The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguMieylaJ, 2021-05-20 01:37:30

DASAR SOSIAL BUDAYA

SAFIAH

DASAR SOSIAL DAN BUDAYA

DASAR SOSIAL NEGARA

• Dasar ini dirangka secara bersepadu, rasional, professional, strategic dan
menyeluruh bagi menangani gejala sosial yang melanda negara pada masa
sekarang.

• Dasar ini bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan
mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota
masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan
potensi diri secara optimum dalam persekitaran social yang sihat
berdasarkan bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil, dan saksama selaras dengan
matlamat Wawasan 2020

4 OBJEKTIF DASAR SOSIAL NEGARA

1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
3. Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan

perkhidmatan sosial
4. Menjana sinergi multisektor

1. Memastikan keperluan asas Individu, Keluarga
dan Masyarkat Dipenuhi

Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya
setiap individu, keluarga dan masyrakat berhak menikmati :

• Keperluan asas, persekitaran sosial yang mencukupi dan sihat.

• Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup, kehidupan
berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warga negara
yang dilindungi oleh undang-undang.

• Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan
semasa.

2. Membangun dan Memperkasakan Insan
Sepanjang Hayat

• Membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa
membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah,
fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal.

• Memastikan individu dapat mengguna dan
mempertingkatkan sumber serta kebolehan
kendiri secara optimum bagi mencapai
matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap
peringkat kitaran hidup.

3. Memperkukuhkan dan Membangunkan Sistem
Sokongan Sosial dan Perkhidmatan Sosial

• Memperkuatkan system sokongan sosial yang sedia wujud iaitu
system keluarga, komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan,
dan organisasi sosial.

• Membantu setiap anggota masyarakat
membangun dan berfungsi secara optimum serta
berfungsi sebagai system kawalan sosial.

4. Menjana Sinergi Multisektor

• Kerjasama dalam kalangan sector awam serta antara sector awam dengan
sector swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi
tenaga dan sumber dalam masyarkat.

• Hal ini bertujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua
anggota masyarakat.

• Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sector
perlu dikurangi dan diatasi agar penggunaan sumber dan tenaga dapat
dioptimumkan.

DASAR SUKAN NEGARA

DASAR SUKAN NEGARA

➢ Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang
komprehensif kearah perkembangan, kemajuan dan
pembangunan sukan negara

➢ Dasar ini merangkumi Sukan Massa ( sukan untuk
semua ) dan Sukan untuk Kecemerlangan

Sukan Massa ( Sukan untuk semua )

• Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan peningkatan tahap
kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat

• Memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta
kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapai matlamat kendiri dan
masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup

Sukan untuk Kecemerlangan

• Sukan untuk kecemerlangan ialah sukan pertandingan yang diuruskan
mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa
dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
bagi menentukan pemenang

Rasional Dasar Sukan Negara

• Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada
individu, masyarakat dan negara.

Peringkat Individu
• Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan

membangkitkan semangat pertandingan.
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
• Memanfaatkan masa senggang
• Mengurangkan tekanan hidup
• Interaksi sosial yang bermakna
• Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

Peringkat Masyarakat
• Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan

aspirasi nasional
• Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti

yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara
• Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti
• Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang

Peringkat Negara
• Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi
• Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa
• Memupuk persahabatan

OBJETIF DASAR SUKAN NEGARA

➢ Membentuk masyarakat yang sihat, berdisplin dan bersatu padu melalui
penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua
peringkat masyarakat

➢ Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi
keperluan asas sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan

➢ Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang dalam
kalangan orang awam

➢ Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen dalam
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan
muhibah dan imej negara dapat ditingkatkan.


Click to View FlipBook Version