The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arif Azlan, 2023-10-04 21:08:38

Panduan Penyusuan Susu Ibu

Flipbook PSI

Keywords: Penyusuan Susu Ibu,Breastfeeding

PANDUAN Penyusuan Susu Ibu Susu Ibu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN UNIT PEMAKANAN 2023 makanan terbaik bayi!


Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA HANYA SUSU IBU SAHAJA DARI LAHIR HINGGA 6 BULAN GENAP (180 HARI) Perkenalkan makanan pelengkap pada usia bayi genap enam bulan (180 hari) dan teruskan menyusui bayi sehingga 2 tahun (atau lebih) APA ITU PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF? Memberi bayi hanya susu ibu sahaja dari lahir sehingga genap 6 bulan dan �dak memberi apa-apa minuman atau makanan lain (termasuk air kosong) melainkan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. 1 02TOPIK 1 KEPENTINGAN (KEBAIKAN) PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA BAYI. Ber�ndak sebagai laksa�f yang mengeluarkan mekonium dan mengurangkan risiko jaundis. Mudah dihadam dan �dak membebankan organ dalaman bayi. Telah tersedia pada bila-bila masa, �dak memerlukan sebarang penyediaan. Berubah-ubah mengikut keperluan bayi. 3 4 Pemakanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Lebih cerdik kerana mendapat DHA dan AHA yang pen�ng untuk perkembangan otak. 1 5 An�bodi �nggi bagi melindungi bayi dari pelbagai jangkitan,boleh mencegah sesetengah kema�an bayi. Mengurangkan risiko alahan, juvenile-onset diabetes, 2 6 obesi� dan darah �nggi. 7 8


2 KEPENTINGAN (KEBAIKAN) PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU. TOPIK 2 TOPIK 3 KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT SEJURUS SELEPAS KELAHIRAN KEPENTINGAN PERMULAAN AWAL UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU TOPIK 4 Memas�kan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Memas�kan bayi mendapat kolostrum dengan cepat kerana bayi baru lahir mempunyai naluri hisapan yang kuat. (rooting reflex) Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin. Menjarakkan kehamilan. Menjimatkan masa dan wang. Ibu dapat mengurangkan risiko : Kanser payudara & beberapa jenis kanser ovari. Patah tulang pinggul apabila meningkat usia (osteoporosis). 1 Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin serta melewatkan kedatangan haid dan seterusnya mengurangkan risiko anemia. 3 2 5 4 6 7 Kaya antibodi - melindungi bayi terhadap alahan (alergi). Banyak sel darah putih - membantu mencegah jangkitan. Sebagai imunasasi pertama - melindungi bayi terhadap jangkitan bakteria yang berbahaya. Mempunyai kesan laksatif ringan - menyingkirkan mekonium yang membantu mencegah jaundis. Banyak faktor tumbesaran - membantu mematangkan usus, mencegah alergi dan intoleran terhadap makanan lain. Kaya dengan vitamin A - mengurangkan keterukan penyakit. Kolostrum 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1 2 Memberikan bayi haba dan ketenangan. Menggalakkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi (bonding), seterusnya membantu memulakan penyusuan. Membantu bayi belajar bahawa payudara ibu adalah tempat selamat. Menggalakkan pengkolonian bakteria baik daripada badan ibu kepada badan bayi. 1 5 Menenangkan ibu dan bayi. 2 3 4 Menstabilkan pernafasan dan 6 denyutan jantung bayi. Membantu penyesuaian metabolik dan penstabilan gula di dalam darah bayi. 7 Bayi kurang menangis : mengu- rangkan tekanan dan pengunaan tenaga bayi. 8 5


TOPIK 5 KEPENTINGAN IBU BERSAMA BAYI (ROOMING-IN) 24 JAM SEHARI 02 KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI (ON DEMAND) ATAU DORONGAN BAYI (BABY-LED FEEDING) ATAU APABILA BAYI MENUNJUKKAN TANDA-TANDA INGIN MENYUSU (FEEDING CUES) TOPIK 6 3 Bayi dapat belajar mengenali ibunya Bayi akan �dur lebih nyenyak. Ritma �dur - jaga bayi akan terganggu jika dipisahkan. Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues) Bayi dapat disusukan mengikut kehendaknya. Ibu dapat memberi penyusuan awal Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi (bonding) Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu yang lebih banyak. Penyusuan pada waktu malam dapat meningkatkan pengeluaran susu. Mengurangkan jangkitan pada bayi Bayi mendapat imunisasi pertama daripada susu ibu (kolostrum). Bayi mendapat imunisasi pertama daripada susu ibu (kolostrum) Mengurangkan kejadian jaundis. Mengekalkan penghasilan susu dan merangsang pengeluaran susu dengan cepat. Mengurangkan bengkak payudara. Bayi kurang menangis (kurang keberangkalian untuk ibu memberikan susu gan�an lain). Pertambahan berat badan bayi lebih cepat. Jangkamasa penyusuan yang lebih lama. 1 2 3 4 5 6 7 TANDA-TANDA BAYI INGIN MENYUSU (FEEDING CUES): TANDA AWAL “Saya lapar” TANDA PERTENGAHAN “Saya sangat lapar” TANDA LAMBAT “Tenangkan saya, dan beri saya makan” Mengerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka. Membuka mulut. Mengerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan mencari-cari payudara. Mengeliat badan. Peningkatan pada pergerakan-pergerakan fizikal. Menghisap atau mengigit jari tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. Muka bertambah merah. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (Soft whimper sounds) atau mungkin menangis. Pergerakan badan lebih agresif. 10 1 2 3 4 5 9 8 7 6 Ibu berasa lebih yakin kerana dapat memantau respon bayi sepanjang masa dan memahami bentuk ru�n harian bayi untuk menyusu.


Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat. Kebanyakan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga ter�dur. Jelaskan kepada ibu bahawa perlu membiarkan bayinya menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi supaya bayi mendapat susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan nutrien serta meningkatkan penghasilan bekalan susu. TOPIK 7 KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN KERAP UNTUK MEMASTIKAN PENGHASILAN SUSU IBU YANG MENCUKUPI Maksud penyusuan dengan kerap : Bayi perlu disusukan secara kerap, pada bila-bila masa mengikut kemahuannya (on demand) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues) / bayi lapar Semakin kerap bayi menghisap, semakin banyak susu ibu dihasilkan. Perah susu ibu sekiranya terpaksa berpisah dengan bayi. Dapatkan rehat, minuman dan makanan yang berkhasiat secukupnya. Susukan bayi di sebelah payudara dan perah susu di payudara lain Susukan bayi dengan kerap selama mana yang bayi mahu, pada se�ap masa yang terluang semasa anda bersama bayi atau apabila payudara ibu terasa penuh walaupun ke�ka bayi �dak mahu memulakannya. Perah susu ibu selepas menyusukan bayi, jika payudara ibu masih penuh. Jangan gunakan pu�ng �ruan. Tidur bersama bayi di waktu malam (co-sleeping) bagi memudahkan pemberian susu mengikut kehendak bayi. Susukan bayi terutamanya pada waktu malam bagi menggalakkan lagi penghasilan susu. 4 TANDA BAYI CUKUP SUSU 1. Bayi kencing lebih 6 kali sehari 2. Bayi buang air besar 3-8 kali sehari 3. Kulit bayi licin dan tegang 4. Otot bayi pejal 5. Bayi ak�f dan kurang menangis 6. Berat badan bayi bertambah TANDA-TANDA BAYI KENYANG


LANGKAH UTAMA DALAM MEMERAH 3 SUSU DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN : 5 RANGSANG PENGALIRAN SUSU IBU Ibu perlu berada dalam keadaan selesa dan tenang. Fikirkan tentang bayi. Pandang wajah bayi atau gambar bayi. Tuam suam payudara. Melakukan urutan. Gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari B. Keluarkan susu pada keseluruhan saluran susu Letakkan ibu jari di bahagian tepi luar tompok gelap (areola) atau pada bahagian yang dirasa seperti berbiji atau simpulan tali (saluran susu) KELUARKAN SUSU PADA KESELURUHAN SALURAN SUSU Letakkan ibu jari di bahagian tepi luar tompok gelap (areola) atau pada bahagian yang dirasa seperti berbiji atau simpulan tali (saluran susu) Jari telunjuk bertentangan dengan ibu jari Jari yang lain mengampu payudara sekiranya perlu Tekan ibu jari dan jari telunjuk ke belakang ke arah dada dan perah serentak bagi membantu pengeluaran susu melalui puting - Ibu perlu menekan pada saluran susu. Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan. - Ia akan mengambil masa dalam beberapa minit. - Pada permulaan, sedikit susu akan keluar, kemudian diikuti dengan pancutan susu apabila refleks oksitosin mula berlaku. ULANGI KESEMUA BAHAGIAN PAYUDARA UNTUK MENGELUARKAN SUSU. Apabila susu telah habis dikeluarkan pada tempat tersebut, gerakkan ibu jari dan jari-jari yang lain mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu pada semua saluran susu pada payudara Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan. - Ia akan mengambil masa dalam beberapa minit. - Pada permulaan, sedikit susu akan keluar, kemudian diikuti dengan pancutan susu apabila refleks oksitosin mula berlaku. 1 2 3


6 TEMPOH PENYIMPANAN SUSU PERAHAN 1 Tuliskan tarikh dan masa perahan di se�ap bekas 2 Jangan panaskan susu perahan dalam ketuhar gelombong mikro atau atas api 3 Berikan susu perahan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan NOTA TAMBAHAN Kaedah Penyimpanan Bayi Sihat Bayi Pramatang/ Tidak Sihat Kaedah Pemberian Susu Perahan Suhu Bilik (25°C - 37°C) 4 Jam 4 Jam Terus Beri Bilik Berhawa Dingin (15°C – 25°C) 8 Jam - Terus Beri Bilik Berhawa Dingin (<15°C) 24 Jam (1 Hari) - Terus Beri Pe� Sejuk Tempat Pendingin (2°C – 4°C) < 8 Hari 48 Jam Susu dinyahbeku pada suhu bilik (25°C – 37°C) selama 10 – 15 minit. Rendam dalam air suam SUSU IBU PERAHAN SEGAR (FRESH MILK) SUSU IBU YANG DIBEKUKAN (FROZEN MILK) Letakkan susu perahan pada suhu pe� sejuk (2°C -4°C) semalaman. Sebelum diberi, susu dinyahbekukan pada suhu bilik (25°C -37°C) selama 10-15 minit. Rendam dalam air suam. Susu perahan yang telah diberi �dak boleh disimpan semula. Pe� Sejuk Tempat Pembeku 1 Pintu Pe� Sejuk Tempat Pembeku 2 Pintu Tempat Sejuk Beku Berasingan (Deep Freezer) 2 Minggu 3 Bulan 6 Bulan 24 Jam (Jangan bekukan semula) 12 Jam (Jangan bekukan semula) 3 Bulan 3 Bulan 2 Minggu Nyahbeku dalam pe� sejuk (Defrost)


KEPENTINGAN POSISI DAN PELEKAPAN YANG BAIK SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU TOPIK 8 A. POSISI IBU YANG BETUL Selesa dengan bahagian belakang kaki dan payudara disokong, jika perlu B. POSISI BAYI YANG BETUL Badan bayi selari. Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi. Bayi di ampu sepenuhnya - kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir. Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara. 7 Buai (Cradle Hold) Silang Buai (Cross Cradle) Mendakap/di sisi (Football Hold/ Underarm Position) Berbaring (Lying Side Down Position) MASA HARI SARAPAN PAGI 7.30 AM 9.00 AM MINUM PAGI 10.00 AM 11.00 AM MAKAN TENGAHARI 12.00 PM 1.30 PM MINUM PETANG 2.00 PM 4.00 PM HARI KE 77-79 HARI KE 80-82 HARI KE 83-86 HARI KE 87-90 Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Penyusuan Susu Ibu Penyusuan Susu Ibu Penyusuan Susu Ibu Penyusuan Susu Ibu Penyusuan Susu Ibu Penyusuan Susu Ibu 1. Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan. 3. Melancarkan pengaliran susu. 2. Mengelakkan masalah payudara seper� bengkak payudara dan sakit pu�ng. JADUAL LATIHAN PEMBERIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM) KEPADA BAYI FRONT CROSS FOOTBALL & CRADLE FOOTBALL/ CLUTCH HOLD UPRIGHT LITCH


8 C. PELEKAPAN i. Cara melekapkan bayi di payudara ii. Tanda-tanda penghisapan yang berkesan: Sentuh bibir bayi dan tunggu mulutnya terbuka luas Gerakkan badan bayi ke arah payudara. Sasarkan bibir bawah bayi ke arah bahagian bawah pu�ng agar dagu bayi dan bibir bawahnya dapat menyentuh payudara dahulu. Pas�kan bayi memasukkan sebahagian besar kawasan gelap (areola) ke dalam mulutnya. • Menghisap secara perlahan dan dalam, kadangkala berhen� sebentar. • Terdengar bunyi menelan : hisap-telan, hisap-telan • Pipi kelihatan penuh dan cembung. • Bayi akan melepaskan sendiri payudara, kelihatan kenyang dan tenang. iii. Cara pelekapan yang betul Mulut bayi terbuka luas Mulut bayi tidak terbuka luas Bibir bawahmelengkup keluar Bibir bawah tertarik ke dalam Dagu bayi menyentuh payudara Dagu bayi jauh dari payudara Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi (asymmetrical latch) Lebih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi (atau sama bahagian atas dan bawah) TOPIK 9 KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF BAGI 6 BULAN PERTAMA TANPA SEBARANG MINUMAN ATAU MAKANAN LAIN. Penyusuan susu ibu perlu diberi sehingga genap enam bulan iaitu 26 minggu atau 180 hari dan bukan pada permulaan bulan yang keenam. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud �dak memberi makanan atau minuman lain selain susu ibu sahaja. Vitamin, mineral tambahan atau ubat-ubatan boleh diberi jika diperlukan untuk sesuatu sebab. Kepen�ngannya : - Membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada 6 bulan pertama. - Mengurangkan kema�an bayi melalui pengurangan insiden cirit-birit dan penyakit berjangkit. - Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan. - Kandungan an�bodi yang tepat dalam susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. - Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik. Pelekapan yang betul Pelekapan yang salah


9 • Selepas enam bulan, kanak-kanak perlu mengambil makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu. • Adalah pen�ng untuk meneruskan penyusuan susu ibu kerana ia masih boleh membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan. Ia sepatutnya diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih. AMALAN- AMALAN YANG MEMASTIKAN PENYUSUAN SUSU IBU BERJALAN LANCAR Amalan di hospital dapat memas�kan penyusuan susu ibu berjalan dengan baik. Amalan tersebut adalah terdiri daripada : Mempunyai peneman semasa proses kelahiran - dapat membantu ibu merasa lebih selesa dan terkawal. Elakkan campur tangan sewaktu kelahiran dan melahirkan seper� menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk atau menjalankan pembedahan caesarian tanpa sebab perubatan yang diperlukan. Memas�kan proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan sejurus selepas kelahiran - dapat mengekalkan kehangatan badan bayi dan juga memberinya permulaan yang baik ke arah penyusuan susu ibu. Pas�kan bayi bersama ibu se�ap masa (rooming-in or bedding-in) - supaya bayi mudah disusukan di samping memas�kan bayi selamat. Mengira tanda-tanda bayi ingin menyusu-supaya penyusuan adalah mengikut kedudukan bayi dan akan mengikut jadual waktu tertentu Memberi penyusuan dengan kerap bagi memas�kan bekalan susu yang baik dan berterusan. Memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif tanpa perlu memberi makanan atau minuman tambahan, botol atau pu�ng �ruan. Ibu perlu belajar tentang posisi dan pelekapan yang betul untuk penyusuan dan anggota kesihatan akan membantu selepas bayi dilahirkan. Kebanyakan ibu boleh menyusu dan bantuan boleh didapa� jika diperlukan. NOTA TAMBAHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Lakukan sentuhan kulit ke kulit 1 Segera menyusukan bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues) 2 Mengetahui bila bayi 3 mendapat cukup susu. Ibu dan bayi sen�asa bersama se�ap masa ‘rooming-in’. 4 Elakkan penggunaan pu�ng �ruan dan pu�ng kosong. - Bayi boleh keliru pu�ng dan enggan menyusu terus ke payudara - Bayi yang diberi pu�ng �ruan akan kurang kerap menyusu dan menyebabkan pertumbuhan lambat. 5 KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS 6 BULAN DI SAMPING PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP TOPIK 10 TOPIK 11 BAGAIMANA MEMASTIKAN PENYUSUAN AWAL DAPAT BERMULA DENGAN BAIK


10 Apa itu Mother-Friendly Care? Amalan yang membantu ibu : - Merasa berkebolehan - Berkeyakinan - Berkeupayaan menguasai diri - Merasai diri disokong - Bersedia untuk berinteraksi dengan bayi dan, lebih pen�ng: ~ membantu ibu memberi penyusuan awal sejurus selepas bersalin Amalan Penjagaan Mesra Ibu (Mother-Friendly Care) termasuk: 1. Menggalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu melahirkan. 2. Membenarkan ibu mengambil minuman atau makanan yang ringan jika ibu mahu semasa proses kelahiran (bagi ibu berisiko rendah). 3. Menggalakkan ibu untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. 4. Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika mahu dan menggalakkan ibu untuk melahirkan mengikut posisi pilihan kecuali terdapat halangan perubatan yang boleh mengakibatkan komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. 5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasif seper� memecahkan selaput ketuban, episiotomy, perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labour), pembedahan caesarean atau kelahiran dengan bantuan peralatan, melainkan keadaan memerlukan untuk komplikasi dan ianya diterangkan dengan jelas kepada ibu. TOPIK 13 PELAKSANAAN AMALAN DAN PENJAGAAN MESRA IBU (MOTHER-FRIENDLY CARE) RISIKO PEMBERIAN SUSU FORMULA DAN SUSU GANTIAN TOPIK 12 1 Masalah jangkitan seper� jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing. 2 Ekzema dan lain-lain keadaan alahan. 3 Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang. 4 Perkembangan IQ yang lebih rendah. 5 Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih �nggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak, penanda penyakit jantung di peringkat dewasa. 6 Kekurangan zat makanan, jika susu dicairkan. 7 Kema�an bayi dan kanak-kanak di peringkat awal usia. 8 Risiko kontaminasi dan kesilapan yang boleh berlaku semasa penyediaan, pemberian dan penyimpanan susu formula bayi. 9 Kos yang mahal


11 - Sokongan semasa proses kelahiran. - Galakkan ibu berjalan dan bergerak. - Urutan badan. - Tuaman air suam. - Menenangkan dan meyakinkan ibu secara verbal dan fizikal. - Menyediakan persekitaran yang tenang tanpa cahaya lampu yang terlalu terang atau gangguan oleh orang yang terlalu ramai. - Membenarkan posisi bersalin mengikut pilihan ibu. Dapatkan nama dan nombor telefon mereka daripada mana-mana klinik atau hospital rakan bayi berhampiran tempat �nggal anda. Hubungi nombor di bawah bagi mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi masalah penyusuan susu ibu. No. Tel Klinik/Hospital :- No. Tel. Kumpulan Sokongan Susu Ibu:- Kaedah Mengurangkan kesakitan bersalin tanpa ubat-ubatan : Menawarkan kepada ibu kaedah tanpa ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan bersalin terlebih dahulu sebelum menawarkan penggunaan ubat-ubatan. Di antaranya adalah:- Polisi peneman ibu di bilik bersalin : - Memberi sokongan emosi dan moral kepada ibu bersalin - Peneman boleh terdiri daripada salah seorang seperti berikut : Suami, ibu/ibu mertua, adik-beradik perempuan & peneman pilihan ibu (perempuan sahaja) Sokongan semasa proses kelahiran (peneman) a) Peneman perlu terus berada bersama ibu sepanjang proses kelahiran sehingga melahirkan. b) Peneman dapat memberi sokongan bukan perubatan dalam bentuk: Memberi galakan untuk berjalan dan bergerak Membantu memberi minuman dan makanan yang ringan Membantu membina keyakinan ibu Memberi cadangan tentang cara-cara untuk mengurangkan kesakitan dan kerisauan Membantu mengurut, memegang tangan dan mengelap dahi/ badan dengan tuala sejuk Menggunakan kata-kata posi�f (atau apa-apa yang sesuai mengikut adat-resam / agama masing-masing. DAPATKAN BANTUAN DARIPADA KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU BERHAMPIRAN ANDA SEKIRANYA MEMPUNYAI MASALAH DALAM PENYUSUAN Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu terdiri daripada ahli keluarga, ibu-ibu, anggota kesihatan atau masyarakat yang berpengetahuan, minat dan berpengalaman dalam pengurusan penyusuan susu ibu Berperanan memberi galakan dan bantuan kepada ibu-ibu yang memerlukan BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPAT BANTUAN MEREKA? Dapatkan bantuan daripada : 1. Hospital atau klinik rakan bayi 2. Anggota Kesihatan yang terla�h dalam penyusuan susu ibu. 3. Kumpulan sokongan penyusuan daripada ibu ke ibu atau kaunselor laktasi 4. Persatuan-persatuan atau kelab-kelab sokongan penyusuan ibu di komuni� berhampiran anda


Click to View FlipBook Version