3.4.5.4 Dasar Keselamatan Negara
3.4.5.5 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)
3.4.5.6 Dasar Perumahan Negara(DPN) 2018-2025
Dasar Keselamatan Negara (DKN)
Diperkenalkan sebagai dokumen utama dalam menghadapi pelbagai
ancaman keselamatan yang semakin dinamik dan kompleks.
Pelaksanaan Strategi-Strategi Utama memastikan Nilai-Nilai Teras
Negara dapat dipertahankan dan menjadikan Malaysia bebas dari
segala bentuk ancaman.
Nilai-Nilai Teras Negara
▪ Kedaulatan dan keutuhan wilayah
▪ Kestabilan sosio-politik
▪ Kesepaduan nasional
▪ Tadbir urus baik
▪ Keselamatan Rakyat
Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)
Wawasan “Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik”
sebagai agenda utama proses pembangunan luar bandar di Malaysia.
Menggambarkan hasrat Kerajaan untuk memastikan masyarakat luar
bandar mempunyai akses infrastruktur dan kemudahan sosial.
Kawasan luar bandar disasarkan akan menawarkan peluang pekerjaan
dan perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan penduduk luar
bandar.
10 Teras Dasar DPLB
Ekonomi:
o Peningkatan nilai tambah kepada sumber pendapatan.
o Menjana kekayaan, keusahawanan dan peluang pekerjaan.
Keusahawan:
o Mewujudkan situasi yang kondusif untuk melahirkan usahawan.
Modal Insan:
o Modal insan luar bandar yang berkualiti dan berdaya maju.
Prasarana:
o Lengkap dan canggih.
o Berkualiti dan mencukupi untuk menyokong pembangunan ekonomi.
Belia:
o Pemerkasaan golongan belia yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Wanita:
o Progresif dalam semua aspek kehidupan merangkumi ekonomi, pendidikan, kesihatan,
sosial dan kepimpinan.
Kesejahteraan:
o Masyarakat luar bandar yang sihat, selamat dan sejahtera.
Pentadbiran:
o Wujud sistem penyampaian dan tadbir urus luar bandar yang berintegriti, cekap dan
berkesan.
Pembangunan:
o Pengimbangan pembangunan antara luar bandar dan bandar serta penempatan desa
lestari yang mampu menarik migrasi penduduk bandar ke luar bandar.
Alam Sekitar:
o Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti serta kelestarian alam sekitar dengan
pendekatan pembangunan mampan.
Dasar Perumahan Negara 2018-2025
Menjadi pemangkin dalam penyediaan perumahan yang sistematik dan
berdasarkan permintaan dan keperluan perumahan.
Dasar perumahan yang menyeluruh dan bersesuaian dengan kehendak
semasa untuk memastikan pembangunan perbandaran yang berdaya
maju dari segi ekonomi.
Fokus Dasar Perumahan Negara
o Memastikan perumahan yang berkualiti.
o Menambah baik aksebiliti dan tahap kemampuan memiliki rumah.
o Menambah koordinasi antara pembangunan perumahan dan pengangkutan untuk
kualiti hidup lebih baik.