Kelas 4 Cerdik
Tema 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewargangeraan
Unit 14 : Demi Tanah Airku
Standard KANDUNGAN KURIKULUM
Kandungan 5.2
Standard
Pembelajaran 5.2.3
Objektif
Pembelajaran Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat :
1. Mengenalpasti kata ganda separa di dalam petikan teks.
2. Membina ayat menggunakan kata ganda separa
Aktiviti AKTIVITI
1. Murid membaca dan menyanyikan lirik lagu Cintai Negara ( Rujuk Buku Teks ms100)
2. Murid mengenapasti kata ganda separa dalam lirik lagu.
3. Murid mengajukan soalan tentang isi pelajaran secara kelas atas talian atau luar
talian.
4. Murid dibenarkan mendapatkan bimbingan daripada ibubapa.
5. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru secara offline.
EMK TMK, Patriotisme
BBM Buku teks, buku latihan.
Nota Penerangan:
Aktiviti 1 : Murid menyanyikan lagu mengikut melodi. ( Rujuk Buku Teks ms
100)
Latihan 1:
Murid membina ayat berdasarkan kata ganda separa di bawah :
Kata ganda separa tunggal:
1. tetamu
2. pepohon
3. beburung
4. tetangga
Kata ganda separa berimbuhan awalan:
1. tersenyum-senyum
2. sebaik-baik
3. setinggi-tinggi
4. bantu-membantu
Latihan 2:
Isi tempat kosong di bawah dengan kata ganda separa yang sesuai.
tetingkap lelayang tetamu pepohon
bebalai sesiku pepara kekabu
1. Ayah menggunakan ______________untuk mengukur lebar pintu itu.
2. Di sekeliling rumah nenek saya ditumbuhi _____________kelapa.
3. Mak Lijah menyusun pinggan di atas ______________.
4. Ayah dan datuk duduk di _______________ sambil berbual.
5. Ukiran pada ____________rumah kayu itu agak unik dan cantik.
6. Hisham dan rakannya suka bermain ____________di padang.
7. Nenek mengutip buah __________________yang gugur itu untuk membuat
bantal.
8. Puan Habsyah memberikan bunga telur kepada _____________semasa majlis
perkahwinan anaknya.
Arahan:
1. Murid perlu membaca dan memahami lirik lagu Cintai Negara.
(Rujuk Buku Teks muka surat 100)
2. Murid menyalin nota penerangan dan melengkapkan latihan
yang diberikan.
3. Latihan perlu dilengkapkan dalam Buku Pemahaman 1 ( Buku Kecil
Sekian . Selamat melengkapkan
latihan.
Jumpa lagi