The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50320694, 2022-03-04 02:17:52

Minit Mesyuarat Guru Kali 5

MINIT MESYUARAT GURU kali 5

帝沙再也国民型华文学校
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DESA JAYA

52100 KEPONG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA
52100 KEPONG, SELANGOR

Bil 5 / 2021

1

Tarikh : MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA
Masa : 52100 KEPONG, SELANGOR
Tempat : BIL 5/2021/2022
Kehadiran :
19 Februari 2022
10:00 pagi
Kediaman Masing-masing (dalam talian)
Sila rujuk senarai nama guru

Agenda Mesyuarat
1.0 Nyanyian Lagu Negaraku.
2.0 Nyanyian Lagu Negeri Selangor.
3.0 Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Intergriti.
4.0 Bacaan Akta Rahsia Rasmi 1972.

5.0 Ucapan Pengerusi-Guru Besar, En. Tang Ah Hai

5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran

bermesyuarat dalam talian pada kali ke-5 bagi Tahun 2021/2022. Makluman

6.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
6.1 Pn. Pan Sau Lue mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
6.2 Disokong En. Tuan Nizam bin Tuan Ismail.

7.0 Laporan Guru Besar
7.1 Para guru diminta menyelesaikan semua tugasan sebelum cuti sekolah. Jika tidak, guru

akan dipanggil balik ke sekolah untuk menyiapkannya.
Makluman

7.2 Guru yang ingin bertukar sesi dari pagi ke petang atau petang ke pagi, pihak pentadbiran
akan mempertimbangkan dan membuat perancangan supaya kehendak dan keperluan
guru dapat dipenuhi.
Makluman

7.3 Pesanan daripada JPN dan PPD dalam memerangi wabak Covid-19, para guru perlu
berhati-hati dalam mencegah wabak Covid-19. Guru harus sentiasa mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga untuk mencegah wabak ini ke sekolah.
Makluman

7.4 Bilangan kelas, murid dan guru telah berkurangan pada Sesi Persekolahan 2022/2023.
Makluman

7.5 Guru Besar mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang akan
bersara pada Sesi Persekolahan 2022/2023 akan datang.
Makluman

2

8.0 Ucapan Penolong Kanan 1
8.1 PK 1 mengucap ribuan terima kasih atas kehadiran para guru ke Mesyuarat Guru kali

terakhir sesi Tahun 2021/22.

8.2 PdPc

8.2.1 Murid perlu diberi masa untuk pulih ke kehidupan biasa.
8.2.2 Harap guru dapat merancang PdPc yang menarik dan bukannya chalk and talk.

8.2.3 PAK 21 mesti diteruskan.

8.2.4 LO dan SC wajib ditulis di papan putih sebelum PdPc dimulakan.
8.2.5 Peringatan mesra penggunaan traffic light card, sticky note, parking lot, isyarat senyap

dan aktiviti murid. Makluman

8.3 Buku Kemajuan Murid Makluman
8.3.1 Tarikh pengagihan:

i. Tahun 1 dan 2 : 16.2.2022
ii. Tahun 3,4 dan 5 : Kumpulan A : 16.2.2022

Kumpulan B : 21.2.2022
8.3.2 Pengagihan dokumen-dokumen penting Tahun 6 : 24.2.2022

8.4 Perkara-perkara Penting Semasa Key In Markah
8.4.1 Guru diminta berhati-hati semasa key in markah.

8.4.2 Guru perlu mengikut arahan dan notis Unit ICT. (Kelakuan/ berat badan, tinggi badan

dan lain-lain)

8.4.3 Selepas cetak, guru kelas akan meminta guru mata pelajaran semak sekali dan

tandatangan. Guru-guru diminta semak betul-betul untuk menggelakkan kesilapan

yang akan menimbulkan kesulitan kepada semua pihak Tindakan: Semua guru

8.5 Peperiksaan 2022/2023

8.5.1 Peperiksaan akan dijalankan dua kali dalam setahun.

8.5.2 Setiap panitia diminta berbincang format baharu untuk kertas soalan dengan merujuk

format kertas PT3 dalam Mesyuarat Panitia Bil 1/2022,2023.

8.5.3 Guru-guru diharap membuat persediaan dahulu sebelum perbincangan dalam

mesyuarat panitia. Tindakan: Panitia Tahun 4,5 dan 6

8.6 PLC

8.6.1 PLC wajib dijalankan.

8.6.2 Januari 2022 ialah 0.

Februari 2022 juga 0.

8.6.3 Minggu depan PLC untuk Februari akan dijalankan Makluman

8.7 Cuti Rehat Khas
8.7.1 Setiap guru layak mengambil 10 hari setahun.

3

8.7.2 Purata ialah sehari sebulan.
8.7.3
Guru adalah tidak dibenar mengambil CRK beberapa hari sekaligus dalam sebulan
8.7.4
8.7.5 selain perbincangan dengan Guru Besar.
8.7.6
Guru perlu berbincang dahulu dengan GB dan PKP sebelum membuat permohonan.
8.7.7
Guru perlu dapatkan borang daripada Pn Yati.
8.7.8
Borang mesti ditaip dan bahagian catatan perlu taip sebab guru memohon CRK.
8.7.9
Borang tidak dibenar tulis dengan tangan.

Kemudian hantar kepada Pn Yati bersama dokumen sokongan. Selepas lulus, baru

buat permohonan di HRMIS.

Jika bukan CRK kecemasan, guru perlu rancangkan kerja rumah untuk murid dan letak

di atas meja guru.

Guru ganti akan ke meja guru untuk dapatkan rancangan PdPc guru. Makluman

8.8 Cuti Sakit

8.8.1 Jika guru dapat MC lima hari dan datang kerja tiba-tiba, guru diminta dapatkan MC

baharu dari klinik berkenaan.

8.8.2 MC swasta, setahun 15 hari.

8.8.3 MC kerajaan setahun 90 hari (termasuk masuk wad).

8.8.4 MC hantar kepada Pn Yati selepas datang semula bekerja.

8.8.5 Kertas MC tampal pada kertas A4 dan pastikan ada cop nama doktor. Makluman

8.9 Alat Penimbang Berat

8.9.1 Guru PJ diminta kembalikan alat penimbang berat di tempat asal selepas habis guna.
Tindakan: Guru PJ

8.10 Kelas Ganti

8.10.1 Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang masuk kelas semasa guru lain tidak

hadir ke sekolah. Makluman

8.11 Booster Makluman
8.11.1 Data sehingga 18.2.2022

i. Guru : 112 / 119
ii. AKP : 4 / 5

8.12 Portal SJKC Desa Jaya

8.12.1 Portal sekolah telah dibuat, guru-guru diminta selalu melayari portal tersebut.

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sjkc-desa-jaya/home Makluman

8.13 Sebelum Cuti 25.2.2022
8.13.1 Barang yang perlu dikembalikan kepada sekolah:

i. Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (Guru boleh simpan sendiri dan maklum
kepada Pn Oh saja)

4

ii. Keputusan PKBS perlu hantar kepada Ketua Penyelaras Tahun. Fail harus

kosongkan dan bersihkan sebelum hantar kepada Ketua Penyelaras Tahun baru

dihantar kepada Pn Oh.

iii. Kunci-kunci (Guru boleh simpan)

iv. RPH (Guru simpan fail putih dan divider. Ikatkan RPH dan hantar)

v. Alat Bantu Mengajar

vi. Rekod Kedatangan Murid perlu dikeluarkan dan staplerkan. Pulangkan fail kosong

yang bersih.
vii. Beg simpanan alat Smart board perlu lap dan bersihkan sebelum hantar pulang ke

bilik PK.

viii. Cop tidak perlu pulang, guru boleh simpan. Tindakan: Guru berkenan

8.13.2 Guru kelas diminta kosongkan papan kenyataan bilik darjah pada 24.2.2022 (Khamis)
Tindakan: Guru Kelas

8.13.3 Senarai guru kelas untuk sesi persekolahan 2022/2023 akan diumum sebelum cuti
sekolah untuk memudahkan urusan WhatsApp Group dan Google Classroom.

( terutamaanya kelas Tahun 3 naik ke Tahun 4) Makluman

8.14 Tarikh Pembukaan Sekolah 2022/2023 Makluman
8.14.1 Tarikh pembukaan sekolah tahun 2022/2023 ialah 21.3.2022 (Isnin)

8.15 Jadual Waktu Mesyuarat Guru Kali-1 Tahun 2022/2023
i. 15 Mac 2022 (Selasa)

Masa Perkara Sasaran Tempat
Semua guru Dewan
8 pagi - Mesyuarat Guru Kali
Rehat Perpustakaan
1 tengah hari Pertama 2022/2023 J/K Kurikulum

-GB ,PKP,PKHEM,PKKK

, PK Petang

1 tengah hari - 2 petang

Mesyuarat J/K Kurikulum

Kali Pertama (Guru yang

tidak terlibat diminta

2 petang bersihkan bilik darjah)

ii. Jadual Mesyuarat 16 Mac 2022 (Rabu)

Masa Perkara Sasaran Tempat

Mesyuarat Panitia Semua Guru BM Kelas 6K
Bahasa Melayu
8.30 pagi - 9.30 pagi Semua Guru BI Kelas 6L
Mesyuarat Panitia
Bahasa Inggeris

5

Mesyuarat Panitia Semua Guru BC Dewan
Bahasa Cina
9.30 pagi - 10.30 pagi Mesyuarat Panitia Sains Semua Guru Bilik Bestari 1
Sains Dewan
11.30 pagi - Mesyuarat Panitia Semua Guru
12.30 tengah hari Matematik Matematik
12.30 tengah hari -
01.30 tengah hari REHAT
1.30 tengah hari -
2.30 petang Mesyuarat Panitia Semua Guru Kelas 6K
Sejarah Sejarah Kelas 6L

Mesyuarat Panitia RBT Guru RBT

iii. Jadual Mesyuarat 17 Mac 2022 (Khamis) Tempat: Dewan

Masa Perkara Sasaran/Tempat

8.00 pagi - Dialog Prestasi Post Mortem
10.00 pagi Peperiksaan/PBD Tahun 2022/2023 Semua guru

10.00 pagi - Mesyuarat Kelab Guru Sekolah Semua guru
12.00 tengah hari 2022, 2023

12.00 tengah hari - REHAT Semua guru
01.00 tengah hari

1.00 tengah hari - Mesyuarat Panitia Pendidikan Semua guru
1.30 tengah hari Moral Pendidikan Moral /
Dewan

1.30 tengah hari - Mesyuarat Panitia Pendidikan Semua guru
2.00 petang Muzik Pendidikan Muzik /
Dewan

2.00 petang - Mesyuarat Panitia Seni Visual Semua guru Seni
2.30 petang Visual / Dewan

2.30 petang - Mesyuarat Panitia Pendidikan Semua guru PJPK
3.00 petang
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Dewan

1.30 tengah hari - Guru BM dan Guru BI yang tidak
3.30 petang terlibat dalam mesyuarat Panitia

perlu hadir untuk mengadakan Guru BM / 6K
perbincangan:

i. Perancangan Strategik Panitia Guru BI / 6L

ii. Strategik PLC

iii. KBAT

iv. i-Think

v. KSSR Semakan 2017

Makluman

6

9.0 Ucapan Penolong Kanan HEM
9.1 PK HEM mengucap terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali kelima bagi

tahun 2021.

9.2 Penyelengaraan Kemudahan Sekolah
9.2.1 Pautan Telegram untuk melaporan kerosakan ialah:

https://t.me/+PL9pCWULgnUwMWM1
9.2.2 Kerosakan kemudahan di bilik darjah atau kawasan sekolah yang lain boleh dilapor

melalui kumpulan Telegram ini.
9.2.3 Pelaporan ini membolehkan penyelenggaraan dilakukan pada cuti sekolah.

Tindakan: Semua guru

9.3 Kebersihan Bilik Guru

9.3.1 Peti sejuk di pantri bilik guru perlu dikosongkan sebelum cuti sekolah.

9.3.2 Pastikan sisa makanan tidak ditinggalkan di singki pantri.

9.3.3 Tidak menyimpan barang-barang yang tidak digunakan lagi di bilik guru

(barang-barang peribadi, dokumen-dokumen lama yang tidak relevan boleh hantar ke

bilik kitar semula) Tindakan: Semua guru

9.4 Kebersihan Bilik Darjah
9.4.1 Tanggalkan semua bahan/ hasil kerja murid pada papan kenyataan sebelum cuti

sekolah.
9.4.2 Pastikan semua sampah di laci meja murid dibersihkan. Guru waktu terakhir hari

persekolahan hari Jumaat nanti perlu ingatkan murid bersihkan laci sebelum cuti
sekolah bermula.
9.4.3 Kosongkan almari besi. Barang ketidakpastian yang telah lama di dalam almari besi
boleh merujuk kepada PK sama ada perlu atau tidak.
9.4.4 Tidak menyimpan barang-barang yang tidak digunakan lagi di bilik darjah.

Tindakan: Semua guru kelas dan guru mata pelajaran

9.5 Murid Bertukar Sekolah
9.5.1 Dokumen berikut perlu diserahkan kepada kerani bagi murid yang memohon

pertukaran sekolah:
i. Kad kemajuan, kad pergigian, pentaksiran bilik darjah, buku kesihatan (Tahun

5,6 sahaja)
9.5.2 Dokumen tersebut diikat mengikut senarai nama 2022/2023 dan letakkan di Makmal

Sains (Blok F) pada 25.2.2022. Sehelai senarai nama perlu disertakan. (Kerani akan
dapatkan dari situ jika murid bertukar dalam cuti sekolah)

Tindakan: Semua guru kelas

9.6 Proses Kerja Penempatan Murid Tahun 6
9.6.1 21-27 Feb 2022 : Pengumuman penempatan murid Tahun 6 SJKC dan SJKT ke

Tingkatan 1. (JPN/PPD)
9.6.2 25 Feb 2022 : Keputusan UPLBM Tahun 6. (SU Peperiksaan)

7

i. Murid yang berjaya ke Tingkatan 1

ii. Murid yang tidak berjaya ke kelas peralihan

9.6.3 Mulai 25.2.2022 : Cetakan surat penempatan ke Tingkatan 1 bagi murid Tahun 6

SJKC dan SJKT yang berjaya dalam UPLBM Tahun 6. (Guru kelas)

i. Penempatan kekal di kelas peralihan bagi murid-murid yang tidak berjaya dalam

UPLBM Tahun 6 Tindakan: Semua guru kelas Tahun 6

9.7 Program Imunaisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak / PICKIDS
9.7.1 Program ini adalah untuk kanak-kanak berumur 5 tahun hingga bawah 12 tahun.
9.7.2 Suntikan vaksin adalah tidak wajib.
9.7.3 Pihak sekolah dikehendaki sebarkan info tentang program ini kepada ibu bapa,

contohnya video tentang pendaftaran vaksinasi: https://fb.watch/b0vrHuE2yF/ (Telah
dikongsikan di WhatsApp sekolah pada 7.2.2022).

Tindakan: Semua guru kelas

9.8 Pemulangan Tindakan: Guru berkenaan
9.8.1 Pemulangan kunci-kunci dan fail-fail bilik darjah.

9.9 Lain-lain

9.9.1 Jadual bertugas kelas boleh disediakan. Guru kelas perlu sentiasa mengingatkan

murid-murid menjaga penjarakan sosial dan cuci tangan setiap kali menjalankan

tugas.

9.9.2 Guru kelas Tahun 6 perlu menyimpan nombor kontak murid-murid untuk

memudahkan kerja pengesanan status persekolahan mereka di sekolah menengah

apabila diminta oleh pihak JPN. Tindakan: Semua guru kelas

10.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
10.1 PKKK mengucap terima kasih kepada semua warga sekolah atas komitmen dan

tanggungjawab yang telah dijalankan walaupun pandemik Covid-19 ini telah merubah
takwim Kokurikulum 2021

10.2 Tahniah dan Syabas kepada Guru Penasihat yang telah melatih Wakil Sekolah dan
mendapat Pencapaian yang Cemerlang dalam Pertandingan dan Kejohanan atas
talian.

10.3 Untuk pasukan yang belum mencapai KPI diminta berusaha lebih gigih lagi demi

meningkatkan kemenjadian murid. Makluman

10.4 Pencapaian Kokurikulum dan Ko-Akademik sepanjang tahun 2021

10.4.1 Pencapaian pertandingan dalam sekolah tahunan boleh rujuk Lampiran 1

10.4.2 Guru-guru juga boleh merujuk majalah sekolah ms/63 - 65.

8

10.4.3 Rombakan ahli-ahli rumah sukan akan dijalankan mengikut keperluan semasa.
Makluman

10.5 Taklimat PAJSK

10.5.1 Pengisian data aktiviti kokurikulum telah selesai dan disahkan untuk semua tahun 4,

5 dan 6.

10.5.2 Data murid hendaklah diisi dengan betul supaya tidak berlaku keciciran maklumat.

10.5.3 Sila pastikan sijil telah dicetak untuk murid Tahap 2. Tindakan: Guru berkenaan

10.6 Hal-hal lain

10.6.1 Kelab Kebajikan guru akan menguruskan bayaran yuran PSKPP RM5/seorang bagi

semua guru.Guru Penasihat Pasukan sekolah diminta mengadakan postmortem

selepas murid-murid menyertai sesuatu pertandingan dan mengadakan aktiviti atau

program Penambahbaikan.

10.6.2 Kembalikan semua fail-fail aktiviti kokurikulum dan pasukan sekolah di bilik PK.

10.6.3 Surat peyerahan balik kuasa dan penyelian aktiviti kokurukulum telah diberi, diisi dan

disimpan dalam fail JW Kokurikulum.

10.6.4 Agihan guru penasihat kokurikulum dan pasukan sekolah akan diirombak semula

untuk tahun 2022. Tindakan: Semua guru

Makluman

11.0 Ucapan Penolong Kanan Petang
11.1 JK Panitia pada Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023.

Penolong Panitia BM Cikgu Arny Nazirah
Penolong Panitia BI Cikgu Yong Xin Wei
Penolong Panitia MT Cikgu Mary Tiong
Ketua Panitia Moral Cikgu Lee See Nyin

Makluman

11.2 Penyelaras Darjah Tahap Satu pada Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023.

Tahun Penyelaras Penolong Penyelaras
Tahun 1 Cikgu Ng Sok Chen
Tahun 2 Cikgu Ee Siew Ching Cikgu Teo Siao Fong
Tahun 3 Cikgu Cheong Pek Shim
Cikgu Chong Li Ting

Cikgu Lim Sock Yee
Makluman

11.3 Guru Kelas Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023.

9

1A Cikgu Cheang Pek Shim 1G Cikgu Teo Siao Fong
1B Cikgu Kiew Siew Li 1H Cikgu Liew Jia Yun
1C Cikgu Yoo Sheau Kiun 1J Cikgu Chew Jing Hui
1D Cikgu Tan Gaok Lean 1K Cikgu Teow Soo Jin
1E Cikgu Lai Jie Ying 1L Cikgu Ong Sye Ling
1F Cikgu Ng Sok Chen
Makluman

11.4 Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023.

11.4.1 Hari Orientasi Murid Tahun 1 pada Sesi Persekolahan 2022/2023 dibatalkan.

11.4.2 Urusan Kemasukan Sekolah Murid Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun

2022/2023 akan diadakan pada 18 Mac 2022 (Jumaat).

11.4.3 Mesyuarat Penyelarasan Urusan Kemasukan Sekolah Murid Tahun 1 akan diadakan

pada minggu depan, info akan dimaklum nanti.

11.4.4 Senarai nama murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023 telah dipaparkan di

papan kenyataan Pintu B sekolah dan FB sekolah. Makluman

11.5 Tahun 2 pada Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023.
11.5.1 Tahun 2 sesi persekolahan 2022/2023 akan tambah 1 kelas, iaitu 2M.
11.5.2 Senarai nama murid bagi 12 kelas Tahun 2 Sesi Persekolahan Tahun 2022/2023

sudah disediakan oleh Cikgu Ho Chee Vun.
11.5.3 Mulai minggu depan, guru kelas Tahun 1 boleh mengambil dan menyerahkan

dokumen murid kepada guru kelas masing-masing mengikut senarai nama baharu.
Makluman

11.6 Lain-lain

11.6.1 Waktu PdP sesi petang pada Sesi Persekolahan 2022/2023 telah ditukar iaitu:

i. hari Isnin dan Selasa dari 1.10 petang hingga 6.30 petang.

ii. hari Rabu, Khamis dan Jumaat dari 1.10 petang hingga 6.00 petang.

11.6.2 Guru kelas diminta menghantar pistol sanitizer bersama dengan pengecasnya dan

cecair sanitizer ke Kelas 2D selepas tamat persekolahan pada hari Jumaat depan.

11.6.3 Terima kasih diucapkan oleh PK Petang kepada guru-guru atas segala kerjasama dan

jasa sepanjang Sesi Persekolahan 2021/2022, agar semua kerja dapat disiapkan

dengan jayanya. Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

10

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ............................... ……………………
(GOH WEN HUEY) & (CHEAM CHAI YUEH) (TANG AH HAI)

Setiausaha Mesyuarat Guru Pengerusi Mesyuarat Guru
21 FEBRUARI 2022

11

LAMPIRAN 1
12

LAMPIRAN 2
13


Click to View FlipBook Version