The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pelan Antirasuah & Integriti MADA (2022 - 2026)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA, 2023-10-03 22:46:51

Pelan Antirasuah & Integriti MADA (PADI)

Buku Pelan Antirasuah & Integriti MADA (2022 - 2026)

UNIT INTEGRITI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA 04-772 8255 04-772 2667 www.mada.gov.my Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, 05990 Alor Setar, Kedah. Dikeluarkan Oleh :


(PAGE BELAKANG COVER) (PAGE TEPI COVER)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MADA atau dikenali sebagai Pelan Antirasuah dan Integriti (PADI) MADA 2022-2026. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam membangunkan pelan ini. Inilah iltizam MADA untuk memastikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah. Pembangunan pelan ini adalah melalui penyatuan semua inisiatif dan usaha berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam satu pelan yang komprehensif. Saya berbesar hati dengan hasil usaha dan komitmen serta kerjasama erat daripada warga MADA dalam usaha menyahut seruan kerajaan melalui arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No. 1 Tahun 2019. Saya juga mengharapkan semua anggota MADA akan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang dalam PADI MADA 2022-2026 kerana sebagai anggota MADA, nilai etika, jati diri dan integriti yang tinggi adalah perkara utama yang perlu kita sama-sama hayati dan amalkan. Saya percaya usaha ke arah pemantauan pelaksanaan semua insiatif akan dibuat dengan rapi malahan usaha ke arah penambahbaikan diharap sentiasa dilakukan secara berterusan. Langkah ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat khususnya peladang MADA. Saya menyeru semua pihak berganding bahu bagi menjadikan MADA dan negara ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa, penyelewangan dan berkhidmat penuh integriti. 2 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya jua, pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MADA atau dikenali sebagai Pelan Antirasuah dan Integriti (PADI) MADA 2022-2026 yang komprehensif berjaya diselesaikan. Selari dengan hasrat kerajaan, MADA komited mendukung aspirasi menjulang integriti di dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan effsien dan unggul. Justeru, PADI MADA 2022-2026 dibangunkan secara kolektif sebagai platform yang kukuh ke arah usaha membudayakan integriti di kalangan warga MADA. PADI MADA 2022-2026 telah menetapkan tiga (3) strategi utama untuk dilaksanakan. Strategi tersebut adalah Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam, Memperkasakan Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan dan Memperkasakan Pengurusan Perolehan. Program dan aktiviti yang telah ditetapkan dalam PADI MADA 2022-2026 memfokuskan usaha untuk menguruskan risiko rasuah dan integriti serta ruang dan peluang berlakunya gejala tersebut di MADA. Besarlah harapan MADA untuk melihat PADI MADA 2022-2026 ini berjaya dilaksanakan dan menjadi panduan ke arah melaksanakan agenda integriti dalam organisasi secara holistik. Diharapkan warga MADA dapat memahami, menghayati, dan membudayakan integriti seterusnya, menghindarkan diri dari terjebak dengan salah laku yang bertentangan dengan tatakelakuan penjawat awam. Sesungguhnya menjadi tanggungjawab setiap warga MADA untuk bersama-sama menjayakan pelaksanaan pelan ini. Akhir kata, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telibat dalam proses membangunkan PADI MADA 2022-2026 ini. Semoga usaha murni ini dapat membentuk negara, penjawat awam dan masyarakat yang berintegriti, disanjung tinggi seterusnya dihormati di mata dunia. Sekian. YB. AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN PENGERUSI MADA TUAN HAJI KAMARUDIN BIN DAHULI PENGURUS BESAR MADA 3 PENGERUSI MADA PENGURUS BESAR MADA


Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MADA atau dikenali sebagai Pelan Antirasuah dan Integriti (PADI) MADA 2022-2026 merupakan usaha MADA dalam mendukung aspirasi Kerajaan dalam memartabatkan integriti sektor awam. Pelan yang komprehensif dan inklusif ini dibangunkan selaras dengan penggubalan Pelan Antirasuah Nasional atau lebih dikenali sebagai “National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023”. Penggubalan pelan ini berpandukan kepada Objektif Strategik 2.1 iaitu Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik di bawah inisiatif 2.1.5 yang mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan OACP. Kerangka pelan ini adalah hasil daripada perbincangan yang dijalankan di peringkat MADA melibatkan pelbagai peringkat bahagian, unit, pejabat wilayah Justeru itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah membangunkan Plan Antirasuah dan Integriti MADA (PADI MADA) 2022-2026 yang akan menjadi dokumen utama dan panduan kepada organisasi mengenai tindakan dan langkah yang menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam organisasi. Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 Januari 2019. Melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 2, No.1 Tahun 2018 berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional, setiap jabatan, agensi dan kerajaan negeri hendaklah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di peringkat organisasi masing-masing dalam tempoh lima tahun berkuat kuasa dari tarikh NACP dilancarkan. Visi PADI MADA adalah ke arah melahirkan warga kerja MADA yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah. Terdapat tiga misi yang disasarkan iaitu Pertama: Mengurangkan karenah birokrasi dalam sistem pentadbiran awam di MADA, Kedua: Memastikan prosedur dan tatacara perolehan awam mengikut garis panduan yang ditetapkan dan Ketiga : Pemberian subsidi dan pakej bantuan kerajaan yang adil dan saksama. 4 dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA untuk membangunkan pelan yang lengkap meliputi semua aspek yang berkait rapat dengan MADA. Kerjasama semua pihak yang terlibat bersama pemegang taruh dalam membudayakan integriti merupakan gambaran komitmen yang tinggi demi menjayakan aspirasi MADA. Pelan ini juga diharapkan mampu mengatasi kelemahan integriti dan tadbir urus dalam organisasi. Maka, Pengurusan Tertinggi MADA berjanji dan komited dalam membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan MADA melalui pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa serta pengamalan nilai-nilai baik. Semoga dengan inisiatif ini hasrat untuk menjadikan Malaysia Bebas Rasuah menjadi realiti. 5


AMANAT PENGERUSI MADA 2 PERUTUSAN PENGURUS BESAR MADA 3 PERNYATAAN KOMITMEN 4 RINGKASAN EKSEKUTIF 5 BAB 1 : PENGENALAN 8 1. Latar Belakang MADA 2. Halatuju PADI MADA 2022 – 2026 3. Dasar Integriti dan Tadbir Urus MADA 4. Isu dan Cabaran Menangani Rasuah 5. Bidang Risiko BAB 2 : SENARIO DAN CABARAN 20 1. Menghubungkan Hari Ini Dan Masa Hadapan 2. Matrik Senario: Senario Antirasuah 2030 3. Gambaran Umum Matlamat Dan Kebimbangan Bersama 4. Peluang Yang Ada 5. Risiko Yang Terungkai 6. Perkara Yang Perlu Di Beri Perhatian BAB 3 : PEMERKASAAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH 28 1. Kajian Lepas Mengenai Rasuah 2. Penilaian Risiko MADA 3. Kerangka PADI MADA 2022 – 2026 4. Analisis Kuadran 5. Keutamaan Strategi 6. Pelan Tindakan Pelaksanaan PADI MADA 2022 - 2026 BAB 4 : TADBIR URUS 43 1. Teras Pengurusan Antirasuah MADA 2. Mekanisme Pelaksanaan 3. Kerangka Pelaksanaan PADI MADA 4. Mekanisme Penyelarasan, Koordinasi Pemantauan Dan Penilaian PADI MADA BAB 5 : KESIMPULAN 50 1. Kesimpulan BAB 1 Merangkumi latar belakang penubuhan MADA dan serba sedikit maklumat asas MADA. Pihak MADA telah mengambil beberapa inisiatif dalam mempertingkatkan dan menambahbaik aspek integriti, governans dan antirasuah di dalam organisasi. Dengan sokongan dan komitmen penuh oleh Pengurusan Tertinggi MADA, PADI MADA 2022-2026 telah berjaya digubal dan menjadi rujukan strategik oleh organisasi dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa. BAB 2 Bagi membangunkan sebuah pelan antirasuah yang komprehensif dan mantap, pihak MADA telah mengadakan bengkel pembangunan OACP MADA yang melibatkan keseluruhan Pengurusan Tertinggi dan warga kerja MADA. Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjadi konsultan utama yang membimbing MADA dalam membangunkan pelan ini. BAB 3 Menghuraikan tiga bidang keutamaan iaitu Tadbir Urus, Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan dan Perolehan. Daripada tiga bidang keutamaan ini, tiga strategi telah dikenal pasti iaitu Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam, Memperkasa Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan dan Memperkasa Pengurusan Perolehan. Sebanyak empat (4) objektif strategik telah digariskan dan 60 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang. BAB 4 Merangkumi latar belakang penubuhan MADA dan serba sedikit maklumat asas MADA. Pihak MADA telah mengambil beberapa inisiatif dalam mempertingkatkan dan menambahbaik aspek integriti, governans dan antirasuah di dalam organisasi. Dengan sokongan dan komitmen penuh oleh Pengurusan Tertinggi MADA, PADI MADA 2022-2026 telah berjaya digubal dan menjadi rujukan strategik oleh organisasi dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa. BAB 5 Menggambarkan komitmen dan keyakinan MADA secara keseluruhan dalam melaksanakan semua 60 inisiatif yang telah digariskan dalam PADI MADA 2022-2026 dengan jayanya dan pelan yang telah digubal ini akan menjadi rujukan dan panduan strategik dalam aspek pengukuhan integriti, governans dan antirasuah di organisasi. 6


9 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda yang kemudian diganti dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972. Di bawah Akta 70 tersebut, tugas-tugas MADA telah digariskan seperti berikut : • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda. • Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi Negeri Kedah dan Perlis. MATLAMAT UTAMA i. Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa. ii. Melebihkan Hasil Untuk Keperluan Negara. BAB 1: PENGENALAN KELUASAN PENANAMAN PADI Negeri Kedah dan Perlis merupakan dua buah negeri yang terlibat dalam Rancangan Pengairan Muda. Jumlah keseluruhan Kawasan Muda bagi kedua-dua buah negeri tersebut adalah seluas 126,155 hektar di mana keluasan bagi Negeri Kedah seluas 105,851 hektar dan baki 20,304 hektar lagi termasuk dalam Negeri Perlis. Bagi aktiviti penanaman padi, keluasan tanaman padi MADA adalah 100,685 hektar di mana seluas 80,612 hektar atau 80.06% terletak di dalam Negeri Kedah manakala seluas 20,073 hektar atau 19.93% terletak di dalam Negeri Perlis. Bagi memudah dan melicinkan urusan pentadbiran Kawasan Muda, kawasan-kawasan di Negeri Kedah dan Perlis telah diselia mengikut wilayah iaitu Wilayah I (Kangar), Wilayah II (Jitra), Wilayah III (Pendang) dan Wilayah IV (Kota Sarang Semut).


CARTA LEMBAGA PENGARAH MADA (AKTA 70 - AKTA MADA, 1972) YB. DATO’ PADUKA AMMAR BIN DATO’ SHAIKH MAHMOOD NAIM SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH 10 Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa Melebihkan Hasil Untuk Keperluan Negara Peneraju Industri Padi Negara dan Pembangunan Sosio-Ekonomi Peladang MADA Mentransformasikan Industri Padi Ke Tahap Moden, Cekap, Mapan & Kompetetif Mempergiatkan Penglibatan Peladang Dalam Keseluruhan Rantaian Nilai (Total Value Chain) Industri Padi Dan Beras Memaksimumkan Pendapatan Peladang Melalui Pelbagaian Sumber Memajukan Institusi Peladang Sebagai Entiti Ekonomi Yang Berdaya Saing MATLAMAT, VISI, MISI DAN MOTTO MOTTO “MADA-NADI JELAPANG PADI NEGARA” MAKLUMAT ASAS MADA 11 PENGERUSI MADA YB. AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN AHLI PARLIMEN SIK TIMBALAN PENGERUSI KAMARUDIN BIN DAHULI PENGURUS BESAR MADA WAKIL KERAJAAN NEGERI PERLIS YBHG. DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN YANG RAZALI KETUA PENGARAH FAMA YBHG. DATO’ IR. SABRI BIN ABDUL MULOK TIMBALAN KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN MALAYSIA EN. AZMAN BIN MAHMOOD SETIAUSAHA BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PADI MAFI EN. MUHAMMAD AZLAN BIN ZAKARIA WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) EN. AMINUDDIN BIN AMENON KETUA PEGAWAI PEMBANGUNAN AGROBANK TIDAK MELEBIHI TIGA (3) ORANG AHLI YANG LAIN SEPERTI YANG BERKUATKUASA PADA 15 JUN 2022


MAJU - Sentiasa berusaha memajukan organisasi ke arah peningkatan kualiti dalam semua aspek menerusi penggunaan teknologi, pengurusan pengetahuan dan kemahiran 13 NILAI TERAS BERSAMA MADA Dalam melaksanakan misi MADA ke arah kecemerlangan organisasi, warga MADA berpegang kepada empat (4) nilai teras bersama iaitu: SEPERTI YANG BERKUATKUASA PADA 15 JUN 2022 Sumber Rujukan : Surat Kelulusan Perjawatan Bil-E 61/2016 12 KETUA UNIT INTEGRITI MOHD HAFIZI BIN ZAKARIA TIMBALAN PENGURUS BESAR (PERTANIAN) ZULKIFLI BIN ROMLI PENGARAH BAHAGIAN INDUSTRI PADI MUHAMAD HISHAM BIN MOHD NOOR PENGURUS WILAYAH I ZAIRIZAL BIN ZAINON TIMBALAN PENGURUS BESAR (TEKNIKAL) NIK KUN BIN NIK MAN M A ASPIRASI - Aspirasi MADA sebagai peneraju jelapang padi negara yang lestari serta penyumbang utama kepada keperluan padi negara ke arah peningkatan taraf hidup peladang bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 D A DEDIKASI - Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komitmen dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan. AKAUNTABILITI - Berkhidmat dengan penuh akauntabiliti dan integriti melalui etika yang sistematik, efisien dan konsisten demi menghasilkan impak yang cemerlang PENGURUS BESAR KAMARUDIN BIN DAHULI KETUA CAWANGAN AUDIT DALAM HASLINA BINTI JUNID PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN WILAYAH ZAINUDDIN BIN MAT ZAKARIA PENGARAH BAHAGIAN INDUSTRI MAKANAN & USAHAWAN JALIZAH BINTI ABDUL JALIL PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG ROZAIDI BIN SHAREE PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PROJEK IR. MOHD FARIZAN BIN MOHD YUSOF PENGARAH BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL EDDI ZAIMEE BIN ROMLI PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NOOR EFFARIZAN BIN ISMAIL PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN EMPANGAN DAN SUMBER AIR AHMAD SUKRI BIN SAAD PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DZULKIFLI BIN YAAKUB PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT RUSLAN ABDUL GHANI BIN AHMAD PENGURUS WILAYAH II ENGKU MAZLIN BINTI ENGKU HALIN PENGURUS WILAYAH III NIK FAZLINA BINTI NIK AHMAD PENGURUS WILAYAH IV SITI SYAHEEDA BINTI SOBBIHI


14 15 1.8. PELAN STRATEGIK MADA 2017 - 2025 Mengambil kira aspirasi dan matlamat Pelan Integriti Nasional (PIN), MADA telah menggubal dan membangunkan Pelan Antirasuah dan Integriti MADA (PADI MADA) 2022-2026 yang mana pelan ini dirangka agar setiap usaha pembudayaan dan pengukuhan nilai integriti di MADA dilaksanakan dengan lebih terancang dan bersepadu. Pelan ini telah menggariskan strategi-strategi yang perlu dilaksanakan bagi memastikan jati diri dan keperibadian tinggi dibentuk dalam diri warga MADA agar kesan dan impaknya dapat diterjemahkan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan sasar. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat dalam industri pertanian dan makanan negara, MADA tidak terkecuali daripada ancaman rasuah dan penyelewengan yang melibatkan warga kerja dan organisasi. Usaha memerangi rasuah sentiasa dijadikan agenda utama khususnya di peringkat organisasi dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran, pemerkasaan kawalan dalaman serta mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana warga MADA yang melakukan kesalahan tatatertib mahupun jenayah. Selaras dengan itu, PADI MADA ini bertindak sebagai kawalan dalaman yang memainkan peranan penting untuk memastikan sebarang risiko rasuah dapat ditangani dengan berkesan. Bagi memastikan keberkesanan PADI MADA ini, pelaksanaan keseluruhan inisiatif akan dipantau secara berterusan dan penilaian setiap tahun akan dilaksanakan. Keberkesanan setiap inisiatif akan dinilai mengikut perkembangan semasa supaya ianya selari dan menepati hasrat yang diharapkan. Komitmen semua pihak adalah pemangkin utama kepada kejayaan pelaksanaan PADI MADA ini dan secara langsung ianya dapat dijadikan panduan yang jelas berkaitan antirasuah kepada seluruh warga MADA. Pembangunan PADI MADA 2022-2026 ini juga merupakan gambaran komitmen penuh MADA bagi merealisasikan usaha Kerajaan untuk memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan sepertimana yang telah dinyatakan dalam NACP 2019–2023. Dengan adanya PADI MADA ini, ianya diharapkan bakal mewujudkan satu budaya kerja yang berintegriti, antirasuah dan beretika kepada warga MADA. Perancangan seumpama ini hendaklah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi di semua peringkat bagi memastikan ianya tidak hanya sekadar teori semata-mata, tetapi berupaya memberi impak yang besar kepada penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia.


16 17 Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu-isu integriti, governans dan antirasuah di dalam negara terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam. Usaha dan inisiatif yang dijalankan adalah bagi memastikan masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, pemborosan atau pembaziran dana kerajaan dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Hal ini adalah bagi memastikan imej serta kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan dan akhirnya penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara secara keseluruhan dapat dipertingkatkan. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Bilangan1 Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 8 Jun 2018 telah bersetuju untuk merangka, menggubal serta membangunkan satu pelan yang strategik dan komprehensif bagi menangani isu-isu integriti dan rasuah dalam negara yang mana akan menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN). Maka dari titik tolak tersebut lahirlah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang diterajui oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Lanjutan itu, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MADA atau dikenali sebagai Pelan Antirasuah dan Integriti (PADI) MADA 2022-2026 telah dibangunkan. Pelan ini telah mengenal pasti risiko-risiko sedia ada yang berpotensi untuk berlaku dan telah menggariskan inisiatif yang relevan serta praktikal untuk dilaksanakan. Pelan ini akan digunakan bagi membendung dan menangani isu-isu integriti, governans dan rasuah di MADA bagi tempoh lima tahun akan datang. Pembangunan PADI MADA 2022-2026 juga telah mengambil kira inisiatif dan instrumen pencegahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung masalah integriti, governans dan rasuah antaranya Pelan Integriti Nasional (PIN) 2004, Government Transformation Programme (GTP) 2010, Government Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) serta instrumen-instrumen yang dilaksanakan oleh organisasi sendiri seperti Corruption Risk Management (CRM), Ikrar Bebas Rasuah (IBR), inisiatif Corporate Integrity Pledge (CIP) dan lain-lain. Semua inisiatif dan instrumen ini telah dikaji, diolah dan ditambahbaik mengikut kesesuaian serta praktikaliti organisasi dan seterusnya Isu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang, tanpa mengira status atau kedudukan individu yang memberi atau menerima rasuah. Tekanan ekonomi dan sosial membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika dalam pengurusan awam. Secara amnya, isu rasuah boleh dibahagi kepada tiga (3) bidang: TADBIR URUS • Peruntukan undang-undang (Akta) yang lapuk/ tidak lagi sesuai yang menjurus kepada kelemahan penguatkuasaan. • Kelemahan pengurusan maklumat dan proses kerja yang tidak teratur. KOMPETENSI • Kelemahan dalam membuat keputusan berasaskan maklumat yang tepat dan betul. • Kelewatan atau kelemahan dalam melaksanakan tugas dan tindakan yang ditetapkan menyebabkan penyampaian perkhidmatan tidak cekap. • Penguatkuasaan yang lemah. INTEGRITI • Penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan tugas. • Kebocoran maklumat terperingkat. • Wujud ruang dan peluang untuk rasuah dan pelanggaran integriti semasa pelaksanaan tugas. • Campur tangan pihak yang berkepentingan dalam proses membuat keputusan. 2004 PELAN INTEGRITI NASIONAL 2010 PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN GTP 1.0 2012 PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN GTP 2.0 2019-2023 PELAN ANTIRASUAH NASIONAL (NACP) 2022-2026 PADI MADA disesuaikan mengikut kerangka NACP. Setiap inisiatif yang telah ditetapkan dalam pelan ini perlu dilaksanakan dan pencapaian setiap inisiatif akan dipantau, dinilai dan dilaporkan kepada Pengurusan MADA melalui Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) MADA yang ditetapkan tiga kali setahun. Maka dengan itu, setiap daripada warga MADA mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi menjayakan PADI MADA 2022-2026.


4.1. PENILAIAN RISIKO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab melaksanakan penarafan risiko agensi bagi menetapkan model Unit Integriti yang bersesuaian. Penarafan risiko agensi awam dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Tinggi, Sederhana dan Rendah berpandukan situasi gejala rasuah di agensi, persepsi rasuah terhadap agensi, dana yang diperuntukkan, laporan aduan rasuah dan salah guna kuasa, jumlah bajet tahunan agensi dan bidang perkhidmatan teras. Demikian SPRM pada tahun 2020 telah melaksanakan penarafan risiko rasuah ke atas MADA dan MADA telah diberi penarafan risiko sebagai agensi berisiko Sederhana. Penarafan risiko ini akan disemak semula oleh SPRM secara berkala setiap tiga tahun atau mengikut keperluan. Kemudian, MADA telah melaksanakan Corruption Risk Management (CRM) yang telah dibangunkan pada tahun 2021. CRM merupakan satu proses pengurusan untuk membantu mengenal pasti kelemahan struktur yang mungkin membuka peluang kepada berlakunya rasuah, menyediakan rangka kerja untuk mengenal pasti faktor risiko dan penyelesaiannya yang melibatkan semua warga, serta menerap elemen pencegahan rasuah dalam rangka tadbir urus yang mantap. Oleh itu, bengkel CRM MADA anjuran Unit Integriti telah diadakan pada 31 Oktober hingga 3 November 2021. Melalui CRM ini, risiko-risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikenal pasti dan MADA telah merangka pelan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi membendung masalah tersebut. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai MADA di peringkat ibu pejabat, pejabat wilayah dan Pertubuan Peladang Kawasan (PPK) seramai 30 orang. Kaedah bengkel dilaksanakan di mana setiap peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut bidang kepakaran masing-masing dan setiap kumpulan perlu mengisi maklumat dalam borang pendaftaran risiko mengenai risiko yang dikenal pasti dalam bidang dan tugas masing-masing. Akhirnya risiko-risiko ini seterusnya akan disemak dan dianalisis bagi menentukan tahap setiap risiko tersebut dan pelan tindakan untuk mengatasinya. Maklumat dan data lain yang digunakan oleh organisasi dalam mengenal pasti risiko rasuah adalah Laporan Ketua Audit Negara, Laporan Tatatertib Jabatan, Laporan Aduan MADA, Laporan Audit Dalam Jabatan dan Laporan Tahunan Jabatan. TADBIR URUS Bidang Tadbir Urus merangkumi pengurusan hal ehwal pentadbiran sesebuah organisasi dalam melaksanakan fungsi dan matlamat organisasi tersebut. Perkara penting yang perlu diberi perhatian dan mencerminkan imej organisasi adalah penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Penyampaian perkhidmatan yang baik dan menepati kehendak golongan sasar akan memberikan kesan dan imej baik kepada organisasi. Hal ini juga bergantung kepada dasar dan kaedah yang telah digubal oleh organisasi untuk menepati kesesuaian semasa. Organisasi perlu mengambil pendekatan dan inisiatif yang lebih terancang dan sistematik bagi memastikan bidang Tadbir Urus ini diuruskan dengan cekap dan bertanggungjawab. PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG DAN BANTUAN KERAJAAN Bidang Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan sering terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa, campur tangan oleh pihak ketiga, kelemahan peruntukan undang - undang di dalam akta dan penyampaian bantuan kerajaan yang kurang berintegriti yang akhirnya tidak sampai kepada golongan sasar. Maka, penyaluran bantuan kerajaan perlu diperkasakan dari semasa ke semasa agar ianya lebih telus dan bebas dari sebarang anasir buruk. Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan yang telus dan cekap dapat memastikan organisasi menggunakan sumber yang ada dengan baik dan dapat mengelakkan daripada berlaku ketirisan. PENGURUSAN PEROLEHAN Perolehan awam adalah merujuk kepada pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh organisasi. Perolehan yang dilaksanakan oleh organisasi akan melibatkan peruntukan dan sumber kewangan yang besar. Oleh itu setiap organisasi perlu melaksanakannya dengan cekap dan teratur agar kepentingan organisasi dapat dilindungi, tiada pembaziran dan ketirisan sumber kewangan yang digunakan. Perolehan merupakan salah satu bidang dalam kerajaan yang paling terdedah kepada rasuah dan pelbagai kegiatan haram. 18 19


21 MADA sedar akan perubahan masa dan kesannya apabila berlaku intervensi dalam penggubalan dasar kerajaan. Organisasi yang cekap haruslah mengambil kira perubahan semasa dan impaknya kepada masa hadapan. Perubahan semasa dalam konteks sosial dan impaknya dalam menilai semula pendekatan dasar perlu diambil kira demi memastikan inisiatif hari ini masih releven serta kompetetif pada masa hadapan. Dalam usaha ini diharap semua pegawai dan kakitangan Jabatan sentiasa berusaha menanam azam dan bersedia mendepani cabaran hidup era norma baharu dalam menangani rasuah. Berikut merupakan beberapa senario antirasuah 2030 yang dijangka akan memberi kesan besar kepada tadbir urus dan usaha membanteras rasuah: S1 – Senario Kesinambungan (Continuation) Masa hadapan yang mempamerkan kejayaan yang dikecapi melalui kewujudan PADI MADA tetapi tidak berupaya untuk bertahan atau tidak mapan. S2 – Senario Kekangan (Limits and Disciplined) Masa hadapan yang merujuk kepada vîsi yang digariskan dalam PADI MADA tidak dapat dicapai ekoran kekangan dalaman dan persekitaran. S3 – Senario Perkembangan (Growth) Masa hadapan di mana hasil kewujudan PADI MADA telah menyebabkan anjakan menuju fasa sebuah Jabatan yang beretika dengan mendokong integriti yang tinggi dan berteraskan nilai. S4 – Senario Merudum (Decline and Collapse) Rasuah menjadi kelaziman dalam kalangan warga Jabatan sekali gus memperlihatkan sistem sosial runtuh sama sekali tanpa sebarang jalan penyelesaian. Adalah penting untuk MADA sedar akan perubahan semasa dan kesannya apabila melakukan intervensi penggubalan dasar. Organisasi yang cekap haruslah mengambil kira perubahan semasa dan impaknya kepada masa hadapan. Perubahan konteks sosial menjadi pemacu utama kepada organisasi untuk menilai semula pendekatan dalam membina dan melaksanakan sesuatu dasar bersama-sama pemegang taruh. BAB 2: SENARIO DAN CABARAN


22 23 Berikut merupakan beberapa senario antirasuah 2030 yang dilihat akan memberi impak dan kesan besar kepada pemantapan tadbir urus dan usaha organisasi untuk membanteras rasuah: Masa hadapan yang mempamerkan kejayaan yang dikecapi melalui penggubalan dan kewujudan PADI tetapi tidak berupaya untuk bertahan atau tidak mampan SENARIO KESINAMBUNGAN (CONTINUATION) SENARIO KEKANGAN (LIMITS AND DISCIPLINED) SENARIO PERKEMBANGAN (GROWTH) SENARIO MERUDUM (DECLINE AND COLLAPSE) Masa hadapan yang merujuk kepada visi yang digariskan dalam PADI tidak dapat dicapai ekoran kekangan dalaman dan persekitaran Masa hadapan di mana hasil kewujudan PADI telah menyebabkan anjakan menuju fasa sebuah organisasi yang beretika dengan mendokong integriti yang tinggi dan berteraskan nilai Rasuah menjadi kelaziman di kalangan warga organisasi sekaligus memperlihatkan sistem sosial runtuh sama sekali tanpa sebarang jalan penyelesaian Matrik senario berikut mewakili input kolektif yang diperolehi daripada peserta semasa bengkel perancangan senario (scenario planning). S2 KEKANGAN (LIMITS AND DISCIPLINED) Tadbir urus yang baik diamalkan tetapi terlalu bergantung kepada individu tertentu untuk memastikan kejayaannya. Rasuah masih berlaku disebabkan usaha-usaha yang dijalankan tidak dirancang dengan sewajarnya Kurang kesungguhan dan kekangan pelaksanaan telah menyebabkan pencapaian yang rendah dalam meningkatkan pemberian subsidi dan bantuan kerajaan walaupun organisasi mempunyai perancangan dan harapan yang besar. Pemberian subsidi dan bantuan kerajaan yang cekap telah membentuk mekanisme semak dan imbang dalam organisasi. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan sektor yang berjaya kerana kebanyakannya masih terlibat dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa Pembangunan dan penggunaan teknologi untuk membanteras rasuah dalam perolehan organisasi. Teknologi digunakan sebagai satu instrumen untuk meningkatkan ketelusan dalam pemantauan dan pencegahan rasuah dalam proses perolehan S3 PERKEMBANGAN (GROWTH) Sistem tadbir urus awam melibatkan penyertaan aktif oleh semua warga organisasi dan semua pemegang taruh. Peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan dapat dilihat disebabkan penggunaan teknologi yang efektif dan pengamalan ketelusan dalam membuat keputusan Pemberian subsidi dan bantuan kerajaan yang menjunjung kepada pematuhan undang – undang dan peraturan sedia ada di organisasi. Hal ini mewujudkan satu mekanisme pemberian subsidi dan bantuan kerajaan yang adil, saksama dan telus seterusnya meningkatkan keyakinan usahawan dan peladang kepada organisasi Kerangka tadbir urus yang kukuh dan padu bagi menjamin proses semak dan imbang. Peranan Pengurusan dan semua warga organisasi dapat dilaksanakan dengan teratur bagi mengelakkan ketirisan. Penghayatan nilai integriti oleh pihak luar turut menyumbang kepada persekitaran yang sihat S4 MERUDUM (DECLINE AND COLLAPSE) Amalan tadbir urus menjadi eksklusif. Kerenah birokrasi serta campur tangan luar menjadi sebati dalam penyampaian perkhidmatan organisasi yang mempengaruhi pembuat keputusan. Ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakpatuhan, ketiadaan kawalan dalaman serta kegagalan prosedur pentadbiran Rasuah sering kali berlaku pada setiap peringkat dalam ekosistem dan telah menjadi budaya dalam kalangan warga organisasi hingga menyebabkan kehilangan keyakinan pelanggan terhadap integriti organisasi Penyalahgunaan kuasa oleh individu yang memegang kuasa menjadi semakin berleluasa dan tidak terkawal. Saluran pengaduan menjadi tidak lagi berkesan dan capaian kepada perundingan awam juga tidak wujud. Platform teknologi dimanipulasi oleh pihak dalaman untuk kepentingan diri. TADBIR URUS PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG DAN BANTUAN KERAJAAN PEROLEHAN S1 KESINAMBUNGAN (CONTINUATION) Penggunaan teknologi maklumat sebagai satu platform dan mekanisme tadbir urus menjadikan organisasi lebih responsif dan mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Gejala rasuah dalam organisasi masih wujud disebabkan konflik kepentingan. Rasuah masih dianggap sebagai isu teknikal berbanding isu insan. Subsidi dan Bantuan Kerajaan hanya tertumpu kepada kejayaan sesuatu program yang dianjurkan. Elemen pengurusan modal insan dan pengukuhan integriti tidak diambil kira. Amalan sedia ada di organisasi menyebabkan wujud ruang dan peluang kepada rasuah dan salah guna kuasa Penggunaan teknologi dalam proses perolehan telah dapat mengurangkan penglibatan manusia. Walau bagaimanapun, isu ketelusan dalam perolehan masih wujud dalam bidang tertentu. Peranan orang tengah, kebocoran maklumat dan pengaruh pihak luar masih wujud dalam urusan perolehan organisasi


24 25 Berdasarkan senario antirasuah 2030 yang dibangunkan, berikut adalah : MATLAMAT BERSAMA Matlamat bersama mewakili nilai dan prinsip bersama yang memberi cerminan ke atas idea yang diteroka secara bersama dan diutamakan semasa membangunkan senario tersebut. Senario ini merangkumi matlamat dan harapan masa hadapan yang ingin dicapai. Ia memerlukan komitmen jitu dan kolektif daripada pemegang taruh, Pengurusan dan seluruh warga organisasi • Kejayaan dalam pembaharuan tadbir urus khususnya berkaitan proses dan struktur • Usaha membanteras rasuah yang mampan dan berterusan • Pemupukan nilai dan integriti melalui pendidikan dan latihan di pelbagai peringkat • Pemerkasaan organisasi serta bebas dalam usaha membanteras rasuah • Kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan serta penyelarasan yang lebih teratur • Peranan teknologi dalam meningkatkan ketelusan dan mengekang rasuah Kebimbangan bersama mencakupi ancaman dan risiko yang diterjemahkan melalui empat senario yang dibangunkan. Sekiranya amalan rasuah tidak ditangani, masa hadapan bakal suram • Rasuah berakar umbi, menjadi kebiasaan dan sebahagian daripada budaya • Usaha pembaharuan tidak mampan dan tidak dikawal selia • Usaha dan agenda antirasuah dipandang remeh oleh pihak berkepentingan • Tadbir urus baik dipersendakan • Pemantauan dan penguatkuasaan dilihat tidak berkesan kerana tadbir urus yang lemah • Pembuatan keputusan yang mengelirukan khususnya berkaitan isu dasar utama • Ancaman terhadap privasi dan hak asas KESEIMBANGAN BERSAMA Beberapa peluang yang mampu memperkukuh inisiatif antirasuah telah dikenal pasti melalui senario yang dibangunkan. Berikut adalah peluang yang telah dikenal pasti: i. Penilaian risiko dan profil pada projek kerajaan : Meliputi kepada pelbagai jenis mekanisme yang boleh diaplikasi oleh organisasi bagi menjangka kebarangkalian rasuah berlaku secara dalaman mahupun luaran serta kesannya. ii. Membangunkan indeks penilaian integriti : Indeks dibangunkan untuk warga organisasi dalam mentafsir keupayaan organisasi mengawal rasuah serta memastikan semua dana dan sumber kewangan dibelanjakan secara bertanggungjawab dan telus. iii. Penggunaan Sistem Pengurusan Antirasuah atau Sistem Pengurusan Risiko Rasuah : Pelaksanaan secara efektif sistem antisogokan dan piawaian berkaitan akan membantu mengurangkan berlakunya risiko sogokan. Keyakinan pemegang taruh akan meningkat berkaitan amalan baik dan kawalan antisogokan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa telah dilaksanakan. iv. Reformasi tadbir urus : Dasar dan amalan baik dalam organisasi menjadi petunjuk kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban. Maka pembaharuan dasar dalam aspek kandungan atau amalan untuk proses pelaksanaan yang lebih mampan amat penting lantaran mampu mengembalikan keyakinan pelanggan terhadap organisasi. v. Penggunaan sistem berasaskan teknologi untuk tujuan analisis perolehan : Penggunaan teknologi yang terkini dalam proses perolehan mampu mengoptimumkan proses serta capaian strategik. Penggunaan teknologi yang berterusan dan sistematik akan memacu penambahbaikan proses, maklumat dan pemahaman yang membawa kepada penjimatan sumber kewangan organisasi. vi. Memaksimumkan penglibatan warga organisasi : Penubuhan kumpulan pemerhati antirasuah bagi memastikan inklusiviti yang akan melibatkan : 1. Lembaga Pengarah 2. Pengurusan 3. Warga Kerja 4. Pelanggan 5. Pihak Berkepentingan vii. Sistem latihan yang menyeluruh : Memupuk tadbir urus insan (human governance) warga organisasi melalui model latihan yang komprehensif berpaksikan tadbir urus insan dan program kepimpinan berterusan.


26 27 Senario yang dibangunkan turut mengenal pasti risiko berikut: i. Data dan maklumat sebagai komoditi yang mudah untuk dimanipulasi bagi tujuan kepentingan peribadi. ii. Kemerosotan peranan media digital, perubahan perisian dan perkakasan lapuk. Pengurusan organisasi perlu lebih teliti dan serius dalam mengendalikan teknologi digital dan ICT. Kegagalan dalam mengendalikannya dengan sempurna boleh mengakibatkan kehilangan data yang akhirnya menyebabkan kerentanan pada sistem. iii. Media yang prejudis telah menyebarkan maklumat palsu dan mewujudkan persepsi negatif awam terhadap organisasi. Perkara ini terjadi apabila kewartawanan yang bersifat penyiasatan sudah tidak lagi wujud dalam media arus perdana. Wartawan mula cenderung kepada bidang perhubungan awam dan menulis untuk memenuhi kehendak pihak berkepentingan iv. Amalan rasuah di awal perkhidmatan. Amalan rasuah yang terjadi di kalangan pegawai yang baru berkhidmat di organisasi. Pengesanan awal mampu mengawal risiko ini. v. Kewujudan ‘Little Napoleons’. Istilah Little Napoleons tercipta untuk menggambarkan warga organisasi yang kurang membantu, sombong dan angkuh. Istilah ini boleh dianggap sebagai sindiran atau hinaan kerana Napoleon tidak memiliki ciri-ciri tersebut. Golongan ini boleh terus wujud walaupun dalam sebuah organisasi yang telah melalui transformasi, melainkan tindakan tegas diambil untuk mengawalnya. vi. Desakan berterusan oleh pihak luar untuk kepentingan diri. Organisasi menerima desakan daripada pihak luar untuk membuat keputusan yang menyebelahi mereka demi mengaut keuntungan. Dengan membangunkan senario antirasuah pada masa hadapan, kewujudan “Api dalam Sekam” dapat dikesan. Justeru, pembuat dasar dapat memberi lebih perhatian untuk menghadapinya. i. Pakatan oleh pegawai organisasi bersama pihak luar untuk mendapat keuntungan bagi sebarang projek, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh organisasi. ii. Penglibatan tangan ghaib. Tadbir urus yang baik bergantung kepada sistem semak dan imbang. Namun, tadbir urus baik ini sukar untuk direalisasikan akibat daripada pengaruh tangan ghaib dalam membuat keputusan. Lebih buruk lagi, dengan ketiadaan mekanisme mengawal pengaruh tangan ghaib, gejala ini akan berterusan dan membarah. iii. Amalan rasuah oleh pelanggan. Ini boleh berlaku akibat berlakunya pakatan bersama pegawai organisasi yang menerima tawaran rasuah oleh pelanggan bagi tujuan memberi kelulusan bagi sesuatu projek atau program. Penyampaian perkhidmatan oleh organisasi akan terjejas akibat keputusan yang diambil bertentangan dengan undang-undang, tidak rasional, tiada pertimbangan jitu serta tidak memenuhi prosedur yang adil. iv. PADI MADA dilihat hanya “bagai melepaskan batuk di tangga”. Metafora ini digunakan untuk menggambarkan tentang dasar yang tampak hebat diwujudkan namun tiada tindakan yang bersungguh-sungguh dilaksanakan oleh organisasi untuk mengaplikasikan dasar tersebut. Dasar dibuat sekadar untuk memenuhi tuntutan ketika itu dan tidak memberi sebarang impak. Pemegang taruh merasakan dasar yang diperkenalkan tidak mampu untuk bertahan dalam jangka masa panjang. Senario boleh berlaku ketika pertukaran kepimpinan atau perubahan pihak yang memperjuangkan agenda antirasuah dalam organisasi. v. Jangkaan ancaman terhadap etika, piawaian dan integriti merujuk kepada ancaman sistemik yang menggugat nilai, etika dan komitmen tadbir urus dalam organisasi.


29 NEGARA ASEAN SKOR NEGARA 2021 2020 KEDUDUKAN 2021 2020 85 - 48 38 35 33 39 28 30 23 85 60 51 37 36 34 36 28 29 21 4 - 62 96 110 117 87 140 128 157 3 35 57 102 104 115 104 137 134 160 Singapore Brunei Malaysia Indonesia Thailand Filipina Vietnam Myanmar Laos Cambodia Sumber: Transparency International Malaysia Indeks Persepsi Rasuah adalah laporan kajian yang dilaksanakan oleh Transparency International yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa. Indeks ini atau lebih dikenali dengan singkatannya iaitu CPI (Corruption Perception Index) adalah tertumpu kepada persepsi responden berikutan pengalaman mereka dalam berurusan dengan sektor awam sebuah Negara. Malaysia telah mendapat skor sebanyak 48 dan kini berada di kedudukan tangga 62 daripada 180 negara yang terlibat. Pada tahun 2020, Malaysia telah menerima skor sebanyak 51 poin dengan kedudukan pada tangga 57. Penurunan ini telah merisaukan pelbagai pihak lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan pencapaian Malaysia pada tahun 2019 di mana Malaysia telah mencapai kenaikan skor CPI yang tertinggi sebanyak 53 poin sambil meraih kedudukan pada tangga 51. BAB 3: PEMERKASAAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021


30 31 Statistik Tangkapan Mengikut Kategori Bagi Tahun 2019 dan 2020 BIL. KATEGORI JUMLAH 2019 PERATUS JUMLAH 2020 PERATUS 1. Penjawat Awam 1.1 Kumpulan Pengurusan Tertinggi 1.2 Kumpulan Pengurusan dan Profesionalisme 1.3 Kumpulan Pelaksana 525 17 121 387 47.68% 467 8 109 350 46.79% 2. Awam 2.1 Sektor Swasta 2.2 Orang Awam 2.3 Lain-lain 576 255 294 27 52.32% 531 242 261 28 53.21% JUMLAH 1,101 100% 998 100% Sumber: Laporan Tahunan SPRM 2020 Sepanjang tahun 2020, SPRM membuat tangkapan seramai 998 orang. 467 (46.79%) daripada mereka adalah penjawat awam. Bakinya iaitu 531 orang (53.21%) adalah dari kategori orang awam, swasta dan lain-lain. Berdasarkan fenomena amalan rasuah dalam negara, MADA perlu mempertingkatkan usaha memerangi gejala rasuah dan memastikan perkhidmatan MADA dibarisi oleh pegawai dan anggota yang berintegriti. BENGKEL OACP Laporan Audit Dalam Statistik Aduan Laporan Tatatertib Isu-Isu Jawatankuasa Antirasuah MADA CRM PADI MADA Penilaian risiko berkaitan kelemahan rasuah, tadbir urus dan integriti rasuah telah dirangka berdasarkan data-data dari pelbagai sumber seperti berikut :


32 33 Sumber: Laporan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 Dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, MADA telah mengambil tindakan drastik dengan membuat penambahbaikan melalui inisiatif-inisiatif seperti berikut: Dalam usaha membanteras rasuah, MADA membangunkan strategi dan inisiatif PADI MADA dengan mengambil kira inisiatif-inisiatif NACP 2019-2023. Agenda utama PADI MADA adalah melahirkan warga kerja MADA yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah. Manipulasi terhadap sistem dan prosedur 01 Konflik Kepentingan 02 Kelemahan Kawalan Dalaman 03 Kurang Kesedaran Rasuah 04 Kelemahan Penguatkuasaan 08 Ketidakpatuhan Serta Kurang Ketelusan 07 Kerenah Birokrasi 06 Kurang Pengesanan Awal 05 Kurang Usaha Mencegah Rasuah 09 Pemeriksaan Kawalan Dalaman dilaksana melalui Self-Check Assessment, Semak Silang dan Audit Dalaman 01 02 03 04 05 06 Pengukuhan Mekanisme Pematuhan ke atas Garis Panduan serta Penambaikan Sistem dan Proses Kerja Pemerkasaan Peranan Ketua Jabatan Mengambil Tindakan Punitif dan Pemulihan Mempergiatkan Program Pengukuhan Integriti Pemantapan Saluran Aduan Meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perolehan awam. Memastikan pemberian subsidi dan pakej bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasar di dalam Kawasan Muda. · · · KERANGKA PADI MADA 2022 - 2026 Melahirkan warga kerja MADA yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah. VISI Mengurangkan karenah birokrasi dalam sistem pentadbiran awam di MADA. Memastikan prosedur dan tatacara perolehan awam mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pemberian subsidi dan pakej bantuan kerajaan yang adil dan saksama. MISI · · · MATLAMAT MADA dikenali kerana EFFISIENSI, KEUNGGULAN Dan INTEGRITI ASPIRASI BIDANG KEUTAMAAN • Tadbir Urus • Pengurusan Institusi Peladang dan Bantuan Kerajaan • Perolehan STRATEGI • Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam • Memperkasakan Pengurusan Institusi Peladang dan Bantuan Kerajaan • Memperkasakan Pengurusan Perolehan PUNCA UTAMA RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA


34 35 PADI MADA terdiri daripada 3 bidang keutamaan, 3 strategi, 4 objektif strategi dan 60 inisiatif Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi 26 inisiatif yang dikenal pasti daripada 60 inisiatif berdasarkan punca rasuah yang ditemui. 60 inisiatif ini ditentukan berdasarkan analisis tahap impak dan tahap kompleksiti pelaksanaannya. 25 inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran A: Impak tinggi dan kompleksiti rendah bermaksud memerlukan usaha gigih dalam pelaksanaannya sebaliknya mampu memberi kesan besar kepada transformasi tadbir urus organisasi. Manakala baki 1 inisiatif berada di Kuadran B: Impak tinggi dan kompleksiti tinggi. Mewakili insisiatif Berimpak Tinggi, Kompleksiti Rendah KUADRAN A Mewakili Inisiatif Berimpak Tinggi, Kompleksiti Tinggi KUADRAN B Mewakili insisiatif Berimpak Tinggi, Kompleksiti Rendah KUADRAN C Mewakili Inisiatif Berimpak Rendah, Kompleksiti Rendah KUADRAN D Kompleksiti : Kesukaran dan kerumitan dalam pelaksanaan sesuatu inisiatif Impak: Kesan atau hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuatu inisiatif 3 3 4 60 BIDANG KEUTAMAAN STRATEGI OBJEKTIF STRATEGI INISIATIF


36 37 PENEKANAN 20 INISIATIF Ringkasan berikut merupakan 20 inisiatif yang telah dikenal pasti untuk diberi keutamaan daripada keseluruhan 60 inisiatif yang telah digariskan di dalam PADI MADA. 20 inisiatif ini dikenal pasti berdasarkan jangkaan impak yang besar ke arah kejayaan memantapkan antirasuah, tadbir urus dan integriti di MADA. Kesemua 20 inisiatif ini perlu diberi penekanan untuk tindakan segera oleh peneraju inisiatif yang terlibat berdasarkan tiga (3) strategi utama PADI MADA iaitu: i. Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam ii. Memperkasakan Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan iii. Memperkasakan Pengurusan Perolehan NO 1. A 1 INISIATIF KUADRAN STRATEGI Melaksanakan secara mandatori Pusingan Kerja (Job Rotation) (setiap 5 tahun) 2. Rujuk ke AKRAB MADA bagi pegawai prestasi rendah A 1 3. Laporan Aset dipantau dan dikemaskini secara berkala A 1 4. Penguatkuasaan tatacara Pengurusan Kenderaan dan tindakan punitif A 1 kepada pelanggaran 5. Menggunakan dan memperkukuhkan penggunaan Sistem Pengurusan A 1 Aduan Awam MADA dan PPK 6. Makluman hebahan kewujudan saluran aduan A 1 7. Mewajibkan Ahli Panel Temuduga menandatangani Surat Akujanji A 1 Integrity Pact berkaitan konflik kepentingan dan kerahsiaan 8. Menguatkuasa pusingan kerja secara mandatori kepada pegawai yang A 1 memegang jawatan sensitif dan tanggungjawab berisiko tinggi 9. Mewujudkan JK Pemantauan Subsidi dan Bantuan Kerajaan A 2 10. Meningkatkan kekerapan pemantauan stok subsidi A 2 11. Memperkasakan pelaksanaan urusan naziran dan pengauditan dalaman SOP pengurusan subsidi A 2 12. Melaksanakan Modul Latihan bagi Pemantapan Etika A 2 13. Mengadakan sesi kaunseling untuk pegawai/ kakitangan yang bermasalah serta tindakan punitif di ambil sekiranya salah laku berulang A 2 14. Memperkukuhkan pelaksanaan pusingan kerja bagi jawatan berisiko tinggi di PPK A 2 15. Melaksanakan semakan dan penapisan terhadap permohonan bantuan kerajaan dengan lebih terperinci A 2 16. Memastikan pematuhan SOP kerja tuntutan berdasarkan PP & AP A 2 17. Mengadakan Kursus Kewangan, Perolehan, Integriti dan kerohanian A 3 18. Melaksanakan pengauditan mengejut A 3 19. Mengenalpasti pegawai yang berisiko dan melaksanakan program pemulihan/kaunseling/ pengisytiharan harta lebih kerap (contohnya pegawai yang keberhutangan tinggi) A 3 20. Mewujudkan senarai daftar pembekal berpusat B 3 NO 1. TEMPOH MASA PELAN TINDAKAN PELAKSANA Memperkasakan SOP kawalan dalaman dan proses semakan bayaran BIDANG KEUTAMAAN TADBIR URUS STRATEGI 1 OBJEKTIF STRATEGI 1.1 Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam Memperkasakan Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Yang Berintegriti • Bahagian Khidmat Pengurusan • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 2. Tambah baik SOP pemeriksaan mengejut dan tindakan susulan • Bahagian Khidmat Pengurusan • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 3. Tindakan punitif kepada pegawai yang membuat tuntutan palsu • Bahagian Khidmat Pengurusan • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 - 2026 4. Mengadakan kursus berkala, kempen kesedaran berkaitan rasuah, hebahan salahlaku pemalsuan dokumen kerajaan serta salah guna kuasa • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 5. Melaksanakan secara mandatori Pusingan Kerja (Job Rotation) (setiap 5 tahun) • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 6. Menambah staf untuk pemantauan & semakan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 7. Rujuk ke AKRAB MADA bagi pegawai prestasi rendah • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 8. Penambahbaikan SOP & Tatacara / Manual Penggunaan Aset • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 9. Menjalankan penerangan berkaitan Tatacara Penggunaan dan Pengurusan Aset Bantuan Kerajaan • Bahagian Khidmat Pengurusan • Bahagian Mekanikal & Infrustuktur • Bahagian Perancangan & Teknologi Maklumat 2022 - 2023 10. Menambahbaik Modul Pemantauan oleh Pegawai Penyelia • Bahagian Khidmat Pengurusan • Bahagian Mekanikal & Infrustuktur • Bahagian Perancangan & Teknologi Maklumat 2022 - 2023


38 39 NO 11. TEMPOH MASA PELAN TINDAKAN PELAKSANA Laporan Aset dipantau dan dikemaskini secara berkala • Bahagian Khidmat Pengurusan • Bahagian Mekanikal & Infrustuktur • Bahagian Perancangan & Teknologi Maklumat 2022 - 2023 12. Mewujudkan SOP perancangan perjalanan bagi perjalanan ke luar kawasan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 13. Penguatkuasaan tatacara Pengurusan Kenderaan dan tindakan punitif kepada pelanggaran • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 14. Memperkukuhkan kemahiran melalui latihan pemahaman peraturan tatakelakuan dan penyediaan laporan tindakan tatatertib kepada pegawai bertanggungjawab • Bahagian Khidmat Pengurusan Setahun sekali (2022 – 2026) 15. Menambahbaik Garis Panduan penyediaan laporan, pengurusan dan mengenakan tindakan tatatertib jika terbukti bersalah • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Jun 2023 16. Menggunakan dan memperkukuhkan penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam MADA dan PPK • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Jun 2023 17. Makluman hebahan kewujudan saluran aduan • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 18. Mewajibkan Ahli Panel Temuduga menandatangani Surat Akujanji Integrity Pact berkaitan konflik kepentingan dan kerahsiaan • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Mac 2023 19. Mewujudkan garis panduan serta mekanisme pengambilan pegawai bagi semua jawatan yang meliputi perkara-perkara berikut: a) Saringan awal b) Temuduga c) Memperkasakan prinsip semak dan imbang • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Mac 2023 20. Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan pemantapan kepada panel temuduga dan pegawai bertanggungjawab • Bahagian Khidmat Pengurusan Setahun sekali (2022 – 2026) 21. Menguatkuasa pusingan kerja secara mandatori kepada pegawai yang memegang jawatan sensitif dan tanggungjawab berisiko tinggi • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Mac 2023 22. Mewajibkan Ahli Panel menandatangani Surat Akuan Akujanji Integrity Pact berkaitan konflik kepentingan dan kerahsiaan • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Mac 2023 NO 23. TEMPOH MASA PELAN TINDAKAN PELAKSANA Mengkaji dan menambahbaik garis panduan kenaikan pangkat pegawai dengan menetapkan wajaran yang munasabah kepada perkara-perkara berikut: i. Prestasi (LNPT) ii. Kekananan (seniority) iii. Sumbangan luar iv. Kelayakan Profesional v. Kelayakan akademik vi. Pengiktirafan vii. Memangku/ tanggung kerja viii. Perakuan Search Committee • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Mac 2023 24. Mengkaji dan menambaik pelan strategik bagi pengurusan bakat dan pelan penggantian pegawai yang berteraskan sahsiah, kompetensi, profesionalisme, jati diri, integriti dan kepimpinan yang utuh • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Jun 2023 25. Menguatkuasa pusingan kerja secara mandatori kepada pegawai yang memegang jawatan sensitif dan tanggungjawab berisiko tinggi • Bahagian Khidmat Pengurusan Setahun sekali (2022 – 2026) 26. Memperteguh prinsip semak dan imbang melalui kajian dan semakan semula keahlian Jawatankuasa Kenaikan Pangkat • Bahagian Khidmat Pengurusan Disember 2022 – Mac 2023 BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG DAN BANTUAN KERAJAAN STRATEGI 2 OBJEKTIF STRATEGI 2.1 Memperkasakan Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan Memperkukuhkan Proses Penyaluran Subsidi dan Bantuan Kerajaan NO 1. TEMPOH MASA PELAN TINDAKAN PELAKSANA Mewujudkan JK Pemantauan Subsidi dan Bantuan Kerajaan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 2. Meningkatkan kekerapan pemantauan stok subsidi • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 – 2025 (2 kali setahun) 3. Mewujudkan Modul Pemantauan Subsidi dan Bantuan Kerajaan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 – 2023 4. Melaksanakan Modul Latihan bagi Pemantauan Subsidi dan Bantuan Kerajaan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 – 2025 (1 kali setahun)


40 41 NO 5. TEMPOH MASA PELAN TINDAKAN PELAKSANA Memperkasakan pelaksanaan urusan naziran dan pengauditan dalaman SOP pengurusan subsidi • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 – 2025 (1 kali setahun) 6. Membangunkan Modul Latihan bagi pemantapan etika dan integriti pegawai yang terlibat secara langsung dalam proses pemberian subsidi dan bantuan kerajaan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 – 2023 7. Melaksanakan Modul Latihan bagi Pemantapan Etika • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2025 8. Mengadakan sesi kaunseling untuk pegawai/ kakitangan yang bermasalah serta tindakan punitif di ambil sekiranya salah laku berulang • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 9. Mengesyorkan tambahan peruntukan untuk pembangunan sistem penyaluran subsidi dan bantuan kerajaan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2023 10. Mewujudkan sistem pemilihan input pertanian secara online yang membolehkan peladang membuat pemilihan • Bahagian Perancangan & Teknologi Maklumat 2022 - 2023 11. Memperkukuhkan pelaksanaan pusingan kerja bagi jawatan berisiko tinggi di PPK • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 12. Merujuk kes-kes pegawai menerima rasuah kepada SPRM • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 13. Menyediakan format borang dengan maklumat yang lebih lengkap • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 14. Melaksanakan semakan dan penapisan terhadap permohonan bantuan kerajaan dengan lebih terperinci • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 - 2026 15. Melaksanakan program kesedaran anti rasuah secara dan nilai-nilai murni berkala kepada penerima bantuan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 16. Meningkatkan kekerapan pemantauan prosedur dan spesifikasi perolehan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 17. Senarai hitam pembekal yang tidak berintegriti • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG DAN BANTUAN KERAJAAN STRATEGI 2 OBJEKTIF STRATEGI 2.2 Memperkasakan Pengurusan Institusi Peladang Dan Bantuan Kerajaan Meningkatkan Kefahaman Pegawai Mengenai Pengurusan dan Kawalan Dalaman Kewangan Pertubuhan Peladang Kawasan NO 1. TEMPOH MASA PELAN TINDAKAN PELAKSANA Pematuhan terhadap SOP - keputusan dibuat atas persetujuan bersama (ahli mesyuarat) - Memastikan pematuhan kepada Akta 605 - Memastikan pelaksaaan penggunaan IBR (Ikrar Bebas Rasuah) - Memantau secara berkala berkenaan gerak kerja yang dilaksanakan oleh pegawai • Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek 2022 - 2024 2. Membuat taklimat/kursus berkenaan kewangan PPK • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 – 2024 (1 kali setahun) 3. Mengambil tindakan punitif ke atas pegawai/penyelia yang bersalah • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 - 2026 4. Memastikan pemantauan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 - 2026 5. Membuat taklimat/kursus berkenaan prosedur kewangan/kerja dan taklimat integriti kepada pegawai dan penyelia yang berkenaan • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 – 2024 (1 kali setahun) 6. Memastikan pematuhan SOP kerja tuntutan berdasarkan PP & AP • Bahagian Pengurusan Institusi Peladang 2022 – 2024 (1 kali setahun) 7. Mengambil tindakan punitif ke atas pegawai/penyelia yang bersalah • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026


42 BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG DAN BANTUAN KERAJAAN STRATEGI 3 OBJEKTIF STRATEGI 3.1 Memperkasakan Pengurusan Perolehan Meningkatkan Ketelusan Perolehan Awam, Pengurangan Risiko Rasuah, Penyelewengan Pasaran dan Anti Persaingan NO 1. TEMPOH MASA INISIATIF PELAKSANA Mengadakan Kursus Kewangan, Perolehan dan Integriti • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 2. Mewujudkan whistleblower policy sebagai platform penyaluran maklumat salah laku • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 3. Melaksanakan pengauditan mengejut • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 4. Mengenalpasti pegawai yang berisiko dan melaksanakan program pemulihan/kaunseling/ pengisytiharan harta lebih kerap (contohnya pegawai yang keberhutangan tinggi) • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2026 5. Mewujudkan senarai daftar pembekal berpusat • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2024 6. Menjadikan kursus kewangan dan perolehan, integriti, kerohanian serta etika kerja sebagai kursus wajib ke atas semua pegawai yang terlibat dengan perolehan • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2024 7. Melaksanakan program pemulihan/kaunseling/ pengisytiharan harta lebih kerap bagi pegawai berisiko (contohnya pegawai yang keberhutangan tinggi) • Bahagian Khidmat Pengurusan 2022 - 2024 8. Mengadakan kursus pengurusan projek dan pentadbiran kontrak • Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek 2022 - 2026 9. Memperkasakan pemantauan projek pembangunan oleh pihak pengurusan dengan meningkatkan lawatan tapak dan mengadakan sesi engagement dengan pihak berkaitan serta mesyuarat intervensi • Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek 2022 - 2026 10. Mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pemantauan melalui penggunaan kod etika yang jelas • Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek 2022 - 2026 BAB 4: TADBIR URUS


44 45 Melaksanakan penilaian secara berkala bagi semua program pematuhan berkaitan antirasuah termasuklah objektif dan dasar yang mencukupi bagi menangani risiko rasuah; Menggalakkan dan menghebahkan pembudayaan integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi; Pengurusan Tertinggi MADA bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting bagi memastikan organisasi sentiasa mengamalkan budaya integriti, tadbir urus baik dan etika kerja unggul serta sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada bagi membendung sebarang kelakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Pengurusan Tertinggi bertanggungjawab untuk memastikan risiko rasuah dalam organisasi diuruskan secara sistematik dan berkesan. Pengurusan Tertinggi perlu memberi jaminan kepada semua pemegang taruh bahawa setiap operasi dan pelaksanaan fungsi oleh MADA adalah sentiasa mematuhi undang-undang dan dasar-dasar kerajaan mahupun organisasi serta peraturan yang telah sedia ada wujud dalam organisasi. Hal ini juga termasuk menunjukkan teladan yang baik serta memberikan sokongan penuh terhadap tindakan yang diambil kepada mana-mana pegawai organisasi yang melakukan salah laku dalam sebarang aktiviti semasa melaksanakan operasi penyampaian perkhidmatan organisasi termasuk kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Bagi tujuan tersebut, MADA akan melaksanakan aspek-aspek berikut dalam pengurusan antirasuah organisasi: • Melaksanakan penilaian secara berkala bagi semua program pematuhan berkaitan antirasuah termasuklah objektif dan dasar yang mencukupi bagi menangani risiko rasuah; • Menggalakkan dan menghebahkan pembudayaan integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi; • Mengeluarkan dasar, arahan, polisi dan peraturan dalaman berkaitan pengukuhan integriti, governans dan antirasuah dan mewara-warakan kepada warga organisasi dan pihak luar; • Memberi sokongan penuh terhadap penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai medium utama pengurusan aduan di MADA serta Polisi Pemberian Maklumat bagi melaporkan sebarang salah laku dan jenayah rasuah yang melibatkan pegawai organisasi; dan, • Memastikan hasil laporan siasatan, auditan, penilaian risiko, langkah kawalan dan prestasi dilaporkan kepada Pengurusan Tertinggi TERAS 1 : KOMITMEN DAN SOKONGAN PENGURUSAN TERTINGGI MADA TERHADAP PELAKSANAAN INISIATIF ANTIRASUAH TERAS 2 : MELAKSANAKAN PENILAIAN RISIKO RASUAH SECARA BERTERUSAN Dalam membanteras masalah rasuah di organisasi, MADA telah melaksanakan Corruption Risk Management (CRM) bagi mengenal pasti risiko-risiko yang berkemungkinan menyebabkan rasuah berlaku dalam organisasi. MADA akan meneruskan pelaksanaan penilaian risiko rasuah secara konsisten dan berkala sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam peraturan, dasar dan garis panduan yang dikeluarkan oleh organisasi. MADA akan menjadikan hasil penilaian risiko tersebut sebagai asas untuk mewujudkan proses, sistem dan kawalan bagi mengurangkan dan mengawal risiko berlakunya rasuah. TERAS 3 : MEMPERKASAKAN KAWALAN DALAMAN MADA akan memberi komitmen penuh dan memperkasakan kawalan dalaman bagi menangani sebarang risiko rasuah yang berbangkit daripada kelemahan dalam rangka kerja tadbir urus, proses dan prosedur. TERAS 4 : MELAKSANAKAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN BAGI PENCAPAIAN PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI ORGANISASI MADA akan melaksanakan pemantauan dan penilaian secara konsisten terhadap pelaksanaan, pencapaian dan keberkesanan program pengukuhan integriti yang dilaksanakan oleh organisasi. Hasil dapatan penilaian dan pemantauan boleh dijadikan sebagai panduan kepada organisasi untuk merancang dan merangka inisiatif-inisiatif baru untuk membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa di organisasi TERAS 5 : MERANCANG DAN MEMBANGUNKAN LATIHAN BERKAITAN PENGUKUHAN INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH MADA akan merancang pelaksanaan program-program latihan berkaitan pengukuhan integriti, governans dan antirasuah yang bersesuaian di organisasi.


46 47 Bagi memastikan setiap inisiatif yang digariskan dalam PADI MADA 2022 - 2026 berjaya dilaksanakan, MADA pada bulan November 2021 telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan OACP MADA berdasarkan Arahan YAB Perdana Menteri. No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No. 1 Tahun 2019 - Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Struktur organisasi MADA mengandungi tiga (3) peringkat: 1. Ibu Pejabat MADA 2. Pejabat MADA Wiilayah 3. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA Ketiga - tiga peringkat ini akan memberi tumpuan kepada tugas-tugas berikut iaitu pengabsahan dasar dan penyelesaian, penilaian risiko rasuah, pelaksanaan program dan aktiviti serta pemantauan dan penilaian prestasi. Butiran struktur adalah seperti berikut: STRUKTUR TADBIR URUS PADI MADA 2022 - 2026 Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) sebagai urus setia. Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Menerima laporan pemantauan dan penilaian tahunan NACP daripada GIACC. Membuat keputusan penting selari dengan kepentingan nasional. Mengenal pasti penyelesaian terbaik. • • • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai urus setia. Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Mengesyorkan dasar. Membuat keputusan penting selari dengan kepentingan organisasi dan agensi. • • Unit Integriti Kementerian sebagai urus setia Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat Kementerian Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Memaklumkan keputusan atau dasar yang berkaitan antirasuah Mengesyorkan dasar. Membuat keputusan selari dengan kepentingan organisasi dan agensi. Mengenal pasti penyelesaian terbaik. • • • • Unit Integriti MADA sebagai urus setia Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Peringkat MADA Dipengerusikan oleh Pengurus Besar MADA Memaklumkan keputusan atau dasar yang berkaitan antirasuah peringkat MADA Mengesyorkan dasar. Membuat keputusan selari dengan kepentingan organisasi dan agensi. Mengenal pasti penyelesaian terbaik. • • • • Pelaksanaan PADI MADA merangkumi tiga peringkat yang terdiri daripada peringkat Nasional, Kementerian dan MADA. Peringkat - peringkat ini saling berkaitan dan memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan, pelaporan dan semakan pencapaian bagi inisiatif yang digariskan dalam pelan ini. Saling kaitan ini membantu dalam memastikan persefahaman bersama, pembentukan dasar yang mampan, komitmen terhadap perkongsian sumber dan pelaksanaan yang teratur. Secara keseluruhan, kerangka pelaksanaan PADI MADA ini akan mempermudahkan pelaksanaan strategi dan inisiatif antirasuah di MADA. Ringkasan kerangka PADI MADA adalah seperti berikut: PERINGKAT NASIONAL Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan kementerian / jabatan / agensi. Inisiatif NACP Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Sektor swasta, Badan Berkanun NGO Masyarakat sivil • • • • PERINGKAT KEMENTERIAN Kerjasama antara kementerian / jabatan / agensi. Inisiatif OACP Kementerian Seluruh warga kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Sektor swasta, Badan Berkanun NGO Masyarakat sivil • • • • PERINGKAT MADA Kerjasama di peringkat dalaman MADA Inisiatif PADI MADA Seluruh warga MADA Pelanggan Peladang • • •


Pemantauan dan penilaian adalah sangat penting dalam kejayaan sesuatu perancangan. Dalam mengenal pasti perkembangan dan prestasi pelaksanaan setiap strategi dan inisiatif, semua aktiviti akan sentiasa dipantau. Demikian, semua indikator yang boleh menunjukkan kegagalan hendaklah dikenal pasti dalam fasa pelaksanaan pelan. Indikator ini akan berfungsi sebagai panduan terbaik kepada Sekretariat Unit Integriti MADA dan juga Jawatankuasa Antirasuah MADA. Bagi memastikan keberkesanannya, kerjasama antara semua Bahagian dan Wilayah adalah merupakan elemen paling penting dalam mekanisme pemantauan. Unit Integriti MADA sebagai penyelaras utama akan bekerjasama erat dengan semua pemegang taruh yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan dan memberi pandangan apabila diperlukan. MADA akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) setiap empat bulan yang melibatkan semua pihak bertanggungjawab di Bahagian dan Wilayah berkaitan dalam usaha untuk memantau perkembangan PADI MADA. Secara mudahnya, adalah sangat penting untuk menekankan keutamaan pemantauan dan penilaian bagi memastikan kejayaan PADI MADA. Amalan ini akan melibatkan semua pemegang taruh dalam melaksanakan strategi dan inisiatif yang dirangka agar ianya memenuhi jangkaan dan matlamat PADI MADA. Amalan ini juga perlu untuk tujuan kebertanggungjawaban bersama, memantapkan usaha penyelarasan dan menjurus kepada agenda penambahbaikan secara berterusan di MADA. 48 49 PENYELARAS • Menjelaskan objektif program. • Memadankan aktiviti dan sumber dengan objektif. • Menterjemahkan objektif ke dalam indikator prestasi dan sasaran. • Membandingkan keputusan sebenar dengan sasaran (melalui pengumpulan data yang kerap). • Melaporkan kemajuan kepada pemegang taruh berkaitan dan memaklumkan tentang sebarang permasalahan. PEMANTAUAN • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti. • Menilai sama ada aktiviti yang menyokong strategi tersebut berorientasikan matlamat yang hendak dicapai. • Memastikan bahawa aktiviti dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. • Memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan situasi apabila diperlukan PENILAIAN 1 JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) KEMENTERIAN UNIT INTEGRITI MADA (Sekreteriat PADI MADA) 2 JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) MADA 3 Mekanisme Penilaian PADI MADA Mengemukakan laporan kepada urus setia JAR Kementerian setiap 4 bulan Mesyuarat dan laporan setiap 4 bulan Meneliti matlamat dengan menilai strategi dan inisiatif Memantau proses pelaksanaan inisiatif Penilaian semua inisiatif Penambahbaikan dan kajian inisiatif Memberi pandangan dan nasihat sewajarnya berkaitan PADI MADA • • • • •


51 BAB 5: KESIMPULAN Selari dengan kehendak kerajaan yang mewajibkan pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional di sektor awam dan sektor swasta di bawah inisiatif 6.2.1, MADA berjaya menghasilkan Pelan Anti Rasuah Dan Integriti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (PADI MADA) bagi memastikan pembangunan organisasi yang lestari dan bebas rasuah dengan memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta keberkesanannya. PADI MADA dapat membantu warga MADA dan pemegang taruh bagi mengenalpasti isu berkaitan integriti, governans dan anti rasuah. Melalui PADI MADA, usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih baik, berstruktur, komprehensif, inklusif dan holistik. Usaha pencegahan rasuah ini dapat dilakukan secara berterusan melalui pemantauan, penilaian dan penambahbaikan Standard Operating Prosedur (SOP) sedia ada supaya kekal relevan dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi yang pesat membangun. Besar harapan agar warga MADA dapat menjadikan PADI MADA sebagai rujukan utama dalam membasmi isu rasuah dan dapat menjalankan amanah dan tadbir urus yang berkesan supaya imej MADA lebih dikenali di peringkat yang lebih tinggi. Semoga warga MADA bergerak maju ke hadapan dengan semangat juang yang tinggi demi mencapai cita-cita luhur dan murni.


52 53 PENGERUSI : Unit Integriti MADA Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli Pengurus Besar MADA PENYELARAS : AHLI : BIL. NAMA BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Dzulkifli bin Yaakub Zainuddin bin Mat Zakaria Muhamad Hisham bin Mohd Noor Jalizah binti Abdul Jalil Rozaidi bin Sharee Ir. Mohd Farizan bin Mohd Yusof Eddi Zaimee bin Romli Sharifah Nur Alia binti Syed Mansor Tarmizi bin Ahmad Haslina binti Junid Amril Azham bin Md Rozai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah Pengarah Bahagian Industri Padi Pengarah Bahagian Industri Makanan & Usahawan Pengarah Bahagian Pengurusan Institusi Peladang Pengarah Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek Pengarah Bahagian Mekanikal & Elektrikal Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Ketua Cawangan Kewangan & Akaun Ketua Cawangan Audit Dalam Cawangan Komunikasi Korporat JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PADI MADA AHLI : BIL. NAMA BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. Sakinah binti Ahmad Tarmizi Mohd Fairuz bin Ismail Mohd Farhan Aziri bin Shamsudin Helmi Azam bin Othman Mohd Khairul Azuar bin Mokhtar Mohd Hafizi bin Zakaria Aliff Afnan bin Arani Nordina binti Bukhri Haslina binti Junid Aimi Shafah binti Ibrahim Siti Noor Mardiana binti Shahrom Amril Azham bin Md Rozai Mas Mazidah binti Abdul Rani Mohammad Hafizi Hazran bin Md Zuki Azila binti Ahmad Abdul Haziq Qayyum bin Othman Zahiah binti Shadin Nor Aqilah binti Mohd Nor Bee Muhamad Mustaqim bin Abdul Razak Uzairiah binti Ozmin Khairul Faezi bin Md Nayan Mohd Fadzil bin Mat Desa Ir. Shahrul Bazli bin Shaharudin Muhammad Naim bin Ahmad Wilayah II, Jitra Wilayah III, Pendang Wilayah I, Kangar Wilayah III, Pendang Wilayah IV, Kota Sarang Semut Unit Integriti Unit Integriti Unit Integriti Cawangan Audit Dalam Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Perancangan & Teknologi Maklumat Bahagian Industri Padi Bahagian Industri Padi Bahagian Pengurusan Institusi Peladang Bahagian Pengurusan Institusi Peladang Bahagian Industri Makanan & Usahawan Bahagian Industri Makanan & Usahawan Bahagian Perkhidmatan Pengairan & Saliran Bahagian Pengurusan Empangan & Sumber Air Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek Bahagian Pembangunan & Pengurusan Projek PESERTA BENGKEL PADI MADA


54 55 BIL. NAMA BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT 25. 26. 27. 28. 29. 30. Haslina Binti Aarif Muhammad Hafiz Bin Abdellah Yusrizal Bin Abu Bakar @ Zakaria Hasni Hafiz Bin Ramli Khairil Azmir Bin Ismail Aman Bin Ahmad Bahagian Mekanikal & Elektrikal Bahagian Mekanikal & Elektrikal PPK E-I, Simpang Empat PPK C-II, Kerpan PPK B-III, Alor Senibong PPK D-IV, Permatang Buluh PENGHARGAAN KHAS Puan Halimah binti Mat Shariff Puan Roziah binti Harun Encik Ishak bin Abu Bakar Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan PADI MADA 2022 - 2026. 1. 2. 3. PERASMIAN BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTI RASUAH MADA


56 57 BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTI RASUAH MADA BENGKEL PEMURNIAN PELAN ANTI RASUAH MADA


58 SESI PEMBENTANGAN PELAN ANTI RASUAH MADA 59 CATATAN


(PAGE BELAKANG COVER) 60 CATATAN


Click to View FlipBook Version