The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mz86jb, 2022-04-04 23:14:26

Himpunan Tazkirah Ramadhan

Himpunan Tazkirah Ramadhan

Himpunan Tazkirah Ramadan
1

Himpunan Tazkirah Ramadan
2

Himpunan Tazkirah Ramadan

Cetakan 1-2018
............................................................................................................

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan

alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS.

Penerbit berusaha memastikan isi kandungan buku menepati maklumat
yang sahih dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan.
Penerbit dan penulis buku ini tidak dianggap memberikan khidmat
perundangan, perakaunan atau khidmat professional yang lain kepada
pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan

nasihat dan khidmat professional daripada pakar yang berkelayakan.
............................................................................................................

Diterbit oleh:
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Tingkat 1, Blok A,
Bangunan Dato’ Mahmud Mat,

01000 Kangar, Perlis
Tel : (+60) 04 979 4428
Faks : (+60) 04 979 3844

mufti.perlis.com.my

3

Himpunan Tazkirah Ramadan

KANDUNGAN

Kata-Kata Aluan Raja Muda ..................................................... 7
Kata-Kata Aluan Sahibus Samahah Mufti Negeri 9
Perlis .......................................................................................................

Tazkirah 1 : Mencari Semangat Ramadan ....................... 13
Tazkirah 2 : Ramadhan, Al-Quran Dan Kita ....................... 19
Tazkirah 3 : Fadilat Ramadhan Dalam Sunnah ............... 26
Tazkirah 4 : Sedekah Di Bulan Ramadhan .......................... 32
Tazkirah 5 : Puasa Bukan Budaya Bangsa ....................... 39
Tazkirah 6 : Puasa Sama, Pahala Berbeza ....................... 45
Tazkirah 7 : Menghayati Sunnah Bersahur ....................... 50
Tazkirah 8 : Keistimewaan Ramadhan .............................. 55
Tazkirah 9 : Produktif Ramadhan ......................................... 65
Tazkirah 10 : Salafussoleh Di Bulan Ramadhan ............ 70
Tazkirah 11 : Beberapa Kesalahan Ketika
Melaksanakan Ibadah Puasa ................................................. 76
Tazkirah 12 : Menghayati Sunnah Besahur ......................
Tazkirah 13 : Berbuka Dan Adab Makan ............................ 82
Tazkirah 14 : Berterima Kasih Dan Makan Dengan 86
Kadarnya ...........................................................................................
Tazkirah 15 : Sabar Dalam Mengerjakan Ibadah ........... 91

96

4

Himpunan Tazkirah Ramadan

Tazkirah 16 : Puasa Dan Menahan Diri Daripada
102

Dosa .......................................................................................................
Tazkirah 17 : Dari Ramadhan Ke Ramadhan .............. 108
Tazkirah 18 : Tarbiyah Diri Di Bulan Ramadhan - Mari

114
Jauhi Sikap Buruk Sangka ( Su’u Zhon)...............................
Tazkirah 19 : Mengendalikan Keluarga Di Bulan

120
Ramadhan...................................................................
Tazkirah 20 : Kutukkan Ramadhan Terhadap Orang

126
Yang Tidak Mengubah Dirinya ...................................
Tazkirah 21 : Iktikaf - 10 Ramadhan Terakhir ............... 132
Tazkirah 22 : Melazimi Zikir Di Bulan Ramadan ......... 140
Tazkirah 23 : Memburu Al Qadar ................................... 147
Tazkirah 24 : Ramadan Bulan Membaca Al-Quran ... 155
Tazkirah 25 : Ramadan Peluang Mendapat

162
Keampunan .......................................................................................
Tazkirah 26 : Bagaimanakah Memustajabkan Doa

169
Ramadhan .......................................................................................
Tazkirah 27 : Memelihara Kemuflisan Pahala

176
Ramadhan ........................................................................................
Tazkirah 28 : Ramadhan Madrasah Al-Quran ............ 183
Tazkirah 29 : Raikan Syawal Dengan Kegembiraan ... 191

5

Himpunan Tazkirah Ramadan
6

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

KATA-KATA ALUAN RAJA MUDA

Alhamdulillah dan ribuan kesyukuran dipanjatkan
ke hadrat Allah SWT, atas izin dan limpah
rahmatNya, kita berkesempatan untuk bertemu
semula Ramadhan kali ini, mudah-mudahan dengan
hembusan rahmat dan keberkatan. Ramadhan
memberikan kita kesempatan untuk menjalani
kehidupan yang penuh kehambaan, terutamanya
bagi mereka yang menantikan kehadirannya.
Kemanisan Ramadhan pasti dapat dikecapi oleh
mereka yang mencari keredhaan Ilahi, mereka
penuhkan dengan pengisian rohani, dalam
memperoleh ketaqwaan dan pengampunan Allah
SWT.

7

Himpunan Tazkirah Ramadan

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan buat
Jabatan Mufti Negeri Perlis, kerana telah berjaya
menghasilkan Himpunan Tazkirah Ramadhan ini.
Himpunan ini adalah hasrat saya, iaitu agar ditulis
pesanan-pesanan dan nasihat-nasihat yang dapat
dibacakan pada mana-mana majlis oleh pelbagai
pihak. Dengan penerbitan terbaru Jabatan Mufti
Perlis ini, terkabullah hasrat saya itu. Diharapkan
himpunan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat
kepada setiap yang mendengar atau membacanya.

Mudah-mudahan ibadah sekalian kita pada
Ramadhan kali ini bertambah kualitinya, serta
beristiqamah dengannya sehingga kita sampai
ke Ramadhan berikutnya. Mudah-mudahan juga
sekalian dari kita beroleh pengampunan yang
dijanjikan, serta limpah pahala malam Lailatul
Qadar yang dijanjikan.

Sekian,

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Ibni Tuanku Syed Sira juddin Jamalullail

Ra ja Muda Negeri Perlis

8

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

KATA ALUAN SAHIBUS SAMAHAH
MUFTI NEGERI PERLIS

�‫بسم الله الرحمن الرحي‬
‫ ونعوذ ب�لله من‬،‫ ونستغفره‬،‫ ن�مده ونستعينه‬،‫الحمد لله‬
‫ من ي�ده اللُه فلا ُم ِض َّل‬،‫ ومن سيئات أعمالنا‬،‫ش�ور أنفسنا‬
‫ وأ ش�د أن لا إله إلا الله وحده‬،‫ ومن يضلل فلا هادي له‬،‫له‬
:‫ أما بعد‬،‫ وأ ش�د أن محمدا عبده ورسوله‬،‫لا ش�يك له‬

Alhamdulillah, syukur Jabatan Mufti Negeri
Perlis dapat mengeluarkan Himpunan
Tazkirah Ramadhan ini. Idea asal berkaitan buku
ini dari DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin
Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang
mencadangkan agar satu himpunan tazkirah
diwujudkan.

9

Himpunan Tazkirah Ramadan

DYTM Tuanku telah menyebut hal ini kepada
saya pada Ramadhan yang lepas. Tujuannya agar
dalam majlis-majlis berbuka puasa khususnya
dapatlah sesiapa sahaja membacanya untuk
didengari oleh hadirin yang lain. Ia satu cadangan
yang amat baik dan hasrat yang mulia.

Mengambil tanggungjawab itu, saya
mengumpulkan beberapa tazkirah saya yang
berkaitan Ramadhan dan meminta setiap pegawai
(ustaz) dari jabatan saya menyediakan sekurang-
kurangnya satu tazkirah ringkas. Akhirnya, kami
kumpulkan semua tazkirah berkaitan dalam satu
himpunan. Setiap penulis, disebut namanya di
nota bawah bagi setiap tajuk. Maka pembaca
akan dapati gaya bahasa dalam himpunan ini
berbeza-beza. Ini kerana setiap penulis mempunyai
gaya bahasanya yang tersendiri.

Bagi memudahkan bahan ini dibaca untuk
didengari oleh hadirin, kami meletakkan nombor
bagi isi-isi dalam setiap tazkirah. Teks asal al-
Quran dan hadis juga disertakan. Bagi yang boleh

10

Himpunan Tazkirah Ramadan

membacanya dengan lancar, elok dia membacanya
semasa menyampaikan tazkirah bertulis ini. Jika
tidak, dia boleh hanya membaca maksudnya sahaja.

Akhirnya, saya suka ingatkan diri saya dan
pembaca bahawa kita semua memerlukan ingatan
ataupun tazkirah. Al-Quran menyebut dalam Surah
al-Zariyat ayat 55:

�َ‫َو َذ ِّك ْر َفِإ َّن ال ِّذ ْك َرى َت ْن َفع اْ ُل ْؤ ِم ِن ي ن‬

Maksudnya: “Dan berilah peringatan, maka
sesungguhnya peringatan itu memberikan
manfaat kepada mereka yang beriman”.

Memberikan peringatan ataupun tazkirah
merupakan sesuatu yang disuruh oleh Islam.
Semasa kita memberikan peringatan, kita juga
dalam masa yang sama mengingatkan diri kita
sendiri. Antara perkara utama yang menyelamatkan
kita semasa hidup dalam dunia ini ‘pesan memesan
dengan kebenaran dan kesabaran’. Ini seperti yang
Allah tegaskan dalam Surah al-‘Asr.

11

Himpunan Tazkirah Ramadan

Semoga risalah himpunan tazkirah ini
memberikan sedikit sebanyak sumbangan ke arah
pesan-memesan ataupun peringatan (tazkirah)
kepada kebenaran, kebaikan dan taqwa. Tazkirah
ini boleh dibaca dalam pelbagai majlis dalam
Bulan Ramadhan ini supaya kita manfaat setiap
kesempatan dengan peringatan yang bermanfaat.

Sekian,

Mohd Asri bin Zainul Abidin

Mufti Negeri Perlis

12

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

1

MENCARI SEMANGAT RAMADHAN 1

1. Siyam atau saum ataupun puasa dalam
bahasa Melayu bermaksud menahan diri dari
makan, minum dan perkara-perkara yang
membatalkannya dalam waktu yang ditetapkan.
Perbezaan bulan Ramadhan dibandingkan selainnya
ialah bulan Ramadhan setiap Muslim dilarang makan
dan minum serta perkara-perkara lain yang
membatalkan puasa. Ertinya, syiar ataupun
suasana Ramadhan bukanlah suasana pesta
makan, sebaliknya ia adalah suasana muslim tidak
makan melainkan hanya pada waktu malam.

1 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin
Zainul Abidin.

13

Himpunan Tazkirah Ramadan

Namun, keadaan yang sebaliknya sering
berlaku dalam kehidupan kita dalam bulan
Ramadhan yang mulia ini. Jika diandaikan seorang
bukan Muslim yang tidak tahu menahu tentang
Ramadhan, datang ke negara kita dan melihat
kemeriahan makan dan minum yang wujud pada
bulan Ramadhan, lalu kita memberitahu dia
bahawa ini bulan puasa bagi Muslim, tentu sukar dia
mempercayainya.

Ertinya, dia tidak melihat suasana puasa yang
sebenar kerana kita gagal mewujudkan suasana
itu. Dalam kata lain, kita seakan mewujudkan satu
keadaan yang mengurangkan ataupun melonglaikan
syiar ataupun semangat Ramadhan (ruh Ramadhan/
the spirit of Ramadhan) yang patut dibina.

2. Orang berpuasa yang tidak makan dan
minum, bukan kerana dia sakit sehingga tidak dapat
makan dan minum, ataupun kerana ketiadaan
makan. Sebaliknya, kerana dia mematuhi arahan
Allah. Kita yang berpuasa ini sebenarnya dididik
oleh syariat Islam untuk menahan diri melakukan
sesuatu yang dilarang sekalipun kita berkemampuan
melakukannya. Inilah antara tarbiyyah Ramadhan

14

Himpunan Tazkirah Ramadan

kepada jiwa insani. Maka, semangat ini sepatutnya
dibawa terus apabila kita berbuka. Kita makan dan
minum dengan kadarnya. Tidak berlebihan. Bukan
kerana kita tidak mampu terus makan, ataupun tidak
mampu membeli, tetapi kerana mematuhi arahan
Allah. Firman Allah dalam surah al-A` raf, ayat 31:

‫َي� َبِن ي� آ َد َم ُخَ َُوذلواُت ِْزِيسَُفن َتواُ ِْإَّكن ُهِعَْن َلد يُ ُِ�ِّكُّبَماْْسُلِ ْج ٍِدسِف َيونَُ ُ�كوا َوا شْ َ� ُبوا‬

Maksudnya: “Dan makan dan minumlah kamu,
dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya
Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan”.

3. Marilah kita berusaha agar semangat
ataupun roh Ramadhan ini dapat dibawa ke dalam
amalan hidup kita. Kita cuba menahan diri dari
melakukan larangan Allah, sekalipun kita mampu.
Bukan kerana tidak berpeluang tetapi kerana roh
yang dididik dan nafsu yang ditundukkan.

15

Himpunan Tazkirah Ramadan

Demikian juga agar kita tidak berlebihan
ataupun melampaui batasan yang patut dalam
sesuatu perkara. Tidak fanatik. Tidak berlebihan
menghukum pihak yang berbeza. Tidak berlebihan
dalam kemewahan. Tidak berlebihan dalam hiburan
dan seterusnya.

4. Demikian juga tidak berlebihan dalam
ibadah sehingga terkeluar batasan yang patut,
ataupun melakukan bid’ah dalam ibadah. Justeru,
kita berpuasa dan berbuka. Sesiapa yang terus
ingin berpuasa selepas masuk berbuka dia telah
melakukan bid’ah. Dia tidak mendapat pahala
sekalipun niatnya baik ingin mendapat pahala.

Sebaliknya, dia mendapat dosa kerana telah
melanggar batasan yang ditetapkan, ataupun
kaifiyat (cara) ibadah yang telah Allah tentukan. Dia
menokok tambah apa yang tidak ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW Seakan ajaran Allah dan RasulNya
itu tidak memadai. Ia seakan sikap tidak puas hati
terhadap Islam yang asal.

5. Demikianlah sepatutnya roh ini dihayati
dalam ibadah yang lain agar kekal cara yang asal

16

Himpunan Tazkirah Ramadan

yang ditunjukkan Nabi SAW. Baginda Nabi SAW
mengingatkan kepada mereka yang ingin beribadah
melebihi kadar yang baginda tunjukkan bahawa
dia akan terkeluar daripada menjadi pengikut
baginda. Lihat reaksi Nabi SAW kepada mereka
yang berkata: “Adapun aku, maka akan bersolat
malam selama-lamanya.” Berkata yang lain: “Aku
akan berpuasa sepanjang masa dan tidak
akan berbuka.” Berkata yang lain lagi: “Aku akan
menghindari wanita dan tidak akan bernikah
selama-lamanya”. Maka Rasulullah SAW datang
kepada mereka dan bersabda:

“Kaliankah yang mengatakan begini dan
begitu? Ketahuilah! Demi Allah, sesungguhnya
aku orang yang paling takut kepada Allah dan
paling bertakwa kepadaNya dalam kalangan
kamu. Namun, aku berpuasa dan berbuka,
bersolat dan tidur, serta aku menikahi wanita.
Maka sesiapa yang berpaling dari sunnahku
maka dia bukan dari kalanganku.”

(Riwayat al-Bukhari)

17

Himpunan Tazkirah Ramadan

6. Demikianlah semangat Ramadhan juga
menuntut untuk kita berusaha menjaga pahala
puasa kita agar tidak berkurangan. Demikian
sepanjang hidup kita patut berusaha mengelakkan
ucapan dan perbuatan yang mengurang pahala.
Ini kerana ramai orang yang beramal tetapi
kehilangan pahala kerana terbabit dengan dosa
terhadap orang lain.

18

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

2

RAMADHAN, AL-QURAN DAN KITA2

1. Ramadhan dan al-Quran satu ikatan yang
tersimpul mati. Apabila disebut Ramadhan, di
samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-
Quran (Nuzul al-Quran). Bulan Ramadhan bulan yang
diturunkan dalamnya al-Quran. Penurunan al-Quran
itu dua peringkat; pertama, dari Luh al-Mahfuz ke
Bait al-Izzah (langit dunia). Kedua, dari langit dunia
kepada Nabi SAW secara berperingkat-peringkat
dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabalkan
menjadi rasul sehingga baginda wafat iaitu selama
23 tahun.

2 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin
Zainul Abidin

19

Himpunan Tazkirah Ramadan

2. Para sarjana tidak berbeza pendapat
bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam
bulan Ramadhan. Ini kerana Allah sendiri yang
menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam
bulan Ramadhan. Firman Allah dalam surah al-
Baqarah, ayat 185:

‫شَ ْ� ُر َرَم َضا َن اَّل ِذي ُأنْ زِ�َل ِفي ِه اْل ُق ْرآ ُن ُه ًدى ِلل َّنا ِس‬

Maksudnya: “Bulan Ramadhan yang Kami
turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi
pertunjuk untuk manusia”.

3. Namun begitu sarjana berbeza pendapat
tentang berapa haribulankah Ramadhan penurunan
itu berlaku? Di tempat kita biasanya kita mendengar
tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb Ramadhan. Ini juga
salah satu pendapat yang telah sesetengah sarjana
kemukakan. Pun begitu pendapat ini mendapat
kritikan sebahagian sarjana yang lain atas beberapa
alasan. Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan
bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr
(Lailatul Qadar).

20

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ini seperti yang Allah sebut dalam Surah al-
Qadr:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah
turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr”

(al-Qadr : 1)

Sementara hadis-hadis Nabi SAW pula
banyak yang menjelaskan bahawa Malam al-Qadr
itu berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang
akhir dalam bulan Ramadhan. Maka, sepatutnya
penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) dalam
lingkungan sepuluh yang akhir.

4. Tokoh ilmu al-Quran yang terkenal, al-Imam
al-Zarqani menyebut dalam karyanya Manahil al-
‘Urfan:

“Kemudian di sana ada pendapat yang
menyatakan bahawa permulaan Nuzul
al-Quran itu pada 17hb Ramadhan. Itulah
merupakan Malam al-Qadr menurut
sebahagian pendapat. Namun pandangan
itu menyanggahi pendapat yang masyhur
yang disokong oleh hadis sahih”.

(1/52, Beirut: Dar al-Fikr)

21

Himpunan Tazkirah Ramadan

5. Apapun perbezaan pendapat yang ada,
kesemua umat akur bahawa al-Quran itu turun
pada bulan Ramadhan. Sarjana hanya berbeza
pendapat tentang haribulannya sahaja. Masing-
masing telah mengemukakan alasan mereka.

Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah
menghayati tujuan al-Quran itu diturunkan kepada
manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk
dibaca dan diperlagukan tanpa memahami tujuan
ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca
al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan
ukiran dan solekan yang indah namun enggan
mendalami dan menghayati tujuan penurunannya,
maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam
kehidupan manusia. Ia seakan seorang pesakit
yang membaca jadual ubatnya, menulisnya
dengan indah dan cantik tetapi tidak
mengambilnya. Firman Allah dalam surah al-
Baqarah, ayat 185:

‫شَ ْ� ُر َرَم َضا َن اَّل ِذي ِ ُمأنْ َزِ�نَلاْ ُِلف َيدِه ٰىاْل َُقوْاْرل ُآف ُْرَنقا ُِه ًندى ِلل َّنا ِس َوَب ِّي َنا ٍت‬

22

Himpunan Tazkirah Ramadan

Maksudnya: "Bulan Ramadhan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah”.

6. Al-Quran itu menjadi petunjuk, menjelaskan

petunjuk tersebut serta memampukan

pembacanya membezakan antara yang benar

dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah

cahaya insan dalam menerangi cabaran

kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin

diperolehi jika kita sekadar berlagu dan

menggantungnya di dinding rumah dan pejabat

tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan).

Allah menyebut dalam surah al-Israa, ayat 9:

�َ‫اْ ُل ْؤِم ِن ي ن‬ ‫اََّٰهل َِذذيا نَ�اْل َُيقْْعر َآم ُلَنو َيَنْ� ِادل َّيصاِِل َّلِتَليا� ِِ يتَهَأ ََّأ ْقن َ َو ُُلم ْمَوَُأي َبْ شِّج ً ُر�ا‬ ‫ِإ َّن‬
‫َكِب ي ً�ا‬

23

Himpunan Tazkirah Ramadan

Maksudnya: “Sesungguhnya Al-Quran ini
memberi petunjuk ke jalan yang amat betul,
dan memberikan berita yang mengembirakan
orang-orang yang beriman yang mengerjakan
amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar”.

7. Kita semua ada kelemahan, kita juga
mungkin tidak berjaya menjadi insan yang
melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-
Quran, namun kita sentiasa wajib beriman bahawa
jalan hidup ini ialah dengan mengikuti isi kandungan
al-Quran. Berusaha menghayatinya dari masa
ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang
beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dan
melaksanakan isi kandungan al-Quran.

Kita hendaklah membaca al-Quran sehingga
dapat membezakan antara yang benar dan
yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-
pura. Antara yang membela kebenaran dan yang
memperjudikan kebenaran. Ini amat penting
sepanjang masa, apatahlagi di zaman dunia
yang penuh kekaburan dan kekeliruan.

24

Himpunan Tazkirah Ramadan

Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding
dan menggantung di dinding-dinding tanpa
memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik
tulisan yang tersemat.

25

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

3

FADILAT RAMADHAN DALAM SUNNAH3

1. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi
SAW bersabda, ertinya:

“Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
neraka dan dibelenggu para syaitan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Di dalam hadis ini terdapat tiga perkara
yang dikhabarkan oleh Nabi SAW kepada kita
semua sebaik sahaja tibanya bulan Ramadhan,
iaitulah terbukanya pintu syurga, tertutupnya pintu
neraka dan terbelenggunya para syaitan.

3 Tazkirah ini disediakan oleh Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak.
26

Himpunan Tazkirah Ramadan

3. Terdapat berbagai penafsiran para ulama
tentang tiga perkara ini. Salah satu penafsiran
menyatakan yang dimaksudkan dengan dibukanya
pintu syurga ialah merujuk kepada banyaknya
amalan soleh yang dilakukan oleh umat Islam
apabila tibanya bulan Ramadhan. Manakala ditutup
pintu neraka merujuk kepada amalan maksiat
yang berkurangan. Seterusnya syaitan dibelenggu
membawa maksud para syaitan tidak berhasil
menghasut manusia melakukan kejahatan seperti
mana syaitan dengan mudah menghasut manusia
melakukan maksiat dan kejahatan dalam bulan-
bulan selain Ramadhan.

4. Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah juga yang menyatakan bahawa Nabi
SAW telah bersabda di mana umat baginda akan
dikurniakan lima perkara dalam bulan Ramadhan.

Pertama: Bau mulut orang yang berpuasa adalah
lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi.

Kedua: Para malaikat akan memohon
keampunan untuk mereka sehinggalah mereka
berbuka.

27

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ketiga: Allah akan menghiaskan syurgaNya
pada setiap hari dan berfirman:

“Tidak lama lagi para hambaKu yang soleh
akan dihilangkan dari mereka kesusahan
dan kepayahan. Mereka juga akan datang
kepadamu (syurga).”

Keempat: Para syaitan akan dibelenggu dalam
bulan Ramadhan.

Kelima: Umat Islam akan diberi keampunan
pada penghujung setiap malam. Apabila ditanya:
“Apakah malam itu malam al-Qadar?” Baginda
menjawab:

“Tidak! Akan tetapi setiap yang beramal akan
disempurnakan ganjarannya apabila dia
selesai dari amalannya.”

(Riwayat Ahmad 2/292, al-Bazzardan al-
Baihaqi. Kata al-Dimyathi di dalam al-Muttajir
al-Rabih, hlmn: 349: “Isnadnya tidak mengapa

insyaAllah.”)

28

Himpunan Tazkirah Ramadan

5. Terdapat lima perkara yang disebut oleh
Nabi SAW di dalam hadis ini:

i. Bau mulut orang yang berpuasa lebih baik
atau lebih disukai di sisi Allah berbanding bau
kasturi. Sekali pun bau mulut orang yang
berpuasa tidak disukai oleh manusia lain, namun
ia merupakan suatu yang disukai di sisi Allah.
Hal ini kerana bau tersebut terhasil disebabkan
melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Hadis ini
menunjukkan setiap sesuatu yang terhasil dari
melakukan sesuatu ketaatan dan ibadah adalah
disukai di sisi Allah. Orang yang melakukan
ketaatan tersebut bakal menerima ganjaran yang
disediakan oleh Allah SWT.

ii. Para Malaikat memohon keampunan untuk
orang yang berpuasa. Di dalam surah al-Tahrim
ayat 6, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“…para malaikat tidak melakukan maksiat
kepada Allah, sebaliknya mereka taat
melakukan setiap apa yang diperintahkan.”

29

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ini menunjukkan doa para malaikat amat dekat
untuk dimakbulkan oleh Allah, terutamanya
permohonan keampunan malaikat untuk
orang yang berpuasa ini sudah tentu terlebih
dahulu mendapat keizinan daripadaNya jua.

Semua ini bertujuan mengagungkan kedudukan
orang yang berpuasa, sebagai satu pujian
yang tinggi kepada mereka dan satu kelebihan
kepada amalan puasa yang mereka lakukan.

iii. Allah akan menghiasi syurga dan berfirman:

“Hampir sahaja para hambaKu yang soleh
akan bebas dari kesusahan dan kepayahan
dan mereka akan datang kepadamu (syurga).”

Semua ini adalah merupakan satu dorongan
kepada manusia agar bersungguh-sungguh
berusaha memperolehi syurga yang disediakan
oleh Allah SWT. Syurga itu diperolehi dengan
memperbanyakkan amalan soleh yang dapat
menjamin kebahagian hidup di dunia dan
akhirat.

30

Himpunan Tazkirah Ramadan

iv. Para syaitan yang derhaka akan dibelenggu.
Ia bermaksud para syaitan tidak akan berhasil
menghasut manusia dari kalangan orang-orang
yang soleh agar melakukan kemaksiatan seperti
mana mereka berhasil menghasut manusia
pada bulan selain Ramadhan. Ini disebabkan
orang-orang saleh akan berlumba-lumba
memperbanyakkan amalan salih dan berusaha
menjauhi maksiat dalam bulan Ramadhan.
v. Allah SWT akan memberi keampunan
kepada umat Nabi SAW pada penghujung setiap
malam dalam bulan Ramadhan. Ini merupakan
satu kelebihan dari Allah SWT kepada para
hambaNya dalam bulan Ramadhan.

31

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

4

SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN 4

1. Islam merupakan agama yang sempurna
serta menyeluruh. Islam bukan sekadar agama
yang menyuruh manusia untuk menjaga hubungan
terhadap TuhanNya semata-mata, tetapi juga
menitik beratkan soal kepentingan sesorang hamba
menjaga hubungan terhadap manusia.

Inilah diantara bukti keadilan Islam. Antara
contoh amalan yang dituntut sebagai cara
untuk menjaga hubungan dengan manusia
adalah datangnya pensyariatan sedekah.

4 Tazkirah disediakan oleh Ahmad Yusairi bin Yusli
32

Himpunan Tazkirah Ramadan

Sedekah merupakan satu amalan yang mulia
dan ianya termasuk di dalam perkara-perkara
yang sangat dituntut dan terdapat di dalam nya
beberapa kelebihan.

2. Antara kelebihan sedekah adalah Allah
akan memberikan ganjaran pahala yang berlipat-
ganda kepada mereka yang suka bersedekah.
Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Hadid, ayat
yang ke -18:

‫ِإ َّناْ ُل َّص ِّد ِق ي نَ ُي� ََوضااْ َُعل ُ َّصفِّ َد َُقلاْم ِ َتوَ َُلو َْأمْق ََأر ْ ُجضٌرواَك ِاريَّل ٌ َ�ل َق ْرضًا َح َسنًا‬

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang
yang bersedekah baik lelaki maupun
perempuan dan meminjamkan kepada Allah
dengan pinjaman yang baik, niscaya akan
dilipatgandakan (pahalanya) kepada mereka
dan bagi mereka pahala yang banyak."

33

Himpunan Tazkirah Ramadan

3. Bersedekah di bulan Ramadhan merupakan
suatu sunnah Nabi SAW. Melakukan amalan di
bulan ini mempunyai pelbagai manfaat. Kefardhuan
puasa pada bulan Ramadhan menjadikan bulan
tersebut mulia.Bulan Ramadhan merupakan bulan
yang terhimpun di dalamnya pelbagai kebaikan.
Ketika masuknya bulan ini, maka umat Islam
yang beriman kebanyakkannya akan berlumba-
lumba mengumpul pahala kerana mahu merebut
peluang beramal di dalam bulan yang mulia serta
dilipat gandakan ganjaran.

Nabi SAW merupakan insan yang banyak
bersedekah apabila tibanya bulan Ramadhan. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-
Bukhari, daripada Ibnu 'Abbas RA:

‫َنلَسََيوَْةِلالَكقَّلاَ ُِنهل‬،َُ‫َنرااَُْوَُِسل ْكسور‬،َّ�‫يدرُي َاِفلَلل‬،َِّ�‫َِفَأ يكْ� َج َنَُو َِّصَُّدركُ َلسَمل ْاايو ََُيَّلةٍللُُلك ِاومَ َّعلَُْلِْننلي ِِفَهيرَ�ََصمَّوَ َرََلسضمَّا َالََ َّضنلَأاُلََْف ُنجيَََعوَلدُِْاديحِيِِبره نَُ� َ�سوَُْخَيلَهْيْلسََِّق�اَْاللُُِهقمَْأرِْْنآججْبََاِونل‬

34

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ertinya: "Rasulullah SAW adalah orang yang
paling dermawan. Dan Baginda SAW lebih
dermawan lagi di bulan Ramadhan saat
Baginda SAW bertemu Jibril. Jibril menemuinya
setiap malam untuk mengajarkan al-Qur’an.
Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi
angin yang berhembus."

4. Terdapat pelbagai kelebihan serta faedah

bagi mereka yang bersungguh-sungguh

melaksanakan amalan sedekah di bulan Ramadhan.

Antaranya, kita dapat menambahkan ganjaran

pahala kita daripada puasa orang lain tanpa

mengurangi pahala mereka sedikitpun.

Memberi makan kepada orang yang sedang
berpuasa merupakan suatu amalan yang mulia.
Ianya secara tidak langsung dapat mengeratkan
hubungan persaudaraan sesama umat Islam
serta memudahkan urusan orang yang berpuasa
untuk meneruskan urusan ibadat kepada Allah
SWT. Hal ini merupakan suatu yang yang terpuji
kerana ianya menunjukkan tanda kasihnya
seseorang kepada kaum Muslimin yang lain.

35

Himpunan Tazkirah Ramadan

Oleh sebab itu, apabila kita memberi makan
kepada orang lain yang berpuasa, maka Allah
S.W.T akan memberi ganjaran pahala kepada
kita sepertimana ganjaran pahala puasa yang
didapati daripada orang tersebut tanpa
mengurangi pahala puasa orang tersebut. Hal ini
jelas terbukti berdasarkan sebuah hadis riwayat
oleh al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:

‫َم ْن َف َّط َر َصائِ ً�ا َك َن َأَ ُْلج ِ ِرم ْثا ُللَّصَأاِئ ِْ�ج ِرَ ِهش ْي ًئَغاْي َ� َأَّن ُه لا َي ْن ُق ُص ِم ْن‬

Ertinya: "Sesiapa yang memberikan hidangan
berbuka puasa kepada orang lain yang
berpuasa, ia akan mendapatkan pahala
orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi
pahalanya.”

(Riwayat al-Tirmidzi, dinilai sebagai Hasan
sahih)

5. Seterusnya, bersedekah di bulan Ramadhan
juga lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding

36

Himpunan Tazkirah Ramadan

bulan lain. Hal ini disebabkan oleh keterbatasan
syaitan yang dibelenggu daripada menggoda
manusia yang ingin melakukan kebaikan pada
bulan tersebut. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW
bersabda:

‫ َو ُغ ِّل َق ْت َأْب َوا ُب‬، ‫ِإ َذا َجا َء َر َم َضا ُن ُف ِّت َح ْت َأْب َوا ُب ا ْجَل َّن ِة‬
�ُ‫ َو ُص ِّف َد ِت ال َّش َيا ِط ي ن‬، ‫ال َّنا ِر‬

Ertinya: "Jika datang bulan Ramadhan, pintu
surga dibuka, pintu neraka ditutup dan
syaitan-syaitan dibelenggu."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Apabila berhimpunnya amalan-amalan
berupa ketaatan, secara tidak langsung akan
menyebabkan manusia semakin bersemangat untuk
melakukan kebaikan dalam pelbagai cara seperti
berpuasa, solat malam, bersedekah membaca al-
Quran dan lain-lain, serta melupakan keinginan untuk
berbuat dosa.

37

Himpunan Tazkirah Ramadan

Oleh sebab itu diumpamakan pembukaan
pintu syurga itu sebagai satu simbol bahawa
banyaknya ketaatan pada bulan Ramadhan,
dan ditutup pintu neraka sebagai satu simbol
berkurangnya perkara jahat.

Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama kita
merebut peluang bersedekah di bulan Ramadhan
ini sebagai bekalan untuk bertemu dengan Allah di
hari Akhirat kelak. Perbanyakkanlah amalan sedekah
pada bulan lain secara umumnya, serta lipat
gandakanlah usaha untuk memperbanyakkan
sedekah di bulan Ramadhan sama ada sedekah itu
dalam bentuk wang mahupun makanan.

Mudah-mudahan dengan amalan sedekah yang
kita lakukan di dunia ini dapat membantu golongan
yang memerlukan daripada kesempitan hidup serta
membantu urusan kita di akhirat kelak.

38

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

5

PUASA BUKAN BUDAYA BANGSA5

1. Sebanyak 89 kali al-Quran memanggil

dengan seruan ‫[ ي� أ ي�ا الذ ي ن� آمنوا‬Ya ayyuha al-lazina

amanuu’] ataupun ‘Wahai mereka yang beriman’.

Panggil itu tidak menyebut nama khusus,
tetapi menyebut nilai yang dimiliki oleh pihak
yang diseru. Apabila Allah memanggil ‘wahai
mereka yang beriman’, bererti sesiapa sahaja
yang merasai dia tergolong dalam kategori
tersebut terpanggil untuk mendengar arahan
dan mematuhinya. Ini sama keadaannya apabila

5 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin
Zainul Abidin

39

Himpunan Tazkirah Ramadan

jika kita memakai pakaian berwarna tertentu
umpamanya bila ada orang memanggil “wahai
semua yang memakai baju putih!” Sudah pasti
kita yang berbaju putih akan menoleh kepada
yang memanggil dan melihat apakah kita yang
dimaksudkan itu. Setelah kita sedar bahawa kita
memang memakai putih dan kita termasuk dalam
seruan itu, maka kita pasti akan memberikan
perhatian.

Apatahlagi jika panggilan itu dari pihak yang
berjasa kepada hidup kita, yang kita sanjungi
dan hormati. Cuma menjadi masalah jika kita
tidak sedar bahawa kita ini memakai baju putih.
Mungkin juga, baju kita tidak putih, maka seruan
itu menjadi tiada berkaitan dengan kita.

2. Apabila Allah menyeru dalam al-Quran
dengan panggilan ‘Wahai mereka yang beriman!’
maka kita pun memerhatikan semula diri kita.
Apakah kita ini termasuk dalam kalangan tersebut
ataupun tidak? Setelah kita pasti bahawa kita
termasuk dalam panggilan itu, maka kita pun
menunggu arahan yang seterusnya.

40

Himpunan Tazkirah Ramadan

3. Antara yang Allah seru dengan panggilan
“Wahai mereka yang beriman” ialah dalam arahan
berpuasa pada Bulan Ramadhan. Firman Allah dalam
surah al-Baqarah, ayat 183:

Maksudnya: “Wahai mereka yang beriman!
diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, mudah-mudahan kamu
bertaqwa”. Inilah sebenarnya punca
berpuasanya setiap mukmin saban tahun di
bulan Ramadhan.

4. Maka jelas, setiap mukmin berpuasa kerana
panggilan ini. Mereka berpuasa kerana merasakan
panggilan itu membabitkan diri mereka. Tidak
kerana orangramai berpuasa, tidak kerana ia
suatu budaya yang diamalkan masyarakat
sekeliling tanpa faham.

Amalan ibadah tidak sama seperti membuat
ketupat dan rendang menjelang hariraya. Itu
budaya sesuatu bangsa yang diamalkan secara
turun temurun tanpa perlu berfikir sebabnya.

41

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ia sekadar memeriah suasana hariraya
bagi masyarakat Melayu dengan satu cara yang
diwarisi tanpa tahu apakah alasannya. Sementara
masyarakat lain mempunyai budaya yang lain pula.
Namun puasa tidak demikian. Ia bukan budaya,
tetapi ia satu arahan ibadah perintah daripada Yang
Maha Agung. Jika diandaikan kita berada di suatu
tempat ataupun zaman yang tiada siapa pun yang
berpuasa, kita tetap akan berpuasa selagi mana kita
mengiktiraf bahawa kita ini beriman kepada Allah.

5. Jenis makanan dan hidangan semasa
berbuka puasa mungkin ada kaitan dengan budaya
sesuatu bangsa. Selepas sunat memakan rutab
ataupun tamar, setiap bangsa mempunyai makanan
mereka yang tersendiri. Di sudut menu makanan,
orang Melayu mungkin lain daripada orang Cina,
India, Arab dan selainnya.

Demikian juga bangsa-bangsa yang lain.
Namun arahan, peraturan dan ibadah sepanjang
Ramadhan itu tidak berpaksikan budaya bangsa,
ia merentasi setiap budaya dan setiap bangsa. Ia
untuk manusia yang berpaksikan Tuhan sekelian alam.

42

Himpunan Tazkirah Ramadan

6. Betapa bahagianya kita apabila merasakan
panggilan Allah yang terkandung dalam Kitab
Allah al-Quran membabitkan diri kita. Betapa
bangga untuk merasakan apabila Allah memanggil
‘wahai mereka yang beriman’ maka diri kita ini
termasuk dalam panggilan itu. Bayangkan, betapalah
ruginya mereka yang dipinggirkan daripada
senarai panggilan yang mulia ini.

Dalam kehidupan dunia ini, manusia sering
berbangga apabila ada pihak tertinggi lagi mulia
memasukkan namanya dalam senarai yang
dipuji. Betapa kita merasa rendah diri dan
kecewa jika orang lain dalam senarai panggilan
yang dipuji, kita tidak dimasukkan. Demikianlah juga
dalam menyahut seruan berpuasa ini, ia satu
kebahagiaan. Ia menjadi satu ke‘izzah’an (kemuliaan)
sebagai hamba yang dijemput oleh Allah.

Di samping itu, seruan tersebut juga telah
menghubung kita dengan seluruh manusia lain
yang memakai sifat yang sama iaitu ‘iman’. Di mana
sahaja manusia yang kita temui, tanpa mengira
budaya, bangsa, tempat dan keturunan akan

43

Himpunan Tazkirah Ramadan

berpuasa seperti kita. Mereka menyahut seruan
yang sama. Seruan yang tidak bercirikan keturunan,
bangsa, tempat dan budaya, sebaliknya hanya atas
sifat yang sama iaitu iman.

Ia merentasi segala sempadan keturunan,
budaya dan tempat. Maka dengan itu menjelang
Ramadhan di mana sahaja kita berada, kita melihat
mereka yang sama dengan kita di sudut keimanan
kepada Allah menyahut seruan ini.

Dengan persamaan ciri, ia dapat menautkan
cinta dan kasih sesama mukmin. Pergilah berada
di mana sahaja di bumi ini, jika ada yang mukmin
nescaya kita ada dapati dia berpuasa seperti kita.
Maka kasih kita pun tertumpah kepadanya tanpa
kita membataskan keturunan, budaya dan tempat!

44

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

6

PUASA SAMA, PAHALA BERBEZA6

1. Ramadhan adalah bulan ibadah. Keindahan
suasana Ramadhan itu sebenarnya berada dalam
jiwa setiap yang beribadah. Tahap perasaan itu
tidak sama, berdasarkan tidak samanya kadar
ibadah antara kita. Di samping setiap yang
beribadah tidak sama nilainya di sisi Allah, walaupun
mungkin sama pada jenis dan bilangannya.
Seseorang yang bersolat terawih bersama sahabat-
sahabat tidaklah semestinya setiap mereka
mendapat ganjaran pahala yang sama.

6 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin
Zainul Abidin

45

Himpunan Tazkirah Ramadan

Ini kerana di antara mereka sudah pasti
ada perbezaan pada kadar khusyuk, ikhlas dan
kesusahan yang dialami dalam menunaikan
ibadah itu. Seorang peniaga yang meninggalkan
perniagaan kerana ingin bersolat tentu tidak sama
pahala mereka yang memang mempunyai masa
lapang untuk bersolat. Begitulah juga perbezaan-
perbezaan yang lain. Allah Maha Mengetahui
keadaan hamba-hambaNya.

2. Hal ini disebut oleh para ulama Usul seperti
al-Imam ‘Izzu al-Din ‘Abd al-Salam (meninggal
660H) dalam karyanya Qawa’id al-Ahkam. Beliau
menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang
serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu
sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi
disebabkan kesusahan yang ditanggung oleh
seseorang itu.

Beliau membuat contoh seseorang yang mandi
wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi
wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya
mendapat pahala yang sama disebabkan sifat
mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunahnya itu
sama.

46

Himpunan Tazkirah Ramadan

Namun yang mandi pada musim sejuk
mendapat pahala lebih disebabkan beban yang
lebih berat yang terpaksa ditanggung. Bukannya
perbezaan pahala itu pada mandi tersebut,
tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa
ditanggung. Demikianlah kata beliau mengenai
mereka yang pergi ke masjid, haji, jihad dan
seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana
perbezaan tujuan, tetapi kerana perbezaan jalan yang
terpaksa ditempuh.

3. Begitulah puasa, walaupun dari segi puasa,
tujuan sama. Juga syarat, rukun dan sunnah yang
dilaksanakan itu sama. Namun, pahala itu berbeza
bukan disebabkan perbezaan pahala puasa,
tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh
seseorang yang melaksanakan tanggungjawab
tersebut.

Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap
kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah
itu, ada hitungan pahala di sisi Allah. Tiada siapa
yang pernah Allah rugikan amalan baiknya. Ini
seperti mana yang Allah tegaskan dalam Surah Hud,
ayat 115:

47

Himpunan Tazkirah Ramadan

�َ‫َوا ْصِب ْ� َفِإ َّن ال َّ َل َل ُي ِضي ُع َأ ْج َر اْ ُل ْح ِس ِن ي ن‬

Maksudnya: “dan sabarlah, kerana
sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan
pahala orang-orang yang berbuat kebaikan”.

4. Keadilan Allah dalam hal ini menjadikan
setiap hamba itu mendapat ruangan rahmat yang
tersendiri. Seorang yang berpuasa dengan penuh
kepayahan disebabkan tugasan harian yang
berat, tentu mendapat pahala yang lebih dari
seorang yang duduk di pejabat yang selesa, ataupun
dalam rumah yang berhawa dingin. Seorang yang
bersusah payah mendapatkan sesuap makanan
untuk berbuka puasa, ataupun menjamu orang
berbuka puasa tentu mendapat pahala tambahan
melebihi mereka yang mewah harta dalam berbuka
puasa ataupun menjamu orang berbuka puasa.

5. Demikian seorang yang berpuasa dalam
suasana penuh cabaran, seperti cabaran di tempat
kerja yang dikelilingi mereka yang tidak berpuasa
ataupun di negeri yang suasana amat mencabar

48

Himpunan Tazkirah Ramadan

untuk berpuasa. Berpuasa pada hari yang panas
lebih beban daripada berpuasa pada hari yang
sejuk. Maka, pahala tambahan atas bebanan
puasa juga ada diperolehi pada yang berkenaan.
Seseorang yang dicabar perasaannya oleh pihak
tertentu pada hari dia berpuasa, tetapi dia sabar
demi menjaga puasa tentu mendapat pahala yang
lebih dibanding mereka yang puasa dalam keadaan
tenang dan selesa. Kesemua hal tersebut ada
hitungannya di sisi Allah. Maka seseorang hamba
Allah hendaklah tahu bahawa Allah tidak pernah
mensia-siakan apa sahaja pengorbanan keranaNya.

6. Cabaran dalam berpuasa yang ditempuhi
dengan jaya akan menjadikan jiwa insan yang
berpuasa itu lebih khusyuk dan tinggi nilai
spiritualnya. Puasa dalam keadaan tiada rasa
lapar dan ujian juga ada nilai spiritualnya, namun
tentu tidak sama dengan yang mengharungi
ujian Allah dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Setiap individu menerima tingkatan spiritualnya
yang tersendiri. Maka, tiada siapa yang tahu
siapakah yang lebih tinggi kedudukan puasanya
di sisi Allah. Hanya Allah Yang Maha Tahu tentang
kedudukan hamba-hambaNya.

49

HHiimmppuunnaannTTaazzkkiirraahhRRaammaaddaann

TAZKIRAH

7

MENGHAYATI SUNNAH BERSAHUR7

1. Puasa bukan satu penyeksaan. Islam mahu
setiap Muslim berpuasa, tapi dalam masa yang sama
Islam tidak mahu menjadikan bukan Ramadhan
bulan yang mewujudkan suasana longlai dan
lemah kepada umat Islam. Sebaliknya, ia bulan
keinsafan yang cuba menjadikan setiap Muslim
merasai kesusahan mereka yang tiada makanan
dan betapa besarnya erti mendapat makanan. Di
samping puasa merupakan ibadah yang dalamnya
ada amalan-amalan yang mana setiap Muslim
disuruh mencontohi Nabi mereka SAW.

7 Tazkirah ini disediakan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri
Zainul Abidin

50


Click to View FlipBook Version