The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguMieylaJ, 2021-05-19 10:21:24

RUMUSAN DASAR TERDAHULU

LYANA

Keywords: P.AM

RUMUSAN DASAR
TERDAHULU

DASAR PENGURANGAN BEBAN PERBELANJAAN AWAM

• Mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.
• Mengurangkan defisit belanjawan.
• Mengawal kadar inflasi.
• Mengawal pertumbuhan hutang negara.

DASAR BELI BARANG-BARANG BUATAN MALAYSIA

• Menghapus prasangka bahawa barang-barang buatan tempatan tidak bermutu

dan barang-barang diimport lebih bermutu.

• Mengurangkan pengaliran wang negara melalui pertukaran wang asing.
• Memberi sokongan kepada pengusaha tempatan supaya dapat menghasilkan

barang-barang yang lebih bermutu untuk dieksport.

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA

• Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor swasta.
• Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam

dan swasta.

• Mewujudkan Kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor awam dan

sektor swastadalam usaha membangunkan negara untuk faedah bersama.

DASAR PENSWASTAAN

• Meringankan beban kewangan kerajaan.
• Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran.
• Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap.
• Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
• Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan usahawan dan

peniaga Bumiputera.

BENTUK-BENTUK PENSWASTAAN

PENJUALAN PAJAKAN KONTRAK BINA-KENDALI-
PENGURUSAN PINDAH DAN BINA-
Penjualan ekuiti Melibatkan
adalah khusus bagi pemindahan hak Melibatkan KENDALI
syarikat kerajaan menggunakan aset penggunaan
untuk tempoh kepakaran Melibatkan
dan melibatkan tertentu dengan pengurusan sektor penggunaan
pemindahan bayaran pajakan. swasta untuk kepakaran
ketiga-tiga mengurus entiti pengurusan sektor
komponen kerajaan dengan swasta untuk
organisasi iaitu membayar yuran mengurus entiti
pengurusan. kerajaan dengan
tanggungjawab dibayar yuran
pengurusan, aset pengurusan.
dan kakitangan.

DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

• Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang bertanggungjawab dan berkesan untuk

dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan kerajaan.

• Mengubah sikap kakitangan kerajaan.
• Mengukuhkan nilai-nilai murni.
• Mempertingkatkan etika kerja.
• Meninggikan daya pengeluaran negara.

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

• Mewujudkan satu jentera pentadbiran awam yang cekap, bersih dan amanah.
• Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan negara.
• Melahirkan masyarakat yang bertatatertib dan berdisiplin.

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM
PENTADBIRAN

• Membentuk sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap, amanah,

dedikasi, berdisiplin, jujur, bertimbang rasa, dan adil.

• Menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah,

penyelewengan, penindasan, dan penyalahgunaan kuasa.

• Mewujudkan satu sistem pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah.
• Melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi.


Click to View FlipBook Version