BAB 8 CAHAYA DAN OPTIK
8.6 Penyerakan Cahaya
Penyerakan cahaya berlaku apabila sinar cahaya dihalang
dan dipantulkan ke semua arah oleh awan atau zarah-
zarah dalam udara.
BAB 8 CAHAYA DAN OPTIK
8.6 Penyerakan Cahaya
Panjang gelombang merupakan faktor bagi
penyerakan cahaya
merah
biru
Cahaya biru banyak diserakkan kerana cahaya ini
mempunyai panjang gelombang yang pendek.
Maka, langit kelihatan biru pada waktu tengah hari.
Cahaya merah kurang diserakkan kerana cahaya ini
mempunyai panjang gelombang yang panjang.
Maka, langit kelihatan kemerahan pada waktu senja.
Waktu tengah hari Waktu senja
BAB 8 CAHAYA DAN OPTIK
8.6 Penyerakan Cahaya
Bumi dilitupi oleh atmosfera. Atmosfera mengandungi
zarah-zarah dan molekul-molekul udara serta awan,
habuk, debu dan titisan air.
BAB 8 CAHAYA DAN OPTIK
8.6 Penyerakan Cahaya
Pada waktu tengah hari, cahaya matahari bergerak melalui lapisan
atmosfera yang nipis. Cahaya biru yang mempunyai panjang
gelombang yang pendek diserakkan paling banyak oleh zarah-zarah
dalam udara seperti zarah debu, molekul gas dan wap air/ titisan air
ke semua arah. Langit kelihatan kebiruan.
Pada waktu senja, cahaya matahari bergerak melalui lapisan
atmosfera yang tebal. Cahaya merah yang mempunyai panjang
gelombang yang panjang adalah paling kurang diserakkan dan
bergerak menerusi lapisan atmosfera. Matahari atau langit kelihatan
kemerahan.