The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KADET REMAJA SEKOLAH PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2020-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amira Azahar, 2021-09-09 11:20:00

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH 2021

KADET REMAJA SEKOLAH PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2020-2021

2021

LAPORAN
PERKHEMAHAN UNIT
BERUNIFORM

TUAN AMIRATUN NASIHAH BINTI TUAN MOHD AZAHAR

SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

1

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA TEKNIKAL PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 September sehingga 4 September 2021, telah dijalankan sebuah perkhemahan
unit beruniform yang bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek MPU 3062. Perkhemahan ini
dijalankan secara atas talian kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin parah. Seramai
90 ahli Kadet Remaja Sekolah turut terlibat dalam perkhemahan ini, 72 daripadanya merupakan
siswa-siswi dari unit TESL 1, 2, 3, dan 4 manakala 18 ahli lagi adalah dari unit BM 1. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan adalah slot membina gajet, asas kawad kaki,
masakan rimba/tradisional, asas pertolongan cemas, simpulan dan ikatan, kembara dan juga
aktiviti seperti slot tazkirah dan Malaysia Cergas.

Sebagai ahli jawatankuasa teknikal, kami telah dipilih untuk menyelia dan mengendali hal-
hal yang berkaitan dengan teknikal, khususnya ketika slot segerak berlangsung. Ini kerana slot
segerak menggunapakai platform atas talian seperti Google Meet, Zoom dan Microsoft Team
yang perlu diurus bagi memastikan slot tersebut dapat berjalan dengan lancar. Kami telah
berbincang dengan Encik Abdul Ronif bin Jamaluddin sebelum perkhemahan dan
membahagikan tugas antara kami. Antara tugas yang perlu kami lakukan adalah seperti
mengurus slot tertentu, menghebahkan pautan yang akan digunakan untuk perjumpaan,
memasang audio ketika menggunakan Zoom, memantau audio dan video pada siaran langsung,
menguruskan spotlight (untuk memastikan jurulatih/ emcee atau sesiapa sahaja yang bercakap
akan dapat dilihat dalam keadaan skrin yang besar) dan juga mendiamkan gangguan suara
daripada individu tidak berkenaan yang tidak menutup mikrofon ketika slot berlangsung.

Ahli Jawatankuasa Teknikal KRS telah menguruskan slot pada hari Jumaat sepenuhnya
yang merangkumi slot Ikatan dan Simpulan serta Ikhtiar Hidup/Kembara. Sepanjang hari
tersebut, slot berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar yang
mengganggu. Bagi majlis penutup, kami bergandingan dengan ahli jawatankuasa teknikal & ahli
jawatankuasa penutup KRS dan dari unit beruniform lain. Untuk pembahagian tugasnya, kami
memantau siaran langsung Youtube dan paling penting sekali, memasang audio dan video
semasa majlis penutup.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

2

Sebagai refleksi dari pihak kami, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat
diperhatikan. Daripada sudut kekuatan, sudah tentu kami dapat menjadikan slot-slot yang
dijalankan sebagai satu keberhasilan untuk slot tersebut berlaku. Selain itu, kami juga dapat
memastikan pengetahuan dan ilmu daripada jurulatih dapat sampai kepada peserta-peserta
perkhemahan melalui platform yang tersedia. Namun begitu, berlaku juga kekurangan yang
memberi kesan kepada perkhemahan ini, khusunya ketika majlis penutup. AJK Teknikal kurang
cekap menghadapi situasi cemas dan bertindak untuk mengesan masalah yang berlaku. Oleh
kerana itu, setelah berdiskusi, kami akan berusaha untuk melakukan penambahbaikan untuk
program yang akan datang dengan idea-idea seperti memastikan pautan Zoom tidak diceroboh
oleh anasir luar yang jahat dengan cara ‘mengunci’ platform Zoom setelah para peserta masuk
ke platform tersebut dan segera mengesan sebarang kepelikan yang berlaku sepanjang majlis
supaya pengganggu dapat dibuang dan disekat daripada masuk ke majlis.

Secara keseluruhannya, semua Ahli Jawatankuasa Teknikal KRS (juga dari unit
beruniform) yang lain telah memberikan usaha dan komitmen yang baik bagi memastikan
perkhemahan ini berjalan dengan baik. Sesetengah masalah yang berlaku berpunca daripada
kesilapan kami manakala beberapa masalah yang lain pula berlaku kerana perkara tersebut
merupakan hal luar kawalan kami. Walaubagaimanapun, baik ataupun buruk - segala
pengalaman mengajar kami untuk melakukan yang terbaik pada masa yang akan datang.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

3

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA PUBLISITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 September sehingga 4 September 2021 yang lalu, satu perkhemahan unit
beruniform telah dilaksanakan. Perkhemahan ini merupakan perkemahan yang diadakan secara
atas talian atas sebab penularan wabak pandemik Covid-19 di negara kita dan menyebabkan
para siswa tidak dapat pulang ke kampus dan perlu berada di rumah masing masing. Seramai 90
orang ahli KRS yang telah terlibat dalam perkhemahan kali ini. 72 orang pelajar terdiri daripada
pelajar unit TESL manakala 18 orang pelajar lain terdiri daripada pelajar unit BM 1. Tujuan utama
perkhemahan ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan kerja kursus MPU3062.
Antara aktiviti dan ujian yang dijalankan ialah tazkirah, Malaysia cergas, kawad kaki, masakan
rimba, pertolongan cemas, kembara dan ikhtiar hidup, kemahiran asas tali ikatan dan simpulan
serta kraf perkhemahan dan gajet.

Sebelum berlangsungnya perkhemahan, setiap pelajar telah dibahagikan kepada tugas-
tugas tertentu. Pembahagian tugas ini dilakukan bagi memastikan perkhemahan yang dirancang
dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Sebagai ahli jawatankuasa publisiti, kami telah
ditugaskan untuk menyediakan poster bagi setiap slot aktiviti atau program, menyebarkan
maklumat dan hebahan setiap slot kepada para siswa dan pensyarah terlibat serta menyediakan
laporan jawatankuasa dan menghantar laporan tersebut kepada setiausaha pasukan unit
beruniform masing- masing. Sebanyak tujuh orang ahli KRS telah menjadi ahli jawatankuasa
publisiti ini.

Antara tugas yang dilakukan oleh jawatankuasa publisiti KRS sebelum perkhemahan
ialah dengan melakukan perbincangan dengan seluruh jawatankuasa publisiti unit beruniform
yang lain iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Persatuan Pandu Puteri bersama pensyarah
penyelia iaitu En Yunus Bin Yusof. Hasil perbincangan tersebut, kami perlu menghasilkan 22
poster bagi 22 slot sepanjang berjalannya 4 hari perkhemahan. Oleh itu, kami telah mengambil
keputusan untuk membahagikan tugas untuk bertugas dan membuat poster antara jawatankuasa
publisiti UB mengikut hari bagi meringankan beban dan memastikan poster dapat dihasilkan
secepat mungkin. Jawatankuasa publisiti KRS telah ditugaskan untuk menjaga slot pada hari

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

4

Khamis. Kami telah menyediakan sebanyak 7 poster untuk hari berkenaan iaitu bagi slot tazkirah/
Malaysia cergas, asas kawad kaki, amali kawad kaki, masakan rimba segerak dan tidak segerak,
tazkirah magrib dan asas pertolongan cemas.

Semasa perkhemahan berlangsung, kami telah bertanggungjawab menyediakan
hebahan serta menyebarkan poster serta maklumat setiap slot pada setiap hari kepada semua
siswa dan pensyarah terlibat. Di samping itu, kami juga memastikan dengan jawatankuasa lain
mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada slot tersebut dan mendapat pautan Zoom atau
Google Meet bagi yang berkaitan. Segala hebahan akan disebarkan 30 minit sebelum slot
bermula supaya dalam makluman semua. Selepas perkhemahan pula, kami membuat refleksi
mengenai segala tugas yang dijalankan bagi menambah baik pada masa akan datang selain
menyediakan laporan jawatankuasa publisiti.

Secara refleksinya, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti
sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dinyatakan
bagi mengatasi kelemahan tersebut. Antara kekuatan yang dapat dilihat jelas ialah semua pelajar
dapat mengetahui hebahan mengenai setiap slot yang harus mereka sertai selain mendapat
pautan Zoom dan Google Meet yang sepatutnya. Sungguhpun begitu, terdapat juga beberapa
kelemahan yang ketara sepanjang perkhemahan ini. Salah satu daripadanya ialah kesalahan
kedudukan logo IPG, Kementerian Pelajaran dan Unit-Unit Beruniform yang digunakan. Kami
sepatutnya memastikan kedudukan logo tersebut betul terlebih dahulu sebelum menyebarkan
poster-poster tersebut. Selain itu, sebaran pautan Zoom yang digunakan juga sepatutnya hanya
berada dalam maklumat pelajar dan pensyarah sahaja agar tiada pihak luar yang mengganggu
seperti apa yang terjadi dalam majlis penutupan perkhemahan baru baru ini. Keseluruhannya,
perkhemahan unit beruniform ini boleh dikatakan berjalan dengan jayanya dan semua pihak telah
melakukan yang terbaik.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

5

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA MALAYSIA CERGAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 hingga 4 September yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail telah menjalankan Perkhemahan Unit Beruniform bagi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan
Jun 2020. Perkhemahan ini telah disertai oleh 348 orang pelajar Semester 3 Ambilan Jun 2020.
Perkhemahan ini dijalankan secara atas talian disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang
melanda negara kita.

Sebelum bermulanya Perkhemahan Unit Beruniform, satu senarai nama bagi
jawatankuasa telah dikeluarkan pada 12 Ogos 2021. Saya telah dilantik sebagai ketua bagi
Jawatankuasa Malaysia Cergas bagi Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada 15 Ogos 2021,
sebuah taklimat amali perkhemahan yang melibatkan jawatankuasa bagi setiap unit beruniform
telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Di dalam taklimat
tersebut, setiap jawatankuasa telah didedahkan dengan skop tugas masing-masing dan
jawatankuasa Malaysia Cergas ditugaskan untuk merancang aktiviti senamrobik dan aktiviti yang
sesuai semasa slot Malaysia Cergas.

Untuk berbincang mengenai skop tugas Malaysia Cergas, saya membuat satu ‘group
Whatsapp’ bersama ahli-ahli Malaysia Cergas Unit Kadet Remaja Sekolah yang lain. Kami telah
melakukan banyak perbincangan di dalam ruangan ‘chat’ tersebut. Disebabkan slot Malaysia
Cergas hanya dijalankan pada dua hari sahaja, ketua Malaysia Cergas bagi keempat-empat unit
beruniform telah bersetuju untuk membahagikan dua unit pada satu hari. Unit KRS bekerjasama
dengan Unit Pandu Puteri Kadet (PPK) untuk menguruskan hari pertama slot Malaysia Cergas.
Jadi, untuk memastikan bahawa apa yang kami telah rancangkan adalah tepat, kami telah
merujuk dan berbincang bersama Encik Rosmadi bin Dollah, penyelaras Malaysia Cergas. Ahli-
ahli Malaysia Cergas unit KRS dan PPK dibahagikan kepada dua platform yang ditetapkan iaitu
Microsoft Teams yang boleh memuatkan 300 orang pelajar dan Google Meet bagi yang
selebihnya. Pada malam sebelum slot Malaysia Cergas yang pertama, raptai telah diadakan bagi
memastikan pelaksanaan slot esoknya berjalan dengan lancar.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

6

Pada hari kejadian, semua ahli telah bersedia 10 minit sebelum slot Malaysia Cergas
berlangsung. Saya sebagai wakil yang bertugas untuk berkongsi skrin Microsoft Teams di Google
Meet juga telah bersiap sedia. Namun, perkara yang tidak diinginkan berlaku apabila wakil yang
ditugaskan untuk berkongsi video nyanyian dan senamrobik di Microsoft Teams berhadapan
dengan masalah internet yang menyebabkan ahli tersebut tidak dapat untuk memasuki platform
Microsoft Teams. Masalah ini telah memakan masa sebanyak lebih kurang 15-20 minit.
Disebabkan ahli-ahli yang lain tidak mempunyai sambungan internet yang kuat, saya cuba untuk
memaparkan video di Microsoft Teams, tetapi yang terpapar hanyalah video tanpa audio. Setelah
beberapa kali mencuba, hasilnya tetap sama. Jadi, oleh kerana masa yang berbaki tidak banyak,
alternatif lain telah dilakukan iaitu dengan melakukan senaman ringkas secara manual yang
dipimpin oleh ketua Malaysia Cergas bagi Unit Pengakap di Microsoft Teams. Manakala di
Google Meet, terdapat ahli lain yang mengendalikan platform tersebut dengan memaparkan video
senaman yang telah disediakan.

Setelah berakhir slot Malaysia Cergas pada hari pertama dan juga perkhemahan hari
kedua, semua ahli yang bertugas pada hari tersebut telah berbincang di dalam ruangan
‘Whatsapp’ untuk melihat kembali tentang perkara yang perlu dibaiki supaya slot Malaysia Cergas
pada hari seterusnya dapat berjalan dengan lancar. Pada mulanya, ada ahli yang berpendapat
untuk menukar platform Microsoft Teams kepada platform Zoom, namun untuk tidak
mengelirukan pelajar-pelajar lain, platform Microsoft Teams tetap dikekalkan. Dengan bantuan
daripada ketua Malaysia Cergas dari Unit PPK, Bulan Sabit Merah Malaysia, dan juga Pengakap,
kekurangan dapat dikenalpasti dan dapat dibaiki pada raptai untuk hari kedua Malaysia Cergas.

Secara kesimpulannya, walaupun pelaksanaan Malaysia Cergas pada hari pertama tidak
dapat dijalankan mengikut perancangan dan tidak dapat memenuhi jangkaan pensyarah-
pensyarah dan juga peserta-peserta perkhemahan, namun dengan meneliti dan memperbaiki
kembali kekurangan, slot Malaysia Cergas pada hari kedua dapat dijalankan dengan lebih baik.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

7

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA KEBAJIKAN / KESELAMATAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 hingga 4 September 2021 seramai 348 orang peserta PISMP Semester 3 Ambilan
Jun 2020 dan 2 orang peserta PISMP Semester 5 ambilan Jun 2019 telah menyertai
perkhemahan ini menjadikan bilangan peserta 350 orang. Tujuan utama aktiviti perkhemahan ini
ialah untuk memenuhi kehendak silibus yang telah ditetapkan dalam RMK bagi subjek MPU3062
Kokurikulum-Unit Beruniform. Terdapat 4 Unit beruniform yang menyertai pekhemahan ini iaitu
Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Semua aktiviti
yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini adalah secara atas talian dan dijalankan secara
segerak dan tidak segerak menggunakan beberapa platform seperti Zoom, Google Meet,
Microsoft Teams dan Google Classroom. Seorang ketua telah dilantik bagi setiap unit beruniform
untuk menjadi wakil Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan dan kemudiannya, beberapa
orang pelajar telah dipilih untuk bertugas di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan.
JK ini dibawah pengelolaan Encik Azhar bin Mansor.

Sebelum aktiviti perkhemahan secara atas talian bermula, AJK Kebajikan dan
Keselamatan telah mengadakan mesyuarat menerusi aplikasi “Google Meet” untuk mengenal
pasti bidang tugas yang perlu dilakukan sepanjang perkhemahan berlangsung. Beberapa bidang
tugas telah dibahagikan sesama ahli jawatankuasa secara adil contohnya membuat tag nombor
bagi setiap peserta seramai 350 orang. Malah kami juga mengambil maklumat peribadi bagi
setiap peserta seperti nama dan nombor telefon waris bagi memastikan penglibatan semua
peserta secara penuh dan aktif. Akhir sekali, kami telah mengadakan satu jadual bertugas malam
walaupun perkhemahan dijalankan secara tidak bersemuka namun bagi merasai perkhemahan
yang sebenar kami telah membuat jadual tersebut untuk menaikkan lagi semangat kami untuk
berkhemah.

Semasa perkhemahan berlangsung, kami ditugaskan untuk menyelia serta memantau
keperluan para peserta perkhemahan. Oleh kerana perkhemahan dijalankan secara atas talian,
maka penyeliaan berkaitan data serta liputan internet terlebih dahulu dijalankan oleh wakil
Jawatankuasa setiap Unit Beruniform. Pada hari Rabu 1 September 2021, perjalanan majlis

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

8

perasmian berjalan lancar. Tugas yang diberikan kepada kami sewaktu program berlangsung
ialah mendapatkan maklumat setiap siswa guru untuk diberikan kepada jurulatih penasihat. Ianya
bertujuan memudahkan jurulatih untuk menghubungi pihak waris sekiranya berlaku kecemasan
sewaktu program berlangsung. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi pelajar seperti
kehilangan telefon bimbit, masalah talian dan masalah kesihatan. Namun ahli JK kami telah
mengambil tindakan pantas dengan menghubungi peserta tersebut dan memaklumkan kepada
jurulatih akan masalah yang dihadapi pelajar. Seterusnya, tugas selaku JK keselamatan
diteruskan pada malam hari iaitu memantau pergerakan atau keadaan peserta yang terlibat.
Jadual tugasan telah diagihkan terlebih dahulu untuk memudahkan AJK yang terlibat bersiap
sedia dari segi mental dan fizikal. AJK yang akan berjaga di malam hari dibahagikan kepada
beberapa waktu bermula daripada pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi. Setiap sesi
bertugas mengambil masa selama sejam yang terdiri daripada dua orang ajk keselamatan.

Pada hari kedua, kami telah menerima beberapa permasalahan daripada peserta. Antara
masalah yang diutarakan adalah gangguan capaian internet secara tiba-tiba disebabkan oleh
hujan, pengambilan vaksin daripada peserta dan juga masalah kesihatan peserta. Namun
begitu,semua masalah ini telah dikumpul dan diberikan kepada jurulatih untuk makluman
semasa. Segala permasalah yang diterima telah dikemaskini serta diajukan kepada jurulatih
untuk tindakan selanjutnya. Seterusnya, kami tetap meneruskan tugasan berjaga malam seperti
yang tertera di dalam jadual yang disediakan.

Meneruskan tugasan pada hari ketiga, permasalahan dan aduan diterima sama seperti
hari kedua. Permasalahan yang paling banyak diterima tentunya kerana pengambilan vaksin
seperti yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengambilan vaksin tentunya sebagai langkah untuk
mewujudkan ‘Herd Imunity’ bagi membendung penularan wabak Covid-19. Didapati terdapat
ramai peserta yang mengalami masalah capaian internet kerana cuaca yang tidak menentu serta
hujan di beberapa negeri semenanjung. Perkhemahan secara atas talian tentunya mencabar
mental dan fizikal peserta lebih-lebih lagi ianya dilakukan secara individu. Pun begitu, peserta
tetap menunjukkan semangat perkhemahan dengan menyertai kesemua aktiviti yang dijalankan.
Seperti kebanyakkan perkhemahan, sudah menjadi adat untuk mengadakan malam kebudayaan
serta aktiviti jamuan BBQ. Namun kerana semua peserta berada di kediaman masing-masing,
maka ianya tidak dapat dijalankan. Menjadi satu kerugian buat peserta lebih lagi kepada jurulatih

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

9

kerana tidak berupaya mencipta memori dan kenangan bagi perkhemahan unit beruniform pada
kali ini.

Pada hari terakhir, tugas bagi Jawatankuasa keselamatan diteruskan dengan acara majlis
penutup. Pelbagai reaksi wajah peSerta dapat dilihat semasa menonton video montaj. Pun
begitu, menjadi satu kekesalan bagi JK kami apabila platform Zoom yang digunakan untuk majlis
penutup telah digodam oleh masyarakat luar IPG. Pelbagai spekulasi dan langkah keselamatan
telah diatur kembali oleh jurulatih untuk peringatan pada masa akan datang.

Selepas perkhemahan dijalankan, ketua-ketua JK ditugaskan menyediakan laporan unit
masing-masing. Oleh itu, kami bekerjasama dengan ahli jawatankuasa bagi menyumbang
pendapat dan refleksi untuk didokumenkan sebagai laporan. Pensyarah penasihat mengingatkan
peserta yang tidak lagi menghantar video tugasan supaya mempercepatkan urusan. Jurulatih unit
beruniform masing-masing sedang sibuk menganalisis peserta yang terbaik untuk mewakili IPG
kampus ke E-Perkhemahan KAGUM 2021.

Berikut merupakan laporan JK Kebajikan dan Keselamatan bagi perkhemahan atas talian
yang dijalankan selama 4 hari 3 malam. Walaupun terdapat beberapa cabaran dan kekangan,
semua permasalahan berjaya diselesaikan dengan hasil toleransi dan kerjasama yang baik
antara AJK dan jurulatih demi memastikan kebajikan dan keselamatan semua peserta aktiviti
perkhemahan terjaga dengan rapi.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

10

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA AKTIVITI KRAF KEM PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1-4 September 2021 yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
telah menjalankan perkhemahan Unit Beruniform bagi pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Jun
2020. Perkhemahan ini telah disertai oleh semua pelajar Semester 3 Ambilan Jun 2020 seramai
348 orang dan perkhemahan ini telah dilaksanakan secara atas talian disebabkan oleh pandemik
Covid-19 yang melanda negara kita.

Sebelum berlangsungnya perkhemahan Unit Beruniform, pada 12 Ogos 2021, satu
senarai nama bagi jawatankuasa perkhemahan telah diedarkan di mana saya telah dilantik
sebagai ketua Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem bagi unit Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada 15
Ogos 2021, sebuah taklimat amali perkhemahan telah dilaksanakan secara atas talian melalui
platform Google Meet yang melibatkan jawatankuasa bagi setiap unit beruniform. Menerusi
taklimat tersebut, setiap jawatankuasa telah diterangkan dengan terperinci mengenai skop tugas
masing-masing serta senarai penasihat bagi setiap jawatankuasa yang terlibat. Jawatankuasa
Aktiviti Kraf Kem telah ditugaskan untuk mengurus slot Kraf Kem dan Gajet yang akan bermula
pada 1 September 2021 nanti di bawah seliaan Tuan Azhar bin Mansor dan Puan Hjh. Samsiah
binti Hassan.

Bagi memudahkan urusan perbincangan mengenai skop tugas bersama setiap ahli
Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem, saya telah membuat satu ‘WhatsApp Group’ khusus bersama
ahli-ahli Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem bagi unit KRS. Selain itu, setiap ahli Jawatankuasa
Aktiviti Kraf Kem juga menyertai satu ‘WhatsApp Group’ bersama penasihat Kraf Kem iaitu Tuan
Azhar bin Mansor dan Puan Hjh. Samsiah binti Hassan yang turut disertai oleh ahli Jawatankuasa
Kraf Kem dari unit Pandu Puteri Kadet (PPK), unit Pengakap, dan unit Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM). Menerusi WhatsApp Group tersebut, sebarang pertanyaan dan kekeliruan
telah diajukan kepada para penasihat Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem. Kami ditugaskan untuk
menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan menerusi slot Kraf Kem
sewaktu perkhemahan nanti dan perlulah disampaikan kepada semua ahli unit masing-masing.
Bagi aktiviti Kraf Kem, semua ahli unit beruniform diwajibkan untuk mendirikan satu khemah yang

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

11

telah ditetapkan dan setiap kumpulan perlu membuat susun atur (layout) perkhemahan dalam
bentuk gambarajah. Kawasan perkhemahan adalah di luar rumah masing-masing dan setiap ahli
kumpulan akan membina gajet masing-masing yang telah ditetapkan mengikut senarai nama
gajet yang telah diedarkan.

Pada 1 September 2021 (Rabu) iaitu hari pertama perkhemahan, slot Kraf Kem dan Gajet
bermula pada pukul 2.30 petang – 6.30 petang. Setiap kumpulan unit KRS perlulah mengikut
giliran mengikut jadual giliran yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kraf Kem untuk
menunjukkan proses memasang khemah dan membuat gajet secara siaran langsung (live)
kepada jurulatih pasukan melalui Google Meet. Setiap kumpulan diberikan masa sebanyak 15
minit sahaja untuk bersama dengan jurulatih pasukan.

Setelah berakhirnya slot kraf kem pada hari pertama, ahli kumpulan unit KRS perlulah
menyambung proses pembuatan gajet masing-masing dan merekod video proses tersebut dalam
durasi 1 minit. Setiap ahli kumpulan menghantar video masing-masing kepada ketua kumpulan.
Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk menggabungkan kesemua video ahli kumpulan serta
layout perkhemahan yang dihasilkan ke dalam video yang berdurasi 10 minit sahaja dan
menghantar video tersebut menerusi platform Google Classroom. Video tersebut akan dinilai oleh
jurulatih pasukan dan akan memilih video terbaik untuk dipertandingkan.

Kesimpulannya, pelaksanaan slot Kraf Kem dapat dijalankan dengan agak baik dan lancar
pada hari pertama perkhemahan. Walaupun berlakunya sedikit salah faham mengenai tugasan
Kraf kem, namun Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem dapat menguruskan slot Kraf Kem dengan
lancar bersama bimbingan daripada jurulatih pasukan serta penasihat Jawatankuasa Kraf Kem.
Maka, semua peserta perkhemahan serta ahli Jawatankuasa Aktiviti Kraf Kem memperoleh
banyak pengalaman baharu terutamanya dalam proses mendirikan khemah dan membina gajet
secara individu dalam perkhemahan Unit Beruniform secara atas talian ini.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

12

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA IKATAN SIMPULAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada hari Jumaat bersamaan 3 Ogos 2021, aktiviti slot ikatan simpulan diadakan secara
segerak yang melibatkan semua ahli unit beruniform bersama Tuan Abdul Ronif bin Jamaluddin
menerusi aplikasi Google Meet dan Zoom. Slot ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 2.30
petang sehingga 4.30 petang, tetapi diawalkan bagi menggantikan slot kembara hidup yang
sepatutnya dijalankan pada pagi tersebut.

Sebelum sesi pengajaran diadakan, jurulatih telah pun memberi makluman terlebih dahulu
kepada para pelajar menerusi group Whatsapp JK Ikatan Simpulan mengenai tentatif yang akan
berlangsung semasa slot ikatan simpulan dijalankan. Antara maklumat yang disampaikan adalah
para pelajar perlu menyediakan dua utas tali nylon berserta dua batang kayu bagi melakukan
aktiviti hands-on ikatan dan simpulan bersama jurulatih sebelum tamat slot. Jurulatih juga
mengingatkan para pelajar supaya mengulangkaji cara-cara ikatan baru yang akan dipelajari
seperti ikatan bunga geti berganda, simpul pulih, simpul pengail, simpul kerusi, tindih kasih
berganda dan simpul pencuri.

Semasa slot aktiviti ikatan simpulan diadakan, jurulatih memulakan penerangan dengan
pengenalan kepada ikatan dan simpulan. Jurulatih menegaskan tentang kepentingan menguasai
kemahiran ikatan tali kerana ia sangat berguna semasa membina gajet sewaktu perkhemahan.
Selain itu, jurulatih juga menerangkan tentang definisi tali yang bermaksud serat yang dipintal
panjang. Kegunaan tali digunakan sebagai simpulan, rekreasi, tali kerja, dan semasa
menyelamat. Ahli kadet juga didedahkan dengan jenis-jenis tali iaitu tali serat asli, tali sabut, tali
manila, tali sisal, tali kapas serat tiruan, tali polyolefin, tali kevlar, tali polyester dan tali nylon.
Seterusnya, jurulatih menerangkan tentang penjagaan tali dan contoh-contoh tali lain yang
digunakan yang berjaya menarik perhatian para pelajar iaitu jenis tali tentera dan tali helikopter.
Pada akhir sesi, aktiviti hands-on dijalankan bersama pensyarah bagi melakukan cara pengikatan
ikatan yang tidak terkandung dalam RMK IPG.

Mempelajari ikatan dan simpulan ini adalah ilmu yang sangat penting buat para kadet

semua kerana ia sangat membantu dalam melakukan tugasan terutamanya bahagian pembinaan

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

13

gajet. Selepas sesi slot penerangan selesai, para pelajar lebih terdedah kepada ilmu pengikatan
dan mampu untuk mempraktikkan setiap jenis ikatan dan simpulan.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

14

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA MASAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan badan unit beruniform Siri 1 yang melibatkan empat buah pasukan unit
beruniform iaitu Pandu Puteri Kadet, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Kadet Remaja
Sekolah, telah dirancang dan dilaksanakan pada 1 September 2021 sehingga 4 September 2021
(4 hari 3 malam). Perkhemahan ini diadakan secara atas talian oleh kerana kekangan pandemik
Covid-19 serta pihak IPG ingin memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap pelajar yang
melibatkan diri dalam perkhemahan ini. Umum mengetahui bahawa perkhemahan unit
beruniform ini diadakan bagi memenuhi kehendak tugasan dan keperluan bagi kursus MPU3062.
Kendatipun, perkhemahan ini lengkap diisi dengan setiap ujian unit beruniform dan bakal menguji
setiap ahli kadet bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang bakal guru yang berjiwa kadet,
berdisiplin dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang kokurikulum.

Sebelum berlangsungnya perkhemahan, pelantikan jawatankuasa termasuk
Jawatankuasa Masakan bagi Perkhemahan UB telah dibentuk pada 9 Ogos 2021 mengikut unit
masing-masing bagi melancarkan perjalanan program yang akan berlangsung nanti. Melalui sesi
pelantikan ini, ketua bagi setiap jawatankuasa juga telah dipilih dalam memastikan setiap
jawatankuasa mendapat maklumat semasa dengan lebih pantas dan membantu memudahkan
perhubungan antara semua anggota yang terlibat dengan pihak atasan, yang merupakan
penyelaras program. Daripada pelantikan tersebut, lapan orang ahli kadet telah dipilih sebagai
ahli Jawatankuasa Masakan bagi unit KRS yang diketuai oleh Nur Syahanis Aduni dan dibantu
oleh ‘Izzah Athirah.

Pada 15 Ogos 2021 pula, satu taklimat ringkas telah diadakan oleh Ketua Penyelaras
kursus MPU3062, iaitu Puan Samsiah Hassan, menerusi platform Google Meet. Kami diberikan
penjelasan yang terperinci berkaitan pelaksanaan ujian amali perkhemahan dan skop kerja bagi
setiap ahli JK yang ditubuhkan. Menerusi taklimat tersebut, kami dikehendaki untuk menyediakan
perancangan aktiviti dan tentatif pelaksanaan aktiviti bagi slot masakan. Selain itu, pengacara
majlis dan pembaca doa bagi slot ini turut dilantik bagi tujuan memulakan dan mengaturkan slot.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

15

Oleh hal yang demikian, satu perjumpaan antara ahli-ahli JK Masakan unit KRS telah
diadakan pada 26 Ogos 2021 secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Ketua JK
Masakan telah membentangkan slaid bagi membincangkan tentang perkara-perkara yang akan
berlaku sebelum, semasa dan selepas perkhemahan berlangsung. Selain itu, kami juga telah
membuat perbincangan pembahagian skop tugas kepada setiap ahli JK Masakan. Setelah
pembahagian tugas selesai, kami bekerjasama menguruskan perancangan pelaksanaan taklimat
slot masakan oleh Puan Rahimah serta pelaksanaan slot aktiviti masakan tradisional yang bakal
dijalankan semasa perkhemahan nanti. Kami juga sempat berkolaborasi dengan JK Teknikal dan
JK Publisiti bagi tujuan pelaksanaan slot secara atas talian dan hebahan maklumat berkaitan
aktiviti perkhemahan melalui poster digital. Walau bagaimanapun, kami sentiasa berhubung dan
merujuk Pn. Siti Rahimah bagi meneliti setiap butiran dan pengesahan hasil kerja kami supaya
setiap maklumat aktiviti yang dirancang adalah selaras dan mampu mencapai objektif
pembelajaran.

Pada tanggal 1 September 2021, iaitu pada hari Rabu, para pelajar telah menghadirkan
diri ke taklimat perkhemahan Unit Beruniform melalui aplikasi Zoom. Taklimat tersebut
berlangsung selama 2 jam dan dihadiri oleh semua kadet Unit beruniform beserta jurulatih
masing-masing. Taklimat ini dijalankan bertujuan untuk memaklumkan aturcara majlis serta
memberikan beberapa maklumat penting kepada pelajar. Hal ini demi memastikan kelicinan
perjalanan majlis dan pelajar cakna akan setiap perkembangan majlis. Antara beberapa
maklumat yang diperhatikan ketika itu adalah, pelaksanaan aktiviti perkhemahan seperti slot
ikatan dan simpulan, asas kawad kaki, masakan rimba dan pertolongan cemas. Sebagai JK
Masakan yang bertanggungjawab, kami telah mengambil nota akan beberapa perkara yang akan
berlaku sewaktu slot masakan dijalankan. Oleh hal yang demikian, sebarang kekeliruan
maklumat dapat dielakkan bagi memastikan setiap ahli kadet memahami dan jelas mengenai hal-
hal berkenaan aturcara majlis tersebut.

Manakala, pada tarikh 2 September 2021, iaitu pada hari Khamis, para pelajar
dikehendaki untuk menghadiri majlis taklimat pelaksanaan aktiviti semasa perkhemahan Unit
Beruniform dijalankan. Taklimat slot masakan tradisional ini telah disampaikan oleh Pn. Siti
Rahimah dan dijalankan secara segerak melalui aplikasi Zoom dan Google Meet. Menerusi slaid
yang dibentangkan dalam taklimat tersebut, para pelajar mendapat pelbagai input menarik

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

16

mengenai asas masakan tradisional di Malaysia yang perlu dititikberatkan seperti cara memasak,
bahan memasak, cara menjaga kebersihan dan hiasan menggunakan bahan alam sekitar. Hal
ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan
dengan cemerlang.

Seusainya taklimat, para pelajar mula bergerak melaksanakan aktiviti masakan tradisional
yang dijadualkan di kampung halaman masing-masing. Pelajar diberikan masa sehari untuk
menghasilkan satu laporan bergambar mengenai hidangan masakan tradisional yang telah
disediakan. Ciri-ciri dan format laporan bergambar juga telah diagihkan kepada semua ahli KRS
supaya laporan bergambar yang bakal diterima oleh jurulatih masing-masing adalah selaras dan
menepati kehendak soalan yang memerlukan butiran-butiran penting seperti nama masakan,
bahan-bahan masakan yang digunakan, cara penyediaan masakan, tips dalam penyediaan
masakan dan juga gambar-gambar sebagai bukti melaksanakan aktiviti yang ditugaskan.

Pada hari terakhir perkhemahan, semua ahli JK telah memainkan peranan mereka
masing-masing dalam menyelesaikan tugasan masing-masing dan membuat laporan secara
keseluruhan program. Sesi refleksi SWOT turut dijalankan mengikut jurulatih unit masing-masing.
Bagi unit KRS, sesi refleksi dilaksanakan secara segerak menggunakan platform Google Meet.
Hasil daripada penubuhan ahli Jawatankuasa ini, secara tidak langsung ia dapat memupuk
semangat kerjasama antara kami dalam proses pelaksanaan tugas yang telah diamanahkan.
Bukan itu sahaja, Kerjasama antara pelajar dan pensyarah juga dapat dieratkan. Semua ini
tercapai hasil daripada kerjasama dan kesepakatan yang kuat dalam dalam hubungan pelajar
dan pensyarah. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan pensyarah kerana
dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

Secara refleksinya, dapatlah dikatakan bahawa semua aktiviti yang dirancangkan telah
dilaksanakan dengan sempurna. Matlamat untuk memberi pengalaman menguruskan
perkhemahan kepada para bakal guru yang terpaksa dijalankan secara atas talian telah dicapai
melalui aktiviti-aktiviti yang telah mereka sempurnakan. Kami selaku ahli JK Masakan juga telah
mempelajari pelbagai perkara baharu melalui tugasan dan aktiviti yang dijalankan. Disamping itu
juga, tiada sebarang aduan daripada pelajar tidak sihat yang diterima oleh jurulatih bertugas dan
ketua komandan perkhemahan sepanjang aktiviti berlangsung. Namun, tidak semua pelajar
menghadirkan diri dalam sesi taklimat masakan kerana ada segelintir daripada mereka yang

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

17

terpaksa menerima suntikan vaksin sebagai langkah awal dalam pencegahan virus Covid-19 ini.
Isu kelajuan dan capaian internet turut timbul kerana kami dimaklumkan bahawa tidak semua
pelajar tinggal di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai kadar pengaksesan internet
yang tinggi. Masalah kehabisan kuota serta capaian internet yang lemah telah menghalang
pelajar daripada melibatkan diri dalam sesi taklimat dan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Kesimpulannya, perkhemahan badan beruniform yang dijalankan ini dapat memberi
peluang kepada para pelajar untuk merasakan pengalaman baru sebagai fasilitator mahupun
urusetia tetapi secara khususnya dapat menjalinkan hubungan yang baik, berdisiplin,
bekerjasama, dan bertanggungjawab dalam kalangan para pelajar. Diharapkan agar program
seumpama ini dapat dijalankan lagi pada semester yang akan datang. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

18

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 September sehingga 4 September 2021 yang lalu, satu perkhemahan unit
beruniform telah dilaksanakan secara atas talian. Hal ini kerana, para siswa tidak dapat pulang
ke kampus dan perlu berada di rumah masing-masing oleh sebab penularan wabak Covid-19
yang semakin meningkat. Seramai 90 orang ahli KRS telah terlibat sebagai peserta perkhemahan
pada kali ini. 72 orang pelajar terdiri daripada pelajar unit TESL (1, 2, 3 & 4) manakala 18 orang
pelajar lain terdiri daripada pelajar unit BM 1. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah
untuk memenuhi keperluan tugasan kerja kursus MPU3062 Unit Beruniform. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah tazkirah Subuh dan Maghrib, Malaysia cergas, kawad kaki, masakan rimba,
pertolongan cemas, kembara dan ikhtiar hidup, kemahiran asas tali ikatan dan simpulan serta
kraf perkhemahan dan gajet.

Sebelum perkhemahan berlangsung, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada tugas-
tugas tertentu bagi memastikan perkhemahan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
lancar. Sebagai ahli jawatankuasa bagi slot pertolongan cemas, kami telah ditugaskan untuk
menguruskan atur cara bagi slot pertolongan cemas, khususnya bagi slot secara segerak. Kami
melakukan perbincangan yang merangkumi ketetapan masa dan bahan-bahan yang akan
digunakan sewaktu slot pertolongan cemas secara segerak yang dibimbing oleh pensyarah
penyelia iaitu En. Yunus Bin Yusof. Sebanyak tujuh orang ahli KRS telah menjadi ahli
jawatankuasa pertolongan cemas ini. Walau bagaimanapun, kami juga perlu membuat
perbincangan dengan jawatankuasa pertolongan cemas dari unit beruniform lain iaitu Pengakap,
Bulan Sabit Merah, dan Persatuan Pandu Puteri, memandangkan slot pertolongan cemas akan
dilaksanakan segerak untuk semua unit beruniform.

Oleh itu, satu ‘group WhatsApp’ telah dibentuk bagi memudahkan proses perbincangan
dan pertukaran maklumat. Hasil daripada perbincangan tersebut, kami hanya perlu menguruskan
bahagian teknikal sewaktu slot berjalan iaitu membentangkan video, memilih pengacara majlis
dan pembaca doa. Selain itu, seorang daripada ahli pertolongan cemas akan bertugas sebagai
pengantara untuk menetapkan tentatif program bersama dengan jawatankuasa publisiti dan

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

19

teknikal bagi memastikan slot pertolongan cemas ini berjalan dengan lancar. Hal ini kerana, kami
perlu memastikan bahawa pautan ‘link’ Zoom dan Google Meet serta maklumat aktiviti
pertolongan cemas yang akan dihebahkan oleh jawatankuasa publisiti adalah betul dan selaras.

Semasa perkhemahan berlansung, kami telah bertanggungjawab membentangkan video
berkaitan CPR, mengacara majlis, dan membaca doa majlis semasa slot secara segerak iaitu
pada hari Khamis, 2 September 2021. Individu yang bertanggungjawab ialah Nur Najwa Farhana
Binti Mohamad Ibrahim, sebagai pembentang video, Nik Hafiz ‘Izzuddin Bin Husin, sebagai
pengacara dan Ahmad Syamil Bin Asri, sebagai pembaca doa. Video yang dibentangkan adalah
diberi oleh En. Yunus sendiri. Terdapat dua video yang diberikan, namun hanya satu sahaja yang
sempat ditayangkan. Semasa slot pertolongan cemas, pelajar didedahkan dengan pengetahuan
tentang CPR. Sebelum slot berlangsung, kami juga melakukan ‘rehearsal’ bagi memeriksa
kelancaran persembahan audio dan visual. Pendedahan tentang CPR adalah disampaikan oleh
En. Yunus, selama dua jam, bermula 9 malam sehingga 11 malam. Di samping itu, kami juga
menetapkan dan memastikan dengan jawatankuasa lain mengenai aktiviti yang akan dijalankan
pada slot tersebut dan pautan Zoom atau Google Meet yang digunakan.

Selepas perkhemahan pula, kami membuat refleksi mengenai keberkesanan tugas yang
telah dijalankan bagi menambah baik pada masa akan datang selain menyediakan laporan
jawatankuasa pertolongan cemas. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenal
pasti sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Beberapa cadangan penambahbaikan turut
dinyatakan bagi mengatasi kelemahan tersebut. Antara kekuatan yang dapat dilihat jelas ialah
semua pelajar mendapat maklumat yang betul dan selaras dan yang paling penting, slot berjalan
dengan lancar di mana program dapat dimulakan tepat pada masanya. Sungguhpun begitu,
terdapat juga beberapa kelemahan yang ketara. Salah satu daripadanya ialah kami sukar
mendapatkan maklumat yang jelas akibat daripada maklumat yang disalah tafsir oleh
jawatankuasa sendiri, dan tidak semua mendapat skop tugas, kerana ahli jawatankuasa terlalu
ramai. Keseluruhannya, perkhemahan unit beruniform ini terutamanya bagi slot pertolongan
cemas boleh dikatakan berjalan dengan lancar kerana tiada sebarang gangguan teknikal berlaku
semasa sesi segerak. Hal ini adalah atas hasil kerjasama ahli jawatankuasa yang baik serta
maklum balas yang pantas membuatkan perbincangan berlaku dengan berkesan.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

20

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA KAWAD PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 September sehingga 4 September 2021 yang lalu, IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail telah mengadakan perkhemahan unit beruniform bagi kesemua pelajar PISMP semester
3 ambilan Jun 2020. Aktiviti perkhemahan ini telah dibuat secara dalam talian kerana penularan
wabak pandemik Covid-19 yang semakin meruncing di negara kita. Jawatankuasa kawad KRS
ditubuhkan bagi memudahkan urusan-urusan sebelum,semasa dan selepas aktiviti kawad
dijalankan. Jawatankuasa kawad juga perlu membantu pensyarah atau jurulatih yang bertugas
untuk memastikan aktiviti kawad kaki berjalan dengan lancar.

Sebelum aktiviti perkhemahan unit beruniform, pelantikan jawatankuasa kawad telah
diadakan mengikut unit masing-masing. Mesyuarat penyelarasan JK perkhemahan UB telah
diadakan bersama semua jurulatih dan ahli jawatankuasa. Jawatankuasa kawad KRS
mempunyai seramai tujuh orang ahli yang diketuai oleh Mohamad Amirul Ashraf bin Che Nazaki
dari BM 1. Selepas itu, pada 24 Ogos ketua-ketua kawad bagi setiap unit beruniform melakukan
perbincangan mengenai perancangan aktiviti dan tentatif pelaksanaan aktiviti bagi slot kawad
kaki.

Pengerusi dan pembaca doa bagi slot ini turut dilantik bagi tujuan memulakan dan
mengaturkan slot. Ahli jawatankuasa kawad turut berkolaborasi dengan AJK Teknikal dan AJK
Publisiti bagi tujuan pelaksanaan slot secara atas talian dan hebahan melalui poster.
Jawatankuasa Kawad melakukan perbincangan mengenai masa yang diperlukan bagi
pelaksanaan slot aktiviti kawad kaki. Terdapat dua slot yang perlu dilaksanakan iaitu secara
segerak dan tidak segerak. Masa bagi setiap slot telah ditetapkan kepada dua jam dan kedua-
dua slot diputuskan untuk dilaksanakan pada sesi pagi. Bagi slot segerak, ahli-ahli kadet
dimaklumkan untuk bersedia dengan rakaman video kawad kaki masing-masing yang telah
dilakukan sebelum slot ini bermula.

Pada 1 September yang lalu, taklimat perkhemahan Unit Beruniform telah diberikan oleh

Encik Rosmadi bagi penyelarasan pelaksanaan setiap aktiviti perkhemahan. Melalui taklimat

tersebut, pelajar dimaklumkan untuk menyertai setiap slot aktiviti mengikut platform yang

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

21

disediakan oleh unit beruniform masing-masing. Pada hari kedua perkhemahan, slot amali kawad
kaki dijalankan secara segerak dan tidak segerak mengikut Unit Beruniform masing-masing. Unit
Beruniform KRS melakukan pertemuan menerusi pelantar Google Meet dengan kehadiran penuh
ahli KRS dan kehadiran kedua pensyarah iaitu Encik Mhd' Asri bin Ismail dan Encik Azhar bin
Mansor bagi sesi segerak. Kedua jurulatih membuat penilaian berkenaan amali kawad kaki
secara individu yang dilakukan oleh beberapa orang kadet secara langsung. Untuk sesi tidak
segerak, pensyarah memberi peluang kepada pelajar untuk merakam kembali video kawad kaki
bagi memperbaiki kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan dalam rakaman sebelumnya.

Pada 4 September iaitu hari terakhir perkhemahan unit beruniform bagi pelajar PISMP
Semester 3 Jun 2020, sesi refleksi bersama telah dijalankan mengikut unit beruniform masing-
masing. Para ahli KRS berkesempatan untuk menyuarakan kelebihan dan kekurangan serta
pengalaman yang diterima sepanjang perkhemahan berlangsung berdasarkan teknik SWOT.
Masalah-masalah yang sering berlaku ialah masalah ketidakfahaman dan rangkaian internet. Ini
dianggap sebagai kekurangan yang dihadapi. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan
lancar. Hasil kerja keras para ahli KRS membuahkan hasil. Pasukan KRS berjaya mendapat
tempat pertama untuk aktiviti kawad kaki.

Secara kesimpulan, urusan-urusan berkaitan aktiviti kawad yang telah dijalankan
sebelum, semasa dan selepas perkhemahan berjalan dengan lancar dan dapat diuruskan dengan
baik oleh jawatankuasa kawad KRS. Setiap kelemahan yang dikenal pasti diharapkan dapat
ditangkis pada perkhemahan yang akan datang.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

22

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA KEMBARA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Dalam memenuhi keperluan perkhemahan unit beruniform bagi siswa-siswi guru PISMP
Semester 3 dari 1 – 4 September 2021, beberapa aktiviti telah dirancang dan ditetapkan pada
hari-hari yang tertentu. Beberapa badan jawatankuasa juga telah ditubuhkan bagi memastikan
setiap aktiviti berjalan dengan lancar sepanjang perkhemahan, termasuk aktiviti kembara bermisi
dan ikhtiar hidup. Bagi aktiviti ini, jawatankuasa dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah
(KRS) telah ditubuhkan dengan ahli seramai 7 orang, diketuai oleh Nor Aidil Fida’iy binti Mohd
Nor dari unit TESL 4 dan dibantu oleh Siti Aisyah binti Mohd Termizi dari unit TESL 4.

Perbincangan ahli jawatankuasa telah diadakan bersama jurulatih bertugas, Tuan Haji
Safri bin Aziz pada 26 Ogos 2021 bagi menentukan pelantar yang akan digunakan bagi slot aktiviti
kembara bermisi dan ikhtiar hidup secara segerak pada 2 September 2021. Selain itu, mengikut
tentatif program perkhemahan, aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup dijadualkan pada 2
September 2021, pukul 8:00 a.m. – 10:00 a.m. dan 10:30 a.m. – 12:30 p.m. Walau
bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, waktu pelaksanaan aktiviti ini diubah kepada pukul
2:30 p.m. – 4:30 p.m. secara segerak, dan 5:00 p.m. – 6:00 p.m. secara tidak segerak.

Pada 2 September 2021, aktiviti kembara bermisi dan ikhtiar hidup telah dilaksanakan
seperti yang dirancang menggunakan platform Zoom dan Google Meet. Aktiviti telah dimulakan
dengan sesi taklimat berkaitan pengenalan kepada pengembaraan. Antara topik yang disentuh
oleh jurulatih bertugas, Tuan Safri, ialah tema, tujuan, rancangan, peralatan, serta laporan
pengembaraan. Di samping itu, semua ahli unit beruniform juga telah diperkenalkan dengan
kemahiran membaca peta yang melibatkan peta topografi dan juga petunjuk yang diberikan
dalam peta yang dirujuk.

Sebagai penutup slot, jurulatih telah memberi tugasan untuk dilaksanakan oleh setiap ahli

unit beruniform, termasuk unit KRS. Bagi tugasan ini, setiap ahli dikehendaki untuk melukis satu

peta topografi bagi kawasan tempat tinggal masing-masing, di samping menyertakan petunjuk

bagi peta tersebut. Setiap ahli juga perlu melakar perjalanan ke tempat-tempat yang dinyatakan

dalam peta masing-masing. Setiap ahli diberi masa sehingga 12 September 2021 bagi

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

23

menyelesaikan tugasan serta menyerahkan hasil kerja masing-masing mengikut kumpulan yang
ditetapkan. Jurulatih juga telah mengadakan sesi soal jawab bagi menjawab apa-apa soalan
berkenaan taklimat mahupun tugasan yang diberikan kepada semua peserta.

Akhir sekali, selaku peserta yang bertanggungjawab, kami telah melaksanakan tugas
kami dengan baik sekali, dan kami akui pengalaman yang kami peroleh merupakan ilmu yang
sangat bernilai. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
melibatkan diri dalam menjayakan slot ini, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

24

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA ISTIADAT PAGI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada 1 September 2021 sehingga 4 September 2021, Jabatan Kokurikulum Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail telah menganjurkan Perkhemahan Unit
Beruniform yang melibatkan semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 dan terdiri daripada 4
unit beruniform iaitu Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia dan
Pandu Puteri Kadet. Perkhemahan ini diadakan secara atas talian sebagai menyahut seruan
kerajaan Malaysia bagi menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Antara
jawatankuasa yang telah dibentuk adalah jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform.
Jawatankuasa ini mempunyai bidang tugas yang telah ditetapkan untuk dilakukan sepanjang
program perkhemahan berlangsung. Berikut merupakan laporan jawatankuasa Istiadat Pagi
Unit Beruniform sepanjang program berlangsung.

Sebelum perkhemahan berlangsung, pelantikan ahli jawatankuasa untuk unit beruniform
Kadet Remaja Sekolah telah dilaksanakan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.
Ahli jawatankuasa dibentuk terlebih dahulu bagi mengetuai ahli jawatankuasa ini. Bagi
jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform, jawatankuasa ini dianggotai oleh 7 orang ahli iaitu
Farah Nabilla bt Muhammad Fakhruzzaman (Ketua), Nur Ain Izyan bt Nazim, Anis Athira bt
Rusli, Aina Zafirah bt Rosman, Husna Humairah bt Mazlan, Siti Aishah bt Abdullah Saidi dan Ali
Imran bin Kamarulzaman. Setelah melantik dan mengetahui jawatankuasa masing-masing,
ketua daripada setiap jawatankuasa juga menghadiri taklimat bagi mengetahui dengan lebih
lanjut berkaitan bidang tugas mereka. Kemudian, ketua jawatankuasa bagi Istiadat Pagi Unit
Beruniform mengadakan perjumpaan secara atas talian dengan ahli-ahli jawatankuasa yang lain
untuk menyampaikan informasi yang diperoleh daripada jurulatih. Aplikasi ‘Whatsapps’ telah
digunakan sebagai platform komunikasi dan perkongsian maklumat berkaitan tugasan yang
harus dilaksanakan oleh jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform ini.

Semasa perkhemahan berlangsung, ketua jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform

ini telah menerima arahan berkaitan pelaksanaan slot Istiadat Pagi Unit Beruniform akan

diteruskan juga mengikut unit beruniform masing-masing selepas majlis istiadat bagi semua unit.

Bagi unit beruniform Kadet Remaja Sekolah, Istiadat Pagi Unit Beruniform bermula dengan

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

25

semua ahli berada dalam barisan dan menghadap ke arah bendera Malaysia, Negeri
Terengganu dan IPG yang telah diketuai oleh setiap ketua unit. Nyanyian dimulakan dengan
lagu negaraku, lagu negeri dan lagu Kadet Remaja Sekolah. Setelah sesi nyanyian tiga buah
lagu tersebut, ketua unit membaca ikrar Kadet Remaja Sekolah. Seterusnya, ketua pasukan dan
pensyarah penasihat akan memberi ucapan ringkas setelah bacaan ikrar. Setelah ucapan
selesai tersebut, semua ahli Kadet Remaja Sekolah dibenarkan untuk keluar barisan.

Selepas pekhemahan, jawatankuasa Istiadat Pagi Unit Beruniform mestilah
menyediakan laporan bergambar. Laporan tersebut mestilah mengandungi setiap aktiviti yang
telah dijalankan dalam slot Istiadat Pagi Unit Beruniform. Selain itu, jawatankuasa Istiadat Pagi
Unit Beruniform juga membincangkan kelemahan yang berlaku ketika Istiadat Pagi Unit
Beruniform dijalankan untuk mengelakkan sebarang kesalahan dalam proses menyediakan
laporan tersebut.

Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun 2021 tidak dapat menjalankan aktivti Istiadat
Pagi Unit Beruniform kerana tidak bersesuaian dengan pelaksanaan perkhemahan kali ini.
Perkara ni kerana pelaksanaan Istiadat Pagi Unit Beruniform hanya sesuai dijalankan ketika
perkhemahan dilakukan secara bersemuka. Oleh itu, pensyarah-pensyarah Jabatan
Kokurikulum telah berbincang dan membuat keputusan untuk membatalkan slot Istiadat Pagi
Unit Beruniform untuk perkhemahan kali ini.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

26

LAPORAN GERAK KERJA

JAWATANKUASA KEROHANIAN & MORAL PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pada tarikh 22 Ogos yang lalu, kami selaku jawatankuasa kerohanian dan moral telah
mengadakan sesi perbincangan bersama jurulatih, Encik Abdul Ronif Bin Jamaluddin menerusi
aplikasi Whatsapp. Perbincangan yang diadakan merangkumi topik perbincangan berkaitan
dengan bidang tugas jawatankuasa, pelaksanaan slot tazkirah subuh, maghrib, dan moral serta
senarai pentazkirah dan pengerusi majlis yang diperlukan semasa sesi tazkirah dan slot moral.

Hasil perbincangan yang diadakan juga telah disimpulkan dengan penetapan bilangan
pentazkirah dan pengerusi yang diperlukan bagi setiap unit beruniform. Selain itu, ahli
jawatankuasa juga dimaklumkan bahawa pentazkirah dan pengerusi majlis adalah terbuka
kepada ahli unit lelaki dan ahli unit perempuan. Di samping itu, hasil perbincangan juga telah
memberi ketetapan kepada masa pelaksanaan slot yang akan diadakan pada pukul 6.10 hingga
6.30 pagi bagi sesi tazkirah subuh, dan 7.45 hingga 8.30 malam bagi sesi malam.

Ahli jawatankuasa mengajak rakan-rakan ahli yang lain yang untuk turut serta sesi
tazkirah menerusi link Google Meet yang telah dikongsikan 10 minit sebelum sesi bermula.
Semasa sesi tazkirah dimulakan, pengerusi majlis memulakan sesi tazkirah dengan bacaan doa
dan menjemput rakan-rakan ahli yang lain untuk mengimarahkan sesi tazkirah dengan membuka
fungsi kamera. Kemudian, para pentazkirah memulakan sesi perkongsian ilmu dan turut
membuka sesi soal jawab di hujung perkongsian.

Selepas sesi tazkirah, ahli jawatankuasa menangkap gambar sesi tazkirah bagi tujuan
pelaporan dan kenangan slot kerohanian semasa perkhemahan unit beruniform yang diadakan
hanya sekali sepanjang bergelar pelajar IPG.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

27

LAPORAN GERAK KERJA
JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform pada kali ini amat berbeza daripada sebelumnya kerana
dilaksanakan secara maya sepenuhnya. Namun begitu, pelaksanaan setiap aktiviti dalam talian
ini dirangka dan diteliti terlebih dahulu oleh penyelaras kursus bagi mencapai hasil pembelajaran
kursus MPU3062. Umum mengetahui bahawa pada hari terakhir perkhemahan, majlis penutup
haruslah dilaksanakan bagi merumuskan segala aktiviti dan memberi penghargaan kepada
peserta dalam setiap pertandingan yang diadakan. Majlis penutup juga diadakan untuk
menandakan berakhirnya aktiviti perkhemahan. Sebagai ahli jawatankuasa majlis penutup, kami
juga tidak terlepas untuk menjalankan tanggungjawab kami bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Pada hari Ahad, 15 Ogos 2021, kami diberikan taklimat oleh penyelaras kursus MPU3062
iaitu Puan Samsiah menerusi pelantar Google Meet. Kami diberikan penjelasan yang terperinci
berkenaan pelaksanaan amali perkhemahan dan juga bidang tugas bagi setiap ahli jawatankuasa
yang ditubuhkan. Menerusi taklimat itu, kami difahamkan bahawa antara bidang tugas ahli
jawatankuasa majlis penutup adalah menyediakan buku program, menyediakan atur cara majlis,
menyediakan teks ucapan pengarah dan lain-lain. Bidang tugas ini tidaklah melibatkan ahli KRS
sahaja, malah turut dibantu oleh ahli jawatankuasa daripada Unit Beruniform yang lain seperti
Pengakap, BSMM dan PPK. Seusainya taklimat, WhatsApp group antara ahli jawatankuasa
ditubuhkan bagi memudahkan urusan dan melicinkan proses. Sesi pembahagian tugas juga
dilaksanakan menerusi group tersebut.

Ahli jawatankuasa majlis penutup KRS diketuai oleh Muhammad Zakwan dan dibantu oleh
Anis Zetty Adrina. Dalam tempoh dua minggu, setiap tugasan dilaksanakan secara berkumpulan.
Nilai kerjasama dan bantu-membantu dapat dipupuk antara ahli Unit Beruniform yang lain. Walau
bagaimanapun, kami sentiasa berhubung dan merujuk Puan Samsiah bagi meneliti setiap butiran
dan pengesahan hasil kerja kami. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan setiap maklumat dan
memastikan setiap maklumat adalah seperti yang dirancang. Sehari sebelum majlis penutup,
kami juga mengadakan satu rehearsal penuh bersama ahli jawatankuasa teknikal dan para

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH

28

jurulatih. Menerusi rehearsal ini, para jurulatih memberi komen atau maklum balas terhadap
aspek yang perlu diperbaiki.

Pada tanggal 4 September 2021 bersamaan hari Sabtu, majlis penutup dilaksanakan
menerusi pelantar Zoom. Kami ahli jawatankuasa majlis penutup dan teknikal membuat
persiapan setengah jam lebih awal sebelum majlis bermula. Pengacara majlis penutup, iaitu
Asiah dari unit KRS dan Afif dari unit Pengakap juga bersiap sedia dengan skrip mereka yang
telah disunting. Tepat jam 10.30 pagi, majlis penutup bermula. Majlis ini turut dihadiri oleh
Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail iaitu Dr. Hjh. Narita binti Mohd Noor, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail iaitu En. Mohd Aminudin bin Abu bakar serta ketua-
ketua jabatan. Seramai 348 orang peserta dan lapan orang jurulatih dilihat berada dalam platform
Zoom lebih awal bagi meraikan majlis penutup. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
dan Negeri Terengganu, disusuli bacaan doa oleh Muhammad Nabil dari BSMM. Seterusnya,
tayangan montaj aktiviti sepanjang perkhemahan dipersembahkan. Selanjutnya, majlis
penyampaian hadiah oleh Timbalan Pengarah dan Pengarah kepada para peserta. Selepas itu,
majlis diteruskan dengan majlis perasmian penutup oleh Pengarah IPG KDRI dan penyampaian
cenderamata. Sebelum majlis bersurai, nyanyian lagu Institut Pendidikan Guru dimainkan bagi
mengakhiri majlis perasmian penutup pada kali ini. Tepat jam 11.30 pagi, semua peserta
meninggalkan pelantar Zoom.

Sebagai refleksinya, dapatlah dikatakan bahawa majlis penutup pada kali ini berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang. Namun begitu, sudah tentu terdapat sedikit “lompang” dari
segi kejelasan bunyi audio disebabkan rangkaian Internet yang sukar dijangka. Kecacatan dari
segi kelancaran slides juga berlaku dek ketidakstabilan rangkaian Internet. Namun begitu, kami
di pihak ahli jawatankuasa amat berpuas hati dengan hasil kerjasama yang utuh dan padu antara
ahli KRS dan ahli Unit Beruniform yang lain. Kami percaya bahawa masalah teknikal merupakan
perkara biasa dalam norma baharu ini yang boleh dikatakan hampir segala aktiviti dijalankan
secara maya. Diharapkan segala aktiviti yang dirancang mampu mencapai objektif pembelajaran
dan diaplikasikan oleh bakal para guru kelak di sekolah.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SETIAUSAHA KADET REMAJA SEKOLAH


Click to View FlipBook Version