Buku Panduan Pengajaran
Pendidikan Seni Visual
dalam Muzium
Seni Arca awam - Tingkatan 3
NORHAZREIN SHAH BIN HASHIM
2021515667
PROF. DR. BADRUL BIN ISA
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokrasi;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat MALAYSIA,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pengenalan Buku Panduan Pengajaran Dalam Muzium (BPPDM)
Objektif BPPDM
Panduan Penggunaan BPPDM
Glosari
Perkaitan dengan Pembelajaran Kurikulum di Sekolah
Pengenalan Seni Arca
Pengenalan Seni Arca Awam
Kronologi Arca Awam di Malaysia
Contoh-contoh arca awam di Malaysia
Contoh-contoh arca awam di luar negara
Impak Seni Arca Awam kepada negara
Soalan panduan kepada guru KBAT
Rujukan
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kesihatan
yang baik dengan Izin-Nya untuk menyiapkan Buku
Panduan Pengajaran dalam Muzium ini dengan
sempurna
Dalam kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan
kepada Prof. Dr. Badrul Bin Isa merangkap pensyarah
bagi kursus Museum, Gallery and Heritage Education
(ADE468) kerana telah memberikan bimbingan dan
penerangan dalam pelalaksanaan buku panduan ini.
Akhir Sekali, sekalung penghargaan kepada mana-mana
pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya
dalam pembikinan buku panduan ini.
Terima Kasih
PENGENALAN
BPPDM
Buku Panduan Pengajaran dalam Muzium
dihasilkan bagi membantu para guru untuk
digunakan dalam dan luar bilik darjah sebagai
bahan bantu mengajar (BBM).
Buku Panduan Pengajaran dalam Muzium ini
dilengkapi dengan penjelasan dan contoh-contoh
Arca Binaan dalam tajuk Seni Arca tingkatan 3.
Buku Panduan Pengajaran dalam Muzium ini juga
disertakan beberapa soalan KBAT untuk panduan
dan kegunaan para guru.
OBJEKTIF
BPPDM
BUKU PANDUAN BPPDM MEMBOLEHKAN GURU
1 2 3
Melaksanakan proses Melaksanakan kemahiran Membantu pelajar untuk
pengajaran dan berfikir aras tinggi dalam menghasilkan karya yang lebih
kalangan pelajar untuk
pembelajaran dengan lebih kreatif dan mempunyai nilai
terancang dan berkesan. digunakan dalam estetika.
kehidupan seharian.
PANDUAN
PENGGUNAAN
BPPDM
1 Buku Panduan ini hendaklah digunakan
bersama dengan objek, model berskala atau
replika untuk memberi kefahaman kepada
pengguna buku ini.
2 Para guru disaran untuk membentukkan para
pelajar kepada kumpulan yang kecil bagi
aktiviti berkumpulan.
3 Para guru boleh menggunakan buku ini untuk
mengajar topik-topik yang berkenaan seni
arca khususnya dalam arca binaan.
GLOSARI
1 ESTETIKA
cabang falsafah yg mengkaji konsep yg
berkaitan dgn keindahan, cita rasa,
2 REPLIKA
model sesuatu objek, seperti
bangunan, jentera, catan, dll, yg hampir
atau betul-betul menyerupai objek yg
asli.
PERKAITAN DENGAN
PEMBELAJARAN KURIKULUM
DI SEKOLAH
Buku Panduan Pengajaran dalam Muzium ini
dapat membantu guru-guru di sekolah untuk
mengajar dalam bidang seni halus dalam tajuk
seni arca khususnya bagi topik Seni Arca Awam.
Buku panduan ini sesuai dihubungkaitkan
dengan topik Seni Reka Grafik bagi
memperkembangkan dan mempromosikan
seni arca di peringkat global menerusi alaf 21.
Buku panduan ini mempunyai sukatan
pembelajaran sekolah menengah bersesuaian
dengan umur 15 tahun ke atas.
PENGENALAN
SENI ARCA
DEFINISI ARCA
Sebuah bentuk artistik yang diolah menjadi objek seni yang
berbentuk tiga-dimensi daripada penggunaan bahan yang
keras dan plastik.
Terdapat pelbagai media yang digunakan seperti tanah liat,
lilin, batu, besi, kain, kaca, kayu, getah, plaster of paris dan
objek yang rawak.
Antara teknik yang digunakan ialah teknik ukiran, teknik
model, teknik kimpalan, teknik tempa, teknik jahitan, dan
teknik membentuk dan gabungan.
Rogers, Leonard R.. "sculpture". Encyclopedia Britannica, 19 Nov. 2020,
https://www.britannica.com/art/sculpture. Accessed 31 July 2022.
PENGENALAN
SENI ARCA
AWAM
DEFINISI ARCA AWAM
Arca Awam adalah sebahagian daripada seni awam
atau dikenali sebagai "Public Art"
Seni Arca Awam kebiasaanya dipasang secara
kekal di tempat awam dan dipamerkan kepada
orang awam tanpa bayaran.
Kebanyakkan arca awam diperbuat daripada batu,
marmar, dan gangsa atas faktor cuaca dan suhu
kawasan.
https://www.angeloaccardi.com/public-sculpture/
KRONOLOGI
ARCA AWAM DI
MALAYSIA
1 FASA PENGENALAN - ERA PENJAJAHAN (1857-1957)
Ketika era penjajahan, penjajah daripada Inggeris
membawa pengaruh seni dan memperkenalkan
bentuk arca yang dipanggil sebagai arca awam ketika
itu.
Istilah arca awam ketika itu kurang difahami dan hanya
pengenalan tugu potrait yang dipamerkan sahaja.
Antara tugu potrait yang dibina pada masa itu ialah
tugu potrait 'Francis Light' di Pulau Pinang (1938),
'Frank Swethnam' di Kuala Lumpur (1921), 'Robert
Walker' di Perak (1910) dan 'Stamford Raffles' di
Singapura (1887).
Kewujudan tugu potrait tokoh-tokoh penjajah ini dibina
adalah bertujuan sebagai menunjukkan keberadaan
mereka menjajah dan sumbangan besar kepada tanah
melayu.
KRONOLOGI
ARCA AWAM DI
MALAYSIA
1 FASA PEMBANGUNAN - SELEPAS MERDEKA (1957-1980)
Pada fasa pembangunan iaitu selepas merdeka,
terdapat beberapa arca awam dibina antara salah
satunya ialah Tugu Negara.
Tugu Negara merupakan arca awam yang terpenting
kerana melambangkan keperwiraan dan pengorbanan
askar melayu menentang penjajah komunis.
Tugu Negara dibina pada tahun 1966 oleh pengarca
dari British iaitu Felix de Weldon yang diperbuat
daripada bahan gangsa setinggi 15 meter.
Pada tahun 1997, penubuhan Fakulti Seni Lukis dan
Seni Reka, Institut Teknologi Mara antara faktor kepada
pembangunan seni arca di Malaysia.
Antara tokoh yang berjaya dalam gerakan seni arca
ialah Zakaria Awang, Arrifin Mohd Ismail dan Mad
Anuar
KRONOLOGI
ARCA AWAM DI
MALAYSIA
1 FASA PERKEMBANGAN- (1990-KINI)
Ramlan Abdullah antara pengarca pada masa kini yang
telah membawa persepsi yang baru dalam dunia arca
awam di Malaysia.
Antara hasil karya beliau ialah 'Growth' (1995),
'Wahdah' (1997) di perkarangan bangunan DBKL dan
'Form and Dispersion' (1997) di Tasik KLCC
Selain perkembangan seni arca awam di Kuala Lumpur,
arca awam juga turut berkembang ke negeri-negeri lain
di Malaysia seperti di Pulau Pinang dengan arca 'Under
a Penang Sky' (2009) oleh Kikutchi Mitsuo dan di Neger
Johor dengan arca 'keris' di Taman Arca Bandar
Penawar.
Kini lebih ramai pengarca baharu yang mempunyai
idea dan cara tersendiri.
ARCA AWAM
DI MALAYSIA
1
Wayang Tube
Pengkarya: Abdul Shakir Shukor,
Fariz Hanapiah, Firdaus Rahman,
Farhan Fathee
2019
Paip PVC, salur LED, Projektor,
Pembesar suara mudah alih, layar
anjuran sementara dan logam
ARCA AWAM
DI MALAYSIA
2
Entwine
Pengkarya: Joshua Teo
2019
Jubin Plastik, cat akrilik, logam
ARCA AWAM
DI MALAYSIA
3
Dome of Disappearance
Pengkarya: Pamela Tan
2019
Plastik kitar semula, cat akrilik,
logam, kain perca.
ARCA AWAM
DI LUAR
NEGARA
1
Cloud Gate
Amerika Syarikat
Pengkarya: Anish Kapoor
2006
Diperbuat daripada 168 plat besi
tahan karat menggunakan teknik
kimpalan.
ARCA AWAM
DI LUAR
NEGARA
2
Jam Gadang
Indonesia
Pengkarya: Jazid Rajo Mangkuto
1926-1927
Diperbuat daripada batu kapur, telur
putih, dan pasir
ARCA AWAM
DI LUAR
NEGARA
3
Les Voyageurs
Perancis
Pengkarya: Bruno Catalano
2013
Diperbuat daripada gangsa
IMPAK ARCA AWAM BAGI
SESEBUAH NEGARA
1 ESTETIKA
Pembinaan arca awam dapat membangunkan
sesuatu tempat untuk lebih nampak estetika.
2 EKONOMI
Pembinaan arca awam dapat meningkatkan aktiviti sektor
pelancongan dan pada masa yang sama dapat menjana
pendapatan negara.
3 KESEDARAN
Pembinaan arca awam dapat memberikan kesedaran
kepada masyarakat bagi sesuatu perkara melalui
kempen seperti penjagaan alam sekitar.
SOALAN PANDUAN
KEPADA GURU
KBAT
1 2 3
Apakah faktor-faktor Bagaimanakah cara anda Bincangkan peranan
utama yang perlu diteliti untuk mempromosikan kerajaan untuk
ketika menghasilkan seni seni arca di Malaysia? mempromosikan seni
arca awam? arca di Malaysia?
RUJUKAN
1 Rogers, Leonard R.. "sculpture". Encyclopedia
Britannica, 19 Nov. 2020,
https://www.britannica.com/art/sculpture.
Accessed 31 July 2022.
2 http://roslizakariapengarca.blogspot.com/20
12/05/perkembangan-arca-awam-di-
malaysia.html
3 http://roslizakariapengarca.blogspot.com/20
12/05/perkembangan-arca-awam-di-
malaysia.html
4 https://bernama.com/bm/rencana/news.php
?id=1802534