1 Program Keusahawanan di Politeknik direka untuk menghasilkan pencipta kerja dengan Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Melalui program ini pelajar juga diajar kemahiran komunikasi dan pembangunan interpersonal untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam komunikasi dan lain-lain aspek kemahiran insaniah. Program ini juga memberi penekanan kepada pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang asas perniagaan, aspek operasi keusahawanan dan bagaimana untuk memenuhi keperluan sebagai seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan untuk membangunkan perniagaan sendiri. Oleh itu Usahawanan muda PIS akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan sebenar. KIT BISNES USAHAWAN MUDA PIS Pengenalan Nama : No. Matrik :
2
3
4 Isi Kandungan BAB 1 5 ASAS PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN BAB 2 13 MEMILIH PERNIAGAAN ANDA BAB 3 17 MEMULAKAN PERNIAGAAN BUKU REKOD JUALAN 26 BUKU KOS JUALAN 40 BUKU REKOD BELANJA 54 BUKU LAPORAN KEWANGAN 68 4
5 Bab 1 ASAS PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN “ Orang yang gagal akan nampak kesusahan pada setiap peluang, manakala orang yang optimis akan nampak peluang dalam setiap kesusahan” 5
6 Kit Panduan bagi Perniagaan Baharu ini merupakan panduan langkah demi langkah untuk bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan dan juga untuk para usahawan sedia ada yang ingin mengukuhkan perniagaan mereka. Kit Panduan ini amat berguna bagi perusahaan mikro untuk mengendalikan perniagaan dengan lebih cekap dan berkesan. Keusahawanan membawa kesan positif kepada masyarakat dari segi sosial dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Seseorang usahawan berupaya mewujudkan aktiviti ekonomi di sekitar mereka. Perkembangan semasa pula menunjukkan bahawa pertambahan bilangan usahawan baru bukan sahaja disebabkan oleh desakan keadaan ekonomi tetapi adalah disebabkan minat untuk mengambil peluang daripada perubahan trend dan demografi masyarakat. Keusahawanan hari ini juga telah dilihat semakin mendapat tempat di kalangan belia dan wanita yang mula aktif menceburi bidang perniagaan. Kit Perpaduan ini akan menggariskan elemen asas bagi anda memulakan perniagaan sendiri serta menjana pendapatan yang lebih stabil. Penerangan berkaitan langkah-langkah asas perniagaan juga akan diberikan dalam bentuk ilustrasi gambah rajah supaya dapat membantu anda dalam memahami dengan lebih jelas dan memudahkan pembacaan dan rujukan. Perjalanan menjadi seorang usahawan bermula dengan idea untuk memulakan perniagaan. Seterusnya, anda perlu mendapatkan maklumat berkaitan apa yang hendak dijual, di mana hendak menjual dan siapa sasaran pelanggan anda. Maklumat-maklumat ini telah tersedia melalui pelbagai platform di atas talian. Anda juga boleh menggunakan kaedah soal selidik sebagai alternatif kepada kesesuaian data yang dikumpulkan. Langkah seterusnya, anda perlu tahu selok-belok untuk menubuhkan perniagaan, dari sudut perundangan dan lingkungan kemampuan kewangan anda supaya idea anda dapat diterjemahkan kepada realiti. Buku ini juga akan mengulas lebih lanjut tentang bagaimana menguruskan operasi perniagaan sepertimana yang telah dirancang, serta mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan dan mengembangkan perniagaan anda pada masa akan datang. ASAS PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN Bab 1 Jumlah jualan tahunan < RM300K ATAU Bilang pekerja Sepenuh masa < 5 Entiti perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan PERUSAHAAN MIKRO
7 APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI SEORANG USAHAWAN BERJAYA? Konsep keusahawanan moden memerlukan lebih daripada idea yang hebat. Usahawan perlu mempunyai personaliti yang unik dan ciri-ciri tertentu dalam sikap, kemahiran dan pengetahuannya. Walaupun tiada sifat khusus yang boleh menentukan anda sebagai seorang usahawan, pengalaman lalu telah menggariskan beberapa ciri umum seorang usahawan yang Berjaya. Antara ciri-ciri tersebut ialah: INISIATIF Seorang usahawan sangat komited terhadap tugasnya dan tidak mudah menyerah kalah atau mengakui kekalahan. Dia akan melihat kegagalan. DISIPLIN DAN KONSISTEN Usahawan yang berdisiplin dan konsisten dalam kerjayanya akan diiktiraf untuk perkhidmatan yang berterusan serta mengambil kira pendapat semua pihak dalam menjalankan perniagaannya. KEJUJURAN DAN KEPERCAYAAN Sikap ini akan mewujudkan keyakinan di kalangan pelanggan dan rakan kongsi perniagaanya. Perniagaan tersebut akan dianggap sebagai entiti yang boleh dipercayai sekiranya usahawan tersebut meletakkan kepentingan komuniti sebagai keutamaan dan bukan sekadar mengaut keuntungan peribadi sematamata. PROAKTIF Kebanyakan usahawan yang berjaya adalah orang yang hands-on yang bermakna apabila dia fikir sesuatu yang benar-benar perlu dilakukan, dia akan melakukannya kerana dia akan menganggap perniagaan itu sebagai lanjutan dirinya sendiri. KREATIF DAN INOVATIF Seorang usahawan akan mencipta idea-idea baru dan berinovasi secara konsisten untuk Pembangunan produk atau perkhidmatan. Beliau juga akan terus berusaha dalam pemasaran bagi memastikan produk atau perkhidmatan itu sampai kepada pengguna di dalam pasaran. BIJAK MENGAMBIL PELUANG Seorang usahawan akan berupaya untuk menukarkan situasi di persekitarannya kepada peluang perniagaan. Beliau bukan Sahaja mampu menghasilkan satu idea yang bernas, malahan menukar idea tersebut dalam bentuk keuntungan. Beliau juga berupaya untuk melihat persekitarannya dengan jelas dan menukarkannya untuk memenuhi matlamatnya dalam usaha untuk memperbaiki perniagaan yang dijalankan. BERANI MENGAMBIL RISIKO Seorang usahawan yang sebenar tidak akan mempersoalkan tentang kejayaan perniagaanya, kerana beliau percaya bahawa kejayaan akan dapat dicapai dan berani untuk mengambil risiko. Beliau mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap cita-cita dan matlamatnya dan telah melakukan usaha-usaha untuk mencapai kejayaan tersebut.
8 ADAKAH ANDA SEORANG PENIAGA ATAU USAHAWAN Terdapat salah faham perbezaan antara seorang ahli perniagaan dan seorang usahawan. Walaupun ada beberapa sifat yang hampir serupa, anda perlu memahami bahawa terdapat perbezaan di antara ciri seorang ahli perniagaan dengan seorang usahawan di dalam dunia perniagaan. Individu yang menjalankan perniagaan Memasuki pasaran dengan usahanya dan dedikasi Fokus kepada aktiviti perdagangan sahaja Menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan daripada pelanggan dan pasaran Menganggap perniagaan lain sebagai pesaing Mengembangkan perniagaan untuk menjamin lebih ramai pelanggan Menguruskan perniagaan secara konvensional Kurang berhadapan dengan risiko kegagalan tetapi menghadapi persaingan yang tinggi daripada perniagaan lain Individu yang memulakan perniagaanya Mencipta pasaran untuk perniagaan dan menjadi pemimpin Fokus kepada inovasi idea baru dan produk Menjalankan perniagaan untuk mencapai matlamat tertentu ke atas pelanggan dan masyarakat umum Menganggap pesaing sebagai cabaran yang memerlukan analisa dan kajian Mengembangkan perniagaan untuk membina jaringan pasaran yang lebih luas Menguruskan perniagaan secara kaedah baru dan sentiasa menambahbaik dari semasa ke semasa Berhadapan dengan risiko yang tinggi tetapi kurang persaingan daripada perniagaan lain AHLI PERNIAGAAN USAHAWAN 8 BEROIENTASIKAN MATLAMAT Seorang usahawan perlu menjadi seorang yang strategik dan mempunyai idea yang jelas tentang apa yang beliau perlu untuk mencapai matlamat serta cara untuk mencapainya. Beliau menentukan bagaiman perniagaanya akan mencapai kejayaan serta sanggup untuk menghadapi halangan dan cabaran. MUDAH MESRA Seorang usahawan berjaya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang bagus dan kekuatan ini akan membolehkan beliau untuk menjual produk atas perkhidmatannya kepada pelanggan dengan efektif. Beliau juga adalah seorang pemimpin yang berupaya untuk memberi motivasi, inspirasi dan mempengaruhi orang di sekelilingnya.
9 UJIAN BAGI MENGENAL PASTI ASPIRASI DALAM MENJADI SEORANG USAHAWAN Sila pilih tahap persetujuan anda tentang keupayaan berkaitan perniagaan dalam skala 1 hingga 5 Sangat Tidak Bersetuju 1 Tidak Bersetuju 2 Tidak Pasti 3 Setuju 4 Sangat Bersetuju 5 Saya tahu bagaimana dan di mana untuk mencari maklumat perniagaan Saya tahu keupayaan dan kapasiti saya untuk memulakan perniagaan Saya tahu bagaimana untuk mengenal pasti peluang dalam membina perniagaan Saya tahu bagaimana untuk menentukan pasaran semasa dan keperluan orang ramai Saya tahu bagaimana dan di mana hendak mencari sumbersumber untuk perniagaan saya No. Kriteria 1 2 3 4 5 Keupayaan untuk mengenal pasti peluang perniagaan (Untuk Skor <20, anda perlu berusaha lebih gigih untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada di sekeliling anda) 1 2 3 4 5 Jumlah Saya sangat bermotivasi untuk memulakan perniagaan saya sendiri Saya mengetahui kelebihan jika bekerja sendiri Saya sedar tentang risiko yang bakal dihadapi dan saya mampu menanganinya Saya akan mencari sumber kewangan saya sendiri Saya memahami tanggungjawab saya dalam perniagaan serta kepada pekerja, pelanggan dan orang ramai No. Kriteria 1 2 3 4 5 Keupayaan untuk berkerja sendiri (Untuk Skor <20, pertimbangkan untuk menigkatkan potensi diri sendiri dalam menjalankan perniagaan) 1 2 3 4 5 Jumlah
10 Sila pilih tahap persetujuan anda tentang keupayaan berkaitan perniagaan dalam skala 1 hingga 5 Sangat Tidak Bersetuju 1 Tidak Bersetuju 2 Tidak Pasti 3 Setuju 4 Sangat Bersetuju 5 Saya mempunyai pengetahuan asas dalam menjalankan perniagaan Saya telah menghadiri beberapa kursus berkaitan dengan asas memulakan perniagaan Saya mempunyai jaringan kenalan dan rangkaian untuk memulakan perniagaan Saya tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi moden bagi mendapatkan maklumat terkini dalam perniagaan Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjamin perniagaan saya No. Kriteria 1 2 3 4 5 Keupayaan untuk mendapatkan peluang perniagaan baru (Untuk Skor <20, pertimbangkan untuk menghadiri kursus jangka pendek atau latihan dalam bidang pengurusan perniagaan) 1 2 3 4 5 Jumlah Saya tahu apa itu Model Perniagaan Saya tahu bagaimana untuk menjelaskan pelan perniagaan secara terperinci Saya tahu bagaimana untuk mengenal pasti atau mencipta potensi pasaran Saya tahu bagaiman untuk menguruskan sumber saya Saya tahu bagaimana untuk mengembangkan perniagaan bagi kejayaan jangka masa panjang No. Kriteria 1 2 3 4 5 Keupayaan untuk menyediakan pelan perniagaan (Untuk Skor <20, anda mungkin ingin mengasah kemahiran dalam merancang perniagaan anda) 1 2 3 4 5 Jumlah Kesimpulannya, jika anda belum bersedia, jangan risau kerana Toolkit ini akan memberikan maklumat yang komprehensif mengenai cara untuk memulakannya.
11 IDEA Apakah yang boleh saya tawarkan yang berbaloi untuk orang awam membayarnya? PELANGGAN Siapakah sasaran pelanggan perniagaanya saya? RANCANGAN Ke manakah hala tuju perniagaanya saya? Gagal merancang bererti merancang untuk gagal SOKONGAN Apa yang saya perlu ada untuk menjalankan perniagaan? 01 02 03 04 PERKARA YANG DIPERLUKAN 4 UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN “Pengetahuan yang baik adalah yang memberi manfaat, Bukan yang hanya diingat” (Imam Al-Syafi’i)
12
13 Bab 2 MEMILIH PERNIAGAAN ANDA “Penuhilah minda dengan perkara positif setiap hari supaya tiada ruang untuk perkara negatif.” 13
14 GRID PERMULAAN Sekarang anda telah bersedia untuk mula dan sudah tiba masa untuk menukar idea anda kepada tindakan. MEMILIH PERNIAGAAN ANDA Bab 2 Pertama, fikirkan tentang konsep, produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pasaran 1 Tanya pendapat orang sekeliling anda seperti ahli keluarga dan rakan-rakan tentang idea anda itu. Anda boleh membuat kaji selidik di atas talian. Antara soalan yang boleh ditanya adalah: a) Adakah anda sendiri akan membeli produk atau menggunakan perkhidmatan ini? b) Apakah nilai produk atau perkhidmatan ini? c) Apakah kaedah terbaik untuk memasarkan idea ini? d) Adakah anda rasa bahawa idea ini hanya akan menarik minat buat sementara waktu atau boleh menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam jangka masa panjang? e) Apakah perkara yang boleh dilakukan untuk menambah baik idea ini? f) Apakah perniagaan lain dalam bidang ini yang pernah anda dengar atau anda sedang menggunakan produk atau perkhidmatanya? 4 Ketika sedang memikirkan idea yang sesuai: a) Mulakan dengan industri atau jenis perniagaan yang anda sangat minati; dan b) Mengambilkira keperluan peralatan dan bahan yang mudah untuk diperoleh atau didapati dengan kos yang murah untuk membantu anda mengurangkan kos memulakan perniagaan. 3 Lakarkan idea anda di dalam sebuah buku lakar 2 14
15 Wujudkan satu Kanvas Model Perniagaan daripada lakaran konsep perniagaan yang anda ingin jalankan. 6 Selepas mendapat maklum balas, rujuk semula kepada buku catatan anda dan lihat sama ada idea tersebut boleh ditambah baik supaya produk atau perkhidmatan anda adalah berbeza daripada apa yang ditawarkan di pasaran sekarang. 5 Model Perniagaan = Bagaimana Usahawan Mencipta, Menyampaikan dan Memperolehi Nilai KENAPA MODEL PERNIAGAAN PENTING? Anda mempunyai idea yang hebat dan bersedia untuk memulakan perniagaan. Sebelum mula, anda perlu mewujudkan model perniagaan. Model perniagaan adalah pelan hala tuju untuk kejayaan perniagaan kecil. Model perniagaan bukanlah pelan perniagaan. Anda tidak boleh mula menulis pelan perniagaan sehingga anda telah membuat satu “rangka tindakan” untuk kejayaan anda dengan model perniagaan. Ia adalah seperti menyediakan satu lakaran asas sebelum menyediakan pelan rumah terperinci bagi membina rumah baru anda. 15
16 MENGENAL PASTI FORMAT UNTUK PERNIAGAAN ANDA Kanvas Model Perniagaan ialah kaedah strategik untuk mewujudkan formula istimewa perniagaan anda dan akan menjadi asas bagi pelan perniagaan. Carta visual ini adalah seringkas seperti melukis di atas papan putih namun amat berkuasa dalam membantu usahawan merebentuk satu model perniagaan yang khusus dan komprehensif. Rakan Perniagaan yang Utama Siapakah pembekal dan penyedia perkhidmatan anda? Aktiviti Apakah yang akan anda lakukan dengan sumber yang ada? Sumber Apakah barangan, perkhidmatan dan infrastruktur yang akan digunakan? Tawaran Nilai Apakah permasalahan yang perlu diselesaikan dan produk apa yang paling sesuai untuk tujuan ini? Hubungan Pelanggan Bagaimana anda berinteraksi dengan pelanggan? Segmen Pelanggan Siapakah pengguna produk dan siapa pelanggan yang berbayar? Saluran Bagaimana pelanggan akan mencari, membeli dan menggunakan produk? Struktur Kos Berapa kos kesuluruhan pengeluaran? Model Pendapatan Dari mana pendapatan akan diperolehi? 1 2 3 4 5 6 7 8 9 16
17 Bab 3 MEMULAKAN PERNIAGAAN “Bila sudah mula bisnes, usah toleh ke belakang lagi. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menyakitkan kepala.” 17
18 PENDAHULUAN Anda telah merekabentuk dan menganalisa model perniagaan yang bakal dijalankan, untuk dijadikan sebagai asas kepada pelan perniagaan anda. Secara umumnya, pelan perniagaan adalah versi yang lebih terperinci kepada model perniagaan anda. Ia terdiri daripada maklumat organisasi, model operasi, analisa kewangan, maklumat industry perniagaan, langkah perlaksanaan dan analisa risiko. Pelan perniagaan adalah penting bagi permulaan perniagaan. Anda disarankan untuk meneliti pelan perniagaan anda Bersama-sama dengan pihak lain seperti kaunselor perniagaan, rakan kongsi atau kenalan. Secara asasnya, pelan perniagaan dibina berdasarkan teori 4Ws dan 1H (Who, What, Where, & How) (Siapa, Apa, Kenapa, Di Mana & Bagaiman) dan teori 7Ps (Product, Price, Place, Promotion, People, Process & Physical) (Produk, Harga, Tampat, Promosi, Orang, Proses dan Fizikal). Kaedah mengenal pasti peluang yang ada berdasarkan teori-teori ini akan membantu anda bermula dari tempat yang betul. MEMULAKAN PERNIAGAAN Bab 3 MEMBENTUK PERNIAGAAN YANG BERJAYA Berfikir dan menulis tentang pelan perniagaan ialah langkah pertama untuk membentuk perniagaan yang berjaya. Pelan perniagaan anda mestilah praktikal dan memenuhi keperluan semasa perniagaan. Ini kerana Pelan perniagaan yang baik akan bermanfaat sebagai bahan rujukan perniagaan pada masa akan datang. BERSEDIA MENGORAK LANGKAH? Komponen dalam Pelan Perniagaan: Panduan Lamgkah Demi Langkah 1. Pernyataan Misi dan/atau Visi yang anda mahu cipta. Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk membantu melengkapkan Misi dan Visi adalah seperti berikut: Siapakah pelanggan anda? Apakah jenis perniagaan anda? Apakah yang anda jual (Produk / Perkhidmatan)? Apakah perancangan untuk mengembangkan perniagaan anda? Apakah kelebihan utama perniagaan anda? 2. Penerangan tentang syarikat dan produk atau perkhidmatan anda. 3. Penerangan tentang keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. 4. Analisa Pasaran berkaitan jenis pasaran yang bakal diceburi, maklumat persaing, posisi perniagaan dan bahagian pasaran yang boleh dicapai.
19 5. Penerangan tentang pasukan, organisasi pengurusan, termasuk pengalaman individu dan kejayaan yang pernah dicapai. 6. Bagaimana anda merancang untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda? 7. Analisa Syarikat anda dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk memastikan bahawa perniagaan anda adalah realistik dan telah mengenal pasti peluang dan cabaran. 8. Menyediakan Penyata Aliran Tunai untuk mengenal pasti keperluan semasa dan masa hadapan kewangan anda. Penyata Aliran Tunai juga membantu anda melihat impak aliran tunai kepada perkembangan Syarikat. 9. Unjuran Kewangan: Keperluan pembiayaan, penyata imbangan, ramalan jualan, nisbah perniagaan dan analisa modal-pulangan. 10.Ringkasan/ keismpulan yang merangkum semua maklumat (bahagian ini juga boleh dijadikan sebagai Ringkasan Eksekutif dan diletakkan di bahagian hadapan dokumen Pelan Perniagaan). Promosi ialah aktiviti yang berkesan untuk memastikan jenama anda dikenali oleh Kumpulan sasaran. Anda boleh bermula menggunakan kaedah pemasaran atas talian, sebagai contoh FB Fan Page, di mana anda menyiarkan (post) maklumat syarikat, produk dan perkhidmatan anda. Ini kerana, kebanyakan pemasaran atas talian adakah percuma dan anda boleh memberi maklum balas kepada pertanyaan pelanggan dengan lebih pantas. Pengiklanan boleh memberi kesan besar kepada perniagaan dan mengukuhkan jenama anda. Kira jumlah kos sebelum menetapkan harga jualan sesuatu barangan. Jika kos pengilangan sebatang pen ialah RM1.50, dan anda menetapkan kadar keuntungan sebanyak 80% daripada jumlah kos, pen tersebut boleh dijual dengan harga RM2.70 (RM1.50 + 80% - tidak termasuk SST). Jika jumlah kos pengeluaran adalah rendah, anda boleh menggunakan kaedah harga skimming iaitu dengan menetapkan harga produk atau perkhidmatan yang lebih tinggi pada permulaan dan kemudian menurunkan harga tersebut dalam satu tempoh masa tertentu. PROMOSI MENETAPKAN HARGA JUALAN:
20 BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN Proses untuk memulakan perniagaan secara dalam talian (online) adalah sama seperti memulakan kedai runcit yang sebenar. Rancangan dan aspek undang-undang untuk perniagaan dalam talian adalah sama. Walaupun anda tidak perlu untuk mencari lokasi, namun perancangan yang kukuh dan laman web yang interaktif amat diperlukan sebelum mula memasarkan produk atau perkhidmatan anda. AGAIMANA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN DI MALAYSIA Menyediakan Pelan Perniagaan yang ringkas Mendaftarkan Perniagaan Anda Memutuskan cara untuk memulakan jualan atas talian Menjual di pasaran atas talian seperti Lazada, Zalora, Shopee, Instagram dan Facebook atau Membina laman web e-dagang anda sendiri 1 2 3 10 KESALAHAN BESAR APABILA MEMULAKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN 1. Menunggu terlalu lama untuk melancarkan produk/ perkhidmatan 2. Menyelesaikan masalah yang tidak penting 3. Tidak mendengar kehendak pelanggan 4. Tidak ada kelainan ketara dengan perniagaan lain 5. Memilih topik yang anda tidak kisah 7. Menghabiskan masa dengan berfikir dan tidak bertindak 8. Melakukan berseorangan 6. Memulakan dengan jangkaan yang salah 9. Keliru antara “Blog” dengan “Perniagaan” 10. Langsung tidak bermula
21 Rancangan Perniagaan 1 Muka Surat Nama: Pemilik: Kenapa? Bagaimana? Apa? *Kenapa anda lakukan *Bagaimana anda lakukan * Apa yang anda lakukan Masalah Pelanggan Cara Penyelesaian Sasaran Pasaran Kedudukan atau Tumpuan Kelebihan Daya Saing Aliran Pendapatan Strategi Harga Jualan 3 Pesaing Utama 1. 2. 3. Nota FORMAT PELAN PERNIAGAAN
22 Idea anda Apa yang akan anda jual? Kenapa orang perlu membeli produk anda? (Apakah keperluan atau masalah yang perlu diselesaikan oleh perniagaan anda? Faedah unik yang produk/ perkhidmatan anda Perniagaan anda Adakah anda memerlukan nama syarikat dan nama produk? (Sekiranya ya, apakah nama tersebut) Adakah anda memerlukan dokumen perundangan untuk difailkan? (Contohnya menjalankan peniagaan bersama negeri, PLT sekiranya anda ingin menubuhkan perkongsian liabiliti terhad) Siapakah rujukan utama bagi kejayaan syarikat anda? (Rakan perniagaan, rangkaian perniagaan tempatan, pembekal dan lain-lain) Perkara berkaitan kewangan Berapakah harga yang akan anda kenakan? Berapakah duit yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan (termasuk perbelanjaan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan) Bagaimanakah untuk anda menanggung kos permulaan dan perbelanjaan sehingga perniagaan anda mendapat keuntungan? Kunci kepada perniagaan anda: Pelanggan anda Siapakah yang akan membeli apa yang anda jual? Bagaimana untuk anda dapatkan dan pasarkan kepada mereka? Kejayaan Bila akan anda tetapkan bahawa syarikat anda berjaya? (Berdasarkan pencapaian jumlah pelanggan? Pendapatan tahunan? Lain-lain?) RANCANGAN PERNIAGAAN 1 MUKA SURAT
23 Berikut adalah 30 soalan penting yang perlu dijawab bagi memastikan idea anda adalah berbaloi untuk memulakan perniagaan. ANDA SUDAH MEMILIKI IDEA PERNIAGAAN 1. Adakah anda akan menggunakan produk anda sendiri? 2. Bolehkah anda mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 orang yang sanggup membeli produk anda? 3. Apa yang anda suka? Adakah ia berbeza dengan idea perniagaan anda? 4. Bagaimanakah tahap kesukaran masalah yang ingin anda selesaikan? 5. Adakah sasaran pasaran anda cukup besar untuk mewujudkan perniagaan yang sebenar? 6. Apakah model pendapatan anda dan sejauh mana ia realistic? 7. Bagaimana pengasas boleh menjalankan idea tersebut? 8. Bagaimana pengasas boleh mengenal pasti apa yang perlu mereka lakukan, selain daripada perkara yang sedia ada? 9. Bagaimana pelanggan menangani masalah hari ini? 10. Apakah trend terkini yang membolehkan penyelesaian anda mampu dilaksanakan? 11. Apakah versi ringkas tentang idea ini? 12. Berapa cepat idea ini akan boleh menembusi pasaran? 13. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menyiapkan prototaip pertama daripada idea perniagaan anda? 14. Apakah yang membuatkan produk anda berbeza dengan yang lain? 15. Berapa banyak wang yang diperlukan untuk membina prototaip pertama? 16. Pelanggan hanya akan membeli produk yang ringkas. Sila jelaskan produk anda dalam satu ayat. 17. Adakah anda mempunyai kelebihan dari segi persaingan? 18. Adakah anda bersungguh-sungguh tentang idea tersebut dan mendedikasikan masa selama 1-2 tahun untuknya? 19. Adakah anda mudah mendapat akses kepada 2-3 individu berprofil tinggi yang boleh membantu anda membawa ke arah kejayaan dalam pasaran? 20. Adakah anda boleh meyakinkan 1-2 individu hebat untuk bekerja dengan anda sekarang? 21. Berapa lama masa diambil untuk penghasilan berskala besar? 22. Bagaimana idea ini menjadikan dunia lebih baik? 23. Bagaimana idea ini menjadi kreatif, inovatif dan unik? 24. Apakah peluang dan risiko yang anda hadapi? 25. Bagaimana dengan paten? 26. Apakah matlamat jangka masa panjang yang anda telah tetapkan? 27. Bagaimana industri ini berkembang (pertumbuhan pasaran)? 28. Apakah faktor utama kunci kejayaan? 29. Kenapa seseorang perlu memberikan anda duit? 30. Bagaimana perniagaan anda akan terus bertahan dan berkembang dalam tempoh lima tahun akan datang?
24
25 KEPENTINGAN PERAKAUNAN DALAM PERNIAGAAN Sepintas Lalu Perakaunan amat penting bagi usahawan, peniaga dan juga syarikat. Tidak kiralah perniagaaan tersebut hanya kecil-kecilan ataupun besar. Dengan akaun sesebuah syarikat atau usahwan dapat mengetahui segala kewangan untung dan rugi dalam sebuah perniagaan. Sebahagian usahawan yang tidak merekodkan segala urus niaga hanya akan menganggarkan sahaja keuntungan atau rugi sesebuah perniagaan. Malah ada usahawan yang tidak tahu sama ada perniagaan mereka untung mahupun rugi. Di sini ada 4 sebab kenapa akaun penting untuk usahawan, peniaga dan syarikat. Dapat mengenal pasti kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti syarikat. Dapat menunjukkan pergerakan keluar dan masuk sesuatu perniagaan, projek atau produk kewangan. Segala dokumen yang berkaitan dengan tunai perlu dimasukkan atau direkodkan. Dalam penyata untung rugi pula adalah untuk mengetahui lebih tepat lagi kedudukan perniagaan sama ada pada bulan atau tahun tersebut kita untung mahupun rugi. Apabila sudah mempunyai akaun yang dibuat secara berkala lebih mudah untuk mengenalpasti aliran tunai keluar dan masuk, pinjaman hutang yang masih ada ataupun pemiutang. Ianya juga dapat mengurangkan risiko bankrup. Pinjaman Mudah Diluluskan. Jika segala dokumen akaun tersusun, akan memudahkan lagi pihak bank untuk meluluskan pinjaman. Dengan adanya akaun, secara tidak langsung peniaga akan dapat mengenalpasti kedudukan kewangan dan peniaga dapat mengelakkan daripada membuat pembelian yang tidak sesuai pada masanya dan dapat mengelak daripada masalah aliran tunai.
26 Buku Rekod Jualan
27 Buku ini khas untuk merekod “DUIT JUALAN” yang diterima daripada pelanggan Rekod JUALAN boleh dibuat beberapa cara iaitu: 2.1. SATU PERSATU - Setiap jualan direkodkan mengikut item/perkhidmatan yang diberikan 2.2. LUMP SUM - Jualan harian dikumpulkan untuk satu kali rekod. Setiap akhir bulan, nilai JUALN ini akan dijumlahkan dan dipindahkan ke dalam kolum JUALAN di dalam buku “LAPORAN KEWANGAN”. Panduan Merekod 27
28 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT JANUARI
29 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT FEBRUARI
30 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT MAC
31 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT APRIL
32 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT MEI
33 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT JUN
34 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT JULAI
35 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT OGOS
36 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT SEPTEMBER
37 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT OKTOBER
38 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT NOVEMBER
39 JUMLAH JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI PRODUK / PERKHIDMATAN / NO RESIT DISEMBER
40 Buku Kos Jualan
41 Panduan Merekod Buku ini khas untuk merekod duit yang dibayar kepada pembekal-pembekal barang jualan kita. KOS JUALAN adalah kos yang diperlukan untuk menghasilkan produk / perkhidmatan. Setiap akhir bulan, jumlahka nilai KOS JUALAN ini dan masukkan ke kolum “KOS JUALAN” di dalam buku “LAPORAN KEWANGAN” Cuba senaraikan “KOS JUALAN” perniagaan anda yang terlibat. Contoh Peniagaan Restoran - Kos Jualan restoran ini adalah : 4.1 Beras 4.2 Ikan 4.3 Ayam 41 NO SENARAI KOS JUALAN
42 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA JANUARI
43 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA FEBRUARI
44 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA MAC
45 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA APRIL
46 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA MEI
47 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA JUN
48 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA JULAI
49 JUMLAH KOS JUALAN : TARIKH BANK / TUNAI JUMLAH NO INV / BIL ITEM YANG DIBELI BAYAR KEPADA OGOS