The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2024 MINIT MESYUARAT PANITIA BA KALI 1 SKTM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LUGHAH TAMECS, 2024-03-24 00:40:18

2024 MINIT MESYUARAT PANITIA BA KALI 1

2024 MINIT MESYUARAT PANITIA BA KALI 1 SKTM

1 MINIT MESYUARAT GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI JALAN F13, TAMAN MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR, GOMBAK, SELANGOR. ___________________________________________________________________________ Bil.Mesyuarat : 1 Tahun 2024/2025 Tarikh : 05 March 2024 (Selasa) Masa : 11.00 tengah hari - 11.41 petang Tempat : Bilik PBD, SKTM Senarai Kehadiran : Sila rujuk lampiran. ___________________________________________________________________________ 1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Pn Yang Binti Md Saad selaku GPK 1, dan semua guru yang hadir ke Mesyuarat Guru Bilangan 1 sesi persekolahan 2024/2025. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan majlis-majlis yang dianjurkan sepanjang tahun lepas. 2. UCAPAN PENASIHAT 2.1 Pn Yang Binti Md Saad mengucapkan terima kasih atas segala kerja buat semua GBA pada sesi persekolahan yang lalu. Beliau turut mengharapkan agar panitia bahasa arab sesi kali ini akan lebih cemerlang. 2.2 Pn Yang turut mengingatkan tarikh akhir penghantaran RPT adalah pada Jumaat, 8 March 2024 3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT TIADA 4. PERKARA BERBANGKIT TIADA 5. PERKARA-PERKARA BARU 5.1 MINGGU BAHASA ARAB 2024 5.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa program Minggu Bahasa Arab akan diadakan bersama Minggu Panitia Pendidikan Islam dan Penghayatan Ramadan bermula 15 Mac ini. 5.1.2 Pengerusi menerangkan beberapa cadangan aktiviti yang akan diadakan sepanjang program Minggu Bahasa Arab. Program ini akan diakhiri bersama Panitia Pendidikan Islam semasa Majlis Penutup Penghayatan Ramadan dan


2 Minggu Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Taman Melawati. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah : Tahap Satu : 1. Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster (L dan P) 2. Imlak (Spell It Right) Tahap Dua : 1. Pertandingan Kalam Araby (L dan P) 2. Imlak (Spell It Right) Pelaksanaan pertandingan Kalam Araby : I. Hadiah disediakan untuk tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat bagi setiap aliran. II. Diadakan secara bersemuka (bukan rakaman) III. Guru Bahasa Arab Aliran hendaklah menyediakan teks dan mengedarkan kepada peserta lebih awal. Manakala pelaksanaan pertandingan Imlak (Spell It Right) : I. Hadiah disediakan untuk 3 orang terbaik setiap kelas II. Diadakan semasa waktu Pdpc di dalam kelas III. Guru Bahasa Arab Aliran hendaklah menyediakan teks dan mengedarkan kepada peserta lebih awal. Tindakan : Semua GBA 5.1.3 Semua GBA bersetuju sebulat suara dengan cadangan aktiviti tersebut. 5.1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa program minggu panitia memberi implikasi kewangan sebanyak rm714.00. 5.2 Analisa PBD 2023/2024 5.2.1 Pengerusi membentangkan jadual analisa pencapaian PBD Tahun 4,5&6 bagi sesi 2023/2024. TAHUN ENAM SKOR 6AB 6AF 6AG 6AI 6AJ 6AM 6AR JUMLAH % TP1 - TP2 1 1 0.4% TP3 2 16 18 7.4% TP4 4 17 29 20 12 82 33.6% TP5 26 32 32 21 8 4 123 50.4% TP6 12 6 2 20 8.2% TD


3 TAHUN LIMA SKOR 5AB 5AF 5AG 5AI 5AJ 5AM 5AR JUMLAH TP1 - TP2 - TP3 5 12 7 16 40 17.4% TP4 2 8 19 10 16 21 5 81 35.3% TP5 20 21 16 18 5 3 83 36% TP6 17 7 1 25 10.9% TD 1 1 0.4% TAHUN EMPAT SKOR 4AB 4AF 4AG 4AI 4AJ 4AM 4AR JUMLAH % TP1 - TP2 TP3 3 16 17 36 13.2% TP4 8 19 24 26 29 12 4 122 52% TP5 12 11 12 9 2 46 19.6% TP6 15 8 3 3 2 31 13.2% TD 5.2.2 Pengerusi menzahirkan rasa syukur dan berpuas hati serta mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua GBA kerana telah mengikut ketetapan pemilihan murid untuk TP6. 5.2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa murid tahun 6 yang mendapat TP2 itu adalah murid kelas 6AR merupakan murid pemegang kad OKU masalah pembelajaran. Pengerusi telah mendapatkan maklumat ini dari Pn Ummi Amirah yang sedang cuti bersalin selaku guru yang mengajar. Makluman : Semua GBA 5.3 Penggubalan RPT dan RPH 5.3.1 Pengerusi memaklumkan selepas ini beliau akan mengadakan PLC Curriculum Mapping bagi membantu guru menggubal RPT sesi 2024/2025. Makluman : Semua GBA 5.3.2 Pengerusi memaklumkan standard penulisan RPH adalah sama seperti sesi lepas. Walaubagaimanapun item kriteria kejayaan perlu ditulis bagi melestarikan pembudayaan TS25 . Perkara ini selari dengan mesyuarat kurikulum bil 1/2024. Makluman : Semua GBA


4 5.4 Transisi Tahun Satu 5.4.1 Pengerusi memaklumkan program transisi tahun satu sesi 2024 akan diambil tindakan oleh En Ahmad Ismail dan dibantu oleh En Rosli berdasarkan modul yang telah disediakan oleh pihak KPM. Tindakan : En Ahmad Ismail dan En Rosli 5.5 Agihan Tugas penggubal UPSA dan UASA 5.5.1 Pengerusi membentangkan agihan tugas penggubal UPSA dan UASA seperti yang berikut : Bil. TAHUN NAMA GURU JENIS UJIAN UPSA UASA 1. SATU UMMI AMIRAH √ √ 2. DUA ROSLI √ √ 3. TIGA AHMAD ISMAIL AL-MUJAHID √ √ 4. EMPAT AFFAN ZUHRI √ √ 5. LIMA JAMIULKHAIR √ √ 6. ENAM MUHAMMAD IZAD HUMAIDI √ √ Tindakan : Seperti nama yang tercatat 5.6 Agihan Belanja Mengurus 5.6.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan panitia adalah berbaki RM2141.78. 5.6.2 Pengerusi mengalu-alukan jika ada cadangan dari GBA yang lain untuk membuat program ataupun membeli bahan bantu mengajar. Makluman : Semua GBA 5.7 Pencerapan dan Penyemakan Buku Latihan 5.7.1 Pengerusi memaklumkan belum ada ketetapan masa yang ditetapkan oleh pentadbiran untuk pencerapan dan penyemakan buku latihan di takwim sekolah. Namun guru perlu sentiasa bersedia untuk dicerap jika ketetapan masa akan dikeluarkan kelak. Makluman : Semua GBA


5 5.7.2 Pn Yang turut memaklumkan bahawa pemantauan lima minit akan dilaksanakan juga pada tahun ini. Makluman : Semua GBA 5.7.3 Pengerusi mengingatkan agar semua GBA tahap dua agar menggunakan buku aktiviti Sasbadi sepenuhnya agar tidak timbul isu di kalangan ibubapa. Buku aktiviti juga hendaklah diselia dan disemak dengan baik. Makluman : Semua GBA 5.8 PLC 5.8.1 Pengerusi memaklumkan selepas mesyuarat ini panitia akan mengadakan dua sesi PLC iaitu Curriculum Mapping dan Teacher Sharing Session. Tindakan : En Jamiulkhair 5.8.2 Pengerusi juga meminta GBA lain untuk turut melaksanakan PLC sesama GBA bagi berkongsi pengalaman dan meningkatkan lagi teknik pengajaran. Tindakan : Semua GBA 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Pengerusi memaklumkan beliau akan menghantar penyertaan ke pertandingan inovasi MIIX dan SAMNOVA. Beliau telah memilih empat orang murid tahun enam sebagai wakil sekolah bagi memperkenalkan Inovasi Snap Lughawi. Tindakan : En Jamiulkhair 6.2 Pengerusi meminta semua GBA memberi kerjasama untuk kerja-kerja mengemaskini fail-fail panitia kerana sekolah akan didatangi oleh pegawai-peawi PPD bagi program kunjung bantu. Tindakan : Semua GBA 6.3 Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berlapang dada dengan agihan tugas untuk sesi 2024/2025. Makluman : Semua GBA 7. PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.41 pagi.


6 Disediakan oleh, ......................................... EN ROSLI BIN ISMAIL Setiausaha Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Taman Melawati Disemak oleh, .............................................................. (EN ABDUL MALEK BIN MOHAMED) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati


Click to View FlipBook Version