帝沙再也国民型华文学校
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DESA JAYA
52100 KEPONG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA
52100 KEPONG, SELANGOR
Bil 1 / 2022/2023
1
MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA
52100 KEPONG, SELANGOR
BIL 1/2022/2023
Tarikh : 15 MAC 2022
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Kediaman Masing-masing (dalam talian)
Kehadiran : Sila rujuk senarai nama guru
Agenda Mesyuarat
1.0 Nyanyian Lagu Negaraku.
2.0 Nyanyian Lagu Negeri Selangor.
3.0 Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Intergriti.
4.0 Bacaan Akta Rahsia Rasmi 1972.
5.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi - Guru Besar, En. Tang Ah Hai
5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran
bermesyuarat dalam talian pada kali pertama bagi Tahun 2022/2023. Makluman
6.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
6.1 Pn. Pan Sau Lue mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
6.2 Disokong En. Tuan Nizam bin Tuan Ismail.
7.0 Ucapan Guru Besar (En Tang Ah Hai)
7.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan tiga orang guru baharu, iaitu Cik Joycye J
aining yang berasal dari Sabah, Cik Ting Check Keng yang berasal dari Sarawak dan
Pn. H’ngHooi Ai yang berasal dari Pulau Pinang.
Makluman
7.2 Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah dan
akan bersara serta semoga mereka bahagia. Di samping itu, Guru Besar juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang berjaya bertukar ke sekolah
baharu dan semoga mereka terus cemerlang di sekolah baharu.
Makluman
7.3 Pesanan daripada JPN dan PPD dalam memerangi wabak Covid-19, para guru perlu
berhati-hati dalam mencegah wabak Covid-19. Guru harus sentiasa mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga untuk mencegah wabak ini ke sekolah.
Makluman
7.4 Peruntukan kewangan dari segi kewangan sekolah iaitu peruntukan pembangunan
Sekolah (PCG). Setiap mata pelajaran ada peruntukan untuk kegunaan bahan bantu
mengajar, pembelian bahan atau sumber yang sesuai untuk kegunaan guru atau murid.
Ketua panitia boleh menuntut dengan KP kewangan iaitu Puan Alin.
Makluman
2
8.0 Laporan Unit Pentadbiran / Kurikulum (PK 1, Pn Oh Cheng Hwa)
8.1 PK 1 mengucap ribuan terima kasih atas kehadiran para guru ke Mesyuarat Guru kali
pertama sesi Tahun 2022/23 secara dalam talian.
8.2 PK 1 juga mengalu-alukan tiga orang guru baharu yang bertugas di sekolah ini.
8.3 Bilangan Guru
8.3.1
Jumlah guru dalam sekolah pada tahun ini ialah seramai 119 orang iaitu 64 orang
8.3.2
sesi pagi, 52 orang sesi petang, 2 orang guru agama dan seorang guru MC.
8.4
8.4.1 Wakil bagi guru am dari nombor 5 hingga 9 ialah Cikgu Tee Seah Leong, wakil
8.4.2
8.4.3 guru am dari nombor 62 hingga 66 ialah Cikgu Phang Swee Yeou manakala wakil
8.4.4
guru am dari nombor 68 hingga 72, 117 dan 119 ialah Cikgu Chong Wai Cheng.
8.5 Makluman
Bahan-bahan yang Diagihkan
Buku Panduan Pentadbiran 2022/2023 (Sudah dicop nombor ikut senarai nama.)
Jadual waktu PdPc
File-file penting (Sila dapatkan dari bilik GPK)
Borang Insuran (Sila dapatkan dari bilik GPK) Makluman
Bahan yang Diagihkan Pada Minggu Pertama.
i. Kertas warna A4 ( Kegunaan semasa bengkel PLC dan semasa aktiviti murid
sahaja)
ii. Magnetic bar. Makluman
8.6 Fail PdPc
8.6.1 Fail PdPc lama masih digunakan dan fail perlu mula disediakan pada hari pertama
dengan aktiviti PdPc.
8.6.2 Guru perlu lengkapkan dan hantar pada 1 April 2022 (Jumaat).
8.6.3 Fail PdPc ialah dokumen rasmi, guru-guru adalah bertanggungjawab akan
keselamatan file PdPc.
8.6.4 Guru perlu menjaga fail PdPc dengan baik dan bersih.
8.6.5 Catatan di dalam buku mestilah dirancang dan dibuat lebih awal dari waktu
PdPc supaya guru dapat membuat persediaan mengajar.(ABM)
8.6.6 Guru perlu menyediakan Rancangan Tahunan untuk semua matapelajaran yang
diajar dan sentiasa diletak di dalam Fail PdPc.
8.6.7 Semua butiran dalam fail perlu disempurnakan dengan kemas dan lengkap.
8.6.8
INDEKS Fail PdPc lengkapkan dengan Jawatan, Nama dan
A Surat Aku Janji Alamat Ketua Jabatan:
TANG AH HAI
Butir-butir Diri Guru 660629-08-5907,
Senarai Tugas Guru Tarikh: 21.3.2022,
Cop Rasmi Jabatan
Isi dengan pen hitam dalam Huruf Besar
( akan diedarkan)
Isi dengan pen hitam dalam Huruf Besar
( akan diedarkan)
3
B Catatan Kehadiran Kursus/ Isi dengan pen hitam dalam Huruf Besar
Mesyuarat / Taklimat ( akan diedarkan)
Takwim Sekolah Sudah ada dalam whatsApp
Penggal Persekolahan dan
Cuti-cuti
C Kalender/ Takwim Sekolah Sudah ada dalam whatsApp
Peruntukan Masa Bagi Sudah ada dalam whatsApp
Seminggu
D Jadual Waktu Darjah Cetak sendiri jadual waktu yang diedarkan
Jadual Waktu Persendirian dan masukkan dalam fail.
E Jadual Waktu Cetak sendiri dan masukkan ke dalam fail.
Senarai Buku-buku Teks yang Taip, cetak dan masukkan dalam fail.
Digunakan Dalam Tahun Ini (akan diedarkan borang kosong)
F Rancangan PdPc Tahunan KP akan agihkan kepada cikgu.
Sentiasa ada di dalam fail.
Ikut tarikh.
G Rancangan Pengajaran Harian Semak emel cikgu kalau beli.
Taip
Cetak
Hantar pada hari Jumaat.
H Rekod Penilaian Markah-markah ujian dan peperiksaan
murid. Sentiasa diletak di bahagian ini.
(Letak senarai nama murid yang diagihkan
kepada cikgu)
I Laporan Prestasi Akademik
Pelajaran
J Rekod Penilaian Selepas peperiksaan, guru darjah cetak dan
masukkan ke dalam fail.
K Sasaran Pencapaian Mata Pelajaran Tahunan
Rekod Aktiviti/ Pencapaian/ Peringkat
Rekod Penghargaan
Pertemuan/ Perbincangan Profesional
Catatan/ Ulasan/ Pnnyeliaan/ Pemantauan
Memorandum
8.6.11 Peringatan
i. Guna file putih tahun 2021.
ii. Semua divider yang warna pink perlu diguna semula pada tahun 2022 dan
tahun-tahun yang seterusnya.
iii. Hanya 4 helai yang akan diedarkan kepada guru.
iv. Guru tidak akan menerima satu rim kertas A4 (putih) lagi untuk cetakan e-rph.
v. Guru yang hendak beli sistem e-rph diminta maklumkan kepada Pn Oh pada 15 Mac
2022, sebelum jam 5.00 petang.
vi. Dalam e-rph, guru perlu masukkan SC bermula dengan ayat Murid dapat …….
manakala sudut LO, SC dalam kelas pula perlu bermula dengan ayat Saya dapat ….
4
Sebelum PdPc bermula, guru minta semua murid baca SC supaya murid tahu SC
yang hendak dicapai.
vii. LO dan SC perlu juga ditulis walaupun membawa murid ke perpustakaan.
viii. PdPc ativiti Di Zi Gui juga perlu tulis LO dan SC
(sama dengan tahun 2021) Makluman
8.7 Pencerapan
8.7.1
8.7.2 Pencerapan akan bermula pada April, sekali setahun .
8.7.3
Guru boleh merujuk Takwim muka surat 31 hingga 34.
Guru diminta berjumpa dengan pencerap untuk menentukan tarikh dan masa
pencerapan supaya mengelakkan pencerap datang jemput guru. Makluman
8.8 Jadual Waktu PKBS Tahun 2022/2023
Kumpulan A Penggal Pertama
Kumpulan B 20 Jun 2022 hingga 24 Jun 2022
27 Jun 2022 hingga 01 Julai 2022
Kumpulan A Penggal Kedua
Kumpulan B 14 November 2022 hingga 18 November 2022
21 November 2022 hingga 25 November 2022
Makluman
8.9 Jadual Penggubal Soalan PKBS
8.9.1
8.9.2 Guru boleh merujuk Takwim muka surat 65.
8.9.3 Jika terdapat guru yang mengesan bahawa namanya tercicir dalam jadual, sila
maklumkan kepada Pn Oh.
Tahap 1 tiada peperiksaan mulai tahun 2019. Makluman
8.10 Tarikh Mesyuarat Guru Tahun 2022/2023
i. Kali Pertama 15 Mac 2022
ii. Kali Kedua 25 Junl 2022
iii. Kali Ketiga 22 Oktober 2022
iv. Kali Keempat 28 Januari 2023
v. Kali Kelima 11 Februari 2023 Makluman
8.11 Tarikh Ibu Bapa Memeriksa Latihan Murid
i. Minggu Ke-9 16 hingga 23 Mei 2022
ii. Minggu Ke-17 18 hingga 24 Julaii 2022 Makluman
iii. Minggu Ke-24 12 hingga 18 September 2022
iv. MInggu Ke-32 07 hingga 18 November 2022
v. Minggu Ke-38 09 hingga 15 Januari 2023
(Cop untuk ditandatangan oleh ibu bapa)
5
8.12 Majlis Rasmi Sekolah / Mesyuarat / Taklimat / Kursus Dalaman
8.12.1 Semua guru dikehendaki hadir tepat pada masa.
8.12.2 Guru-guru yang tidak dapat hadir perlu mengemukakan borang permohonan
kepada Guru Besar dengan berserta bukti-bukti atau surat rasmi.
Tindakan: Semua guru
8.13 Jadual Waktu Mengajar
8.13.1 Guru perlu mematuhi jadual waktu yang disediakan.
8.13.2 Guru tidak boleh mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran. Makluman
8.14 Pelan Bilik Guru
8.14.1 Guru wajib duduk mengikut tempat yang ditetapkan.
8.14.2 Guru diminta tampalkan nama di kiri bawah permukaan meja.
8.14.3 Tempat guru mengguna mesin taip juga disediakan.
8.14.4 Rak untuk guru telah disediakan, guru tidak dibenar meletak rak sendiri di tepi meja
guru sendiri. Kalau rak yang disediakan tidak cukup, guru boleh maklumkan kepada
PK.
Makluman
8.15 Cuti Sakit
8.15.1 Guru yang diberi cuti sakit oleh doktor perlulah berehat.
8.15.2 Guru yang sakit tidak patut berada di tempat-tempat lain selain daripada di rumah, di
hospital atau di klinik.
8.15.3 Guru maklumkan kepada pihak pentadbir dengan seawal mungkin.
8.15.4 Sijil Cuti Sakit mesti ada tandatangan dan cop doktor.
8.15.5 Sijil Cuti Sakti dikehendaki tampal pada kertas A4 dan cetak 2 salinan.
8.15.6 Serahkan salinan asal dan satu salinan fotostat kepada CC selepas balik bertugas
manakala satu salinan untuk guru simpan dalam profil PPB.
8.15.7 Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk bertugas dikehendaki membuat
maklum seawal yang mungkin.
(Guru sesi pagi diminta maklum sebelum pukul 6.30 pagi kepada :
i. Pn Oh (016-6633963) DAN
ii. En Yee (018-2191230) DAN
iii. Pn Kuek (012-9026408)
(Jika guru berkenaan bertugas pada hari itu sila maklumkan kepada)
iv. Cik Lee (014-6680715)
(Guru sesi petang sila maklum sebelum pukul 11.00 pagi kepada :
i. En Kee (012-6999565) DAN
ii. Cik Chong (012-3558505) Makluman
8.16 Cuti Rehat Khas (CRK)
8.16.1 CRK adalah diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun
2005.
8.16.2 Guru diingat bahawa CRK ialah satu keistimewaan dan bukannya hak.
8.16.3 Kelulusan permohonan diberi dengan syarat tidak menjejas keberkesanan
pengurusan PdPc.
6
8.16.4 Setiap guru layak mengambil 10 hari setahun. Purata ialah sehari sebulan.
8.16.5 Guru perlu berbincang dahulu dengan GB dan PKP sebelum membuat permohonan
8.16.6 Guru perlu dapatkan borang daripada Pn Yati.
8.16.7 Guru perlu buat permohonan di HRMIS.
8.16.8 Simpankan satu salinan dalam profil PPB.
8.16.9 Borang mesti ditaip
8.16.10 Kemudian hantar kepada Pn Yati bersama dokumen sokongan. Selepas lulus, baru
buat permohonan di HRMIS.
8.16.11 Jika bukan CRK kecemasan, guru perlu rancangkan kerja rumah untuk murid dan
letak di atas meja guru.
8.16.12 Guru ganti akan ke meja guru untuk dapatkan rancangan PdPc guru.
8.16.13 Permohonan hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil.
8.16.14 Pengecualian dibenarkan atas sebab-sebab tergempar sahaja. Makluman
8.17 Kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja (KDK)
8.17.1 Semua guru dimaklum bahawa perlu mematuhi waktu bekerja yang tercatat dalam
Perintah Am Peraturan 5 Bab 5.
8.17.2 Pegawai perlu mendapat kebenaran Pegawai Penyelia (PP) terlebih dahulu
sebelum keluar.
8.17.3 Kebenaran boleh diberi bagi urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan
dalam waktu bekerja.
8.17.4 Pentadbir boleh menggunakan budi bicaranya sama ada untuk meluluskan atau
menolak permohonan tersebut setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan
pada waktu tersebut.
8.17.5 Tempoh maksimum KDK ialah separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditolak
waktu rehatnya, mana yang lebih rendah.
i. Separuh dari waktu bekerja:
Sesi pagi : 7.30 pagi hingga 10.10 pagi
Selepas 10.10 pagi – MC/CRK
Sesi pagi: Keluar selepas 10.10 pagi
8.17.6 Jika pegawai keluar melebihi dari tempoh yang dibenarkan, pegawai dikehendaki
mengambil CRK atau cuti lain yang berkelayakan.
8.17.7 Jika pegawai mendapat rawatan di hospital atau klinik perlulah kemukakan time slip
atau dokumen pengesahan lain dari doktor.
8.17.8 Jika mendapat sijil cuti sakit maka tempoh keluar tersebut dianggap cuti sakit.
Makluman
8.18 Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
8.18.1 Guru perlu hadir tepat pada waktu atau lebih awal ke dalam kelas.
8.18.2 Guru tidak dibenar menyuruh murid keluar kelas untuk membuat kerja yang tidak
berkaitan dengan pelajaran.
8.18.3 Guru perlu memastikan keadaan kelas adalah tenteram, baik, terkawal dan kondusif
sebelum PdPc bermula dan terus berkeadaan sedemikian sehingga tamat.
8.18.4 Guru dinasihat jangan bersikap membiar sahaja atau tidak ambil tahu terhadap anak
murid. Ini adalah dianggap sebagai mengabai tanggungjawab.
7
8.18.5 Guru harus bersikap adil kepada semua murid pada setiap masa. Sikap pilih kasih,
membenci atau mendiskriminasi murid-murid bertentangan dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
8.18.6 Guru perlu menggunakan sepenuh kemahiran dan pengalaman yang diperolehi
semasa mengikuti latihan perguruan.
8.18.7 Setiap pengajaran hendaklah dirancang agar dapat memenuhi aspirasi murid.
8.18.8 PdPc tidak boleh dibuat sambil lewa tanpa persediaan.
8.18.9 Guru digalak sentiasa mengguna bahan-bahan atau ABM semasa pengajaran.
Makluman
8.19 Hukuman
8.19.1 Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar.
8.19.2 Tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan Panduan Am Disiplin Sekolah,
KPM, Panduan Tatacara Displin Untuk Guru Besar dan Guru dan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 8/198. Makluman
8.20 Peringatan Mesra
8.20.1 Jangan biarkan murid meninggalkan kelas semasa PdPc cikgu atau guru lain untuk
urusan pengumpulan maklumat, mengutip duit dan sebagainya. Peluang murid
belajar diutamakan.
8.20.2 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan
terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu supaya elakkan kekesalan.
8.20.3 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan,
cacian di khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain-lain hukuman liar
serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.
8.20.4 Sekiranya tindakan untuk menghukum hendak dikenakan kepada murid-murid yang
melakukan perbuatan salah laku, maka hukuman ini hendaklah dilakukan secara
adil, setimpal pula dengan perbuatan salah laku itu serta bersifat pendidikan.
Makluman
8.21 E-Operasi
8.21.1 Guru diminta semak dan kemaskini semua maklumat dalam e-operasi.
8.21.2 Maklumat yang tidak dapat dikemaskini diminta cetak muka surat tersebut dan
betulkan dengan pen merah lalu hantar kepada PK1 sebelum 01 April 2022
(Jumaat). Tindakan: Semua guru
8.22 Lain-lain
8.22.1 Pihak pentadbir akan mengurus permohonan guru yang ingin membuat pertukaran
sesi mengajar dengan sebaik mungkin.
8.22.3 Semua pembahagian tugas adalah berdasarkan kepentingan pelajar.
8.22.4 Jika terdapat kesalahan dalam Jadual Waktu, sila maklumkan pada 25 Mac 2022
(Jumaat) setelah sekolah bersurai.
8.22.5 Guru harus meminta murid menulis nama dengan tangan sendiri. ( Dilarang cop)
8.22.6 PLC diteruskan pada tahun 2022.
8.22.7 Guru Bahasa Cina perlu menjaga Kamus Bahasa Cina (harta sekolah) dengan baik
untuk mengelakkan kehilangan.
8
Makluman
8.22.8 Waktu Pendidikan Moral
i. Guru Pendidikan Moral harus membawa murid masuk perpustakaan mengikut
jadual yang ditetapkan. Pas Murid tidak menjadi masalah.
ii. Hari Isnin untuk bacaan dan penerangan Di Zi Gui .
iii. Murid-murid perlu membaca peraturan kelas dan objektif belajar pada setiap kali
kelas bermula. Kata-kata kesyukuran pula perlu dibaca sebelum waktu bersurai.
Tindakan: Guru Pendidikan Moral
8.23 Jadual Waktu Mesyuarat Guru Kali-1 Tahun 2022/2023
i. Tarikh : 15 Mac 2022 (Selasa)
Tempat : Dalam talian
Masa Perkara Tempat Sasaran
Semua guru
8 pagi - 1 petang Mesyuarat Guru Dalam Talian
-GB , GPKP,GPKP Ptg
1 petang - 2 petang Rehat
2 petang Mesyuarat J/K Kurikulum Dalam Talian J/K Kurikulum
Kali Pertama
ii. Jadual Mesyuarat 16 Mac 2022 (Rabu)
Masa Perkara Sasaran Tempat
08.30 pagi - Mesyuarat Panitia Semua Guru
09.30 pagi Bahasa Melayu BM
Mesyuarat Panitia Semua Guru BI
Bahasa Inggeris
Mesyuarat Panitia Semua Guru BC Dalam Talian
Bahasa Cina
09.30 pagi - Mesyuarat Panitia Sains Semua Guru
Sains
10.30 pagi Mesyuarat Panitia Semua Guru
Matematik Matematik
11.00 pagi - REHAT
12.30 tengah hari
12.00 tengah hari - Mesyuarat Panitia Semua Guru Dalam Talian
01.30 petang Sejarah Sejarah
1.30 petang - Mesyuarat Panitia RBT Guru RBT
2.30 petang
iii. Jadual Mesyuarat 17 Mac 2022 (Khamis)
Masa Perkara Sasaran/Tempat
8.00 pagi - Dialog Prestasi Post Mortem
10.00 pagi Peperiksaan/PBD Tahun 2022/2023 Semua guru
9
10.00 pagi - Mesyuarat Kelab Guru Sekolah Semua guru
12.00 tengah hari 2022, 2023
12.00 tengah hari - REHAT Semua guru
01.00 tengah hari Semua guru
1.00 tengah hari - Mesyuarat Panitia Pendidikan Pendidikan Moral /
1.30 tengah hari Moral Dalam Talian
Semua guru
1.30 tengah hari - Mesyuarat Panitia Pendidikan Pendidikan Muzik /
2.00 petang Muzik Dalam Talian
Semua guru Seni
2.00 petang - Mesyuarat Panitia Seni Visual Visual /Dalam Talian
2.30 petang Semua guru PJPK
2.30 petang - Mesyuarat Panitia Pendidikan Dalam Talian
3.00 petang Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
1.30 tengah hari - Guru BM dan Guru BI yang tidak
3.30 petang terlibat dalam mesyuarat Panitia
perlu hadir untuk mengadakan
perbincangan: Guru BM / Dalam
i. Perancangan Strategik Panitia Talian
ii. Strategik PLC
iii. KBAT Guru BI / Dalam
iv. i-Think Talian
v. KSSR Semakan 2017
Makluman
9.0 Laporan Unit Hal Ehwal Murid (PK HEM, Cik Lee Wai Leng)
9.1 PK HEM mengucap terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali pertama
bagi tahun 2022/2023 dan juga kehadiran tiga orang guru baharu.
9.2 Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi
9.2.1 Kalendar Akademik Penggal 1, Sesi 2022/2023
Sekolah Rendah Enrolmmen Lebih 600 Murid
9.2.2 i. Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta murid bawah program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.
ii. Murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula hadir secara penggiliran.
Pakaian Seragam dan Kehadiran Murid ke Sekolah
i. Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam sekolah.
ii. Walau bagaimanapun, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan
kemas serta sopan jika pakaian seragam sekolah sedia ada tidak lagi sesuai
dipakai.
iii. Sekiranya ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah,
ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.
iv. Namun, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak
sekolah bagi tujuan rekod.
10
9.2.3 Ujian Saringan COVID-19
i. KPM telah menetapkan agar pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid
sekolah rendah bawah Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dilakukan secara kendiri oleh murid di rumah dengan
bimbingan ibu bapa/penjaga dan mengikut garis panduan yang disediakan KPM.
ii. Pihak sekolah mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengedarkan kit ujian
kendiri berserta Slip Pengesahan Pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19 untuk
dibawa pulang oleh murid.
iii. Keputusan ujian saringan perlu dilaporkan kepada pihak sekolah mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Makluman
9.3 Pendaftaran Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah Kerajaan
9.3.1
9.3.2 Kategori Murid Bukan Warganegara (MBW).
9.3.3
i. Fee
9.3.4
9.3.5 ii. Fee dan Pas Pelajar / Kebenaran Belajar
Ibu bapa atau penjaga perlu membawa dokumen seperti berikut mengikut kategori
semasa lapor diri ke sekolah dengan dokumen asal dan salinan.
Ibu bapa atau penjaga wajib jumpa PK HEM untuk sesi pagi dan Penyelia Petang
untuk sesi petang semasa lapor diri.
i. Fee
a. Surat Kelulusan JPN Selangor
b. Surat Penempatan PPD Gombak Tahun 2022
c. Resit Bayaran 2022
d. Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat
ii. Fee dan Pas Pelajar / Kebenaran Belajar
a. Surat Kelulusan JPN Selangor
b. Surat Penempatan PPD Gombak Tahun 2022
c. Resit Bayaran 2022
d. Muka Depan Passport
e. Pas pelajar tarikh terkini
Bagi murid sedia ada ada dalam sistem mula bersekolah pada hari pertama sesi
persekolahan 2022 bermula. Mulai pada 21 Mac 2022.
Tahun 1 dan murid baharu mula bersekolah pada minggu ketiga sesi persekolahan
2022 bermula. Mulai 4 April 2022. Makluman
9.4 Pelaksanaan Program Vaksinasi Covid-19 Untuk Kanak-kanak Berumur 5 Hingga
9.4.1
9.4.2 Bawah 12 Tahun
9.4.3
Guru kelas mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa/ penjaga sama ada mereka
membenarkan atau tidak pemberian vaksinasi kepada anak/ anak jagaan mereka.
Guru kelas membuat pengisian dan mengemaskini maklumat sebab
sebab ibu bapa/
penjaga tidak membenarkan vaksinasi di dalam APDM.
Guru kelas mengemaskini maklumat vaksinasi murid di dalam APDM setelah murid
menerima vaksin dari semasa ke semasa. Makluman
9.5 Pengurusan Pembayaran Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Tahun 2022
11
9.5.1 Tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh pihak sekolah:
i. Murid OKU yang sedia ada (11.3.2022)
Bil Nama Murid Tahun Sesi 2022/2023
1 Chan Kai Song 3
2 Lau Ming Hui 3
3 Choe Kar Yee 4
4 Yu Chee Jun 4
5 Isaac Na Hui Xiang 2
6 Rivia Liew Xin Yu 2
7 Lok You Ting 2
9.5.2 Murid OKU baharu (Tahun 1) dan murid OKU baharu (Tahun 2-6), diminta lengkapkan
9.5.3 borang dan hantar kepada PK HEM sebelum 25 Mac 2022.
9.5.4 Guru kelas berjumpa dengan PK HEM untuk mendapatkan borang permohonan.
Guru kelas dikehendaki mengemaskini maklumat murid OKU baharu dalam APDM
9.5.5 dengan berhati-hati (Kesilapan mengisi maklumat boleh menyebabkan murid tidak
layak menerima EMK).
Cara mengisi maklumat murid OKU baharu boleh merujuk contoh dalam Lampiran 1.
Tindakan: Guru Kelas
9.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
9.6.1 Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tiada halangan bagi Pasukan Kesihatan Sekolah
di daerah untuk memasuki sekolah bagi melaksanakan skop penuh perkhidmatan
9.6.2 seperti berikut:
i. Perkhidmatan Imunisasi murid Tahun 1
ii. Pendidikan Kesihatan
iii. Pemeriksaan Kesiahatan murid Tahun 1 dan Tahun 6
iv. Saringan Kesihatan murid Tahun 1 dan Tahun 6
v. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
Kaedah pelaksanaan akan dibincangkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Makluman
9.7 Perhiasan Papan Kenyataan Kawasan Sekolah
9.7.1 Unit/ Jawatankuasa yang diberikan tanggungjawab dikehendaki menyiapkan
perhiasan papan selewat-lewatnya 6 April 2022.
9.7.2 Masa yang diberikan adalah selama 3 minggu dari hari pertama sesi 2022/2023.
Tindakan: Unit/Jawatankuasa Papan Kenyataan
9.8 Permohonan Petak Kabinet Bilik Guru
9.8.1
9.8.2 Semua guru akan mendapat 1 petak secara automatik.
9.8.3 Bagi guru yang memegang jawatan khas seperti guru pasukan sekolah, guru panitia
dan guru berjawatan khas yang lain boleh mohon petak lain untuk menyimpan
bahan-bahan.
Unit Kebersihan dan Keceriaan akan membuat pertimbangan dan mengatur
penggunaan kabinet dalam masa yang terdekat. Makluman
12
9.9 Pengemaskinian Maklumat Murid
9.9.1
Ibu bapa/ penjaga mengisi Borang Kemaskini Maklumat dan guru kelas mengemaskini
9.9.2
maklumat tersebut di APDM dan SSMS. Contohnya, alamat, no tel dan pendapatan.
9.9.3
Status kewarganegaraan murid hanya boleh dikemaskini selepas dikemaskini oleh
pegawai APDM.
Tarikh mengemaskini maklumat murid di APDM dan SSMS perlu siap
selewat-lewatnya 6.4.2022. Tindakan: Guru Kelas
9.10 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sesi 2022/2023 (21.3.2022)
9.10.1 Nama murid tahun sesi 2022/2023
Bil Nama Murid Tahun Sesi Murid Berkeperluan
2022/2023 Khas
1 Elsa El Sofiea Binti L Hartono 2
2 Ng Zhen Xuan 3
3 Muhammad El Daniel Bin Abdullah 5
4 Rivia Liew Xin Yu 2/
5 Lau Ming Hui 3/
6 Chan Kai Song 3/
7 Nur Aisyah Binti Kyaw Kyaw Naing 3
8 Jasmin Roslan Binti Abdullah 5
9 Yu Chee Chun 4/
10 Muhammad Yusof Bin Kyaw Kyaw 5
Naing
11 Loo Xin Ying 5
12 Muhammad Ikmal Hakim Bin Mhd 2
Hairi
13 Chua Boon Jie 4
14 Evanna Jonney 5
9.10.2 Murid RMT baharu (Tahun 1) dan murid RMT cicir (Tahun 2-6), sila hantar borang
permohonan PB1 dan dokumen berkaitan kepada Guru RMT selewat-lewatnya
30.3.2022.
9.10.3 Kelayakan permohonan RMT adalah mengikut PGK Makanan 2019 iaitu Isi rumah
RM1,169 dan Per Kapita RM310.
9.10.4 Murid OKU layak mendapat RMT.
9.10.5 Murid OKU hanya perlu isi borang PB1 dan sediakan dokumen berkaitan. Tidak perlu
bukti pendapatan ibu bapa. Tindakan: Guru Kelas
9.11 Buku Kesihatan (Biru)
9.11.1 Hanya tinggal murid Tahun 6 masih menggunakan Buku Kesihatan.
9.11.2 Guru kelas Tahun 6 ukur tinggi, berat dan penglihatan murid, kemudian isi dalam Buku
Rekod Kesihatan.
9.11.3 Guru berkenaan diminta lengkap isi selewat-lewatnya 6.4.2022.
Tindakan: Guru Kelas Tahun 6
13
9.12 Kad Rawatan Pergigian (Hijau)
9.12.1 Kad Rawatan Pergigian tukar format baharu. Masih tunggu info daripada pegawai
kesihatan.
9.12.2 Borang A3 (Rawatan gigi) juga tukar format baharu. Masih tunggu info daripada
pegawai kesihatan. Makluman
9.13 Kebajikan Murid
9.13.1 Guru kelas memberikan nama murid miskin di dalam kelas kepada guru kebajikan
sekolah selewat-lewatnya 6.4.2022.
9.13.2 Murid-murid ini akan diberi pertimbangan dan keutamaan apabila terdapat
sumbangan/ tajaan pihak luar kepada murid sekolah. Tindakan: Guru Kelas
9.14 Murid Tukar Masuk
9.14.1
Murid tukar masuk dari sekolah lain perlu mengisi Borang Maklumat Murid, kemudian
9.14.2
9.14.3 guru kelas kemaskini dalam sistem APDM dan SSMS.
Buku SPBT dibawa oleh murid dari sekolah lama.
Dapatkan salinan surat kelahiran, kad pengenalan ibu bapa dan dokumen lain yang
berkaitan daripada murid baharu. Makluman
9.15 Fail Pengurusan Bilik Darjah Tindakan: Guru Kelas
i. Fail Maklumat
ii. Fail Borang Mohon Balik Awal
iii. Fail Surat Mohon Cuti
iv. Fail Rekod Tidak Membuat Kerja Rumah
v. Fail Rekod Pembelajaran & Disiplin
vi. Fail Rekod Keluar Masuk Bilik Darjah
vii. Fail Rekod Kehadiran
viii. Fail PKBS (Tahap 2)
9.15.1 Pengurusan fail-fail oleh guru kelas seperti tahun-tahun lepas.
9.16 Papan Kenyataan Perkongsian Kelas Sesi Pagi dan Sesi Petang
9.16.1 Diuruskan oleh guru kelas sesi pagi
i. Nama Kelas, contoh:6A/1A
ii. Pelan Laluan Ke Pintu Pagar A pada waktu bersurai
iii. Pelan Laluan Ke Pintu Pagar B & C pada waktu bersurai
iv. Panduan Latihan Kawad Kebakaran
v. Pelan Kawad Kecemasan
vi. Waktu Rehat Sesi Pagi dan Sesi Petang
vii. Carta Organisasi Pentadbir Sekolah
viii. Visi, Misi dan Moto Sekolah
ix. Peraturan Sekolah dan Standard Potongan Rambut Murid
Tindakan: Guru kelas sesi pagi
9.17 Papan Kenyataan Setiap Kelas (Siap selewat-lewatnya 1.4.2022)
14
i. Nama Kelas, contoh: 5P/2021, 1A/2022
ii. Nama guru mata pelajaran
iii. Jadual waktu kelas
iv. Jadual bertugas murid
v. Sudut notis
vi. Senarai nama kelas
vii. AIA/TuneProtect, Senarai nama murid membeli insurans
viii.Parking Lot
ix. Senarai nama murid membeli majalah
x. Peraturan kelas/ Objektif belajar/ Kata-kata penghargaan
xi. Senarai nama pengawas, ketua darjah, pengawas pusat sumber dan pembimbing
rakan sebaya
xii. Sudut setiap mata pelajaran (Belakang bilik darjah)
xiii.Pelan pembarisan perhimpunan (sesi pagi) Makluman
9.18 Kebersihan Bilik Darjah
9.18.1 Guru kelas diminta memastikan kekemasan dan kebersihan bilik darjah sebelum sesi
persekolahan bermula.
9.18.2 Pekerja kebersihan telah membersihkan kipas-kipas bilik darjah.
9.18.3 Guru kelas diminta memberikan perhatian kepada kebersihan meja, kerusi, lantai,
tingkap, papan putih, almari, peralatan ICT.
9.18.4 Persekitaran yang bersih dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
9.18.5 Kerjasama guru kelas amat dihargai. Terima kasih diucapkan kepada guru kelas yang
hadir untuk membersihkan bilik darjah pada hari kelmarin. Tindakan: Guru Kelas
9.19 Tarikh-tarikh Pertandingan Unit HEM
Tarikh Pertandingan Guru
Mulai 11.4.2022 Pertandingan Kebersihan Kelas Poon Feng Yuan
Teow Soo Jin
Mulai 11.4.2022 Pertandingan Kitar Semula
Kung Shi Hui
27.4.2022 Pertandingan Melukis Poster dan Kho Pu Soon
Mewarna Anti Dadah
Wong Sek Hui
Chiew Jing Hui
Makluman
9.20 Program Keselamatan Diri Murid (PSO HEM)
9.20.1 Program ini akan diteruskan pada sesi 2022/2023.
9.20.2 Dijalankan oleh guru kelas pada hari perhimpunan yang tertentu sahaja.
9.20.3 Guru kelas perlu tandatangan pada borang selepas pelaksanaan (Diedarkan oleh
Penolong Penyelaras Tahun).
9.20.4 Pautan bahan:
https://drive.google.com/drive/folders/1RcTVbq7GH9MNSa0mi9LgjnEcyvr0-Kc6?usp=
sharing
9.20.5 Keputusan murid perlu direkod sebelum tahun sebelum ini. Tindakan: Guru Kelas
15
9.21 Modul Praktikal 30 Minit
9.21.1 Program ini akan diteruskan pada sesi 2022/2023.
9.21.2 Dijalankan oleh guru kelas pada hari perhimpunan yang tertentu sahaja.
9.21.3 Guru kelas perlu tandatangan pada borang selepas pelaksanaan (Diedarkan oleh
Penolong Penyelaras Tahun).
9.21.4 Pautan bahan:
https://drive.google.com/drive/folders/1HL843ygc1L34jIRNA3vgG7Igby5fEol5?usp=sh
aring
9.21.5 Guru kelas juga boleh menggunakan bahan lain yang sesuai dengan tajuk.
Tindakan: Guru Kelas
9.22 Tarikh-tarikh Penting
25.3.2022 Hantar borang permohonan EMK kepada PK HEM.
Hantar senarai nama (Tahun 1-6) kepada PKHEM.
30.3.2022 Hantar borang permohonan RMT Tahun 1 dan Tahun 2-6 Cicir
kepada PK HEM.
1.4.2022 Lengkap papan kenyataan bilik darjah.
6.4.2022 Lengkap papan kenyataan kawasan sekolah.
Siap kemaskini maklumat murid di APDM dan SSMS.
Lengkap maklumat murid di Fail Rekod Kehadiran.
Lengkap Buku Kesihatan (Tahun 6 sahaja).
Hantar nama murid miskin kepada guru kebajikan.
Makluman
9.23 Pembetulan Enrolmen Murid Mac 2022 : 2354 Makluman
9.23.1 Rujuk Lampiran 2.
9.24 Langkah-langkah Mencegah Penularan COVID-19 Di Sekolah
9.24.1 Tugas Guru Kelas
i. Mengambil kehadiran murid setiap hari (APDM dan SSMS), pilih sebab tidak hadir
yang betul. Sesi pagi sebelum 10 pagi, sesi petang sebelum 3 petang.
- APDM (Covid-19 – Kebenaran ibu bapa) -----> SSMS (Bersebab)
- APDM (Covid-19 – Penggiliran) -----> SSMS (Kebenaran)
ii. Sentiasa mengingatkan murid bahawa jangan datang ke sekolah jika bergejala.
iii. Menghubungi ibu bapa jika murid bergejala semasa berada di sekolah.
iv. Memastikan semua murid memakai pelitup muka. Tindakan: Guru Kelas
9.24.2 Tugas Guru Waktu Terakhir
i. Semua bilik darjah perlu disanitasi pada waktu terakhir.
ii. Mengingatkan murid supaya tidak menyentuh permukaan yang telah disanitasi.
iii. Membawa murid ke pintu yang telah ditetapkan apabila sekolah bersurai.
Tindakan: Guru Waktu Terakhir
9.24.3 Guru Bertugas Harian
i. Menepati masa bertugas. Maklum kepada PKHEM/ PK Petang jika tidak hadir
sekolah pada hari bertugas.
16
ii. Memastikan suhu badan murid tidak melebihi 37.5°C apabila masuk premis
sekolah.
iii. Memastikan semua murid memakai pelitup muka.
iv. Menghubungi ibu bapa jika murid bergejala (Tunggu di ruang rehat sementara
menunggu ibu bapa untuk dibawa pulang).
v. Mengawal pergerakan murid, memastikan murid mengamalkan penjarakan fizikal.
vi. Guru yang bertugas di blok-blok memastikan murid menjaga penjarakan fizikal.
vii. Memastikan murid mematuhi peraturan sekolah dari segi pakaian seragam, fesyen
rambut dan sebagainya. Tindakan: Guru Bertugas Harian
9.24.4 Tugas Guru RMT
i. Memastikan murid RMT mendapatkan bungkusan makanan dari kaunter RMT
kantin setiap hari.
ii. Memantau kuantiti dan kualiti makanan.
iii. Melengkapkan butiran pada borang-borang RMT setiap hari.
Tindakan: Guru RMT
9.24.5 Hebahan Pencegahan Covid-19 (Sebelum waktu pertama, waktu rehat, waktu bersurai)
Ketua Chong Wai Cheng (Program Sekolah Selamat)
Kuek Woon Yee (Program 3K)
Hooi Khong Ho (Keselamatan)
Lim Sock Chuan (B&K)
Chiah Han Xing (Keselamatan)
Joo Choon Heong (B&K)
AJK Ng Siok Leng (Kesihatan)
Tang Wooi Hiang (Disiplin)
Tan Sook Hun (Kesihatan)
Pan Sau Lue (Disiplin)
Moh Yong Chung (Siaraya)
Tan Siew Li (Disiplin)
Chiah Lay Hong (B&K)
Lau Jia Yee (Disiplin)
Tindakan: Ketua dan AJK Hebahan Pencegahan Covid-19
9.24.6 Penggunaan Tandas
i. Hadkan maksimum seorang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan keluar dari
kelas pada suatu masa kecuali keadaan kecemasan seperti sakit perut, muntah
dan sebagainya. Makluman
9.25 Waktu Rehat Murid Sesi 2022/2023 - SOP
9.25.1 Waktu Rehat Pertama: 10.00 pagi - 10.20 pagi
Blok Tingkat Guru yang membawa murid Guru yang menjaga disiplin
murid (tingkat yang sama)
(tingkat yang sama) ke kantin
4L
C Bawah 4M 4D
4J,4H
E1 4E,4F 4A
4G,4P
F Bawah 5P,4K
17
1 4C,4B
2 5J,5H,5G
9.25.2 Waktu Rehat Kedua: 10.30 pagi - 10.50 pagi
Blok Tingkat Guru yang membawa murid Guru yang menjaga disiplin
(tingkat yang sama) ke kantin murid (tingkat yang sama)
1 6F,6J 5K,5F
A2 6A,6B 6D,6C
3 6E,6G 6H
B Bawah 6L,6K 5M,5L
2 5A,5B,5C 5D,5E
9.25.3 Catatan:
i. Guru yang membawa murid turun ke kantin boleh ditukar jika menghadapi
masalah sakit kaki atau masalah kesihatan yang lain. Guru diharap boleh saling
membantu.
ii. Jika murid yang ingin turun ke kantin tidak ramai, bilangan guru yang bawa murid
ke kantin boleh dikurangkan.
iii. Tiada kaunter yang ditetapkan. Murid boleh beratur di mana-mana kaunter yang
tiada orang atau kurang orang. Makluman
Tindakan: Guru waktu rehat
9.26 Jadual Tugas Harian Guru Tahun Sesi 2022/2023 ( Sesi Pagi ) - SOP
9.26.1 Jadual Tugas Harian Guru sesi pagi. (rujuk Lampiran 3)
9.26.2 Guru Disiplin membuat rondaan kawasan sekolah setiap hari.
9.26.3 Penyelaras Pintu Pagar
i. Pintu A PK Pentadbiran
ii. Pintu B PK HEM
iii. Pintu C PK Kokurikulum
9.26.4 Guru bertugas perlu maklum kepada PK HEM jika mohon cuti atau menghadiri
mesyuarat pada hari bertugas.
9.26.5 Pelan Zon A, B, C, D, E dan F. (rujuk Lampiran 4)
9.26.6 Jadual Kitar Semula Kertas sesi pagi sesi 2022/2023. (rujuk Lampiran 5)
9.26.7 Rekod Harian Guru Bertugas sesi pagi sesi 2022/2023. (rujuk Lampiran 6)
9.26.8 Pelan Bersurai sesi pagi sesi pagi sesi 2022/2023. (rujuk Lampiran 7)
9.26.9 Cara Bersurai sesi pagi 2022/2023. (rujuk Lampiran 8)
i. Murid 5D, 5E beredar menggunakan tangga tepi bilik disiplin.
9.26.10 Penyuraian di Pintu B (waktu hujan lebat) sesi pagi
Murid ke Pintu B Waktu
Blok A, B – 6D, 6G, 6J, 6L, 5A, 5C, 5M (7 kelas) 12.50 pm
Blok C, E, F – 4M, Bilik Agama, 4J, 5P, 4C, 5G, 4P (9 kelas) 12.52 pm
Makluman
Tindakan: Semua guru bertugas harian, guru waktu terakhir
9.27 Pelan Bilik Guru
9.27.1 Pelan Bilik Guru Asal (rujuk Lampiran 9)
9.27.2 Pelan Bilik Guru - SOP (rujuk Lampiran 10)
9.27.3 Pelan Bilik Bilik Bestari - SOP (rujuk Lampiran 11)
9.27.4 Pelan Perpustakaan - SOP (rujuk Lampiran 12)
18
Makluman
9.28 Hari Pertama Persekolahan sesi 2022/2023
9.28.1 Guru kelas sesi pagi perlu membuka pintu bilik darjah selewat
lewatnya pukul 6.45 am,
boleh pinjam penyembur nyamuk dari tempat sign in bilik guru jika perlu (Letak semula
ke tempat asal selepas guna).
9.28.2 Memastikan kekemasan dan kebersihan bilik darjah.
9.28.3 Jika murid tiada pakaian seragam, sila galakkan murid memakai baju dan seluar sukan
sekolah atau baju dan seluar kokurikulum. T-shirt yang berkolar dengan seluar
panjang juga dibenarkan. Pakaian murid mesti bersesuaian, kemas dan sopan. Murid
boleh memakai kasut sekolah, kasut sukan atau kasut sarung. Murid tidak dibenarkan
memakai selipar ke sekolah atas sebab keselamatan. Makluman
10.0 Laporan Unit Kokurikulum (PK KK, En Yee Kah Haw)
10.1 PKKK mengucap terima kasih atas kerjasama para guru dalam pencapaian sasaran
sepanjang tahun 2021 dan mengalu-alukan kedatangan tiga orang guru baharu.
10.2 Penyertaan semua guru adalah wajib
10.2.1 Jika seseorang guru tidak hadir atau berkursus, beliau perlu memaklumkan sebab
ketidakhadirannya kepada PK KK dan SU KK.
10.2.2 Guru yang bertugas pada hari Sabtu diingatkan menandatangani buku kehadiran
yang terletak di bilik guru sebagai bukti kehadiran.
10.2.3 Guru yang terpilih untuk menghadiri kursus berkaitan kokurikulum, permainan atau
pengadilan, pelaksanaan kokurikulum hendaklah hadir dan menjadi kesalahan jikalau
tidak hadir.
Makluman
10.3 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib
10.3.1 Aktiviti kokurikulum bukan satu pilihan tetapi wajib disertai oleh semua pelajar. Demi
merealisasi dasar ini, pihak sekolah berusaha mengatasi masalah kekurangan
tempat, peralatan dan tenaga kerja.
10.3.2 Sekolah telah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai
kegiatan kokurikulum.
10.3.3 Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum sama dengan kesalahan
ketidakhadiran ponteng kelas.
10.3.4 Murid yang disahkan oleh doktor tidak sesuai mengikuti aktiviti sukan dikecualikan
untuk menyertai aktiviti di padang. Murid sedemikian wajib menyertai aktiviti
kokurikulum dalam kelas. Makluman
10.4 Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum
19
10.4.1 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan
maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan
serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
10.4.2 Guru penasihat diingatkan menjalankan aktiviti kokurikulum mengikut modul aktiviti
yang telah dirancang dan sesuai untuk semua ahli.
10.4.3 Guru kelas Tahap 2 perlu memastikan murid-murid membeli kad PAJSK.
10.4.4 Guru penasihat perlu memastikan murid membawa kad PAJSK setiap kali aktiviti
kokurikulum. Tindakan: Guru Penasihat
10.5 Panduan Am Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
10.5.1 Aktiviti kokurikulum akan bermula pada 26 Mac 2022. ( Aktiviti Kokurikulum
dijalankan dalam talian sementara menunggu surat rasmi KPM.)
10.5.2 Semua guru diminta mengisi dua helai surat pelantikan guru penasihat kelab
persatuan, sukan permainan dan badan beruniform.
10.5.3 Guru penasihat mesti berada di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
aktiviti kokurikulum bermula (7.30am).
10.5.4 Guru bertugas mesti berada di lokasi bertugas yang ditetapkan mengikut jadual
bertugas untuk menjaga disiplin dan keselamatan murid.
10.5.5 Guru penasihat perlu mengambil kehadiran murid dan membimbing semua ahli ke
tempat menjalankan aktiviti kokurikulum.
10.5.6 Guru penasihat perlu menyediakan modul aktiviti untuk perjumpaan 14 kali.
10.5.7 Setiap murid wajib mendaftar satu unit badan beruniform, kelab/persatuan dan
sukan/ permainan. Semua murid seharusnya memakai pakaian seragam atau baju
sukan sekolah yang menunjukkan identiti setiap unit.
10.5.8 Murid diberi peluang untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang merangkumi badan
beruniform, kelab/persatuan, sukan/permainan minima 36 jam setahun bagi setiap
unit tersebut secara bergilir-gilir.
10.5.9 Waktu perjumpaan ialah 7.30 pagi hingga 10.50 pagi, Sabtu minggu ke-2 dan ke-4.
( Masa rehat : 9.30am-9.50am (20 minit) )
10.5.10 Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, guru perlu memakai pakaian yang
bersesuaian iaitu baju sukan, seluar panjang sukan dan kasut sukan.
10.5.11 Guru penasihat diminta mengadakan Mesyuarat Agung pada aktiviti kokurikulum
kali-1 untuk memilih Ahli Jawatan Kecil murid bagi setiap kelab, persatuan dan badan
beruniform.
10.5.12 Guru diminta memilih murid yang berbeza untuk memegang jawatan supaya mereka
mendapat peluang memimpin dan mendapat markah dalam Kokurikulum.
Tindakan: Guru Penasihat
10.6 Pengurusan Badan Beruniform
10.6.1 Terdapat perubahan guru penasihat (sila rujuk buku panduan pengurusan).
10.6.2 Yuran bayaran keahlian bayaran jurulatih dan kos pakaian uniform perlu
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Badan Beruniform dan mendapat persetujuan
sebulat suara.
10.6.3 Persediaan awal dari segi latihan kawad kaki dan pembelian aksesori perlu dirancang
untuk pertandingan kawad kaki peringkat daerah. Makluman
20
10.7 Pengurusan Kelab / Persatuan
10.7.1 Kelab/Persatuan yang mempunyai jurulatih luar perlu maklumkan kadar bayaran
terkini kepada ahli. (jika ada)
10.7.2 Akitiviti luar negeri mesti dimohon 5 minggu sebelum tarikh pelaksanaan manakala
aktiviti antara daerah mesti dimohon 3 minggu sebelum tarikh pelaksanaan.
10.7.3 Tuntutan pembelian alatan bagi kelab/persatuan mesti dibuat sebelum program
dimulakan. Makluman
10.8 Pengurusan Sukan / Permainan
10.8.1 Perjumpaan sukan permainan akan dijalankan mengikut Jadual yang ditetapkan.
Jjadual waktu turun padang mengikut kelas m/s 105 ( rujuk Lampiran 13)
10.8.2 Guru penasihat bertanggungjawab ke atas kebersihan dan kekemasan aktiviti
dijalankan dan memastikan semua alatan yang digunakan disimpan di stor PJ dan
stor Kokurikulum. Makluman
10.9 Dasar 1 Murid 1 Sukan
10.9.1 Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah.
10.9.2 Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun.
10.9.3 1M1S wajib dijalankan. Diminta guru PJ Tahap 1 menetapkan satu waktu untuk
menjalankan aktiviti 1M1S. (rujuk buku panduan m/s 102)
10.9.4 Sukan / Permainan Tahap 2 yang dijalankan semasa aktiviti kokurikulum juga
merupakan program 1M1S. Makluman
10.10 Proses / Langkah Kerja Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum Hari Sabtu
10.10.1 Baca buku panduan pentadbiran sekolah bahagian pengurusan kokurikulum dengan
teliti.
10.10.2 Buat catatan awal dan menubuhkan kelas google (delima) mengikut aktiviti-aktiviti
masing-masing. (Aktiviti Kokurikulum dalam talian)
10.10.3 Dapatkan maklumat aktiviti dan dapatkan penyertaan daripada murid-murid.
10.10.4 Menyediakan Rancangan Tahunan Aktiviti Kokurikulum masing-masing.
10.10.5 Sentiasa menjaga keselamatan serta disiplin murid dan mengutamakan kebajikan
muird.
10.10.6 Guru perlu merancang, melaksana dan membuat pengukuhan / pemulihan akt.koku
sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum.
10.10.7 Guru perlu merekod dan dokumentasi aktiviti kokurikulum dalam fail aktiviti
kokurikulum selepas melaksanakan aktiviti.
10.10.8 Buat catatan akhir atau key in dalam sistem unit kokurikulum tentang pencapaian
murid dalam dan luar sekolah.
Tindakan: Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum Hari Sabtu
10.11 Pengurusan Fail
10.11.1 Guru penasihat mesti mengisi aktiviti kokurikulum dengan lengkap pada setiap
perjumpaan aktiviti kokurikulum dan dimasukkan ke dalam fail aktiviti kokurikulum.
21
10.11.2 Nama ahli dan kehadiran perlu dimasukkan ke dalam fail.
10.11.3 Carta organisasi perlu ada bagi setiap kelab / persatuan, sukan/permainan dan
badan beruniform.
10.11.4 Guru penasihat wajib letakkan fail aktiviti kokurikulum ke rak akt kokurikulum pada
atau sebelum hari Khamis selepas setiap kali aktiviti kokurikulum untuk semakan.
Tindakan: Guru Penasihat
10.12 Proses / Langkah Kerja Guru Penasihat Pasukan Sekolah
10.12.1 Buat rancangan awal dan pemilihan wakil sekolah yang berpontensi serta dapatkan
penyertaan daripada murid.
10.12.2 Membuat kertas kerja, surat makluman dan edarkan surat kebenaran kepada ibu
bapa.
10.12.3 Membuat permohonan rasmi mengikut peringkat / tempat aktiviti.
10.12.4 Menjalankan latihan berkala sepanjang tahun.
10.12.5 Sentiasa menjaga keselamatan murid dan mengutamakan kebajikan murid.
10.12.6 Terima surat makluman pertandingan/aktiviti daripada pihak sekolah / PK Ko .
10.12.7 Mendapatkan borang kebenaran bertulis daripada PK Ko sekiranya guru membawa
murid dengan menggunakan kenderaan sendiri.
10.12.8 Guru perlu membuat laporan dan dokumentasi selepas pelaksanaan aktiviti tersebut.
10.12.9 Buat catatan terakhir atau key in dalam sistem unit koku tentang pencapaian murid.
10.12.10 Hantar laporan kepada PK Ko dalam masa seminggu selepas pertandingan/
program berkenaan. Tindakan: Guru Penasihat Pasukan Sekolah
10.13 Hal-hal Lain
10.13.1 PAJSK
i. Pengisian PAJSK Tahun 2022 akan dimaklumkan selepas mendapat surat rasmi
daripada PPD.
ii. Guru penasihat juga diingatkan berhati-hati semasa mengisi (key in) data murid
dalam kad PAJSK dan Laman PAJSK.
10.13.2 Aktiviti Penting Tahun 2022/2023
Bil Aktiviti Tarikh
1 Akt.Koku bermula 26.03.2022
2 Merentas Desa 09.04.2022
3 Hari Sukan Tahunan 01.07.2022
4 Pertandingan Kaligrafi Kebangsaan Piala Tan Sri Tan Kim Hor 17.07.2022
5 Gotong-royong 24.09.2022
6 Hari Kantin
7 Pertandingan Bercerita dan bertulis Bahasa Inggeris MSSD 21.10.2022
8 Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2023 10.01.2023
9 Hari Kecemerlangan Kokurikulun 13.02.2023
10.13.3 Tarikh Pertandingan Antara SJK© MSSD & MSSS (rujuk Lampiran 14)
10.13.4 GPS Kokurikulum yang dijadikan target tahun 2022 ialah 1.90. Semua guru
dikehendaki mencatat maklumat seperti kehadiran dan pencapaian dengan lengkap.
10.13.5 PK Kokurikulum akan merekodkan perjumpaan dengan guru penasihat selepas
perbincangan untuk tujuan borang keberhasilan.
22
10.13.6 Penyelaras guru penasihat dikehendaki maklum semula secara rasmi kepada semua
guru dalam unit masing-masing jika terdapat pindaan dan pertukaran jadual
bertugas.
10.13.7 Mesyuarat jawatankuasa, mesyuarat antara guru penasihat atau mesyuarat antara
AJK unit harus dicatat, diminitkan dan disimpan dalam fail induk masing-masing
dalam bilik PK.
10.13.8 Guru penasihat perlu membimbing dan memastikan bendahari (wakil murid)
membuat kunci kira-kira dengan cara yang tepat dan sahih jika terdapat pengutipan
yuran serta perbelanjaan aktiviti.
10.13.9 Guru perlu menyimpan resit rasmi sebagai bukti perbelajaan. Setiap serahan wang
perlu ada saksi dan direkodkan selepas penyerahan. Murid tidak boleh memegang
wang tunai.
10.13.10 Surat pengesahan Status Pertubuhan Kelab/ badan beruniform akan diedarkan
kepada ketua guru penasihat kelab / badan beruniform untuk pengesahan tahun
penubuhan unit dan pindaan nombor rujukan pertubuhan.
10.13.11 Guru yang bertanggungjawab menjalankan pertandingan antara kelas dalam
sekolah perlu mengisi nota minta dan hantar kepada unit hadiah untuk membeli
piala atau peralatan aktiviti.
10.13.12 Target Tahun 2022/2023
i. Wakil pasukan sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Johan atau
Naib Johan dalam pertandingan Ko-akademik peringkat MSSD dan MSSS
seperti pertandingan syarahan Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa
Inggeris dan sebagainya.
ii. Pasukan Olahraga perlu mencapai kejayaan sebanyak 3 pingat emas dan 3
pingat gangsa dan ke atas dalam peringkat MSSD dan sekurang-kurangnya 2
pingat gangsa dan ke atas dalam peringkat MSSS.
iii. Pasukan Permainan seperti Badminton, Bola sepak, Bola Keranjang dan Ping
Pong pula juga perlu mencapai Johan atau Naib Johan dalam kejohanan
peringkat MSSD dan sekurang- kurangnya tempat ketiga dan ke atas dalam
peringkat MSSS.
10.13.13 Guru penasihat bertanggungjawab ke atas kebersihan dan kekemasan aktiviti
dijalankan dan memastikan semua alatan yang digunakan disimpan di stor koku
atau bilik masak.
10.13.14 Guru penasihat haruslah memastikan semua murid telah meninggalkan kawasan
sekolah selepas aktiviti dijalankan sebelum balik.
10.13.15 Pematuhan SOP keselamatan dalam menjalankan aktiviti.
10.13.16 Untuk mendapakan perlepasan bertugas, guru-guru dikehendaki mendapatkan
kebenaran Guru Besar dan memaklumkan sehari sebelum kepada;
i. YEE KAH HAW (PK Kokurikulum) 018-2191230
ii. YAP ANG YAN (SU Kkokurikulum) 017-2892389 akt.koku
iii. LEE SAN YAW (SU Sukan) 016-3676232 akt. Sukan/Permaian
Makluman
23
11.0 Laporan Penolong Kanan Petang (PK Petang, En Kee Kok Weng)
11.1
Sesi Persekolahan 2022/2023 sesi petang terdiri daripada 10 kelas Tahun 1, 12
kelas Tahun 2 dan 11 kelas Tahun 3. Guru-guru sesi petang berjumah 52 orang
dan masih kekurangan seorang guru Bahasa Inggeris. Makluman
11.2 Waktu Persekolahan Sesi Petang
11.2.1 Waktu persekolahan sesi petang pada Sesi Persekolahan 2022/2023 ialah:
i. hari Isnin dan Selasa dari 1.10 petang hingga 6.30 petang.
ii. hari Rabu, Khamis dan Jumaat dari 1.10 petang hingga 6.00 petang.
11.2.2 Guru diminta hadir ke sekolah sebelum 12.30 tengah hari dan balik selepas 6.40
petang pada hari Isnin dan Selasa, manakala 6.10 petang pada hari Rabu, Khamis
dan Jumaat. Makluman
11.3 Waktu rehat sesi petang terdiri daripada:
i. Rehat 1 bermula pada 3.10 petang hingga 3.30 petang untuk murid Tahun 1 dan
Tahun 3.
ii. Rehat 2 bermula pada 3.40 petang hingga 4.00 petang untuk murid Tahun 2.
Makluman
11.4 Jadual waktu guru sesi petang akan diagihkan oleh PK Petang pada hari Jumaat,
8.00 pagi hingga 2.00 petang. Makluman
11.5 Urusan Kemasukan Sekolah Murid Baharu Tahun 1 2022/2023.
11.5.1 Urusan Kemasukan Sekolah Murid Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun
2022/2023 akan diadakan pada 18 Mac 2022 (Jumaat), 8.00 pagi hingga 11.00
pagi.
11.5.2 Guru diminta hadir ke sekolah sebelum 7.15 pagi untuk urusan buku SPBT.
Makluman
11.6 Program Transisi Tahun 1 2.0
11.6.1 Penyelaras program ini ialah Cikgu Ng Sok Chen dan penolongnya ialah Cikgu
Teo Siao Fang.
11.6.2 Tarikh pelaksanaan program ini akan dijalankan dari 21 Mac 2022 hingga 15 April
2022.
11.6.3 Rancangan aktiviti program ini akan disediakn oleh Cikgu Ng. Ia terbahagikan
kepada 2 fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Makluman
11.7 Lain-lain
11.7.1 Jadual bertugas harian dan pelan menunggu sebelum kelas akan diumumkan
kemudian dalam Whatapps Group.
11.7.2 Guru sesi petang yang tidak dapat hadir ke sekolah diminta memaklumkan kepada
PK Petang dan Cikgu Chong sebelum 11.00 pagi supaya memudahkan Cikgu
Chong mengaturkan jadual ganti.
24
11.7.3 Guru Kelas diminta menyediakan nombor telefon penjaga atau ibu bapa murid
kelas mereka masing-masing dalam minggu pertama sesi persekolahan bermula,
kemudian hantar kepada penyelaras kelas.
11.7.4 Guru Kelas juga perlu meminta murid mesti menulis nombor telefon ibu bapa mereka
di dalam buku catatan masing-masing.
11.7.5 Guru Kelas diminta mengingatkan ibu bapa waktu mula dan tamat persekolahan
dalam Whatapps Group kelas masing-masing sebelum persekolahan bermula. Pintu
sekolah hanya akan dibuka pada 12.30 tengah hari, jika murid yang datang awal
perlu menunggu di Pintu B tempat menunggu kereta. Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi. Disemak oleh,
Disediakan oleh,
…………………… ............................... ……………………
(GOH WEN HUEY) & (CHEAM CHAI YUEH) (TANG AH HAI)
Setiausaha Mesyuarat Guru Pengerusi Mesyuarat Guru
25
Lampiran 1
Cara mengisi maklumat murid OKU baharu (Contoh)
26
Lampiran 2
27
Lampiran 3
28
Lampiran 4
29
Lampiran 5
30
Lampiran 6
31
Lampiran 7
32
Lampiran 8
33
Lampiran 9
34
Lampiran 10
35
Lampiran 11
36
Lampiran 12
37
Lampiran 13
38
Lampiran 14
39