The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfarouk, 2021-08-31 21:13:42

nota2

sep6

Keywords: nota,sep 6

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak

INFORMATION SHEET

PROGRAM : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA)
SESSION :
CODE/COURSE : MEI - OKT 2021 SEMESTER : 6
LECTURER : SHEET NO : IS 1
CEV 60032 INDUSTRIAL WEEK :
AUTOMATION

MOHD FAROUK ARFAN BIN MOHD
SABRI

TOPIC : UNIT 1: INTRODUCTION TO INDUSTRIAL CONTROL

SUB-TOPIC : 1.1 Reasons for using industrial automatic control.
1.2 Levels of industrial control – the control system triangle.

1.3 Sections, components and devices of a control system.

1.4 Examples of evolution of a control system.

LEARNING Di akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar seharusnya boleh:
OUTCOME :
1. Nyatakan tujuan penggunaan kawalan automatik dalam
industri

2. Nyatakan maksud sistem kawalan
3. Nyatakan bahagian, komponen-komponen dan peranti sistem

kawalan
4. Nyatakan evolusi sistem kawalan

CONTENT :

1.0 : PENGENALAN KEPADA KAWALAN INDUSTRI

1.1 TUJUAN PENGGUNAAN KAWALAN AUTOMATIK DALAM INDUSTRI

Di dalam persaingan dan pembangunan sektor industri pada masa kini, kecekapan
produksi adalah sangat diutamakan. Oleh sebab itulah kebanyakkan sektor perindustrian
kini menggunakan sistem kawalan automatik. Terdapat banyak tujuan atau kebaikan
menggunakan sistem kawalan automatik di antaranya adalah seperti berikut:

Page 1 of 8

1. Mempercepatkan proses pengeluaran.
2. Mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja.
3. Memperbaiki kualiti pengeluaran.
4. Mengurangkan pembaziran masa.
5. Mengurangkan kos peralatan untuk proses pengeluaran.

1.2 SISTEM KAWALAN
Sistem kawalan merupakan himpunan peranti dan peralatan elektronik yang

digabungkan untuk tujuan memastikan kestabilan, ketepatan dan kelancaran proses atau
aktiviti pengeluaran. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi bagi kawalan yang lebih
komplek memberi ruang kepada penciptaan sistem kawalan automatik yang lebih canggih
yang mana boleh juga dikenali sebagai Programmable Logic Controller (PLC)

Pengawal adalah merupakan suatu alat bagi mengawal sesuatu sistem. Contoh
sistem pengawal adalah seperti Mekanikal, Pneumatic, Hydraulic, Electrikal, Electronik
Analog, Electronic Digital, PLC, PID dan sebagainya.

Terdapat 3 jenis system kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan. Sistem-
sistem tersebut adalah seperti berikut :

a. Sistem Kawalan Pneumatik
b. Sistem Kawalan Hidraulik
c. Sistem Kawalan Elektrik

a. SISTEM KAWALAN PNEUMATIK

Sistem kawalan pneumatic ialah satu system yang menggunakan udara yang
dimampatkan untuk menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem
pneumatic banyak di dapati dalam system perindustrian seperti industri makanan,
petrokimia, semikonduktor dan industri yang menggunakan robotic. Secara amnya
system pneumatic memerlukan

Page 2 of 8

 Bekalan Udara Pemampat
 Injap Kawalan
 Tiub Penghubung
 Pemindaharuh (Transducer)

Sistem kawalan pneumatik ini boleh dikawal secara insani dan automatic. Sistem-
sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada rajah di bawah.

Insani

Tiub Keluaran
Penghubung
Penapis Pemampat Injap
Kawalan

Rajah: Gambarajah Blok Asas Sistem Kawalan Pneumatik Secara Insani

PLC

Tiub Keluaran
Penghubung
Penapis Pemampat Injap
Kawalan

Rajah: Gambarajah Blok Asas Sistem Kawalan Pneumatik Secara Automatik
dengan menggunakan PLC

Page 3 of 8

b. SISTEM KAWALAN HIDRAULIK
Sistem kawalan hidraulik ialah satu system yang menggunakan bendalir untuk
menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem hidraulik banyak di
gunakan di dalam industri automobile seperti system kuasa, system brek, kren, jek
kereta, satelit, moulding dan sebagainya. Bendalir yang biasa digunakan adalah
minyak. Secara amnya system hidraulik memerlukan
 Bekalan Bendalir Hidraulik
 Injap Kawalan
 Silinder

Sistem kawalan hidraulik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-
sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas seperti di bawah :

Rajah: Gambarajah Blok Sistem Kawalan Hidraulik Secara Insani

Rajah: Gambarajah Blok Sistem Kawalan Hidraulik Secara Automatik dengan
menggunakan PLC.

Page 4 of 8

c. SISTEM KAWALAN ELEKTRIK

Sistem Kawalan Elektrik ialah satu system kawalan yang menggunakan arus
elektrik samada terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber bekalan.
Secara amnya Sistem Kawalan Elektrik memerlukan :

 Bekalan Elektrik (AT) atau (AU)
 Elemen masukan (suis, sensor, transducer, injap, komponen-

komponen elektronik dan sebagainya)
 Elemen Keluaran (motor, lampu dan sebagainya
 Kabel penyambung

Sistem Kawalan Elektrik ini boleh dikawal secara insani dan automatic.
Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas seperti di bawah

Suis Lampu
VB

Rajah: Litar Sistem Kawalan Elektrik Secara Insani

Lampu
Suis

PLC

Rajah: Litar Sistem Kawalan Elektrik Secara Automatik dengan
menggunakan PLC

Page 5 of 8

Berikut adalah perbandingan antara sistem kawalan pneumatik, sistem kawalan
hidraulik dan sistem kawalan elektrik:

a. Sistem Kawalan Pneumatik
 Sistem Pemasangannya Mudah
 Rekabentuk Sistemnya Ringkas
 Menggunakan udara pemampat sebagai sumber bekalan untuk melakukan
kerja.

b. Sistem Kawalan Hidraulik
 Sistem Pemasangan Rumit
 Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk
melakukan kerja.
 Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran

c. Sistem Kawalan Elektrik
 Sistem Yang Mudah
 Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk
melakukan kerja
 Penggunaan yang meluas

Page 6 of 8

1.3 BAHAGIAN, KOMPONEN-KOMPONEN DAN PERANTI SISTEM KAWALAN
Sistem kawalan melibatkan perpindahan isyarat kepada peranti (seperti panel

operator, motor, sensor, suis, gegelung dan sebagainya). Keupayaan berkomunikasi dalam
sistem rangkaian membolehkan gabungan yang lebih besar dan lebih fleksibel dalam
penghasilan sistem kawalan yang praktikal.

Setiap komponen dalam sistem kawalan memainkan peranan yang penting. Rajah
di bawah ini menunjukkan komponen-komponen dan peranti yang terdapat pada sistem
kawalan.

Rajah: Komponen Dan Peranti Sistem Kawalan
Saluran kawasan komputer ditempatkan sekali dalam kawasan sistem kawalan
untuk menghubungkan sebarang aktiviti di sesuatu tempat tertentu seperti antara tingkat-
tingkat bangunan (bagi bangunan yang dipasang sistem kawalan)

Page 7 of 8

1.4 EVOLUSI SISTEM KAWALAN
Perkembangan sistem kawalan bermula sejak dahulu lagi sehingga penemuan

kepada Programmable Logic Controller.
Aliran sistem kawalan bermula dengan peranti kawalan yang menggunakan geganti

atau relay termasuk geganti elektromagnet dan panel kawalan geganti. Di mana dari segi
saiznya ianya adalah besar. Kewujudan transistor, menyebabkan ianya turut digunakan
bersama dengan geganti elektromagnet untuk penghasilan kawalan yang lebih baik.

Penemuan Programmable Logic Controller menyebabkan penggunaan sistem
kawalan begitu meluas terutama dalam bidang industri. Kebanyakkan industri juga
menggabungkan sistem kawalan dengan kawalan balas, pemprosesan data dan pusat
kawalan sistem untuk kawalan yang lebih cekap.

Sistem kawalan biasanya digunakan dalam pembuatan terutamanya di kilang
mempunyai baris penghimpunan yang melalui pelbagai peringkat. Keadaan automatik
penting dalam proses pemasangan, penyusunan, penyemakan, kawalan mutu, pengisihan
dan pemberhentian operasi apabila berlaku ketidakserasian atau ketidakseragaman.
Contohnya kilang di Malaysia yang menggunakan sistem automatik ialah HICOM,
MOTOROLA, CANON, SONY dan banyak lagi. Contoh aplikasi sistem automatik digunakan
di kilang ini ialah penggunaan robot dalam proses penyemburan cat dan pengendalian
kargo.

EXERCISE :
1. Nyatakan 5 tujuan menggunakan sistem kawalan automatik di dalam industri?
2. Terangkan maksud Sistem Kawalan?
3. Sebutkan 3 jenis system kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan?
4. Nyatakan perbezaan bagi ketiga-tiga jenis system kawalan.
5. Terangkan perkembangan evolusi system kawalan di negara ini?

REFERENCE :
1) A Beginner’s Guide To PLC, OMRON
2) Kawalan Motor Elektrik, ABS BUKU SDN. BHD.

Page 8 of 8


Click to View FlipBook Version