The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Student's Hand Book Kolej Komuniti Tangga Batu merupakan panduan ringkas kepada pelajar KKTB berkaitan dengan akademik pelajar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozainikktb, 2023-08-15 04:25:55

Student's Handbook SPL KKTB

Student's Hand Book Kolej Komuniti Tangga Batu merupakan panduan ringkas kepada pelajar KKTB berkaitan dengan akademik pelajar

Keywords: Student's Handbook,Kolej Komuniti Tangga Batu,Panduan AM Pelajar

STUDENT'S HANDBOOK S I J I L P E N G E M B A R A A N P E L A N C O N G A N


ISI KANDUNGAN 02 03 04 04 05 05 06 07 08 09 09 10 1 1 12 13 14 20 21 CORETAN PENGARAH KK TANGGA BATU MAKLUMAT KK TANGGA BATU MISI VISI MATLAMAT ORGANISASI PIAGAM PELANGGAN CARTA ORGANISASI FASILITI MAKLUMAT PROGRAM LATAR BELAKANG PROGRAM SINOPSIS PROSPEK KERJAYA OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PEO) HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) STRUKTUR PROGRAM INFORMASI KURSUS PENGANUGERAHAN & SISTEM GRED PENGHARGAAN


Assalmualaikum dan Salam Sejahtera. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Student’s Handbook ini berjaya dihasilkan atas usaha dan kerjasama seluruh warga Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB). Student’s Handbook ini umpama buku panduan berkaitan aktiviti dan program yang ada di KKTB. Tujuan Student’s Handbook ini disediakan adalah untuk memuatkan semua informasi dalam satu e-buku yang boleh dikongsikan bersama tanpa perlu merujuk kepada pelbagai pihak secara berasingan. Semoga penghasilan e-buku ini bukan sahaja dapat dijadikan sebagai bahan rujukan siswa/siswi, malah ia juga dapat memberikan maklumat kepada seiapa sahaja yang ingin mengetahui berkenaan program di KKTB. . Melalui e-buku ini segala maklumat asas berkaitan program dan aspek pengurusan sesuatu jabatan dapat diperincikan untuk keperluan dan rujukan pihak yang berkepentingan. Oleh itu harapan kami agar e-buku ini dapat menjadi panduan penting kepada pihak-pihak yang memerlukan Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengembleng seluruh usaha dan tenaga dalam menyiapkan e-buku ini. Sekian, terima kasih. PUAN SHARINI BINTI ZAKARIA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU PENGARAH Coretan KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU 02


Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB), merupakan salah satu daripada 103 buah Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhan Kolej Komuniti telah diluluskan dalam mesyuarat cabinet pada 5 julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan daripada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabtan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya, Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan di seluruh negeri. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran. Kolej Komuniti Tangga Batu telah mula beroperasi pada Ogos 2010 sebagai cawangan kepada Kolej Komuniti Masjid Tanah dan mulai Oktober 2012 Kolej Komuniti Tangga Batu telah beroperasi sendiri yang terletak di Taman Sayang Selasih, Klebang Melaka. Sasaran penubuhan Kolej Komuniti Tangga Batu adalah untuk mendidik pelajar-pelajar lepasan SPM yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran. Selain itu, Kolej Komuniti Tangga Batu juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menambah kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berasaskan kemahiran dan ilmu terkini melalui kursus pendek yang diadakan pada setiap hujung minggu. KKTANGGABATU Maklumat SEJARAH PENUBUHAN 03


VISI Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul MISI Menyediakan akses yang meluas kepada Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat (PSH) Melahirkan graduan holistik, berciri Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan program TVET berkualiti dan diiktiraf keusahawanan dan seimbang 04


Menyediakan program pengajian yang mendapat akreditasi daripada MQA atau badanbadan professional yang berkaitan Memproses pengambilan pelajar mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam DUA PULUH (20) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan Melaksanakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh TIGA PULUH HARI (30) hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak; dan Memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja selepas semester pengajian berakhir MATLAMAT Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara PIAGAM PELANGGAN 05


Carta ORGANISASI 06


Fasiliti KKTANGGABATU 07


PPRROOGGRRAAMM S IIJ IIL PPEENNGGEEMMBBAARRAAAANN PPEELLAANNCCOONNGGAANN Maklumat Bahasa Pengantar Mod Pengajian Syarat Kemasukan Tempoh Pengajian Minggu Pembelajaran dan Pengajaran Latihan Industri Jumlah Kredit Graduat Bahasa Melayu Sepenuh Masa Lulus (SPM) Min. (4 semester) Mak. (10 semester) 14 minggu per semester (tidak termasuk cuti semester) 16 Minggu – 8 Kredit (Semester Akhir) 60 Kredit 08


Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan aktiviti pelancongan dan pengembaraan. Program ini menawarkan modul teras Pengenalan Pelancongan, Pertolongan Cemas, Interpretasi Pelancongan, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Rekreasi Air, Tempahan Dan Tiketan dan Etika Kerja Dalam Pelancongan. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Pelancongan dan Pengembaraan. LATAR BELAKANG Perkembangan industri pelancongan negara yang pesat telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas berkaitan. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti berusaha merancang dan mengadakan program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan bagi menlahirkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari segala kemahiran hospitaliti yang berkaitan secara praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam. Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri. SINOPSIS 09


Prospek KERJAYA 10


PEO 11


PLO 12


PROGRAM Struktur SIJIL PENGEMBARAAN PELANCONGAN 13


SEMESTER 1 Informasi KURSUS SPL 1053 Kursus ini memberikan pengetahuan asas mengenai industri pelancongan dan memahami komponen-komponen dalam industri pelancongan serta mengetahui peluang kerjaya dalam industri pelancongan. PENGENALAN PELANCONGAN Kursus ini membantu pelajar untuk mengaplikasikan pertolongan cemas semasa menghadapi situasi kecemasan dalam perlaksanaan aktiviti pelancongan dan pengembaraan. SPL 1064 PERTOLONGAN CEMAS Kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan dan menterjemah bahan-bahan interpretasi melalui pelbagai kaedah iaitu bersemuka, media elektronik dan bahan-bahan bercetak. SPL 1074 INTERPRETASI PELANCONGAN Kursus ini memberi pengetahuan asas mengenai geografi dari pandangan industri pelancongan bagi melahirkan pelajar lebih mudah memahami ciri-ciri dan destinasi pelancongan mengikut keadaan geografi di Malaysia. SPL 1083 GEOGRAFI PELANCONGAN 14


SEMESTER 1 Informasi KURSUS MPU 1311 Pendidikan Islam 1 adalah suntikan utama pembangunan modal insan teras kepada pembangunan negara. Kursus ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan insan yang berilmu, beramal, berbakti dan menghayati ilmu yang dipelajari serta membentuk insan yang berakhlak mulia menurut syariat Islam. PENDIDIKAN ISLAM 1 Nilai dan etika masyarakat Malaysia sering diperkatakan sejak kebelakangan ini. Kehidupan yang penuh cabaran memerlukan individu yang mempunyai asas pegangan agama dan moral yang kukuh. Modul Pendidikan Moral 1 akan melahirkan warganegara yang mempunyai moral yang terpuji , memahami konsep dan gagasan yang dibaw MPU 1321 PENDIDIKAN MORAL 1 Aplikasi komputer ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada perisian aplikasi komputer yang sedia ada dan mempraktikkan teknik-teknik pemilihan dan penggunaan perisian aplikasi yang sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan harian. Modul ini ditawarkan bagi membina asas penggunaan perisian aplikasi komputer. SKW 1102 APLIKASI KOMPUTER Learning English helps create confident communicators and informed citizens. As it is a global language, English teaches individuals to understand and build relationships with others and with the world around them. The English language helps learners develop the knowledge and skills needed for communication in the community. MPU 1181 COMMUNICATIVE ENGLISH 15


SEMESTER 2 Informasi KURSUS SPL 2053 Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam perkhidmatan pelanggan dalam industri pelancongan dengan cemerlang melalui kaedah interpersonal dan komunikasi yang berkesan. PERKHIDMATAN PELANGGAN PELANCONGAN Kursus ini membantu pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran aktiviti rekreasi bagi melahirkan penggiat rekreasi yang berketrampilan dalam industri pelancongan mengikut standard prosedur yang betul. SPL 2064 REKREASI PELANCONGAN Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang kepelbagaian budaya masyarakat serta komponen-komponen dalam budaya masyarakat di Malaysia. Pelajar didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan budaya di Malaysia. SPL 2073 BUDAYA MALAYSIA Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam pengoperasian sesebuah agensi pelancongan. Pelajar didedahkan dengan syarat-syarat menubuhkan sebuah agensi di samping melaksanakan aktiviti menghasilkan pakej lawatan. SPL 2084 OPERASI AGENSI PELANCONGAN 16


SEMESTER 2 Informasi KURSUS MPU 1231 Kursus kemahiran insaniah ini mengandungi pembelajaran dan latihan bagi mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mengamalkan kemahiran berfikir dan komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan serta perancangan kerjaya. KEMAHIRAN INSANIAH Kursus Pengajian Malaysia ini dibangunkan untuk mempertingkatkan kualiti modal insan sejajar dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk melahirkan graduan Kolej Komuniti yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuankan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja. MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA 1 Kokurikulum (Kelab) memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik kuliah bagi perkembangan minda, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilainilai murni. MPU 1411 KOKURIKULUM (KELAB) Learning English helps create confident communicators and informed citizens. As it is a global language, English teaches individuals to understand and build relationships with others and with the world around them. The English language helps learners develop the knowledge and skills needed for communication in the workplace. MPU 1101 WORKPLACE ENGLISH 17


SEMESTER3 Informasi KURSUS SPL 3011 English is the main language of International communication and it is essential for people working in tourism industries. This course allows individuals to practise the basic English communication skills in order to communicate effectively in different work situation. ENGLISH FOR TOURISM Bahasa Arab Komunikasi merupakan hasil seruan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam bab penguasaan penggunaan bahasa. Kursus ini adalah usaha ke arah melahirkan insan yang berilmu dan mempunyai kompetensi untuk bertutur dalam Bahasa Arab untuk kepentingan pelbagai aspek dalam kehidupan terutamanya di Negara yang mempunyai pelbagai bilangan kaum. SPL 3022 BAHASA ARAB KOMUNIKASI Kursus ini memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang peranan dan fungsi Pemandu Pelancong yang sebenar. Kursus ini menekankan kepada kemahiran melakukan komentar lawatan berdasarkan destinasi pelancongan dan produk pelancongan. Pelajar akan melakukan komentar lawatan dengan melaksanakan simulasi sebagai seorang Pemandu Pelancong sebenar mengikut kriteria Pemanduan Pelancongan Bandar, Alam Semulajadi dan Setempat. SPL 3044 KOMENTAR PELANCONGAN Kursus ini membantu pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam membuat tempahan menggunakan sistem tempahan berkomputer (Computer Reservation System CRS). SPL 3064 TEMPAHAN DAN TIKETAN 18


SEMESTER3 Informasi KURSUS MPU 1331 Pendidikan Islam 2 adalah suntikan utama pembangunan modal insan teras kepada pembangunan negara. Kursus ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk melahirkan individu yang dapat membina keluarga yang berakhlak mulia menurut syariat Islam. PENDIDIKAN ISLAM 2 Pendidikan moral 2 akan membantu pelajar memahami bagaimana menjadi insan yang bermoral, mampu mengendalikan masalah dan mencari penyelesaian terhadap isu yang dihadapi MPU 1341 PENDIDIKAN MORAL 2 Kursus Keusahawanan ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar peringkat Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian. MPU 1222 KEUSAHAWANAN Kokurikulum memfokuskan kepada penyediaan pengetahuan dan kemahiran sukan yang boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik kuliah bagi perkembangan minda, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai murni. MPU 1421 KOKURIKULUM (SUKAN) 19


Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program; Lulus Latihan Industri / WBL; HPNM ≥ 2.00; Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan; Syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. Pelajar hanya layak dianugerahkan Sijil setelah memenuhi syaratsyarat berikut: Penganugerahan SIJIL Sistem GRED 20


Ucapan PENGHARGAAN MUHAMMAD SHAZWAN BIN SAZALI Editor MUHAMMAD SHAZWAN BIN SAZALI Designer SUHAILA BINTI ABD HADI Gambar Tahniah dan syabas kepada anda semua dan SELAMAT MAJU JAYA 21


HAK MILIK KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU https://kktanggabatu.mypolycc.edu.my © Kolej Komuniti Tangga Batu Lot 423, Jalan SS1, Taman Sayang Selasih, Klebang Melaka Tel: 06-2152952 Fax: 06-3152961 Email: [email protected]


Click to View FlipBook Version