The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92048928, 2021-08-09 22:10:54

PPT TINGKATAN 4 2021

soalan PPT T4 edit -2

NAMA :..................................................................................... TINGKATAN :................

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 - 2021
BAHASA MELAYU
2 jam
ARAHAN UMUM

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi soalan-soalan Kertas 1 dan Kertas 2
2. Jawab semua soalan.
3. Semua calon mesti menghantar jawapan dalam grup Bahasa Melayu kelas

masing-masing.
4. Sertakan nama lengkap dan tingkatan pada jawapan masing-masing.
5. Jawapan boleh dihantar secara bertulis atau bertaip dalam bentuk fail atau

gambar.
6. Jawapan mesti dihantar selewat-lewatnya sebelum 10.00 malam hari ini.
7. Jawapan yang lewat dari waktu yang ditetapkan tidak akan diterima.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

1

KERTAS 1
BAHAGIAN A

[30 markah]
[Masa dicadangkan 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang penjagaan
kesihatan diri. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan

KERTAS 2
BAHAGIAN A
SOALAN 3: PENYUNTINGAN

MUNGKIN ada yang beranggapan soal penjagaan diri semasa krisis COVID-19 yang
melanda seluruh dunia ketika ini bukan perkara utama untuk diberi perhatian. Namun
sebaliknya, hal penjagaan diri ketika ini adalah amat penting dan sangat disyorkan.
Seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit dapat
dihindari dan menjadikan kehidupan seseorang lebih bermakna.
Antara cara untuk menjaga kesihatan diri adalah bersukan, mengambil pemakanan
yang sihat dan waktu tidur yang mencukupi. Selain itu beberapa hobi yang
memberikan seseorang individu aura positif termasuklah berjalan santai di luar
kawasan rumah, membelai haiwan peliharan, bermeditasi, melukis, memasak,
mengemas rumah, atau apa-apa sahaja yang dapat menaikkan semangat seseorang.

Sumber : https://www.astroawani.com/gaya-hidup/ini-lapan-
tip-mudah-penjagaan-diri-di-rumah-243266

2

KERTAS 2
BAHAGIAN A
SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Dalam Petikan 1, terdapat tujuh kesalahan bahasa manakala Petikan 2 terdapat tiga
kesalahan bahasa, Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Tahap kekuatiran pengguna semakin meruncing berikutan senario kenaikan harga barangan
dalam pasaran yang berterusan. Perkembangan ini secara tidak langsung dijadikan tanda
bahawa indeks inflasi akan meningkat berbanding dengan tempoh sebelum ini. Secara
umumnya, pengguna dapat menerima hakikat kesan yang dibawakan oleh inflasi dalam sistem
kapitalis. Namun demikian, kesan implikasi yang begitu ketara sukar untuk diasimilasikan oleh
pengguna secara mudah. Situasi akan bertambah buruk jika turunan mata wang negara berlaku
dalam keadaan mendadak. Hal ini dapat menyebabkan perubahan drastik terhadap kos input
pengeluaran di dalam negara, terutamanya yang terlibat industri dan firma pengeluar yang
bergantung tinggi terhadap barangan perantaraan dan barangan modal yang diimport. Kenaikan
harga barangan yang tidak terkawal mungkin akan berlaku, malah inflasi yang diimport seperti
ini mungkin menjadi pengancam yang lebih serius kepada ekonomi negara.

[7 markah]
Petikan 2
Budaya penganjuran rumah terbuka berupa amalan yang sangat penting dalam usaha
melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni. . Terdapat pelbagai punca rakyat Malaysia
tidak mengadakan rumah terbuka, antaranya termasuklah mempunyai masaalah kewangan.
Terdapat juga masyarakat yang tidak suka mengadakan rumah terbuka kerana sikap tidak mahu
bercampurgaul dengan jiran tetangga.

[3 markah]

3

SOALAN 5 : PERIBAHASA
Baca ketiga-tiga petikan di bawah dengan teliti. Kemudian padankan sepuluh peribahasa
yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.

Petikan 1

Sebatang kara Kaki joli Sesal dahulu pendapatan, Habis madu sepah dibuang
VDurian runtuh sesal kemudian tidak berguna Kerana mulut badan binasa

Rezeki terpijak Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

1. Suatu ketika dahulu, Borhan nelayan yang miskin. Namun begitu, selepas dia mendapat
sebutir mutiara ketika memukat ikan, kehidupannya berubah.

2. Walau bagaimanapun, sikap Borhan turut berubah. Dia yang dahulunya mengamalkan
sikap berjimat cermat kini boros dalam berbelanja. Dia suka menghabiskan wangnya
untuk berfoya-foya sehingga wangnya habis.

3. Isterinya yang sakit tidak dipedulikannya sehingga meninggal dunia. Tinggallah Borhan
seorang diri.

4. Kawan-kawan yang rapat dengannya ketika dia mempunyai wang yang banyak kini
tidak mempedulikannya lagi. Borhan menyesal, tetapi perkara sudah berlaku.

Petikan 2

Duduk sama rendah, berdiri Berat mata memandang, Bagai isi dengan kuku
sama tinggi berat lagi bahu memikul

ular menyusur akar tidak Bagai aur dengan tebing Yang berat sama dipikul,
akan hilang bisanya. yang ringan sama dijinjing

5. Kehidupan di Kampung Parit Ali sangat harmoni. Masyarakatnya saling membantu
antara satu sama lain dalam melakukan sebarang aktiviti seperti kenduri, majlis
perayaan dan gotong-royong membersihkan kawasan kampung.

6. Mereka bersama-sama melakukan apa sahaja pekerjaan sama ada pekerjaan itu sukar
atau pun mudah.

7. Tidak hairanlah masyarakat di Kampung Parit Ali begitu aman dan sentosa, orang kaya
dan miskin bergaul mesra. Bagi mereka pangkat dan kekayaan tidak akan jatuh jika

Petikan 3bergaul dengan orang miskin atau orang biasa kerana
_______________________________________________
4

Kerana nila setitik, rosak susu yang lama dikelek, yang terlajak perahu boleh
sebelanga baharu didukung diundur, terlajak kata buruk
padahnya.
Lempar tangan sembunyi Hati batu
batu lain orang makan nangka,
lain orang yang kena
getahnya.

8. Kamarul bermati-matian tidak mengaku bahawa dia yang menulis dan menyebarkan berita
palsu tentang pengurusnya di media sosial, sikapnya ibarat .

9. Sebaliknya, Anwar pula yang dituduh melakukan perkara itu seperti peribahasa
________________________

10. Kata-kata dan tuduhan daripada kamarul membuatkan Anwar berkecil hati dan tidak

mempercayainya lagi. [ 20 markah ]

[20 markah]

5

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1 : Petikan
Derma darah ialah keadaan apabila seseorang itu membenarkan darahnya diambil untuk

digunakan dalam pemindahan darah atau pemprosesan ubat biofarmaseutikal. Pendermaan
darah bukan sahaja baik untuk kesihatan malah mendapat keistimewaan iaitu dikecualikan
daripada caj rawatan dan wad dalam tempoh empat bulan daripada pendermaan terakhir dan
mendapat rawatan pesakit luar secara percuma dalam tempoh yang sama. Sebelum seseorng
itu menderma darah, pemeriksaan kesihatan dilakukan secara percuma. Ketidaknormalan yang
diperoleh dalam ujian saringan ini akan dimaklumkan kepada penderma.

Selain itu, penderma darah dapat mengetahui analisis darah dan jenis darah secara
percuma. Darah yang didermakan perlu diperiksa agar selamat digunakan oleh penerima.
Penderma darah akan menerima cenderamata seperti sijil, kemeja-T dan rantai kunci sebagai
tanda penghargaan. Selepas menderma darah, penderma akan diberi jamuan ringan untuk
mengembalikan tenaga. Pendermaan darah secara konsisten dapat membantu mengurangkan
risiko kanser seperti kanser hati, paru-paru, kolon, perut dan tekak. Lebihan zat besi di dalam
bahan menyebabkan tekanan oksidatif yang menjadi punca utama bagi serangan jantung dan
strok serta mempercepat proses penuaan.

Bagi wanita menopous, paras zat besi tinggi kerana ketiadaan haid. Oleh sebab itu,
pendermaan darah membantu menyingkirkan zat besi yang berlebihan dan mengurangkan
risiko sakit jantung. Selepas menderma darah, jumlah sel tertentu di dalam darah akan
menurun lantas sel baharu dihasilkan oleh sumsum tulang untuk menggantikan darah yang
hilang. Penderma darah perlu memenuhi kriteria asas iaitu tidak boleh berpuasa dan perlu tidur
melebihi 5 jam sebelum menderma darah. Penderma tidak boleh mengambil alkohol atau
antibiotik. Wanita boleh menderma jika tidak mengandung, tidak haid dan tidak menyusukan
anak.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Derma Darah Merampingkan Badan’,

oleh Marlini Mukhtar
Kosmik Bil 5, 2018

6

Bahan 2 : Grafik

Sumber : Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3
KERTAS SOALAN TAMAT

7


Click to View FlipBook Version