49
PENGLIBATAN /
PERANAN
D01 : PERANCANGAN
& LAPORAN PROJEK
D02 : PERANAN-PERANAN LAIN
510
SK TANGGA BATU, KM 16, SUNGAI UDANG, 76300 MELAKA
LAPORAN PROGRAM & AKTIVITI TAHUN 2021
Pertandingan / Program Program Riang Ria Raya
Tarikh pertandingan / program Sepanjang bulan Ramadan
Tempat Kelas PPKI SKTB
pertandingan / program
Anjuran/ nama pengelola KPKP SKTB
Peringkat -
Guru penasihat Pn Norizan bt Hj Mohd Saleh
Jumlah peserta Pn Khairiah bt Abd Rashid
Semua murid KPKP
Kategori Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Jumlah
LP LP besar
Murid L PL P LP
Guru 95 95 14
5
5 5
PPM 2 2 2
9 12 21
(Jika berkenaan )
51
Jumlah besar
Kejayaan yang dicapai Penyertaan semua murid dan guru
(Nyatakan sama ada menjadi termasuk guru praktikum PITO.
johan/ kedua/ ketiga/ saguhati -Pn. Haidi Fadilah bt Abdullah Halim-
dsb)
Hadiah yang dimenangi: -Tiada-
(Nyatakan sama ada
menerima piala/ jumlah wang
tunai atau hadiah-hadiah lain)
Peruntukan / perbelanjaan -Rm150
Kekuatan -Kerjasama antara guru dan ppm
-Lokasi di sekolah memudahkan guru
dan murid (bilik dapur)
Kelemahan - Murid tidak yakin dengan diri sendiri
Fokus/objektif pada program -Pemilihan aneka jenis biskut raya dan
akan datang kerepek dapat dipelbagaikan agar lebih
meriah murid merasa seronok
Langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan agar - Persediaan alatan dapur perlu ditambah
objektif tercapai. dan dipelbagaikan agar lebih lengkap.
Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :
( Sa’ayah bt Abdul ) ( Pn. Norizan bt Mohd Salleh )
Guru Pendidikan Khas
GPK Pendidikan Khas
52
Laporan Bergambar
53
PERANAN LAIN
Program Ihya’ Ramadan .
Sambutan Pra Aidil Fitri .
Membina modul subjek .
Penghantaran modul ke rumah
Bina modul kukuh bacaan .
54
PENULISAN
JURNAL
E01 : PENULISAN JURNAL
MINGGUAN
E02 : CATATAN KEMAJUAN
TINDAKAN SUSULAN
515
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 1
BIMBINGAN MASALAH TUMPUAN TERHADAP PENGAJARAN GURU
DALAM KALANGAN KANAK-KANAK AUTISME KELAS ISTIMEWA 1
1. Isu yang difokuskan :
Pemerhatian yang dilakukan dalam minggu pertama dapat saya kenal pasti masalah
tumpuan dalam kalangan murid autisme kelas Istimewa satu.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Autisme atau juga dikenali sebagai ASD (gangguan spektrum autisme) merupakan satu situasi
kecelaruan yang berlaku secara lahiriah. Autisme terjadi bersama bayi yang dikandung.
Kesan kecelaruan neuro ini menyebabkan seseorang yang mempunyai autisme menghadapi
masalah berkaitan sensori, komunikasi dan sosial. Lazimnya anak autisme mengalami
masalah lambat bertutur. Ada yang mengambil masa sehingga enam tahun untuk berbicara
seperti orang lain. Kanak-kanak autisme juga mempunyai masalah dengan perkataan yang
abstrak seperti gembira, sedih, menyampah atau tidak setuju kerana faktor perbezaan cara
memproses maklumat berbanding orang biasa. Dari aspek sosial pula, mereka susah untuk
berkomunikasi dengan orang sekeliling. Oleh sebab itulah mereka bermain sendiri, bersosial
dengan cara tidak lazim seperti mengajak rakan bermain dengan cara menolak rakan, tidak
faham bahasa tubuh serta tidak memahami bahasa tubuh ketika berkomunikasi.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Nilai tumpuan yang diberikan oleh murid bermasalah pembelajaran adalah sangat bermakna
bagi meningkatkan kefungsian dan pembelajaran mereka. Dapatan kajian secara
keseluruhannya menunjukkan penggunaan origami yang mengetengahkan pembelajaran
secara hands-on mampu meningkatkan penglibatan murid sama ada secara fizikal dan
mental. Pengajaran origami yang seakan-akan bersifat sebuah permainan berstruktur mampu
meningkatkan kemahiran imaginasi, logik dan spatial murid bermasalah pembelajaran.
Kemahiran komunikasi dan sosial turut dapat diperkembangkan melalui interaksi dua hala
yang wujud semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran origami. Oleh yang demikian, 56
berdasarkan dapatan yang diperolehi, pengkaji ingin mencadangkan bahawa
penggunaan origami dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah
pembelajaran perlu diketengahkan kerana implikasinya bukan sahaja kepada golongan
murid ini sahaja tetapi turut melibatkan peranan guru dan ibu bapa serta kurikulum.
Pihak sekolah harus memberi perhatian terhadap penggunaan origami sebagai bahan
atau medium pengajaran utama khususnya untuk kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Penggunaan origami yang fleksibel dan boleh diserapkan untuk mengajar
pelbagai matapelajaran seharusnya menjadi pilihan kepada guru untuk
mengaplikasinnya kepada anakanak murid mereka. Malah, kepelbagaian kaedah yang
boleh diaplikasikan semasa pengajaran origami seperti demonstrasi, permainan,
tayangan video dan simulasi sepatutnya diberikan perhatian wajar oleh guru dalam
mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran.
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Setakat ini, tiada ubat yang dapat merawat autisme. Kanak-kanak autisme memerlukan
rawatan multidisiplin atau terapi yang. Antara rawatan yang penting untuk kanak-kanak
autisme adalah seperti terapi pertuturan dan bahasa yang dapat membantu
meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak.
Kedua, terapi cara pulih kerja yang mengajar kemahiran bagi membantu kanak-kanak
autisme hidup berdikari sebanyak yang mungkin seperti kemahiran berpakaian, makan,
mandi , dan yang berkaitan dengan komuniti. Ketiga, terapi rangsangan pancaindera /
deria iaitu terapi integrasi deria membantu individu dengan maklumat deria, seperti
pemandangan, bunyi, dan bau. Ia dapat membantu kanak-kanak yang terganggu oleh
bunyi-bunyi atau tidak suka disentuh.
Oleh yang demikian, saya memilih untuk menggunakan terapi ransangan
pancaindera dalam sesi pengajaran saya akan datang. Saya berharap dengan
meransang beberapa deria kanak-kanak iaitu sentuhan, penglihatan, dan pendengaran
sekurang-kurangnya dapat membantu mereka belajar dengan lebih baik dalam memberi
penumpuan terhadap sesi pengajaran guru.
57
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Bagi tindakan susulan, saya boleh menggunakan terapi seni visual dan terapi seni muzik
sebagai satu bentuk ransangan deria lain yang tidak kurang hebatnya bagi menarik
perhatian kanak-kanak autisme.
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
29 April 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Saya telah menggunakan video berkaitan topik pengajaran bagi merangsang deria
pandang dengar murid. Manakala bagi merangsang deria sentuhan pula, saya
menghasilkan patung muka dengan anggota seperti telinga, mata, mulut dan hidung yang
boleh dilekat dan ditanggalkan menggunakan pelekat velcro. Murid kelihatan aktif dan
berminat serta membantu pembelajaran murid lebih bermakna.
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, saya dapati kanak-kanak autisme perlu diberi bimbingan secara
berterusan di samping sokongan daripada ibu bapa dan ahli keluarga di rumah sepanjang
masa bagi meningkatkan menarik perhatian mereka, seterusnya memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru bagi meningkatkan pemahaman mereka.
10. Rujukan :
https://thediagnosa.com/autisme-punca-simptom-rawatan/
Manisah Mohd. Ali* & Norizza Sahal ( 2016 ). Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1)(2016): 1-6
. Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran
(The Intervention Increased Attention in Students Weith Learning Disabilities) . Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor diperolehi daripada
http://journalarticle.ukm.my/10451/1/14002-38450-1-SM.pdf
58
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 2
BIMBINGAN MASALAH PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG SESUAI
DENGAN KANAK-KANAK LEMBAM DALAM TAHUN ISTIMEWA 3
1. Isu yang difokuskan :
Pemerhatian yang dilakukan dalam minggu kedua dapat saya kenal pasti masalah
penggunaan bahan bantu mengajar sesuai kanak-kanak lembam tahun Istimewa 3.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Individu yang mengalami masalah lembam sukar untuk memproses maklumat dan
mengalami kekeliruan sekiranya berdepan dengan suasana persekitaran asing seperti
tersesat di dalam hutan. Ahli Psikologi Klinikal, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Siti Irma Fadhilah Ismail, berkata daya
ingatan seseorang yang lembam mungkin bermasalah hingga menyukarkan untuk
memberi tumpuan pada satu-satu hal. Katanya, tidak dinafikan kanak-kanak atau remaja
yang menghadapi masalah lembam mungkin rasa takut, kadang-kadang akan
mengasingkan diri sebagai langkah berjaga-jaga.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Dalam jurnal bahasa yang dikaji oleh Puteri Roslina Abdul Wahid (2016) bertajuk ‘ Gaya
Pembelajaran Kanak-Kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu’ daripada
Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah mendapati
bahawa gaya pembelajaran visual lebih mempengaruhi kanak-kanak lembam dalam
proses P&P. Penglibatan bahan konkrit boleh membantu kanak-kanak dalam memahami
dan mempelajari sesuatu pembelajaran dengan baik. Bahan bantu mengajar amat
penting dalam menarik minat mereka untuk belajar. Kepelbagaian cara dan kaedah
pembelajaran juga penting untuk mengelakkan timbulnya kebosanan dalam diri kanak-
kanak. Selain itu, penglibatan gaya pembelajaran kinestetik juga penting untuk keterlibatan
kanak-kanak secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Gaya pembelajaran visual
dan kinestetik tidak membebankan kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu kerana
kanak-kanak boleh belajar dalam keseronokan. Walaupun pembelajaran yang sama
harus diulang kerap kali tetapi 59
situasi keseronokan belajar itu penting dalam diri kanak-kanak. Berdasarkan hasil
dapatan yang diperoleh, penerapan gaya pembelajaran auditori telah menyebabkan 80
peratus dalam kalangan kanak-kanak melakukan kesalahan semasa menulis
perkataan. Bagi gaya pembelajaran visual dan kinestetik, didapati kesalahan menulis
perkataan sebanyak 40 peratus dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun,
penulis mendapati tiga orang kanak-kanak yang memerlukan separa bimbingan dan
dua kanak-kanak yang memerlukan sepenuh bimbingan. Bimbingan diberikan kerana
ketidakupayaan kanak-kanak kajian dalam memahami sesuatu perkara. Oleh itu, gaya
pembelajaran kanak-kanak lembam sudah dikenal pasti dan soalan ujian berkaitan
kefahaman pembelajaran akan diterapkan dengan penggunaan gaya pembelajaran
berkenaan.
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Rentetan daripada teguran dan nasihat guru pembimbing berkaitan penggunaan bahan
bantu mengajar yang kurang sesuai kerana aras agak tinggi dengan murid lembam
akan menyukarkan objektif pengajaran guru dicapai. Oleh yang demikian, saya akan
cuba membina bahan bantu mengajar yang lebih baik dala sesi pengajaran pada
masa akan datang. Sudah tentu, bahan yang akan saya hasilkan kelak akan
mengambil kira deria ransangan murid seperti rasa, lihat, sentuh dan dengar. Bahan
pengajaran juga perlu menggunakan objek sebenar atau gambar sebenar yang
berwarna, gambar yang besar serta latihan menulis secara berpandu dan mampu
dicapai oleh murid.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu
6. Tindakan susulan :
Bagi tindakan susulan, saya akan cuba libatkan murid dengan lebih aktiviti kinestetik
dalam proses pembelajaran. Jika dalam sesi pembelajaran di rumah, saya akan
sediakan video pengajaran dan pembelajaran secara animasi yang sesuai dengan
tahap pencapaian murid serta menggalakkan aktiviti lisan untuk mengukuhkan
penguasaan murid lembam.
60
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
5 Mei 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Dalam pengajaran sesi ini, saya menggunakan lebih banyak bahan bantu mengajar
agar murid saya yang dalam kategori lembam ini akan lebih terangsang dengan
pembelajaran mereka. Antara bahan bantu belajar yang saya gunakan adalah
komputer, pembesar suara, kad cantuman gambar, kad perkataan, buku teks BM tahun 3
dan pen penanda dengan dua warna berbeza. Saya perhatikan murid kelihatan teruja
dengan semua alatan yang saya bawa. Jadi, kesediaan belajar mereka telah
meningkat. Situasi ini adalah positif dan membantu mereka belajar dengan lebih mudah.
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, saya dapati kanak-kanak lembam akan lebih terdorong apabila mereka
diberi bahan bantu belajar yang sesuai dengan tahap perkembangan mental mereka.
Namun demikian, bahan bantu yang di luar pengalaman mereka pula sebaliknya akan
mengambil masa dalam penguasaan pemahaman mereka. Ini kerana, penerimaan
pengalaman baru sememangnya agak sukar bagi mereka. Sebab itulah, sesi
pengajaran tersebut agak mengambil masa kerana saya menggunakan masa yang
banyak untuk memberikan pengetahuan baru kepada mereka.
10. Rujukan :
Osman Lisut (2019). Kanak-Kanak Lembam Sukar Proses Maklumat, Suasana Asing
diperolehi daripada https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/08/595373/kanak-
kanak-lembam-sukar-proses-maklumat-suasana-asing
Mohd. Hanafi Mohd. Yasin et. Al.(2012) Genggaman Pensel Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis. diperolehi daripada
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/37
Puteri Roslina Abdul Wahid et.al (2016) Gaya Pembelajaran Kanak-Kanak Lembam
dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
62
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA INTERAKTIF
BAGI MENGUKUHKAN KONSEP MATEMATIK DALAM KELAS ISTIMEWA 2
1. Isu yang difokuskan :
Pemerhatian yang dilakukan dalam minggu ketiga dapat saya kenal pasti masalah
pengukuhan konsep Matematik dalam kelas Istimewa 2.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Seseorang guru memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu
maklumat secara berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan seterusnya
menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang panjang. Ini bagi memastikan ianya
boleh digunakan sekiranya pelajar menghadapi masalah yang memerlukan penyelesaian.
Justeru itu, pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat
meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar. Ini berikutan, saya dapati murid kelas
Istimewa 2 memerlukan pengukuhan khas bagi membantu mereka menguasai konsep asas
tambah dalam Matematik.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan
konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman dalam
matematik. Kefahaman konsep merupakan perkara penting dalam pembelajaran matematik.
Para pelajar yang tidak dapat menguasai konsepnya menganggap mata pelajaran itu sukar.
Kajian Meissner (1983) pula menyatakan kefahaman perkaitan merupakan kunci
kejayaan pelajar dalam mata pelajaran matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987),
kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih
rendah, iaitu dalam bentuk hiraki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas
sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman
konsep.
Menurut Okey (1978), di antara sebab pelajar hilang minat terhadap pembelajaran
adalah bahan pengajaran yang tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi
kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan 63
pendekatan pembelajaran yang statik.
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Berdasarkan masalah ini, saya mencadangkan beberapa jalan penyelesaian terhadap
masalah pemahaman konsep tersebut :
(a) Menyediakan nota yang ringkas dan mudah, serta pemilihan grafik yang menarik bagi
membantu pemahaman konsep murid.
(b) Menghasilkan pengajaran Matematik secara interaktif , dengan galakan seperti
memohon maklum balas secara lisan bagi menunjukkan keberkesanan pengajaran
guru dan penguasaan konsep Matematik oleh murid.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Dua Minggu.
6. Tindakan susulan :
Selepas cuti perayaan pada minggu keempat praktikum PITO . Maka bermulalah pengajaran
dan pembelajaran di rumah ( PdPR ). Oleh itu, saya mengambil peluang ini dengan
menyediakan pengajaran Matematik secara rakaman video. Bagi mengukuhkan konsep
tambah dalam lingkungan 20, saya telah menggunakan animasi objek bola secara ansur
maju. Terdapat beberapa peringkat pengukuhan yang saya gunakan iaitu, penggunaan
objek bola yang muncul satu demi satu, panduan pengiraan konsep tambah dengan iringan
audio secara mekanis, dan dengan menggunakan animasi yang sama tetapi tanpa audio
suara kiraan. Saya meminta murid merakam suara mereka mengira secara mekanis dan
hantar kepada saya melalui whatapps peribadi.
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
19 Mei 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Cadangan penyelesaian masalah yang dicadangkan telah diambil tindakan dan dilihat telah
memberikan impak yang amat positif dalam kalangan murid kelas Istimewa 2. Tiga daripada
empat murid memberikan maklum balas yang diingini. Malah, saya mendapat maklum balas
daripada ibu bapa murid yang mengatakan anak mereka teruja apabila mereka dikehendaki
membuat rakaman suara mengira secara mekanis. Ibu bapa turut gembira apabila melihat
penglibatan anak-anak mereka secara aktif dalam PdPR. 64
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, saya dapati kanak-kanak yang memahami konsep dalam pengajaran
Matematik akan lebih teruja untuk mengikuti sesi pembelajaran yang akan datang.
Anak-anak yang memahami konsep Matematik tersebut juga dapat menunjukkan
penguasaan pemahaman mereka melalui maklum balas hasil tugasan modul yang
diberi oleh guru. Saya juga maklum bahawa rakaman video pengajaran membantu
murid menguasai pengajaran guru. Ini kerana, pautan you tube yang diberikan itu
dapat dilihat berulang kali oleh murid. Mereka juga yakin, kerana video tersebut saya
hasilkan sendiri dan bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka.
10. Rujukan :
Azizi Hj. Yahaya dan Elanggovan A/L M. Savarimuthu. Kepentingan Kefahaman Konsep
dalam Matematik .http://eprints.utm.my/id/eprint/10413/1/1.10_Bab2.pdf`
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. Kefahaman Konsep dalam Matematik.
https://www.academia.edu/6558888/Kefahaman_Konsep_dalam_Matematik
65
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM KALANGAN MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN KELAS ISTIMEWA 4.
1. Isu yang difokuskan :
Melalui pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya dapati
murid-murid tahun Istimewa 4 boleh membaca dan memahami pada tahap rendah. Namun
demikian, tulisan mereka agak ‘cakar ayam’ . Oleh sebab itu, guru pembimbing yang
merupakan juga guru Bahasa Melayu kelas Istimewa 4 memberikan cadangan kepada
saya agar menggabungkan kemahiran menulis bagi membantu meningkatkan kemahiran
menulis. Beliau juga turut berbuat demikian dalam usaha memulihkan kemahiran menulis
mereka.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Dalam kelas Istimewa 4, murid saya masing-masing dengan masalah lembam, ADHD,
autisme dan hiper aktif boleh membaca dengan bimbingan. Mereka juga tidak segan
apabila diminta memberikan idea dan pendapat. Namun demikian, apabila diminta menulis
walau pun sekadar menyalin frasa atau ayat mudah, saya dapati kemahiran menulis itu
menjadi sesuatu yang sukar dan tidak diminati. Ada kemungkinan murid-murid itu telah
diberi fokus yang lebih kepada penguasaan membaca dalam kemahiran-kemahiran yang
lepas menyebabkan mereka mengahadapi masalah dan agak ketinggalan dalam
kemahiran menulis kini.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Kemahiran menulis merupakan satu kebolehan atau keupayaan yang perlu dikuasai pada
peringkat permulaan pembelajaran. Brunni (2006) menyatakan bahawa kemahiran menulis
menjadi asas kepada beberapa perkara seperti menentukan corak genggaman sewaktu
memegang pensel dan juga asas pergerakan yang melibatkan otot halus pada bahagian
tangan yang melibatkan penulisan atau kemahiran motor halus.
Menurut Sassoon (1989) dalam kajian Norain et.al (2005), tujuan dan keutamaan
mengajar kanak-kanak menulis supaya kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang
cantik, kemas, dan mudah dibaca. Mereka sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis
yang betul pada peringkat awal lagi kerana tulisan adalah satu bentuk komunikasi. 66
Melalui penulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, mereka sebenarnya diberi peluang
untuk menyalurkan sesuatu idea yang terkandung di dalam pemikiran mereka dengan
kemampuan yang ada pada peringkat usia tersebut. Sesungguhnya kaedah pengajaran
yang tidak betul akan membantutkan kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan
memberikan ruang kepada mereka untuk mengembangkan tabiat buruk ketika menulis.
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Berdasarkan masalah ini, saya telah bersedia dengan beberapa langkah bagi membantu
meningkatkan kemahiran menulis dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Sosial dan
Alam Sekitar yang saya ajar di kelas Istimewa 4, antaranya adalah :
(a) memberikan latihan menyurih ayat berkaitan rumusan isi pelajaran .
(b) sentiasa mengingatkan murid-murid agar cermat ketika menulis agar dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan bermakna.
(c) berpesan kepada ibu bapa agar dapat bersama-sama memantau serta
memastikan anak-anak menulis dengan kemas mengikut panduan guru.
(d) memberikan kata-kata penghargaan dan emoji berkaitan sebagai galakan dan
ganjaran atas usaha murid.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Bagi tindakan susulan, saya telah menggabung jalinkan kemahiran menulis dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains Sosial dan Alam Sekitar dengan menyediakan latihan
menyurih dalam tugasan modul mereka. Saya memberikan latihan menyurih perkataan
demi perkataan yang membentuk ayat bermakna berkaitan isi pelajaran pada hari tersebut.
Kemudian, saya meminta murid membaca ayat yang ditulisnya. Manakala, ibu bapa
merakam suara bacaan anak-anak mereka dan hantar kepada saya. Selain itu, hasil
tugasan modul tersebut diambil gambar dan hantar untuk disemak. Setelah menyemak
hasil tulisan murid yang kemas dan cermat, saya memberikan maklum balas dalam bentuk
kata-kata pujian dan emoji yang berkaitan sebagai penghargaan kepada usaha murid
yang sedia berubah. Harapan saya, dalam suatu tempoh nanti, jika usaha ini berterusan
tidak mustahil perubahan itu akan berlaku. 67
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
27 Mei 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di rumah kini. Ibu bapa dan ahli keluarga
adalah insan terhampir yang boleh membantu murid dalam apa jua kemahiran belajar
yang hendak dikuasai. Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa murid yang sangat
memberikan kerjasama dan komitmen terhadap pelajaran anak-anak mereka. Saya juga
percaya, keberkesanan kemahiran menulis ini juga dipengaruhi oleh tempoh masa yang
mencukupi dan keselesaan belajar apabila murid berada di rumah serta dalam suasana
persekitaran yang selesa.
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pandemik kini yang berlaku di rumah
benar-benar mencabar. Kita sedia maklum, murid-murid yang bermasalah pembelajaran
memerlukan situasi yang kondusif agar objektif pengajaran guru dapat dicapai. Belajar di
dalam kelas di sekolah sememangnya terbaik dengan segala kemudahan yang ada dan
mempunyai pembantu pengurusan murid yang turut membantu menjayakan sesi
pengajaran guru serta perjalanan aktiviti murid. Namun demikian, kerjasama ibu bapa
sangat-sangat diperlukan bagi mengekalkan mood belajar murid sentiasa pada tahap
yang tinggi dan kekal bermotivasi dalam menghadapi situasi belajar dari rumah agar
sehampir mungkin dengan belajar di sekolah.
10. Rujukan :
Meningkatkan Kemahiran Menulis dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran
Program Integrasi Pendidikan Khas Di Malaysia .
https://www.slideshare.net/nurul2307/meningkatkan-kemahiran-menulis-dalam-kalangan-
murid-bermasalah-pembelajaran-program-integrasi-pendidikan-khas-di-malaysia-phd
Lim Chen Yin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar. ( 2 0 1 2 ) . J u r n a l
Pe n d i d i k a n B a h a s a M e l a y u . Genggaman Pensel Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis.
68
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 6
TEKNIK BERCERITA BAGI MENGEKALKAN TUMPUAN DAN MENINGKATKAN INTERAKSI
LISAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK LEMBAM DAN ADHD DI KELAS ISTIMEWA 3.
1. Isu yang difokuskan :
Selama saya menjalani praktikum dan memerhatikan gaya belajar murid-murid tahun
Istimewa 3 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mendapati murid-
murid saya menghadapi masalah dalam mengekalkan tumpuan belajar dan mudah lupa.
Mereka juga agak lambat dalam sesuatu tindakan. Selain itu, tahap pengalaman peribadi
murid juga agak terhad yang menyukarkan mereka serta mengambil masa yang lama
untuk menyerap ilmu pengetahuan yang baru.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Sepanjang menjalani praktikum, saya mendapati tidak mudah untuk mengekalkan
tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan jika teknik
yang guru gunakan tidak disukai oleh murid. Bagi membantu menyelesaikan masalah ini,
saya terdorong untuk menggunakan teknik bercerita. Saya percaya dan yakin teknik
bercerita ini akan dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada murid dan seterusnya
dapat meningkatkan minat dan kefahaman mereka terutama dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Mastura et. al. (2009) mendapati, penyampaian secara penceritaan oleh guru
menyebabkan suasana pembelajaran menghiburkan dan pelajar sentiasa memberi 455
respon positif dan bersoal jawab bersama guru. Kesannya pembelajaran tersebut
membentuk kelas yang interaktif dan saling interaksi antara pelajar dan guru. Manakala
Roselan (2001), mendapati interaksi lisan membolehkan guru memindahkan pengetahuan
dan kemahiran penulisan kepada pelajar. Tanpa interaksi lisan, pembelajaran tidak akan
berlaku kerana guru tidak mempunyai saluran untuk menyalurkan pengetahuan dan
kemahiran penulisan mereka kepada pelajar.
69
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Berdasarkan kepada masalah ini, saya telah aturkan beberapa langkah penyelesaian,
antaranya adalah :
(a) Merangsang daya kreativiti murid berfikir melalui tontonan video cerita kartun
berkaitan isi pelajaran pada hari tersebut,
(b) murid mendengar gaya penyampaian guru bercerita secara kreatif berkaitan
bahan rangsangan yang disediakan berpandukan rujukan buku teks,
(c) murid mendengar lagu yang bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan
oleh guru,
(d) guru menyediakan dan menyusun atur bahan grafik mengikut kesesuaian jalan
cerita, dan
(e) guru membina cerita mudah mengikut kemahiran yang telah dicapai oleh murid.
( kv+kvk )
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Memandangakan sekarang situasi belajar secara dalam talian. Maka, dalam menjayakan
perancangan ini, saya memilih menggunakan kaedah pengajaran bersemuka secara
google meet agar teknik bercerita lebih relevan unruk disampaikan. Bagi menjayakan
teknik bercerita ini, saya menggunakan pelbagai media untuk menarik tumpuan murid
serta meransang daya fikir mereka. Antara bahan pengajaran yang saya sediakan adalah
video cerita, lagu kartun berkaitan topik pelajaran, membina ayat tunggal mudah mengikut
tahap penguasaan murid ( kv+kvk ), menyediakan bahan grafik yang menarik serta saya
turut menggunakan teknik 5W1H (siapa, bila, mengapa, bagaimana, dimana dan apa)
untuk menyediakan soalan bagi dijawab oleh murid. Soalan ini adalah berkaitan tajuk
cerita pada hari tersebut, jalan cerita, serta menguji pemahaman murid tentang isi
pelajaran. Dengan adanya persoalan semasa bercerita, ini akan meningkat penglibatan
murid terhadap PdP guru dan menghasilkan hubungan pelbagai hala dalam kelas.
Setelah habis bercerita, saya juga menerapkan serba sedikit unsur nilai murni dalam cerita
supaya teknik bercerita menjadi lebih bermakna kepada murid.
70
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
15 Jun 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Saya dapati teknik bercerita dapat meningkatkan kekerapan penggunaan kemahiran lisan
dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan interaksi lisan sewaktu
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta dapat
meningkatkan penguasaan lisan murid. Apa yang dapat diperhatikan, semasa sesi
bersemuka ini murid lebih berkeyakinan dan berani memberikan maklum balas terhadap
soalan-soalan guru kerana sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik.
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan tindakan susulan yang saya lakukan. Saya
gembira dengan maklum balas yang diberi oleh murid saya. Saya juga berterima kasih
kepada ibu bapa murid yang memberikan komitmen sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran secara google meet berlangsung. Saya kagum kerana ibu bapa dan murid
saya dapat bertahan selama hampir satu jam sesi google meet berlangsung. Namun,
hasilnya berbaloi kerana berlaku perubahan tingkah laku murid dalam penguasaan
membaca dan kemahiran lisan mereka.
10. Rujukan :
Mastura Hasim@Mohamad, Nurulhuda T.,Nurulhuda R. (2009), Penceritaan dan
permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Roselan Baki. (2001). Interaksi lisan dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu
daripada perspektif guru.Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan, Malaysia.
Mohd Rafi bin Ghazali* & Zanariah binti Ibrahim. Penggunaan Teknik Bercerita untuk
Meningkatkan Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Sekolah. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Rendah.
https://icge.unespadang.ac.id/asset/file/files/icge%20III/pembangunban%20pendidikan/PE
MBANGUNAN%20PENDIDIKAN_7.pdf
71
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 7
MEMBINA HUBUNGAN BAIK DENGAN IBU BAPA BAGI MENYOKONG PENCAPAIAN
& PERKEMBANGAN AKADEMIK MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.
1. Isu yang difokuskan :
Saya sedar murid-murid di kelas Pendidikan Khas SK Tangga Batu rata-rata bermasalah
dalam pembelajaran selain hiper aktif, sindrom down, autisme dan ADHD. Saya pula diberi
tanggungjawab mengajar empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris. Jadi, saya mengajar semua murid di kelas Pendidikan Khas tahun 1,
tahun 2, tahun 3 dan tahun 4 yang seramai 14 orang kesemuanya. Hasil pemerhatian saya,
potensi murid-murid ini masih boleh digilap jika mereka diberi sokongan yang sewajarnya
oleh individu-individu di lingkungan persekitaran mereka.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Knollman, et al., (2007) pula berpendapat bahawa para ibu bapa boleh membantu
mempertingkatkan keupayaan anak-anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan
mengutamakan tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak, mengetahui
tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan tempat belajar anak dan
menyelesaikan tugasan, mengawasi tugasan harian anak serta menyemak tugasan yang
telah diselesaikan oleh anak. Sementara Houtenville, et al. (2008) mengkaji penglibatan ibu
bapa dalam mengawasi anak-anak. Dapatan kajian mendapati anak-anak remaja mereka
akan menyiapkan kerja rumah yang diberi mengikut jadual, pencapaian yang diperoleh
dalam mata pelajaran tertentu meningkat dan lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa
yang anak-anak remaja mereka belajar dalam kelas. Selain itu, para ibu bapa juga tahu
bagaimana untuk membuat pemantauan, menyokong dan berbincang dengan anak-anak
semasa berada di rumah.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Dapatan kajian Mohd Jelas et al (2014), menunjukkan ibu bapa yang memberikan sokongan
akademik seperti memberi bimbingan menyiapkan kerja sekolah, memberi sokongan
motivasi seperti berbincang mengenai masalah pelajaran dan memantau kegiatan anak-
anak akan menyumbang kepada pencapaian akademik anak mereka. 72
Manakala, Mohamad Johdi Salleh et al (2012), mendapati faktor pendorong kejayaan pelajar
dipengaruhi oleh ibu bapa, seperti memenuhi keperluan persekolahan anak-anak
termasuklah alat tulis, pakaian sekolah dan keperihatinan ibu bapa terhadap perkembangan
pendidikan anak-anaknya.
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Berdasarkan kepada isu ini, saya yakin hubungan baik di antara guru dengan ibu bapa, ibu
bapa dengan anak dan guru dengan murid akan membantu menyelesaikan isu
pembelajaran murid dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Antara cadangan saya
adalah :
(a) guru menghantar tugasan modul terus ke rumah murid,
(b) guru memberi penerangan kepada ibu bapa atau ahli keluarga cara menyelesaikan
tugasan modul,
(c) ibu bapa membimbing anak-anak menyelesaikan tugasan modul,
(d) ibu bapa merujuk atau berhubung dengan guru mata pelajaran jika terdapat
kemusykilan dalam mata pelajaran tersebut,
(e) murid bertanya guru secara peribadi jika tidak memahami sesuatu topik mata pelajaran.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Pada 17 Mei 2021, pengajaran dan pembelajaran di rumah bermula. Semua guru termasuk
saya yang menjalami praktikum turut menyediakan bahan modul pembelajaran murid
selama dua minggu. Selepas cuti persekolahan 29 Mei hingga 13 Jun pula, sebarang
edaran modul tidak dibenarkan bagi mematuhi penjarakan sosial di kawasan sekolah.
Namun demikian, atas rasa tanggungjawab terhadap murid. Saya berhubung dengan ibu
bapa murid untuk menghantar tugasan ke rumah mereka. Setelah mendapat kebenaran ibu
bapa mereka, dengan mematuhi segala SOP dalam situasi pandemik ini, saya
mendapatkan lokasi rumah mereka dan menyampaikan sendiri modul. Selepas itu, saya
menyediakan video pengajaran serta bimbingan secara ansur maju bagi membantu ibu
bapa. Tindakan ini bertujuan agar mereka faham tugasan yang perlu dilakukan dan
berupaya membimbing anak-anak mereka dengan jayanya. Saya juga suka mendapatkan
73
maklum balas secara lisan daripada murid sebagai bukti berlakunya perubahan tingkah
laku selepas sesuatu sesi pengajaran guru. Malah, video yang disediakan itu dapat dirujuk
berulang kali sehingga murid dan ibu bapa benar-benar faham.
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
14 Jun 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Setelah segala tindakan dilakukan, saya berpuas hati kerana ibu bapa sangat mesra dan
positif serta senang berurusan berkaitan pelajaran anak mereka. Ibu bapa turut membantu
anak mereka dalam penyampaian isi pelajaran guru, membimbing mereka melakukan kerja
sekolah, menyediakan ruang belajar yang kondusif serta mengawal situasi semasa bagi
memastikan emosi anak mereka kekal fokus sepanjang pdpr berlangsung. Malah, ibu bapa
sentiasa di sisi anak mereka ketika sesi pembelajaran secara google meet dijalankan.
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, sebahagian besar ibu bapa memberikan kerjasama yang baik dan sering
berhubung dan tidak segan bertanya atas urusan pelajaran anak mereka. Hanya beberapa
orang murid tidak memberikan maklum balas kerana kekangan waktu bekerja ibu bapa dan
sikap tantrum anak istimewa ini. Namun, dalam kebanyakannya saya kagum atas segala
pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa murid. Harapan saya, tidak mustahil murid-
murid ini akan berjaya suatu hari nanti.
10. Rujukan :
Mairin bin Gosman, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Azmain bin Saharin & Siti
Rozana binti Saili (2020). Hubungan Penglibatan Ibu Bapa dan Peranan Guru dengan
Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah. International Research Journal of Education and
Sciences (IRJES) Vol. 4 Special Issue 1, 2020.
Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, Ismi Arif Ismail (2011). Hubungan
ِAntara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor.
Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education 3(2), 2011 31-40. 74
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 8
BIMBINGAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP TERHADAP
MURID LAMBAT PEMBELAJARAN DI KELAS ISTIMEWA 3 MELALUI PENGGUNAAN
SUKU KATA BERBEZA WARNA.
1. Isu yang difokuskan :
Membaca merupakan satu sumber pengetahuan dan memudahkan seseorang individu
untuk menjalani kehidupan. Pemerhatian saya dalam kelas Istimewa 3, murid kategori
lambat pembelajaran ini mengalami kesukaran dalam kemahiran membaca.
Memandangkan murid ini masing-masing sudah berusia 11 dan 12 tahun, saya rasa
perlu lakukan sesuatu agar mereka berubah dan boleh membaca.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Murid yang menghadapi masalah pembelajaran kategori slow learner merupakan murid-
murid yang berfungsi di bawah keupayaan mereka dari segi kecerdasan, pencapaian
dan kemahiran sosial Noor Aini (2010). Murid-murid khas kategori slow learner lambat
membaca, tidak aktif semasa belajar, tidak berupaya menyatukan bunyi-bunyi huruf dan
membentuk perkataan serta ayat, sukar membezakan sebutan-sebutan perkataan, tidak
berupaya mengingati urutan dan kurang penumpuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Dahlin, 2010). Kelemahan murid-murid khas kategori slow learner dalam
membaca sememangnya menjadi masalah besar kepada guru-guru dan murid-murid itu
sendiri.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Mok (2008) menyatakan antara faktor bagi masalah pembelajaran adalah disebabkan
oleh bahan bantu belajar yang digunakan kurang menarik minat murid. Seperti yang
diketahui murid-murid masalah pembelajaran kategori slow learner ini mempunyai daya
pengamatan yang kurang, maka murid-murid ini memerlukan satu alat yang boleh
meningkatkan pengamatan mereka. Penggunaan alat atau kaedah yang bersesuaian
amat membantu murid-murid slow learner dalam mengeja dan membatang perkataan
dengan suku kata tertutup kvk, contohnya perkataan lawan atau waktu. Penggunaan alat
bantu yang berwarna-warni akan dapat membantu murid-murid ini.
75
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Merujuk kepada masalah ini, saya mencadangkan beberapa teknik pengajaran agar
lebih bermakna kepada murid lambat pembelajaran. Antara cadangan saya adalah :
(a) Penggunaan warna berbeza mengikut suku kata bagi membantu murid mengeja
dan membatangkan perkataan dengan jelas,
(b) Penggunaan bahan grafik yang jelas bagi membantu pemahaman murid berkaitan
apa yang dibaca.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Dalam usaha mengatasi masalah ini, saya sedar pembelajaran bersemuka amat
penting terutama dalam kalangan murid lambat pembelajaran. Namun demikian,
kekangan situasi pandemik amat mencabar kepada murid dalam kategori ini. Oleh itu,
saya telah menyediakan bahan bantu mengajar membaca suku kata tertutup dengan
penggunaan warna berbeza iaitu merah dan hitam.
Di samping itu, bahan grafik yang jelas digunakan untuk membantu murid
memahami cerita yang dibaca. Murid dibimbing mengeja berpandukan video
pengajaran. Penggunaan warna berbeza dengan jenis huruf yang jelas, saiz yang
sesuai memudahkan murid belajar dan mengingati apa yang telah dipelajari.
Penyediaan bahan video menggunakan animasi mampu menarik tumpuan murid untuk
kekal dalam mood belajar. Video juga boleh diulang seberapa kerap yang mungkin
sehingga murid benar-benar menguasai kemahiran yang ditetapkan oleh guru.
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
29 Jun 20201
76
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Tindakan yang dilakukan menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam
penguasaan kemahiran membaca perkataan dengan suku kata kv+kvk setelah
penggunaan warna berbeza mengikut suku kata digunakan. Murid tersebut dapat
membaca cerita mudah yang saya karang berbantukan suku kata tersebut serta bahan
grafik yang sesuai dengan topik pelajaran. Saya yakin, usaha berterusan ini akan
membawa peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca murid lambat
pembelajaran di kelas Istimewa 3.
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, keupayaan membaca murid bermasalah pembelajaran kategori
lambat pemeblajaran boleh ditingkatkan dengan menggunakan kaedah intervensi yang
betul berserta alat bantu pembelajaran yang sesuai. Penggunaan warna berbeza
mengikut suku kata telah dapat membantu secara berkesan dalam meningkatkan
kemahiran mengeja, membatang suku kata tertutup kv+kvk dan membaca perkataan
dengan gabungan suku kata tertutup kvk bagi murid-murid lambat pembelajaran.
10. Rujukan :
Rashidah Elias & Senana Sulaiman (2016). Penggunaan Inst Card untuk Meningkatkan
Kemahiran Mengeja Perkataan dengan Suku Kata Tertutup bagi Murid Bermasalah
Pembelajaran. Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala
Terengganu.
Mok, S.S. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi: Murid dan alam belajar.
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
77
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 9
PENGGUNAAN PETA KONSEP BAGI MENGUKUHKAN INGATAN TOPIK BAB ‘AIR’
DALAM MATA PELAJARAN SAINS SOSIAL & ALAM SEKITAR BAGI KELAS ISTIMEWA 4
1. Isu yang difokuskan :
Selama saya mengajar di kelas Istimewa 4, saya dapati murid-murid tersebut yang
terdiri dalam kategori hiper aktif, ADHD, lembam dan autisme boleh membaca dengan
tahap ingatan yang sederhana. Murid mudah lupa, menyebabkan guru perlu
mengulangi topik yang sama setiap kali masuk topik yang baru.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Melihat kepada isu ini, saya bertanggungjawab untuk menambahbaik teknik
penyampaian semasa pengajaran konsep sains kepada murid-murid ini. Oleh yang
demikian, saya memilih untuk menggunakan peta konsep bagi membantu
meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan ingatan murid topik bab ‘Air’ dalam
mata pelajaran Sains Sosial & Alam Sekitar bagi kelas Istimewa 4 yang terdiri daripada
pelbagai masalah dalam pembelajaran.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Kajian Manning (2003) menjelaskan bahawa thinking map boleh membantu murid
bermasalah pembelajaran meningkatkan pengetahuan dengan lebih efektif. Dalam
Kajian Jeng-Yi Zeng (2010) pula menerangkan bahawa thinking map boleh
mempengaruhi pembentukan konsep mental seterusnya membantu meningkatkan
pemahaman murid. Manakala kajian Hyerle (1996), menunjukkan ramai guru
bersetuju bahawa thinking map berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran
berfikir dan keupayaan mereka menyusun idea, meningkatkan kualiti dan kuantiti
pembelajaran.
Ausubel dalam Ee Ah Meng (2005) menyatakan bahawa segala maklumat yang
dipelajari melalui cara yang lebih bermakna dapat diasimilasikan ke dalam struktur
kognitif sedia ada. Seterusnya, teori pembelajaran konstruktivisme dapat diterapkan bagi
membantu murid boleh mengaitkan pemahaman sedia ada untuk membina
pengetahuan baharu. 78
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Merujuk kepada masalah ini, saya mencadangkan beberapa langkah pengajaran
tersusun agar lebih bermakna kepada murid-murid kelas Istimewa 4. Antara cadangan
saya adalah :
(a) menerangkan konsep Sains Sosial & Alam Sekitar dalam beberapa tajuk kecil
dalam topik bab ‘Air’ dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai.
(b) penggunaan info ringkas dan mudah difahami serta bahan grafik yang jelas bagi
menggambarkan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
(c) meminta murid membaca bersama guru secara mekanis melalui paparan video
pengajaran guru dengan animasi grafik bermaklumat.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Dalam sesi pengajaran Sains Sosial & Alam Sekitar kelas Istimewa 4 pada 7 Julai saya
telah praktikkan semua cadangan tersebut. Saya teleh memilih peta buih, peta bulatan
serta gabungan animasi grafik yang menarik bagi menarik tumpuan murid terhadap
pengajaran guru. Pada tarikh tersebut,saya tururt menyediakan lima soalan objektif mudah
berkaitan isi pelajaran yang disampaikan bgai melihat sejauh mana penggunaan peta
konsep ini berjaya dilaksanakan.
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
7 Julai 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Apa yang saya perhatikan, murid dapat memberikan maklum balas positif. Ini dibuktikan
melalui soalan objektif dalam tugasan modul yang mampu dijawab oleh murid setelah
mereka menonton video pengajaran guru menggunakan peta konsep dengan sokongan
bahan grafik yang sesuai.
79
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, penggunaan peta konsep yang tepat dengan sokongan bahan grafik
yang sesuai mampu meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan ingatan murid
berkaitan topik pelajaran Sains Sosial & Alam Sekitar dengan lebih efektif. Penggunaan
peta konsep ini juga membantu guru menambahbaik teknik penyampaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutama dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di
rumah kini.
10. Rujukan :
Ee Ah Meng. (2005). Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI): Ilmu pengetahuan dan
ketrampilan ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.
Manning, C. (2003). Improving Reading Comprehension Through Visual Tools. Division Of
Graduate Studies Division of Teacher Education,1, 1 – 122.
Nur Farhana binti Kamel, Yusop Hj. Malie, April 2020. Penggunaan Pendekatan Thinking
Map untuk Pengajaran Konsep Sains (Mengenal Haiwan) bagi Murid Autistik. Universitas
Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Pekanbaru Sumatera Indonesia
Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Binti Hassan, Norazilawati Abdullah, & Nik Azmah
Nik Yussuf (2015) . Keberkesanan Penggunaan I-Think Terhadap Pencapaian dan Minat
Murid dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia.
80
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 10
AMALAN TEKNIK PENEGUHAN POSITIF
SECARA DALAM TALIAN BAGI MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR DARI RUMAH.
1. Isu yang difokuskan :
Sepanjang menjalani praktikum di kelas Pendidikan Khas dan mengajar secara dalam
talian merupakan cabaran terbesar bagi saya. Murid pula belajar dari rumah dengan
campur aduk emosi ahli keluarga serta faktor persekitaran belajar yang kurang kondusif
menjadi sebab motivasi belajar murid Pendidikan Khas terganggu. Ini dilihat daripada
maklum balas sesi pengajaran guru yang semakin sepi.
2. Analisis isu yang difokuskan ( Punca dan kesan isu ) :
Saya tahu, lunturnya semangat belajar murid akibat kurangnya dorongan daripada ahli
keluarga apabila berlaku situasi ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai kekangan
waktu bersama anak-anak dan kekangan ilmu pengetahuan dalam bidang
pendidikan.Justeru itu, saya perlu bertindak segera agar murid tidak terus hanyut dan
ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, saya harus meningkatkan motivasi belajar mereka
dengan memberikan peneguhan positif seperti kata-kata pujian dan bintang galakan agar
murid terus bersemangat untuk meneruskan pembelajaran secara dalam talian dari rumah.
3. Kajian lampau ( Literature Reiview ) terhadap isu ( Pengalaman atau kajian lepas ) :
Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali Imran: 145, 148, dan An- Nisa: 134 bermaksud
dalam pendidikan Islam, pemberian ganjaran yang baik terhadap tingkah laku baik dari
anak didik merupakan sesuatu nilai yang murni. Peneguhan positif adalah suatu ransangan
yang diberikan kepada seorang pelajar supaya tingkah laku diulangi atau
kebarangkalian ia dilakukan akan diperkuatkan lagi (Mohd Saat, 2011). Manakala kata-
kata pujian tergolong dalam penghargaan verbal yang didapati berkesan berdasarkan
analisis kajian yang telah dilakukan olehMohd Khairudin, Rohaida etl. 2014. Selain itu,
menurut Abikoff dan Hecttman (Davison 2006: 685) telah menyatakan bahawa untuk
mengubah tingkah laku perlu mengikut prinsip-prinsip Model Pelaziman Operan. Dalam
prinsip tingkah laku tersebut menunjukkan hasil jangka pendek untuk memperbaiki tingkah
laku sosial dan akademik.
81
4. Cadangan dan penyelesaian masalah :
Berdasarkan masalah ini, saya mencadangkan beberapa langkah penyelesaian bagi
meningkatkan motivasi murid secara dalam talian. Antara cadangan saya adalah :
(a) Guru sentiasa bertanya khabar berkaitan aktiviti murid di rumah dan memberikan
nasihat berkaitan penjagaan kesihatan di rumah agar kekal cergas dan aktif untuk
belajar,
(b) Guru mengajak murid berbual secara dalam talian melalui whatApps kelas atau
whatApps peribadi,
(c) Guru memberikan kata-kata pujian sebagai motivasi jika mendapat maklum balas
daripada murid secara dalam talian,
(d) Sekiranya murid menghantar tugasan modul, guru akan memberikan bintang dan
emoji yang sesuai sebagai penghargaan.
5. Tempoh masa penyelesaian :
Satu Minggu.
6. Tindakan susulan :
Sepanjang minggu ini, saya menjalankan segala tindakan yang telah dirancang. Dalam
masa yang sama, saya juga berhubung dengan ibu bapa bagi mengetahui emosi murid
terhadap mata pelajaran saya. Melalui whatApps kelas pula, saya memberikan masa
kepada mereka untuk menyelesaikan tugasan. Video pengajaran yang saya sediakan
pula sebagai bimbingan ansur maju yang memandu ibu bapa dalam membimbing anak-
anak melakukan tugasan modul. Murid yang menghantar tugasan akan mendapat
maklum balas saya seberapa segera.
7. Tarikh tindakan susulan dilakukan :
6 Julai 2021
8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan :
Apa yang saya lakukan ini adalah satu tanggungjawab yang harus dilunaskan bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran dari rumah kini tidak terganggu dengan
pelbagai cabaran fizikal dan mental murid. Saya berharap, mood murid kekal cergas
pada masa-masa akan datang. 82
9. Kesimpulan / refleksi ( Kesan tindakan ( perlu ) dan halangan ( jika ada ) :
Kesimpulannya, setiap insan memerlukan ganjaran dan peneguhan dalam mengekalkan
tahap fokus terhadap sesuatu, lebih-lebih lagi murid berkeperluan khas. Ganjaran yang
diberikan ini menjadi satu motivasi yang boleh mengawal tindakan murid untuk
berkelakuan lebih baik dan positif serta konsisten dalam pembelajaran dari rumah secara
berterusan.
Oleh yang demikian, sebagai bakal guru pendidikan khas, saya sedar akan
pemberian galakan dan peneguhan positif secara berterusan kepada murid dalam jangka
masa tertentu adalah penting untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif
seperti cepat bosan kepada tingkah laku positif seperti sentiasa kekal bersemangat dan
responsif dalam pembelajaran.
10. Rujukan :
Mohd Hanafi Mohd Yasin b. Mohd Mokhtar Tahara. Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian
dan Token Ekonomi untuk Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas ‘Slow Learner’.
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, dan Mohd Mokhtar Tahar (2016).
Penggunaan Teknik Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif Sekolah
Rendah Sri Al-Amin Bangi, Selangor, Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Noor Rahayu Rahim, Mohd Hanafi Mohd Yasin, dan Mohd Mokhtar Tahar ( 2016 ).
Hukuman dan Kata Pujian: Mengatasi Masalah Displin dalam Matapelajaran Pendidikan
Jasmani bagi Murid Masalah Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
83
LAIN - LAIN
F01 : MAKLUMAT INOVASI
814
85
SEKIAN,
TERIMA KASIH
816