The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teehongliang2000, 2022-05-21 09:40:49

Cerita kanak-kanak

Cerita kanak-kanak

Gelang di Tangan Tidak Dapat,
Cincin di Jari Terlucut Hilang

Ali dan Ahmad ialah dua orang
penggembala kambing. Mereka
bekerja di satu ladang untuk
menyara hidup. Mereka selalu
menggembala kambing-kambing
di tepi tasik yang mendekati
ladang. Pemilik ladang mereka,
Tauke Ng ialah seorang pemarah.
Jadi, mereka sangat berhati-hati
tentang segala urusan di ladang
supaya tidak membuat kesilapan.

1

Pada suatu hari, seperti biasa,
mereka menyanyi sambil mengira
biri-biri dalam perjalanan pulang
dari penggembalaan. Tiba-tiba, Ali
kelihatan sangat panik dan mengira
kambing-kambing secara berulangan.
‘Ahmad, ada satu kambing hilang!’
‘Aduh! Kalau Tauke tau pasti akan
marah kita ni!’, katalah Ahmad
kepada Ali. Nasib baiknya Tauke Ng
pergi ke bandar untuk memasarkan
hasil tanaman dan ternakannya. Dia
akan pulang ke ladang pada keesokan
hari.

2

Selepas Ali dan Ahmad membawa
kambing-kambing balik ke ladang,
mereka mengambil keputusan untuk
mencari kambing yang hilang itu
secepat mungkin sebelum Tauke
mereka balik ke ladang. Mereka pergi
ke tepi tasik iaitu tempat yang mereka
selalu menjalankan tugas untuk
mencari kambing tersebut tetapi tidak
menemuinya. Semasa mereka berfikir
tentang penyelesaian masalah ini,
mereka memandang ke arah hutan.
‘Mungkin kambing tu lari ke hutan?
Cuba kita pergi cari.’, katalah Ahmad
kepada Ali.

3

Selepas mereka pergi ke hutan yang
mendekati ladang untuk mencari
kambing tersebut, mereka tetap tidak
dapat cari kambing itu. ‘Macam mana
ni, pasti kena marah kalau Tauke
tau!’, katalah Ahmad kepada Ali.
Ketika mereka ingin berputus asa dan
balik, mereka terjumpa sebuah rumah
di hujung hutan. ‘Ada satu rumah di
hujung situ, cuba kita tanya orang
yang tinggal dalam rumah tersebut.’,
Ali bercadang kepada Ahmad. Rumah
itu kelihatan usang dan tersorok.
Terdapat banyak dedaun kering di
hadapan rumah dan menjadikan
suasana sunyi.

4

Tiba-tiba, mereka mendengar suara kambing yang sedang mengembek. Rupa-

rupanya kambing itu berada di tepi rumah usang tersebut. ‘Nasib baik kita dapat

cari kambing ini, marilah kita balik ke ladang.’ , katalah Ali kepada Ahmad.

Ahmad memandang ke arah rumah dan bertanya bahawa: ‘Peliknya, kenapa kita

tidak pernah nampak rumah ini walaupun kita sering menggembala kambing di

kawasan ini?’ 5

Dengan perasaan ingin tahu,
Ahmad berjalan menuju ke arah
rumah tersebut untuk melihat
kawasan sekeliling rumah. Ali pula
menjaga kambing tersebut di
tempat asal sambil menunggu
Ahmad untuk balik ke ladang
bersama-sama nanti. Tiba-tiba, Ali
ternampak seekor burung yang
cedera terbaring di bawah sepohon
pokok. Luka burung itu adalah
pada bahagian sayapnya dan
menyebabkannya tidak dapat
menerbang. Ali yang baik hati
ingin membawa burung itu pulang
ke ladang untuk mendapat
rawatan.

6

Ahmad berjalan di kawasan
rumah dan memerhati
sekelilingnya. Rumah itu telah
dipenuhi dengan sarang labah-
labah dan habuk. Dia cuba
mengetuk pintu rumah tetapi
tidak mendapat sebarang
balasan daripada sesiapa. Dia
menolak pintu dengan perlahan
dan pintu itu terbuka, Rupa-
rupanya pintu itu tidak dikunci.
Ahmad berjalan masuk ke
dalam rumah.

7

Habuk-habuk yang dipenuhi
sekeliling rumah itu menyebabkan
Ahmad berasa tidak selesa dan
berbatuk. Perabot-perabot di
dalam rumah kelihatan usang dan
ada sebahagiannya sudah rosak.
Ketika itu, Ahmad mendengari
satu bunyi dari arah bilik. Dia
berjalan mengikut bunyi ke dalam
bilik tersebut.

8

9

Bunyi tersebut semakin besar
apabila Ahmad berjalan semakin
mendekati sebuah kotak yang
terletak di dalam bilik. Ahmad
mengambil keputusan untuk
membukakan kotak tersebut. Tiba-
tiba, seekor tikus lompat keluar
dari kotak itu. Ahmad sangat
terkejut dengan keadaan di dalam
bilik tetapi bukannya disebabkan
oleh tikus itu. Hal ini kerana dia
juga mendapati bahawa terdapat
emas dan barang-barang kemas di
dalam kotak itu.

10

Di luar rumah, Ali mula berasa bimbang terhadap
Ahmad kerana dia sudah masuk ke dalam rumah
dengan lama tetapi tidak keluar dari rumah
tersebut. Langit semakin gelap dan menjadikan Ali
lebih risau bahawa mereka mungkin berbahaya
dalam perjalanan pulang ke ladang. Ali mengambil
keputusan untuk mencari Ahmad. Setelah Ali
berjumpa dengan Ahmad, Ali mengetahui Ahmad
tentang kecederaan burung tetapi tidak dipedulikan
oleh Ahmad. Ahmad menyatakan kepada Ali
bahawa: ‘Ali, cuba teka apa aku jumpa dalam kotak
itu? Kotak itu ada banyak emas dan barang kemas!
Tiada sesiapa pun dalam rumah ini, mari kita ambil
emas-emas balik dan berkembang di bandar
bersama-sama.’

11

Ali menolak tawaran Ahmad dan berkata
bahawa. ‘Ahmad, kita tidak boleh mengambil
barang yang tidak berkepunyaan dirinya
sesuka hati walaupun tiada sesiapa yang akan
tahu, mari kita balik ke ladang.’ Ahmad tidak
menjawab apa-apa tetapi balik bersama
dengan Ali. Selepas mereka pulang ke ladang,
Ali membalut luka burung tersebut dan ingin
melepaskannya selepas burung itu baik pulih.
Pada waktu malam, Ahmad kembali ke
rumah tersebut untuk mengambil emas-emas
itu walaupun Ali sudah menasihatinya.

12

Pada keesokan hari, Tauke Ng sudah balik
ke ladang dan bertanya kepada Ali
bahawa ‘Mana Ahmad? Dia tak nak kerja
lagi ke? Dah tak jumpa dia sampai tengah
hari.’ Ali memberitahu Tauke bahawa dia
juga tidak tahu dan akan cuba mencari
Ahmad nanti. Setelah Ali telah
menyiapkan tugas harian, dia terfikir
dengan emas-emas yang dikata oleh
Ahmad semalam. Dia mengambil
keputusan untuk pergi ke rumah tersebut
lagi untuk mencari Ahmad. Walau
bagaimanapun, Ali tidak dapat mencari
Ahmad di sana dan dia mendapati bahawa
emas-emas yang dalam kotak itu telah
hilang.

13

Rupa-rupanya, Ahmad sudah menaiki kereta api ke bandar selepas mengambil

emas-emas tersebut dari rumah itu. Apabila Ahmad ingin menggunakan emas-emas

tersebut di bandar, emas-emas itu tiba-tiba menjadi kepada batu. Ahmad berasa

sangat menyesal. 14

15

Ali sudah menjaga burung itu beberapa hari. Burung itu kelihatan sudah baik pulih.
Apabila Ali ingin melepaskan burung itu balik ke hutan, burung itu bertukar kepada
seorang orang tua. Rupa-rupanya, burung itu ialah dewa. Emas-emas dalam rumah
usang itu adalah satu ujian untuk kedua-dua penggembala. Ali yang telah
menyelamatkan burung itu telah diberi satu ladang yang baharu oleh dewa. Ali tidak
sempat untuk menolak hadiah dewa kerana dia hilang selepas bercakap dengan Ali.

Dengan usaha Ali, dia berjaya menjadi seorang peladang tempatan yang terkenal. 16

17

RUJUKAN

Baird, M. (2008). Humble homestead [Illustration]. Emptyeasel. https://emptyeasel.com/2008/09/24/3-
amazing-landscape-paintings-by-pacific-northwest-artist-mitch-baird/

Baugher, G. (2019, October 22). All need is a rustic little cabin in the woods [Illustration]. SuburbanMen.
https://suburbanmen.com/all-need-is-a-rustic-little-cabin-in-the-woods-20160728/590238/?
utm_campaign=3f2c421951-

Berbas, A. (2018, August 5). In a perfect world [Illustration]. Pinterest.
https://www.pinterest.com/pin/3166662225917979/

Chialiva, L. (2009, October 21). A young shepherd with his flock [Illustration]. Bonhams.
https://www.bonhams.com/auctions/17523/lot/134/

Darge, F. (2007, May 19). Old Pedro the Goat Herder [Illustration]. Heritage Auctions.
https://fineart.ha.com/itm/paintings/fred-darge-1900-1978-old-pedro-the-goat-herderoil-on-linen36in-x-
30insigned-lower-rightsigned-and/a/653-36404.s

Elliott, P. (2016). How to care for an injured bird that can’t fly [Illustration]. Wikihow.
https://zh.wikihow.com/%E7%85%A7%E9%A1%BE%E5%9B%A0%E5%8F%97%E4%BC%A4%E8%8
0%8C%E4%B8%8D%E8%83%BD%E9%A3%9E%E7%9A%84%E9%87%8E%E7%94%9F%E5%B0%8
F%E9%B8%9F

Fisher, G. (2010, December 12). The business that tweeted wolf! [Illustration]. Garry Fisher’s Blog.
https://garryfisher.wordpress.com/author/plasticmortal/

Games, M. (2015, October 9). Child of the forrest [Illustration]. DeviantArt.
https://www.deviantart.com/madheadgames/art/ROP-Child-Of-The-Forrest-565101587

Harold Davis, C. (1903). The oak [Illustration]. Pinterest.
https://www.pinterest.com/pin/414331234449455981/

Mauve, A. (1927, January 6). The young shepherdess [Illustration]. Christie’s.
https://www.christies.com.cn/zh-cn/lot/lot-5827305

Rembieliński, P. (2019). WARSAW, KRAKOWSKIE PRZEDMIEŚCIE [Illustration]. Atart.
https://atart.com.pl/obraz/warszawa-krakowskie-przedmiescie/

Ronner, H. (2004, April 20). HENRIËTTE RONNER-KNIP DUTCH [Illustration]. Invaluable.
https://www.invaluable.com/auction-lot/henriette-ronner-knip-dutch-1821-1909-127-c-v888wnahrn#
Salgado, S. (2021). Fantasy wizard [Illustration]. Pinterest.
https://www.pinterest.com/pin/15270086231998646/

Tetereva, A. (2017, January 8). Lake and Forest [Illustration]. LiveJournal.
https://rama909.livejournal.com/11333418.html


Click to View FlipBook Version