakat awam serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid, ibu bapa dan komuniti sekolah c. Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, bersih, ceria dan kondusif untuk pembelajaran d. Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan 3K dan mengadakan perancangan yang dapat mempertingkatkan aspak aspak 3K di SK Tangok e. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat serta reka cipta bahan kitar semula f. Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti yang dijalankan sebagai seorang ahli pencinta alam g. Mempromosi dan memperkasakan Kelab Pencipta Alam (KPA) kepada murid SK Tangok serta Membina sikap keusahawanan dalam kalangan murid dan guru
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Pengerusi : Pn Siti Rabieyah bt Ali (Guru Besar) Timb. Pengerusi : En Mohd Anuar bin Hassan (PKKO) : En Mohd Rafee bin Che Soh (PK HEM) Naib Pengerusi : Tn Hj Azmi bin Husin (PKP) Setiausaha Prog : Pn Masitah Zakaria (SU HEM / KPA) Pen Setiausaha : Pn Zurainee bt Zulkefeli (SU 3K) Bendahari : Pn Zalini bt Othman (ketua kerani) Pen Bendahari : Pn Rokiah bt Mamat (AJK KPA) Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pelancaran dan penutup Pn Masitah bt Zakaria (Persembahan murid) Pn Zurainee bt Zulkefeli (Persiapan tempat) Pn Nor Azora bt Che Amin (Montaj dan PA Sistem) Pn Rohani Abd Ghani (pengacara) En Khairul Anuar Rosli (bacaan doa) Galeri Kelab Pencinta Alam dan 3K Pn Masitah binti Zakaria Ahli Kelab Pencinta Alam Pertandingan pengumpulan bahan Kitar Semula Pn Masitah binti Zakaria Pn Rokiah bt Mamat Pertandingan Video kreatif kitar semula Pn Masitah binti Zakaria Pn Rokiah bt Mamat Pn Nor Azora bt Che Amin
Pertandingan Kolaj 3R Pn Maimun bt Mohamad Pn Hamizon bt Rafie Pn Terantai bt Juhan Semua Guru PSV Pertandingan Buku Skrap kitar semula Pn Suarlida bt Ahmed Shukri Pn Hjh Aslinda Apandi Pertandingan Deklamasi Sajak / puisi 3R Pn Masitah binti Zakaria Pn Rohani bt Abd Ghani Pn Noralina bt Jusoh Pertandingan Fesyen Show merdeka kitar semula En Mohd Khairul Anuar bin Husin Pn Masitah bt Zakaria Pn Salma bt Zakaria Ceramah; Pelihara bumi drpd pembuangan plastik Pn Rusmaliza Bt Mohd Zin Pn Rahani bt Abdullah En Zahari bin Mohamad Pengusian bangunan demontrasi kebakaran En Azmi bin Mat Junoh En Muhammad Hasani B. Awang En Nazaruddin B. Majid
AKTIVI MODUS PELAKSANAAN TINDAKAN Pelancaran Program 3R dan 3K peringkat SK Tangok 21 Jun 2023 1. Melancarkan Program Kitar semula Plastik pada hari aktiviti kokurikulum di bawah projek Kelab Pencinta Alam 2. Gimik lakonan murid tentang pentingnya memelihara alam sekitar daripada pembungan bahan plastic dan sumbangan murid dalam menjaga alam 3. Penerangan guru tentang projek kitar semula bahan plastic terpakai AJK tertinggi KPA dan Program 3K (Masitah dan Zurainee) Program pengumpulan bahan Kitar Semula Plastik 21 Jun 2023- 31 Ogos 2023 1. Menggalakkan para pelajar untuk membawa barangan kitar semula plastik. 2. Para pelajar dikehendaki membuang barangan kitar semula plastik di Tong Kitar Semula yang disediakan. 3. Menghubungi agansi mengutip barangan kitar semula 4. Timbang barangan yang dikutip sebelum dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula AJK KPA Pn Masitah Pn Rokiah Mewujudkan keceriaan (3K) Di taman Kitar semula bahan terpakai 3R Kelab Pencinta Alam 1. Memberi imput dan informasi kepada murid tentang kepentingan kitar semula bahan 2. Menyedarkan murid bahaya pembuangan banan plastik ke dalam sungai atau muka bumi 3. Memupuk semangat murid untuk menyertai kempen kitar semula Pn Masitah Ahli KPA Ceramahkesihatan bertajuk “Pelihara bumi daripada pembuangan bahan kitar semula” 5 Julai 2023 1.Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam (AJK KPA Negeri Kelantan) menyampaikan ceramah tentang kempen kitar semula bahan terpakai 2.Memperkenalkan Plastik sekali guna dan impaknya dikalangan para pelajar Unit Kesihatan Rusmaliza Pn Rahani En zahari Pertandingan kolaj tema “Kitar semula bahan terpakai” 2-6 Julai 2023 1. Menganjurkan pertandingan Mewarna Poster Kitar semula 2. Menggunakan masa PSV atau masa aktiviti kokurikulum 3. Menampal dan memaparkan hasil kerja murid dalam pertandingan tersebut di sudut Kitar semula Pn Maimun Pn Hamizon Pn Terantai dan guru PSV Pertandingan Buku Skrap bertemakan kitar semula 9 Julai –15 Julai 2023 1. Menganjurkan pertandingan Buku Skrap yang berkaitan kitar semula 2. Membuat infografik berkaitan pertandingan dan hebahan 3. Mempamerkan hasil kerja murid di sudut KPA 4. Menyampaaikan hadiah kepada pemenang pertandingan AJK KPA Prog 3K STEM Pn Suarlida Pn Aslinda
Pertandingan mencipta bahan kitar semula melalui penghasilan Video kreatif 16-22 Julai 2023 1. Menganjurkan Pertandingan Kitar semula Bahan Plastik 2. Mengurangkan bahan kitar semula seperti botol minuman plastik. 3. Menjimatkan kos dengan bahan dari botol minuman yang telah digunakan . 4. Meningkatkan budaya 3R iaitu reduce, reuse, dan recycle. AJK KPA dan Guru RBT serta STEM Pn Masitah Pn Rokiah Pn Azora Pertandingan deklamasi Sajak / puisi berkaitan kepentingan elemen 3R Dalam kehidupan 23-29 Julai 1. Mengadakan pertandingan Sajak / Puisi semasa aktiviti kokurikulum 2. Melantik juri dikalangan guru Bahasa Melayu 3. Menyediakan borang pertandingan untuk penilaian AJK KPA Guru BM Masitah Rohani Noralina Pertandingan Fesyen Show merdeka menggunakan bahan kitar semula 1-10 Ogos 2023 1. Mengadakan pertandingan Fesyen show Merdeka menggunakan material bahan kitar semula semasa aktiviti kokurikulum 2. Menyediakan borang penjurian 3. Menyediakan infografik pertandingan untuk hebahan AJK KPA AJK Sejarah AJK RBT Khairul Anuar Salma Latihan Pengusian bangunan/ kecemasan @ Demontrasi Latihan memadam kebakaran 13-17 Ogos 2023 1 Mengadakan latihan Loceng kebakaran sebanyak 3 kali 2 Mengadakan latihan pengusian bangunan dengan memanggil pihak bomba 4. Mengadakan ceramah dan latihan memadam kebakaran bersama pihak bomba AJK Prog 3K Zurainee Azmi M Hasani Nazarudin Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan 24 Ogos 2023 1 Menghargai murid yang Menyertai pertandingan di bawah projek kitar semula 2 Menyampaikan hadiah hasil duit jualan bahan plastik kitar semula AJK tertinggi KPA dan STEM Masitah Rokiah Nor Azora Menghubungi agensi berkaitan utk mengambil barangan kitar semula plastik yang Berjaya dikumpul Tarikh kutipan: ✓30 Jun ✓31 Julai ✓24 Ogos 1. Menghubungi agansi mengutip barangan kitar semula 2.Timbang barangan yang dikutip sebelum dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula. Masitah Rokiah
TENTATIF PROGRAM MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 3K DAN 3R 22 Jun 2023 (Khamis) 8.00 pagi : Guru dan murid berkumpul di Dewan Terbuka 8.15 pagi : Ketibaan tetamu jemputan : Nyanyian 3 buah lagu 8.25 pagi : Bacaan Doa pembuka majlis oleh us Khairul Anuar 8.30 pagi : Persembahan pentomim murid dan video montaj 8.45 pagi : Ucapan alu aluan Pn Siti Rabieyah bt Ali, GB SKT 8.50 pagi : Ucapan Perasmian oleh En Arman bin Hussin, Pen Pegawai Pendidikan Daerah Bachok Unit HEM 9.10 pg : Gimik Pelancaran dan perasmian program 9.15 pg : Melawat tapak dan galeri Program 3R dan 3K TENTATIF PROG CERAMAH PELIHARA BUMI DARIPADA PEMBUANGAN PLASTIK 5 Julai 2023 (Rabu) 1.15-1.30 : rehat dan makan tengahari 1.30 – 1.45 : Solat Zohor berjemaah 1.45 -2.00 : Murid berkumpul di Dewan Tun Teja 2.00 ptg : Ketibaan penceramah jemputan : Bacaan Doa oleh Ustaz Khairul Anuar bin Rosli , : Ceramah Pelihara bumi dari pembuangan plastik oleh penceramah jemputan 3.00 ptg : Kuiz dan penyampaian hadiah kepada pemenang 3.30 ptg : bersurai
TENTATIF PROGRAM LATIHAN PENGUSIAN DAN DEMONTRASI KEBAKARAN 17 Ogos 2023 8.00 pagi : Latihan pengusian bangunan 8.15 pagi : Guru dan murid berkumpul di padang : Ketibaan pihak bomba dan penyelamat 8.30 pagi : Taklimat dan ceramah kebakaran oleh pihak bomba 9.00 pagi : demontrasi memadam kebakaran 9.45 pagi : lawatan menaiki kereta bomba 10.15 pagi: Bersurai MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH 24 Ogos 2023 7.30 pagi : Guru dan murid berkumpul di Dewan Terbuka 7.45 pagi : Ketibaan guru : Nyanyian lagu Negaraku, Negeri dan Sekolah : Bacaan Ikrar murid : Bacaan Doa penutup oleh ustaz M Zein b M Noor : Ucapan Guru Besar SK Tangok : Penyampaian hadiah pertandingan 3R: Pertandingan kumpul bahan kitar semula Pertandingan Kolaj 3R Pertandingan Video kreatif kitar semula Pertandingan Sajak / puisi kitar semula Pertandingan Buku Skrap kitar semula Pertandingan fesyen show merdeka kitar semula 8.45 pg : bersurai
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA Pelaksanaan Program: 1) Terbuka kepada semua murid SK Tangok 2)Pengumpulan dilaksanakan pada setiap hari bermula 25 Jun 2023 sehingga 24 Ogos 2023 pada waktu rehat. 3)Murid yang ingin menyertai program ini akan diberikan kad pengumpulan barangan kitar semula untuk rekod data 4)Semua jenis bahan kitar semula seperti plastik, kertas, aluminium, fabrik, minyak masak terpakai boleh dikumpulkan dan diserahkan kepada AJK bertugas yang dilantik 5)Tempat pengumpulan bahan kitar semula adalah di wakaf hadapan kelas tahun 6 Ikhlas 6)Murid yang berjaya mengumpul paling banyak bahan kitar semula akan menerima hadiah dan sijil daripada pihak sekolah.
PERTANDINGAN KOLAJ TEMA “KITAR SEMULA BAHAN TERPAKAI” Pelaksanaan Program: 1) Terbuka kepada semua murid SK Tangok 2)Pertandingan akan dilaksanakan pada 2 hingga 6 Julai 2023 semasa matapelajaran PSV 3)Kertas lukisan disediakan oleh pihak sekolah manakala bahan- bahan untuk membuat kolaj disediakan oleh murid 4)Peserta boleh menggunakan bahan terpakai / kitar semula seperti habuk penggorek pensil, penutup botol, dan fabrik terpakai 5)Kolaj boleh disiapkan dalam tempoh antara 2 hingga 6 Julai dan dihantar kepada guru PSV masing-masing. Sebarang penghantaran lewat pada tarikh tersebut tidak akan diberi markah 6) Pemarkahan dinilai dari aspek penggunaan bahan kitar semula, kekemasan tampalan, kreatif serta menarik. 7) Pemenang akan menerima hadiah dan sijil
PERTANDINGAN BUKU SKRAP BERTEMAKAN KITAR SEMULA Pelaksanaan Program: 1) Terbuka kepada semua murid SK Tangok 2)Pertandingan akan dilaksanakan pada 9 hingga 15 Julai 2023 3)Buku skrap perlu mengandungi elemen berikut: - Senarai kandungan - Biodata peserta - Pengenalan 3R - Isi penting (gambar dan tulisan) - Penutup - Sumber rujukan 4)Mini Mukasurat buku skrap adalah 5 helai tidak termasuk biodata peserta dan rujukan 5)Pemarkahan dinilai melalui aspek kepadatan info isi kandungan, kekemasan, kreatif dan menepati tema iaitu tentang kitar semula 6)Boleh menggunakan tulisan tangan atau bertaip komputer Font Arial 12 langkau 1.5 saiz kertas A4. 7) Buku Skrap hendaklah dihantar kepada Pn Suarlida bt Ahmed Shokri pada 15 Julai 2023
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF BERTEMAKAN KITAR SEMULA BAHAN TERBUANG Pelaksanaan Program: 1. Terbuka kepada semua murid SK Tangok 2.Pertandingan akan dilaksanakan pada 16 hingga 22 Julai 2023 3.Peserta menyediakan video pendek menunjukkan satu projek kitar semula Pasu Bunga yang dilaksanakan dirumah masing-masing. 4.Durasi keseluruhan video adalah antara 3-5 minit 5.Pemarkahan dinilai melalui aspek bahan kitar semula yang digunakan, kreatif, menarik. 6.Video yang dihasilkan perlu dimuat naik dalam u tube masing-masing dan pautan tersebut boleh dihantar dalam link google form berikut: https://forms.gle/762m3BmzbBdqjao26 7.Pautan google form tersebut hanya akan dibuka pada 16 hingga 22 Julai 2023. 8.Bahan projek kitar semula tersebut hendaklah diserahkan kepada Pn Masitah pada 22 Julai 2023 untuk penilaian dan pameran.
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK / PUISI TENTANG 3R Pelaksanaan Program: 1. Terbuka kepada semua murid SK Tangok 2.Pertandingan akan dilaksanakan pada 24 hingga 27 Julai 2023 3.Masa persembahan adalah pada jam 7.20 – 7.45 pagi semasa perhimpunan pagi sepanjang minggu tersebut (Isnin hingga Khamis). 4.Sajak / puisi perlu berkisar tentang elemen 3R dan kepentingan/ kebaikan amalan 3R kepada kehidupan. 5.Pemarkahan dinilai melalui isi sajak/puisi, gaya, persembahan, suara dan kreativiti. 6.Masa persembahan adalah antara 2-3 minit 7.Penggunaan prop / bahan sokongan adalah bonus 8. Skrip sajak perlu dihantar kepada Pn Noralina sebelum pertandingan bermula untuk penilaian 9.Murid yang berminat menyertai pertandingan sajak/puisi boleh memberikan nama kepada Pn Rohani sebelum 24 Julai 2023.
PERTANDINGAN FESYEN SHOW MERDEKA MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA Pelaksanaan Program: 1. Terbuka kepada semua murid SK Tangok 2. Penyertaan adalah secara individu 3. Pertandingan akan dilaksanakan bermula 1 hingga 9 Ogos 2023. 4. Masa persembahan show pada hari kokurikulum pada 9 Ogos 2023 (Rabu) jam 2.00 ptg 5. Peserta boleh menggunakan bahan kitar semula seperti kertas, surat khabar, plastik, fabrik lama, guni, bekas telur dan sebagainya yang dicat/spray menggunakan warna warna jalur gemilang untuk menghasilkan fesyen pakaian merdeka. 6. Pemarkahan dinilai melalui kreativiti, penggunaan bahan kitar semula, penyampaian mesej tentang hasil ciptaan 7. Murid yang berminat menyertai pertandingan fesyen show boleh memberikan nama kepada ustaz Mohd Khairul Anuar Husin sebelum 1 Ogos 2023 8. Pemenang akan menerima hadiah dan sijil
Terima kasih atas sokongan semua. Selamat Berjaya Buat Murid Dalam Pertandingan Yang Dianjurkan Prog 3R &3K