BAHAN PDPR
Kelas 4 Cerdik
Unit/Tajuk
Standard 8: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Kandungan
Standard KANDUNGAN KURIKULUM
Pembelajaran
Objektif 5.1
Aktiviti 5.1.5
K 5.1.5
EMK
BBM Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan struktur masyarakat zaman kesultanan melayu Melaka.
2. Menyenaraikan tokoh terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
3. Menyatakan peranan tokoh terbilang.
AKTIVITI
1. Murid membaca dan memahami Unit 8 : Tokoh Terbilang Kesultanan
Melayu Melaka (Rujuk Buku Teks)
2. Murid berbincang dengan guru secara atas talian .
3. Murid dibenarkan mendapatkan bimbingan daripada ibubapa.
4. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru secara offline.
TMK
Buku Teks, Latihan.
Latihan :
Murid menjawab soalan bagi Unit 8 : Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka.
Pilih jawapan yang tepat.
1. Apakah golongan paling bawah dalam struktur masyarakat Kesultanan Melayu
Melaka ?
A. Hamba
B. Rakyat
C. Pedagang
D. Laksamana
2. Siapakah yang tergolong sebagai rakyat Melaka ?
A. Hamba
B. Pedagang asing
C. Angkatan tentera
D. Penduduk Melaka
3. Apakah tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka ?
A. Menyebarkan agama Islam
B. Menjadi simbol perpaduan rakyat.
C. Meluaskan jajahan takluk Melaka.
D. Membantu sultan dalam pentadbiran.
4. Apakah maksud tokoh terbilang ?
A. Raja yang ditakuti oleh rakyat.
B. Tokoh yang telah meninggal dunia.
C. Pembesar yang mengharumkan nama negeri.
D. Individu yang dihormati dan disanjungi masyarakat.
5. Mengapakah Sultan Melaka menerima kedatangan pedagang dari luar negara ?
A. Menjamin keamanan
B. Mengelakkan peperangan
C. Memajukan perdagangan
D. Mengembangkan agama Islam
6. Apakah keistimewaaan yang dimiliki oleh Parasmeswara ?
A. Setia
B. Gigih
C. Tegas
D. Amanah
7. Siapakah pembesar yang menjadi pemangku sultan semasa sultan gering atau
ke luar negara ?
A. Hakim
B. Bendahara
C. Laksamana
D. Temenggung
8. Apakah sumbangan Sultan Alauddin Riayat Shah ?
A. Menjaga kebajikan rakyat
B. Memperkenalkan sistem perundangan
C. Mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka
D. Meluaskan kawasan jajahan takluk Melaka
9. Antara berikut, yang manakah berperanan sebagai ketua agama Islam dan adat
istiadat Melayu?
A. Imam masjid
B. Sultan Melaka
C. Bendahara Tun Perak
D. Laksamana Hang Tuah
10 Pembesar yang mengetuai angkatan tentera laut ialah
A. Bendahara
B. Bendahari
C. Laksamana
D. Temenggung
11. Apakah jawatan pada masa kini yang boleh disamakan dengan jawatan
Bendahara Melaka?
A. Perdana Menteri
B. Ketua Polis Negara
C. Yang di-Pertuan Agong
Arahan :
1. Murid membuat ulangkaji Unit 8 : Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu
Melaka.
2. Salin dan lengkapkan latihan yang diberi dalam buku tulis.