The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sultan Abu Bakar merupakan salah seorang tokoh pemimpin Negeri Johor yang sanggup berjuang demi Negeri Johor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6898385, 2021-04-16 23:37:36

TOKOH PEMIMPIN JOHOR SULTAN ABU BAKAR

Sultan Abu Bakar merupakan salah seorang tokoh pemimpin Negeri Johor yang sanggup berjuang demi Negeri Johor

Sultan Abu
Bakar

PENGENALAN ▪ NAMA : NUR AQILAH SYAMIMI BINTI MOHD ZAIDI
▪ KELAS : 4 COURTEOUS
▪ ALAMAT E-MAIL : [email protected]
▪ NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN ULU TIRAM

▪ ALAMAT SEKOLAH : JALAN SUNGAI TIRAM , TAMAN

TIRAM JAYA , 81800 ULU TIRAM

PENDAHULUAN

NEGERI JOHOR & TOKOH PEMIMPIN
▪ Johor merupakan sebuah Negeri yang penuh dengan sejarahnya
yang tersendiri dan terletak dibahagian selatan Semenanjung Malaysia.
Johor ialah salah sebuah negari melayu tertua yang pernah menerima
pengaruh kerajaan Srivijaya . Nama negeri Johor telah pun disebut-sebut
sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka . Nama Johor
berasal daripada Bahasa arab iaitu JAUHAR yang bermaksud Batu
Permata dan nama tersebut kekal sehingga sekarang . Negeri Johor telah
bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan yang penting dan
maju sehingga sekarang . Terdapat pelbagai tokoh pemimpin yang
sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan serta
memajukan Negeri Johor. Sebagai analoginya , SULTAN ABU BAKAR

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

SULTAN ABU BAKAR
❑ Nama sebenar baginda ialah Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Shah Ibni Al-Marhum Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim . Baginda puterakan

pada tanggal 3 Febuari 1833. Sultan Abu Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya yang terletak di Teluk Belanga .

❑ Perang Saudara Pahang pada tahun 1857, menyaksikan persahabatan dan pemberian sokongan baginda terhadap Tun Mutahir . Baginda berkhawin
dengan anak perempuan Mutahir pada tahun 1860 semasa lawatan di Pahang. Pada tahun berikutnya baginda menandatangani perjanjian persahabatan ,
persekutuan dan jaminan sokongan bersama Mutahir . Sementara itu , Temenggung Ibrahim sudah menderita gering demam yang tinggi yang
mengakibatkan kemangkatannya pada 31 Januari 1862 .

❑ Sultan Abu Bakar dilantik sebagai Dato Temenggung Sri Maharaja Johor pada tahun 1862, 3 hari selepas kemangkatan ayahdanya iaitu Temenggung
Daeng Ibrahim. Pada tahun 1868 gelaran baginda dipendekkan menjadi Maharaja sesuai dengan taraf baginda dikalangan antarabangsa. Baginda ialah
sultan Johor era moden yang pertama.

❑ Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang baginda sendiri ilhamkan. Di dalam istiadat itu baginda
menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor . Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama yang berbuat demikian .

PENDIDIKAN TOKOH

SULTAN ABU BAKAR

➢ Pada usia muda baginda ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai Islam dan Adat Undang-undang Melayu Tradisional sebelum dihantar ke
Sekolah Melayu Teluk Belanga , sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah bimbingan
guru-guru mubaligh ini, baginda diajar beradab serta berbahasa inggeris dengan fasih selain Bahasa Melayu jatinya.

➢ Baginda telah mendapat Pendidikan Barat sejak kecil lagi . Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbran
Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England , untuk mencari pengalaman dan
mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbir negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan
pemerintah British . Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu . Ratu tersebut telah
mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868

KERJAYA TOKOH

SULTAN ABU BAKAR MEMPUNYAI KERJAYA YANG CEMERLANG ;

❖ Kemuncak Pemodenan Johor dilakukan oleh Sultan Abu Bakar sehingga melayakkan baginda digelar Bapa Pemodenan Johor . Kebijaksanaan
baginda melaksanakan program pemodenan dalam pentadbiranya menjadikan Johor negeri Melayu terakhir menerima PENASIHAT British
berbanding dengan negeri Melayu yang yang lain. Dasar persahabatan dengan British yang diamalkan baginda berjaya mengekalkan kedaulatan
negeri itu sehingga tahun 1914

❖ Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat , Tengku Alam iaitu anakda
Sultan Ali membantah pemerintahan kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879 tetapi
gagal.

❖ Baginda mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan Johor . Antara langkah yang baginda lakukan ialah mengadakan hubungan baik dengan
Britain. Baginda sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor. Pada tahun 1868 baginda melawat dan
menghadap Ratu Victoria di England . Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran bintang Knight Commander Of The Star Of India dan Maharaja
Johor kepada baginda .

❖ Selain England, baginda juga melawat Itali dan Turki pada tahun 1893. Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883

o Demi memastikan adanya hubungan baik yang dapat memberikan manfaat kepada
pentadbiran , pada tahun 1885 Johor telah menandatangi sebuah perjanjian Setia 1885 .
Melalui perjanjian ini kerajaan British mengiktirafkan Johor sebagai sebuah negeri yang
bebeas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda
bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor
dan bukan sebagai penasihat . British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang
ancaman dari luar

o British juga meletakkan kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di
Singapura . Ini memberikan kelebihan kepada baginda untuk terus berhubung terus dengan
kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi . Kedudukan ini memberikan
kesan positif kepada pentadbiran baginda . Paling penting ialah Kesultanan Johor berjaya
menyekat kuasa British terhadap Johor walawpun Sultan Abu Bakar bersetuju menerima
seorang konsul British tetapi bukan bertaraf Penasihat British

o Antara langkah pemodenana yang dilaksanakan Sultan Abu Bakar ialah memodenkan
pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah , perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja
Raya . Keamanan negeri tutut dititkberatkan dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera

o Bermula 1 Julai 1886 , baginda memakai gelaran Sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Al- Khalil. Baginda juga telah
menukarkan nama bandar Puteri menjadi Johor Bahru pada tahun yang sama .

o Pada tahun 1871 , baginda mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.

o Pada tahun 14 April 1895 , Sultan Abu Bakar memasyurkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang merupakan negeri
melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Peladangan lada hitam dan gambir dimajukan dengan membawa masuk
peladang Cina dan buruh Jawa.

o Pada tahun1883, Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor

Sultan Abu Bakar telah memberikan pelbagai sumbangan sepanjang kehidupan baginda

• Pada tahun 1851, Temenggung telah mewakilkan Sultan Abu Bakar, yang Ketika itu berusia
18 tahun untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali yang membuat
percubaan remeh untuk menuntut hak kedaulatn ke atas Johor.

• Sebagai ayahda, Temenggung secara berunsur-unsur mewakilkan tugas pentadbiranya
kepada Sultan Abu Bakar. Dalam tempoh ini , beberapa pegawai British memuji
kemampuan diplomatik baginda yang sangat baik, seperti yang disebutkan dalam buku
William Napier, pegawai undang-undang kanan Singapura. Napier telah menemani Sultan
Abu Bakar buntuk mengambil Tengku The, ibunda Sultan Mahmud Muzaffar Shah Lingga
yang dibuang ke Johor tidak lama selepas anaknya mula mengajukan tuntutan kedaulatan
ke atas Pahang.

• Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung
dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga . Pada 1 Januari 1866 ,
baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru
dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor . Baginda juga memberi galakan
kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil Sistem Kangcu

• Sultan Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor
Moden . Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri oleh British , lantas baginda tidak akan melantik pegawai British
sebagai penasihat.

• Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan bantuan
Abdul Rahman bin Andak. Dokumen berupa berlembagaan negeri ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan yang
diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor semakin bercampur urusan pentadbiran dengan pihak British .

• Pada waktu itu, kesihatan baginda semakin lemah dan memburuk . Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah mengekalkan
kebebasan status negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama

Sultan Abu Bakar mempunyai pelbagai nilai kepimpinan yang wajar dicontohi oleh masyarakat dan pemimpin masa kini

❑ Sebagai analoginya , Sultan Abu Bakar merupakan seorang yang bijaksana dalam mentadbir Negeri Johor. Baginda dihormati oleh
pedagang dan pemerintah British kerana kebijaksaannya . Baginda juga mendapat pujian daripada pegawai British kerana
kemampuan baginda dalam mentadbir negeri Johor

❑ Selain itu, Sultan Abu Bakar seorang yang sanggu berjuang demi menjaga keamanan serta keselamatan Negeri Johor. Dalam
keadaan kesihatan baginda yang semakin lemah dan memburuk baginda berusha bersama Abdul Rahman bin Andak untuk
menubuhkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor . Ianya sebagai langkah mengekalakan kebebasan status Negeri Johor .

❑ Sultan Abu Bakar juga seorang pemimpin yang berani mempertahankan Negeri Johor sejak usia muda . Temenggung telah
mewakilkan baginda yang baru berusia 18 tahun untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali , yanag menuntut
hak kedaulatan ke atas Johor.

PENUTUP

Usaha yang dilakukan oleh tokoh tokoh pemimpin Johor seperti Sultan
Abu Bakar demi menjaga keamanan dan keselamatan Negeri Johor
haruslah dihargai oleh semua golongan masyarakat . Semangat baginda
juga boleh dijadikan inspirasi oleh gologan pemerintah masa kini.

Demi menghargai usaha dan tindakan Sultan Abu Bakar ,terdapat
beberapa binaan yang diberi nama untuk memperingati baginda .
Binaan tersebut terdapat di Johor bahru mahupun di Muar yang
menonjol kerana binaan itu bercirikan seni bina Victoria dan Moor
berbanding binaan sekelilingnya.Sebagai analoginya, Masjid Negeri
Sultan Abu Bakar dan Maktab Sultan Abu Bakar.

Kesimpulanya, kita perlulah sentiasa berkerjasama untuk menjaga
keamanan dan keselamatan Negeri Johor yang telah diperjuangkan oleh
tokoh-tokoh Negeri Johor

SUMBER RUJUKAN

▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim
▪ https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
▪ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/44028/kesultanan-johor-pencetus-amalan-birokrasi-

moden
▪ https://ms.wikipedia.org/wiki/Johor


Click to View FlipBook Version