1 MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA 52100 KEPONG, SELANGOR Bil 3 / 2022/2023 帝 沙 再 也 国 民 型 华 文 学 校 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DESA JAYA 52100 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN.
2 MINIT MESYUARAT GURU SJKC DESA JAYA 52100 KEPONG, SELANGOR BIL 3/2022/2023 Tarikh : 7 Januari 2023 Masa : 9:00 pagi Tempat : Kediaman Masing-masing ( dalam talian) Kehadiran : Sila rujuk senarai nama guru Agenda Mesyuarat 1.0 Nyanyian Lagu Negaraku. 2.0 Nyanyian Lagu Negeri Selangor. 3.0 Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Intergriti. 4.0 Bacaan Akta Rahsia Rasmi 1972. 5.0 Perutusan Pengerusi Mesyuarat-Guru Besar, En. Tang Ah Hai 5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran bermesyuarat pada kali ke-3 bagi Tahun 2022/2023. Makluman 5.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru yang telah berjaya bertukar dan guru yang bersara awal. Beliau juga berterima kasih atas perkhidmatan mereka di sekolah kita. Makluman 5.3 Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada PK Petang, En. Kee yang baru bertukar ke sekolah baharu atas perkhidmatan beliau selama setahun lebih yang telah diberikan kepada sekolah kita. Makluman 5.4 Guru Besar juga mengalu-alukan kedatangan Pn. Tan ke sekolah kita sebagai PK Petang. Beliau juga berharap para guru dapat terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada Pn. Tan di sesi petang. Makluman 5.5 Guru Besar memberi peringatan mesra kepada para guru supaya semua kerja-kerja yang dirancang oleh PK-PK dan panitia-panitia mata pelajaran perlu diselesaikan sebelum cuti persekolahan. Makluman 6.0 Perkara-perkara berbangkit 6.1 Tiada 7.0 Laporan Unit Pentadbiran / Kurikulum (PK 1, Pn Oh Cheng Hwa) 7.1 PK 1 mengucap ribuan terima kasih atas kehadiran para guru ke Mesyuarat Guru kali ketiga sesi Tahun 2022/23 secara bersemuka di dalam dewan.
3 7.2 Terima kasih atas kerjasama semua guru menjayakan Konsert Amal Pendidikan untuk pembinaan gelanggang bola keranjang yang berbumbung. Makluman 7.3 Myportfolio 7.3.1 Tahniah kepada semua guru dan staf kerana berjaya menyiapkan Myportfolio mengikut masa yang ditetapkan dan terima kasih atas kerjasama semua guru dan staf. Makluman 7.4 E-operasi 7.4.1 Maklumat dalam e-operasi adalah sangat penting, guru diminta selalu menyemak dan maklum kepada PK1 kalau tidak dapat kemas kini sendiri. 7.4.2 Maklumat Peribadi i. Maklumat Tempat Tinggal Semasa a) No telefon: Nombor telefon bimbit ii. Maklumat Alamat Surat Menyurat a) Untick “semua sama seperti di atas” b) No telefon: Nombor telefon rumah/ ibu/ bapa/ anak/ adik/ abang (yang boleh dihubungi semasa tidak dapat hubungi cikgu) 7.4.3 Gambar E-Operasi i. Pastikan gambar guru dalam e-operasi adalah betul dan sesuai. Makluman 7.5 Tuntutan Perjalanan 7.5.1 Berkhidmat 60 bulan di sekolah semasa baru layak membuat tuntuan perjalanan semasa bertukar ke sekolah baharu. Makluman 7.6 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 7.6.1 Ujian hanya kepada murid Tahap 2. 7.6.2 Lima mata pelajaran yang disediakan ialah BM, BI, MT, SN dan Sejarah. 7.6.3 Mata pelajaran yang lain akan disediakan oleh sekolah. 7.6.4 Jenis Ujian ialah ujian bertulis sahaja manakala komponen lain dilaksanakan dalam pentaksiran berterusan. 7.6.5 Tempoh ditetapkan oleh KPM manakala Jadual ditetapkan oleh sekolah. 7.6.6 KPM akan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 7.6.7 Bermula pada Januari 2023. 7.6.8 Kertas hanya boleh dimuat turun pada 6.1.2023. 7.6.9 Pihak sekolah sudah mula mencetak kertas ujian. 7.6.10 Jadual UASA telah disediakan 09.01.2023 Bahasa Cina / Pendidikan Moral 10.01.2023 Bahasa Inggeris / Reka Bentuk dan Teknologi 11.01.2023 Matematik / Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 12.01.2023 Bahasa Melayu / Sejarah 13.01.2023 Sains / Pendidikan Muzik 14.01.2023 Pendidikan Seni Visual
4 7.6.11 Semua skrip soalan dan jawapan perlu dikutip selepas UASA. Kertas soalan serah kepada Ketua Panitia manakala guru semak jawapan sahaja. 7.6.12 Guru diingat jangan catat markah dalam skrip jawapan semasa semak. Guru perlu catat markah dalam senarai nama. 7.6.13 Guru agihkan jawapan dan bincang dengan murid. Guru tidak perlu maklumkan markah kepada murid. 7.6.14 Akhir sekali, guru mengumpulkan semula jawapan murid dan hantar kepada Ketua Panitia dan murid tidak dibenarkan bawa balik. 7.6.15 Guru semak mengikut skema pemarkahan yang akan muat turun nanti. 7.6.16 Guru mata pelajaran berbincang dan membuat penyelarasan. 7.6.17 Guru semak seperti biasa. 7.6.18 KP-KP dapatkan kotak untuk menyimpan soalan dan jawapan. Labelkan di luar kotak dan letak di Bilik Komputer 3 (Blok C). Makluman Tindakan: Guru-guru Tahap 2 dan Ketua Panitia 7.7 Semasa UASA 7.7.1 Guru diminta masuk kelas dengan tepat masa ikut jadual waktu pengawasan UASA. 7.7.2 Guru perlu meronda semasa pengawasan. Guru dilarang duduk malah boleh meronda sambil menyemak nama murid dan kelas murid pada kertas jawapan. 7.7.3 Guru perlu memastikan semua murid hantar balik soalan dan jawapan. Makluman 7.8 SSMS 7.8.1 Tarikh-tarikh penting: i. Masuk markah murid sebelum 31.1.2023 (10.30 pagi) ii. Pembetulan markah sebelum 7.2.2023 ( 10.30 pagi) iii. Cetak Kad Kemajuan Murid pada 10.2.2023 Makluman 7.9 PdPc 7.9.1 Sebelum PdPc bermula, sila pastikan: i. Murid bersedia traffic light card. ii. Tampal atau tulis LO dan SC pada papan putih. iii. Murid baca SC dua kali. Guru jelaskan SC. iv. Mulakan PdPc. v. Perbanyakkan aktiviti murid dan jangan chalk and talk. Makluman 7.10 E-rph 7.10.1 Guru mestilah sentiasa menyediakan e-rph. 7.10.2 Guru diingatkan bahawa rph ialah rancangan bukannya laporan. Makluman 7.11 Di Zi Gui i. Guru Pendidikan Moral diminta meluangkan satu waktu setiap minggu untuk menerang dan meminta murid membaca Di Zi Gui. ii. Pastikan tajuk mingguan Di Zi Gui ditulis pada papan putih.
5 iii. Murid-murid harus membaca peraturan kelas dan tujuan membaca pada setiap kali kelas bermula. Kata-kata kesyukuran pula perlu dibaca sebelum waktu bersurai. Makluman 7.12 Tarikh-tarikh Penting JANUARI 09/1 - 14/1 UASA 20/1 - 26/1 Cuti Tahun Baharu Cina 27/1 Kelas dijalankan seperti biasa 30/1 Cuti Peristiwa Tian Gong Dan 31/1 Kelas dijalankan seperti biasa FEBRUARI 01/2 Pertandingan Sains 02/2 Hari Kanak-kanak 03/2 Cuti Peristiwa Yuan Xiao Jie 06/2 Cuti Ganti Perayaan Thaipusam 07/2 - 08/2 Pameran Karya Seni 08/2 - 10/2 Pertukaran Buku SPBT 10/2 Pengagihan Buku Kemajuan Murid 11/2 Mesyuarat Guru Kali Ke-4 13/2 Majlis Penyampaian Hadiah Kokurikulum 14/2 Majlis Penyampaian Hadian Tahun 1 - 5 16/2 Majlis Graduasi Tahun 6 17/2 Majlis Makan Kenang Jasa 18/2 - 19/3 Cuti Penggal Akhir MAC 15/3 - 17/3 Mesyuarat Guru Kali-1, 2023/2024 Makluman 8.0 Laporan Unit Hal Ehwal Murid (PK HEM, Pn Lee Wai Leng) 8.1 PK HEM mengucap terima kasih atas kehadiran guru bagi mesyuarat kali ketiga bagi tahun 2022/2023. 8.2 Enrolmen Murid 8.2.1 Enrolmen pada 1 Januari 2023 i. Bilangan murid sesi pagi : 1163 ii. Bilangan murid sesi petang : 1029 iii. Jumlah : 2192 Makluman 8.3 Kehadiran Murid i. Purata Kehadiran Murid (Ogos - Disember 2022) rujuk Lampiran 1. ii. 5 Kelas Mencatat Kehadiran Tertinggi (Mac - Disember 2022) rujuk Lampiran 2. iii. 5 Kelas Mencatat Kehadiran Terendah (Mac - Disember 2022) rujuk Lampiran 3.
6 8.3.1 Guru kelas mengenal pasti sebab murid tidak hadir ke sekolah. 8.3.2 Guru kelas merujuk kes ponteng (Tidak hadir tanpa sebab) kepada guru B&K dan Penolong Kanan. 8.3.3 Antara tindakan yang boleh diambil: i. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa. ii. Mengadakan ziarah cakna (Guru kelas, guru B&K dan Penolong Kanan) Makluman Tindakan: Guru Kelas 8.4 Disiplin Murid 8.4.1 Guru kelas dan guru mata pelajaran dikehendaki melaporkan amalan baik murid dalam sistem SSDM (sekurang-kurangnya 2 murid sebulan). 8.4.2 Login guru: i. ID Pengguna : BBC7407 ii. Kata Laluan : Dispbbc7407 8.4.3 Kes salah laku akan dilapor oleh guru disiplin. 8.4.4 Sesi kaunseling akan diisi oleh guru B&K selepas guru disiplin melapor kes.Makluman 8.5 Program Jom Datang Awal Ke Sekolah 8.5.1 Data Program Jom Datang Awal Ke Sekolah (Oktober - Disember 2022) rujuk Lampiran 4. 8.5.2 Data menunjukkan penambahbaikan dari bulan Oktober ke bulan November 2022. 8.5.3 Program ini akan diteruskan pada pada sesi 2023/2024. Makluman 8.6 Program Amalan Terbaik Murid 8.6.1 Program ini mendapat sambutan yang baik daripada murid. 8.6.2 Program ini dapat memupuk sikap terpuji dalam kalangan murid. 8.6.3 Program ini akan diteruskan pada sesi 2023/2024. Makluman 8.7 Program No One Less 8.7.1 Program ini mendapat maklum balas yang positif daripada guru kelas. 8.7.2 Program ini dapat membantu murid yang lemah pelajaran menyiapkan kerja rumah. 8.7.3 Program ini dapat memupuk sikap suka menolong dan penyayang dalam kalangan murid. 8.7.4 Program ini akan diteruskan pada sesi 2023/2024. Makluman 8.8 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 8.8.1 Kenaikan kadar RMT sebanyak RM1 mulai November 2022. 8.8.2 Guru bertugas RMT dikehendaki menguji rasa makanan RMT (pembekal akan sediakan untuk guru bertugas RMT). 8.8.3 Guru bertugas pastikan murid RMT makan di meja yang ditetapkan dan pastikan murid tidak membazir makanan. 8.8.4 Senarai murid RMT Mac 2023 rujuk Lampiran 5. Makluman
7 Tindakan: Guru Bertugas RMT 8.9 Guru Bertugas Sesi Pagi 8.9.1 Jika guru tidak hadir ke sekolah pada hari bertugas, sila maklumkan kepada PK HEM, Cikgu Tang Wooi Hiang (Guru disiplin) dan Cikgu Pan Sau Lue (Guru disiplin) untuk mengatur rondaan dan sebagainya. Makluman 8.10 Kebersihan Tandas Guru 8.10.1 Didapati ada tisu muka ditinggalkan di atas cistern tandas dan di atas tong sampah tandas. Diharap guru-guru ingat membuang tisu muka yang telah digunakan ke dalam tong sampah 8.10.2 Didapati ada guru mengambil banyak tisu tandas yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat lain. Diharap guru-guru tidak berbuat demikian kerana tisu tandas tersebut untuk kegunaan di dalam tandas sahaja. Makluman 8.11 Murid Bukan Warganegara 8.11.1 Kemasukan MBW ke sekolah bagi yang telah sedia ada dalam sistem APDM – 20 Mac 2023. 8.11.2 Kemasukan MBW ke sekolah bagi permohonan baharu (Contohnya: Tahun 1 Sesi 2023/2024) – 3 April 2023 8.11.3 Guru kelas dimaklumkan tentang 2 kategori Bukan Warganegara iaitu: A. Bukan Warganegara ( Ada sijil lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara) i. Ibu bapa perlu memohon Surat Kelulusan JPN Selangor pada setiap dua tahun. ii. Ibu bapa perlu membayar Fi pada setiap tahun di PPD Gombak atau JPN Selangor dan dapatkan Surat Penempatan dari PPD Gombak. iii. Resit Bayaran Fi untuk setiap tahun perlu dihantar. iv. Salinan Sijil Lahir atau Sijil Anak Angkat tidak perlu hantar lagi jika pernah hantar kecuali ada perubahan. B. Warga Asing ( Pemegang passport luar negara) i. Ibu bapa perlu memohon Surat Kelulusan JPN Selangor pada setiap dua tahun ii. Ibu bapa perlu membayar Fi pada setiap tahun di PPD Gombak atau JPN Selangor dan dapatkan Surat Penempatan dari PPD Gombak. iii. Resit Bayaran Fi untuk setiap tahun perlu dihantar. iv. Salinan Passport terkini perlu dihantar. v. Salinan Pas pelajar terkini perlu dihantar. Makluman 8.12 Kes Bercerai Ibu Bapa Murid 8.12.1 Guru kelas dikehendaki mendapatkan sijil perceraian (1 salinan) dan dokumen hak jagaan (1 salinan) daripada ibu bapa sebagai bukti sebelum guru kelas mengemaskini status ibu bapa di APDM. 8.12.2 Kemudian, guru kelas menyimpan sijil perceraian dan dokumen hak jagaan anak tersebut dengan baik.
8 Tindakan: Guru kelas 8.13 Fail-fail HEM 8.13.1 Ketua-ketua Unit HEM yang memegang fail terus simpan fail-fail tersebut. 8.13.2 Ketua-ketua unit diminta mengemaskini fail masing-masing sebelum akhir sesi 2022/2023. Tindakan: Ketua Unit HEM 9.0 Laporan Unit Kokurikulum (PK KK, En Yee Kah Haw) 9.1 PKKK mengucap terima kasih atas kehadiran para guru bagi mesyuarat guru kali-3 tahun 2023. 9.2 Aktiviti-aktiviti Sekolah 9.2.1 Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baharu Cina ( 14.1.2023 Sabtu ) i. Notis telah ditampal pada papan kenyataan bilik guru dan dalam WhatsApp group. ii. Guru diminta ambil maklum dan ambil tindakan sewajarnya. 9.2.2 Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak & Tahun Baharu Cina ( 2.2.2023 Selasa ) i. AJK dan atur cara tengah dalam dirancang. ii. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru kelas yang menjemput murid-murid menyampaikan persembahan pada hari sambutan tersebut. 9.2.3 Majlis Anugerah Kokurikulum ( 13.2.2023 Isnin ) i. Murid-murid yang mendapat pencapaian cemerlang akan diberi saguhati oleh pihak PIBG. ii. Diminta guru penasihat, guru kelas dan guru pasukan sekolah yang belum maklumkan nama murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pertandingan kepada SU Sukan, Cikgu Lee San Yaw harap ambil tindakan segera dan serahkan salinan sijil pencapaian kepada PK KK untuk membuat pengesahan. Makluman 9.3 Pengisian dan Pengesahan Data Kokurikulum 9.3.1 Data Keahlian Kelab/ Persatuan, Sukan/ Persatuan, Sukan/ Permainan dan Pasukan Badan Beruniform. i. Tarikah Akhir Pengisian : 31 Jan 2023 ii. Tarikh Pengesahan : 1 Feb 2023 iii. Tindakan : Guru Penasihat/ Guru Kelas/ PK Kokurikulum Makluman Tindakan: Guru Penasihat/ Guru Kelas/ PK Kokurikulum 9.4 Hal-hal Lain 9.4.1 Jumlah kehadiran dan perjumpaan bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 ialah 10 perjumpaan bagi tahun 2022. Namun aktiviti kokurikulum akan teruskan seperti biasa sehingga tamat persekolahan Tahun 2022/2023.
9 9.4.2 Guru penasihat perlu memastikan kad aktiviti kokurikulum murid telah siap diisi dan ditandatangani oleh guru penasihat kokurikulum. 9.4.3 Guru perlu memastikan fail aktiviti kokurikulum guru penasihat dan pas sekolah telah siap diisi dan letak di rak-rak dalam bilik PK untuk disemak sebelum 31 Jan 2023. 9.4.4 Semua data penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang mereka ikuti hendaklah dikumpukan oleh guru kelas/ guru penasihat pasukan sekolah. Laporan pencapaian murid perlu diisi dalam borang pencapaian yang diedarkan oleh Su Sukan dan lampiran sijil penglibatan murid sebagai bukti penglibatan mereka. Makluman Tindakan: Guru Penasihat Kokurikulum 10.0 Laporan Penolong Kanan Petang ( Pn Tan Bee Leng) 10.1 Puan Tan memperkenalkan diri secara ringkas dan mengucap salam kepada Guru Besar, PK-PK dan guru-guru. 10.2 Guru perlu memastikan disiplin murid terkawal sebelum memulakan PdPc.Makluman 10.2 Kebersihan kelas perlulah dijaga dari semasa ke semasa. Makluman 10.0 Laporan Unit 10.1 Displin 10.1.1 Sesi Pagi ( En Tang Wooi Hiang) i. Bagi kes-kes disiplin yang guru memang tidak dapat uruskan bolehlah bawa murid tersebut jumpa Cikgu Tang. ii. Murid yang bermasalah pada akhir sesi 2022/2023 hanya dua atau tiga orang sahaja. iii. Satu borang baharu disediakan untuk diisi oleh guru yang membuat laporan. Borang akan diedarkan pada mesyuarat terakhir nanti. Ini mempermudah kerja penyiasatan kes dan disimpan sebagai bukti untuk rujukan ibu bapa. 10.1.2 Sesi Petang ( Cik Tan Siew Li) i. Disiplin sesi petang adalah dalam keadaan yang baik, hanya terdapat satu atau dua kes disiplin yang agak serius dan masalah ini telah diselesai atas bantuan PK. ii. Guru-guru diminta ambil perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut: a. masalah kasut sekolah murid seperti memakai kasut sukan sebagai kasut sekolah. b. keluar mengisi botol air di luar waktu rehat dan mengambil kesempatan bermain di kantin semasa tiada orang. c. pengikat rambut murid perempuan yang berwarna-warni. d. seluar panjang murid perempuan perlu berwarna hitam atau biru gelap tanpa sebarang corak. e. murid membawa dan bermain kad UNO di dalam kelas. Makluman 10.2 Bimbingan dan Kaunseling 10.2.1 Sesi Pagi (Cikgu Chiah Lay Hong) i. Program Amalan Terbaik Murid a. Murid akan naik ke pentas untuk menerima sijil penghargaan.
10 ii. Program Murid Kaunselor a. Sijil penghargaan hanya diberi kepada murid Tahun 6 pada Hari Graduasi. iii. Program No One Less a. Sijil tidak disediakan tetapi hadiah akan diberi kepada mentor dan mentee. iv. Ujian Aptitud Tahun 6 a. Guru kelas Tahun 6 dimaklumkan bahawa mungkin tidak sempat menyediakan sijil Unian Aptitud sebelum Hari Graduasi sebab tapak pelaporan Tahun 6 masih belum muat naik dalam sistem. b. Masalah ini akan dibincang kemudian oleh Cikgu Chiah dengan pihak pentadbir. v. Ujian Minda Sihat a. Saringan pertama sudah dijalankan dan didapati terdapat lebih kurang seratus lebih orang murid yang berminda tidak sihat. b. Bilangan murid telah dikurangkan setelah intervensi dijalankan. c. Beberapa orang murid telah dirujuk kepada Klinik Taman Ehsan dengan kerjasama ibu bapa. d. Biasanya murid yang pernah mengatakan ingin bunuh diri itu akan datang berjumpa Cikgu Chiah bawah temanan seorang murid agar mengelakkan murid tersebut tidak berseorangan. e. Guru-guru diminta tidak berbincang kes-kes murid yang bermasalah minda di tempat terbuka. 10.2.2 Sesi Petang (Cikgu Joo Choon Heong) i. Program yang sedang dirancang dan akan berlangsung ialah Sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Kanak-kanak, segala urusan program ini diharap berjalan lancar. ii. Sesi bimbingan murid akan diterus sehingga tamat persekolahan, guru boleh hantar murid untuk terima kaunseling. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………… ............................... …………………… (GOH WEN HUEY) & (CHEAM CHAI YUEH) (TANG AH HAI) Setiausaha Mesyuarat Guru Pengerusi Mesyuarat Guru
11 Lampiran 1
12 Lampiran 2
13 Lampiran 3
14 Lampiran 4
15 Lampiran 5