The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Peraturan Am Dan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) Edisi Kedua merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada Edisi Pertama.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozainikktb, 2025-02-26 23:20:08

BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU EDISI KEDUA

Buku Peraturan Am Dan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) Edisi Kedua merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada Edisi Pertama.

Keywords: BUKU DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU,PERATUARAN AM,KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU,UNIT HEP KKTB

FOR BUSINESS SOLUTION 02/05/2021 KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU EDISI KEDUA


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU EDISI KEDUA


Diterbitkan oleh : Kolej Komuniti Tangga Batu Lot 423 Jalan SS1 Taman Sayang Selasih 75200 Klebang Melaka Tel: 06-3152952 Faks: 06-3152961 Laman sesawang: https://kktanggabatu.mypolycc.edu.my/ Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana - mana bahagian dan kandungan buku ini dalam apa - apa jua bentuk cara sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanikal, rakaman atau cara - cara lain tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Kolej Komuniti Tangga Batu.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU i PRAKATA


Buku Peraturan Am Dan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) Edisi Kedua merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada Edisi Pertama. Rujukan utama masih lagi kekal berpandukan kepada Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti dan Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti serta Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang disesuaikan mengikut keperluan dan kesesuaian di KKTB. Juteru itu, para pelajar adalah dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan di dalam buku ini semasa berada di institusi atau di luar institusi sepanjang tempoh pengajian. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan penghargaan diberikan kepada ahli jawatankuasa serta semua pihak yang telah menjayakan penerbitan buku ini. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dengan sebaik mungkin untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, holistik dan bersahsiah unggul. ii UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


KATA ALUAN PENGARAH BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU iii


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu Kolej Komuniti Tangga Batu. Saya ucapkan tahniah kepada semua bakal juara Pengembaraan Pelancongan kerana telah berjaya menyahut cabaran untuk maju kehadapan. iv SHARINI BINTI ZAKARIA BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU Buku Peraturan Am Dan Disiplin Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu Edisi Kedua yang dihasilkan ini lebih bersepadu dengan memberi nilai tambah seperti Peraturan Pilihan Raya Kampus dan Peraturan Peperiksaan. Ini adalah sejajar dengan keperluan untuk memberi rujukan kepada semua pelajar sepanjang menuntut di kolej. Mengambil pendekatan keseragaman info, buku panduan ini perlu menjadi rujukan utama kepada semua pelajar untuk mengetahui tentang peraturan yang perlu dipatuhi sebagai pelajar di Kolej Komuniti Tangga Batu. “Disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki” Foucault (1977) Pengarah Kolej Komuniti Tangga Batu Kementerian Pendidikan Tinggi Akhir kata, saya berharap buku panduan ini mampu mencapai hasrat, tujuan, visi dan misi kementerian untuk melahirkan graduan yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU v GLOSARI


vi PERKATAAN MAKSUD Institusi Sesuatu institusi, selain daripada suatu Universiti, yang memberi pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apa-apa jenis kepada mana-mana orang. Kampus Kawasan, bersama dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, samada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh sesuatu institusi. Pengarah Seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian atau unit dalam jabatan itu. Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Seseorang pegawai yang telah ditetapkan oleh Menteri merujuk kepada Pengarah Kolej Komuniti. Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) Seseorang pegawai yang dilantik oleh jabatan untuk menguruskan hal ehwal pelajar Kolej Komuniti. Pegawai Pengambilan Seseorang pegawai yang dilantik oleh jabatan untuk menguruskan pengambilan pelajar. Pelajar Seseorang yang berdaftar dan menerima pelajaran, pengajaran atau latihan daripada apaapa jenis daripada atau dalam sesuatu Institusi. Penyelaras Disiplin (PDKK) Seseorang pegawai yang dilantik oleh institusi untuk menguruskan hal berkaitan disiplin pelajar Kolej Komuniti. Penasihat Akademik (PA) Seseorang pegawai yang dilantik oleh institusi untuk membangunkan akademik dan diri pelajar. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


vii PERKATAAN MAKSUD Pegawai Peperiksaan Seseorang pegawai yang dilantik oleh jabatan untuk menguruskan penilaian dan peperiksaan pelajar Kolej Komuniti. Pegawai Perhubungan Industri & Alumni (PPIA) Seseorang pegawai yang dilantik oleh jabatan untuk menguruskan penempatan pelajar latihan industri dan urusan berkaitan alumni Kolej Komuniti. Pendaftaran Seseorang pelajar yang telah menjelaskan yuran pengajian dan melapor diri di Kolej Komuniti Pakaian Suatu yang dipakai atau ditambah pada manamana anggota badan pelajar yang memperlihatkan rupa diri dalam kawasan Kolej Komuniti. Kuliah Sesuatu yang berkaitan dengan kursus pelajar sama ada kuliah, tutorial atau pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya. Latihan Industri (LI) Sesuatu latihan praktikal yang perlu dilakukan oleh pelajar berkaitan dengan kursusnya bagi suatu tempoh tertentu sama ada di dalam atau di luar Institusi. Prosiding Tatatertib Prosiding tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Bahagian V. Pusat Sumber Sesebuah bilik yang mengandungi bahan bacaan rujukan dan peralatan lain serta diuruskan oleh seorang pegawai bertugas. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


viii PERKATAAN MAKSUD Pilihan Raya Kampus Proses untuk memilih calon bagi menganggotai sebuah jawatankuasa perwakilan pelajar di peringkat institusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Satu jawatankuasa perwakilan pelajar yang merupakan organisasi kepimpinan pelajar tertinggi yang dipilih melalui proses pilihan raya. Petisyen Bantahan yang dibuat berdasarkan garis panduan Akta 174. jadual ketiga, seksyen 7, 8 dan 23 BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


KANDUNGAN Unit Hal Ehwal Pelajar Matlamat Carta Organisasi Dasar Pengurusan Disiplin Jawatankuasa Disiplin Pelajar Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Perancangan Pengurusan Disiplin Motivasi Kebersihan Dan Kemudahan Gangguan Ketenteraman Memiliki Bahan Terlarang Larangan Merokok Bekerja Semasa Belajar Penglibatan Pelajar Dalam Persatuan, Pertubuhan & Kumpulan Pelajar Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Persatuan, Pertubuhan & kumpulan Pelajar Interaktif Pendaftaran Pelajar Baharu Lapor Diri Pelajar Senior Tidak Lapor Diri Pelajar Senior Rupa Diri Peraturan Pemakaian Pelajar Lelaki Peraturan Pemakaian Pelajar Perempuan Kad Pelajar Kehadiran Kuliah Pengecualian Kehadiran Interaktif BAB 1 : PENGENALAN BAB 2 : PERATURAN AM BAB 3 : PERATURAN SAHSIAH 27 28 29 30 32 33 34 35 1 PRAKATA ALUAN PENGARAH GLOSARI 11 12 13 14 15 19 21 23 24 25 2 3 4 5 6 7 8 9 26 10


Pengenalan Objektif Carta Alir Pilihan Raya Kampus Syarat Kelayakan Pengundi Syarat Kelayakan Calon Peraturan Kempen Peraturan Tempat Undi Peraturan Bantahan Keputusan BAB 4 : PERATURAN PILIHAN RAYA KAMPUS BAB 5 : PERATURAN LATIHAN INDUSTRI 36 45 BAB 6 : PERATURAN PUSAT SUMBER 37 38 39 40 41 42 43 44 46 46 47 48 49 50 51 52 53 Menghadiri Latihan Industri Pengecualian Kehadiran Latihan Industri Peraturan Tindakan Tatatertib Rayuan Trivia Arahan Am Pusat Sumber Trivia BAB 7 : PERATURAN PEPERIKSAAN 54 Arahan Am Peperiksaan Tindakan Tatatertib Rayuan Ke Atas Hukuman Motivasi 55 58 59 60 BAB 8 : PERATURAN PENGINAPAN PELAJAR Peraturan Am 61 62


BAB 9 : HUKUMAN DAN DENDA 64 Hukuman Tatatertib (Kesalahan Rupa Diri) Hukuman Tatatertib Terus (Kesalahan Lalu Lintas) Hukuman Tatatertib (Perbicaraan) Tatacara Hukuman Tatatertib (Perbicaraan) Pembayaran Denda Kesalahan Yang Menyebabkan Penggantungan Atau Pembuangan Daripada Institusi Senarai Kesalahan Mengikut Kategori Interaktif 65 67 69 71 72 73 77 84 LAMPIRAN RUJUKAN JAWATANKUASA PENERBITAN Ikrar Pelajar Aku Janji Pematuhan Peraturan Aduan Salah Laku 85 86 87 88 89 91


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 1 BAB 1 : PENGENALAN


1.1 Unit Hal Ehwal Pelajar Unit Pembangunan Pelajar kini dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu (UHEP KKTB) yang merangkumkan fungsi pembangunan dan pengambilan pelajar dalam satu identiti. Transformasi ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar dari pelbagai aspek pembangunan pelajar bercirikan holistik dan menyeluruh kepada pelajar, dengan menekankan aspek pembangunan diri, sosial, akademik, dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi. Adalah tanggungjawab UHEP KKTB mengaplikasikan Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 berdasarkan kesesuaian fasiliti terhadap kaedah-kaedah yang termaktub dalam akta tersebut. 2 Sila imbas QR Kod untuk paparan Akta 174 BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


Teras 2 : Memantapkan Governan yang Responsif Dan Mampan 3 Kerangka asas kepada pengurusan UHEP KKTB adalah berpandukan kepada Pelan Strategik Kolej Komuniti Tangga Batu 2023-2025. Antara teras utama yang menjadi tanggungjawab UHEP KKTB adalah : 1.2 Matlamat Teras 1 : Melahirkan Graduan TVET Berkualiti BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


4 1.3 Carta Organisasi BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


Timbalan Pengarah Pegawai Pembangunan Pelajar Penyelaras Disiplin Pengarah Dasar Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti adalah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi-lnstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976] dan pindaan-pindaannya di baca bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin di Kolej Komuniti adalah seperti berikut: 5 1.4 Dasar Pengurusan Disiplin BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti peningkatan disiplin dan sahsiah pelajar yang diluluskan oleh Pengarah di Kolej Komuniti terdiri daripada: 6 1.5 Jawatankuasa Disiplin Pelajar PHEP PPP PDKK PA BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU Pengarah


7 Timbalan Pengarah PPP PDKK PA BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU Pengarah 1.6 Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Jawatankuasa ini melaksanakan urusan tatatertib dan perbicaraan pelajar yang terlibat di bawah Akta 174 terdiri daripada:


8 1.7 Perancangan Pengurusan Disiplin Jawatankuasa Disiplin Pelajar merangka dan merancang aktiviti peningkatan disiplin pelajar untuk dilaksanakan pada tahun tersebut seperti berikut: Taklimat peraturan & disiplin pelajar Pemeriksaan rupa diri Program pemerkasaan disiplin BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU i. ii. iii.


"Kekuatan akan datang kepada anda apabila anda menguasai disiplin diri." -Arnold Schwarzenegger- # m o t i v a s i BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 9


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 10 BAB 2 : PERATURAN AM


2.1 Pendaftaran Pelajar Baharu Seseorang calon dianggap sebagai pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu sekiranya memenuhi terma berikut: 11 Menjelaskan yuran pengajian. Mendaftar kursus. Mendaftar CCMS. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU i. ii. iii.


12 2.2 Lapor Diri Pelajar Senior Seseorang pelajar senior dianggap sebagai pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu sekiranya memenuhi terma berikut: BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU Menjelaskan yuran pengajian. Lapor diri CCMS. Mendaftar kursus. i. ii. iii.


13 2.3 Tidak Lapor Diri Pelajar Senior BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU Jika pelajar masih gagal untuk lapor diri selepas tempoh 7 hari dari tarikh surat peringatan, pelajar akan berstatus penangguhan khas. Tindakan kepada pelajar senior tidak melapor diri seperti berikut: Pelajar senior yang TIDAK lapor diri akan diberikan surat peringatan lapor diri selewatnya tujuh (7) hari selepas tarikh rasmi lapor diri. 2.3.1 i. ii.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 14 Seseorang pelajar hendaklah berpakaian dan berupa diri secara sopan atau bersesuaian bagi menghadiri kuliah, tutorial, peperiksaan, kelas, bengkel atau mengikuti atau menghadiri sebarang aktiviti sama ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana- mana bahagian di dalam kampus. Adalah menjadi kewajipan kepada pelajar beragama Islam untuk sentiasa memakai pakaian menutup aurat seperti ciri berikut: 2.4 Rupa Diri Tidak ketat Tidak jarang hingga nampak warna kulit aurat Tidak menonjol dan menarik perhatian


15 Memakai baju kemeja yang berlengan pendek / panjang . Memakai baju 'T' berkolar kecuali untuk aktiviti sukan. Memakai baju 'T' yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik . Memakai baju kemeja atau 'T' yang dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Memakai baju kebangsaan (baju melayu) yang lengkap bersamping, berkasut, bersongkok hitam. Memakai pakaian yang tidak bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun. Pemakaian tali pinggang atau fesyen kepala tali pinggang yang tidak sesuai tidak dibenarkan. Pemakaian seluar jenis jeans biru/denim atau lusuh tidak dibenarkan TIDAK dibenarkan memakai seluar ketat dan half cut. Memakai kasut berstokin. TIDAK dibenarkan memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam. 2.5.1 Pakaian 2.5 Peraturan Pemakaian Pelajar Lelaki i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


16 2.5.2 Rambut 2.5.3 Perhiasan DILARANG memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan dan subang atau apa-apa perhiasan diri yang membawa maksud negatif. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras kolar baju, paras belakang tidak melebihi paras kolar baju. Paras tepi tidak melebihi telinga dan paras depan tidak melebihi dahi. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. i. ii. i. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


17 Rajah 1 : Rupa Diri Pelajar Lelaki Yang Dibenarkan BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


Rambut tidak menutup dahi 18 Rajah 2: Potongan Rambut Yang Dibenarkan Rambut tidak menutup telinga Rambut tidak melebihi kolar BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


19 Memakai pakaian yang tidak mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, singkat, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan. Memakai baju yang labuhnya melebihi paras punggung Memakai skirt yang melebihi paras lutut. Memakai baju 'T' yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau mempunyai lambang mana-mana parti politik. Memakai baju 'T' berkolar kecuali untuk aktiviti sukan. Memakai pakaian yang tidak bertampal, koyak atau bertampung dalam apa jua bentuk sekalipun. 2.6 Peraturan Pemakaian Pelajar Perempuan 2.6.1 Pakaian 2.6.2 Rambut Rambut disikat kemas dan rapi. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. Bertudung bagi pelajar beragama Islam. 2.6.3 Perhiasan TIDAK digalakkan memakai barang kemas. Pemakaian purdah dengan keizinan pihak Kolej Komuniti. Bersolek secara sederhana dan tidak keterlaluan. i. ii. iii. iv. v. vi. i. ii. iii. i. ii. iii. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


20 Rajah 3: Pemakaian Pelajar Perempuan Yang Dibenarkan BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


Institusi hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap pelajarnya suatu kad pengenalan yang disebut Kad Pelajar yang mana hendaklah ada padanya foto pelajar itu dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang ditentukan oleh PHEP. Etika pemakaian Kad Pelajar seperti berikut: 21 Memakai Kad Pelajar rasmi dari Kolej Komuniti. Sentiasa memakai Kad pelajar semasa berada di kampus. Memakai Kad Pelajar pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya boleh dilihat dengan jelas. TIDAK memakai Kad Pelajar milik pelajar lain. Kad Pelajar yang hilang/rosak hendaklah segera dimaklumkan kepada Pegawai Pengambilan. 2.7 Kad Pelajar i. ii. iii. iv. v. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


22 Rajah 4 : Kad Pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


Berada dalam Bilik Kuliah/ Makmal mengikut jadual ditetapkan BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 23 Seseorang pelajar hendaklah menghadiri semua kuliah atau lainlain aktiviti pengajaran dan pembelajaran berhubung dengan kursus pengajiaannya MESTILAH : Kehadiran tidak kurang 80% 2.8 Menghadiri Kuliah Mendapat kebenaran pensyarah untuk meninggalkan kuliah. i. ii. iii.


Membuat permohonan secara bertulis kepada Timbalan Pengarah sebelum berlangsung kuliah atau lain-lain aktiviti BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 24 Sekiranya pelajar tidak menghadiri kuliah atau lain-lain aktiviti pengajaran dan pembelajaran berhubung dengan kursus pengajiaannya MESTILAH : i. Dengan seberapa segera membuat pemakluman secara bertulis kepada Timbalan Pengarah jika telah berlangsung kuliah atau lain-lain aktiviti Cuti kerana sakit mestilah disertakan dengan Sijil Cuti Sakit dari doktor kerajaan atau swasta diserahkan dalam tempoh 7 hari dari Sijil Cuti Sakit dan tidak melebihi 8 hari per semester iii. ii. 2.9 Pengecualian Kehadiran Kuliah


#interaktif 25 BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU Imbas kod QR untuk akses Borang Pelajar


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 26 3.0 PERATURAN SAHSIAH


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 27 Seseorang pelajar dikehendaki untuk menjaga kebersihan dan kemudahan kampus seperti berikut: Bertanggungjawabmenjaga kebersihan Tdi akdbi enarkan menjejaskankebersihan Mendapatkankebenaran Ke ut aJaba at n Bertanggungjawabmematikansuis dankemudahankampus. dankek me asan kampus. untuk menampal ki al n. elektrikselepasmenggunakannya. 3.1 Kebersihan Dan Kemudahan i. ii. iii. iv.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 28 Pelajar TIDAK membuat bising didalam institusi sama ada melalui anggota badan, alat muzik, peranti mudah atau lain-lain semasa berada di institusi. Panduan kepada pelajar berkenaan mengganggu ketenteraman yang boleh mendatangkan kegusaran seperti berikut: 3.2 Gangguan Ketenteraman Pelajar TIDAK menimbulkan atau mencetuskan suasana huru hara yang boleh mendatangkan kegusaran kepada orang lain di dalam institusi. i. ii.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 29 Panduan kepada pelajar berkenaan bahan terlarang di institusi seperti berikut: 3.3 Memiliki Bahan Terlarang Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau di bawah jagaan atau kawalan apa-apa dadah dan racun atau apa-apa alat bersabit dengan tujuan itu. Pelajar TIDAK dibenarkan melihat/ mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah DAN memiliki/ mengedar/mempamer apa-apa bahan lucah. Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman memabukkan atau didapati mabuk luar atau dalam institusi. Pelajar TIDAK dibenarkan terlibat dalam apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di luar atau dalam institusi. i. ii. iii. iv.


Pelajar DILARANG merokok atau menggunakan bahan tembakau atau rokok elektronik / vape di mana-mana kawasan institusi. Larangan ini turut terpakai bagi aktiviti mengedar atau memiliki atau memberi barangan tersebut atau yang seumpama dengannya selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A)324/2004]. Senarai Kawasan Larangan Merokok yang telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi. BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 30 3.4 Larangan Merokok Panduan kepada pelajar berkenaan larangan merokok di institusi seperti berikut: i. ii.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 31 Rajah 5 : Papan Tanda Larangan Merokok Di Kolej Komuniti Tangga Batu


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 32 Seseorang pelajar TIDAK dibenarkan bekerja, berniaga atau berdagang sama ada sepenuh masa atau sambilan dalam atau luar kampus tanpa keizinan Pengarah dan difikirkan wajar. 3.5 Bekerja Semasa Belajar Panduan kepada pelajar berkenaan bekerja semasa masih berstatus pelajar seperti berikut:


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 33 3.6 Penglibatan Pelajar Dalam Persatuan, Pertubuhan Dan Kumpulan Pelajar Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi. Panduan kepada pelajar berkenaan penglibatan seseorang pelajar seperti berikut: ii. i. Pelajar TIDAK boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau manamana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi.


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 34 Panduan kepada pelajar berkenaan aktiviti persatuan seperti berikut: Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah Pelajar/Kelab Persatuan TIDAK boleh melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah untuk; Menerbit dan mengedarkan sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kampus. 1. Menganjur atau mengatur perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan pelekat. 2. Memungut atau cuba memungut wang, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan wang. 3. 3.7 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Persatuan, Pertubuhan Dan Kumpulan Pelajar i. ii.


Untuk bacaan berkaitan bahaya merokok klik Untuk tontonan penuh klik https://www.youtube.com/watch?v=stM2UUj1ODs http://www.myhealth.gov.my/merokok/ # I N T E R A K T I F 35 BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU


BUKU PERATURAN AM DAN DISIPLIN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 36 4.0 PERATURAN PILIHAN RAYA KAMPUS


Click to View FlipBook Version