The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Izzat Yamin, 2019-09-03 23:51:35

MAJLIS RESTU ILMU

e-pamplet

MAKTAB RENDAH SAINS MARA SEMPORNA

M ajlis
Restu
I lmu

2019

27 September 2019 (Jumaat)
07.30 AM - 10.30 AM
Pusat Islam Al-Furqan,
MRSM Semporna

Program ini adalah anjuran MRSM Semporna untuk
memohon pengharapan ke hadrat Ilahi setelah
bertungkus lumus menggandakan usaha untuk
kejayaan PT3 dan SPM 2019. Selain itu juga
program ini dianjurkan dengan tujuan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5
untuk memohon restu dan redha dari guru serta ibu
bapa sebelum menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM.

• Memohon keberkatan dan nusrah daripada Allah
SWT supaya dapat menjalani peperiksaan PT3
dan SPM dengan baik.

• Memohon restu guru juga ibu bapa kepada anak-
anak didik PT3 dan SPM 2019.

• 50 orang pelajar Tingkatan 3
• 44 orang pelajar Tingkatan 5
• 190 orang ibu bapa calon PT3 dan SPM
• Guru-guru MRSM Semporna

Sepatah Dua Kata dari
Pengetua MRSM Semporna

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada semua ibu

bapa serta anak-anak calon PT3 dan SPM 2019. Alhamdulillah, saya
mengambil kesempatan ini mendoakan semoga anak-anak diberikan
kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan ketajaman ingatan.

Jagalah hubungan anak-anak dengan insan yang paling
banyak memberi ilmu kepada anak-anak iaitu, guru-guru. Pandang
mereka dengan pandangan hormat dan penuh taat. Jagalah hubungan
anak-anak dengan ibu bapa. Dapatkan keredhaan ibu dan ayah, supaya
doa mudah dimakbulkan oleh Tuhan.

Mohonlah ampun maaf, restu dan juga redha daripada
mereka dan harapkan doa daripada mereka. Jangan lupa menjaga
hubungan kita dengan TUHAN. Ingatlah, apa pun yang kita usahakan,
yang akan membuahkan hasilnya hanyalah Allah SWT kerana DIA
PEMILIK SEGALA PERBENDAHARAAN. Saya dan guru-guru sentiasa
mendoakan kejayaan anak-anak. Semoga maju jaya.

Akhir kata, yakinlah pada diri dan mulalah mencipta
sejarah hidup yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya Allah,
saya yakin anak-anak sekalian akan beroleh kejayaan sesuai dengan
usaha yang dilakukan. Perahu sudah di muara, pendayung pula sudah di
tangan anak-anak. Mudiklah perahu itu ke muara dengan selamat agar
dapat mencapai matlamat anak-anak.

SEKIAN

Sepatah Dua Kata dari YDP
Muafakat MRSM Semporna

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera kepada guru-guru

MRSM Semporna, ibu bapa serta anak-anak calon PT3 dan SPM 2019.
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari
masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi
menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang.

Tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk
anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Sedangkan mereka
ini hidup dalam zaman yang semakin mencabar dengan masalah sosial
dan ekonomi. PT3 merupakan langkah pertama anak-anak Tingkatan 3
untuk menuju ke pendidikan menegah atas manakala SPM pula langkah
pertama pelajar Tingkatan 5 untuk menuju ke dunia pendidikan tinggi.

Buatlah yang terbaik. Apa yang paling penting ialah
bagaimana pengakhiran kita, iaitu keputusan yang kita inginkan. Meski
pun begitu, keputusan peperiksaan bukanlah penentu segalanya.
Namun segalanya akan ditentukan melalui keputusan peperiksaan yang
cemerlang.

Anak-anak sekalian, mohonlah ampun dan maaf, restu dan
juga redha dari guru-guru kamu serta kedua ibu bapa kamu.
Sesungguhnya doa dan harapan ibu bapa serta guru-gurulah yang akan
mengiringi perjalanan kamu. Saya ucapkan selamat maju jaya buat
anak-anak calon PT3 dan SPM 2019. Semoga kejayaan milik kalian.

SEKIAN

TENTATIF PROGRAM

7.30 AM : Pendaftaran ibu bapa

8.00 AM : Ketibaan Pengetua dan
YDP Muafakat MRSM Semporna

8.15 AM : Solat Hajat
: Bacaan Yassin dan Doa
: Ucapan Wakil Pelajar
Tingkatan 3
: Ucapan Wakil Pelajar
Tingkatan 5
: Ucapan Pengetua
MRSM Semporna
: Ucapan YDP Muafakat
MRSM Semporna
: Penyerahan Alat Tulis kepada
Pelajar Tingkatan 3 dan 5
: Bersalam-salaman

10.30 AM : Majlis bersurai

AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS RESTU ILMU

PT3 DAN SPM 2019

PENASIHAT
EN. ZAKPAR BIN MAHPUT

PENGERUSI
EN. SHAHARIMAN BIN ABD RAHMAN

PENYELARAS
EN. MUHD AMIR AZAMUDDIN BIN RASHID

SETIAUSAHA
PN. NORAIDA BINTI JAMLIE

AJK SAMBUTAN
EN. MUHAMMAD KHALID BIN SAZALI

AJK JEMPUTAN
PN. NORAIDA BINTI JAMLIE

AJK PAMPLET
EN. MUHAMMAD IZZAT BIN YAMIN

AJK CENDERAHATI
PN. NURFATIN AFIQAH BINTI AHMAD NIZAM

AJK PERSIAPAN TEMPAT
EN. AMRAN BIN BACHO

AJK SIARAYA
EN. ABDULLAH HARITH BIN SHAMSHUDDIN

AJK PENGACARAAN MAJLIS
EN. MOHD ZAKARIA BIN AHMAD

AJK BACAAN YASSIN
EN. MUHAMMAD BIN KADER

AJK SOLAT HAJAT
EN. SHAFWATULLOH BIN ABDUL BASITH

AJK MAKANAN
CIK MASYITAH BINTI MOHD SAIDI

AJK DOKUMENTASI
EN. ALIF ASYRAF BIN ZAIDA

AJK KAWALAN PELAJAR
E.N. ADAM ANWAR BIN NOOR AZAM

“ Pada ibu bapa terletaknya
doa dan harapan ...
… dan pada guru pula terletaknya
”keberkatan.

Bisikan Nurani Qalbuku


Click to View FlipBook Version