1KOD SUBJEK: MPU2182 SUBJEK: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANE- FOLIO : KEBUDAYAAN DAN PERPADUANNAMA PELAJAR REVATY A/P MUTHURAMAN ( DHC202301-JB00044 ) ANNA ROOS A/P PADMANABAN (DHC202301-JB00046) PATHMINI A/P VISVANATHAN ( DHC202301-JB00045)
2ISI KANDUNGAN BI L TAJUKMUKASURAT1 NAMA PENYUNTING32 PENGENALAN43 OBJEKTIF 44 DEFINISI 55 CIRI-CIRI BUDAYAN66 JENIS-JENIS KEBUDAYAAN67 KAUMINDIA7,178 KAUMCINA18,269 KAUMMELAYU27,361 0 PERPADUAN37,381 1 KESIMPULAM391 2 LAMPIRAN401 3 SUMBER RUJUKAN41
3NAMA PENYUNTING REVATY A/P MUTHURAMAN ( DHC202301-JB00044 ) ANNA ROSS A/P PADMANABAN PATHMINI A/P VISVANATHAN( DHC202301-JB00046 ) ( DHC202301-JB00045)
4PENGENALAN Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalamkeadaanaman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, CinadanIndia.Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, danpelbagai bahasa, dan banyak kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai "Asia dalam miniatur" OBJEKTIF 1. BERKONGSI ILMU PENGETAHUAN TENTANG KEBUDAYAANDANPERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA 2.MENGETAHUI DAN MEMAHAMI BUDAYA KAUM DI MALAYSIA 3. MENGHAYATI BUDAYA DAN MEMASTIKAN PERPADUAN SESAMARAKYATMALAYSIA TETAP HIDUP!!!
5DEFINISI Pada umumnya, istilah 'kebudayaan sukar diberi takrif yangtepatkerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing- masing. Perkataan 'budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripadaperkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal. Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada BahasaLatin, colore yang bererti mengalah dan mengerjakan. Berpandukanduadefinisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaranyang jelas tentang maksud kebudayaan Dalam pengertian umum, kebudayaanmerupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikirandantingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewanpula, kebudayaan' membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
6CIRI-CIRI BUDAYAN Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia adalah seperti : Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat Diperolehi melalui proses pembelajaran Tidak dapat berpisah dengan Bahasa Wujud nilai-nilai tertentu Mengikut keadaan bentuk muka bumi Diwarisi secara turun-menurun JENIS-JENIS KEBUDAYAAN Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kaum. Antara tiga kaumdi Malaysia adalah, Melayu Cina India
7KAUMINDIA
8Merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia Beragama hindu. Merupakan salah satu kaum yang telah menyumbang ke arahpembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
9PERAYAAN KAUM INDIA DI MALAYSIA A.DEEPAVALI Perayaan Depavali Perkataan 'Deepavali' bermaksud barisan lampulampu pelita. Oleh itu, pada hari Deepavali, bangsa India akan menghiasi rumah dengan lampu pelita. Pada pagi hari Deepavali, penganut Hinduakanmandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan jiwa. Selepasupacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi Kuil. Difahamkan, perayaan Deepavali juga disambut meriah oleh orangIndia kerana ia melambangkan kemenangan apabila kebaikan telahmenewaskan kejahatan. Pada hari tersebut juga orang India akan menghiasi halaman rumah dengan 'Kolam'. 'Kolam' ini terdiri daripada pelbagai bentukdan warna dan paling popular adalah 'kolam burung merak yang berwarna- warni'. Pada hari Deepavali, semua ahli keluarga akan berkumpul untukmengeratkan lagi hubungan antara mereka. GAMBAR KOLAM
10B.PONGGAL Bagi ponggal pula, perayaan ini diraikan secara beramai-ramai, denganmemasak menggunakan periuk yg kebanyaknnya diperbuat daripada tanahliat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman, lamembawa mesej muhibah dan persaudaraan kepada mereka yg dahlamaterpisah C.THAIPUSAM Merupakan perayaan bagi penganut agama Hindu di seluruh duniabagi menghormati Dewa Hindu mereka yakni Dewa Subramaniam. Perayaanini juga diadakan bagi menghapus kan semua dosa-dosa yang telah merekalakukan di atas muka bumi. lanya disambut pada hari bulan purnama. Kebanyakan daripada mereka akan melakukan nazar yakni memohon sesuatuhajat kepada Dewa Murugan, Jika nazar tersebut dikabulkan, merekaakanmengadakan suatu acara tertentu sebagai tanda kesyukuran. Bukanitusahaja, kaum lelaki juga akan mencukur kepala mereka dan menyapukancampuran serbuk cendana dan air di dahi mereka sebagai bentuk melepaskannazar. Bagi sesetengah. penganut agama Hindu, mereka akan mencucuklogam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badanyang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Merekajugaakan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentaklagu yang dimainkan. Perayaan ini biasanya disambut secara meriaholehpenganut Hindu.
11Pakaian Tradisional kaum India Pakaian lelaki Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalamkaumIndia. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas(Cotton) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benangsilk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Gambar diatas adalahbeberapa contoh pemakaian dhoti. BRAHMIN TAMIL TELEGU Pakaian perempuan Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalanganorang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak- kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat
12menunjukkan kumpulan keturunan seseoran g wanita India. PERKAHWINAN KAUM INDIA Thirumanam merupakan penyatuan atau perikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinanini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat ygdilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerahsebiji kelapa yg dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susukedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (basuhkaki ibu bapa, beri hadiah dhoti(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya, pasangan pengantin akan bertukar- tukar kalungan bunga sebanyaktiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalamsebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ni secara rasmi telah menjadi suami isteri.
13UPACARA KEMATIAN KAUM INDIA Thali vangutal adalah upacara menanggalkan thali semasa berlakunnyasesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meningal dunia.Setelah dimandi dan dihiasi cantik, mayat akan dimasukkan ke dalamkeranda. Pada masa yg sama lagu-lagu suci akan dimainkan. Saudaramaraakan beri penghormatan yg terakhir kepada si mati dan mendoakan agar rohsi mati akan tenang. Pada masa yg sama, ucapan tenna adudaiyashinaneeporti disebut beberapa kali akan dimainkan sebagai menandakanupacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak 3 kali sebagai tanda penghormatan.
14Tarian Tradisional Kaum India Tarian Bharata Natyam Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yangpenuhdengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masabertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan matayangharus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lamayangdihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian SelatanIndia. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorangpenari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemenNrittaatau tarian tulen dan Nritya (Tarian Ekspressi).
15Tarian Odissi Tarian Odissi juga dikenali sebagai Orissi ialah satu daripada lapanbentuk tarian klasik india. Tarian ini berasal dari negeri Odisha di bahagiantimur India. Berlandaskan bukti arkeologi, tarian ini merupakan bentuk tarianyang masih kekal yang tertua di India. Treatis klasik tentang tarianIndia, Natya Shastra, merujuk kepadanya sebagai Odra-Magadhi. Timbulan bes abadpertama SM yang terdapat di bukit-bakau Udaygiri (berhampiranBhubaneswar) menjadi bukti kepurbaan bentuk tarian ini. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaanIndia. Tarian Khatakali Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala(India Selatan). Tarianini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita danditarikanuntuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarnameriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkanmerupakan mahkluk dari dunia lain. Riasan wajah-wajah penari dapat dibedakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik(rupa setan). Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana, Mahabharata dan berbagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
16Tarian Mohini Attam Mohini Attam adalah tarian yang berasal dari Kerala. Tarianini menceritakan tentang rasa cinta dan dedikasi terhadap dewa. Gerakan- gerakan dasar tarian ini adalah Adavus yang dibagi menjadi 4 bagian, Taganam, Jaganam, Dhaganam, dan Sammisram. Para penari Mohini Attammengenakan riasan yang realistis dan kostum yang lebih sederhanajikadibandingkan dengan tarian yang lain. ALAT KLASIK MUZIK MASYARAKAT INDIA 1- Dholak Alat muzik klasikal (Hindustan) Dipukul dengan menggunakan tangan 2-Sitar berasal dari Asia Selatan sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan
173-Tabla sangat terkenal dalam masyarakat mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga(gendang besar) MAKANAN TRADISI KAUM INDIA Bagi makanan masyarakat India yang kita boleh perhatikan adalahmasakan mereka banyak terdiri dari rempah ratus, minyak sapi, daun kari, danmengandungi kelapa segar-segar dalam pelbagai bentuk. Masakan merekajuga penyesuaian daripada hidangan asli India, serta ciptaan yang diilhamkanoleh budaya makanan yang ada di Malaysia. Justeru itu, sebahagianbesar makanan india di Malaysia juga di ilhamkan oleh zaman penjajahaniaitumemperkenalkan gaya masakan Eropah ke India pada kelunturandankepelbagaian masakan. Kita boleh memperhatikan bahawa masakanIndiamempunyai ciri-ciri yang tersendiri mencerminkan masakan mereka berbezadari masyarakat lain dunia lebih lebih lagi di Asia Tengara. Seterusnya, antaracontoh makanan India yang ada di Malaysia adalah murukku, tosai, idli, ulundu, vadai dan banyak lagi.
18KAUMCINA
19 Merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia Beragama Buddha. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdaganggan sejak berabad dahulu.
20PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA Tahun Baharu Cina merupakan satu perayaan yang paling terkenal di negara kita. Malaysia. Perayaan Ini disambut pada setiap tahun dan. disambut dengan meriah oleh masyarakat berbangsa Cina selam 15 hari bagi meraikankedatangan tahun baharu mengikut kalendar mereka Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar merekaiaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing. monyet, ayamjantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnyatersendiri. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya adalah untuk mengeratkan Jalinanhubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtanggaakanmemberi angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belumberumahtangga. "Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yangberpanjangan, lanya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengansejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestianyang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
21Pakaian Tradisional kaum Cina Samfoo Pakaian tradisional cina samfoo ini adalah sejenis baju dan seluar yangboleh dipakai oleh lelaki dan wanita dalam kehidupan seharian. Pakaiantradisional cina ini berteraskan baju longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarangsekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. Hanfu Istilah "Hanfu" berasal dari kaum Han yang mula memakai pakaianini. "Yifu" bermaksud baju dalam bahasa mandarin. Lengannya yang kembangdan leher mempunyai kolar yang selesa, menjadikan ianya pilihan ramai kaumuntuk mencuba kerana ia rekaannya yang sopan, dan turut kelihatan modendan menarik.
22Cheongsam Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapislapis, penuh sulaman benang emas dan sutera. Tarian Tradisional Kaum Cina
23TARIAN SINGA Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalamadat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakansingadengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan olehduaorang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan denganmenggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkanbahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penati ituakanbergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singaini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakanakanmembawa tuah. Tarian ini dipersembahkan sempena Tahun Baru Cinadansambutan tradisional masyarakat Cina TARIAN NAGA Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas. Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorangpemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud 'peluang' atau 'keuntungan'. Tarian ini berbentuk akrobatik. Penari akan melompat ke sana ke sini untukmemungut 'angpau'. Tarian ini diiringi paluan gendang yang kuat. Tarianini kebanyakannya dimainkan semasa perayaan Tahun Baru Cina dan PestaChap Goh Meh.
24TARIAN KIPAS Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yangsebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasamenjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakansatu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "FungShui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentangsuatupentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikanatau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat. Perkahwinan Kaum Cina Mentua dan kakak ipar tidak memerhatikan pengantin perempuan masukpintu rumah pengantin lelaki mengelakkan segala perselisihan faham. Wanita mengandung/orang yang baru kematian saudara-mara - tidakboleh terlibat dalam majlis perkahwinan/ menyentuh pakaian pasanganpengantin untuk elak sebarang perkara buruk
25Kematian Kaum Cina Apabila berlaku kematian, mayat akan dimasukkan ke dalamkeranda. sebelum pengebumian, upacara keagamaan akan dilakukan selama 3, 5atau 7 hari. Lazimnya pada masa itu, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam atau putih. ALAT MUZIK KAUM CINA
26MAKANAN TRADISI KAUM CINA KUIH BILANKUIH BAKUL DIMSUMBAK KUT THE
27BANGSAMELAYU
28KAUM MELAYU kumpulan etnik terbesar di Malaysia. beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu. berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yangsangat kaya. PAKAIAN TRADISIONAL Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hinggake lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurungjuga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket ataubatik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu.Baju Melayumerupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaianini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.
29PERMAINAN TRADISIONAL Congkak dimainkan menggunakan sebongkah kayu yang berlubang lima, tujuhatausembilan berkembar, serta dua buah lubang besar di kedua hujungnyayang dipanggil 'rumah'. congkak dimainkan menggunakan kulit siput, guli, batu kecil ataubiji asam jawa, dan memerlukan dua pemain . Sepak Takraw diperbuat daripada lilitan bilah kulit buluh atau bamboo yang ditimangmenggunakan sebarang anggota tubuh badan kecuali tangan dan lengan. Terdapat dua jenis sepak takraw: bulatan dan jaring
30Wau layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia. dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf 'wau' Jawi. direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yangcerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawanhati. Gasing Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, sertakepakaran. dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya. Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakansekeping kayu pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatangtiang rendah yang bertampuk besi.
31Prekahwian melayu Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan khemah tetamu,menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bungatelur.Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan inilah pengantin digelar raja sehari.
32TARIAN TRADISIONAL Zapin diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah. pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Joget dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yangdisulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
33Silat sejenis seni mempertahankan diri dipersembahkan dalambentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.
34ALAT MUZIK TRADISIONAL Rebana Ubi digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaranmengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan Kompang digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkaw berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Kompang digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahw berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan.
35MAKANAN TRADISI BANGSA MELAYU NASI LEMAK Merupakan makanan kegemaran bagi orang Melayu terutamanya sebagai sarapan pagi. Merujuk kepadanasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak untukmenambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasil emak dengan telur kukus, timun, ikanbilisgoreng dan sambal. Tetapi kini pelbagaihi dangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. LEMANG Sejenis makanan tradisional yang disukai orang ramai. Hanya terdapat ketika Hari Raya. Lemang telah direkodkan sebagaihi dangan istimewa sejak 1864. Dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan. Nasi di dalam buluh dibakar dengan daun pisang. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaumasli di Malaysia. DODOL-DODOL Sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makananyang manis (ataumanisan/penganan). Sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatak anamat rumit. Ramai orang selalu mencuba
36untuk membuatnya.Tetapi tidak semua yang akan menghasilkandodol yang bermututinggi. OTAK-OTAK Sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan“Otak-otak Johor.” Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipahtetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dandikenali sebagai ‘springroll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipahperludibakar di atas dapur arang atau dapur biasa.
37Perpaduan Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia keranakehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan kaumyang berbilang- bilang bangsa. Pada zaman dahulu, penjajah British telah membawa masukkaum Cina dan India untuk kepentingan mereka sendiri dalamusahamengeksploitasi ekonomi yang mewujudkan jurang sosial dan ekonomi yangamat besar antara ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Namunkini, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya mengasimilasikan budayamasing-masing untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatuteguhdan bersatu hati persis peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
38TUJUAN PERPADUAN Apakah tujuan perpaduan di Malaysia? 1. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. 2. Masyarakat yang berbudaya penyayang. 3. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan brtoleransi. 4. Memupuk dan membina masyarakat Makmur. 5. Menjamin masyarakatyg adil dan saksama ekonominya. 6. Membina masyarakat yang maju dan sainstifik. KEPENTINGAN PERPADUAN Konsep gagasan 1 Malaysia Sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham Menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan menggunjungi antarasatu sama lain Media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalamusahamenyatupadukan masyarakat Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka Dapat meningkatkan kadar pelancongan asing ke Malaysia Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduankaumtelah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia
39Kesimpulan Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan mempelajari sertamengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini tolak ansur antarakaum demi perpaduan. Perpaduan ini amat penting bagi sesebuah negarauntuk membentuk negara yang maju dan pesat membangun. Keamananjugadapat dikekalkan apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia. Setiapkaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masaakandatang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk membentuknegara bangsa Malaysia yang mantap.
40LAMPIRAN
41SUMBER RUJUKAN https://www.google.com/search?q=kebudayaan+kaum+melayu&tbm=isch&ved=2ahUKEwi51LS19P2CAxWefGwGHVnKDC0Q2- cCegQIABAA&oq=kebudayaan+kaum+mel&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgQI IxAnMgUIABCABFDrCFipGmCKMmgAcAB4AIABjwSIAd8WkgELMS4yLjMuMi4wLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=ywhyZf nCBp75seMP2ZSz6AI&bih=643&biw=1366&hl=en- GB#imgrc=0iK3gmw8fAZ0mM https://ikram.org.my/aktiviti-kebudayaan-perkukuh-perpaduan/ https://www.google.com/search?sca_esv=589119146&sxsrf=AM9HkKlpznSImekrx6UFaMKd3t4ik2hRgw:1702054888344&q=kebudayaan&tbm=isch&source=lnms&sa=X&ved=2ahUKEwjN7ofIqICDAxUla2wGHetED8oQ0pQJegQIChAB&biw=1366&bih=643&dpr=1#imgrc=d6jJbKgxgQqW_M https://issuu.com/pizzamochi/docs/efolio_etika_dan_peradaban https://anyflip.com/tlyrm/jzyj/basic