The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sujitraravindran, 2022-06-05 11:11:04

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA & MPU23042

TAJUK: KEPENTINGAN MENJAGA DAN MENGHORMATI NILAI DALAM
MASYARAKAT MAJMUK

NAMA NOMBOR MATRIKS

SUJITRA A/P RAVINDRAN 33DCE21F1010

SRISTI A/P JEYARATNAM 33DCE21F1020

ALRYEN ROMYLIEN ANAK ALIN 33DCE21F1081

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
OBJEKTIF 3
4
PENDAHULUAN 5-7
ISI KANDUNGAN 8-9
10
LAMPIRAN 11
KESIMPULAN

RUJUKAN

2

OBJEKTIF
1.Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga dan menghormati nilai dalam
masyarakat majmuk.
2.Memupuk nilai-nilai menjaga dan menghormati masyarakat majmuk agar menjadi seorang yang lebih
baik.
3.Membentuk sebuah masyarakat yang menpunyai nilai-nilai murni.
4. Mengekalkan keamanan sesebuah Negara
5. Boleh mengelakkan perselisihan antara masyarakat majmuk
6. Dapat melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai nilai-nilai murni
7. Dapat mengelakkan salah faham antara masyarakat majmuk
8.Semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat majmuk

3

PENDAHULUAN
Setiap negara mempunyai bahasa dan cara hidup masing-masing. Budaya ini terbentuk akibat manusia
menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Budaya akan sentiasa berkembang mengikut peredaran
masa. Perubahan dan interaksi antara entiti budaya akan menghasilkan asimilasi, akulturasi, dan
penyesuaian budaya. Untuk tujuan itu, budaya yang diamalkan dalam masyarakat mempunyai ciri-ciri
yang berbeza antara satu sama lain. Kepelbagaian budaya ini menyumbang kepada pembangunan
tamadun sebagai masyarakat yang diwarisi dan dinamik. Budaya adalah penting dalam proses
pembangunan negara di Malaysia kerana keperibadian Malaysia harus dibangunkan dalam usaha untuk
meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi dan politik. Ini, sudah tentu, memerlukan mobilisasi dan
penyertaan orang ramai dari semua bidang kehidupan dalam proses yang berterusan. Bagi sebuah
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, seperti Malaysia, proses pembentukan budaya
kebangsaan memerlukan perancangan dan penyusunan yang rapi bagi membangunkan cara hidup ala
Malaysia. Perancangan budaya ini mesti mengenal pasti nilai-nilai murni, murni dan nilai murni yang
akan menyumbang kepada pembangunan negara dan ketahanan negara. Penubuhan asas berasingan
berasaskan budaya kebangsaan bertujuan membina identiti kebangsaan Malaysia yang tersendiri di
kalangan negara di seluruh dunia. Mendepani era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba
mencabar minda masyarakat kita kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Hal ini
adalah demikian kerana masyarakat Malaysia khususnya mula memandang enteng akan kepentingan
nilai-nilai murni. Nilai murni amat penting kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun
muda. Sebagai contoh, golongan remaja menghormati golongan orang yang lebih tua daripada mereka.
Penerapan nilai murni hormat-menghormati ini akan mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan
mereka khususnya golongan remaja. Sebagai contoh, penerapan nilai murni dapat dilihat melalui
tindakan, percakapan dan kawalan emosi seseorang. Kini, sudah banyak negara mula bergiat aktif dalam
menerapkan nilai-nilai muni dalam kehidupan masyarakat mereka. Negara Jepun terkenal sebagai
sebuah negara yang amat menekankan penerapan nilai-nilai muni dalam kehidupan masyarakatnya.

4

ISI KANDUNGAN
Antara kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan termasuklah mengeratkan
perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap rakyat di
Malaysia saling menghormati, menyayangi sesama anggota masyarakat dan bertoleransi dalam
kehidupan. Kita haruslah menghormati adat, kepercayaan dan pegangan kaum lain tanpa ada buruk
sangka. Tamsilnya, setiap masyarakat di Malaysia bebas mengamalkan agama dan anutan masing-
masing seperti Islam, Hindu, Buddha dan Kristian tanpa sebarang perselisihan faham. Oleh itu, nilai
murni hormat menghormati yang menjadi budaya dan darah daging dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Selain itu, kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah dapat merancakkan
perkembangan ekonomi negara. Hal ini terjadi kerana setiap rakyat tekun dan bekerja dengan
bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan keluarga dengan mencari rezeki yang mencabar pada
masa ini. Seleruh lapisan masyarakat majmuk di Malaysia terlibat dalam pertumbuhan ekonomi negara
seperti dalam bidang perindustrian, pentadbiran kerajaan dan perniagaan. Sebagai contoh, ketekunan
rakyat Malaysia memberi kesan positif apabila ekonomi Malaysia berkembang dari semasa ke semasa.
Tegasnya, nilai ketekunan dalam kalangan masyarakat dapat mengembangkan ekonomi Malaysia.

Selain menrancakkan perkembangan ekonomi negara, nilai murni dalam kehidupan dapat mengekalkan
kestabilan politik dalam negara. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap rakyat di Malaysia hormat
pada prinsip bermoral dan beretika. Kita perlu berbudi bahasa apabila berbual-bual, saling mengambil
berat sesama jiran tetangga, patuh pada undang-undang negara, mentaati dan menghormati ibu bapa.
Buktinya, setiap rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian dan berpegang teguh kepada prinsip
Rukun Negara yang diamalkan sejak bangku sekolah. Oleh itu, nilai-nilai murni yang diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat dapat mengekalkan kestabilan ekonomi dalam negara.

Kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni yang seterusnya ialah membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Hal ini adalah demikian
kerana masyarakat akan taat akan perintah agama. Agama ialah pegangan yang perlu
ada dalam diri manusia. Tanpa pegangan agama, maka goyahlah kehidupan manusia.
Setiap agama menggalakkan penganutnya melakukan kebaikan dan meninggalkan
amalan yang membawa keburukan. Sebagai umat Islam, kita wajib mentaati perintah
Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sebagai contoh, kita diseru menunaikan solat lima
waktu sehari semalam dan menghadiri kuliah-kuliah agama agar dapat menyemai
nilai-nilai murni dalam sanubari. Bagi penganut agama lain selain Islam, mereka
mungkin mempunyai strategi yang tersendiri untuk menerap masuk nilai murni dalam
diri para penganutnya. Menurut Albert Einstein, ahli fizik mengatakan bahawa agama
tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Maka, wajib bagi kita

5

berpegang teguh kepada agama dan mengamalkan ajarannya kerana setiap ajaran
agama pasti menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam diri penganutnya umpama
peribahasa ilmu pelita hidup. Benarlah bahawa ilmu menjadi penyuluh kepada
kehidupan dan agama menjadi penyinar kehidupan. Tanpa ilmu maka pincanglah
kehidupan manusia, tanpa agama maka runtuhlah akhlak manusia. Jelaslah,
kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni ialah membentuk masyarakat yang
berpegang teguh kepada agama.

Di samping itu, jika diteliti dengan lebih mendalam kepentingan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan ialah dapat mengekalkan kestabilan politik dalam
negara. Hal ini adalah demikian kerana persekitaran dalaman negara menjamin
kestabilan politik kerana didokong oleh keutuhan perpaduan masyarakat majmuk
yang telah terbina. Kestabilan politik merupakan aspek penting dalam memacu
perkembangan ekonomi dan pembentukan masyarakat yang bertamadun dalam
sesebuah negara. Kestabilan politik dibentuk oleh pihak kerajaan yang telah dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya secara demokrasi. Oleh itu, pemimpin perlu
memainkan peranan yang amat penting dan perlu mempunyai nilai-nilai murni yang
utuh untuk mengekalkan kestabilan politik negara. Pemimpin perlu memerintah
dengan amanah, cekap dan adil. Pemimpin negara perlu menjauhi sikap korupsi yang
boleh menjatuhkan imej sesebuah negara. Imej pemimpin yang baik juga perlu
dipamerkan kepada rakyat agar rakyat turut sama mengamalkan amalan nilai-nilai
murni sepertimana yang diamalkan oleh pemimpin negara. Hal ini bertepatan dengan
aforisme bagaimana acuan, begitulah kuihnya, bapa borek, anak rintik dan ke mana
tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Jika pucuk kepimpinan negara berjaya
mengekalkan kestabilan politik dalam negara, maka negara akan mencapai status
negara maju kerana kemudahan insfrasruktur dapat disediakan oleh kerajaan untuk
kegunaan rakyat jelata. Tiada lagi isu yang timbul di peringkat kerajaan persekutuan
akibat kekucaran politik negara yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa mengekalkan kestabilan ekonomi negara dapat
menjadikan negara lebih maju dan mengekalkan keadaan negara aman damai. Senario
ini persis peribahasa Melayu, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat. Begitulah, gambaran rakyat Malaysia yang bernaung di bawah panji-panji
kebesaran negara sebulat suara menyokong pemimpin negara dalam usaha mereka
mengekalkan kestabilan politik negara walaupun masing-masing mempunyai
fahaman atau ideologi politik yang berbeza.

Sebagai intihanya, jika semua pihak berganding bahu, maka penerapan nilai
murni dalam kehidupan masyarakat akan terlaksana dengan jayanya. Sudah terang

6

lagi bersuluh bahawa nilai-nilai murni merupakan satu perlakuan yang positif yang
perlu diterapkan dalam kehidupan. Amalan nilai murni ini juga sangat penting untuk
diamalkan baik dalam kehidupan harian mahupun dalam pentadbiran negara supaya
negara kita berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain di seantero dunia. Saya berharap agar semua pihak dapat menyemai
dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masing-masing. Saya menyeru
semua ahli masyarakat agar menanam nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Akhir kalam, pendayung sudah ditangan, perahu sudah diair, segala tindakan wajar
sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan agar kehidupan masing-masing menjadi lebih baik dan kita
dapat menjadi insan yang berakhlak mulia.

7

LAMPIRAN
8

9

KESIMPULAN
Perbezaan agama, bahasa, dan budaya mengakibatkan kemunculan budaya suku yang besar dalam
kalangan penduduk negara ini. Ideologi Barat, budaya hedonisme semata-mata keseronokan dan nilai-
nilai buruk, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang merosakkan, dan sistem politik yang dianggap
sesuai untuk semua manusia semuanya diperkenalkan ke seluruh dunia. Malaysia tidak terlepas
daripada kesan pembaratan dan globalisasi. Globalisasi telah menjadi elemen perubahan budaya yang
sangat kuat dan cepat, mengakibatkan penyingkiran tanpa disedari cita-cita mulia dan beradab dan
penerimaan secara senyap-senyap idea Barat ke dalam fikiran manusia. Jelaslah bahawa budaya
kebangsaan merupakan faktor penting dalam pembentukan bangsa Malaysia. Budaya kebangsaan,
dalam erti kata yang luas, merujuk kepada budaya formal sesebuah negara, yang berterusan merentasi
sempadan etnik. Ini menandakan bahawa di Malaysia, ini adalah lazim dan rasmi untuk semua kaum,
dan ia mencerminkan rakyat Malaysia. Strategi ini diwujudkan bagi merapatkan jurang antara pelbagai
kaum di negara ini agar semua penduduk bersatu dan negara muncul dengan identiti tersendiri. Amalan
dan aktiviti budaya yang melibatkan pelbagai kaum hampir berkemungkinan dapat menyumbang
kepada pembinaan negara yang diingini. Ini jelas menunjukkan keperluan menangani isu-isu yang
dikaitkan dengan budaya ini dengan seefektif mungkin bagi mempercepatkan kemunculannya sebagai
sebuah negara Malaysia yang hebat.

10

RUJUKAN
1)https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/02/918728/pembentukan-akhlak-penyertaan-
sosial-jayakan-keluarga-malaysia
2)https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/02/06/kesejahteraan-dalam-kehidupan-masyarakat-
majmuk/
3)https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/02/918728/pembentukan-akhlak-penyertaan-
sosial-jayakan-keluarga-malaysia
4)https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/02/06/kesejahteraan-dalam-kehidupan-masyarakat-
majmuk/

11


Click to View FlipBook Version