The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguMieylaJ, 2021-05-18 08:30:29

DASAR WANITA NEGARA

JOULIETTE

3.2.2.5 Dasar Wanita Negara &
Pelan Tindakan Pembangunan

Wanita

Pengajian Am

(Topik 3: Ideologi,Wawasan dan Pembangunan Negara)

❑ kesinambungan kepada Dasar Wanita Negara yang digubal pada
tahun 1989.

❑Berhasrat untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam
membangunkan modal insan yang :

• berdaya saing

• Ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu & berwawasan.

• Mempunyai daya kreativiti & inovasi

• Menghayati nilai-nilai murni.

❑ Dasar ini bermaksud :

✓Untuk memberi panduan & hala tuju dalam usaha perancangan dan pelaksanaan
pembangunan wanita atas kesedaran bahawa kaum wanita juga merupakan
separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada
pembangunan negara.

❑Dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTW):

• Memperincikan tindakan yg perlu diambil oleh agensi kerajaan, NGO, sektor
swasta dan masyarakat sivil untuk mencapai objektif Dasar Wanita Negara.



Objektif Dasar Wanita Negara & Pelan
Tindakan Pembangunan Wanita

❖Membolehkan kaum wanita berkongsi dengan kaum lelaki dalam menerima
faedah dan peluang pembangunan negara

❖Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan martabat &
kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek.

❖Membangunkan Kaum wanita dengan mengintegrasikan mereka dalam sektor
pembangunan negara selaras dengan kemampuan & keperluan untuk
meningkatkan kualiti kehidupan.

❖Meningkatkan & mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita dan
lelaki dalam semua aspek untuk memantapkan institusi keluarga serta
membangunkan komuniti & masyarakat.

Strategi Dasar Wanita Negara & Pelan
Tindakan Pembangunan Wanita.

➢Mewujudkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) bagi menyelaraskan aktiviti yang
berkaitan dengan hal ehwal wanita.

➢Pertimbangan & implikasi terhadap wanita diberi perhatian semasa menggubal dasar
dan tindakan agensi kerajaan.

➢Meningkatkan kapasiti & keupayaan wanita dalam semua bidang bagi memastikan
penglibatan mereka yang berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

➢Menambahkan dan mempelbagaikan peluang serta menggerakkan sumber, maklumat
& kepakaran dalam kalangan wanita.

➢Memperkukuhkan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi wanita melalui kerjasama
dan sinergi antara agensi Kerajaan,sektor swasta & pertubuhan bukan kerajaan(NGO)
di peringkat nasional dan antarabangsa.


Click to View FlipBook Version