The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haiqal Azmi, 2022-06-09 02:05:00

E-Folio Agama

alhamdulillah

MPU 23052 : SAINS
TEKNOLOGI DAN

KEJUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK : PRINSIP DAN PERANAN ETIKA
DALAM ISLAM SAINS TEKNOLOGI DAN

KEJUTERAAN BERSERTA CONTOH.

NAMA KUMPULAN DAN PENSYARAH

 WAN ZAKIAH BINTI WAN YUNUS

MUHAMMAD HAIQAL BIN AZMI (13DAD21F1179)
MUHAMMAD IZZUL NIZAM BIN MOHAMAD NAZRI (13DAD21F1133)
MUHAMMAD AKMAL ZIKRY BIN ZAMRI (13DAD21F1060)
MUHAMMAD RAFFIZAL HAKIMI BIN MOHD RAHMAD (13DAD21F1042)
LUQMAN WAFIY BIN ABDUL RAHMAN (13DAD21F1146)

OBJEKTIF SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN.

 Definisi sains teknologi dan kejuruteraan.
 Menerangkan prinsip syariah islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
 Menghuraikan peranan syariah islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
 Membincangkan perlaksanaan prinsip syariah islamiah dalam sains dan teknologi dan

kejuruteraan.

 Menerangkan prinsip etika islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
 Membincangkan perlaksanaan prinsip etika islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan.
 Menerangkan mengenai contoh sains teknologi dan kejuruteraan.

DEFINISI SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

• Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dpat dipisahkandengan bidang

ilmu dalam islam. Dalam bidang sains, sains ialah satu usaha manusia
untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif
mengenai alam tabii dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis
dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sans ialah hukum,
sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan islam sama-sama berpegang
kepada prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang
boleh difahami dan dimengerti.

PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.

1. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang
memberi manfaat kepada keselesaan.

• Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia.
• Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa daripada tugas sebagai hamba.
• Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam.
• Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan penyelidikan sehingga

menafikan maksud syariah.

2. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai
tambah kepada peningkatan kualiti.

• Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit.
• Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan

yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt.

• Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuclear bagi mengantikan tenaga bahan api, pengawetan
makanan dan menghapuskan bakteria.

• Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakan
dunia.

3. Keperluaan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa dan
negara.

• Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu keutamaan.
• Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan

rekaan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

• Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi boleh menghalalkan
sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.

• Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi dan teknologi. Namun bukan
menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.

5 PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA DALAM

ISLAM (BERSERTA CONTOH)

• 1. Rabbaniah ( ketuhanan ) : para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip

ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.

• 2. Wasatiah ( kesederhanaan ) : mengambil tindakan atas dua kecendurungan. Contohnya antara

kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.

• 3. Tawazun ( keseimbangan ) : contohnya mencari rezeki bagi menyara keluarga dan diri sendiri.
• 4. Mizan ( kesetaraan ) : setiap perkara yang dilakukan hendaklah diambil kira item yang

digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

• 5. Mutlak dan murunah ( tetap dan anjal ) : arak terpaksa digunakan dalam tujuan perubatan.

kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya.

PERANAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi

- Dengan mengkaji alam ini,manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatau hasil

daripada kajiannya.

Membantu perlaksanaan syariat

- Kajian sains dan teknologi dalam islam adalah didorong oleh kepentingan dalam syariat islam

- Perlaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat islam membangunkan peraturan hubungan
antara mereka.

Membantu manusia supaya bertafakur

- Penyelidikan sains teknologi dalam islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi
kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

• Aqidah : keyakinan dan keimanan kepada rukun iman yang mengandungi enam perkara

- Prinsip ini menuntutkan suatu keyakinan yang bersifat ghaib untuk memantau segala perbuatan manusia

• Syariah : peraturan dan ketetapan hukum berdasarkan kepada alquran dan as-sunnah

- Segala kerja yang melibatkan kajian sains, teknologi dan kejuruteraan hendaklah menuruti ketetapan yang
ditunjukkan dalam al-quran dan as-sunnah.

• Akhlak: panduan tingkahlaku yang mulia melbatkan manusia dengan allah, manusia sesama

manusia dan manusia dengan alam sekitarnva.

- Hubungan yang bersifat segi tiga in merupakan asas penting bagi mewujudkan keseimbangan yang
terbaik.


Click to View FlipBook Version