ATURCARA MAJLIS Masa Aturcara 2:00 Petang Ketibaan dan pendaftaran pewaris 2:30Petang Majlis bermula Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Kedah Bacaan doa Ucapan Guru Besar Ucapan Yang Dipertua PIBG Mesyuarat PIBG kali ke 46 bermula 5:00 Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK LADANG HARVARD KE-46 • Ucapan Yang Dpertua PIBG • Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG lepas • Membentangkan dan menerima penyata kewangan yang berakhir 14 Mei 2024 • Membentangkan usul/cadangan • Hal-hal lain • Ucapan penangguhan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK LADANG HARVARD KE-46 JAWATANKUASA KERJA PENASIHAT: EN. MOHD JASNI BIN RAMLI (Guru Besar) PENGERUSI: EN. BASHIRON BIN HUSSAIN (YDP PIBG) NAIB PENGERUSI: PN. RAHIMUNRIZAH BINTI A. RAHMAN (GPK PENTADBIRAN) SETIAUSAHA: PN. UMMUHANI BINTI JOHAR BENDAHARI: PN. FATIMAH BINTI CHE NAN JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN & JEMPUTAN: BACAAN DOA: EN. BASHIRON BIN HUSSAIN USTAZ MOHD NAJIB BIN YUSUF PN. ZARINA BT ALI EN. MOHD JASNI BIN RAMLI PN. RAHIMUNRIZAH BT A.RAHMAN PENGACARA MAJLIS: PENDAFTARAN: PN. FARAHTINA BT NORDIN PN. RAHIMUNRIZAH BT. A. RAHMAN PN. SULZURIATI BT. SULAIMAN BUKU PROGRAM: PERSIAPAN TEMPAT: EN. ASRAF BIN SELAJUDIN EN. ZAINUDIN BIN ZAKARIAN USTAZ MOHD NAJIB BIN YUSUF EN. MOHD LIZAM BIN TUBI EN.AWALUDEN BIN MUHAMAD PN. SHAHIRAH BINTI KHOLIB (GPK HEM) EN. MOHD NAJIB BIN YUSOF (GPK KOKURIKULUM) PN. ZARINA BINTI ALI (NYDP PIBG)
BANNER: PENCATAT: PN. FATIMAH BT CHE NAN PN SITI DIYANA BT MUSTAPA KAMAL PN. AZIZAH BT AZMI BACKDROP: JURUKAMERA: PN.SITI NORHAIZA BT OMAR EN.MOHAMAD BIN MUDA PN LATIFAH BT MAT EN. AWALUDEN BIN MUHAMAD DOKUMENTASI: JAMUAN AJK P. SHAHIRAH BT KHOLIB EN. MOHD NAZRI BIN ABDUL RAHIM PN. ZAKIAH BT. A.WAHAB PN. ASMAHANI BT MOHD KHIR JAMUAN WARIS EN. AZHAR BIN ABU SEMAN EN. SHAHRULNAIN BIN AZIZAN PN. NURUL HIDA BINTI ISMAIL PN. SHAMSURIA BINTI ABD RAHMAN
SK LADANG HARVARD 08100 BEDONG, KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 TAHUN 2023 __________________________________________________________________________________ TARIKH : 15 JUN 2023 HARI : KHAMIS MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SK LADANG HARVARD PENGERUSI : PUAN ZARINA BINTI ALI (NYDP PIBG) KEHADIRAN : i) Ibu bapa / waris : 43 orang ii) Guru : 11 orang Jumlah : 54 orang. AGENDA__________________________________________________________________ I. PERUTUSAN PENGERUSI (PN. ZARINA BINTI ALI) 1) Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. 2) Ucapan terima kasih kepada semua ahli atas sumbangan dan kerjasama yang diberi sepanjang tempoh 2021 hingga 2023. 3) Semua sumbangan dan kerjasama ahli telah membantu menjayakan program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk anak-anak SK Ladang Harvard. 4) Semua ahli diminta agar terus menyokong dan memberi kerjasama bagi menjayakan program-program yang dirancang pada masa hadapan. Makluman & tindakan : semua ahli PIBG. II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-44 5) Pn. Siti Norhaniza membentangkan minit mesyuarat agung kali ke-44. 6) Pn. Kartini binti Khamis mencadangkan minit disahkan, Pn. Asmahani binti Mohd. Khir menyokong. III. PERKARA BERBANGKIT 7) Tiada IV. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
8) Pn. Fatimah selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan seperti 31 Mei 2022 hingga 12 Jun 2023. 9) En. Mohd. Nazri bin Abdul Rahman mencadangkan agar penyata kewangan disahkan, En. Bashiron bin Hussain menyokong. Makluman & tindakan : Semua ahli PIBG. V. PERBAHASAN USUL 10) Usul 1: 10.1 Pn. Asmahani binti Mohd. Khir memohon agar pihak sekolah menyediakan buku tulis berkulit keras dan ukuran yang sama panjang (saiz A4) bagi memastikan buku tulis tidak tertanggal kulit. 10.2 Guru besar menjelaskan perkara berikut boleh diusahakan tetapi ianya akan melibatkan kos yang besar dan mengambil masa yang terlalu lama untuk menghabiskan jualan buku tersebut kerana tempahan hanya akan diterima dalam jumlah yang banyak. Ianya akan mengundang masalah kerosakan buku berikutan jumlah murid SKLH yang tidak ramai. 11) Usul 2: 11.1 Pn. Nurul Hida binti Ismail mencadangkan agar tanda nama murid dicetak dengan ejaan nama penuh. 11.2 Guru besar menyatakan bahawa jumlah huruf bagi tanda nama murid tidak boleh melebihi 10 huruf. Jadi, nama murid pada tanda nama dicetak dengan nama ringkas sahaja. 12) Usul 3: 12.1 Pn. Farahtina binti Nordin mencadangkan agar pihak sekolah membina bumbung pada tempat murid-murid mengambil wudhu’. 12.2 Guru besar menyatakan bahawa kos untuk membina bumbung tersebut agak besar. Sekolah tidak mempunyai modal untuk tujuan tersebut. 13) Usul 4: 13.1 Pn. Farahtina binti Nordin mencadangkan agar pihak sekolah membeli meja rendah untuk murid gunakan semasa pdpc di dalam makmal & perpustakaan. 13.2 Guru besar menyatakan bahawa meja lipat untuk kegunaan murid akan diletakkan di pusat sumber, manakala tiada meja lipat disediakan dimakmal kerana makmal tidak sesuai untuk tujuan pdpc. 14) Usul 5:
14.1 Pn. Normanja binti Abdul Rahman mencadangkan agar kerja sekolah murid dimaklumkan dalam group Whatsapp kelas masingmasing. 14.2 Guru besar menyatakan akan mengadakan perbincangan bersama guru-guru untuk tujuan tersebut disamping menegaskan agar ibubapa mengambil berat terhadap kerja sekolah dan pelajaran anakanak. 15) Usul 6: 15.1 Pn. Ummuhani binti Johar mencadangkan agar waris prasekolah menjadi ahli PIBG bagi memudahkan perlaksanaan program-program sekolah yang menggunakan kewangan PIBG. 15.2 Guru besar meminta persetujuan ahli mesyuarat (setuju/tidak) bagi tujuan tersebut. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. Makluman & tindakan : Semua ahli PIBG. VI PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2023 16. Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AJK PIBG SK Ladang Harvard sesi 2021/2023. 17. Jawatankuasa PIBG 2021/2023 dibubarkan pada jam 3.30 petang. Makluman & tindakan : Semua ahli PIBG. VII PELANTIKAN KAWATANKUASA PIBG 2023/2025 18. Pn. Zakiah binti A. Wahab mencadangkan En. Bashiron bin Hussain sebagai YDP PIBG. En. Mohd Nazri bin Abdul Rahim menyokong. Tiada pencalonan lain untuk jawatan YDP. 19. Pn. Fatimah binti Nan mencadangkan Pn. Zarina binti Ali dilantik sebagai NYDP PIBG. Pn. Shahirah binti Kholib menyokong. Tiada pencalonan lain bagi jawatan NYDP. 20. Pn. Ummuhani binti Johar mencadangkan Pn. Zakiah binti A. Wahab sebagai AJK. 21. Pn. Nurulhida binti Ismail mencadangkan Pn. Shamsuria binti Abdul Rahman sebagai AJK. 22. En. Mohd Nazri bin Abdul Rahim mencadangkan En. Shamsul bin Ibrahim sebagai AJK. 23. En. Shamsul bin Ibrahim mencadangkan En. Azhar bin Abu Seman sebagai AJK. 24. Pn. Siti Norhaiza binti Omar mencadangkan Pn. Asmahani binti Mohd Khir sebagai AJK.
25. En. Zainudin bin Zakaria mencadangkan En. Mohd Nazri bin Abdul Rahim sebagai AJK. 26. Pn. Shamsuria binti Abdul Rahman mencadangkan Pn. Nurulhida binti Ismail sebagai pemeriksa kira-kira. 27. Semua pencalonan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2025 telah disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 28. Jawatan setiausaha dan bendahari serta lima orang ahli jawatan kuasa guru telah dilantik oleh pihak pentadbir sekolah. Makluman & tindakan: Semua ahli PIBG. VIII HAL-HAL LAIN 29. Tiada. IX UCAPAN PENANGGUHAN 30. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru besar, penolong-penolong kanan, semua guru dan waris yang sudi hadir pada mesyuarat agung pada hari ini. 31. Pengerusi berharap agar semua waris dapat memberi kerjasama kepada semua program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kejayaan dan kemenjadian anak-anak SK Ladang Harvard. Makluman & tindakan : Semua ahli PIBG. Mesyuarat ditamatkan pada jam 4.40 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ______________________ _____________________ (UMMUHANI BINTI JOHAR) (BASHIRON BIN HUSSAIN) Setiausaha PIBG YDP PIBG SK Ladang Harvard SK Ladang Harvard