The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balasoohaasan, 2022-06-12 10:53:43

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL

Peranan Rakan Sebaya Dalam
Menangani Masalah Sosial

SOOHAASAN A/L BALACHANDRAN
21DDT21F1005

KAVINAASHINI SHASHI KUMAR
21DDT21F1003



DHARSHINI SUBRAMANIAM
21DDT21F1080

1. Pendahuluan
2. Definisi Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
3. Contoh-Contoh Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
4. Faktor-Faktor Masalah Sosial
5. Punca-Punca Masalah Sosial
6. Peranan Seorang Rakan Sebaya
7. Kesan Daripada Masalah Sosial
8. Kesimpulan
9. Rujukan

Pendahuluan

<Masala Sosial dalam kalangan Remaja>

Secara umumnya masalah sosial merangkumi
berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan dan keuntungan
kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi.
Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat
kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun
orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan
remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris
negara, maka kegiatan merekalah yang hangat


diperkatakan dan mendapat perhatian daripada

segenap lapisan masyarakat.
Media massa seringkali menyiarkan pelbagai
berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang
masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial
yang melanda mereka ini. Melihat kepada
masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar
membimbangkan kita.

Definisi

<Masalah Sosial dalam kalangan Remaja>

Masalah sosial adalah perbedaan antara harapan dan
kenyataan. Ia berkaitan dengan ganguan moral yang
terjadi di dalam interaksi sosial dan nilai sosial.Bentuk
umum dari masalah social iaitu disorganisasi sosial dan
perilaku menyimpang.

Masalah Sosial

<Masalah Sosial dalam kalangan Remaja>

1.BULI

Buli juga merupakan satu perlakuan yang
melibatkan pelbagai bentuk kekerasan seperti
menumbuk, menendang, melanyak mangsa
untuk mendapatkan sesuatu seperti untuk
mendapatkan wang. Ini dikenali sebagai buli
secara fizikal.
Manakala buli secara psikologi pula adalah
dengan cara mengejek atau mengeluarkan kata-
kata hinaan atau sindiran untuk menjatuhkan air
muka mangsa. Misalnya nama pelajar itu sendiri
atau nama bapa pelajar yang agak luar biasa
maka ia akan dijadikan bahan tertawa kepada
pembuli.
Masalah ini akan menjadi lebih serius setelah
mereka tamat persekolahan dan budaya ganas ini
akan menular ke dalam masyarakat seperti
membunuh dan ini akan mengancam
keselamatan orang ramai. Pembuli juga akan
mencipta satu peraturan supaya dirinya
dipandang hebat dan berkuasa.

Walaupun peraturan yang ditetapkan tidak
disukai oleh mangsa, mangsa perlu
melakukannya. Pembuli akan memulaukan atau
memencilkan mangsa jika peraturan yang
ditetapkan tidak diikuti oleh mangsa.
Selain itu, pembuli akan melakukan tindakan
ganas dengan merosakkan harta benda atau
barangan peribadi milik mangsa. Semua
perlakuan ini dianggap sebagai satu bentuk
matlamat iaitu untuk menguasai mangsa.



2. MEROKOK

Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah
rendah mendapati bahawa hampir 20%
daripada kanak kanak sekolah tersebut
pernah merokok atau adalah perokok aktif
pada umur II tahun.
Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai
masalah untuk mendapatkan rokok
walaupun rokok tidak dibenarkan di jual
kepada kanak-kanak berumur 18 tahun
kebawah.
Justeru itu, penguatkuasaan penjualan rokok
kepada golongan kanak-kanak dan remaja
sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanak-
kanak sekolah juga kurang diberikan
pendedahan tentang bahaya merokok dan
akibatnya.
Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke
atas 850 orang pelajar sekolah rendah yang
berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang.
Kelantan dan Selangor. hanya 50% daripada
kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok
adalah tidak sihat, 25% tidak tahu tentang
masalah yang dialami oleh perokok kronik
dan hampir 50% tidak tahu tentang apa yang
terkandung di dalam rokok.
Lebih membimbangkan ialah hampir 70%
daripada kanak-kanak tersebut tidak tahu
tentang ketagihan merokok.

Kita boleh membenteras gejala rokok di
kalangan remaja dan kanak-kanak ini dengan
adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru
sekolah, kakitangan kesihatan, penguatkuasa
dengan 'policy makers' dalam kerajaan kita.
Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan
sahaja merosakkan diri dengan merokok, malah,
mereka juga membahayakan anak-anak yang
bergantung dengan mereka. Ibu bapa adalah
'role model' yang baik untuk anak-anak. Mereka
seharusnya mencerapkan nilai-nilai keagamaan
dan nilai-nilai murni yang membentuk susila
anak-anak mereka dan bukan sebaliknya.
Guru sekolah harus peka dengan pelajar-pelajar
di sekolah dan mengenalpasti remaja atau
kanak-kanak yang bermasaalah dan segera
mendapatkan bantuan dari pihak yang
berkenaan terutamanya kakitangan kesihatan
sebelum terlambat.

Penguatkuasaan harus dipertingkatkan lagi
supaya remaja dan kanak kanak tidak
memperoleh rokok dengan mudah dan pihak
kerajaan boleh memainkan peranan dengan
meningkatkan lagi cukai ke atas tembakau
supaya dapat mengawal gejala rokok ini.
Kempen-kempen tentang bahaya rokok juga
harus diperkenalkan di peringkat sekolah dan
dengan pengetahuan yang mencukupi, kanak-
kanak juga boleh membantu untuk menasihati
ibu bapa mereka supaya berhenti merokok. Kita
boleh membenteras gejala rokok di kalngan
pelajar sekolah rendah sekiranya semua pihak
memainkan peranan mereka masing masing
demi masa depan anak-anak kita.



3.KETAGIHAN
ALKOHOL

Selain dadah, remaja kini juga mempunyai
masalah ketagihan alkohol. Menurut kajian
yang sama di Amerika pada tahun 2017, 33.2
peratus murid sekolah didapati pernah
mengambil alkohol.
Di negara kita, remaja di bawah usia 18 tahun
ke bawah dan beragama Islam tidak
dibenarkan mengambil alkohol. Pun begitu,
undang-undang ini hanyalah sekadar
peraturan yang diendahkan oleh kebanyakan
remaja.

Pergi sahaja di pusat-pusat hiburan, pasti
anda akan melihat ramai remaja berusia
bawah 18 tahun ke bawah dan beragama
Islam sedang rancak meneguk alkohol yang
memabukkan dan merosakkan ini. Ia tidak
sepatutnya berlaku kerana remaja kita
adalah imej negara pada masa hadapan
kelak.
Anda sebagai ibu bapa seharusnya
memainkan peranan dalam memastikan anak
anda terselamat daripada minuman yang
membahayakan ini.



4. LUMBA HARAM

Perlumbaan motosikal haram adalah salah satu
masalah sosial yang paling tinggi penglibatan remaja
dalam kegiatan ini.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR, 2018)
sebanyak 2034 kes kematian telah dicatatkan pada
bulan Januari hingga Jun 2017 yang melibatkan
motosikal dan purata umur yang paling tinggi
dicatatkan adalah diantara umur 16 tahun hingga 25
tahun.
Berdasarkan statistik ini separuh daripada kes
kematian melibatkan motosikal ini adalah
disebabkan oleh perlumbaan haram. Angka ini amat
membimbangkan kepada masyarakat kerana ianya
melibatkan remaja di Malaysia. Dalam tempoh lapan
bulan pertama tahun 2015. Polis Diraja Malaysia
(Anon, 2015) negari Pahang telah mengeluarkan
sebanyak 16,662 saman yang melihatkan pelbagai
kesalahan dalam aktiviti lumba motosikal haram.

Elemen pertaruhan telah diterapkan dalam kegiatan
lumba motosikal haram dan secara tidak langsung
telah menarik minat ramai remaja untuk menjadi
seorang 'mat rempit. Menurut Rakiah Ismail,
Muhamad Fuaz Abdul Karim dan Mohamad Fauzi
Sukimi (2011), mat rempit merupakan individu atau
sekumpulan individu yang bermotosikal dan mereka
terlibat dengan kegiatan lumba haram dan lebih
banyak terdiri daripada golongan remaja khususnya
lelaki yang berumur 15 hingga 28 tahun.
Mereka ini bukan sahaja melakukan aktiviti lumba
haram malah memaparkan aksi-aksi yang merbahaya
dengan menggunakan motosikal yang telah
diubahsuai secara haram. Aktiviti mat rempit ini
adalah salah satu kesalahan yang melanggar undang-
undang di Malaysia dibawah akta seksyen 42 Akta
Pengakutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) Pindaan 1999.



Faktor-Faktor

<Malasah Sosial dalam kalangan Remaja>



Punca-Punca

<Masalah Sosial dalam kalangan Remaja



1. KENDIRI

Remaja hari ini sebenarnya kurang mampu

untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

dan persekitaran mereka. Ini ekoran daripada

ketidakupayaan mereka untuk mengawal

atau mempertahankan diri mereka sendiri.

Ini seterusnya akan menyebabkan mereka

gagal mengendalikan emosi semasa

menghadapi masalah hidup lalu

mengakibatkan mereka terjerumus ke dalam

kancah masalah sosial.

2. RAKAN-RAKAN

Pengaruh rakan sebaya juga boleh
mendorong remaja terlibat dalam gejala
sosial. Disebabkan faktor pergolakan
keluarga di rumah, remaja cenderung untuk
berjumpa rakan sebaya bagi mencari
ketenangan dan kegembiraan.
Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula
adalah mereka yang mempunyai perangai
negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah.
terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya
mereka.
Apabila bersama rakan sebaya, remaja
cenderung untuk melakukan perkara tidak
berfaedah seperti merokok, melepak di pusat
membeli-belah dan mendapatkan hiburan di
pusat-pusat hiburan.

3. KEWANGAN

Banyak jenayah dan masalah sosial yang
dilakukan remaja hari ini disebabkan oleh
faktor kewangan kerana keinginan mereka
yang semakin meningkat untuk menikmati
kemewahan hidup.
Bagi remaja dari keluarga miskin, mereka
mudah terpengaruh dengan rakan-rakan
yang hidup mewah.
Justeru itu, mereka cenderung untuk
melakukan jenayah dan kegiatan tidak
bermoral seperti mencuri, merempit,
melacur, mengedar dadah dan menyimpan
barangan curi untuk mendapatkan sumber
kewangan bagi menampung kehendak hidup
mereka yang mewah.

4. KEAGAMAAN

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab
berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja
yang terlibat dalam gejala sosial tidak
mempunyai didikan agama dan moral yang
mendalam. Mereka tidak takut pada dosa
atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan.
mereka.
Remaja terbabit juga biasanya tidak
sembahyang dan mengingkari perintah
agama yang lain. Mereka berpendapat
bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi
dengan hiburan dan keseronokan semata-
mata.

Peranan

<Masalah Sosial dalam kalangan Remaja>

1. MENASIHATI RAKAN

Dalam hal ini, kita perlu berhati-hati umpama
'menarik rambut dalam tepung, rambut tak
putus, tepung tak berserak bagi mengelakkan
ada rakan yang terguris hati.
Kita perlu menceritakan keburukan dan
akibat jika terlibat dalam masalah. sosial
seperti menggelapkan masa depan, terdedah
dengan risiko tindakan tatatertib dan
dicemuh oleh masyarakat.

Jika khuatir, bolehlah mengusulkan rakan
untuk berjumpa dengan kaunselor bagi
mendapatkan nasihat dan panduan.

2. BERFIKIRAN POSITIF DAN
RASIONAL

Kajian mendapati gejala seperti ponteng
sekolah berlaku apabila remaja terlalu
mengikut nafsu dan keseronokan, iaitu ingin
mendapat kebebasan dan benci akan pelajaran.
Untuk itu, remaja perlu merenung kembali
tujuan dihantar untuk belajar, iaitu bagi
mencerahkan masa depan dan melahirkan
modal insan kelas pertama bagi menghadapi
gelombang globalisasi dan cabaran alam
pekerjaan. Oleh itu, buangkan semua
keseronokan sementara dan terimalah
balasannya pada dewasa kelak.

3. MENETAPKAN MATLAMAT
HIDUP

Oleh sebab itu, mereka sewenang-wenangnya
menghabiskan masa dengan melepak dan
sebagainya.
Seandainya mereka ada tujuan yang tetap,
sudah pasti kehidupan mereka tidak disia-
siakan kerana mereka tahu masa itu emas.
Dengan cara ini juga, mereka akan belajar
bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita
yang diidam-idamkan.

4. BIJAK MEMILIH RAKAN

Peranan perdana dalam mengurangkan
masalah ini ialah remaja perlu bijak memilih
rakan. Kajian mendapati bahawa masalah
sosial banyak dipengaruhi oleh pengaruh
rakan sebaya.
Pilihlah rakan yang mempunyai peribadi yang
baik, berjati diri yang kukuh dan berdisplin
dalam semua aspek. Hal ini bagi memastikan
kita dapat menjadikan mereka sebagai idola
dan suri teladan.
Kata orang, kalau memilih untuk berkawan
dengan tukang besi, kita akan terkena
asapnya manakala kalau memilih untuk
berkawan dengan penjual minyak wangi, kita
akan terkena wanginya. Jadi, tepuk tanya,
tanya selera.

Kesan

<Masalah Sosial kalangan Remaja>

1.INDIVIDU

Individu yang mencorakkan dirinya
dengan akhlak yang baik akan dipandang
mulia dan tinggi, berbanding individu
yang mencorakkan dirinya dengan
perkara-perkara negatif akan dipandang
serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling.
Bagi seseorang yang bergelar muslim
terutamanya remaja, akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan perkara-
perkara keimanan dan ketakwaan kepada
Allah.
Sebaliknya, kebanyankkan remaja
muslim pada hari ini tidak mengikut
ajaran islam yang sebenarnya,
sebaliknya. memalukan agama, bangsa
dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga
kesan gejala sosial ini akan memberikan
kesan yang mendalam pada diri
seseorang remaja itu.

2. KELUARGA

Akhlak seseorang individu remaja yang

baik dan mulia datangnya daripada

sesebuah institusi kekeluargaan yang

harmoni dan bahagia.

Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam

institusi kekeluargaan akan memberikan

kesan yang besar ke atas kebahagian dan

keharmonian sesuatu institusi

kekeluargaan itu.

Akibat daripada wujudnya ketidak

harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah

kekeluargaan pastinya akan berlakunya

penceraian. Ini akan menjadikan masa

depan anak-anak akan terbiar dan tidak

terpelihara, seterusnya hilang tempat

bergantung dan bermanja.

Kesannya berlakunya masalah-masalah

sosial yang lain seperti budaya lepak,

ketagihan dadah, pelacuran, perjudian,

hubungan sesama jenis dan masalah

masalah yang lain.

3. MASYARAKAT

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan
bangsa pada masa kini ialah dengan melihat
akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak
dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan masyarakat.
Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-
pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak
kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari
nanti, akan datang masyarakat kita akan
hancur dan keruntuhan akhlak remaja remaja
Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
Namun begitu terdapat kesan yang paling
ketara yang akan dilihat kiranya akhlak
remaja pada hari ini tidak dibendung dengan
segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi
porak-peranda, berpecah-belah dan tidak
bersatu-padu.

Akibatnya perasaan buruk dan prasangka
akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling
curiga-mencurigai akan bertahta di hati
masyarakat.
Hal ini menberi kesan apabila berlaku
pergaduhan dalam masyarakat, Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya
pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

4. NEGARA

Hal ini akan menjadikan kerancakan
pembangunan negara akan terbantut dan
keadaan sosioekonomi negara menjadi
lembap kerana wujudnya gejala sosial dan
keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan
masyarakat.
Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam
negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial ia sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan
untuk mengurangkan kadar jenayah.
Seterusnya anasir-anasir luar, akan meresap
masuk kedalam negara sekiranya generasi
muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak
mereka.
Dan, kesan paling utama ialah remaja pada
hari ini terutamanya akhlak remaja Islam
hancur dan rosak, maka pandangan bangsa
lain terhadap agama yang kita anuti pada
hari ini tentulah serong dan buruk.

Kesimpulan

<Masalah Sosial kalangan Remaja>

Sebagai kesimpulan, masalah sosial
haruslah dipandang serius oleh semua
pihak kerana para remaja merupakan aset
yang penting untuk pembangunan negara
pada masa yang akan datang. Justeru,
semua pihak mestilah memainkan peranan
dan bertanggungjawab untuk menangani
masalah sosial supaya para remaja tidak
terjerumus dalam gejala sosial dan
menerajui negara kita ke arah Wawasan
2022.

Rujukan

<Masalah Sosial kalangan Remaja>

RUJUKAN

• http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-
masalah-pergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-sekolah/
• http://tinta-kencana.blogspot.com/2011/09/peranan-remaja-
mengurangkan-masalah.html
•https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/perkembangan-
remaja/masalah-sosial-remaja/
• https://www.bharian.com.my/berita

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version