DIPLOMA:
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
KURSUS:
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KOD KURSUS:
AAK 2183
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO MATRIK KUMPULAN
ALIYA HANISAH BINTI BAHARUN PID20190 3
PENSYARAH:
CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD YUSOFF
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 1 SESI 22/23
PENGENALAN
Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah
peringkat kematangan. Perkembangan juga merupakan turutan perubahan yang berlaku melalui
fizikal, bahasa, emosi dan pemikiran yang mana berlaku kepada kanak-kanak seawal usia baru
lahir sehingga menjelang awal dewasa.
Menurut Azizi Yahaya and Zainuddin Abu Bakar dalam Teori-Teori
Perkembangan mendefinisikan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun
dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses
mencapai kematangan.
Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif.
Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang
terdahulu.
Secara umumnya, perkembangan mempunyai ciri-ciri tertentu di mana berlaku secara
berperingkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Setiap kanak-kanak akan
melalui proses perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan.
PENDEKATAN
DAN
AKTIVITI
PENDEKATAN
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan
untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu
pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan
untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat
tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu
secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu
pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya
sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu
pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu
dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya
PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
• Bermain merupakan satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak (Kraus,1990).
• Fagen (1984), menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka
sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain.
• Menurut Caplan (1973), perkembangan kanak-kanak meningkat ketika bermain.
Konsep bermain:
• Fitrah semula jadi kanak-kanak.
• Dilakukan secara sukarela.
• Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan.
KEPENTINGAN BERMAIN
• Kemahiran sosial Bergaul dengan rakan sekeliling dan kerjasama melalui bermain. (berlainan
bangsa dan agama)
• Kemahiran Komunikasi - Memupuk interaksi dengan orang disekeliling rakan, ibu bapa, guru
(permainan berkumpulan)
• Kemahiran Psikomotor - menggerakkan motor kasar dan motor halus. (bersukan, tanah liat)
• Kawalan emosi - kanak kanak dapat mengawal emosi dengan baik, berkeyakinan dan
keberanian (main peranan)
AKTIVITI: Puzzle
Perkembangan yang dapat dirangsang melalui aktiviti tersebut.
1. Kognitif – puzzle dapat membina pemikiran kanak-kanak dari segi berfikir, mengingati dan merancang
2. Fizikal – dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak.
3. Sosial - dapat menyatakan pendapat
4. Emosi – gembira apabila dapat menyelesaikan aktiviti yang dilakukan.
5. Bahasa – kanak-kanak dapat berkomunikasi bersama ibubapa.
PENDEKATAN BERSEPADU
Bentuk pengajaran bagi pendekatan bersepadu adalah tidak formal, dan ibubapa hendaklah
melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Ibubapa juga hendaklah
memastikan aktiviti yang dilakukan adalah melibatkan semua deria kanak-kanak secara
langsung bagi merangsang pembelajaran di dalam atau luar kelas. Melalui pendekatan ini,
kanak-kanak akan mendapat ilmu, konsep, kemahiran, dan nilai murni. Selain itu, ibubapa juga
boleh menggabung jalinkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Tujuan Pendekatan Bersepadu:
i) Penghubungkaitan merupakan satu jaringan yang saling berkait antara satu sama lain dari
segi kemahiran pada setiap matapelajaran.
ii) Memudahkan kanak-kanak untuk mengingat.
iii) Melatih minda kanak-kanak supaya sentiasa kreatif dan aktif.
iv) Pembelajaran berkesan.
KELEBIHAN PENDEKATAN BERSEPADU:
i) Mempunyai semangat saling bergantung:-mempunyai semangat saling bergantung ke arah
mencapai prestasi yang cemerlang.
ii) Kemahiran Sosial yang penting untuk berkomunikasi: Mempunyai kemahiran sosialisasi
yang baik dengan tidak menira agama, bangsa, jantina dan budaya.
iii) Kesedaran akauntabiliti individu sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua
anggotanya.
iv) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikan kelancaran
aktiviti.
v) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam
proses pembelajaran.
vi) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses
pembelajaran kanak-kanak.
vii) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai
satu mata kanak-kanak.
AKTIVITI: menolong ibubapa
Perkembangan yang dapat dirangsang melalui aktiviti tersebut.
1. Kognitif – dapat memupuk nilai murni yang baik.
2. Fizikal – dapat meningkatkan perkembangan psikomotor
3. Sosial - dapat mengeratkan hubungan dengan ibubapa
4. Emosi – dapat menunjukkan reaksi yang positif apabila mula meneroka sesuatu yang baru.
PENDEKATAN BERTEMA
• Merangkumi koleksi bahan,aktiviti dan teknik yg disusun sekitar konsep atau tema
• Sebagai alat pengelolaan yg memberi peluang kepada guru utk menghubungkan antara mata pelajaran.
• Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan antara pemahaman,sikap dan
kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum.
• Pelajar diberi peluang utk meneroka,mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema
yg digunapakai.
Prinsip-prinsip bagi pengajaran tematik:
• Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat, kebolehan & pengalaman murid.
• Tema haruslah berkait rapat dengan kehidupan harian murid. Tema mempunyai
skop yang luas & meliputi pelbagai bidang.
• Saling berkait rapat dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang
diperoleh secara tersusun & sistematik.
Cara perlaksanaan pendekatan tematik:
1) Pilih satu tema (yang berkait rapat dengan kanak-kanak)
2) Bina jaringan perancangan (tunjang; subtema; subjek)
3) Pilih bahan (bahan-bahan; kemahiran)
4) Rancang aktiviti
AKTIVITI: mengenal haiwan
Perkembangan yang dapat dirangsang melalui aktiviti tersebut.
1. Kognitif – dapat mengkategorikan setiap haiwan
2. Sosial – dapat berkongsi idea bersama
3. Bahasa – dapat menyebut nama haiwan dengan lancar
PENDEKATAN TEKNIK BERCERITA
Tujuan persediaan dilakukan:
1) Memotivasikan kanak-kanak untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan.
2) Pembelajaran akan diingati dengan lebih lama.
3) Mendapat penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif.
4) Membantu guru bersedia dalam menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam cerita.
5) Memudahkan guru dan murid fokus terhadap cerita yang disampaikan.
6) Meningkatkan daya imaginasi kanak kanak dan dapat mengaitkan dengan kehidupan seharian.
7) Memperluaskan pengalaman kanak kanak dengan perkataan/ ayat.
8) Melatih kanak-kanak menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau tulisan.
AKTIVITI: Bercerita
Perkembangan yang dapat dirangsang melalui aktiviti tersebut.
1. Kognitif – dapat meningkatkan perkembangan berfikir
3. Sosial – dapat berkongsi pendapat bersama-sama
4. Emosi – boleh menghayati watak cerita
5. Bahasa – boleh mengenal perkataan baru
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita:
1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat kanak-kanak.
2) Kaji cerita dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang sesuai.
3) Hafalkan frasa atau ayat-ayat penting.
4) Berlatih seperti sedang menyampaikan cerita kepada kanak-kanak.
5) Guru bercerita dalam keadaan selesa.
KESIMPULAN
Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai
objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sebaga ibubapa
yang mengajarkan sesuatu kepada anaknya mestilah mengetahui dan
mengenalpasti dahulu anak mereka.dengan ini ibubapa dapat merancang
dan memilih pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang sesuai.
TAMAT