PANDUAN
PENGGUNA
“Menerokai dunia TVET melalui permainan”
Cetakan Pertama 2021
©Politeknik Kuala Terengganu
Tidak dibenarkan diterbitkan semula atau ditukar dalam apa jua bentuk dengan cara
apa jua sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Politeknik Kuala Terengganu.
Diterbitkan oleh:
Politeknik Kuala Terengganu
20200 Jalan Sultan Ismail
Kuala Terengganu, Terengganu.
09-6204100
012-9813880
http://semicondevices.wixsite.com/semicon
https://www.facebook.com/Semicon-game-board-562389710920755
https://instagram.com/the_components?igshid=al10ub0mx1y0
https://bit.ly/2WptY41 (YouTube)
SIDANG REDAKSI
Editor
Zubaidah binti Abdul Rahman
Rasmaliza binti Rashid
Noraini binti Ali Pekri
Pelaporan
Siti Sarah Malini binti Mohd Hanifa
Wan Hamidah binti Wan Abas
Grafik
AdilReza bin Shamsuri
Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi
Hazwani binti hashim
PANDUAN PENGGUNA
THE COMPONENTS
“Menerokai dunia TVET melalui permainan”
BAHAGIAN TAJUK MUKASURAT
A
B KATA ALUAN vi
C APA KATA PENGGUNA x
D RINGKASAN EKSEKUTIF xiii
E 1
PENGENALAN
F BAHAN PERMAINAN 3
G 4
H Papan permainan utama 10
Litar bergambar dan skematik 11
I Aturan permainan 12
Peranan tapak 13
J Lain-lain peralatan 16
K BUSINESS MODEL CANVAS
27
SOALAN DAN JAWAPAN 28
NOTA POKET 32
Pautan interaktif 33
Nota poket – Komponen misteri 35
36
PENCAPAIAN
Senarai pencapaian 37
Jalinan kerjasama 38
Perakuan 41
43
RUJUKAN 44
LAMPIRAN 45
Glosari
Analisis data
Galeri gambar
Kumpulan penyelidik
Perekabentuk grafik & ilustrasi
Catatan
PENGARAH
PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Politeknik Kuala
Terengganu atas usahasama padu dan inisiatif cemerlang dalam menerbitkan
Buku Panduan The Components ini.
Perkembangan teknologi maklumat banyak mempengaruhi budaya
kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian
teknologi telah memberikan anjakan baru dalam teknik pengajaran dan pembela-
jaran. Pendidikan masa kini bukan hanya untuk melahirkan warganegara yang
baik tetapi lebih memfokuskan kepada warganegara global yang mempunyai
kemahiran, pengetahuan dan motivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan
dan persekitaran.
Penerapan budaya inovasi dalam kalangan warga Politeknik Malaysia
dan Kolej Komuniti amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran
kreatif serta mampu menjana idea-idea yang akan memberi impak positif kepada
warga JPPKK khususnya.
Dalam menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, individu harus diberi-
kan kebebasan untuk berfikir secara kritikal serta disokong oleh persekitaran yang
interaktif dan terancang. Ia bertujuan melahirkan insan yang mampu berdaya
saing di arena global. Kejayaan sesuatu inovasi memerlukan keberanian untuk
melakukan perubahan dan sentiasa inginkan perubahan untuk kesejahteraan diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Akhir kata tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli
jawatankuasa yang terlibat dalam penerbitan Buku Panduan The Components ini
sehingga ia menjadi sebuah bahan rujukan kepada semua.
Dr. Ishak Bin Mohamad
Pengarah
Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
vi
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Politeknik Kuala
Terengganu dan seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat atas inisiatif penerbitan
Buku Panduan The Component ini. Saya menyifatkan penerbitan buku panduan ini
sebagai antara inisiatif yang begitu signifikan dan mampu menjadi wadah pembu-
dayaan kreativiti dan inovasi kepada masyarakat terutama para inovator.
Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) merupakan agensi di bawah Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), berperanan dalam membentuk dan menggal-
akkan nilai kreativiti terhadap bidang sains dan teknologi melalui bidang akademik,
industri dan masyarakat yang mensasarkan golongan akar umbi dan B40 disamping
menyokong pembangunan inovasi akar umbi dengan rangkaian melebihi 4,000
inovator di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat
terutamanya kualiti kehidupan golongan B40. Inisiatif yang dilakukan oleh YIM ini
sekaligus dapat meningkatkan pendapatan secara berterusan terhadap masyarakat
luar bandar melalui pendekatan inovasi sosial. Inovasi akar umbi turut memberi
fokus terhadap pemeliharaan alam sekitar, pengurangan kos penghasilan dan
kebergantungan terhadap produk luar.
Pelaksanaan program YIM merangkumi semua lapisan golongan sasaran,
bermula daripada peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi sehingga badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan melalui kesemua program utama dibawah pelaksa-
naan YIM. Diantara program tersebut adalah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) –
Inovasi Inklusif yang bertujuan memupuk, mengenalpasti, menerima pakai, menam-
bah nilai dan membangunkan produk inovasi inklusif yang mampu menyelesaikan
masalah disamping memberi manfaat kepada komuniti setempat dari sudut kepeng-
gunaan, kesihatan, produktiviti, pendidikan, makanan dan teknologi terutama golon-
gan yang berpendapatan rendah.
Inovasi yang dibangunkan bukan sahaja dinilai daripada faktor kos, ia juga
melihat keupayaan dan kemahiran penyelidik dalam memperluaskan inovasi. Juste-
ru dalam usaha menghasilkan produk yang berkualiti, sesebuah inovasi memerlu-
kan penyelidik yang berilmu, berkemahiran tinggi, berinovasi, kreatif, beretika dan
kompetitif.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam penerbitan buku
panduan dan penghasilan inovasi ini.
SHARMILA MOHAMED SALLEH A.M.N. S.M.P.
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Inovasi Malaysia
vii
PENGARAH
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya terlebih dahulu ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan makbul-Nya Buku
Panduan The Components ini dapat diterbitkan. Saya juga ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan
dalam memastikan Buku Panduan The Components ini dapat diterbitkan.
Dalam melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
selaras dengan misi Politeknik Malaysia, kita hendaklah sentiasa berfikiran terbu-
ka, bersemangat juang dan berdikari serta mampu bergerak ke hadapan dengan
memiliki kemahiran insaniah, terutamanya dalam komunikasi, berfikiran kreatif
dan inovatif untuk maju ke depan. Kita tidak boleh mengikut arus semasa yang
membataskan pergerakan dan pemikiran.
Dalam masa yang sama, kita juga perlulah berfikir di luar kotak sesuai
dengan budaya yang ada pada hari ini.Sebagai Pengarah di Politeknik Kuala
Terengganu saya berharap agar pencapaian-pencapaian yang diraih melalui
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan akan menjadi pembakar semangat kepada
seluruh warga PKT untuk terus berusaha dan mengorak langkah dalam mencipta
kejayaan-kejayaan lain pada masa akan datang. Saya percaya setiap warga PKT
mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri yang dapat menyumbang kearah
pembangunan PKT sebagai sebuah institusi pendidikan yang terunggul di Malay-
sia. Semoga PKT akan terus melakar kejayaan cemerlang dan gemilang pada
masa akan datang, insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa
Pengarah
Politeknik Kuala Terengganu
viii
KETUA PENYELIDIK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan Izin dan kudrat-Nya
buku panduan The Components dapat diterbitkan. Buku ini mengandungi
panduan penggunaan dan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan produk
The Components. The Components adalah bahan bantu mengajar bagi memban-
tu pelajar dan tenaga pengajar terutama dalam institusi TVET mempelajari asas
komponen elektronik melalui papan permainan. The Components adalah inovasi
yang telah ditambahbaik daripada inovasi asal iaitu Semicon Game Board.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada pihak Politeknik Kuala Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada
saya dan pasukan penyelidik dalam membangunkan inovasi ini. Rakaman terima
kasih juga diucapkan kepada ahli pasukan penyelidik yang bertungkus-lumus
dengan mengorbankan masa dan tenaga dalam membangunkan inovasi ini. Juga
tidak dilupakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung atas komitmen dan usaha yang telah dipamerkan dalam memastikan
The Components terlaksana dengan jayanya.
Selain daripada itu, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pihak Yayasan Inovasi Malaysia yang telah memberi peluang kepada kami untuk
menyebarluaskan penggunaan The Components ke sekolah menengah teknik,
kolej vokasional, kolej komuniti dan politeknik melalui Bantuan Dana Pembangu-
nan Projek Inovasi Di Bawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Inovasi Inklusif.
Dengan terhasilnya produk The Components ini, besarlah harapan kami
agar warga pendidik TVET dapat merealisasikan aspirasi negara dalam melahir-
kan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi di samping mempunyai
kreativiti dan inovasi sebagai pemangkin negara dalam menjadi masyarakat yang
berilmu, kreatif dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih.
Wan Hamidah Binti Wan Abas
Ketua Penyelidik/Inovator
Politeknik Kuala Terengganu
ix
PAEPNAGKGAUTNAA
“The Component merupakan alat bantu mengajar
yang amat bersesuaian digunakan dalam proses
PdP. Produk tersebut adalah user friendly.”
Dr Foo Wei
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Kuala Terengganu
“Inovasi yang bagus untuk menguji kefahaman
pelajar tentang pengetahuan asas elektronik. Satu
usaha yang patut diteruskan dan dipuji kerana
inisiatif pensyarah dalam memupuk minat dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar
ketika belajar.” Siti Zaria binti Mohamad Ali
Sekolah Menengah Bukit Tunggal
Kuala Terengganu
“Produk ini merupakan satu inovasi yang interaktif
yang membentuk kemahiran pelajar dalam bidang
asas elektrik. Permainan ini memcetuskan Kemahi-
ran psikomktor dan kognitif pelajar memahami asas
elektrik dengan lebih mudah dan menghiburkan.
Tahniah”
Wan Azhar bin Wan Abdul Rahman
Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Kuala Terengganu
x
“Produk yang sangat bagus untuk memperkem-
bangkan pelbagai kemahiran psikomotor dan kogni-
tif murid dalam proses pembelajaran. Produk ini
dilihat amat menarik untuk dipasarkan kerana
menggunkan konsep belajar dan bermain (Learn
and Fun). Selamat maju jaya.”
Cg Zainorashikin binti Abdul Rahman
Ikon Inovasi ICT
Daerah Kuala Nerus 2019
“Rekabentuk produk ini sangat kreatif dan inovatif”
Zureen Sofea binti Zairon
“Teruja dan sesuai untuk Pembelajaran Abad 21”
Muhammad Muqharrabin bin Mohd Rushdi
“Kandungan item dalam produk amat terpeinci dan
mudah digunakan”
Wan Muhammad Haikal bin Wan Kamri
xi
“Setelah saya mencuba produk THE COMPONENTS,
produk ini banyak memberi manfaat kepada pelajar
kerana produk ini mampu membentuk kemahiran pelajar
dalam bidang asas elektrik. THE COMPONENTS ini
juga mampu mencetuskan perkembangan kepada saya
kerana dapat mempelajari komponen-komponen yang
ada kerana saya dapat mengetahui fungsi-fungsi setiap
komponen. THE COMPONENTS juga merupakan
produk yang boleh dimainkan oleh semua orang walau-
pun bukan dalam bidang elektrik.” - Asyraaf Hakimi
“Merupakan satu permainan yang
boleh meningkatkan komunikasi
dalam kumpulan, membantu
mengukuhkan lagi konsep pembela-
jaran yang diperolehi semasa di
dalam kuliah. Dan yang plaing best
dapat mengeratkan silaturrahim.” -
Pelajar DEE 1A
“Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar.
Teknik ini mendatangkan keseronokan dan kepuasan
kepada para pelajardalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan.Komponen perkembangan fizikal
ini membolehkan para pelajarmenguasai perkara berikut
iaitu menguasai kemahiran motor halus untuk memban-
tu aktiviti dalam pembelajaran, membina kemahiran
pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan
diri dalam aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup
yang sihat dan selamat sertamembina minda yang sihat
dan cerdas.Daya saing sesebuah negara amat bergan-
tung kepada kemampuan sistem pendidikan untuk
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif,
meningkatkan elemen kreativiti dan inovasi dalam
pendidikan. Syabasdan tahniahkepada para pensyarah
yang telah berjaya melakukan inovasi dalam pembelaja-
ran ini.”- Rugayah binti Abd. Ghani
xii
RINGKASAN EKSEKUTIF
Buku Panduan The Components ini mengandungi beberapa maklumat
lengkap berkenaan produk inovasi yang terhasil daripada Dana Pembangunan
Projek Inovasi Dibawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) bagi model Community
Enabler (CE). Berasaskan konsep pembelajaran melalui permainan (board game),
penghasilan produk ini dapat menyokong institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal
dan Vokasional (TVET) di Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional, Kolej Komu-
niti dan Politeknik Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Beberapa fasa
pembangunan prototaip telah berlaku hasil daripada kajian dan penyelidikan dibeber-
apa institusi. Produk ini mempunyai potensi yang luas untuk dikembangkan kepada
pusat-pusat latihan TVET yang lain seperti ILKA, CIAST dan lain-lain yang berkaitan.
Set kandungan The Components terdiri daripada papan utama, litar bergam-
bar, borang markah, kad soalan, gambar komponen, bidak, dadu dan manual/aturan
permainan. Istilah teknikal dikekalkan dalam Bahasa Inggeris kerana selari dengan
sukatan pelajaran. Disamping itu, produk ini mempunyai nilai tambah berbentuk
interaktif melalui imbasan pada papan utama yang memaparkan model komponen
dalam bentuk 3D. The Components telah memperolehi perakuan daripada beberapa
pihak bertauliah dan pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa. Antara kejayaan yang telah dicapai adalah anugerah emas di EdNO-
VAC19, CompEx 2019, ICTex2019, dan PIP2019. Malahan produk ini turut mendapat
perhatian dari dua institusi dari Negara jiran iaitu Universitas Karimun dan Politeknik
Negeri Padang, Indonesia. Produk ini juga telah menerima perakuan dari Pusat
Inovasi dan Pengkomersialan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Lighting Up
Media & the Arts (LUMA) Penang.
Produk ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi kerana dihasil-
kan oleh kumpulan penyelidik yang terdiri dari pensyarah kejuruteraan elektrik yang
mempunyai pengalaman berkhidmat lebih 10 tahun. Dengan situasi pandemik yang
melanda dunia, produk ini sangat sesuai untuk dimanfaatkan sebagai salah satu
pembelajaran dirumah disamping mencungkil minat dan pendedahan awal terhadap
“Menerokai dunia TVET melalui permainan”
xiii
PENGENALAN
THE COMPONENTS adalah alat bantu mengajar (ABM) berasaskan papan
permainan yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai komponen elektron-
ik dan sesuai untuk di aplikasikan dalam pendidikan TVET.
THE COMPONENTS direka untuk menguji kecerdasan pemain bagi mencapai
kefahaman dalam menguasai pengetahuan berkaitan komponen elektronik. Mem-
bantu pengajar dalam menyampaikan pengajaran dan membantu pelajar memahami
konsep elektronik dengan baik.
Idea ini tercetus daripada pemerhatian semasa sesi pengkuliahan berlangsung yang
mana didapati pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami kandungan kursus
yang banyak mengandungi teori. Pemerhatian berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan akhir, kebanyakan pelajar didapati mendapat purata markah antara 40
peratus hingga 60 peratus dan jarang pelajar yang dapat markah kepujian. Pelbagai
kaedah telah digunakan dalam pembelajaran seperti tayangan video, animasi, slide,
nota ringkas dan sebagainya namun markah penilaian pelajar masih menunjukkan
tahap penguasaan yang rendah. Dapatan daripada soal selidik yang diedarkan
kepada pelajar, didapati majoriti pelajar memilih pembelajaran berasaskan permain-
an. Inovasi berasaskan permainan antara langkah yang dilihat mampu untuk
disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi.
Antara impak produk ialah:
1.Meningkatkan kefahaman terhadap komponen asas yang dipelajari dalam kursus
Kejuruteraan Elektrik.
2.Meningkatkan kemahiran pelajar dari aspek psikomotor dan kognitif.
3.Membantu menjimatkan kos pembelian bahan luak untuk pengajaran dan pembela-
jaran.
4.Membuka peluang kepada pelajar sekolah yang tergolong dalam B40 untuk
pendedahan awal bidang TVET.
1
PEMBUNGKUSAN PRODUK
2
BKEERPGEETRAAKK KOMPONEN KOMPONEN NO KOMPONEN KEMKBEALI
TMAJEANADNAPTANTB MISTERI MISTERI YES MISTERI
RES+I2SVTOR OVERLOAD SHORT MENDAPAT TERUSKAN RES+I2SVTOR DAPAT
PENINGKATAN +2V -10V CIR-5CVUIT TAJAAN TNB +2V TAHNIAH USAHA KOMPONEN +2V
PRESTASI MAJU PERCUMA
3 TAPAK KOMPONEN
MISTERI
+2V
PAPAN PERMAINAN UTAMA
CAPACITOR DIODE +LE2DV
+2V3 +2V
DAPAT
KOMMISPTOENREI N KOMPONEN KOMPONEN
+2V MISTERI PERCUMA
+2V
TRANSISTOR COIR-P5CEVUNIT BCUIRR-2NCVUOIUTT
+2V
CRIRE-2CSVEUTIT The Component Board Games PO-N1W2OVER
MULA The_Component
DISINI RES+I2SVTOR KOMPONEN
+12V KOMMISPTOENREI N MISTERI
DIODE KAD +2V +2V
+2V SOALAN
RES+I2SVTOR
HADIAH
PERALATAN
ELEKTRIK
PERCUMA
+5V
KOMMISPTOENREI N DIODE
+2V
+2V
YES NO
LBEAMTEARHI RES+I2SVTOR KOMMISPTOENREI N LED CAPACITOR SALAH KOMMISPTOENREI N TRANSISTOR RES+I2SVTOR TAHNIAH TERUSKAN KOMMISPTOENREI N MENGHADIRI TRAN+S2IVSTOR DAPAT
1 PHUILSAINNGGAN +2V +2V +2V KOPMASPAONNGEN +2V +2V USAHA +2V KURSUS KOMPONEN
PERCUMA PERCUMA
MUNDUR 3 TAPAK +10V
BEARNTDUAAH
PUDSAI2NPAGTAN
LITAR SKEMATIK PENGESAN AIR
R1 = 10K (BROWN-BLACK-
R2 = ORENGE)
R3 = 390 (ORENGE-WHITE-
BROWN)
47K (YELLOW- VIOLET-
ORENGE)
C1 = 0.1(104)
D1 = 4148 (DIODE)
L1 = LIGHT EMITTING DIODE
IC1 = 555 (8PIN)
Q1 = 9012 (NPN)
PAD = WATER SENSOR (PCB)
RLY = 6VDC RELAY (SPDT)
4
LITAR GEGANTI PENGESAN AIR /
WATER DETECTION RELAY
74 8
IC 1
6 NE555 3
21 5
5
LITAR SKEMATIK PEMASA
R1 = 3.9K C1 47μF
R2 = 1K C3 0.1(104)
R3 = 6.8K C4 0.1(104)
R4 = 100K C5 47μF
R5 = 1K C6 100μF
Q1 = 9013 D1 4148 (DIODE)
LED = RLY 6-9VDC
VR1 = 1M IC-1 = RELAY
555 X 1
6
LITAR PEMASA /
IC TIMER CIRCUIT
74 8
IC 1
6 NE555 3
21 5
7
LITAR SKEMATIK SPEAKER
R1 2.7K (RED-VIOLET-RED)
R2 1.2K (BROWN-RED-RED)
R3 4.7K (YELLOW-VIOLET-
R4 390 RED)
R5 270 (ORENGE-WHITE-
R6 K BROWN)
R7 47K (RED-VIOLET-
R8 10K ORENGE)
R9 10K (YELLOW- VIOLET-
R10 10K ORENGE)
R11 22K (BROWN-BLACK-
R12 22K ORENGE)
R13 22K (BROWN-BLACK-
22K ORENGE)
(BROWN-BLACK-
ORENGE)
(RED- RED- ORENGE)
(RED- RED- ORENGE)
(RED- RED- ORENGE)
(RED- RED- ORENGE)
C1 100 Q2,Q3,Q5,Q6 = C945
C2 μF X 4
C3 10μF Q4 = A1015(PNP) X 1
C4 47μF L1 = LED X 1
C5 47μF RLY = 12VDC RELAY
C6 47μF ICI = 7812
47μF REGULATOR
D2 = 4148 (DIODE)
8
LITAR PELINDUNG PEMBESAR SUARA /
SPEAKER PROTECTOR CIRCUIT
9
ATURAN PERMAINAN
1.Bilangan pemain yang diperlukan adalah seramai 2 – 4 orang.
2.Susun kad-kad soalan dipapan utama.
3.Setiap pemain diwakili oleh sebiji bidak.
4.Semua pemain akan bermula dipetak “MULA DISINI” dan mengikut
pusingan jam.
5.Permainan dimulakan dengan setiap pemain dibekalkan dengan
sumber tenaga sebanyak +12V.
6.Setiap pemain perlu memilih litar yang sama. Jenis-jenis litar:
>Litar geganti pengesan air (water detection relay);
>Litar pemasa (Ic timer circuit);
>Litar pelindung pembesar suara (speaker protector circuit)
7.Setiap pemain perlu mencatat markah yang diperolehi pada borang
markah.
8.Dua biji dadu digunakan untuk pergerakkan bidak. Hasil tolak dua
dadu* akan menentukan kedudukan petak. (*merujuk kepada kehilangan
tenaga)
9.Pemenang dikira berdasarkan salah satu syarat dibawah (telah diper-
setujui bersama sebelum permainan bermula):
Melengkap semua komponen pada papan litar ;
Mempunyai jumlah voltan tertinggi.
10
JENIS TAPAK PERANAN TAPAK
KAEDAH PERMAINAN
MULA DISINI
permulaan permainan. Pemain akan mendapat +12V setiap
pusingan baru. (direkod dalam borang markah)
GAMBAR KOMPONEN
bidak berada pada mana-mana petak ini, pemain perlu
soalan.
Jika jawapan betul : penambahan voltan (+2V) berlaku (
dalam borang markah), permainan diteruskan oleh pemain
yang sama.
Jika jawapan salah : tiada penambahan voltan dan permainan
diteruskan oleh pemain seterusnya.
boleh membuat penukaran komponen jika komponen yang
telah cukup. Nilai voltan bagi situasi tersebut, tidak akan
.
GAMBAR KOMPONEN MISTERI
Seperti kaedah “Gambar komponen”. Pemain boleh memilih mana-
komponen bagi melengkapkan papan litar.
PENGURANGAN VOLTAN
Jika bidak berada pada petak ini pengurangan voltan berlaku seperti
yang tertera dan direkod dalam borang markah.
PETAK PILIHAN
bidak berada pada petak ini pemain perlu menjawab soalan :
Jika jawapan betul : gerak ke petak TAHNIAH
Jika jawapan salah : gerak ke petak TERUSKAN USAHA
Bonus
Di petak ini, pemain menerima tambahan voltan secara percuma
(seperti nilai tertera) tanpa perlu menjawab soalan.
boleh memilih mana-mana komponen untuk melengkapkan
. Tidak perlu menjawab soalan dan tidak akan mendapat voltan
.
11
LAIN-LAIN PERALATAN
Bidak
Dadu
i.Dayo-biru ii.Ledo-hitam
Kad Soalan iii.Trasis-jingga iv.Mofet-unggu
State 2 terminals of a diode? Gambar Komponen
Nyatakan 2 terminal diod?
1
Pentode and Triode
Anode and Cathode
Drain and Source
Gate and Drain
12
TAWARAN NILAI (BMC)
Key Partners Key Activities Value Customer Customer
Proposition Relationships Segments
Key Resources Channels
Cost Structure Revenue
Streams
13
PENERANGAN BMC
VALUE PROPOSITION CUSTOMER SEGMENT
i. Menggalakkan pembelajaran aktif Pelajar, guru, tenaga
ii. Meningkatkan respon pelajar dan guru pengajar dan pensyarah
iii. Meningkatkan kemahiran kognitif dan yang terlibat dalam Kursus
Elektrik dan Elektronikdi
ingatan institusi TVET seperti:
iv. Pembelajaran lebih bermakna i. Menengah Teknik
v. Mesra OKU ii. Kolej Vokasional
iii. Kolej Komuniti
iv. Politeknik
CUSTOMER RELATIONSHIPS CHANNEL
• TOT Facebook
• Pertandingan inovasi Instagram
• Sesi Kuliah
Youtube
REVENUE STREAM Website
Sesi Kuliah
Jualan runcit
Latihan
14
PENERANGAN BMC
KEY PARTNER KEY RESOURCES
• Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej • Silibus Elektrik dan
Komuniti (JPPKK) Elektronik
• Bahagian Pendidikan dan Latihan • Kaitan dengan fungsi
Teknikal Vokasional (BPLTV) jabatan
• CIAST • Pelajar
• YIM • Media Sosial
• LUMA • Alat bantu mengajar
• UUM
COST STRUCTURE
• Kos latihan
• Pemasaran
• Rekabentuk
• Logistik
• Percetakan
• Hospitaliti
15
SOALAN DAN JAWAPAN
1. Nyatakan 2 terminal diod? / State 2 terminals of a diode?
A. Pentode and Triode
B. Anode and Cathode
C. Drain and Source
D Gate and Drain
2. Berapakah bilangan diod dalam penerus jambatan gelombang fasa tunggal?
How many diodes are in a single-phase full wave bridge rectifier?
A. 8
B. 2
C. 4
D3
3. Apakah singkatan BJT? / What is the acronym of BJT?
A. Back Junction Transformer
B. Bit Junction Transfer
C. Bi-polar Junction Transistor
D Bell Jar Transformer
4. Berapa banyak terminal yang dimiliki oleh BJT? / How many terminals does a BJT have?
A. 4
B. 1
C. 2
D3
5. Namakan terminal BJT. / Name the terminals of a BJT.
A. Emitter, Base, Collector
B. Anode, Cathode, Triode
C. Drain, Gate, Source
D Positive, Negative, Neutral
16
6. Apakah singkatan FET? / What is the acronym of FET?
A. Field Effect Transformer
B. Field Effect Transistor
C. French Energy Transfer
D Farad Effect Transformer
7. Namakan terminal FET / Name the terminals of an FET.
A. Emitter, Base, Collector
B. Triode, Pentode, Cathode
C. Drain, Gate, Source
D Pentode, Anode, Source
8. Peranti mana yang boleh digunakan untuk menyimpan caj? / Which device can be used
to store charge?
A. Diode
B. Transistor
C. Resistor
D Capacitor
9. Apakah nilai bagi kod Warna Biru bagi perintang? / What is the value of the Blue
Color code for the resistor?
A. 4
B. 1
C. 2
D6
10. Apakah penapis yang dibuat dengan menggunakan perintang dan kapasitor atau
induktor dan kapasitor yang dipanggil? / What are filters created by using resistors and
capacitors or inductors and capacitors called?
A. Differential filters
B. Continuous filters
C. Passive filters
D Active filters
17
11. Ciri-ciri semikonduktor jenis-p adalah termasuk / The charecterics of p-type
semiconductors is includes
A. Pembawa majoriti adalah elektron / Majority carriers are electron
B. Mempunyai kecenderungan untuk elektron penderma / Has tendency to donor
electron
C. Mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan elektron / Has tendency to
gain electron
D Mudah mengalirkan elektrik / Easy to conduct electricity
12. Fungsi pearuh adalah / Function of inductor is __
A. Benarkan ac sahaja / Allow only ac
B. Benarkan dc blok ac / Allow dc block ac
C. Benarkan blok ac dc / Allow ac block dc
D Benarkan dc sahaja / Allow only dc
13. Antara pernyataan berikut, yang manakah BUKAN aplikasi diod dalam litar elektronik?
Which of the following statement is NOT the diode application in electronic circuit?
A. Diod sebagai penerus / Diode as rectifier
B. Diod sebagai sel suria / Diode as solar cell
C. Diod sebagai penguat / Diode as amplifier
D Diod sebagai pengatur voltan / Diode as voltage regulator
14. Komponen mana yang membolehkan arus elektrik mengalir dalam satu arah
Which component that allows an electric current to pass in one direction
A. Diode
B. Transistor
C. Resistor
D. Capacitor
15. Namakan simbol skematik berikut
Name the schematic symbol
A. Diode
B. Transistor
C. Resistor
D. Capacitor
18
16. Namakan simbol skematik berikut
Name the schematic symbol
A. Diode
B. Transistor
C. LED
D. Diode Zener
17. Namakan simbol skematik berikut
Name the schematic symbol
A. Diode
B. Photodiode
C. LED
D. Diode Zener
18. Namakan simbol skematik berikut
Name the schematic symbol
A. Diode
B. Transistor
C. LED
D. Diode Zener
19. Namakan terminal bergaris
Name the striped terminal
A. Anode
B. Get
C. Cathode
D. Common
19
20. Namakan komponen yang digunakan untuk mengawal voltan merentasi litar kecil /
Name the components used to control voltage across small circuits
A. Diode
B. Photodiode
C. LED
D. Diode Zener
21. Peranti semikonduktor yang menukarkan cahaya kepada arus elektrik
A semiconductor device that converts light into an electrical current
A. Diode
B. Photodiode
C. LED
D. Diode Zener
22. Sumber cahaya semikonduktor yang memancarkan cahaya apabila arus mengalir
melaluinya / A semiconductor light source that emits light when current flows through it
A. Diode
B. Photodiode
C. LED
D. Diode Zener
23. Namakan simbol skematik berikut
Name the schematic symbol
A. PNP Transistor
B. NPN Transistor
C. MOSFET
D. UJT
20
24. Namakan simbol skematik berikut
Name the schematic symbol
A. PNP Transistor
B. NPN Transistor
C. MOSFET
D. UJT
25. Nyatakan dua jenis transistor BJT / State the two types of BJT transistors
A. Bipolar Transistor and Unipolar Transistor
B. PNP Transistor and NPN Transistor
C. MOSFET and E-MOSFET
D. UJT and FET
26. Elektron dan lubang sama besarnya tetapi bertentangan kutub
Electrons and holes are equal in magnitude but opposite in polarity
Betul / True
Salah / False
27. Pembawa minoriti dalam silikon jenis-P dipanggil / The minority carriers in P-type silicon
are called
A. Hole
B. Electron
C. Proton
D. Neutron
28. Semikonduktor pada amnya mempunyai _______ elektron valensi. / A semiconductor
has generally _______ valence electrons.
A. 4
B. 3
C. 6
D. 2
21
29. Sambungan bateri yang diperlukan untuk membalikkan persimpangan p-n adalah / The
battery connections required to reverse bias a p-n junction are
A. terminal +ve ke p dan –ve terminal ke n / +ve terminal to p and –ve
B. -ve terminal ke p dan –ve terminal ke n / -ve terminal to p and –ve terminal to n
C. Terminal C. + ve ke terminal p dan + ve ke n / +ve terminal to p and +ve terminal
to n
D. Terminal C. + ve ke terminal p dan + ve ke n / Terminal C. + ve ke terminal p
dan + ve ke n
30. Apabila ketidaktulenan pentavalen ditambahkan pada semikonduktor tulen, ia menjadi
When a pentavalent impurity is added to a pure semiconductor, it becomes____
A. semikonduktor jenis-n / n-type semiconductor
B. Penebat / An insulator
C. semikonduktor jenis-p / p-type semiconductor
D. Semikonduktor intrinsik / An intrinsic semiconductor
31. Dengan bias ke hadapan ke persimpangan p-n, lebar lapisan penipisan
With forward bias to a p-n junction, the width of depletion layer____
A. Kekal sama / Remains the same
B. Meningkat / Increases
C. Berkurang / Decreases
D. Tiada satu pun di atas / None of the above
32. Semasa pembentukan persimpangan p-n / During formation of p-n junction
A. Elektron menyebar dari sisi p ke n / An electron diffuses from p to n side
B. Elektron menyebar dari sisi n ke p / An electron diffuses from n to p side
C. Lubang membeza dari sisi p ke n / A hole diffuses from p to n side
D. Lubang membeza dari sisi n ke p / A hole diffuses from n to p side
22
33. Semikonduktor jenis-n dikenakan cas negatif
An n-type semiconductor is negatively charged
Betul / True
Salah / False
34. Manakah bukan salah satu sifat semikonduktor?
Which is not one of the properties of semiconductor?
A. Lubang daun bebas elektron. / Electron free leaves hole.
B. Semikonduktor mempunyai 2 jenis pembawa caj. / Semiconductor has 2 types
of charges carriers.
C. Atom bergetar menyebabkan elektron bebas dari ikatan. / Atoms vibrate causes
electron to break free from the bonds.
D. All of the above. / All of the above.
35. Penambahan kekotoran separa pada semikonduktor mencipta banyak___ / Addition of
trivalent impurity to a semiconductor creates many___
A. Lubang / Holes
B. Elektron bebas / Free electrons
C. Mengikat elektron / Bounds electron
D. Elektron valensi / Valence electrons
36. Siapa yang menyumbang kepada arus semikonduktor
Who contribute to the current in a semiconductor
A. Kedua-dua elektron dan lubang / Both electrons and holes
B. Elektron sahaja / Electrons only
C. Lubang sahaja / Holes only
D. Ion-ion negatif / Negative ions
37. Yang manakah adalah Komponen Pasif? / Which one is the Passive Component?
A. Transistor / Transistor
B. Perintang / Resistor
C. Diod / Diode
D. Litar bersepadu / Integrated circuit (IC)
23
38. Unit Kapasitor adalah / The unit of Capacitor is
A. Farad
B. Ohms
C. Kilo
D. Henry
39. Fungsi diod Zener adalah / The function of the Zener diode is
A. Litar penapis / Filter circuit
B. Litar penerus / Rectifier circuit
C. Litar pengatur / Regulator circuit
D. Litar Impedans / Impedance circuit
40. LDR (Light Dependent Resistor - Photocell) berbeza rintangan ketika mengesan / LDR
(Light Dependent Resistor - Photocell) has different resistance when detecting
A. Cahaya / Light
B. Fluks magnet / Magnet flux
C. Haba / Heat
D. Condongkan / Tilt
41. Namakan dua terminal LED / Name the two terminal of LED
A. Collector, Emitter
B. Anode, Cathode
C. Drain, Gate
D. Cathode, Base
42. Terminal bagi bateri biasa ialah / The two terminals of a normal battery
A. 0 , +Ve
B. -Ve, +Ve
C. -Ve, 0
D. GND, -Ve
24
43. Nombor atom unsur ditentukan oleh: / The atomic number of an element is determined
by :
A. Bilangan neutron / The number of neutrons
B. Bilangan proton / The number of protons
C. Bilangan neutron ditambah dengan bilangan proton.
The number of neutrons plus the number of protons.
D. Bilangan elektron / The number of electrons
44. Berat atom unsur ditentukan oleh / The atomic weight of an element is determined by
A. Bilangan neutron /The number of neutrons
B. Bilangan proton. / The number of protons.
C. Bilangan neutron ditambah dengan bilangan proton
The number of neutrons plus the number of protons
D. Bilangan elektron / The number of electrons
45. Yang manakah BUKAN jenis kapasitor? / Which one is NOT a type of a capacitor?
A. Elektrolitik / Electrolytic
B. Tantalum / Tantalum
C. Poliester / Polyester
D. Seramik / Ceramic
46. Persimpangan P-N membolehkan aliran semasa / A P-N junction allows current flow
when
A. bahan jenis-p lebih positif daripada bahan jenis-n / The p-type material is more
positive than the n-type material
B. bahan jenis-n lebih positif daripada bahan jenis-p / The n-type material is more
positive than the p-type material
C. kedua-dua bahan jenis-n dan jenis-p mempunyai potensi yang sama / Both the n-
type and p-type materials have the same potential
D. tidak ada potensi pada bahan jenis-n atau jenis-p / There is no potential on the
n-type or p-type materials
25
47. Anak panah skematik diod menunjukkan / The diode schematic arrow points to
A. Bahan trivalent-doped / trivalent-doped material
B. Plumbum paksi positif / Positive axial lead
C. Plumbum anod / anode lead
D. Plumbum katod / Cathode lead
48. Istilah bias dalam elektronik biasanya bermaksud ___ / The term bias in electronics usually
means____
A. Nilai voltan ac dalam isyarat. / The value of ac voltage in the signal.
B. Keadaan arus melalui persimpangan p-n. / The condition of current through a p-n
junction.
C. Nilai voltan dc agar peranti dapat beroperasi dengan baik. / The values of dc
voltages for the devices to operate properly.
D. Tiada satu pun di atas. / None of the above.
49. Di mana persimpangan p-n terbentuk? / Where the p-n junction is formed?
A. Di kawasan penipisan / In a depletion region
B. Di kawasan bias terbalik yang besar / In a large reverse biased region
C. Titik di mana dua bahan doped bertentangan bersatu / The point at which two
opposite doped materials come together
D. Setiap kali terdapat penurunan voltan ke hadapan / Whenever there is a forward
voltage drop
50. Antara yang manakah BUKAN semikonduktor? / Which among of these is NOT
semiconductor?
A. Titanium
B. Silicon
C. Germanium
D. Gallium Arsenide
26
PAUTAN INTERAKTIF
Mengandungi nota ringkas berkenaan komponen-komponen elektronik.
Bahan ini boleh didapati melalui laman web http://semicondevices.wix-
site.com/semicon
Atau imbas kod QR untuk ke laman web di atas. Dalam web tersebut
tersedia juga aplikasi info pintar yang interaktif untuk dimuat turun oleh
27
Diod pemancar cahaya adalah Anod Katod
diod yang boleh menyala
apabila arus elektrik mengalir
melaluinya.
Kapasitor
Komponen yang boleh
menyimpan dan melepaskan cas
elektrik
Transistor
Digunakan untuk meninggikan
arus, voltan, dan kuasa
Perintang
Mengawal arus elektrik dalam
sesuatu litar
28
Diod adalah komponen yang Perintang Boleh Laras
membenarkan arus mengalir
dalam satu arah sahaja. Fungsi perintang boleh laras
adalah sama dengan perintang
Pearuh tetap iaitu untuk menghadkan
pengaliran arus elektrik.
Induktor atau peraruh adalah
gegelungwayar atau konduktor Bateri
elektrik yang dililit dalam
bentuk silinder atau gegelung. Bateri menyimpan tenaga
elektrik dalam bentuk kimia
dimana ia akan menukar tenaga
kimia kepada tenaga elektrik.
29
Digunakan untuk
menyambung dan
memutuskan bekalan arus
elektrik di dalam litar.
Fotodiod
Anod Katod Komponen elektronik yang dapat
(+) (-) mengubah cahaya menjadi arus
elektrik.
Diod Zener Anod Katod
(+) (-)
Diod zener mempunyai ciri
membenarkan arus mengalir Relay
dalam keadaan pincang
songsang apabila nilai voltan Relay adalah suis yang bertujuan
pincang songsang yang menutup dan membuka litar secara
dibekalkan mencapai nilai elektronik dan juga elektromekanik.
voltan zener, Vz.
30
Kegunaan buzzer dan SCR
bipers yang biasa
merangkumi alat penggera, SCR digunakan terutamanya
pemasa, dan pengesahan pada peranti yang memerlukan
input pengguna seperti klik kawalan kuasa tinggi, mungkin
tetikus atau tekan kekunci. pada voltan tinggi.
Integrated Circuit (IC) LDR
Integrated Circuit (IC) Adalah alat sensitif cahaya yang
merupakan gabungan dari paling sering digunakan untuk
beberapa komponen seperti menunjukkan kehadiran atau
Resistor, Kapasitor, Diod dan ketiadaan cahaya, atau untuk
Transistor yang telah mengukur intensiti cahaya.
terintegrasi menjadi sebuah
rangkaian berbentuk cip kecil. 31
SENARAI PENCAPAIAN
Bil Nama Pertandingan/Anugerah Peringkat Pencapaian
1 International Learning Innovation Competition 2019 Antarabangsa Pingat
(PIP2019), Universiti Utara Malaysia, Kedah Emas
2 EduNovation Carnival : Transformation Towards Kebangsaan Pingat
Entrepreneurial Mindset (EdNovaC19), Institut Emas
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
Terengganu
3 Invention, Innovation Competition and Exihibition Kebangsaan Pingat
Terengganu 2019 (ICTex2019), Universiti Malaysia Emas
Terengganu, Terengganu
4 Competition, Presentation, Exhibition (ComPEx Kebangsaan Pingat
2019), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Emas
Teknik, Negeri Sembilan
5 UniSZA Carnival on e-Learning 2019 (UniCeL 2019), Kebangsaan Pingat
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu Perak
6 Bengkel dan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Tempat
2019 Timur ke-4
7 Dana Pembangunan Projek Inovasi Dibawah Program Kebangsaan -
Berimpak Tinggi 6 (HIP6) bagi model Community Pingat
Enabler (CE) Emas
8 Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Kebangsaan
Baharu Politeknik dan kolej komuniti 2019
9 Best Practice in teaching and Learning 2020 Kebangsaan Pingat
Perak
32
JALINAN KERJASAMA - ANTARABANGSA
Politeknik
Negeri Padang
Kampus Politeknik Negeri
Padang Limau Manis
Kecamatan Pauh Kota Padang
25164
Provinsi Sumatera Barat
Universitas
Karimun
Jl. Raya Komp. Timah, Tlk.
Uma, Tebing, Kabupaten
Karimun, Kepulauan Riau
29663, Indonesia
33
JALINAN KERJASAMA - TEMPATAN
34
PERAKUAN
Pelbagai perakuan telah diterima daripada pihak
bertauliah sama ada dalam bidang pendidikan mahu-
pun pemain industri dalam bidang berkaitan game
board seperti berikut:-
Encik Shahnizan Herman bin Mohd Radzi, Felo
Pusat Inovasi & Pengkomersilan (Bidang
Gamification), Universiti Utama Malaysia (UUM),
merangkap panel penasihat kurikulum program
pengajian Diploma in Games Technology JPP KPT.
Mr Goh Choon Ean, Pengurus LUMA, George Town,
Penang. Expert in Tabletop Game Designers of
Malaysia, www.luma.net.my.
35
RUJUKAN
Nor Azura Osman et al. (2016). Measurement : Oxford Fajar
Polytechnic Series. Fajar Bakti
Nurul Asyikin Mad Yusuf et al. (2017). Semiconductor Devices :
Oxford Fajar Polytechnic Series. Fajar Bakti
INNOVOLT : Semicon Game Board, Laporan Kumpulan Inovatif dan
Kreatif Horizon Baharu 2019, Politeknik Kuala Terengganu.
Slide pembentangan pertandingan Inklusif Inovasi 2019 Zon
Timur, Yayasan Inovasi Malaysia.
Alexander, O., & Yves, P. (2010). Business Model Generation : A
Handbook for Visionaries, Game Changers, and Challengers. John
Wiley & Sons
https://boardgamearena.com/startwannaplay
https://www.strategyzer.com/canvas/business-model-canvas
36
GLOSARI
A - Abbreviation for ampere, the unit of electrical current.
AC coupling - Circuit that passes an AC signal while blocking a DC
voltage.
Active component - A component that changes the amplitude of a
signal between input and output.
Bipolar junction transistor - (BJT), A three terminal device in which
emitter to collector current is controlled by base current.
Capacitor - An electronic component having capacitive reactance.
Diode - A two terminal device that conducts in only one direction.
Load - A source drives a load. Whatever component or piece of
equipment is connected to a source and draws current from a
source is a load on that source.
Passive component - Component that does not amplify a signal.
Resistors, capacitors and inductors are examples.
Resistor - Component made of material that opposes ow of
current and therefore has some value of resistance.
Transistor - Term derived from “transfer resistor.” Semiconductor
device that can be used as an ampli er or as an electronic switch.
Variable resistor - Resistor whose resistance can be changed by
turning a shaft. See also “potentiometer and rheostat.”
Zener diode - Semiconductor diode in which reverse breakdown
voltage current causes the diode to develop a constant voltage.
Used as a clamp for voltage regulation.
37