JADUAL MENGAJAR
Kursus/Subjek Yang Diajar
1. ETN2013 : PEMBAIKAN PERALATAN UJIAN
2. ETN2023 : PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRONIK INDUSTRI
SENARAI TOPIK YANG SEMPAT DIAJAR (ETN2013) Kursus Minggu
ETN2013 3 Minggu
Bil Perkara
1. K1 - Mengenalpasti Keperluan Pembaikan Peralatan
Ujian
1. Menyatakan fungsi peralatan elekronik industri
seperti Radio FAM/AM/TV/DVD Player/Hi-
Fi/Persidangan Audio
2. Menyatakan jenis kerosakan peralatan ujian seperto
meter pelbagai/penjana isyarat/osiloskop
3. Menamakan bahan dan alat tangan untuk
pembaikan perlatan ujian
4. Menyatakan fungsi manual servis pembaikan
perlatan ujian
2. K2 - Menyediakan Keperluan Pembaikan Peralatan ETN2013 2 Minggu
Ujian
1. Menyenaraikan perlatan ujian, bahan dan alatan ETN2013 1 Minggu
tangan
2. Menyatakan kaedah mengesan kerosakan/
pembaikan peralatan ujian
3. Menyatakan langkah kerja mengesan kerosakan/
pembaikan peralatan ujian berpandukan manual
servis
3. K3 - Melaksanakan Kerja Pembaikan Peralatan
Ujian
1. Menyenaraikan simptom luaran peralatan ujian
yang rosak
2. Menyatakan bahagian peralatan ujian yang rosak
3. Menerangkan langkah kerja mengesan kerosakan/
pembaikan perlatan ujian
SENARAI TOPIK YANG SEMPAT DIAJAR (ETN2023)
Bil Perkara Kursus Minggu
1. K1 - Mengenalpasti Keperluan Pembaikan Peralatan ETN2023 3 Minggu
Elektronik Industri ETN2023 4 Minggu
1. Menyatakan fungsi peralatan elekronik industri
seperti Radio FAM/AM/TV/DVD Player/Hi-
Fi/Persidangan Audio
2. Menyatakan jenis kerosakan peralatan
elektronik industri
3. Menamakan peralatan ujian, bahan dan alat
tangan untuk pembaikan peralatan elektronik
industri
4. Menyatakan fungsi manual servis peralatan
elektronik industri
2. K2 - Menyediakan Keperluan Pembaikan Peralatan
Elektronik Industri
1. Menyatakan kaedah mengesan kerosakan dan
membaikpulih peralatan elektronik industri
2. Menyenaraikan peralatan ujian, bahan dan alat
tangan untuk pembaikan peralatan elektronik
industri
3. Menyatakan langkah kerja pembaikan peralatan
elektronik industri berpandukan manual servis
SENARAI TOPIK YANG BELUM SEMPAT DIAJAR
Bil Perkara Kursus Ulasan
1. K4 - Set Up Peralatan Ujian Untuk Produk Dummy ETN2013
ETN2023
1. Menyatakan definisi produk dummy
2. Menyatakan kelebihan produk dummy ETN2023
3. Menyatakan tujuan menggunakan produk dummy
untuk menguji peralatan ujian
2. K3 - Melaksanakan Kerja Pembaikan Pada
Elektronik Industri
1. Menyenaraikan simptom luaran peralatan elektronik
industri yang rosak
2. Menyatakan bahagian peralatan elektronik industri
yang rosak
3. Menerangkan langkah kerja pembaikan peralatan
elektronik industri
4. Menerangkan kedalian peralatan elektronik industri
seperti Radio FM/AM/TV/DVD Player/ Hi-
Fi/CCTV/Persidangan Audio
3. K4 - Melaporkan Aktiviti Peralatan Elektronik
Industri
1. Menyatakan format/ kandungan borang laporan
kerosakan
T. Tangan G. Pelatih: T. Tangan & Cop Pembimbing/Penyelia:
….………………………………. …………………………………………………
Tarikh : 8 JULAI 2022 Tarikh : 8 JULAI 2022
SENARAI SEMAK OLEH PEMBIMBING
CABARAN GURU PELATIH UNTUK MENARIK
TUMPUAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH
SEMASA SESI PDP
Noorfitriah Binti Zulkefli1,Ts. Muhammad Rizal Bin
Zakaria2 Ts. Dr. Tamil Selvan A/L Subramaniam3
1Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 2Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
3Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan
[email protected], 2mr_rizal/[email protected], [email protected]
Abstrak: Latihan mengajar merupakan satu kewajipan kepada pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional (FPTV) bagi membolehkan mereka melengkapkan syarat-syarat bergraduasi yang
telah ditetapkan oleh pihak fakulti. Jadi, latihan mengajar telah berlansung selama 14 minggu yang
telah berjaya dihabiskan oleh pelajar dengan jayanya. Terdapat beberapa cabaran yang perlu
ditempuh oleh guru pelatih seperti cabaran untuk menarik tumpuan pelajar semasa sesi PdP
dijalankan. Oleh itu, kaedah yang perlu diamalkan oleh seseorang guru sangat memainkan peranan
yang penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Seterusnya,
kaedah pembelajaran teknik SCL merujuk kepada ciri istimewa seseorang murid untuk memperlihat,
berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Hal ini kerana, proses
pembelajaran melibatkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar sangat penting dan seseorang
pelajar bertanggungjawab untuk menetukan sumber serta bahan pengajaran dan guru akan bertindak
sebagai fasilitator.
1.0 Pengenalan
Sepanjang 14 minggu latihan mengajar berjalan, pelbagai pengalaman serta pendedahan
yang telah saya perolehi. Jadi, dari pengurusan pengurusan pengajaran dan pembelajaran saya
perlu mengajar untuk bahagian teori dan juga bahagian amali. Pada permulaan kemasukan
sebagai guru pelatih di Kolej Vokasional Juasseh pihak pengurusan telah menetapkan kelas
pada masa pertama dan masa kedua. Bagi masa pertam adalah untuk pelajar luar pada sebelah
pagi dan bagi masa kedua pula ialah pada sebelah petang untuk pelajar yang tinggal diasrama.
Perlaksanaan ini dibangunkan adalah untuk mengelak agar pelajar luar dan dalam bercampur
bagi mengelak dari penyebaran covid-19. Apabila pihak KPM mengumumkan pelajar dapat
hadir bersemuka ke kolej untuk menjalankan pembelajaran secara normal kedua-dua sesi
telah digabungkan. Seterusnya, saya telah dilantik bersama-sama pensyarah yang lain untuk
menguruskan projek EKSA untuk Jabatan Elektronik. Selain itu, pihak kolej telah
mengadakan Program KV Skils dan penyertaan adalah diwajibkan untuk semua jabatan yang
ada. Saya telah dilantik sebagai AJK bagi Jabatan Elektronik untuk memantau pelajar pada
hari pertandingan di Bengkel Elektronik. Bagi pertandingan ini pelajar perlu membangunkan
sebuah projek yang menggunakan komponen elektrik yang disediakan. Penglibatan untuk
pertandingan ini untuk pelajar Tahun 1dan Tahun 2 Sijil Vokasional Malaysia. Ketika
peperiksaan bagi pelajar Tahun 1 SVM, saya telah diberikan tugasan sebagai pembantu
bengkel yang menyediakan keperluan peperiksaan pelajar seperti menyediakan komponen
elektronik yang tidak cukup ketika peperiksaan dijalankan. Oleh itu, banyak pengalaman
yang dapat dipelajari sepanjang latihan mengajar ini bejalan. Saya dapat mempelajari benda
baharu yang perlu ada untuk menjadi seorang guru yang mempunyai keberanian serta
keyakinan yang tinggi untuk melahirkan anak bangsa yang berjaya.
2.0 Bisikan Hati / Latar Belakang Masalah
Saya merupakan guru pelatih yang telah ditempatkan di Jabatan Elektronik Kolej
Vokasional Juasseh. Saya mengajar di kelas 1 SVM dan apabila saya ditempatkan untuk
menjalani latihan mengajar di Kolej Vokasional Juasseh saya sangat bersemangat untuk
berjumpa dengan pelajar-pelajar serta berkongsi ilmu kepada mereka. Jadi, sepanjang tempoh
latihan mengajar tersebut saya telah ditugaskan untuk mengajar kursus ETN2013 dan
ETN2023 kepada pelajar-pelajar Sijil Vokasional Elektronik Tahun 1. Bagi kursus ETN2013
saya perlu mengajar amali dan bagi subjek ETN2023 pula saya perlu mengajar teori. Oleh itu,
pelajar-pelajar daripada kolej vokasional sebahagianya akan bekerja di industri jadi keberanian
mereka untuk melaksanakan tugasan yang diberi serta keberanian dalam berkomunikasi di
khalayak ramai sangatlah penting.
Bagi melahirkan suasana kelas yang menarik saya akan mengadakan aktiviti yang dapat
menggalakkan pelajar untuk bertanya dan berani untuk berkomunikasi. Tetapi terdapat juga
sebilangan pelajar yang kurang berminat dan mereka akan sentiasa mengelak dari melibatkan
diri dalam aktiviti dan sebahagiannya tidak hadir ke kelas. Menurut Dr. Mohd Nazri Abdul
Rahman ( 2021) seseorang guru perlu kenal gaya pembelajaran muridnya dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelajar sekali gus mengelak
perasaan malas dalam kalangan muridnya. Terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan bagi
mengelak murid malas belajar dan tidak fokus didalam kelas antaranya ialah mempelbagaikan
aktiviti pembelajaran, mewujudkan suasana kondusif untuk pembelajaran, memberi bimbingan
yang positif dan memberikan penghargaan dan pengiktirafan.
3.0 Menganalisis dan Menilai
Menurut Hanipah (2000), refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah,
mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri. Oleh itu, penerapan refleksi
dalam amalan pengajaran berupaya untuk mempertingkatkan keberkesanan guru untuk menilai
dan memperbaiki dalam proses pengajaran. Jadi, saya telah mengenal pasti beberapa masalah
daripada pelajar tersebut. Masalah yang telah diberitahu oleh pelajar adalah mereka tidak dapat
memberikan tumpuan didalam kelas kerana mereka tidak faham mengenai topik tersebut dan
mereka malu untuk bertanya. Masalah-masalah yang dikenalpasti adalah aktiviti yang dijalankan
perlulah lebih menekankan kepada semua pelajar. Jika terdapat pelajar yang tidak dapat memberi
tumpuan guru perlulah datang dan bertanya kenapa mereka tidak mengikuti aktiviti tersebut. Hal
ini kerana, terdapat sesetengah pelajar yang berasa terasing dengan pelajar lain seperti pelajar
yang kurang pandai mereka akan berasa lebih kurang keyakinan diri untuk menonjolkan diri
didalam aktiviti ketika didalam kelas.
Bagi pelajar yang pandai mereka tidak membantu pelajar yang kurang pandai. Selain itu,
saya dapati masalah yang berlaku adalah pelajar tidak memberikan tumpuan dan melakukan
tugasan yang diberikan, sesetengah pelajar akan tidur didalam kelas ketika sesi PdP dijalankan.
Apabila ditanya mereka akan memberi alasan bekerja pada waktu malam, hal ini disebabkan
faktor kewangan yang berlaku dalam keluarga. Keluarga merupakan satu sistem sosial yang paling
asas yang wujud dalam kehidupan individu. Keluarga biasanya akan menjadi faktor kepada
pembuatan keputusan atau kejayaan seseorang individu (Yee Pui Leng,2005). Menurut Nizar &
Abdullah (2018) mendapati sebanyak 89% menyatakan bahawa pelajar terlibat dengan kerja
sambilan untuk mengurangkan beban keluarga.
4.0 Kesedaran Baru
Hasil daripada analisis yang telah saya lakukan, perkara utama yang perlu ditekankan
oleh pensyarah adalah dengan mengetahui keadaan semasa para pelajar sebelum memulakan
sesi pembelajaran PdP. Jadi, ianya merupakan perkara utama yang menentukan sama ada
objektif serta tujuan utama sesi pengajaran dapat dicapai terhadap pemahaman pelajar itu
dalam sesi PdP. Saya juga telah menyokong usaha pihak pensyarah yang berusaha
menggunakan segala bahan ABBM yang menarik bagi membolehkan para pelajar mempunyai
kebolehan serta kefahaman dalam kaedah pembelajaran PdP yang telah dipilih pensyarah.
Selain itu, bagi memudahkan pensyarah untuk merancang terlebih dahulu teknik penyampaian
yang sesuai untuk sesuatu subjek tidak kira teori ataupun amali. Oleh itu, saya yakin dan
bahawa komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar merupakan kunci kejayaan kepada
usaha pembelajaran atas talian yang sedang pihak kerajaaan kita sarankan kepada institusi
pendidikan dalam memastikan kelestarian perkembangan ilmu terus berkembangi.
Seterusnya, perancangan yang teliti sebelum mengajar juga penting supaya
memudahkan guru untuk mengenal pasti terlebih dahulu para pelajar yang memerlukan
pemerhatian dalam kumpulan yang kecil. Dalam setiap sesi PdP secara bersemuka, saya
mensasarkan kumpulan yang berlainan agar pemerhatian khusus dapat diberikan bagi
menjamin keberhasilan. Seperti yang dinyatakan S. Abdul Hamid & H. N, dalam memastikan
para pelajar mendapat ilmu pengetahuan, guru juga bertanggungjawab untuk membentuk
keperibadian dan cara pemikiran pelajar. Menurut Jamali, (2017) peranan pendidik bukan
sekadar menghadirkan diri ke kelas dan menghabiskan silibus yang telah ditetapkan mengikut
tempoh-tempoh tertentu tetapi tugas mereka lebih daripada itu iaitu untuk membentuk dan
mendidik manusia terutamanya pelajar agar lebih terdidik dan beradab. Oleh yang demikian,
perancangan sebelum mengajar adalah wajib bagi setiap pensyarah supaya tidak berlaku
sebarang permasalahan serta kecelaruan di kalangan pelajar khususnya.
5.0 Cadangan dan Tindakan
Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan
yang diambil lebih mantap dan bermanafaat. Oleh itu saya telah mengenalpasti beberapa
tindakan yang sesuai. Jadi, antara cadangan dan strategi yang telah dirancang adalah seperti
berikut :
i. Aktiviti yang dijalankan oleh guru perlulah menyeluruh iaitu sesuai dengan kebolehan dan
tahap pencapaian pelajar
ii. Guru perlu memberikan lebih galakan kepada pelajar untuk lebih kuat berusaha serta
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pebelajaran
iii. Guru haruslah lebih kreatif mencipta aktiviti-aktiviti yang lebih menari sama ada boleh didapati
ataupun menggunakan aktiviti-aktiviti yang digunakan dalam latihan dalam kumpulan (LDK)
iv. Guru perlu mencungkil serta meneroka bakat dan kebolehan yang ada dalam diri pelajar supaya
dapat dimanfaatkan pada masa hadapan
v. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak bosan dan dapat memberikan
tumpuan pada pengajaran guru.
Kesemua cadangan serta tindakan ini merupakan usaha penting pelbagai pihak termasuklah
pihak pensyarah, pelajar, ibu bapa dan kolej vokasional sendiri dalam usaha untuk memastikan
tidak ada seorang pun pelajar-pelajar yang tercicir dalam proses pembelajaran di institusi
pengajian sama ada di peringkat sekolah, kolej, universiti atau matrikulasi.
6.0 Kesimpulan
Akhir sekali, saya mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan
untuk mengambil peluang dan ruang untuk menaburkan bakti sebagai seorang guru pelatih di
KVJ selama hampir 4 bulan. Pengalaman sepanjang latihan mengajar selama 14 minggu ini
telah memberikan banyak pengalaman yang diluar jangkaan saya. Mengambil tugas sebagai guru
bagi Penolong Ketua Bengkel semasa peperiksaan akhir sangat memberikan pendedahan baharu kepada
saya. Diluar jangkaan semua pihak termasuk pelajar bahawa proses PdP dilaksanakan secara
dua sesi disebabkan pandemik covid-19 seterusnya selepas dua minggu PdP dijalankan seperti
biasa yang menggabungkan dua sesi menjadi satu sesi. Namun demikian, sebagai seorang guru
menjadi tanggungjawab utama dimana saya harus memastikan tiada pelajaran yang tercicir
meskipun banyak cabaran mendatang. Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan
perkembangan kemahiran insaniah serta kebolehan kendiri pelajar turut perlu diberi perhatian
bagi membina seorang modal insan yang dapat menyumbang kepada negara, agama dan
bangsa kelak. Jadi, sedikit pesanan saya kepada semua pihak termasuk ibu-bapa, barisan
pensyarah, pihak pentadbiran Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan pihak
Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) tidak terlepas pandang dan terus memberi sokongan
penuh kepada sektor vokasional khususnya kerana mereka adalah merupakan lapisan pelopor
pekerja berkemahiran tinggi di negara kita pada masa akan datang.
Rujukan
Zaiton, Wahid & Ruhizan, Mohammad & Abd Razak, Ahmad Zainal Abidin. (2021).
MEMPERTINGKATKAN TUMPUAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR DIPLOMA KOLEJ
VOKASIONAL MELALUI APLIKASI SCHOOLOGY. 22. 136-151.
Mohammad Hussain, Mohd Azlan & Abdul Rahman, Anesman. (2020). PENGGUNAAN KAEDAH
PENGAJARAN DALAM KALANGAN TENAGA PENGAJAR TEKNOLOGI
ELEKTRONIK DI KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA.
Ting, M. (2016, July 18). TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN
PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS. Muahaha Ting - Academia.edu.
https://www.academia.edu/27086449/TEORI_KECERDASAN_PELBAGAI_UNTUK_MEN
INGKATKAN_PENGLIBATAN_AKTIF_PELAJAR_DI_DALAM_KELAS
Hashim, H., Mohd Nasri, S. M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya FROG di bilik darjah. Asia Pacific Journal of
Educators and Education, 31, 115–129. doi:10.21315/apjee2016.31.7
Sohana abdul Hamid & Hairun Najuwah Jamali (2017). KOMUNIKASI BERKESAN
MEMBINA SAHSIAH PELAJAR. ISLAM TRANSFORMATIF: Journal of Islamic
Studies Vol.1, No.1, Januari-Juni 2017.
LAMPIRAN BORANG-
BORANG PENILAIAN:
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
LAMPIRAN
LAIN-LAIN AKTIVITI
SEPANJANG TEMPOH
LATIHAN MENGAJAR
PENDAFTARAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KALI PERTAMA, KEDUA DAN
KETIGA (PELAJAR TAHUN 1 SVM 2022 KVJ)
Gambarajah 1 : Kaunter pendaftaran bagi pelajar Tahun 1 SVM 2022 baharu
Gambarajah 2 : Pelajar baharu akan mendaftar mengikut kursus masing-masing
SAMBUTAN HARI RAYA DAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KOLEJ
VOKASIONAL JUASSEH TAHUN 2022
Gambarajah 3 : Menbuat hiasan pada gerai untuk Jabatan Elektronik
Gambarajah 4 : Jabatan Elektronik perli menyediakan pelbagai jenis kuih-muih
Gambarajah 5 : Gerai Jabatan Elektronik yang sudah siap dihias
Gambarajah 6 : Tenaga pensyarah Jabatan Elektronik KVJ
PERTANDINGAN KV SKILLS PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH TAHUN
2022
Gambar 7 : Pelajar mengambil tempat masing-masing
Gambar 8 : Pihak pemantau akan memantau hasil kerja pelajar
PROJEK KECERIAAN BENGKEL DAN EKSA KELAS PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL
JUASSEH TAHUN 2022
Gambar 9: Sebahagian barang yang toada penanda aras maksimun
Gambar 10 : Barang yang telah diletakkan penanda aras maksimum
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA TAHUN 1 SVM 2022
Gambar 11 : Mulakan program dengan senaman
Gambar 12 : Fasilitator memberikan arahan senaman dihadapan
Gambar 13 : Pelajar mula melakar Pulau Impian masing-masing
Gambar 14 : Fasilitator akan bertanyakan soalan yang menguji minda pelajar
PROJEK MEMBUAT BANNER UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN PELAJAR DVM
2022 KVJ
Gambar 15 : Banner yang dihasilkan oleh guru praktikal
Gambar 16 : Digunakan semasa menyambut pelajar DVM
PROJEK MENYEDIAKAN TEMPAT KOTAK SAMPAH JABATAN PENYAMAN UDARA &
PENYEJUKBEKUAN
Gambar 17 : Tempat pembuangan barang yang tidak digunakan lagi
Gambar 18 : Barang diasingkan mengikut bahagian yang tertentu