Tarikh MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM
Masa DAERAH KUDAT BIL.3/2020
Tempat
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT
: 30 Oktober 2020 (Jumaat)
: 9.00 pagi
: Dewan Perdana PPD Kudat,
Secara bersemuka dan Atas Talian melalui Google Meet
KEHADIRAN: Pengerusi
1. Tuan Haji Kusdi Bin Ribut
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
2. Encik Ahmad B Mehdunah
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan
3. Encik Matius Bin Alok
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
4. Encik Asung Bin Haji Japril
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
5. Encik Amiluddin Majuki
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Murid
6. Tuan Haji Sharif Zainal Abiddin Bin Haji Sharif Shek
Ketua Sektor,
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
7. Tn Haji Ismail Tukimin
Pegawai SIPartners+
8. Encik Mohd Khuraini Bin Khuzaimah
Pegawai SIPartners+
9. Encik Mohd Alizan Bin Alias
Kaunselor Organisasi Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
10. Encik Anuar Ag Ismail
Pegawai SISC+
11. Encik Husmi Hussin
Pegawai SISC+
12. YBrs Dr Azlan Shafie Abdullah
Pegawai SISC+
13. Puan Jenny Chua
Pegawai SISC+
14. Encik Mohd Raffie B Rafflis
Pegawai SISC+
15. Puan Sabahiah Binti Abdul Karim
Pegawai SISC+
16. Puan Aidah Binti Abu Bakar
Pegawai SISC+
1
17. Puan Lily Sintum Abdullah
Pegawai SISC+
18. Ybrs Dr Esmali Bari
Penolong Pegawai Pendidikan
19. Encik Mohd Hardye Bin Hj Samin
Penolong Pegawai Pendidikan
20. Encik Hj Haris Hj Afrain
Penolong Pegawai Pendidikan
21. Encik Awang Suzim Bin Nurajim
Penolong Pegawai Pendidikan
22. Ustaz Aminurrashid Bin Ibrahim
Penolong Pegawai Pendidikan
23. Encik Ben @ Mohd Hidayat Bin Salim
Penolong Pegawai Pendidikan
24. Encik Wahiddin Bin Rashid
Penolong Pegawai Pendidikan
25. Encik Azlan Bin Matsaik
Penolong Pegawai Pendidikan
26. Encik Mohd Shah Bin Jaharun
Penolong Pegawai Pendidikan
27. Puan Atiah Hj Sulaiman
Penolong Pegawai Pendidikan
28. Encik Haris Bin Sahidol
Penolong Pegawai Pendidikan
29. Encik Bop Bin Abdul Gapor
Penolong Pegawai Pendidikan
30. Encik Roslan Binsu
Penolong Pegawai Pendidikan
31. Encik Maxcey Michael Bejuet
Penolong Pegawai Pendidikan
32. Encik Zulkepley Bin Tutong
Pembantu Tadbir SPb
33. Rozlan Bin Hashim
Pengetua SMK Kudat
34. Encik Goh Wui Hon
Pengetua SMK St Peter Kudat
35. Encik Hor Chow Wah
Pengetua SMJK Lok Yuk Kudat
36. Puan Faridah Binti Kamaruddin
Pengetua SMK Sikuati
37. Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah
Pengetua SMK Kudat II
38. Encik Killy Bin Otahlahid
Pengetua SMK Banggi
39. Encik M.Salim B Masrah
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sikuati II
40. Puan Murni Hussin
Guru Besar, SK Dampirit
41. Encik Bowby B Otah
Guru Besar SK Dualog
42. Encik D. Amir Amzah Bin D. Sulaiman
Guru Besar SK Gumandang
2
43. Encik Mohammad Juari Bin Amit
Guru Besar SK Lotong
44. Puan Fatimah Binti Nuhan
Guru Besar SK Matunggong
45. Puan Masnah Padila
Guru Besar SK Muhibbah
46. Puan Serima Hj Santil
Guru Besar SK Nangka
47. Encik Palajuman Mongankim
Guru Besar SK Panudahan
48. Encik Jeli Asangin
Guru Besar SK Parapat Darat
49. Encik Mobilim @ Mopilin Bn Engin @ Enjin
Guru Besar SK Lokoton
50. Encik Jastin Jendah
Guru Besar SK Pata
51. Puan Eradah Elda Marael
Guru Besar SK Lok Tuhog
52. Encik Mohamad Zamri Bin Mustafa
Guru Besar SK Suangpai
53. Puan Nowilin Binti Ipon
Guru Besar SK Tiga Papan
54. Encik Matsaleh Bin Muhammad
Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha
55. Encik Ajun Bin Mava
Guru Besar SK Lodung
56. Puan Rosmi Binti Gata
Guru Besar SK Lok Yuk Sikuati
57. Puan Pauline Gusup
Guru Besar SK St Peter
58. Encik Yong Ngee Kiun
Guru Besar SJKC Hwa Lian
59. Puan Yong Yik Nuo
Guru Besar SJKC Our Lady Immaculate
60. Encik Yong Nyee Choon @ Joseph Yong
Guru Besar SJKC Sacred Heart, Tajau
61. Cik Chong Li Khyun
Guru Besar SJKC St Peter
62. Encik Brenden Ling Sui Tiing
Guru Besar SJKC Lok Yuk Bt1
63. Encik Lo Chi Fatt
Guru Besar SJKC Yuk Hwa Tamalang
64. Ho Kui Chin
Guru Besar SJKC Lok Yuk Pinangso
65. Encik Frasil Lahuddin
Guru Besar SK Sabur
66. Encik Majukil Bin Masuadil
Guru Besar SK Semayan
67. Encik Mohd Jasni Bin Jamrin
Guru Besar SK Garau
68. Encik Abdul Rahim Madtaip
Guru Besar SK Indarason Laut
3
69. Puan Salleha Bt Hj Mujun
Guru Besar SK KG Minyak
70. Encik Osman Pudin
Guru Besar SK Limau-Limauan
71. Encik Jaffery Maginbal
Guru Besar SK Tinangol
72. Encik Ahmad Bulkia Hj Yahya
Guru Besar SK Terongkongan
73. Encik Zamanhuri Bin Ismail
Guru Besar SK Pekan II
74. Encik Ronal @ Ronald Bilik
Guru Besar SRK St James
75. Encik Osman @ Tahir Mohammad
Guru Besar SK Palak
76. Encik Rusulan Bin Rahaban
Guru Besar SK Sebayan
77. Puan Hamidah Bt Ali @ Idah
Guru Besar SK Barambangon
78. Encik Alfren Mangabis
Guru Besar SK Lampaki
79. Encik Jokopurwanto Bin Jimin
Guru Besar SK Tg Manawali
80. Encik Osman Bin Pudin
Guru Besar SK Limau-limauan
81. Encik Benanta Bin Salleh
Guru Besar SK Lok Yuk Bt 1
82. Puan Rose Mary Sadangit
Guru Besar SK Lajong
83. Puan Surati Binti Md Aji
Guru Besar SK Landung Ayang
84. Encik Majuri Bin Sondili
Guru Besar SK Pulau Tigabu
85. Encik Mohd Salleh Bin Selamat
Guru Besar SK Parapat Laut
86. Encik Fowzi Bin Boman
Guru Besar SK Sikuati
87. Encik Suhaily Bin Ijalbranei
Guru Besar SK Batu Layar
88. Encik Alexander Bungkak
Penolong Kanan Pentadbiran SK Bingolon
89. Encik Abdul Baasith Bin Imam Goy
Penolong Kanan Pentadbiran SK Balambangan
90. Encik Ajamain Bin Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran SK Laksian
91. Encik Mohd Zaideel Bin Abdullah
SK Laksian
PEMBENTANG:
1. Encik Anuar Bin Ag. Ismail
Pegawai SISC+
4
URUSETIA:
1. Puan Sabahiah Binti Abdul Karim
Pegawai SISC+
2. Encik Awang Suzim Bin Nurajim
Penolong Pegawai Pendidikan
3. Ustaz Aminurrashid Bin Ibrahim
Penolong Pegawai Pendidikan
TIDAK HADIR BERSEBAB
1. Encik Abdul Gani Bin Haiyun
Pengetua SMK Pinawantai
2. Puan Rosniah Binti Ali
Pengetua SMK Abdul Rahim
3. Tuan Hj Salmat Bin Abi
Guru Besar SK Pulau Balambangan
4. Encik Abd Malat Bin Sarisil
Guru Besar SK Laksian
5. Encik Somingkal Uensai
Guru Besar SK Bingolon
6. Encik Hasrie Inok Abdullah
Guru Besar SK Pinawantai
7. Encik Joseph Peter
Guru Besar SK Padang Banggi
AGENDA
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir.
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pengetua dan guru besar
kerana dapat mengikuti mesyuarat secara online melalui google meet
membincangkan pelbagai perkara berkaitan pendidikan.
1.3. Pengerusi berkongsi keputusan verifikasi PKPPD PPD Kudat bagi tahun 2019
iaitu 86.15% berbanding 69.2% pada tahun 2018. Pengerusi mengucapkan
terima kasih atas kerjasama semua warga PPD Kudat termasuk PGB dengan
lonjakan dari 2 bintang ke 3 bintang. Pencapaian ini melebih sasaran iaitu
85%.
Makluman
1.4. Pengerusi turut berkongsi dapatan PDPR pada bulan Oktober 2020 di mana PPD
Kudat berada di kedudukan nombor 2 terendah di Sabah. Dapatan mendapati
PDPR di PPD Kudat hanya 46% sahaja berbanding sasaran JPN Sabah 50% ke
atas. Perbincangan melalui google meet yang telah diadakan antara Sektor
Pembelajaran, pengetua dan guru besar diharap akan mengubah data analisis
pada minggu seterusnya dan melepasi KPI negeri. Beliau meminta PGB terus
fokus dalam memantau guru-guru untuk melaksanakan PDPR.
Makluman
5
1.5. Pengerusi memaklumkan Dialog Prestasi SPM telah diadakan pada 28 Oktober
2020 (Rabu) dan dihadiri oleh pegawai dari JPN Sabah dan Timbalan Pengarah
Sektor Pembelajaran JPN Sabah iaitu Tuan HJ Abidin Marjan. Beliau
mengucapkan tahniah kepada Sektor Pembelajaran PPD Kudat, pengetua dan
semua guru besar kerana melaksanakan dialog prestasi tersebut dengan
cemerlang.
Makluman
1.6. Pejabat Pendidikan Daerah Kudat akan terus memantau beberapa isu yang
menjadi keutamaan, antaranya ialah PKPPD. Teguran diberikan adalah
mengenai maklumbalas mesyuarat, di mana maklumbalas yang dihantar
hendaklah memenuhi kriteria yang sepatutnya. Pihak PPD akan menyediakan
‘google form’ di mana semua rakan ppd akan memberi maklumbalas melalui
‘google form’, sebagai bukti sekolah telah memberi maklumbalas tersebut.
Teguran kedua ialah pengisian maklumat PIBKS atau SARANA secara online.
Pada 2019 hanya 65% sahaja sekolah yang mengisinya. Beliau berharap agar
semua sekolah mengisi PIBKS supaya memenuhi skor yang sepatutnya dan
memantapkan konsep PDCA dalam pengurusan.
Makluman
2.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH
BIL.2/ 2020
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Kudat Bil.2/2020 bertarikh 11
Jun 2020 diterima dan disahkan oleh semua ahli mesyuarat.
Pencadang : Encik Abdul Rahim Madtaip
Penyokong : Guru Besar SK Indarason Laut Kudat
Encik Matsalleh Mohammad
Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha
3.0. PERKARA BERBANGKIT/MAKLUM BALAS
3.1. Rujuk perkara 4.1.3.
i) Pengerusi berharap agar semua sekolah hendaklah menilai program-program
sedia ada berdasarkan keputusan AR1 dan hasilkan satu intervensi bagaimana
meningkatkan prestasi AR2 nanti. Sila hantar intevensi kepada Urusetia
mesyuarat. Semua sekolah menengah telah menghantar intervensi kepada
urusetia mesyuarat.
3.2. Rujuk Perkara 4.2.4.
i)Pengerusi berharap agar semua sekolah rendah dapat memberikan alternatif
bagi membantu murid- murid tahun 6 menguasai kemahiran yang diperlukan.
Semua sekolah rendah telah menghantar maklumbalas mengenai tindakan dan
program yang dilaksanakan disekolah bagi membantu murid-murid ini.
3.3. Rujuk perkara 4.3.2.
i) Pengerusi meminta semua sekolah menghasilkan dan menghantar sekurang-
kurangnya 1 PBL sebelum 3 Julai. Untuk sekolah rendah boleh dapatkan dari
murid tahap 1 dan tahap 2. Untuk sekolah menengah 1 PBL sahaja bagi setiap
sekolah. Beliau mencadangkan agar hasil tersebut dapat dibentangkan dalam
6
satu karnival secara online. Semua sekolah telah menghantar PBL kepada
penyelaras PBL PPD Kudat.
ii) Pengerusi mencadangkan agar seorang guru penyelaras PBL dilantik di
sekolah bagi memudahkan pengurusan PBL sekolah. Semua sekolah telah
melantik seorang guru penyelaras PBL sekolah.
3.4. Rujuk perkara 4.4.2.
iii) Semua sekolah perlu menghantar pelaporan PBD Jun 2020. Semua sekolah
telah menghantar pelaporan PBD kepada Penyelaras PBD Daerah.
3.5. Rujuk perkara 4.5.2. Peratus pelaksanaan PDPJJ di kudat sekitar 35% hingga
40% dan masih di bawah KPI Jabatan Pendidikan Sabah, di mana KPI adalah
50%.Semua sekolah telah mengambil tindakan berhubung perkara ini dan
berusaha menyelesaikan sebarang isu yang timbul.
Makluman
4.0. LAPORAN PEMBENTANGAN, TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN
4.1. ANALISIS PEPERIKSAAN SEMESTER 2 STPM 2020
Pembentangan oleh Encik Anuar Ag Ismail , Pegawai SISC+, Sektor
Pembelajaran PPD Kudat
(Sila rujuk edaran bahan Mesyuarat JKKD Bil.3/2020)
4.1.1. Tujuan pembentangan ini adalah untuk mengongsikan pencapaian
Peperiksaan Semester 2 STPM bagi tahun 2020.
4.1.2. Memberi motivasi kepada semua warga sekolah untuk meningkatkan
lagi keputusan STPM bagi tahun 2020 di mana dalam tempoh 4 tahun,
semua calon STPM telah menunjukkan kecemerlangan yang
memberangsangkan.
4.1.3. Mencadangkan 5 pemerkasaan STPM 2020.
4.1.4. Keputusan Mesyuarat:
Pengerusi berharap agar semua pengetua dapat melaksanakan
intervensi berdasarkan data dan 5 cadangan pemerkasaan STPM 2020
dapat dilaksanakan.
Tindakan: Pengetua
4.2. ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2020 TAHUN 5
Pembentangan oleh Encik Anuar Ag Ismail , Pegawai SISC+, Sektor
Pembelajaran PPD Kudat
(Sila rujuk edaran bahan Mesyuarat JKKD Bil.3/2020)
4.2.1. Tujuan pembentangan ini adalah untuk mengongsikan analisis
peperiksaan pertengahan tahun 2020 Tahun 5 yang akan menduduki UPSR
tahun 2021.
4.2.2. Mengnalpasti tahap penguasaan murid dan mambuat intervensi sesuai
bagi memastikan murid- murid yang belum menguasai tahap minimum
dapat dibantu.
4.2.3. Mencadangkan 4 pemerkasaan UPSR 2021.
4.2.4. Keputusan Mesyuarat:
7
Pengerusi berharap agar semua sekolah rendah dapat mengenalpasti
kelemahan dan mengikuti panduan intervensi yang telah dicadangkan
bagi membantu murid-murid tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan
UPSR tahun hadapan.
Tindakan: Guru Besar
5.0. HAL-HAL LAIN
5.1 Tuan Hj Sharif Zainal Abiddin Sharif Shek, Ketua Sektor, Sektor
Pentaksiran dan Peperiksaan
5.1.1. Tuan Hj Sharif Zainal, memberi makluman kepada semua pengetua
berkenaan persediaan pengawas peperiksaaan SPM bermula Januari
2021, beliau memohon pengetua mengubah suai cadangan guru
bertugas bagi guru yang telah berpindah.
5.1.2. Untuk perubahan tarikh peperiksaan berkaitan MUET, jadual telah
dikongsikan kepada semua setiusaha dan berharap semua sekolah
yang terlibat untuk membuat persediaan. Surat akan di berikan
kemudian kepada semua sekolah.
Makluman
5.2. Encik Husmi Hussin, Pegawai SISC+ PPD Kudat
5.2.1. Berkaitan dengan PLC, pada tahun 2019 penyertaan PLC dalam SPL
KPM hanyalah 21.8% dari 1800 orang guru di PPD Kudat. Walau
bagaimanapun bagi tahun 2020, penglibatan PLC guru-guru di PPD
Kudat telah mencatatkan peningkatan sebanyak 97.7%. PPD Kudat
berada di kedudukan nombor 1 di negeri Sabah bagi penglibatan guru
dalam PLC.
5.2.2. Sehubungan daripada itu, pihak SPb berharap agar sekolah
mengemaskini pelaksanaan PLC SEMARAK INSIPRASI di setiap
zon bagi membolehkan semua guru terlibat dalam PLC.
5.2.3. Pengerusi mengucapkan tahniah atas penglibatan guru dalam PLC
di sekolah. PLC di kalangan sekolah-sekolah perlu dimartabatkan.
Pegawai telah dilantik untuk membimbing setiap zon. Untuk aktiviti
PLC daerah ini ada anugerah yang akan diberikan semasa MEKAR.
Penilaian untuk anugerah termasuk kategori pemimpin PLC iaitu
Pengetua dan GB.
Makluman
5.3. Encik Ahmad Hj Mehdunah, Timbalan PPD Sektor Perancangan
5.3.1. Beliau mencadangkan agar data menjadi dasar wajib digunakan oleh
semua guru dan sekolah. Sebagai contohnya adalah data analisis
SPM, data yang dibentangkan oleh pegawai terlibat itu perlu di ambil
oleh sekolah, dianalisis dan dibentang dalam mesyuarat di sekolah.
Makluman
5.4. Encik Asung Japril, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
5.4.1. Memaklumkan mengenai PIBKS atau SARANA yang ada disebut
oleh tuan PPD di awal mesyuarat, setakat 30 oktober 2020 terdapat
9 buah sekolah lagi yang belum mengisi PIBKS. Untuk memastikan
ianya dapat berjalan dengan lancar, minggu hadapan SPS akan
mengadakan mesyuarat secara online bersama setiausaha PIBKS.
8
5.4.2. Mengenai PBPPP (ePrestasi), status pengisian terkini telah di
kemaskini di group telegram PGB. Diharap semua PGB maklum
berkenaan perkara ini.
5.4.3. Berkenaan SKPMg2, maklumat telah dimuatnaik dalam group dan
masih banyak sekolah yang belum lengkap mengisi. Diharap semua
PGB ambil maklum.
5.4.4. Berkaitan keberadaan guru sepanjang PKPB, dalam e-operasi
keberadaan guru hendaklah di letakkan sebagai cuti bencana. Beliau
memaklumkan agar pihak PK1 dan PGB telah mengambil tindakan.
PGB juga perlu mengesan keberadaan guru dengan mengisi google
form yang akan dikongsi pada 2 November 2020.
Makluman
5.5. Encik Amiluddin, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Murid
5.5.1. Unit SPM telah mewujudkan group khas mengenai covid-19,
sehingga tarikh ini hanya 20 orang guru sahaja yang terlibat.
Maklumat dari KKM, tiada jangkitan di kawasan sekolah. Beliau
memohon PGB memastikan pekerja pembersihan, membersihkan
kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan.
5.5.2. Google form berkaitan kantin telah dikongsikan di group telegram
PGB, maklumat asas bagi kantin ini diperlukan untuk tuntutan dan
analisis yang akan digunakan tahun ini bagi memudahkan
perancangan tahun hadapan.
5.5.3. Satu lagi google form akan dikongsi bagi mendapatkan maklumat
mengenai tandas sekolah, beliau memohon semua PGB untuk ambil
maklum.
5.5.4. Google form untuk asrama juga akan dikongsi, bagi mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untuk membuat rumusan dan
pembuatan keputusan bagi cadangan penambah baikan pada tahun
hadapan.
5.5.5. Beliau turut memaklumkan bahawa SPM telah bermesyuarat
bersama guru kaunseling daerah Kudat mengenai pengisian setiap
hari yang diminta oleh JPN, beliau meminta PGB memantau laporan
kaunselor dan dihantar sebelum jam 11 malam tersebut.
5.5.6. Sistem PAJSK telah dibuka untuk kelas peperiksaan tertentu sahaja,
iaitu tingkatan 5, tahun 6 dan tingkatan 6. Beliau memohon PGB
memantau pengisian PAJSK tersebut.
5.5.7. Berkenaan Instrumen Bancian Kemudahan Prasarana Dan Program
Sukan Sekolah (I-KEPS), beliau mencadangkan semua pk kokum
menghantar 1 salinan I-KEPS ke ppd kudat, supaya pihak SPM dapat
membatu sekolah sekiranya ada hal berkaitan kecemasan. Mohon
PGB wujudkan fail I-KEPS, bagi mengelakkan percanggahan
pengisian terutama apabila pk kokum bertukar. Beliau memohon
PGB memantau, ‘print-out’ dan menyimpan maklumat tersebut dalam
fail untuk rujukan tahun seterusnya.
5.5.8. Beliau turut ‘respond’ kepada pembentangan Tuan Anuar berkenaan
penghasilan modul untuk pelajar, pihak SPM bersedia membantu
menggunakan peruntukan asrama mengikut jumlah peruntukan yang
ada.
Makluman
5.6. Puan Sabahiah Abdul Karim, Pegawai SISC+ PPD Kudat
5.6.1. Berkongsi data berkaitan Kursus COC BI PBD Fasa 2 yang telah
9
berjaya dihadiri oleh semua penolong kanan pentadbiran di PPD
Kudat.
5.6.2. Dapatan dari JPN untuk kursus fasa 1 telah dihadiri oleh 218 orang
guru dan fasa 2 dihadiri oleh 346 orang guru di PPD Kudat. Data ini
menunjukkan bahawa PPD Kudat adalah penyertaan paling ramai di
Negeri Sabah bagi kursus COC BI PBD Fasa 2.
5.6.3. Beliau turut memaklumkan tarikh akhir penghantaran Pelaporan PBD
Semester 2 yang akan berakhir pada 30 Nov 2020. Pelaporan ini
melibatkan semua sekolah rendah dan menengah.
5.6.4. Beliau turut memaklumkan senarai sekolah yang paling ramai
penyertaan dalam kursus tersebut iaitu SK Matunggong, SK
Pinawantai, SK Tinangol, SK Tun Hj Mustapha, SK St Peter, SJKC
Hwa Lian, SJKC Lok Yuk Bt1 dan SJKC Secred Heart Tajau.
5.6.5. Tuan Hj Kusdi Ribut meminta agar sekolah yang ramai penyertaan
dalam kursus COC BI PBD tersebut diberikan sijil penghargaan.
Makluman
5.7. Encik Awang Suzim, Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, Sektor
Pembelajaran
5.7.1. Berkongsi 2 program untuk sekolah yang sepatutnya berakhir pada
Oktober 2020 dan November 2020 iaitu SSQS dan DCS.
i) SSQS di bawah unit sumber dan teknologi pendidikan. 26
sekolah yang telah berjaya mengisi SSQU utk sekolah rendah,
dan 7 buah sekolah menengah yang telah selesai sepenuhnya.
Tempoh pengsian dilanjutkan hingaa 30 November 2020.
ii) Program DCS hanya telah diisi oleh 18 daripada 58 buah
sekolah rendah dan 9 dari 12 buah sekolah menengah termasuk
Kolej Vokasional Kudat. Program DCS akan ditutup pada 30
November 2020, dan belum ada pelanjutan tarikh secara rasmi.
Semua Pengetua dan Guru Besar boleh berhubung dengan
guru ict sekolah masing-masing.
Makluman
5.8. Tuan Matius Alok, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
5.8.1. Beliau memaklumkan berkaitan perkongsian amalan terbaik Geografi
STPM dengan DR Ovelyn Matanluk. Beliau mencadangkan program
ini di buat pada hari rabu dan dihoskan oleh Sektor Pembelajaran.
5.8.2. Beliau turut memohon kerjasama PGB untuk melaksanakan PDPR
dan membuat pelaporan agar dapat melepasi KPI 50% di JPN Sabah.
5.8.3. Beliau juga mengingatkan ahli mesyuarat agar mengisi link kehadiran
yang dikongsikan.
5.8.4. Beliau selaku Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran mengucapkan
terima kasih atas penglibatan semua PGB dalam mesyuarat ini dan
akan berusaha memperbaikinya lagi pada masa akan datang.
5.8.5. Tuan Haji Kusdi Bin Ribut
i) Pengerusi percaya Sektor Pembelajaran ada strategi untuk
meningkatkan peratus PDPR. Mohon sekolah rendah bangkit
bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh JPN Sabah.
Semua PGB perlu membuat pemantauan keberadaan guru
dan cara pengisian ‘google form’ PDPR tersebut.
ii) Berkaitan peruntukan yang telah diturunkan ke sekolah
menengah iaitu sebanyak RM500 untuk percetakan bahan
10
SPM dan STPM. Terdapat juga peruntukan RM2000 untuk
percetakan bahan-bahan pelajar asrama. Peruntukan ini
boleh dimanfaatkan untuk percetakan modul SPM dan STPM
untuk sekolah yang ada asrama.
Makluman
6.0. PENUTUP
6.1. Pengerusi mesyuarat Tuan Haji Kusdi Bin Ribut selaku Pegawai Pendidikan
Daerah Kudat, mengucapkan terima kasih kepada semua pengetua, guru
besar dan warga PPD Kudat kerana dapat meluangkan masa menghadiri
mesyuarat ini.
6.2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada urusetia mesyuarat SPb
kerana mengendalikan mesyuarat ini dengan cemerlang dan efektif
sepertimana pengurusan mesyuarat JPN Sabah. Beliau mendoakan agar
semua warga pendidikan di PPD Kudat sentiasa menjaga kesihatan dan
melaksanakan tugas dengan penuh iltizam.
6.3. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh :
……………………………..........…..
(Puan Sabahiah Binti Abdul Karim)
Pegawai SISC+,
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
Disemak oleh :
……………………….....
(Encik Matius Bin Alok)
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran,
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
Disahkan oleh :
……………………………...
(Tuan Haji Kusdi Bin Ribut)
Pegawai Pendidikan Daerah Kudat
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
11