MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN
KARIAH MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, BINTONG, KANGAR
SESI 2022-2023
Tarikh : 19 Februari 2022 (Sabtu)
Masa :
Tempat : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Ruang Utama Solat, Masjid al-Istiqamah
Telok Jambu, Bintong, Kangar
1
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKASURAT
1. Notis Muktamar Agong Masjid Al-Istiqamah,
Telok Jambu Sesi 2022-2023
2. Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Istiqamah, Telok
Jambu Sesi 2020-2021
3. Jawatankuasa Kecil / Biro Masjid Al-Istiqamah
Sesi 2020-2021
4. Minit Muktamar Agong Tahunan Masjid Sesi
2020-2021
5. Aturcara Program
6. Teks Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kariah
Masjid al-Istiqamah, Telok Jambu Sesi 2020-
2021
7. Laporan Program dan Aktiviti Masjid al-
Istiqamah, Telok Jambu Bagi Tahun 2020-2021
8. Laporan Kewangan Masjid al-Istiqamah, Telok
Jambu Sesi 2020-2021
2
NOTIS MUKTAMAR AGONG MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, SESI 2022-2023
_______________________________________________________
3
JAWATANKUASA KARIAH MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, BINTONG, KANGAR
SESI 2020-2021
BIL. NAMA JAWATAN
1. Ustaz Mohammad Wafiq bin Desa Pengerusi
2. Encik Anor Ardi bin Ali Tim. Pengerusi
3. Encik Mohd. Isa bin Man Setiausaha
4. Encik Che Amidun bin Che Ahmad Pen. Setiausaha
5. Encik Zamzibar bin Saad Bendahari
6. Encik Shaharin bin Shahidan Pen. Bendahari
7. Tuan Haji Abdul Latif bin Md. Awal
8. Encik Helmi bin Mat Isa AJK
9. Encik Roslan bin Hassan AJK
10. Encik Yunus bin Kasa AJK
11. Encik Abd. Halim bin Abd. Hamid AJK
12. Encik Faizul Rashid bin Jaya AJK
13. Puan Norhayati binti Mohd. Noor AJK
14. Puan Roshayati binti Zakaria AJK
15. Encik Nor Shahidi bin Hamdan AJK
16. Puan Faraisha Adira binti Yahya AJK
17. Encik Shahrizan bin Sharif AJK
18. Encik Mohd. Jorasmin bin Mat Isa AJK
19. Tuan Syed Azharudin bin Syed Bainy AJK
AJK
4
JAWATANKUASA KECIL / BIRO MASJID AL-ISTIQAMAH
SESI 2020-2021
BIRO PEMBANGUNAN & FASILITI BIRO KEBAJIKAN
MASJID No. Nama
1. Haji Abdul Latif bin Md. Awal (Ketua)
No. Nama 2. Mohd. Isa bin Man
1. Shahrizan bin Shariff (Ketua) 3. Yunus bin Kasa
2. Zamzibar bin Saad 4. Muhammad Amin bin Khosim
3. Che Amidun bin Che Ahmad
4. Shaharin bin Shahidan
BIRO EKONOMI BIRO KEROHANIAN, DAKWAH &
No. Nama INFORMASI
1. Faraisha Adira binti Yahya (Ketua)
2. Anor Ardi bin Ali No. Nama
3. Helmi bin Mat Isa 1. Roslan bin Hassan (Ketua)
4. Syed Azharudin bin Syed Bainy 2. Jorasmin bin Mat Isa
3. Mohammad Wafiq bin Desa
BIRO HAL EHWAL WANITA BIRO PEMUDA
No. Nama No. Nama
1. Roshayati binti Zakaria (Ketua) 1. Nor Shahidi bin Hamdan (Ketua)
2. Norhayati binti Mohd. Noor 2. Abd. Halim bin Abd. Hamid
3. Faizul Rashid bin Jaya
5
MINIT MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN MASJID SESI 2020 - 2021
TARIKH : 18 JANUARI 2020 / 22 JAMADIL AWAL 1441
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, BINTONG, PERLIS
Kehadiran
Seramai 42 orang anak kariah hadir ke Majlis Muktamar Agung
Tahunan bagi sesi 2020 - 2021.
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi menyampaikan salam dan memulakan muktamar
dengan sama-sama membaca Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi melahirkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah
swt kerana dapat mengadakan muktamar agung masjid bagi
sesi 2020 -2021 seperti yang telah dijadualkan.
1.3 Berterima kasih kepada anak-anak kariah di atas kesudian
hadir untuk sama-sama bermuktamar dengan harapan agar
dikira sebagai amal soleh disisi Allah swt.
1.4 Mengingatkan anak-anak jamaah/ahli-ahli muktamar bahawa
setiap insan perlu bersama-sama memikul tanggungjawab
yang diamanahkan oleh Allah untuk memajukan masjid.
1.5 Pengerusi menjelaskan mengenai muktamar agung yang perlu
diadakan pada bulan ini mengikut arahan Jabatan Agama Islam
Negeri Perlis (JAIPs).
Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Muktamar
Agung Sesi 2018 - 2019
2.1 Setiausaha membentangkan minit Muktamar Agung bagi sesi
2018 - 2019 yang telah diadakan pada 8 Julai 2018 seperti
6
tercatat pada muka surat 2 – 10 dalam buku laporan muktamar
untuk diterima dan disahkan.
Cadangan pengesahan : Encik Che Amidun bin Che Ahmad
Penyokong : Encik Helmi bin Mat Isa
Agenda 3 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti
dan Pembangunan Masjid Sesi 2018 - 2019
3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti dan
pembangunan Masjid untuk diterima dan disahkan.
Cadangan pengesahan : Encik Nor Shahidi bin Hamdan
Penyokong : Shahrizan bin Shariff
Agenda 4 : Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
Jawatankuasa Sesi 2018 - 2019
4.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan sesi 2018 -
2019 seperti untuk diterima dan disahkan.
Cadangan pengesahan : Tn. Hj. Abdul Latif Md Awal
Penyokong : Mohd. Isa bin Man
Agenda 5 : Melantik Ahli Jawatankuasa Kariah (4 Orang)
5.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa
Kariah sesi 2018 - 2019.
Pengerusi membaca beberapa peraturan/tatacara pemilihan
Jawatankuasa Kariah untuk makluman semua yang hadir:
a) Jawatan-jawatan utama (Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari) akan
dipilih/ditentukan oleh pihak JAIPs.
b) Setiap anak kariah yang hadir hanya dibenarkan
mengundi dua (2) kali sahaja.
c) Semua Pegawai-pegawai Masjid secara automatik
menjadi Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid.
7
d) Muktamar Agung Masjid hanya melantik 4 orang sahaja
Ahli Jawatankuasa Kariah yang baru melalui undian anak
kariah yang hadir. Senarai nama yang dipilih berdasarkan
undian tertinggi adalah sepeti berikut :-
Bil. Nama
1. Encik Nor Shahidi bin Hamdan
2. Puan Norhayati binti Mohd. Noor
3. Puan Roshayati binti Zakaria
4. Encik Che Amidun bin Che Ahmad
Agenda 6 : Membentang dan Membahaskan Usul Dari Anak
Kariah
6.1 Cadangan supaya pemasangan CCTV dilakukan dan jiriji yang
dipasang dicabut/dibuang kerana mencacatkan binaan baharu
Masjid disamping dapat menjaga keselamatan Masjid.
Pencadang : Encik Anor Ardi bin Ali
6.2 Dicadangkan supaya pembelian/perolehan barangan Masjid
dilakukan mengikut kaedah yang betul seperti melalui
sebutharga dan pecahan sebutharga adalah tidak dibenarkan.
Pencadang : Encik Mahayudin bin Mohd. Nor
Agenda 7 : Ucapan Penangguhan Pengerusi/Penutup
7.1 Pengerusi melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana
Muktamar agung kali ini dapat diadakan dengan jayanya dari
mula sampai akhir dalam suasana harmoni.
7.2 Berharap semoga muktamar yang diadakan ini dikira sebagai
amalan yang Soleh untuk memakmurkan Masjid sebagai rumah
Allah.
7.3 Muktamar disudahi dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah
Al-Asr’.
8
7.4 Muktamar tamat pada jam 11.30 pagi dan ditangguhkan
sehingga tahun 2022.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………… ……………………………………….
() (MOHAMMAD WAFIQ BIN DESA)
Setiausaha Pengerusi
9
ATURCARA PROGRAM
MUKTAMAR AGONG MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, BINTONG, SESI 2022-2023
Tarikh : 19 Februari 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Ruang Utama Solat, Masjid al-Istiqamah
Telok Jambu, Bintong, Kangar
MASA PERKARA
8.30 pagi Pendaftaran
8.45 pagi Ucapan Pengacara Muktamar
8.50 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Jawatankuasa Kariah
Sesi 2020-2021
9.00 pagi Pembentangan Aktiviti Tahunan (2020-2021)
oleh Setiausaha
9.30 pagi Pembentangan Kewangan Tahunan Masjid
(2020-2021) oleh Bendahari
10.00 pagi Pemilihan lima (5) orang Jawatankuasa Kariah
baharu Sesi 2022-2023 melalui undian anak
kariah
10.30 pagi Mencadangkan usul-usul
11.00 pagi Penangguhan Muktamar
11.15 pagi Jamuan Makan
12.00 tengahari Program Tamat
10
TEKS UCAPAN
PENGERUSI JAWATANKUASA KARIAH MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, BINTONG, PERLIS
MUKTAMAR AGONG MASJID SESI 2022-2023
PADA 19 FEBRUARI 2022 BERSAMAAN 17 REJAB 1443
Yang Berusaha Tuan Pengarah / Wakil Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs),
Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid al-Istiqamah,
Pegawai-pegawai Masjid,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan
limpah kurniaNya kita beroleh kesihatan yang baik serta
kelapangan masa untuk dapat hadir dalam Muktamar Agung
Masjid al-Istiqamah pagi ini. Kita masih dalam suasana berjaga-
jaga akan pandemik Covid-19 berikutan kadar jangkitan positif
turun naik. Oleh itu kita sewajarnya tidak boleh alpa dengan
segala peraturan dan panduan yang telah ditetapkan. Semoga
kita sentiasa dirahmati Allah SWT serta dilepaskan daripada
dugaan ini. Kita patuhi peraturan dan panduan, Allah jaga kita.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang Dirahmati Allah sekelian.
Sepanjang tahun 2020, tidak banyak aktiviti yang dapat kita
laksanakan. Masjid ditutup mulai 18 Mac 2020 kerana pandemik
Covid-19. Seperti yang diketahui umum, hanya 3-4 orang jemaah
sahaja yang dibenarkan hadir dalam solat fardu terdiri daripada
Imam, Muazzin dan Siak bagi mendirikan fardu kifayah. Solat
Jumaat juga tidak dibenarkan. Solat Jumaat dan Solat Sunat
Aidil Fitri dapat didirikan pada 15 Mei 2020 dengan 12 orang
jemaah terdiri daripada AJK dan Pegawai Masjid. Ini merupakan
pengalaman baharu iaitu Solat Jumaat dengan 12 jemaah.
Sebahagaian besar jemaah menjadi imam solat sunat Tarawih
dan Solat Aidilfitri di rumah kerana tidak dibenarkan didirikan di
Masjid. Selepas 3 bulan masjid ditutup untuk orang awam
11
bersolat jemaah, Masjid telah dibuka secara beransur-ansur
untuk berjemaah dengan bilangan yang dihadkan. Solat Sunat
Aidiladha serta ibadah korban juga dibenarkan dengan SOP
yang ketat. Alhamdulillah, mulai 12 Jun 2020 bilangan jemaah
telah bertambah kepada 40 orang tidak termasuk AJK dan
Pegawai Masjid. Pada 19 Jun 2020 bilangan Jemaah juga
dibenarkan mengikut kapasiti ruang solat sesebuah masjid.
Pertambahan ini mengembalikan kecerian Masjid. Kuliah-kuliah
agama mula dibenar disampaikan di Masjid termasuk aktiviti-
aktiviti yang lain juga turut dibenarkan. Malahan baru-baru ini,
saf di Masjid-masjid di seluruh negeri Perlis telah diarah supaya
dirapatkan.
InsyaAllah pada bulan Ramadan tahun ini kita boleh bersolat
seperti biasa di samping mendirikan Solat Sunat Tarawih. Kita
juga dibenarkan mengadakan majlis berbuka puasa, moreh dan
bersahur.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.
Seperti yang dapat dilihat, kemudahan atau prasarana yang
terdapat di Masjid ini boleh menjadi pemangkin kepada
pengimarahan Masjid. Ahli kariah boleh menggunakannya untuk
majlis perkahwinan atau kenduri dan seumpamanya. Ia juga
boleh dijadikan gelanggang permainan atau sukan. Kadar
sewaan yang berpatutan akan dikenakan untuk tujuan upah
pembersihan, penggunaan elektrik dan juga air.
Tempat letak motosikal berbumbung juga telah disediakan untuk
keselesaan para Jemaah yang hadir ke Masjid ini untuk
menunaikan solat. Pihak Masjid juga telah menambah bilangan
parkir untuk kereta di tanah wakaf Masjid bagi menampung
bilangan Jemaah khususnya semasa Solat Jumaat dan Solat
Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Dalam beribadah khususnya solat fardu, pihak Masjid cuba
menjadikan setiap sesi solat itu dalam keadaan selesa dan
khusyuk. Pelbagai faktor menentukan kita berupaya khusyuk.
Masjid cuba membantu dengan mewujudkan suasana yang
kondusif seperti menaiktaraf/memasang sistem penghawa
12
dingin di seluruh ruang solat Masjid dan menaiktaraf sistem
pembesar suara supaya suasana yang selesa dapat dirasai oleh
para jemaah. Lampu-lampu hiasan juga dipasang bagi
menjadikan ruang Masjid dan disekitarnya lebih cantik dan
menarik lebih ramai para Jemaah untuk hadir ke Masjid bagi
menunaikan solat secara berjemaah.
Jadi sebahagian daripada kerja-kerja pembangunan yang
dinyatakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk
meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada para jemaah.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang Dirahmati Allah sekelian.
Usaha kita untuk membantu golongan asnaf masih diteruskan.
Para amil akan menyampaikan barangan dapur kepada keluarga
tersebut yang berkelayakan. Masjid juga berperanan dalam
menyampaikan bantuan kewangan persekolahan kepada anak-
anak yang layak melalui kerjasama hasil maklumat daripada
anak kariah sendiri dan juga JKKKP.
Selain itu juga, bagi anak-anak kariah yang mendapat jangkitan
penyakit corona virus 2019 (+ve covid-19) akan turut dibantu
dengan menyumbang barangan makanan untuk seisi keluarga.
Masjid juga menyediakan tabung kebajikan bertujuan untuk
menyalurkan bantuan kewangan untuk anak-anak kariah yang
ditimpa musibah seperti kebakaran dan bencana alam lain
termasuk untuk anak-anak kariah yang sakit serta yang sedang
mendapat rawatan.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.
Selain pembangunan fizikal masjid, pihak Masjid juga terus
menumpukan kepada peningkatan kualiti pembangunan insan
melalui penyampaian ilmu agama kepada para jemaah. Visi
masjid ke arah membina dan memacu masyarakat bertakwa
memerlukan usaha-usaha bersepadu termasuk unsur utama
iaitu menjadikan insan berilmu. Sehubungan dengan itu, pihak
Masjid telah menganjurkan program kuliah Maghrib pada setiap
malam, kuliah Subuh hari Sabtu dan Ahad, kuliah khas kepada
para wanita dan juga kelas pengajian al-Quran secara talaqqi.
13
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.
Seperti diketahui, pihak Masjid baru-baru ini telah melancarkan
Tabung Kebajikan dan Khairat Kematian Masjid al-Istiqamah.
Bagaimanapun, bentuk bantuan yang dapat dinikmati buat masa
ini oleh ahli-ahli adalah bantuan dari segi kewangan dan tidak
termasuk pengurusan jenazah. InsyaAllah, pihak Masjid akan
menambahbaik Tabung Kebajikan dan Khairat Kematian Masjid
al-Istiqamah dari semasa ke semasa pada masa akan datang.
Ingin juga diingatkan kita semua masih lagi terikat dengan SOP
untuk hadir ke Masjid samada bagi menunaikan Solat mahupun
menghadiri program-program kuliah. Semua yang hadir perlulah
mendaftar kehadiran samada dengan menggunakan aplikasi
mySejahtera ataupun dengan menulis maklumat diri di dalam
buku daftar yang telah disediakan serta menjalankan saringan
kesihatan secara kendiri dan memastikan tidak bergejala seperti
demam, selesema dan batuk.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang Dirahmati Allah sekelian.
Sebagai pengakhir kata kami Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid
al-Istiqamah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
seluruh ahli kariah yang telah bersama-sama menyumbang buah
fikiran, tenaga dan kewangan untuk menjayakan segala program,
projek dan aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid selama ini. Kami
menyusun jari sepuluh, mohon kemaafan atas segala kesalahan
dan kesilapan serta tingkah laku dan tutur kata yang tidak
sesuai sepanjang kita bersama-sama di dalam atau di luar
Masjid.
Sekian, terima kasih.
( MOHAMMAD WAFIQ BIN DESA )
Pengerusi
Jawatankuasa Kariah Masjid al-Istiqamah
Sesi 2020-2021
14
LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI MASJID AL-ISTIQAMAH
TELOK JAMBU, BINTONG, PERLIS
BAGI TAHUN 2020-2021
BIL. PROGRAM / AKTIVITI
1. Mesyuarat Jawatankuasa Masjid al-Istiqamah
2. Kuliah Maghrib (Setiap Malam)
3. Kuliah Khas Muslimat
4. Kuliah Subuh (Setiap Sabtu dan Ahad)
5. Kuliah Jemputan Khas
6. Kelas Pengajian al-Quran secara Talaqqi
7. Lawatan Bantuan Mikro Baikpulih Kediaman &
Membina Rumah
8. Lawatan dan Penyampaian Sumbangan / Derma kepada
Pesakit Kronik atau Ditimpa Musibah
9. Sumbangan Roboq
10. Sumbangan Duit Raya sempena Hari Raya Aidilfitri
11. Bantuan Persekolahan kepada Anak-anak Yatim &
Asnaf
12. Program Gotong Royong Sebelum Kedatangan Bulan
Ramadhan
13. Program Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan
14. Program Qiyam dan Sahur Pada 10 Malam Terakhir
Ramadhan
15. Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Dataran Parkir Masjid
16. Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Dataran Parkir
Masjid
15
BIL. PROGRAM / AKTIVITI
17. Program Kanak-kanak (Pertubuhan Kebajikan Al-
Qayyim Malaysia Cawangan Negeri Perlis)
18. Bantuan / Sumbangan Melalui Food Bank
19. Bantuan Ziarah Dakwah Bil Hal
20. Bantuan Kecemasan Khas (Covid-19)
21. Riadah (Pimpong & Sepak Raga Bulat)
22. Penubuhan Tabung Kebajikan & Khairat Kematian
23. Bantuan Makanan Kepada Isi Rumah Yang Dikuarantin
24. Kerja-kerja Penandaan Sempadan Tanah Wakaf -
Sumbangan
25. Perolehan Laptop dan Mesin Pencetak – Sumbangan
26. Perolehan Laptop Terpakai – Sumbangan
27. Cermin Mata – Sumbangan
28. Pemasangan CCTV
29. Pengalihan dan Pemasangan Penghawa Dingin
30. Perolehan dan Pemasangan Parkir Berbumbung
Motosikal & Kereta
31. Mengecat Lot Parkir Motosikal & Kereta
32. Perolehan & Pemasangan LCD Projektor
33. Menurap Tanah Wakaf Masjid sebagai Parkir Kereta
Tambahan
34. Perolehan & Pemasangan Lampu Hiasan (Striplight)
35. Perolehan & Pemasangan Lampu Hiasan (Chandelier
Lamp)
36. Kerja-kerja Kawalan Serangga (Pest Control)
16
BIL. PROGRAM / AKTIVITI
37. Menaiktaraf Sistem Audio
38. Perolehan & Pemasangan Tirai Bahagian Solat Wanita
39. Pemasangan Talian WiFi
40. Perolehan dan Pemasangan Kerusi & Handrail
Stainless Steel
41. Perolehan dan Pemasangan LCD TV
42. Perolehan dan Pemasangan Alat Pemadam Api
43. Perolehan Peti Besi
44. Perolehan Set Audio Bergerak (Mobile Audio Unit)
45. Perolehan dan Pemasangan Papan Kenyataan
46. Perolehan dan Pemasangan Tabung Kutipan Masjid
47. Perolehan dan Pemasangan Bill Board - Sumbangan
17