DIPLOMA:
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
KURSUS DAN KOD KURSUS:
SAHSIAH DAN BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
(AAK2093)
TAJUK:
PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
PENSYARAH:
PUAN FAIZAN BINTI GAYUH
ALIYA HANISAH BINTI BAHARUN (PID20190)
Isi kandungan
01 pengenalan 3
02 Ciri-ciri 4
03 Faktor 5
04 Definisi dan teknik 6 - 10
05 Pendekatan Rasulullah 11- 13
06 Kesimpulan dan rujukan 14- 15
pengenalan
Apa itu kanak-kanak pasif?
Pasif membawa maksud sikap Kanak-kanak pasif ini
menerima saja tanpa memberikan merupakan kanak-kanak
tindak balas atau kata lainnya tidak yang pendiam dan tidak
aktif. bercakap dengan orang
disekeliling mereka.
Tingkah laku pasif ini merupakan tingkah laku yang
negatif. Iaitu tingkah laku yang menghalang
(bergantung): tingkah laku ini merupakan tingkah
laku yang boleh membahayakan diri.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK PASIF
• Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada
keyakinan diri.
• Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan
dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu
manja dan tidak boleh berdikari
• Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak
untuk memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri dan
sering menggangap orang lebih baik dari dirinya
• Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-
kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi dan mempunyai perasaan malu
pada kawan-kawan
faktor persekitaran seperti faktor sekolah seperti
persekitaran rumah iaitu bilik darjah yang
kurang kondusif,
kurang mendapat
perhatian dan kasih
sayang dari ibu bapa,
Faktor taraf FAKTOR faktor emosi yang tidak
sosioekonomi stabil serta sikap ibu
bapa yang tidak
keluarga. mengambil kisah
pergerakan anak-anak
Selain itu juga, kemahiran sosial yang mereka.
rendah seperti suka bersendiri serta
mengalami masalah emosi dari segi
mental dan fizikal kerana pernah
mengalami penderaan turut dikatakan
boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-
kanak.
definisi PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai
satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan
tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan
produktif. Membimbing tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.
teknik pengurusan tingkah laku
Antara teknik-teknik pengurusan tingkah laku kanak-kanak
adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal
(personal tools), teknik pencegahan (preventives
technique), dan tindakan pembetulan (correction measure).
Pengukuran Personal (personal tools) :
• Pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah kedekatan fizikal (physical proximity).
• Kaedah ini dilaksanakan bersama guru untuk mendekati sendiri murid
yang mempunyai masalah tingkah laku.
• Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal
(physical mobility) iaitu dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke
tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan.
• Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik,
marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini.
Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan.
Teknik ini dapatmengurangkan ketegangan dan menggalakkan
proses pengajaran supaya menjadilancar. Selain itu, melalui teknik
ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurusdapat
diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara
kaedah yangboleh digunakan adalah dengan meminta murid
supaya mematuhi rutin bilik darjah,membuat sistem mengutip buku
serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga
boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
Teknik pencegahan (preventives technique)
Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan
tindakan pembetulan.
• Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani
masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik
tanpa merosakkan apa-apa.
• Pengubahsuaian tingkah laku positif dan menghentikan
tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik
darjah juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik
tindakan pembetulan ini. Tindakan pembetulan
(correction measure)
Pendekatan rasulullah
Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w
menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.
Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung
mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-
anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan
kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan
merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang
boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik.
Anak-anak merasa aman di usia kecil mereka kerana mereka
tahu yang ibubapa selalu ada disisi mereka setiap masa.
01 1.Kesalahan anak hendaklah ditangani dengan sikap
berlemah lembut dan penuh belas kasihan. Imam Al-Bukhari
telah meriwayatkan di dalam Al-Adab Al-Mufrad, sebuah
hadith berbunyi:
“ Hendaklah anda bersifat lemah lembut, dan jangan
sekali-kali bersikap keras dan jahat.”
02 2.Kesalahan anak ditangani dengan mengambil kira sikap atau pun tabiat
anak tersebut. Setiap anak mempunyai sikap yang berlainan. Mereka
mempunyai watak tertentu dan berbeza di antara satu dengan yang lain.
Ada sesetengah ulama’ pendidikan Islam, seperti Ibnu Sina, Al-Abdari
dan Ibnu Khaldun mengatakan bahawa tidak diharuskan untuk
menjatuhkan hukuman kepada anak-anak kecuali pada saat yang
benar-benar perlu. Mereka juga berpendapat bahawa tidak boleh
memukul kecuali sesudah diingatkan dan diancam atau meminta orang
lain untuk mengingatkan tentang kesalahan tersebut.
03 3.Kesalahan anak hendaklah ditangani secara berperingkat. Hukuman tidak semudah
itu dijatuhkan. Seorang ibu dan bapa punya tanggungjawab yang besar untuk
mendidik anak-anak. Mereka mestilah dibekalkan dengan contoh tauladan yang baik
di dalam persekitarannya terlebih dahulu. Jika peringkat ini tidak dapat disediakan
oleh ibu dan bapa, maka tidak boleh anak itu dihukum dengan hukuman yang berat.
Abu Daud dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Umar bin Syu’aib daripada
ayahnya, daripada datuknya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Suruh anak-anak kamu mengerjakan sembahyang, ketika umurnya tujuh
tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang, apabila telah
mencapai umur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur.”
Di dalam hadis di atas, memang jelas menunjukkan bahawa Islam tidak
melarang untuk memukul namun untuk sampai ke peringkat itu anak perlu
melalui peringkat pemahaman dan mengenali contoh yang baik. Memukul
adalah cara terakhir di mana ibu bapa sudah berputus asa dalam
memperingatkan dan memberi nasihat.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bagi menangani masalah tingkah laku
kanak-kanak ini bukanlah perkara mudah. Aspek sokongan
dan perhatian dari ibu bapa dari segi gaya keibubapaan yang
sesuai perlu diamalkan kerana ia mempengaruhi personaliti,
emosi dan tingkah laku mereka. Sehubungan dengan itu
ibubapa tidak seharusnya mengamalkan sikap acuh tidak acuh
dlm mendidik anak-anak seperti melepaskan batuk di tangga
sahaja kerana jika anak-anak tidak dididik dari kecil, maka
perangainya akan terbawa-bawa sehingga dewasa. Apabila
kanak-kanak tersebut telah meningkat dewasa akan sukarlah
bagi ibubapa untuk memperbetulkan semula keadaan.
RUJUKAN
Aini & Marziah (2018). Hubungan di antara Gaya Keibubapaan dan
Kecerdasan Emosi dengan Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak. JURNAL
WACANA SARJANA..(1-7)
Anis & Suziani (2019). Tahap Pengetahuan Guru dalam Mengurus
Tingkah Laku. JURNAL WACANA SARJANA.(2-6)
Hamizah,Nubailah & Nurhafizah (2021). Terapi bermain menurut
pendekatan islam. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
(4-6)
Tamat!
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, incTludeinrg iicmonsaby Fklataicosni, ahnd ☺infographics
& images by Freepik