The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50320694, 2022-02-17 03:04:22

Minit Mesyuarat Guru kali 2

MINIT MESYUARAT GURU kali 2

帝沙再也国民型华文学校
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DESA JAYA

52100 KEPONG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA
52100 KEPONG, SELANGOR

Bil 2 / 2021

1

MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA
52100 KEPONG, SELANGOR
BIL 2/2021

Tarikh : 24 April 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman Masing-masing (dalam talian)
Kehadiran : Sila rujuk senarai nama guru

Agenda Mesyuarat
1.0 Nyanyian Lagu Negaraku.
2.0 Nyanyian Lagu Negeri Selangor.
3.0 Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Intergriti.
4.0 Bacaan Akta Rahsia Rasmi 1972.

5.0 Ucapan Pengerusi-Guru Besar, En. Tang Ah Hai
5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran

bermesyuarat dalam talian pada kali ke-2 bagi Tahun 2021.

6.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
6.1 Pn. Pan Sau Lue mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
6.2 Disokong oleh Cik Chiah Lay Hong.

7.0 Laporan Guru Besar

7.1 Jangkitan Covid-19 telah bertambah banyak melibatkan murid dan guru, pihak pentadbir

sekolah menghadapi cabaran di mana tekanan daripada ibu bapa. Makluman

7.2 Guru dinasihati sebarang info yang akan diberikan itu mestilah maklumat yang betul

daripada pentadbir sekolah. Guru diminta jangan mengeluarkan sebarang sekmen yang

boleh menyusahkan guru sendiri atau pihak pentadbir sekolah atau membawa kesan buruk

kepada PPD ataupun kementerian. Makluman

7.3 Untuk sekolah yang ada kes Covid-19, kelas perlu ditutup atau tidak adalah bergantung

kepada nasihat dan keputusan daripada PKD atau PKD akan memberikan nasihat kepada

PPD dahulu, kemudian PPD barulah boleh memberikan nasihat atau arahan kepada pihak

sekolah. Akhir sekali, guru besar barulah boleh memberi arahan kepada guru-guru dan ibu

bapa. Makluman

7.4 Peperiksaan sekolah akan dikurangkan menjadikan 2 kali setahun. Peperiksaan awam

UPSR akan ditelitikan balik untuk menentukan sama ada masih relevan atau masih akan

diteruskan atau akan dimansuhkan dan ia akan diumumkan nanti. Makluman

2

7.5 Tanggungjawab guru besar ialah memimpin guru-guru ke satu arah hala tuju dalam

pembinaan budaya sekolah di mana guru dan anak muridnya dalam satu budaya kerja dan

satu budaya belajar yang konduksif, rajin, tekun dan bertanggungjawab. Makluman

7.6 Guru masih boleh meneruskan PdPc yang telah dirancangkan sekiranya sekolah diarahkan
untuk ditutup semula atau kelas itu diminta ditutup untuk satu tempoh. Program-program
intervensi dan program-program sokongan bahan pembelajaran BBM perlu disediakan oleh
guru untuk memberikan perhatian dan mengingatkan murid-murid melaksanakan walaupun
sekolah ditutup atau kelas ditutup.
Makluman

7.7 Guru diminta menjalankan aktiviti PdPc seperti yang dirancangkan walaupun kehadiran
murid jatuh agar menyakini para ibu bapa supaya menghantar anak mereka ke sekolah.
Makluman

8.0 Ucapan Penolong Kanan 1
8.1 PK 1 mengucap ribuan terima kasih atas kehadiran para guru ke Mesyuarat Guru kali

kedua Tahun 2021.

8.2 Pakaian Guru.

8.2.1 Pakaian guru harus bersesuaian ketika dalam waktu mengajar, waktu PJ dan waktu

kokurikulum. (Tiada aktiviti PJ dan Kokurikulum dalam waktu PKP)

8.2.2 Pakaian guru haruslah mematuhi SPI yang berkuatkuasa.

8.2.3 Guru juga dilarang memakai selipar semasa bertugas di sekolah.

8.2.4 Guru diingat memakai name tag. Tindakan: Semua guru

8.3 PdPc dalam Kelas

8.3.1 Guru tidak digalak duduk semasa mengajar kecuali guru hamil atau sakit.

8.3.2 Guru dinasihat jangan tidak mengajar dan suruh murid salin jawapan pada papan tulis.

8.3.3 Guru dilarang tanda buku latihan atau main telefon bimbit di dalam kelas.

8.3.4 Guru mestilah masuk kelas tepat masa.

8.3.5 Tuliskan LO dan SC pada papan tulis.

8.3.6 Murid diminta membaca SC dua kali.

8.3.7 Tuliskan kehadiran kelas di e-RPH (Ruangan Catatan).

Contohnya: 30/31 Tidak hadir: Tan Ying Wei

8.3.8 Mulakan PdPc, aktiviti murid, sediakan Ruang Parking Lot, Kertas Mahjung, Sticky

note dan Mata Ikan. Tindakan: Semua guru

8.4 PdPc

8.4.1 Guru haruslah menjalankan PAK 21.

8.4.2 Aktiviti luar bilik darjah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan.

8.4.3 Murid lebih hormat dan dengar arahan guru. Makluman

3

8.5 Penulisan LO Makluman
8.5.1 Guru lebih berfokus terhadap apa yang hendak diajar.
8.5.2 Murid-murid tidak perlu membaca LO.

8.6 Penulisan SC Makluman
8.6.1 e-RPH

SC : Murid dapat ......
8.6.2 Papan putih dalam kelas

SC : Saya dapat .....

8.7 Penulisan SC (Murid perlu baca dua kali)

8.7.1 Murid dapat fokus terhadap apa yang ingin dicapai pada sesi itu.

8.7.2 Memberi persediaan mental dan emosi kepada murid tentang aktiviti seterusnya.

8.7.3 Membantu murid menilai pencapaian sendiri. Makluman

8.8 Penulisan Impak dalam e-RPH

8.8.1 MC/CRK/TOV, e-RPH ditulis seperti biasa.

i. Catatan dalam Impak : PdPc hari ini ditangguhkan ke 29.4.2021 kerana MC.

(keadaan seperti ini baru boleh copy paste)

8.8.2 Kalau apa yang dirancang tidak sempat dijalankan.

i. Catatan dalam Impak : PdPc tidak dapat disempurnakan dan akan sambung pada

29.4.2021. SC boleh sama tetapi aktiviti tidak boleh sama.

(keadaan seperti ini tidak boleh copy paste) Makluman

8.9 Google Classroom
8.9.1 Guru perlu selalu log in Google Classroom.

8.9.2 Guru diminta semak dan memastikan markah kendiri SKPMg2 telah dihantar kepada

pencerap masing-masing. Tindakan: Semua Guru

8.10 Kursus / Mesyuarat / Bengkel / Taklimat

8.10.1 Guru wajib sediakan laporan dalam bentuk minit curai selepas menghadiri kursus,

mesyuarat, bengkel atau taklimat.

8.10.2 Kursus dalaman wajib dijalankan selepas balik bertugas.

8.10.3 Guru perlu rujuk papan kenyataan LADAP untuk info terkini. Makluman

8.11 PKBS-1/2021 (Tahap 2)
8.11.1 PKBS 1 akan dijalankan pada 30 April hingga 7 Mei.
8.11.2 Guru perlu ambil skrip dari bilik GPK apabila loceng berbunyi.
8.11.3 Guru pengawas perlu masuk kelas tepat masa.
8.11.4 Peperiksaan perlu bermula dan tamat tepat pada masa.
8.11.5 Guru wajib menjalankan tugas pengawasan dengan penuh tanggungjawab.

4

8.11.6 Guru dilarang menyemak buku rampaian, skrip jawapan atau membuat kerja-kerja lain,

main telefon bimbit agar perkara peniruan tidak berlaku.

8.11.7 Guru harus pastikan semua murid hantar skrip jawapan kepada guru sebelum guru

meninggalkan kelas. Susun ikut nombor.

8.11.8 Jadilah seorang guru yang bertanggungjawab dan dihormati oleh murid dan guru lain.

8.11.9 Guru dinasihat menanda skrip jawapan dengan berhati-hati. Makluman
8.11.10 Guru diingat key-in markah dengan teliti agar tidak berlaku kesilapan.
8.11.11 SSMS sekolah perlu key-in hingga 2 tempat titik perpuluhan.

8.12 SPSK
8.12.1 kedua-dua borang berikut telah dibubarkan.

i. Borang PK06/1 yang merekod 25 latihan atau aktiviti.
ii. Borang PK 03/3 iaitu Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran yang diajar.

Makluman

8.13 Cuti Sakit

8.13.1 Guru sepatutnya maklumkan cuti sakit seawal mungkin.

8.13.2 Sijil sakit yang diserah perlu adanya nama doktor dan bukannya nama klinik sahaja.

Sijil sakit ditampal pada sehelai kertas A4 dan fotostatkan sebelum diserah

kepada PK.

8.13.4 Guru perlu hantar salinan asal dan sesalinan fotostat kepada Pn Roshayati (CC)

selepas balik bertugas.

8.13.5 Guru-guru yang memohon cuti sakit perlu maklum kepada:

sesi pagi (sebelum jam 6.30 pagi) : i. Pn Oh 016-6633963 DAN

ii. En Yee 018-2191230 DAN

iii. Pn Kuek 012-9026408

Jika guru bertugas pada hari tersebut perlu maklumkan juga kepada

iv. Cik Lee 014-6680715

sesi petang (sebelum jam 11.00 pagi)

i. En Kee 012-6999565 DAN

ii. Cik Chong 012-3558505 Makluman

8.14 Cuti Rehat Khas (CRK)

8.14.1 Setiap permohonan perlu mengikut presedur yang ditetapkan. Taipkan.

8.14.2 Sebab-sebab yang dikemukakan perlulah munasabah dan mematuhi peraturan dan

syarat. (sertakan bkti) Taipkan sebab di ruangan catatan.

8.14.3 CRK bukannya mutlak tetapi keistimewaan guru, harap permohonan tidak menjejas

PdPc dalam kelas guru. Makluman

8.15 Mesyuarat/ Bengkel/ Kursus/ Membawa murid ke pertandingan
8.15.1 Bagi sesi pagi, Penolong Kanan berkenaan dan guru yang menghadiri mesyuarat/

bengkel/ kursus atau membawa murid untuk pertandingan hendaklah maklumkan
kepada PKP dan Cikgu Kuek.

5

8.15.2 Bagi sesi petang, Penolong Kanan berkenaan dan guru yang mengahadiri mesyuarat/

bengkel/ kursus atau membawa murid untuk pertandingan juga hendaklah maklumkan

kepada PK Petang dan Cikgu Chong. Makluman

8.16 Pencerapan

8.16.1 Pencerapan bermula pada bulan Mac.

8.16.2 Guru boleh merujuk Takwim muka surat 30 hingga 32.

8.16.3 Guru diminta berjumpa dengan pencerap untuk menentukan tarikh dan masa

pencerapan supaya mengelakkan pencerap datang jemput guru.

8.16.4 Pencerapan akan dijalankan sekali setahun kecuali tidak mencapai markah kendiri.

Penambahbaikan. Makluman

8.17 Keberhasilan
8.17.1 Guru perlu masuk Google Classroom dan isikan borang keberhasilan.
8.17.2 Sasaran kerja minimum 5.
8.17.3 Sasaran mesti logik, contohnya 15/40 mendapat gred A di kelas A adalah tidak logik.
8.17.4 Jika melebihi sasaran perlu tandakan √ manakala tidak melebihi sasaran perlu

tandakan - . Ruangan catatan tuliskan kekal.
8.17.5 Setiap sasaran mesti ada bukti.
8.17.6 Mesti ada bidang PdPc.
8.17.7 Guru tidak boleh tulis sasaran tentang tugasan harian seperti RMT, jaga murid di kantin

dan sebagainya.
8.17.8 Taipkan nama penilai pertama.
8.17.9 Perlu tandatangan.
8.17.10 Cetak dan hantar kepada penilai pertama kali kedua pada 20.5.2021

Tindakan: Semua Guru

8.17.11 Pencerapan - SKPMg2
8.17.12 Keberhasilan
- Pencerap:GB KP BM

PKP KP BC

PK HEM KP BI

PK KK KP SAINS

PK PTG KP MATHS

- PBPPP(e-prestasi)

- Penilai Pertama (PP1)

: PKP PKHEM PKKK PK PTG

- Penilai Kedua (PP2)

: Guru Besar Makluman

8.18 Semakan Buku Latihan oleh Ibu Bapa

8.18.1 Semakan perlu dijalankan sebanyak 5 kali setahun

8.18.2 Tarikh-tarikh semakan seperti beriktu:

i. 15 Mac - 22 Mac ( Minggu ke-9 )

ii. 17 Mei - 23 Mei ( Minggu ke-17)

iii. 12 Jun - 18 Julai ( Minggu ke-23)

6

iv. 06 Spt - 12 Spt ( Minggu ke-30) Makluman
v. 08 Nov - 14 Npv ( MInggu ke-38)

8.19 Tarikh Kursus Dalaman/ Perkembangan Staf Panitia
i.
ii. BM Minggu ke-8 08/3 - 143/2021
iii.
iv. SN Minggu ke-9 15/3 - 21/3/2021
v.
MT Minggu ke-10 23/3 - 26/3/2021

BC Minggu ke-16 10/5 - 16/5/2021

BI Minggu ke-20 21/6 - 27/6/2021 Makluman

8.20 Tarikh Mesyuarat Panitia ( hantar minit mesyuarat) Makluman
i. Kali Pertama - 13- 14/01/2021
ii. Kali Kedua - 12- 18/04/2021
iii. Kali Ketiga - 28/06/2021 - 04/07/2021
iv. Kali Keempat - 20- 26/09/2021

8.21 Tarikh Mesyuarat Guru 2021 Makluman
i. Kali Pertama - 12/01/2021
ii. Kali Kedua - 24/04/2021
iii. Kali Ketiga - 14/08/2021
iv. Kali Keempat - 23/10/2021

8.22 PLC Makluman
8.22.1 PLC mestilah dijalankan bagi sesi pagi dan petang.
8.22.2 Jadual PLC letak di muka surat pertama.
8.22.3 Letakkan laporan berserta dengan gambar dalam file PLC.

8.23 Lain-lain

8.23.1 Semua guru perlu memakai pakaian formal dan memakai name tag semasa

menghadiri mesyuarat guru. Tindakan: Semua guru

8.23.2 Susunan meja kerusi tidak berhampiran dengan papan tulis agar bilik darjah kelihatan

bersih dan kemas. Tindakan: Guru kelas

8.23.3 Kata-kata atau ayat yang dikeluarkan hendaklah sesuai semasa memarahi murid.
Makluman

8.23.4 Jangan minta murid mengagihkan notis ke kelas semasa waktu PdPc. Makluman
8.23.5 Jangan membaling barang ke arah murid.

7

9.0 Ucapan Penolong Kanan HEM
9.1 PK HEM mengucap terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali kedua

bagi tahun 2021.

9.2 Guru Bertugas Harian

9.2.1 Tepat masa

i. Guru bertugas perlu menjalankkan tugas tepat pada masa dan jangan lewat.

9.2.2 Isi rekod harian

i. Guru perlu mengisi rekod harian selepas bertugas.

ii. Guru perlu mengisi ruangan situasi jika berlaku sebarang kes yang melibatkan

disiplin atau keselamatan.

9.2.3 Tidak hadir

i. Guru bertugas yang tidak hadir sebab cuti sakit, cuti rehat khas, menghadiri

bengkel, kursus atau mesyuarat diminta maklum awal kepada PK HEM.

ii. Kerja bertugas akan diganti jika lokasi bertugas adalah kritikal dengan kerjasama

guru disiplin dan guru keselamatan.

9.2.4 SOP Covid-19

i. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas kerjasama memastikan sekolah

beroperasi mengikut panduan SOP yang ditetapka oleh KPM.

9.2.5 Bagi perkara yang melibatkan disiplin, guru boleh catat pada rekod harian dengan

secara ringkas dan lapor kepada guru disiplin atau PK HEM supaya tindakan susulan

akan diambil.

9.2.6 Guru yang tidak hadir bertugas kerana mohon cuti atau menghadiri mesyuarat diminta

catat nama dan sebab tidak hadir pada ruang no.3 pada rekod harian. Makluman

Tindakan: Guru Bertugas

9.3 Buku Teks SPBT

9.3.1 Laporan tahunan daripada Unit SPBT menyatakan bahawa buku teks tidak dijaga baik

oleh murid-murid.

9.2.2 Maklumat peminjam

i. Guru diminta menyemak maklumat peminjam di belakang buku teks iaitu nama,

kelas dan tahun telah diisi dengan lengkap.

ii. Maklumat peminjam adalah untuk memudahkan Unit SPBT menyemak kembali

peminjam yang tidak menjaga buku teks.

9.2.3 Pembalut buku plastik lutsinar

i. Memastikan murid membalut buku teks dengan baik.

9.2.4 Kebersihan

i. Murid tidak dibenar mencatat apa-apa pada buku teks.

9.2.5 Keberadaan

i. Murid perlu dapatkan buku teks baharu dengan sendiri jika dilapor bahawa buku

teks yang dipinjam telah hilang. Makluman

9.4 Penyelenggaraan
9.4.1 Kerosakan di bilik darjah seperti kipas, soket, meja atau kerusi, guru kelas boleh

melapor kepada Cikgu Yap Jiunn Jye (sesi petang) dengan mengisi borang.

8

9.4.2 Kerosakan di bilik guru seperti lampu, penghawa dingin, paip air dan lain-lain, guru

9.4.3 boleh melapor kepada Cikgu Liang Yin Yin yang akan maklum kepada PK HEM
9.4.4
nanti.

Kerosakan di bilik khas seperti bilik sains, bilik sukan dan lain-lain, guru boleh terus

melapor kepada PK HEM.

Kemudahan lain seperti konkrit pada tangga, susur tangga dan sebagainya yang

melibatkan keselamatan murid dan guru, guru boleh terus melapor kepada PK HEM

supaya kerja pembaikan dapat dijalankan segera. Makluman

9.5 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

9.5.1 public.moe.my

i. Ibu bapa atau penjaga telah pun boleh mengemaskini maklumat melalui

public.moe.my pada awal tahun 2021.

ii. Guru kelas wajib membantu ibu bapa atau penjaga mengemaskini maklumat jika

mereka tidak dapat membuat sedemikian.

iii. Guru kelas perlu membuat pengesahan pengemaskinian dalam sistem setelah

ibu bapa atau penjaga telah mengemaskini maklumat.

9.5.2 Kehadiran murid

i. Kehadiran murid perlu diambil sebelum 10.00 pagi bagi sesi pagi dan sebelum

pukul 3.00 petang bagi sesi petang.

ii. Kehadiran murid adalah wajib diambil pada setiap hari kecuali sistem dalam

penyelenggaraan.

iii. Jangan guru kelas mengambil kehadiran murid lewat sehari atau dua hari.

9.5.3 Murid tukar keluar

i. Guru kelas boleh meminta Cikgu Kuek untuk memadam nama murid yang berjaya

tukar keluar dalam sistem APDM dengan bukti menerima surat kelulusan

daripada PPD sekolah baharu.

9.5.4 Murid bukan warganegara

i. Guru kelas perlu dapatkan dokumen daripada murid seperti surat kelulusan JPN,

surat penempatan PPD dan resit pembayaran fi.

ii. Ibu bapa atau penjaga murid bukan warganegara perlu memohon surat kelulusan

setiap dua tahun daripada JPN.

iii. Guru kelas hanya boleh menambah nama murid bukan warganegara baharu

selepas memastikan surat penempatan PPD yang menyatakan tarikh masuk

sekolah dan resit pembayaran fi telah dapat.

iv. Guru kelas perlu mengunci masuk nombor resit semasa menambah nama murid

tersebut dalam sistem APDM.

v.Sebarang masalah penambahan nama murid dalam sistem APDM bolehlah

merujuk Cikgu Kuek.

9.5.5 Pengemaskinian sistem SSMS sekolah

i. Guru kelas perlu mengemaskini maklumat dalam SSMS sekolah jika ibu bapa atau

penjaga telah mengemaskini maklumat kendiri dalam sistem APDM.

ii. Guru kelas perlu memastikan maklumat alamat dan nombor telefon murid adalah

terkini. Tindakan: Guru kelas

9.6 Murid Tukar Masuk

9

9.6.1 Guru kelas perlu dapatkan sijil kelahiran, salinan IC ibu bapa dan dokumen-dokumen
9.6.2 berkaitan yang lain bagi murid yang tukar masuk.
9.6.3 Guru kelas boleh serahkan borang maklumat murid dan maklumat adik-beradik untuk
9.6.4 diisi oleh mereka.
9.6.5 Guru kelas perlu menyemak maklumat dalam sistem APDM untuk memastikan
9.6.6 maklumat yang perlu dikemaskini.
Guru kelas diminta mengisi buku kemasukan sekolah untuk dapatkan nombor daftar
sekolah murid baharu tersebut.
Buku teks murid baharu adalah buku yang dibawa oleh murid tersebut dari sekolah
lama.
Guru kelas juga diminta menanya murid baharu sama ada menerima sebarang
bantuan kerajaan dari sekolah lama supaya pihak sekolah dapat terus uruskan.

Tindakan: Guru kelas

9.7 Murid Tukar Keluar

9.7.1 Murid perlu dapatkan surat kelulusan PPD sekolah baharu untuk sebagai bukti berjaya

mendapat penempatan di sekolah baharu.

9.7.2 Jika murid tersebut tukar ke sekolah aliran yang sama maka buku teks perlulah dibawa

bersama ke sekolah baharu.

9.7.3 Murid perlu memulangkan buku teks kepada pihak sekolah jika bertukar ke sekolah

swasta atau sekolah aliran lain.

9.7.4 Guru kelas perlu menyerah segala dokumen murid kepada kerani pejabat sekolah

supaya ibu bapa atau penjaga datang mengambil dokumen selepas mereka mendapat

surat kelulusan PPD sekolah baharu. Mereka juga akan turunkan tandatangan pada

sebuah buku sebagai bukti bahawa pihak sekolah lama telah memulangkan segala

dokumen murid kepada mereka.

9.7.5 Ibu bapa atau penjaga perlu kemukakan surat tawaran daripada sekolah swasta

kepada pihak sekolah jika anak memohon bertukar ke sekolah swasta. Semua buku

teks perlu dipulangkan kepada sekolah kita. Tindakan: Guru Kelas

9.8 Ketidakhadiran Murid

9.8.1 Murid yang tidak hadir berturut-turut perlulah mengambil tindakan mengikut tatacara

ditetapkan. ( Rujuk Lampiran 1) Tindakan: Guru kelas

9.9 Kehadiran Murid
9.9.1 Kehadiran murid pada bulan Januari 2021 ialah 100% yang diambil mengikut PdPR.
9.9.2 Kehadiran murid pada bulan Februari 2021 ialah 100%.
9.9.3 Kehadiran murid pada bulan Mac 2021 ialah 95.32% yang diambil mengikut PdPR dan

bersemuka.
9.9.4 Kehadiran murid pada bulan April 2021 sehingga tarikh 23 April ialah 81.95%.

Makluman

9.10 Program Keselamatan Diri Murid
9.10.1 Program ini melibatkan semua murid dan dilaksanakan oleh AJK Disiplin, AJK

Keselamatan dan kerjasama semua guru kelas.
9.10.2 Pencapaian program ini akan dicatat dalam senarai nama oleh guru kelas.

10

9.10.3 Pemantauan dan laporan akan dibuat.
9.10.4 Bahan-bahan tajuk yang disediakan perlulah hantar kepada Cikgu Tang Wooi Hiong

dan Cikgu Chia Han Shing melalui emel.
Tindakan: AJK Disiplin, AJK Keselamtan, Guru kelas

9.11 Kebajikan Murid

9.11.1 Bantuan kebajikan daripada kerajaan seperti RMT, KWAPM dan BAP.

9.11.2 Bantuan kebajikan daripada swasta dan NGO seperti pelitup muka, pesanitasi

tangan dan cecair disinfeksi.

9.11.3 PIBG juga membantu memasang alat pengimbas suhu badan, pelitup muka dan

cecair disinfeksi.

9.11.4 Guru-guru yang dapat mengalu-alukan sumbangan daripada swasta atau NGO

boleh terus menghubungi PK HEM. Makluman

9.12 Penyemak Rekod Pembelajaran dan Disiplin
9.12.1 Fail Rekod Pembelajaran dan Disiplin di dalam bilik darjah akan dikutip untuk

penyemakan pada tarikh 25 Mei 2021.
9.12.2 Guru penyelaras darjah diminta mengumpulkan fail dan hantar kepada PK HEM

bagi Tahun 4 hingga 6 dan PK Petang bagi Tahun 1 hingga 3.
9.12.3 Murid datang lewat ke sekolah perlu isi pada borang ini.

Tindakan: Guru Penyelaras

9.13 Tatacara Masuk Premis Sekolah

9.13.1 Peraturan yang perlu dikuti pelawat:

i. Pakai pelitup muka

ii. Imbas mySejahtera

iii. Imbas suhu badan

iv. Isi borang tapisan kesihatan (rekod pelawat)

v. Isi borang kebenaran masuk premis sekolah

a. jumpa guru: tandatangan GPK (Jika GPK tiada, dapatkan cop pejabat)

b. jumpa anak: tandatangan GPK (Jika GPK tiada, dapatkan cop pejabat)

c. kedai buku: cop kedai buku

d. pejabat: cop pejabat

e. kantin: cop kantin Makluman

9.14 Pelaporan Covid-19 (Guru Kelas)
9.14.1 Jika murid ialah kontak rapat pesakit Covid-19, guru kelas perlu lapor maklumat

seperti berikut:
i. Kontak rapat kepada siapa
ii. Tarikh individu itu disahkan positif
iii. Tarikh terakhir kontak dengan individu itu
iv. Tarikh terakhir murid datang sekolah
v. Minta ibu bapa maklum kepada pihak pusat jagaan atau tuisyen (jika berkenaan).
vi. Minta ibu bapa maklum kepada pemandu van (jika berkenaan).

11

9.14.2 Nasihat pihak sekolah kepada murid yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19

adalah seperti contoh berikut:

i. Tarikh terakhir kontak : 15.4.2021

ii. Tempoh kuarantin : 15.4.2021 hingga 24.4.2021 (10 hari)

9.14.3 Jika murid ialah pesakit Covid-19, guru kelas perlu buat laporan seperti berikut:

i. Punca jangkitan murid

ii. Tarikh murid jalani ujian swab

iii. Tarikh keputusan ujian swab

iv. Tarikh terakhir murid datang sekolah

v. Sediakan senarai kontak rapat (Murid yang duduk depan, belakang, kiri dan

kanan murid tersebut)

vi. Minta ibu bapa maklum kepada pihak pusat jagaan atau tuisyen (jika

berkenaan).

vii. Minta ibu bapa maklum kepada pemandu van (jika berkenaan). Makluman

Tindakan: Guru Kelas

9.15 Laporan Kitar Semula Makluman
9.15.1 Jumlah rekod kelas sesi pagi yang paling tinggi

i. Tahun 4 : 4M 123kg
4L 5.5kg

ii. Tahun 5 : 5A 237.5 kg
5J 48.4 kg
5G 42.4 kg

iii. Tahun 6 : 6A 330 kg
6B 210.9 kg
6J 127.8 kg

9.15.2 Jumlah rekod kelas sesi petang yang paling tinggi
i. Tahun 3 : 3F 125 kg
3K 87 kg
3B 67 kg

10.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
10.1 PKKK mengucap terima kasih atas kehadiran para guru bagi mesyuarat guru kali-2

tahun 2021.

10.2 Jadual Waktu PdPR (Google Meet) Kokurikulum Sabtu (Hari Aktiviti Kokurikulum)
10.2.1 Kelas Tahun 4 8.00 pagi - 8.30 pagi
10.2.2 Kelas Tahun 5 8.30 pagi - 9.00 pagi
10.2.3 Kelas Tahun 6 9.00 pagi - 9.30 pagi
10.2.4 Pasukan Sekolah (Sabtu) 9.30 pagi - 10.00 pagi

12

10.2.5 3 jenis aktiviti kokurikulum dijalankan dengan google meet secara bergiliran. Contoh:

Kali Pertama – Badan Beruniform. Kali kedua- Persatuan/kelab dan kali ketiga –

Sukan /Permainan.

10.2.6 2 jam 30 minit aktiviti kokurikulum dan cara pelaksanaan akan dijalankan dalam

google classroom mengikut ketetapan guru penasihat masing-masang. Sila

maklumkan kepada murid-murid selepas jadual telah siap dirancang.
Tindakan: Guru penasihat Kokurikulum

10.2.7 Kokurikulum Sabtu ( jika bersemuka)

i. Setiap kali sebelum aktiviti kokurikulum, guru kelas diminta agihkan kad Rekod

kokurikulum kepada murid-murid.

ii. Murid-murid diminta mengisi aktiviti kokurikulum dalam kad rekod setiap kali

selepas PdPR Kokurikulum.

iii. Guru kelas diminta ambil balik kad rekod kokurikulum daripada murid-murid dan

serahkan kepada guru penasihat kokurikulum.

iv. Guru penasihat kokurikulum diminta menyemak dan menurun tandatangan dalam

ruang yang disedaikan. Selepas menyemak, guru penasihat memulangkan kad

rekod kokurikulum kepada guru kelas mesing-masing. Guru kelas simpankannya

dalam almari. Makluman

10.3 Pasukan Sekolah (Isnin - Jumaat)
10.3.1 Latihan pasukan perlu dijalankan sepanjang tahun. Begitu juga kepada Pasukan

Badan Beruniform Sekolah
10.3.2 Sila laksanakan latihan atas talian ( google classroom)
10.3.3 Cara pelaksanaan latihan mengikut rancangan pasukan masing-masing.

Tindakan: Penasihat Pasukan Sekolah

10.4 Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
10.4.1 Rujuk Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasi Sekolah Dalam Norma Baharu

2.0.
Makluman

10.5 Penyertaan Pertandingan atas talian

10.5.1 Dalam Norma Baharu , banyak pertandingan akan dijalankan dalam talian.

10.5.2 Guru-guru diminta menggalakkan murid-murid mengambil bahagian

pertandingan-pertandingan yang diadakan atas talian.

10.5.3 Cikgu-cikgu bertangunggungjawab mencungkil bakat-bakat murid. Makluman

10.6 Selepas Pertandingan

10.6.1 Key in keputusan pencapaian Pertandiangan dalam Google Class Room

10.6.2 Pencapaian Tempat ke-3 dan ke atas.

10.6.3 Dapatkan Kod daripada Cikgu Lee San Yaw.

10.6.4 Key in dalam masa 2 minggu selepas pertandingan.

10.6.5 Hantarkan salinan Sijil Pencapaian kepada GPK KOKO. Makluman

10.7 Aktiviti-aktiviti Sekolah yang ditangguhkan

13

10.7.1 Temasya Sukan Tahunan ke-41. Makuman
10.7.2 Pertandingan Kaligrafi Piala Tan Sri Tan Kim Hor.
10.7.3 Lawatan sambil belajar.

10.8 Pertandingan Atas Talian Makluman
10.8.1 Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina.
10.8.2 Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Anjuran MGB.

10.9 Pertandingan Anatara Kelas

10.9.1 Pertandingan dijalankan dalam norma baharu, guru-guru diminta cuba jalankan

pertandingan antara kelas atas talian. Makluman

10.10 Perhatian

10.10.1 Guru diminta baca dan faham Dasar Kokurikulum, Garis Panduan Pengurusan

dan Pengoperasi sekolah dalam Norma Baharu 2.0.

10.10.2 Perubahan tatacara, waktu dan aktiviti akan dilakukan dari semasa ke semasa

mengikut arahan pihak berkuasa Makluman

11.0 Ucapan Penolong Kanan Petang

11.1 Waktu masuk dan keluar sekolah

11.1.1 Guru diminta masuk ke sekolah sebelum pukul 12:15 tengah hari dan keluar sekolah

selepas 6:35 petang (Isnin dan Selasa) dan selepas 6:05 petang (Rabu hingga

Jumaat).

11.1.2 Guru yang lewat masuk ke sekolah diminta memaklumkan kepada PK Petang.

11.1.3 Guru diminta mengisi buku kehadiran setiap hari. Bagi guru yang memohon cuti,

menghadiri kursus, pertandingan atau taklimat perlu membuat catatan dengan pen

merah. Makluman

11.2 Bidang Kurikulum
11.2.1 Semasa PdPc, guru diingatkan jangan menjalankan aktiviti berkumpulan atau

meminta murid beratur untuk penyemakan buku.
11.2.2 Guru diminta mengawasi perlakuan dan penumpuan murid semasa PdPc dengan

lebih prihatin.
11.2.3 Guru mata pelajaran Pendidikan Muzik perlu memastikan murid-murid Tahap 1 tahu

menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
11.2.4 Pertandingan Mendeklamasi Sajak untuk murid Tahap 1 ditangguhkan.
11.2.5 Pertandingan Bina Ayat Bahasa Cina akan dijalankan pada 30 April 2021 pada pukul

1:30 petang hingga 2:10 petang.
11.2.6 Tarikh tamat pengisian Template PBD Tahun 2021 untuk Tahun 1 – 3 untuk bulan

Mei telah ditetapkan pada 25 Mei 2021.

14

Makluman

11.3 Disiplin Murid

11.3.1 Guru diminta sentiasa mengingatkan murid-murid supaya mematuhi SOP

Pencegahan Covid-19 Sekolah.

11.3.2 Guru juga diminta mengingatkan murid mesti memakai penutup hidung dan mulut

semasa meninggalkan tempat duduk mereka.

11.3.3 Guru perlu menegaskan kepada murid supaya jangan berlari di kawasan sekolah

terutamanya pada waktu bersurai persekolahan dan jangan lompat dari tangga.

11.3.4 Guru diminta mengingatkan murid perlu berjalan di tempat yang berbumbung ketika

hari hujan.

11.3.5 Guru kelas diminta sentiasa menyemak gaya rambut murid dan memastikan mereka

mematuhi peraturan sekolah.

11.3.6 Guru perlu mengingatkan murid yang berpakaian sukan mesti memasukkan baju ke

dalam seluar mereka.

11.3.7 Guru perlu mengambil perhatian kepada murid yang pergi ke tandas kerana didapati

segelintir daripada mereka suka bermain dalam tandas dan suka berlepak di

kawasan tangga. Makluman

11.4 Guru Kelas
11.4.1 Guru kelas diminta mencatatkan nombor telefon ibu bapa murid baharu di Buku

Panduan Nombor Telefon Ibu Bapa yang berada di tempat PK Petang.
11.4.2 Guru kelas perlu berpesan kepada murid bahawa mereka mesti mengingatkan

nombor telefon ibu bapa mereka. Jika tidak dapat ingat, mesti menulis di dalam
Buku Catatan mereka.
11.4.3 Guru kelas juga perlu mengingatkan murid supaya mereka perlu menjaga
kebersihan kawasan sekolah, jangan membuang sampah merata-rata.
11.4.4 Guru kelas diminta segera menghubungi PK Petang jika mendapati tong sampah di
luar bilik darjah sudah penuh, PK Petang akan meminta pekerja pembersihan
sekolah menguruskannya.
11.4.5 Guru Kelas yang berada berdekatan dengan tangga diminta berpesan murid
menolong membersihkan kawasan tersebut jika mendapati sampah merata-rata.

Tindakan Guru Kelas

11.5 Hal-hal Lain

11.5.1 Guru diminta memastikan semua lampu dan kipas dipadamkan, soket komputer

dicabut keluar dan pintu kelas dikunci pada waktu bersurai.

11.5.2 Guru diminta menolong menutup lampu di koridor jika ternampak masih menyala

pada waktu siang.

11.5.3 Program Anak Angkat bagi murid pemulihan akan dijalankan mulai 2 Mei 2021

hingga 30 November 2021. Senarai murid akan ditampal di papan kenyataan bilik

guru dan bahan mengajar telah disediakan. Makluman

15

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ............................... ……………………
(GOH WEN HUEY) & (CHEAM CHAI YUEH) (TANG AH HAI)

Setiausaha Mesyuarat Guru Pengerusi Mesyuarat Guru

07 MEI 2021

16

17


Click to View FlipBook Version